You are on page 1of 16

HAK KAUM WANITA DI MALAYSIA.

Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan
dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik. Berpegang kepada hakikat ini, pada
tahun 1989, kerajaan telah menggubal satu dasar yang berkaitan wanita iaitu Dasar
Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita.  Dasar yang digubal ini,
mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan,
kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Selain daripada itu, dasar
tersebut juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan
perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita
secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya.
Kaum wanita di Malaysia begitu beruntung sekali kerana hak mereka tidak
dipandang remeh oleh pemerintah. Di Malaysia, kaum wanita mendapat segala hak utama
yang mereka kehendaki sama ada dari segi peluang pekerjaan, dalam bidang ekonomi,
pemilikan harta, hak bersuara dan sebagainya.
Dalam bidang politik di Malaysia, hak berpolitik bagi kaum wanita bermula
dengan penglibatan Halimaton Saadiah yang bertanding dalam pilihan raya Persekutuan
Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955. Kemudian diikuti dengan pelantikan
Fatimah Haji Hashim sebagai Menteri Kebajikan Am pada 20 Mei 1969. Beliau yang
memegang jawatan menteri dari tahun 1969 sehingga tahun 1973 merupakan satu-
satunya menteri wanita pada masa itu. Selepas itu jumlah wanita dalam parlimen semakin
meningkat sehinggalah ke pilihan raya tahun lepas iaitu 8 Mac 2008. Wanita telah
berjaya merebut 24 kerusi parlimen yang merupakan 10.81 % daripada 222 jumlah kerusi
parlimen yang dipertandingkan, manakala sejumlah 40 kerusi dewan undangan negeri
(DUN) atau 7.92 % dari 505 kerusi DUN telah berjaya ditawan. Meskipun jumlah wanita
yang berjaya menembusi tembok parlimen belum memenuhi kuota minima 30 % seperti
yang diharapkan namun keadaan ini jelas menunjukkan bahawa di Malaysia kaum wanita
juga diberi hak berpolitik sama seperti kaum lelaki.
Pendek kata kaum wanita di Malaysia merupakan golongan yang “istimewa”
berbanding kaum wanita di negara-negara Islam yang lain kerana mereka tidak mendapat
diskriminasi malah mendapat hak yang sama dengan golongan masyarakat yang lain.
Menjelang tahun 2020, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran sebanyak 30 peratus
daripada pembuat dasar kerajaan melibatkan golongan wanita. Kerajaan juga telah
menubuhkan kementerian yang khusus bagi menjaga hak dan pembangunan wanita di
Malaysia.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan, prinsip menghormati dan mengangkat hak
serta martabat wanita ada dinyatakan. Ia dinyatakan mengikut Perkara 8 Perlembagaan
Persekutuan yang menjelaskan bahawa ; “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”.
Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Malaysia mengiktiraf
semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpa
membezakan antara agama, bangsa dan jantina seseorang.
Begitu juga daripada sudut Islam, martabat kaum wanita tidak pernah dipandang
rendah. Walaupun agama Islam tidak menyamakan antara lelaki dan perempuan, tetapi
agama Islam menghormati kaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi
mengikut lunas-lunas Islam. Terdapat petikan al-Quran dan Hadith yang berkaitan
dengan wanita. Antaranya di dalam surah al-‘Imran ayat 195 Allah berfirman yang
bermaksud “Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal
dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah
keturunan) dari setengahnya yang lain”. Begitu juga dalam Hadith Rasulullah S.A.W
yang bermaksud : “Wanita itu adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya, dan akan
ditanya tentang pimpinannya”. Berdasarkan ayat al-Quran dan Hadith tersebut ia jelas
menunjukkan bahawa agama Islam memartabatkan kaum wanita.
Di dalam undang-undang Keluarga Islam yang terlaksana di Malaysia (rujukan
kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984), hak
seseorang wanita telah ditentukan dengan jelas bagi setiap negeri. Tujuannya ialah untuk
memberi keadilan kepada kaum wanita supaya mereka mendapat hak sepatutnya dan
tidak ditindas dengan sewenang-wenangnya disamping membolehkan pihak wanita
menuntut hak yang sepatutnya diberi bersandarkan kepada tuntutan hukum syarak.
Antara hak wanita yang terkandung di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam di
Malaysia adalah seperti berikut :
1) Hak untuk berkahwin.
Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, hak
seorang wanita untuk berkahwin telah diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8
iaitu : “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu
berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis
dalam hal keadaan tertentu“. Tujuan peruntukkan ini dibuat bukanlah sebagai satu bentuk
sekatan bagi pasangan pengantin berkahwin pada umur yang muda, namun ia bertujuan
untuk memastikan setiap pasangan mempunyai tahap kematangan yang mencukupi dan
mempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam institusi
kekeluargaan. Jelas, dengan peruntukkan ini, mungkin sedikit sebanyak dapat
mengurangkan kes-kes perceraian dan masalah kes suami yang tidak mampu memberi
nafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami.

2) Hak terhadap mas kahwin


Wanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar terhadap
masa akad nikah dijalankan, bahkan hak isteri ke atas mas kahwin tersebut tidak boleh
digugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran perkahwinan. Jika suami masih
berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya, maka bekas isterinya boleh
mengemukakan aduan kepada Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yang
masih terhutang.

3) Hak dalam poligami


Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 telah
menetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang
berpoligami. Akta ini telah menetapkan beberapa syarat sebelum seseorang lelaki
dibenarkan berpoligami. Seksyen 23 ada menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa
masih di dalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan
lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah. Seksyen 123 menyatakan sekiranya
lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkan
dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi, maka dia telah melakukan satu
kesalahan dan boleh dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 6 bulan
atau kedua-duanya sekali. Selain itu, mahkamah juga perlu berpuas hati tentang lima
perkara sebelum kebenaran diberikan iaitu :
i) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada
hal-hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi
jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak
persetubuhan atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
ii) Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung
sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Semua isteri dan orang
tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan
dengan perkahwinan yang dicadangkan itu.
iii) Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya
mengikut kehendak hukum syarak.
iv) Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’
kepada isteri-isteri yang sedia ada dan
Peruntukan tentang poligami dalam Undang-undang Keluarga Islan jelas memberi satu
bentuk keadilan dan segala perlindungan kepada kaum wanita di mana ia memberi segala
hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan tidak tertindas. Contohnya isteri
yang sedia ada akan diserahkan satu salinan permohonan dan akuan berkanun bersama
dengan saman (untuk hadir ke Mahkamah) kepada mereka sebagai makluman awal
sebelum permohonan poligami dibuat. Semua peruntukan ini dibuat bukanlah bertujuan
untuk menghapuskan terus poligami yang dibenarkan oleh Islam tetapi ianya diadakan
agar tujuan poligami sebenar tidak disalahgunakan dan juga untuk mengelakkan
diskriminasi terhadap wanita.

4) Hak-hak lain
i) Hak untuk mendapatkan perceraian secara khulu’ atau tebus talak bagi membatalkan
ikatan perkahwinan dengan sebab-sebab yang munasabah dan telah diputuskan oleh
Mahkamah seperti diperuntukkan dalam subseksyen 49(1) : “Jika suami tidak bersetuju
menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai
dengan cara penebusan atau cerai tebus talak, Mahkamah hendaklah selepas jumlah
bayaran tebus talak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan
perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah bain sughra atau tidak boleh
diruju’.”
ii) Hak umtuk mendapatkan perceraian di bawah takliq atau janji sepertimana
diperuntukkan di bawah seksyen 50(1) : “ Seseorang perempuan yang bersuami boleh,
jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan takliq yang dibuat
selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian
yang demikian telah berlaku.”
iii) Hak untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh jika terdapat satu atau lebih
daripada alasan-alasan munasabah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 52.
iv) Hak terhadap harta sepencarian sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 58(1)
: “ Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila
membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh
pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara
mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-
pihak itu”.
v) Hak terhadap bafkah eddah. Seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah
eddah yang diberi oleh bekas suaminya sepanjang tempoh eddah. Dalam seksyen 59(1)
menyatakan : “ Tertakluk kepada hukum syarak, Mahkamah boleh memerintahkan
seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya”.
vi) Hak untuk mendapatkan tempat tinggal sebagaimana diperuntkkan dalam seksyen
71(1) : “ Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana
dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal
lain yang sesuai untuk isteri”.
vii) Hak keutamaan dalam hadhanah bagi menjamin kebajikan kanak-kanak tersebut
seperti dalam seksyen 81(1) : “ Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling
berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam
perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan”.
Secara ringkasnya,ini adalah diantara peruntukkan yang secara jelas memberi satu kelebihan dan menjaga kedudukan
mereka sebagai seorang isteri dalam perkahwinan.Dengan adanya peruntukkan Undang-Undang Keluarga
Islam,diharapkan bahawa kaum wanita dapat berfikir bijak dan dapat menentukan hak-hak mereka supaya kedudukan
mereka terbela dan terjamin.Sesungguhnya Islam telah mengangkat martabat kaum wanita dengan segala keistimewaan
yang telah diciptakan oleh Allah.Perlu diingat bahawa segala kelebihan ini perlulah digunakan secara bijaksana dan
meskipun Islam telah memberi segala hak kepada wanita,mereka perlulah tidak melampaui batas serta tidak “meminta-
minta” atau cuba melaksanakan peraturan yang terlalu menonjol hingga melampaui batasan mereka sebagai seorang
wanita.Walau apapun hak yang cuba ditegakkan oleh mereka atas alasan hak asasi,ianya tidak boleh sama sekali
melanggar Hukum Syarak yang telah ditetapkan oleh Allah.
Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama
manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling
bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi
manusialah kita membina kesucian meruah manusia.  -Kofi Anan

kejantinaannya. (link kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan


Masyarakat  http://www.kpwkm.gov.my)

Senarai Pautan

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my


 National Council of Women's Organizations (NCWO) -
http://www.womensorganizations.org
 All Women's Action Society (AWAM) - http://www.awam.org.my
 United Nations (UN) - http://www.un.org/rights/index.shtml
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat -
http://www.kpwkm.gov.my
 Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my
 Institut Sosial Malaysia (ISM) - http://www.ism.gov.my

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada
setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau
minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut
meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung
dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau
perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari
segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-
Hujuraat : 13.
bermaksud

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan
kamu)”.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia


terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai
kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat
menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak
untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang
dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara
aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita
telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara
seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula
hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji
Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh
muslim,maksudnya :

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu
mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu
mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak
suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang
dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan
sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi
mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki
(makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan
kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu
berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-qur’an)”.

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke
hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka,
bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui
undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-
hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima
deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan
kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek
kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara
Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang
menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan
perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam
pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan
yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk
membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi
perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-
hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum
serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi
kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan
beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan
perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan
pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang
berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan
berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara
kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan
bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum,
bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana
golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul
pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58.
maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah


kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum
diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya
Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”.

HAK-HAK WANITA DALAM ISLAM : SATU SOROTAN


TERHADAP PERUNDANGAN KELUARGA ISLAM DI
MALAYSIA
Ditulis oleh Administrator   
Sunday, 09 November 2008

Antara peranan utama pemerintah ialah menekankan betapa pentingnya pemeliharaan terhadap hak golongan minoriti
dan wanita. Pada pandangan penulis, golongan wanita di Malaysia telah mendapat segala hak utama yang mereka
kehendaki samada dari segi peluang pekerjaan,dalam bidang ekonomi,pemilikan harta,hak bersuara dan
sebagainya.Pendek kata,golongan wanita di Malaysia merupakan golongan yang boleh dianggap “istimewa”
berbanding golongan wanita di negara-negara Islam lain. Golongan wanita di Malaysia tidak mendapat diskriminasi
dan mendapat hak yang sama dengan golongan masyarakat yang lain.Malah kerajaan Malaysia telah menetapkan
bahawa menjelang 2020, 30 peratus daripada pembuat dasar kerajaan adalah melibatkan golongan wanita.Kerajaan
juga telah menubuhkan kementerian khusus bagi menjaga hak dan pembangunan wanita di Malaysia.

Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di dalam Perlembagaan
Persekutuan.Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa : ” Semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang“. Jelas, Perlembagaan
Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpa membezakan
antara agama,bangsa dan jantina seseorang.Di sudut Islam, martabat kaum wanita tidak pernah dipandang
rendah.Tetapi perlu diingat bahawa Islam tidak pula menyamakan antara lelaki dan perempuan.Apa yang penting Islam
menghormati kaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam.

Di sini,penulis akan menyatakan antara petikan Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan wanita.Dalam Surah Ali-
Imran ayat 195, Allah berfirman yang bermaksud: …” Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang
yang beramal dari kalangan kamu,sama ada lelaki atau perempuan,(kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari
setengahnya yang lain”….Begitu juga dalam Hadith,Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Wanita itu adalah
pemimpin dalam rumahtangga suaminya, dan akan ditanya tentang pimpinannya”.Berdasarkan ayat Al-Quran dan
Hadith tersebut,jelas menunjukkan bahawa Islam memartabatkan kaum wanita.Islam tidak membezakan mereka
dengan kaum lelaki khususnya dalam perkara yang melibatkan ibadat.Mereka masing-masing mendapat pahala disisi
Allah mengikut amalan masing-masing.

Penulisan ini akan mengungkaikan hak wanita yang melibatkan hak mereka di dalam Undang-undang Keluarga Islam
yang terlaksana di Malaysia [Rujukan kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan)
1984].Di Malaysia,hak seseorang wanita itu telah ditentukan dengan jelas di dalam Undang -undang Keluarga Islam
setiap negeri.Tujuan perundangan ini diwujudkan adalah untuk memberi keadilan kepada kaum wanita supaya mereka
mendapat hak sepatutnya dan tidak ditindas.Disamping itu,ia juga bertujuan untuk membolehkan pihak wanita
menuntut hak yang sepatutnya diberi bersandarkan kepada tuntutan Hukum Syarak.

Hak Untuk Berkahwin

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [selepas ini disebut AUKI 1984], hak
seseorang wanita untuk berkahwin telah diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8 iaitu: “Tiada sesuatu
perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau
perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya
secara bertulis dalam hal keadaan tertentu“. Tujuan peruntukkan ini dibuat bukanlah sebagai satu bentuk sekatan bagi
pasangan pengantin berkahwin pada umur yang muda.Namun ia bertujuan untuk memastikan setiap pasangan
mempunyai tahap kematangan yang mencukupi dan mempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar
dalam institusi kekeluargaan.Jelas,dengan peruntukkan ini,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes-kes
perceraian dan masalah kes suami yang tidak mampu memberi nafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai seorang
suami.

Hak Terhadap Mas Kahwin

Wanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar terhadap masa akad nikah dijalankan,bahkan
hak isteri ke atas mas kahwin tersebut tidak boleh digugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran
perkahwinan.Jika suami masih berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya,dia boleh mengemukakan aduan ke
Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yang masih terhutang.

Hak Dalam Poligami

Dalam AUKI 1984,telah menetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang
berpoligami.Dalam konteks ini,Akta ini telah menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh
mahkamah berbuat demikian.Seksyen 23 menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa masih didalam perkahwinan
membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.

Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang
diperuntukkan dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi,maka dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh
dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.Selain itu,Mahkamah juga
perlu berpuas hati tentang lima perkara sebelum kebenaran diberikan iaitu :

a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada,hal-hal keadaan yang
berikut,iaitu,kemandulan,keuzuran jasmani,tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,sengaja ingkar mematuhi
perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,sebagaimana dikehendaki oleh
Hukum Syarak,semua isteri dan orang tanggungannya,termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang
tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum
Syarak;

d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’ kepada isteri atau isteri-isteri
yang sedia ada;dan

Peruntukan tentang poligami dalam Undang-Undang Keluarga Islam jelas memberi satu bentuk keadilan dan segala
perlindungan kepada kaum wanita di mana ia memberi segala hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan
tidak tertindas.Contohnya,isteri yang sedia ada akan diserahkan satu salinan permohonan dan akuan berkanun bersama
dengan saman (untuk hadir ke Mahkamah) kepada mereka sebagai makluman awal sebelum permohonan poligami
dibuat.Semua peruntukkan ini dibuat bukanlah bertujuan untuk menghapuskan terus poligami yang dibenarkan oleh
Islam tetapi ianya diadakan agar tujuan poligami sebenar tidak disalahgunakan dan untuk mengelakkan diskriminasi
terhadap wanita.

Hak-Hak Lain

a) Hak untuk mendapatkan perceraian secara khulu’ atau tebus talaq bagi membatalkan ikatan perkahwinan dengan
sebab-sebab yang munasabah dan telah diputuskan oleh Mahkamah sepertimana diperuntukkan dalam subseksyen
49(1):“Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri,tetapi pihak-pihak itu bersetuju
bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq,Mahkamah hendaklah selepas jumlah bayaran tebus talaq
dipersetujui oleh pihak-pihak itu,mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan
perceraian itu adalah bain sughra atau tak boleh diruju’kan”

b) Hak untuk mendapatkan perceraian di bawah takliq atau janji sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen
50(1):“Seseorang perempuan yang bersuami boleh,jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat
perakuan takliq yang dibuat selepas berkahwin,memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian
yang demikian telah berlaku”

c) Hak untuk membubarkan perkahwinan atau fasakh jika terdapat satu atau lebih daripada alasan-alasan munasabah
sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 52.

d) Hak terhadap harta sepencarian sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 58(1): “Mahkamah adalah
mempunyai kuasa,apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian,memerintah
suapaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka
dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu”

e) Hak terhadap nafkah eddah di mana seorang isteri yang diceraikan berhak mendapat nafkah eddah yang diberi oleh
bekas suaminya sepanjang tempoh eddah.Dalam seksyen 59(1) menyatakan: “Tertakluk kepada hukum
syarak,Mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya”

f) Hak untuk mendapatkan tempat tinggal sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 71(1): “Seseorang perempuan
yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak
mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri”

g) Hak keutamaan dalam hadhanah bagi menjamin kebajikan kanak-kanak tersebut seperti dalam seksyen 81(1):
”Tertakluk kepada seksyen 82,ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam
masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan”

Secara ringkasnya,ini adalah diantara peruntukkan yang secara jelas memberi satu kelebihan dan menjaga kedudukan
mereka sebagai seorang isteri dalam perkahwinan.Dengan adanya peruntukkan Undang-Undang Keluarga
Islam,diharapkan bahawa kaum wanita dapat berfikir bijak dan dapat menentukan hak-hak mereka supaya kedudukan
mereka terbela dan terjamin.Sesungguhnya Islam telah mengangkat martabat kaum wanita dengan segala keistimewaan
yang telah diciptakan oleh Allah.Perlu diingat bahawa segala kelebihan ini perlulah digunakan secara bijaksana dan
meskipun Islam telah memberi segala hak kepada wanita,mereka perlulah tidak melampaui batas serta tidak “meminta-
minta” atau cuba melaksanakan peraturan yang terlalu menonjol hingga melampaui batasan mereka sebagai seorang
wanita.Walau apapun hak yang cuba ditegakkan oleh mereka atas alasan hak asasi,ianya tidak boleh sama sekali
melanggar Hukum Syarak yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perhimpunan Wanita dan Angan-Angan Dasar Wanita


Negara 2009
Khamis, 27 Ogos 2009 19:23
3,000 sertai perhimpunan Hari Wanita

KUALA LUMPUR 25 Ogos


Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan 2009 berlangsung
penuh meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu di Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Hadirin terdiri daripada para pemimpin dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
badan korporat, agensi kerajaan, institut pengajian tinggi (IPT), persatuan belia dan
golongan kurang upaya serta warga emas pelbagai kumpulan etnik.

Acara tahunan yang disambut sejak 25 Ogos 1962 itu bertujuan menghargai dan
mengiktiraf kedudukan wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Diberi tema Wanita 1st, sambutan Hari Wanita tahun ini mencatatkan sejarah tersendiri
apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Dasar Wanita Negara
-2009 kesinambungan daripada dasar sama yang pertama kali digubal pada 20 tahun lalu.

Ia dasar yang mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender seperti termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Terhadap Wanita (CEDAW) dan banyak lagi.

Dasar Wanita Negara 2009 diberi nafas baru yang mencerminkan usaha kerajaan untuk
mengarus perdanakan wanita daripada aspek pembangunan bangsa dan negara.

Di samping itu, ia dianggap rangka tindakan yang progresif dan dinamik, sebagai panduan
kepada wanita Malaysia mencorakkan landskap pembangunan ekonomi, sosial dan politik
negara.

Langkah penggubalannya juga dianggap sejajar perubahan persekitaran dan keperluan


masa depan terutama dalam menghadapi dunia globalisasi dan iklim ekonomi yang
semakin kompetitif.

Beberapa pembaharuan yang diketengahkan menerusi Dasar Wanita Negara 2009 ialah
pembudayaan kesaksamaan gender meliputi badan eksekutif, perundangan dan
kehakiman.

Selain langkah drastik untuk meningkatkan bilangan kaum hawa di peringkat pembuat
keputusan dan menggalakkan sinergi pelbagai sektor bagi meningkatkan taraf sosio
ekonomi wanita.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, kerajaan komited terhadap penyediaan


persekitaran kondusif bagi menyerlahkan lagi potensi seramai 13.9 juta wanita di
Malaysia.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) bahawa pelaburan
ke atas wanita adalah pelaburan paling bijak.

"Namun, pulangannya perlu ada jaminan agar dapat menyumbang kembali kepada
kemakmuran dan kesejahteraan negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari
Wanita Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur malam tadi.

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Mohd. Sidek Hassan; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Faizah Mohd.
Tahir.

Perdana Menteri kemudiannya turut berbuka puasa bersama para tetamu sebelum bersolat
jemaah Maghrib, Isyak dan sunat Tarawih.

Sumber : Utusan Malaysia


Ulasan
Saat dan ketika ini demokrasi dianggap sebagai sebuah Sistem Politik terbaik dunia 
Ternyata salah satu harapan ‘pejuang’ wanita ini mahupun masyarakat terhadap Negara
demokrasi adalah kemampuan mencipta kesejahteraan dan keamanan untuk semua orang
terutamanya kaum wanita dan anak-anak.  Hakikatnya, sejak berdirinya Negara ini hingga
ke hari ini, demokrasi yang di terapkan dan di perjuangkan gagal membawa kesejahteraan
dan keamanan bagi kaum wanita.

Malahan dunia Barat Amerika dan Eropah, yang merupakan pelopor demokrasi ternyata
tidak pernah sekali pun menepati apa yang sering mereka propagandakan tentang
kehebatan demokrasi.  Seringkali kita dihidangkan dengan fakta-fakta pembuktian
kejahatan demokrasi yang tidak dapat di sangkal terhadap kaum wanita.

Sebuah kajian yang dijalankan selama lima tahun terhadap sembilan negara kesatuan
Amerika mendapati bahawa 60% peguamcara wanita mengaku pernah mengalami
gangguan seksual.  Begitu juga data-data yang dikumpulkan oleh sebuah universiti
penyelidikan perubatan Amerika (University of Medical Research) pada tahun 1998,
menunjukkan bahawa 63% dari tentera wanita AS mengalami penderaan fizikal ataupun
seksual selama mereka menjalani perkhidmatan ketenteraan mereka.  Manakala kajian
yang sama mendapati 43% dari perajurit wanita ini dilaporkan diperkosa di dalam
perkhidmatan itu.

Di sudut lain, BBC melaporkan hampir 25% wanita di United Kingdom pernah
mengalami penderaan atau keganasan rumah tangga di dalam kehidupan mereka.  Setiap
60 saat, pasukan polis Britain mendapat panggilan untuk menangani masalah penderaan
dalam rumah tangga dan menerima 1300 aduan kes yang sama.  Setiap minggu 2 wanita
maut disebabkan keganasan rumah tangga.  Kes-kes rogol terjadi setiap minit di Amerika
dan Britain manakala satu pertiga dari wanita pernah menjadi mangsa keganasan seksual
pada umur 18 tahun.  Begitu juga di AS dan UK, kes rogol dilaporkan meningkat 500%
antara tahun 1996-1997.

Ini adalah fakta-fakta yang mengerikan!  Apakah hal ini yang ingin ditiru dan dicapai oleh
kaum wanita di Malaysia? Adalah amat jelas bahawa berbagai permasalahan wanita pada
saat ini, mengukuhkan bukti kegagalan demokrasi dalam menjamin keadilan, keamanan
dan kesejahteraan wanita.  Masihkah kita berharap kepada demokrasi?  Sistem yang telah
berabad- abad dilaungkan memberi sejuta harapan kebaikan, namun sehingga ke saat ini
kebaikan yang diidam-idamkan tidak pernah tercapai, bahkan bayangnya juga tidak
kelihatan!

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab memperlakukan wanita sebagai manusia yang
rendah nilainya.  Kaum wanita ketika itu dianggap sebagai harta benda yang boleh
diwarisi.  Bayi perempuan dianggap sebagai aib, sehinggakan orang-orang Arab
Jahilliyyah menguburkan hidup-hidup bayi perempuan yang baru lahir.

Namun Rasullullah Sallallahu alaihi wa Sallam datang membawa risalah Islam yang di
wahyukan oleh Allah Subhanahu wa Taala, untuk melenyapkan semua bentuk kezaliman
tersebut dan mengembalikan hak-hak kaum wanita.

Tindakan yang memeras dan mengabaikan hak-hak wanita semuanya di hapus


sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wa Taala:
“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan
jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka Karena hendak mengambil
kembali sebagian dari apa yang Telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka
melakukan pekerjaan keji yang nyata dan bergaullah dengan mereka secara patut.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Karena mungkin kamu
tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
[TMQ An Nisa’ (4):19]

Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda:


“Barangsiapa yang memiliki anak perempuan, dan ia tidak menguburnya hidup-hidup,
tidak menghinanya, dan tidak cenderung kepada anak laki-lakinya, maka Allah akan
memasukkannya ke dalam syurga.”

Islam juga menetapkan bagaimana kewajipan seorang suami terhadap isterinya


sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:

“Wahai manusia, memang benar kalian memiliki hak atas isteri kalian, tapi mereka juga
punya hak atas kalian. Ingatlah, bahwa kalian telah mengambil mereka sebagai isteri atas
kepercayaan dan izin Allah. Jika mereka taat, maka mereka berhak diberi nafkah dan
pakaian serta kebaikan. Berlaku baiklah kepada mereka, karena mereka adalah pasangan
dan penolong kalian.”

Penghargaan tinggi atas tugas-tugas perempuan sebagai ibu dan pengatur rumah tangga
juga diberikan Islam sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Pada masa kehamilan hingga bersalin, dan hingga berakhirnya masa menyusui,
seorang perempuan mendapatkan pahala yang setara dengan pahalanya orang yang
menjaga perbatasan Islam.” [HR. Thabrani]

Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam juga pernah bersabda:

“Ketika seorang perempuan menyusui anaknya, untuk setiap tegukan itu ia akan
mendapatkan pahala seolah-olah ia baru dilahirkan sebagai seorang manusia, dan ketika
ia menyapih anaknya, para malaikat menepuk punggungnya sambil berkata, ‘Selamat!
Semua dosa-dosamu.""

Bukti demokrasi gagal memelihara wanita adalah fakta yang tidak dapat di sangkal lagi. 
Sudah semestinya keadaan yang menyedihkan dan mengerikan ini perlu diubah.  Sistem
demokrasi yang gagal ini perlu di ubah kepada sebuah sistem yang menurut sejarah telah
terbukti mampu menyelesaikan permasalahan kehidupan dan memelihara kaum wanita
iaitu Sistem Pemerintahan Islam yang sebenar.  Apakah kita ingin hidup di bawah
naungan Khilafah dengan segala kemuliaannya terhadap kaum wanita?  Atau pun kita
masih memilih untuk hidup di dalam lembayung demokrasi kapitalis dan membiarkan
akal-akal pemikiran dangkal ‘pejuang-pejuang’ wanita ini mengheret kita ke lembah
kehinaan dengan berbagai permasalahan yang tiada penghujungnya? 

RUJUKAN
http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=hak-asasi-manusia
http://www.pmo.gov.my/islamhadhari/index.php?menu=p7
http://www.jksnpp.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=126
http://www.mykhilafah.com/fokus-berita/1543-perhimpunan-wanita-dan-angan-angan-
dasar-wanita-negara-2009

You might also like