You are on page 1of 7

APA ITU PANGKALAN DATA ?

1. Definisi :
- Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai
sesuatu topic atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan
logical di antara satu sama lain.
- Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun
dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh
satu atau lebih aturcara penggunaan.
- Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi seperti
nama, ic dll.

2. Konsep Pangkalan Data


Ia menyimpan data-data di dalam suatu tempat dan membolehkan
data-data tersebut diuruskan dalam bentuk logical untuk kemudahan
mencapai data.

3. Sistem Berasaskan Fail Tradisional (SFT)

- Ialah Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data


dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya
disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah
mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail
dapat dilakukan dengan sempurna.

- Kaedah penyimpanan di mana data disimpan dalam fail yang


berasingan dan disimpan dalam disket dan segala aplikasi perlu
ditulis.

4. Kelemahan SFT

a) Pemisahan data-setiap fail yang dibina tidak dihubungkan


antara
satu sama lain.Ini menyebabkan proses kemaskini data tidak dapat

dilaksanakan serentak.
b) Format fail yang berbeza-tidak boleh digabung atau
disbanding
dengan mudah. Cth: fail word dan excel.
c) Data lewahan- fail yang mempunyai data yang sama
disimpan
dalam pelbagai tempat menyebabkan kesukaran mencari dan
penggunaan storan yang banyak.
5. Kelebihan Pangkalan Data
a) Mengawal ulangan-elakkan pembaziran ruang storan, tenaga
dan kos serta mengurangkan percanggahan data yang sama.
b) Berkongsi data-membenarkan ramai pengguna mencapai
maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama.
c) Mengawal penggunaan pangkalan data kepada pengguna yang
hanya diberi kebenaran

6. Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) atau DBMS

Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,


mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data.
SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

7. Aplikasi Pangkalan Data

Satu program yang berinteraksi dengan pangkalan data pada masa-masa


execution.PASCAL,COBOL,atau C++ adalah antara contoh bahasa
pengaturcaraan yang boleh digunakan untuk tujuan menulis aturcara
penggunaan aplikasi pangkalan data.

8. Kelebihan menggunakan DBMS

a) Maklumat dan data yang dikehendaki boleh dicapai dengan lebih


pantas dan tepat.
b) Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,
pengintegrasian dan perkongsian dan menguragkan
penyelenggaraan program.
c) Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna

seperti dalam susunan abjad atau kriteria lain.


d) Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna,
misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh,
tempat dll. Data ini boleh dilhat pada skrin komputer ataupun
dicetak.
e) Boleh melaksanakan proses menyisih dan menyenaraikan data
mengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat.
f) Boleh dikemaskini dengan mudah.
g) Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti
yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CD
ROM, internet dll.
9. Keburukan menggunakan DBMS
a) Semakin kompleks proses pembangunan akan memberi kesan
kepada prestasi sistem.
b) Saiz DBMS agak besar dan memerlukan storan yang besar.
c) Kos peralihan dan larian sama ada dari sistem manual atau sistem
fail biasa kepada sistem pangkalan data agak tinggi.

10. Langkah-langkah dalam merancang pangkalan data

a) Pengumpulan dan analisis keperluan maklumat


b) Rekabentuk Pangkalan data
c) Pemilihan sistem pengurusan pangkalan data
d) Rekabentuk aplikasi
e) Implimentasi
f) Penukaran dan pemuatan data
g) Pengujian
h) Penyelenggaraan

MENCIPTA DAN MENGUBAHSUAI STRUKTUR PANGKALAN DATA

1. Konsep asas pangkalan data

1. Jadual (table)
- Merupakan sekumpulan maklumat mengenai suatu topic tertentu. Ia
terdiri daripada baris (rekod) dan lajur (medan).
2. Rekod (Record)
- Merupakan bars mendatar di dalam sesebuah jadual.
3. Medan (field)
- Merupakan lajur tegak di dalam sebuah jadual

4. Kunci Primer (Primary Key)


- Terbentuk daripada satu medan dalam jadual yang mempunyai nilai
yang unik. Cth : no_kp, ID_staf

medan

No-Kp Nama T-lahir


Rekod
2. Model Entiti-Hubungan

Model entiti-hubungan (Model ER) digunakan secara meluas dalam rekabentuk


konseptual pangkalan data. Model ini diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Peter
Chen, telah menjadi asas kepada model pangkalan data dan dikembangkan
penggunaannya oleh Chen dan pakar lain.

Model ER digunakan untuk mentafsir, memperinci keperluan dokumen untuk


sistem pemprosesan data. Model ini dapat menunjukkan struktur data keperluan
pengguna secara menyeluruh. Beberapa konsep digunakan dalam model ER
adalah entiti, hubungan, atribut dan petunjuk.

2.1   Entiti (Entiti)

Entiti mempersembahkan kelas tentang objek dunia sebenar, contohnya seperti


PENDUDUK, BANGUNAN, BANDAR. Entiti merupakan sesuatu yang
dikenalpasti pandangan pengguna dan penting dalam membentuk sistem
pengguna. Entiti dikumpulkan menjadi kelas entiti dan ditaip dengan huruf besar.
Oleh itu, BANGUNAN menjadi nama kelas untuk entiti BANGUNAN. Entiti dan
kelas entiti sering mempunyai makna hampir sama dan tidak dibezakan.
Manakala instance entiti merujuk kepada objek tertentu dalam kelas entiti,
misalnya BANGUNAN 1234 menjadi instance untuk kelas entiti BANGUNAN.

2.2   Atribut (Attributes)

Entiti mempunyai atribut yang menerangkan ciri-ciri entiti. Contohnya atribut


PENDUDUK mempunyai Nama, Umur, Jantina dan sebagainya. Atribut boleh
jadi sama ada satu nilai atau banyak nilai. Misalnya atribut alamat yang terdiri
daripada nombor, jalan, daerah, dan negeri adalah atribut banyak nilai.

2.3   Hubungan (Relationships)

Hubungan adalah penyatuan antara dua atau lebih entiti. Dalam model ER, entiti
boleh mempunyai banyak entiti. Jumlah entiti dalam sesuatu hubungan adalah
darjah (degree) hubungan. Misalnya hubungan antara PENDUDUK_UMUR
adalah hubungan darjah 2 kerana melibatkan dua entiti instance. Bagi hubungan
antara ibu bapa dengan anak melibatkan tiga entiti instance iaitu IBU, BAPA dan
ANAK.

2.4   Petunjuk (Identifier)

Petunjuk digunakan untuk membezakan entiti. Petunjuk suatu entiti instance


boleh jadi sama ada satu atau lebih atribut, dan sama ada unik atau tidak unik.
Kalau petunjuk adalah unik, nilai yang boleh wujud dalam suatu entiti hanya satu
sahaja. Jika tidak unik, entiti boleh mengandungi satu set nilai.
2.5 Rekabentuk Konseptual dengan Model ER

Rekabentuk bermula dengan skema rangka (skeleton schema) akan


diperkembangkan sehingga menghasilkan skema konsepsi akhir yang
menyepadukan kesemua pangkalan data yang ada. Penerangan rekabentuk
skema diterangkan dengan menggunakan simbol perwakilan model ER seperti
ditunjukkan dalam rajah 2.1

Konsep Simbol Perwakilan


Entiti

Hubungan

Atribut

Rajah 2.1

3. Jenis Perhubungan
Terbahagi kepada 3 jenis :
a) Satu ke satu (one to many)
b) Satu ke banyak (one to many)
c) Banyak ke banyak (many to many)

CONTOH

Satu ke satu (1:1)


 Pertalian paling sederhana dan jarang ada.
 Tiap-tiap entiti dihubungkan dengan dengan satu entiti daripada set entiti
yang lain.

1 1
JABATAN urus KETUA JABATAN

Satu ke banyak (1:N)


 Setiap entiti dihubungkan dengan banyak entiti daripada set B tetapi
setiap entiti dalam B dihubungkan dengan hanya satu entiti daripada set A
.

1 N
JABATAN tawar KETUA JABATAN

Banyak ke banyak (M:N)


 Pertalian ini menerangkan entiti-entiti yang mempunyai banyak hubungan
di dalam kedua-dua hala.
 Cth : Satu subjek diambil oleh ramai pelajar dan setiap pelajar boleh ambil
beberapa subjek

NAMA KOD

M N
PELAJAR ambil SUBJEK

NO_MATRI PENSYARAH
K

You might also like