You are on page 1of 6

Kod Kertas: 942/3

PERCUBAAN STPM 2014


942/3 (PENGGAL 3)




SKEMA PEMARKAHAN


GEOGRAFI
KERTAS 3








Skema pemarkahan ini terdiri daripada halaman bercetak.
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[20 markah]
Jawab semua soalan.
Soalan 1
a) Kenalpasti dua petunjuk yang membuktikan air tanih tercemar. [ 2 ]
Skema pemarkahan
Kod Petunjuk pencemaran air tanih Markah
A1 Nilai pH (Keasidan air): Petunjuk kimia. Jika nilai pH kurang daripada 7
menunjukkan keasidan air tanih adalah tinggi. Ia berpunca daripada sebatian
kimia terlarut dari baja kimia dan racun serangga.
1
A2 Kandungan bakteria e Coli: Petunjuk biologi yang menunjukkan
kandungan bacteria pencerna di dalam air tanah yang berasal daripada
pembuangan sisa kumbahan/najis haiwan dan manusia.
1
Pemarkahan: 2 isi x 1 markah = MAX 2 Markah MAX 2

b) Bagaimanakah aktiviti pertanian mempengaruhi pencemaran air tanih . [4]

Kod Bagaimana aktiviti pertanian mempengaruhi pencemaran air tanih Markah
B1 Aktiviti meracun serangga/rumpai dan penggunaan baja kimia.
Sebatian kimia dalam racun rumpai seperti DDT dan Paraquat serta
amonia dan fosfat dalam baja urea akan di larutresapkan oleh air
hujan ke dalam tanah yang menyebabkan air tanih tercemar.

2
B2 Pembuangan najis haiwan ternakan seperti khinzir ke atas tanah,
menyebabkan air tanih tercemar dengan bakteria e-Coli apabila larut
resap air hujan akan membawa bersama bakteria tersebut ke dalam
tanah.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

(c) Cadangkan langkah pengurusan yang boleh diambil bagi menjamin kualiti sumber air tanih.
[4]
Skema pemarkahan
Kod Langkah pengurusan untuk menjamin kualiti sumber air tanih Markah
C1 Membersih dan merawat terlebih dahulu sisa seperti najis haiwan sebelum
disalirkan ke kolam takungan atau ke tanah. Air yang terawat sahaja yang di
salir ke luar manakala najis haiwan diproses untuk dijadikan baja organik.

2
c2 Menghadkan penggunaan baja kimia dan racun serangga dalam pertanian.
Sebaliknya menggalakkan penggunaan baja organik dan kawalan biologi
secara meluas dalam sektor pertanian. Misalnya penggunaan burung hantu
untuk mengawal tikus di kawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4




Soalan 2

a) Takrifkan maksud pengeluar dalam rantaian makanan [ 2 ]
Skema pemarkahan

Pengeluar ialah [organisma/tumbuhan autotrof] yang mampu membuat makanannya sendiri
[melalui proses fotosintesis]. Ia menjadi sumber makanan asas kepada pengguna primer
(herbivor) dalam sesebuah rantaian makanan.








b) Jelaskan dua fungsi pengeluar dalam sesebuah ekosistem [4 ]

Kod Fungsi pengeluar dalam sesebuah ekosistem Markah
B1 Sumber makanan asas kepada pengguna primer (herbivor). Contoh
dalam ekosistem hutan hujan tropika, tumbuhan menjadi sumber
makanan kepada haiwan seperti tupai, kancil, rusa dll.

2
B2 Tempat tinggal/habitat kepada pelbagai jenis hidupan untuk membesar
dan membiak. Misalnya dalam ekosistem hutan hujan tropika,
tumbuhan menjadi tempat tinggal kepada pelbagai spesies burung,
ular serta hidupan liar yang lain (harimau, gajah, badak sumatera dll)
disebabkan oleh persekitaran yang panas dan lembab yang dibentuk
oleh tumbuhan di kawasan berkenaan.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

(c) Bagaimanakah faktor fizikal mempengaruhi kemusnahan dan kepupusan pengeluar di dalam
sesebuah ekosistem hutan. [4 ]

Skema pemarkahan

Kod Faktor fizikal mempengaruhi kemusnahan dan kepupusan pengeluar Markah
C1 Melalui kebakaran hutan akibat cuaca panas el-Nino. Cuaca panas
melampau menyebabkan hutan terbakar dengan sendirinya dan ini
memusnahkan tumbuhan/pelbagai spesies fauna sebagai pengeluar di
samping memusnahkan habitat.

2
c2 Melalui letusan gunung berapi yang mangalirkan lava yang panas. Juga akan
menyebabkan kebakaran hutan seterusnya memusnahkan tumbuhan secara
besar-besaran.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4







Kunci Idea:
Organisma/tumbuhan autotrof = 1M
Melalui proses fotosintesis = 1M
MAX 2 Markah
BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[20 markah]
Soalan 3:

a). Takrifkan maksud lapisan ozon [2]

Skema pemarkahan

Lapisan ozon ialah lapisan yang mengandungi [tiga atom oksigen] yang terikat antara satu sama lain
melalui [ikatan kovalen] yang membentuk lapisan stratosfera.







b) Bagaimanakah gas cloroflorokarbon (CFCs) bertindak menipiskan lapisan ozon? [4]

Skema pemarkahan

Kod Bagaimana CFCs menipiskan lapisan ozon Markah
B1
Apabila gas CFCs terkena bahangan matahari (ultraviolet) ikatan
atomnya akan terputus membentuk atom klorin yang bebas (Cl). Atom
klorin yang bebas ini akan menyerang dan memutuskan ikatan kovalen
ozon menjadi klorin oksida (Clo) dan oksigen (O2).

2
B2
Seterusnya atom Klorin oksida (Clo) pula akan diputuskan oleh sinar
ultraviolet menjadi atom klorin yang bebas (Cl) semula. Atom klorin
yang bebas ini akan menyerang dan memutuskan ikatan ozon (O3) yang
lain menjadi klorin oksida dan oksigen semula. Tindakbalas ini
berantaian dan berterusan yang menyebabkan lapisan ozon semakin
menipis.


2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Jelaskan dua kesan penipisan lapisan ozon terhadap sistem geomorfologi [4]

Skema pemarkahan

Kod Kesan penipisan lapisan ozon terhadap sistem geomorfologi Markah
C1 Penipisan lapisan ozon menyebabkan bahangan matahari menembusi
permukaan bumi tanpa halangan. Kesannya litupan ais di benua antartika dan
artik akan mencair, meningkatkan aras laut dan menambahkan kekuatan
hakisan ombak. Zon pinggir pantai akan terhakis.


2
C2 Penipisan lapisan ozon juga meningkatkan proses penggurunan. Kawasan
gurun panas menjadi lebih kering tandus gersang apabila menerima
lebihan bahangan matahari. Luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin di
kawasan gurun semakin bertambah dan saiz gurun semakin menbesar.


2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4



Kunci Idea:
1. Tiga atom oksigen = 1M
2. Ikatan kovalen = 1M
MAX 2M

Soalan 4

a) Takrifkan maksud pembangunan lestari. [ 2 ]

Skema pemarkahan

Pembangunan berterusan yang [memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan
keperluan dan kesejahteraan generasi akan datang]. Pembangunan ekonomi dan sosial yang
[mengadunkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar].







b) Jelaskan dua prinsip pembangunan lestari [ 4 ]

Skema pemarkahan

Kod Dua prinsip pembangunan lestari Markah

B1
Memulihara dan mempertingkatkan asas sumber. Sumber-sumber alam
seperti udara, air, hutan, tanih dll dipulihara secara berterusan dan
berkekalan supaya ia boleh menampung keperluan setiap generasi
sepanjang masa. Sumber alam dipulihara melalui kaedah saintifik, teknologi
moden yang mengurangkan resiko alam sekitar dan juga langkah
perundangan.

2
B2 Memastikan aras penduduk yang boleh ditampung. Pertumbuhan
penduduk sesebuah negara dikawal supaya ia sepadan dengan keupayaan
sumber alam untuk menampung keperluannya pada satu-satu masa.
Kawalan penduduk dilakukan melalui perancangan keluarga dan juga dasar
saiz keluarga kecil.

2
Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

c) Bagaimanakah pembandaran lestari boleh diwujudkan di Malaysia? [4]

Skema pemarkahan

Kod Bagaimana pembandaran lestari boleh diwujudkan di Malaysia Markah
C1
Melalui kaedah penghijauan bandar. Kawasan bandar dihijaukan dengan
menanam pokok-pokok peneduh sebagai landskap utama, mengekalkan
kawasan rezab hutan, tasik, sungai dan paya dalam bandar sebagai
kawasan reakreasi.
2
C2
Melalui kempen dan pendidikan seperti kempen 3R (kitar semula),
kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga, penggunaan
pengangkutan awam (komuter, LRT dll) yang dapat mengurangkan
pencemaran di bandar dan mewujudkan alam sekitar bandar yang
sejahtera.
2
Pemarkahan: Mana-mana 2 isi x 2 markah = MAX 4 Markah MAX 4

Kunci Idea:
1. Memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang = 1M
Adunan pembangunan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar = 1M
2.
= 1M
MAX 2M

You might also like