You are on page 1of 5

KERJA ASAS (FOUNDATION)

Pengenalan

Asas (foundation) adalah bahagian yang terpenting di dalam struktur sesebuah bangunan. 
Kegagalan asas akan menyebabkan pemendapan bangunan dan akan menjejaskan
struktur lain serta perkhidmatan dalaman seperti paip, kabel dan lain-lain.  Adalah
penting bagi pihak kontraktor memahami sedikit teori dan cara praktikal dalam
pembinaan asas bangunan.

Jenis – Jenis Asas

Rekabentuk bagi jenis asas bangunan adalah bergantung kepada kekuatan / keupayaan
galas tanah.  Terdapat 2 kategori utama iaitu :

 Asas Cetek (shallow foundation)


 Asas dalam (deep foundation)

Asas Cetek
Terdapat 4 jenis asas cetek, iaitu :

 Penapak konkrit tetulang (pad shooting)


 Penapak jalur (strip footing)
 Penapak rakit (raft footing)
 Penapak konkrit bercantum (combined footing)

Asas Dalam
Asas dalam digunakan apabila tanah tidak sesuai untuk menanggung beban yang
disebabkan oleh :

 Keupayaan galas tanah yang rendah.


 Mendapan yang berlebihan.
 Keadaan aras air bawah tanah yang tidak menentu.
 Beban mengufuk.

Perkara-perkara penting bagi asas yang perlu diberi


perhatian. 
 Asas cetek tidak praktikal digunakan sekiranya terdapat tanah lembut pada
kedalaman melebihi 3m kerana ianya akan melibatkan penggalian yang terlalu
dalam.
 Saiz dan jenis penapak adalah bergantung kepada beban tiang dan keupayaan
galas tanah.
  Asas cetek sesuai untuk tanah keras dengan nilai SPT, N melebihi 5.
 Asas penapak konkrit tetulang dan penapak jalur tidak boleh dibina di atas tanah
tambak.
 Penapak konkrit tidak sesuai digunakan bagi kawasan yang mengalami
pemotongan dan penambakan seperti kawasan berhampiran cerun atau kawasan
cerun bagi mengelakkan masalah enapan kebezaan (differential settlement)
daripada berlaku.
 Proba JKR perlu dijalankan pada setiap kedudukan tiang sebelum pembinaan
dijalankan dan hendaklah mencapai sekurang-kurangnya bilangan pukulan /
hentaman yang dikehendaki untuk mencapai keupayaan galas yang dibenarkan
 Lubang-lubang yang dikorek tidak boleh dibiarkan terdedah terlalu lama.  Kerja
konkrit perlu dijalankan dengan segera.

ASAS CERUCUK (PILING)

Pengertian 

 Sejenis asas dimana beban dari bangunan dibawa dan disebarkan ke aras yang
sesuai di dalam tanah melalui tiang yang dinamakan cerucuk.
 Asas ini diadakan khusus untuk bangunan bertingkat dan  mempunyai sifat tanah
yang tidak stabil.
 Jenis - jenis cerucuk yang digunakan adalah bergantung kepada kesesuaian
tanah,keadaan muka bumi dan struktur bangunan itu sendiri.
 Antara jenis-jenis cerucuk yang biasa digunakan ialah R.C Pile, Micro Pile, H
Pile dan Bore Pile.

Jenis – Jenis Cerucuk dan Kegunaannya

Cerucuk Bakau (Bakau Pile)

 Cerucuk Kayu Berubat (Treated Timber pile)


 Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Piles)
 Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Pile)
 Cerucuk Keluli H ( Steel H-Pile)
 Cerucuk Mikro (Micro Pile)
 Cerucuk Tergerek (Bored Piles)

a. Cerucuk Bakau (Bakau Pile )

o Digunakan pada masa dahulu.


o Bersaiz diameter : 75mm dan 100mm.
o Keupayaan galas 5kN – 10kN (0.5 tan – 1 tan).
o Beban maksima 10 kN (1 tan).
o Jarak minima adalah 300mm.
o Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.
o Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.
o Selalu digunakan untuk kawasan yang berair suatu ketika dahulu.

Gambar (a) i : Jenis Cerucuk Bakau.

Gambar (a) ii : Pembinaan pelantar bakau sebagai lantai pembetung.

b. Cerucuk Kayu Berubat

o Digunakan apabila cerucuk bakau tidak sesuai digunakan.


o Untuk pembinaan kos rendah.
o Tidak begitu ekonomi di kawasan tanah lembut.
o Hanya satu sambungan yang dibenarkan.
o Digunakan sebagai cerucuk tanggung hujung atau cerucuk geseran.
o Saiz biasa : 125mmx125mm dan 150mmx150mm
o Beban galas maksima diantara 120kN hingga 150kN  (12 tan – 15 tan)
o Saiz cerucuk yang hampir sama adalah lebih ekonomi.

c. Cerucuk Konkrit Tetulang (RC Pile)

o Digunakan apabila cerucuk bakau dan cerucuk kayu berubat tidak sesuai
digunakan.
o Ianya merupakan cerucuk yang komersial digunakan pada kebanyakan
tapak.
o Tidak sesuai di tempat-tempat berikut:

Kawasan batu kapur – Kuala Lumpur, Ipoh, Perlis dan Gua Musang.
Kawasan tanah lembut dan mempunyai banyak lapisan pasir.

o Saiz diantara 150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm.


o Panjang bagi setiap batang adalah 6m @ 20’.
o Maksima beban galas struktur adalah sehingga 1450 kN (145 tan).
o Terbahagi kepada :

Kelas 1 : Konkrit Gred 40 untuk tanah yang keras.


Kelas 2 : Konkrit Gred 25 untuk tanah yang lembut.

Gambar (c) : Cerucuk jenis Konkrit Tetulang (RC Pile).

d. Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Piles)

o Sesuai digunakan untuk semua keadaan tapak.


o Gred konkrit yang lebih tinggi (Gred 60 hingga 80).
o Saiz diameter diantara 250mm hingga 1000mm.
o Beban galas struktur yang lebih tinggi iaitu diantara 400 kN hingga
4000kN.
o Kualitinya lebih baik daripada cerucuk konkrit tetulang.
o Luas keratan yang kurang  dan permukaan kekuatan ricih yang rendah
(weak in shear strength).

 
Gambar (d) : Penggunaan ‘spun pile’ dalam suatu projek perumahan.

You might also like