You are on page 1of 4

Gear Automatik dan Manual

Jadual 1.0 Sesetengah Pembuat Gear/Panghantaran Kenderaan

Kereta Penumpang Kereta penumpang Kenderaan Kenderaan


Mekanikal Automatik Perdagangan Perdagangan
Mekanikal Automatik
Eropah barat a. Getrag a. ZF a. ZF a. ZF
b. ZF b. Borg Warner b. Eaton b. Voith
c. General Motor c. Renk
USA a. Aisin a. Aisin a. Dana a. Allison
b. New b. Borg Warner b. Eaton (GM)
Venture c. New Venture b. Twin
Gear Gear Disc
d. Clark
Japan a. Aisin a. Aisin a. Aisin a. Aisin
b. Jatco b. Jatco

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) adalah sejenis sistem transmisi yang boleh menukar
tanpa langkah melalui suatu bilangan nisbah gear berkesan yang tak terhingga antara nilai
maksimum dan nilai minimum. Ia bertentangan dengan transmisi mekanikal lain yang hanya
membenarkan beberapa bilangan nisbah gear tertentu untuk dipilih. Keanjalan CVT
membolehkan aci pacuan untuk mengekalkan kelajuan sudut yang malar melalui satu banjaran
kelajuan keluaran. Ia mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada
sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) yang
paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan.

Kebanyakan traktor kecil bagi kegunaan rumah dan taman menggunakan sistem CVT hidrostatik
atau tali sawat getah yang mudah. Contohnya, barisan kenderaan utiliti kecil John Deere Gator
menggunakan sistem tali sawat dengan takal kon. Ia mampu menghamburkan banyak kuasa
serta mampu mencecah 16-24 km/j tanpa memerlukan penggunaan klac ataupun menukar
gear. Kebanyakan kenderaan salji serta skuter menggunakan CVT. Lazimnya hampir kesemua
sistem CVT pada kenderaan salji serta skuter adalah jenis tali sawat getah/takal boleh laras.

Sesetengah pembajak gabungan mempunyai CVT. CVT tersebut membenarkan kelajuan mara
bagi pembajak untuk diubah secara bebas daripada kelajuan enjin. Ini membolehkan
pengendali untuk memperlahankan atau melajukan pembajak apabila diperlukan untuk
menampung variasi ketebalan hasil tanaman.

CVT telah digunakan di dalam sistem penjanaan elektrik kapal terbang sejak tahun 1950an dan
pada kereta lumba SCCA Formula 500 sejak awal 1970an. Terbaru, sistem CVT dibangunkan
untuk go-kart dan ia terbukti meningkatkan prestasi serta jangka hayat enjin.
Haluan rekabentuk penghantar/gear

Rekabentuk ketika ini Rekabentuk masa depan

Penghantaran Automatik

Penghantaran pelbagai terus


(CVT)

Panghantar automatic
elektrohidrodinamik 4/5 halaju

Penhantaran automatic elektro hydrodinamik 6


halaju

Penghantaran Manual

Gear turutan
6 3 1
2

5 3 1
5 4 2

Cekam
Automatik

Penghantran manual automatik


Kebaikan

 CVT boleh memampas untuk mengubah kelajuan kenderaan, membenarkan kelajuan


enjin dikekalkan pada tahap kecekapan mekanikal kemuncaknya. Ini menambah baik
penjimatan bahan api, dan seterusnya, pelepasan asap.

 CVT beroperasi dengan lancar kerana tiada penukaran gear yang boleh menyebabkan
kejutan gear.

 Terdapat kurang bahagian bergerak pada kotak gear CVT.

 Kos pembinaan kotak gear CVT adalah lebih murah.

 Kotak gear CVT tidak memerlukan penukaran bendalir transmisi automatik sebagaimana
transmisi automatik konvensional, kecuali pada kereta.

Kelemahan

 Kebanyakan kereta CVT terawal mempunyai prestasi mengecewakan. Model Ford Fiesta
1.1 CTX asal misalnya, menggunakan 8.2 peratus lebih petrol daripada versi transmisi
manual dalam pemanduan bandar.[1]

 CVT beroperasi dengan lancar, menyebabkan muncul persepsi kononnya kenderaan CVT
kurang berkuasa, kerana ramai pemandu yang menjangkakan berlaku kejutan gear
semasa mula bergerak. Walau bagaimanapun, "kejutan gear" boleh ditiru oleh perisian
kawalan CVT pada sesetengah kereta CVT yang lebih canggih.

 Oleh kerana CVT mengekalkan kelajuan enjin malar pada satu banjaran kelajuan
kenderaan, menekan injak pemecut memang melajukan kenderaan tetapi tidak banyak
mengubah bunyi enjin. Sekali lagi, ia mengakibatkan tanggapan kekurangan kuasa pada
kenderaan CVT kerana berlaku kekeliruan pada sesetengah pemandu.

 Keupayaan CVT untuk mengendalikan kilasan dihadkan oleh kekuatan bahan medium
transmisi (biasanya tali sawat atau rantai), serta keupayaannya untuk menampung
kehausan akibat geseran di antara sumber kilasan dengan medium transmisi (dalam CVT
pacuan geseran). CVT keluaran sebelum tahun 2005 yang rata-ratanya jenis pacuan
rantai atau tali sawat hanya terhad kepada skuter, kereta berkuasa rendah serta mesin-
mesin berkuasa rendah yang lain. Unit yang menggunakan pelincir lebih maju, walau
bagaimanapun, terbukti mampu menampung apa jua jumlah kilasan pada kenderaan
pengeluaran, termasuklah bas, lori dan jentera berat.

 Sebagai mana jenis transmisi automatik yang lain, ia mungkin ditolak di sesetengah
kawasan, berikutan kos atau tradisi, terutamanya melibatkan pasaran kereta kecil di
Eropah (terutamanya di Itali). Sebaliknya, kereta transmisi automatik mendominasi
pasaran kenderaan di AS dan Jepun dalam semua kelas dan saiz.

Terdapat beberapa jenis sistem CVT, antaranya:-


 Takal diameter boleh laras (VDP)
 Toroidal (berasaskan penggelek)
 Transmisi boleh laras tak terhingga
 CVT gear sala
 CVT hidrostatik
 Transmisi roda bergigi boleh laras
 CVT kon
 CVT penggelek jejari

Sistem tribologi

Jadual 2.0 Pasangan-pasangan geseran penyelaras tirus (taper synchronizer)

Permukaan geseran pusat penyelaras: Permukaan geseran gelang penyelaras:


Perintang-kehausan tinggi Perintang-menghaus, haus
Kebiasaanya digunakan:
Gelang tembaga yang Kereta-kereta penumpang,
khusus tidak dilapisi bahan galian keras yang
dipechkan selepas dialih,
Besi acuan keras corak permukaan geseran
Gelang keluli dengan Kenderaan perdagangan,
16 MnCr5 Eh, lapisan filem lurah bahagian dalam
20 MoCr4 Eh, with molidenum setebal
60HRC 0.5mm
Haluan:
Bahan alas geseran Serbuk tembaga khas tanpa
yang dikenakan bahan bukan logam
serakan tekanan
dibawah takat cair
Lapisan molidenum Dikenakan untuk
filem nipis membentuk gelang pelaras
secara bakar atay semburan
plasma
Bahan alas geseran Komposit fiber dengan
kertas digam metrik organik pada
gelang pelaras

You might also like