You are on page 1of 28

 

     Pengenalan  

     Merupakan isu bagi guru novis atau baru yang ditempatkan di sekolah. Murid
sekarang berlainan dari murid zaman dahulu, dimana ada yang aktif,
hyperaktif, nakal dan kuat bermain atau yang sukar menerima
pembelajaran. Mereka ini biasanya menganggu implementasi perancangan
pengajaran dan pembelajaran anda.  Oleh itu hendaklah anda melengkapkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan bilik
darjah.

   Konsep Pengurusan Bilik Darjah

    Tindakan dan strategi yang digunakan untuk memastikan peraturan didalam
bilik darjah. Seorang guru hendaklah satu persekitaran yang pembelajaran
yang kondusif  dan mengurus sikap dan tingkahlaku murid. Sebagai contoh,
anda boleh menarik perhatian murid dengan menjerit seperti Tarzan atau
mengetuk loceng bagi mendapatkan perhatian kelas, jeritan manja Tarzan
atau bunyi loceng yang singkat sudah mencukupi untuk menarik perhatian
murid anda yang sedang asyik bercakap atau sedang membuat kerja atau
tugasan , mereka akan berhenti dan memberi perhatian atau menunggu
arahan anda. Jika anda berjaya, anda boleh dianggap sebagai pengurus bilik
darjah yang berjaya.

            2. Guru sebagai pengurus yang efektif :

        

       berupaya mendapatkan kerjasama murid; berjaya mengekal


penglibatan

       dan tugasan dan berjaya mengurus urusan bilik darjah dengan
lancar.

        

        Example, the teacher has to lay down rules and procedures for learning
activities. Sometimes this role is viewed as nothing more than that
of    disciplinarian, the person who must see that the classroom group and
its individual members stay within the limits set by the school, the limits
set by the teacher, and the limits set by the tasks at hand. In fact, the
teacher must also manage a classroom environment. He organizes the
classroom space to fit his goals and to maximize learning. Seating must be
arranged; posters hung; bulletin boards decorated; extra books, learning
carrels, and bookshelves installed. Classroom management for the teacher
also involves modeling a positive attitude toward the curriculum and toward
school and learning in general. Finally, a teacher needs to manage and
process great amounts of clerical work. There are papers to be graded and
read, tests to be scored, marks to be entered, attendance records and
files to be maintained, notes and letters to be written, and so forth.

           

           3. Faktor Menjejas Persekitaran Bilik Darjah:

            • Gaya Pimpinan:

       

        Gaya kepimpinan berbeza akan menjejaskan suasana pembelajaran

        murid

      

       (i) Kepimpinan Autokratik (Authoritarian leadership) akan 


melemahkan semangat belajar, guru akan biasanya menidakkan dan
mengecam murid apabila murid melakukan kesilapan.

      (ii) Kempimpinan Demokratik (Democratic leadership), perkongsian


tanggungjawab, mencari penyelesaian melalui meningkatkan atau
memberi galakkan daripada membuat tuntutan. Guru biasanya adalah
bersifat baik hati, penyayang, mengambil berat, ceria tetapi tegas.
Peningkatan diri terbentuk melalui perkongsian tanggungjawab.
Kajian menunjukkan produktiviti dan pencapaian adalah tinggi dalam
kelas yang diuruskan secara demokratik.

      (iii) Pecah dan Perintah (laissez-faire leadership) , guru biasanya


seorang yang bersikap tidak apa  ("permissive"). Semua OK! Setiap
murid melakukan tugasan atau kerja sendiri. Kempimpinan jenis ini
biasanya membawa kepada keadaan huru-hara. Ia menghasilkan
keadaan tidak tersusun (disorganization), kekecewaan kepada murid
dan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan jika berjaya.

            • Persekitaran Fizikal (Physical environment): 

      

        Kelas yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Sebagai


guru,

      anda akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan keadaan


dan

      keselesaan bilik darjah.

            • Susunan Bilik Darjah (Room arrangement):

       Susunan bilik darjah seharusnya membantu pengajaran dan


pembelajaran serta mengawal disiplin. Kedudukan tempat duduk
seharusnya tertumpu kepada papan tulis kerana arahan kelas
tertumpu disitu. Anda juga seharusnya menyediakan kemudahan
pengasah pensil, buku rujukan, pusat pembelajaran , kemudahan
membuang sampah dan  etc. Tempatkan persediaan ini samada di
belakang atau di tepi tumpuan

           • Motivasi (Motivation):

       

        Guru seharusnya cuba memotivasikan murid dengan cara

      

       (i) mengharap yang terbaik dari murid


       (ii) membentuk sikap yang diharapkan

      (iii) mewujudkan persekitaran postif

       (iv) melibatkan murid dengan aktif

       (v) membuat pembelajaran nampak bermakna

       (vi) mewujudkan peningkatan diri

       (vii) menyelesaikan prasangka

       (viii) mengunakan penguatkuasaan

        (viii) menjalankan pertandingan

         (x) mengurangkan kelesuan

            •
Masa di Sekolah dan Bilik Darjah (Time in schools and
classrooms):

     

      Masa persekolahan adalah terhad. Bahkan masa persekolahan


dibahagikan kepada lima kategori : masa yang ditetapkan (mandated
time), masa diperuntukkan (allocated time), masa diberikan
(instructional time), masa dilibatkan (engaged time), dan masa
pembelajaran akademik ( academic learning time).

      (i) Masa yang ditetapkan (Mandated time):

        masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Masa

        persekolahan biasa adalah  7.45 diwaktu pagi sehingga


2.05

        diwaktu petang selama 190 hari. Masa ini hendaklah   


digunakan untuk tujuan aktiviti akademik dan bukan
akademik.

      (ii) Masa di Peruntukkan (Allocated time):

            Semasa masa yang ditetapkan , pelbagai bentuk


matapelajaran hendaklah diajar termasuklah masa
makan, rihat, pertukaran kelas, pengumuman dan
sebagainya. Masa yang sesuai bagi setiap jenis aktiviti
ini dipanggil masa yang diperuntukkan. Matlamat
pengurusan bilik darjah adalah untuk mengembangkan
jumlah masa yang diperuntukkan bagi pembelajaran. 

      (iii) Masa diberikan (Instructional time):

           

            Guru menterjemahkan masa yang diperuntukkan


kepada pembelajaran melalui masa yang diberikan.
Biasanya ia diterjemahkan menjadi aktiviti
pembelajaran yang produktif. Murid biasanya
mengunakan masa ini sepenuhnya untuk belajar namun
biasanya murid berangan-angan atau bergurau.

      (iv) Masa yang dilibatkan (Engaged time or time on-task):

            Adalah masa sebenar murid menumpukan kepada


tugasan atau kerja, Murid biasanya aktif (secara
fizikal atau mental) dan melibatkan diri dalam pross
pembelajaran dan salah satu matlamat pengurusan
bilik darjah adalah meningkatkan mutu masa dengan
memastikan murid menjalankan tugasan.

 
      (v) Masa pembelajaran akademik (Academic learning time):

           

            Masa penglibatan bukanlah biasanya productive.


Sesungguhnya masa penglibatan biasanya membawa
murid ketahap lamunan yang biasanya menghasilkan
sedikit kefahaman atau penyerapan yang sedikit.  
Jika ini berlaku, guru hendaklah memotivasikan murid
agar masa penglibatan adalah produktif dan hendaklah
memaksimakan  masa pembelajaran. Ini bermakna
pencapaian murid hendaklah ditahap yang tinggi (80%
atau lebih )

            • Komunikasi (Communication):

      Apabila masalah timbul di bilik darjah, komunikasi yang baik


diantara guru dengan murid adalah perlu. Ini bermakna ianya bukan
saja melibatkan kaedah "guru bercakap-murid mendengar) tetapi
komunikasi terbuka , dua hala yang bermaksud anda bercakap dan
anda mendengar.

            4. Pengurusan Pencegahan (Preventive classroom management):

        Kebanyakkan masalah yang berkaitan dengan salahlaku murid


dikendalikan oleh guru yang berkesan melalui kaedah pencegahan. Diantara
langkah pencegahan yang dijalankan adalah :

            •
Mengadakan peraturan dan prosedur (Establishing rules and
procedures)

 
    bagi mentadbir aktiviti dibilik darjah. Peraturan adalah kenyataan yang
menyenaraikan perkara-perkara yang murid harus tahu mengenai
sesuatu perkara samada ianya boleh atau tidak dibolehkan. Biasanya
peraturan adalah kenyataan bertulis yang jelas dan di minimakan.
Prosidur pula merupakan langkah-langkah kerja dan keterangan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Ianya jarang di cetak tetapi pengurus yang
berkesan akan memberi masa dan tumpuan mengajar prosidur
sebagaimana mereka mengadakan kelas. Pergerakan pelajar, percakapan
pelajar dan apa yang perlu dilakukan ketika masa pemberhentian
(seperti kelas habis awal atau murid menunggu aktiviti lain atau masa
untuk pulang) adalah diantara aktiviti penting yang memerlukan
peraturan berhubung tingkahlaku dan prosidur bagi memastikan kerja
dijalankan dengan berkesan.

            o Kategori peraturan (Categories of rules):

         (i) hubungan dengan orang yang lebih tua atau rakan  –
hendaklah

              tertib dan dan setiakawan, hendaklah saling bantu


membantu

         ii) tugasan akademik - berusaha dengan baik, mencuba sebaik

              mungkin

       (iii) rutin bilik darjah - mengangkat tangan, cepat masuk ke


tempat

              duduk dan dalam keadaan berdiam diri,

       (iv) kaitan diri - hormati diri sendiri; bersikap bijak, bersedia

            menerima kesilapan sendiri dan rakan, mencuba dan mencuba


,

            yakin boleh

        v) keselamatan - menjaga diri sendiri, berkeadaan selamat,


menjaga
           dan membantu rakan

            o Contoh rutin bilik darjah :

      masuk ke kelas dan duduk secara senyap apabila tiba;


mengumpul dan mengembalikan buku; membantu mengeluar dan
mengangkat barangan didalam kelas.

            • Mengekal ketekalan (Maintain consistency):

    Pengurus bilik darjah yang berkesan sentiasa tekal dalam menguatkuasa


peraturan dan prosidur yang dijalankan, jika tidak tiada satu pun
peraturan dan prosidur tersebut akan kekal

            •
Mencegah salahlaku dan sikap buruk (Preventing deviant
behaviour)

   

    agar berjalan dengan lancar dan sebaiknya adalah dengan melibatkan 
penjanaan kaedah dan mengekal momentum atau rentak yang sesuai.
Kesilapan biasa dalam mengekal kelancaran dan rentak adalah  (i)
tergantung (dangle): membiarkan topik tergantung dan membuat
perkara lain; (ii) flip-flop: memulakan dan memberhentikan sesuatu
aktiviti dan kemudiannya menjalankan perkara tersebut sekali lagi  (iii)
pecahan kerja (fragmentation): memecah dan mengagihkan arahan atau
aktiviti kepada segmen yang kecil iv) terlebih urutan ( overdwelling):
mengulang dan mengulangi perkara yang telah difahami murid

            •
Merencanakan bilik darjah (Orchestrating classroom) iaitu aktiviti
ketika masa luar (seperti pembukaan bilik darjah, peralihan masa,
penutupan kelas) : ini melibatkan perancangan dan perencanaan
tingkahlaku murid ketika luar masa. Murid yang berlainan latarbelakang
( keluarga , rumah, tempat bermain, berlainan kelas) memerlukan
berlainan kaedah tidak ketinggalan jika murid tidak hadir ke sekolah
sebelumnya.

            o
Permulaan kelas adalah masa pentadbiran awal yang
diperlukan oleh guru seperti membuat pengumuman dan
mengambil atau mencatat kedatangan. Pengurus berkesan
merancang dan menjalankan prosidur dengan baik bagi
memastikan urusan dijalankan dengan segara dan pasti.

            o
Masa peralihan (transitions) adalah masa pembelajaran
dimana guru bergerak atau menjalankan aktiviti pembelajaran
dari satu kaedah kepada yang lain. Perancangan adalah amat
penting sewaktu mengurus masa peralihan. Kaedah menunjuk dan
memberi isyarat adalah kaedah berkesan dalam mengurus masa
peralihan.  

            o
Penutupan sesi kelas juga adalah masa yang tidak stabil dalam
kebanyakan kelas. Kadang-kadang seorang guru bergegas
menamatkan kelas yang berjalan melebihi masa yang
diperuntukkan; kadang-kadang bahan-bahan seperti kertas ujian
hendaklah dipungut, atau kerap juga murid perlu mengurus
barangan peribadi apabila pertukaran matapelajaran, di kantin
atau menaiki bas. Pengurus berkesan akan memastikan masalah
sedemikian dapat diatasi dengan mengadakan prosidur
bersesuaian sebelumtamatnya kelas.

            • Membentuk Sikap Bertanggungjawab

    (Developing student accountability):

     Pengurus bilik darjah yang berkesan akan sentiasa


mempertanggungjawabkan murid terhadap kerja-kerja mereka  seperti
menyiapkan dan menyerahkan tugasan tepat pada masa atau
pembelajaran akan terjejas.

            5.
Disiplin (Discipline): Guru-guru yang menjalankan aspek-aspek
pengurusan bilik darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak
konflik-konflik dan akan memastikan atau mengelak pertembungan atau
gangguan dengan signifikan. Namun, murid akan tetap membawa masalah ke
kelas, dan guru-guru yang berkesan pengurusannya sekali pun akan
menghadapi atau berdepan dengan sikap tidak menyenangkan yang
memerlukan perhatian (Brophy, 1996). Mendisipilinkan murid yang bersikap
pengacau hendaklah dijadikan perancangan berterusan , kemahiran yang
diperlukan ketika menjalankan pertaruran disiplin adalah keupayaan
menjalankan tugasan dengan kumpulan profesional yang akan dapat
memberikan dan menumpukan perhatian terhadap salahlaku murid tertentu
dan pengetahuan membangunkan dan menjalankan pengurusan dan
perancangan disiplin.

Aspek terpenting dalam menghadapi ganguan salahlaku adalah


mengembalikan suasana konstruktif. Mengembalikan kawalan bilik darjah
dan mengurangkan penglibatan pelajar adalah matlamat sebarang gangguan
atau konfrantasi. Beberapa strategi berkesan adalah penting buat guru
dalam mengambil tindakbalas terhadap gangguan dan sikap murid
diantaranya:

(i) jangan cuba mengadakan keperluan tidak ketentuan atau


mengelabah

     jika terdapat gangguan atau insiden berlaku 

(ii) jelaskan pendirian anda termasuklah jika ada kesal, kecewa,


marah

      dan terangkan kepada murid 

(iii) bersikap konsisten dan patuhi serta buat apa yang telah anda

       nyatakan

(iv) bersikap adil dengan nurid. Jika anda melakukan kesilapan,


jalankan

    peraturan tanpa diskriminasi atau adakan tindakan kesusaian dan

   pohon maaf kepada murid. Mereka akan lebih menghormati anda


kerana
   bersikap jujur dan terbuka.

Jika sikap dan tingkahlaku murid menjadi serius dan usaha guru tidak
mendatangkan hasil yang diharapkan, strategi berlainan perlulah diadakan
termasuklah tindakan yang lebih berat maupun melibatkan penggantungan
sekolah.

            6. Masalah Disiplin (Disciplinary problem): merupakan  tingkahlaku

       (i) menganggu aksi pengajaran

      (ii) mengganggu hak orang lain untuk belajar

    (iii) secara saikologi dan fizikal tidak selamat

    iv) kerosakan hak

      Sesuatu masalah disiplin bukan sahaja disebabkan oleh murid tetapi juga
mungkin disebabkan oleh guru. Apabila sesorang guru menjalankan strategi
yang silap atau tidak sesuai yang mengakibatkan gangguan terhadap
pembelajaran orang lain,  beliau sebenarnya merupakan  masalah disiplin. Ini
adalah benar bagi prosidur yang tidak sesuai atau ketika masa keraguan,
pengumuman umum dan polisi sekolah yang mengganggu pengajaran dan/atau
proses pembelajaran. 

            7. Penyebab Salahlaku (Causes of misbehaviour) :

      Penyebab utama salahlaku didalam bilik darjah adalah :

  

    (i) kebosanan (boredoom) – kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik


darjah

        yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan

    (ii) keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan
kerana

          mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai
atau

           tidak jelas arahan yang diberikan

    (iii) usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa
yang

           panjang

    (iv) organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu
banyak

          gangguan ketika perjalan pengajaran

     (v) kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan
jelas

          mengenai perlakuan yang diinginkan

     (vi) interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang
membawa

           sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah

    (vi) tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri
kerana

          pernah menghadapi kegagalan

            8. Strategi praktikal bagi memenangi salahlaku (Kyriacou, 1991):

            􀂃 Cara Mengelak Salahlaku (Ways of preventing misbehaviour )


 

 - pantau (scan) bilik darjah (perhatikan jika ada murid yang


menghadapi masalah dan beri sokongan) dan pastikan
mereka meneruskan tugasan dengan segera. Perhubungan
individu adalah lebih efektif daripada memanggil mereka
dari jauh

 - rondaan (circulate)  (buat rondaan didalam kelas dan


bertanyalah

   mengenai kemajuan yang memungkinkan pembongkaran


masalah yang tidak kelihatan

 - adakan pertemuan mata (make eye contact) ( lakukan kepada


semua ketika didalam kelas)

 - ajukan soalan-soalan anda (mengajukan soalan-soalan didalam


kelas membolehkan semua pelajar terlibat)

 - guna kaedah pendekatan (use proximity) ( bergerak menuju


kepada murid yang sedang berbual menunjukkan kesedaran
mengenai tingkahlaku mereka. Berdiri disamping murid akan
memastikan mereka menjalankan tugasan )

 - berikan bantuan akademik (akan menyemarakkan semangat


murid dengan tugasan yang diberikan dan merupakan salah
satu cara mengelak salahlaku)

 - tukar aktiviti atau kelajuan (change activities or pace)


(kadang-kadang pengajaran berjalan terlalu perlahan atau
terlalu laju , jadi dengan menukar gear dan cara boleh
memberi kesan krusial bagi memastikan penglibatan murid) 

 - perhatikan salahlaku (notice misbehaviour) (gunakan kaedah 


eye-contact, kaedah ekspresi muka dan  rihat seketika
untuk memberi isyarat tidak bersetuju, jadi hanya akan
berlaku gangguan seketika. Mengabaikan insiden kecil boleh
membawa kepada salahlaku yang lebih serius. )

 - perhatikan perlakuan biadap (Notice disrespect) (perlakuan


biadap terhadap anda, seorang guru harus merasai keadaan
jika tidak ianya akan menunjukkan tahap salahlaku yang
dipohon dari murid) 
 - pergerakan murid (move students) (jika perlu, asingkan murid
bermasaalah sambil memaklumkan bahawa tindakan tersebut
adalah untuk kebaikan mereka sendiri) 

            􀂃 Keberkesan Penangguhan Tindakan

         (The effective use of reprimands):

            -
Sasaran Tepat (Correct targeting) (adalah penting untuk
mengenalpasti dengan tepat murid yang bertangungjawab
dalam permasaalahan)

            -
Ketegasan (Firmness) (gunakan nada yang jelas dan tegas.
Elakkan rayuan atau kelembutan sebaik saja tindakan
diambil)

            -
Nyatakan perhatian ( Express concern) (tindakan haruslah
bertujuan menyampaikan hasrat anda mengenai kesan dan
penglibatan murid lain yang terjejas) 

            -
Elakkan Amarah (Avoid anger) (jangan hilang kesabaran,
walau apa pun provokasi. Bertuturlah dengan tenang, jangan
aggresif dan jangan masuk perangkap penipuan) 

            -Jelaskan keperluan (Emphasise what is required) 


(Tekankan apa yan sepatutnya murid lakukan selain dari
asyik dengan pernyataan salahlaku. Eg. “Anda mungkin boleh
bercakap perlahan-lahan dengan rakan anda” daripada
“Hello! Hello! Terlalu banyak gangguan bunyian didalam kelas
ini"

            􀂃 Kegunaan Hukuman

        

          (The use of punishments: When reprimands do not work)

      
      - fokus kepada salah perlakuan (elakkan hukuman secara
personal supaya murid faham mengapa tindakan perlu
diambil )

            -
adakan turutan selepas kejadian (hukuman akan lebih
berkesan jika salahlaku dikesan )

            -
hendaklah konsisten (be consistent) (murid mempunyai
setuhan keluhan  yang kuat mengenai kepelbagaian tindakan
samada secara individu maupun diantara keadaan)

            -
sesuaikan dengan keadaan (fit the crime) (skala hukuman
hendaklah menunjukkan kesesuaian dengan kesalahan dan
kehendak sekolah;

            -
jalinkan hubungan semula (be followed by reconciliation)
(selepas hukuman dijalankan, cuba jalinkan hubungan positif
dengan murid)

            9. Contoh perancangan disiplin bilik darjah

        ( Example of a classroom discipline plan: )

            􀂃 Peraturan (Rules)

       - Ikuti arahan guru (Follow teacher directions first time )

            –  Awasi tangan, kaki dan barang berbahaya 

            –  Bersikap tertib dan ramah

            – Berusaha bijak

            􀂃 Ganjaran (Rewards)

            – Pujian (Praise )

            – Bersikap baik (Good behaviour )

            – Surat Penghargaan (Positive letter home)


            􀂃 Pembetulan (Corrections)

            – Amaran (Warning )

            – 2 minit berjauhan (2 minutes away from the group)

            – 10 minit berjauhan (10 minutes away from the group)

            – Pengasingan (Detention)

            –
Berjumpa Guru Disiplin/PK/Guru Besar (Interview with
Disciplinary Master/ Senior Assistant/Principal)

            – Memanggil Penjaga (Parents called in )

Ujian/Latihan

1. Gaya Pengurusan Anda

| Pelajar | Penilaian Kursus | Pelaksanaan Kerja Kursus | Kurikulum | KBSR | Bilik Darjah | Kembali |

Penafian/Disclaimer.
Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini                          

Dibina pada 17 Nov 2006 dan dikemaskini pada  oleh Pengendali@2006

· Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists


Web Hosting
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by bravenet.com

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang menyempitkan
skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,mempunyai
meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah
bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah
mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya proses
pengajaran dan pembelajaran,maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun
diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan
menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa
konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke
semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh
masa tertentu.
Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?. Jawapannya
ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan
Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah
sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada
dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses
pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok
dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam.
Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun
asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan
ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia
berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq
dan Afghanistan.
Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi
pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti sebuah
ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan seorang guru
dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang
disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi,
bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan
jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians
dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?.
Adalah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik
darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan
sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan
harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah
organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan
beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan pengurusan sekolah yang
berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan
matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.
Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang
meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi
pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik
darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan
kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan
tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan
keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam
memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul.
Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan
dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan
pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan
menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif
haruslah bersifat proaktif,responsive dan menyokong.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara
dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada
pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-
dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan
merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak
untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran
dan pembelajaran.
JENIS-JENIS BILIK DARJAH
Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini
dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah
yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik
darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka.
Bilik darjah tradisi
Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah
kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan.
Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti
pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam
bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris
demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan
pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja
guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas.
Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran
ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat
pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik
darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh
guru.

Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah
sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula diperkenalkan
apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada
tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika
dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini
kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan
interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari
segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar
dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan
ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.
Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal
ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan
pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM


1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik darjah mata pelajaran khas

Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya ialah
makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan
sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan
yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar
menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan
peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan
dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan
alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal
sains dan bilik kemahiran hidup.

Bilik darjah terbuka

Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka


R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu ‘pendekatan
pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta
pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi
pembelajaran’.
Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk merancang aktiviti
pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru
hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran
dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu.
Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang
guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar
dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar
pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran
yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.

Ciri-ciri bilik darjah terbuka:


1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu
2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah.
3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar.
4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn
5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati
6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat
7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan
8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred.
9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara terbuka dan
jujur.

Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya
berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau
fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan
kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya
sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan
dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.
Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka
ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang dijangkakan
timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi
guru yang tidak terlatih.

MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH


Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan matlamat yang
tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran.
Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai azam mendidik
pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang berguna,boleh memberi sumbangan kepada
masyarakat sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain.
Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran.
Tetapi adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu
wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya sebagaimana
yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah yang timbul sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah-masalah telahpun dikenalpasti
sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru. Antara masalah-masalah
tersebut ialah:
1 )Masalah komunikasi
Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu
pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung. Komunikasi dalam
konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu komunikasi secra
lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi “verbal” dan yang ke dua ialah komunikasi
secara bukan lisan atau “non verbal”. Komunikasi secara lisan melibatkan proses
pemindahan maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang individu iatu guru
kepada sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan
sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah
difahami.
Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat melalui
gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan sebagainya.
Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju atau menerima,senyuman
bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan kajian yang telah saya jalankan dapat
saya spesifikkan masalah komunikasi ini kepada beberapa sebab iaitu:

a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang


menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca
dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas.Sekiranya
menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendenagar
dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai
contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah
sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah
lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris
dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian
Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan
Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca
bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan
bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi ini membawa implikasi yang
sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang
disamapaikan walaupun guru tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik.
b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah
dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang diketahui
umum bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia adalah alat
perantara dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses
komunikasi dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh
menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang guru
tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh semua pelajar dan guru
perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar dari awal pengajaran
sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar cepat bosan. Guru juga perlu
pandai menggunakan kemudahan yand disediakan oleh pihak pengurusan, sebagai
contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam ruang yang sangat luas guru mestilah
menggunakan pembesar suara.
c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu
menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang tidak
memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan terjadinya
komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan dalam proses
menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah manusia biasa yang sekali
sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah menaympaikan dan silap menganggap.
d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi seseorang
ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya menjadi tidak
rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu mengatasi masalah yang
selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru guru mestilah bijak mengawal emosi
agar penyampaian yang dilakukan dibalas dengan penerimaan yang baik oleh pelajar.
Pelajar sepatutnya menerima pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru bukannya
dalam ketakutan dan terpaksa.
e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan dalam bilik
darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana sekiranya gangguan itu
berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu adanya pembinaan bangunan atau
aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?. Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada apa
yang berlaku diluar bilik darjah. Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas dek
ketidaktumpuan pelajar terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah.
Sebagai guru,kita mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif samada
mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya yakin proses
pengajaran akan menjadi lebih berkesan.
1) Masalah disiplin
Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan
pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna
suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin.
Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini
bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya.
Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh disifatkan sebagai
pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan
keyakinan diri.
Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh
sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering diopengaruhi oleh persekitaran
dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh sikap dan
tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan pemimpin
masyarakat.
Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran seseorang terutama
pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya telah banyak menyumbang
kepada pertambahan masalah disiplin pelajar. Individu yang sentiasa berhadapan dengan
cabaran ini ialah guru yang boleh diibaratkan sebatang lilin.
Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan bilik darjah ini
saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah kawan karib di dalam
tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah. Apabila mereka disoal oleh
guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa membawa surat perakuan doktor.
Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin yang kerap dihadapi oleh guru.
2)Kesihatan murid
Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru
dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata ‘badan sihat otak cergas’
membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja dapat memberiakan
tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Bagaimana pula dengan keadaan
pelajar yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup seperti pelajar yang berkerja
sambilan di malam hari sehingga lewat malam?.
Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah malah terdetik di hati
mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan pengajaran dan tidak kurang juga ada
yang curi-curi tidur sehingga betul-betul terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah
dan mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam prinsip
pembelajaran menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima pengajaran dan
pengelibatan pelajar yang aktif.
3)Susun atur dan peralatan
Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan
memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur
sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur
kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga.
Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu
ramai dalam satu bilik darjah dan yang ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik
darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah
harian. Bagi sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia
bukanlah suatu masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag
terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan
mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan
penyumbangan kepada akademi pelajar.
Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin
maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin
sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif
dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa
mengalami kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti
masalah yang saya nyatakan di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata
kasarnya tiada penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang
tetap dan tidak boleh diubah-ubah.
Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak
mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain
rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak samada rosak atau
dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan belajar
seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak
atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat dinafiakan
bantuannya dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah pun
disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan
hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang guru
dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan batuk di tangga.

Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh diurus dengan


efisyen

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru,iklim
bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah
lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat
seorang pengurus yang baik seperti tegas,demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai
pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-
mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajar
tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif,sihat dan positif
untuk menggalakkan pembelajaran.
Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim
dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan
kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan pengelibatan pelajar yang
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan
matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip
pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru,iklim
bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip
tersebut adalah seperti berikut :
1)Hubungan baik antara guru dan pelajar.
Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai
objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah
pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan
agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan
pelajar dapat menghormati guru debagai orang yang akan membantunya.
2)Sikap guru yang optimis.
Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar
akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan
kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.
3)Bersikap positif kepada semua pelajar.
Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang
berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar
yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar.
Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa
sikap mereka yang tidak digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila mereka sedar
bahawa guru mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih bersifat
terbuka,berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.
4)Mencegah lebih baik dari merawat.
Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah ini boleh
diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru,mencegah perlakuan
negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau
mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik
darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya.
5)Prosedur pengurusan yang tegas.
Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam
melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar
rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan
melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap
guru.
6)Memberi dorongan yang positif.
Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru perlu
memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan
walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu
apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya.
Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip
pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik
darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru
sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap,komunikasi
yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap.
1)Pengurusan fizikal
Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang menggalakan adalah
dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut Savage (1999), susun atur fizikal
bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat
menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku
pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran
yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan
cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal
memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik
mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan
dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan
menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajran iti harus dijalankan.
Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menmpung
aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin
disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru dapat menguruskan
kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur :
1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh
pelajar.
2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di dalam bilik
darjah.
3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif dalam
pembelajaran.
4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa.
Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola
kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap.
A) Pola kedudukan pelajar
Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan
ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan
kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan.
Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas
bilik darjah tersebut.
Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan
lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di
antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau
berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar
banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin
dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu peljarnya asyik
berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk
berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya
menghadap ke hadapan kelas.
Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal.
Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar
untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja
menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik
darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru
sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar.
Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg
tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996),
semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja
guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang
lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam
pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di
belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru.

B) Peralatan yang lengkap


Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga
akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang
pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-
alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan
secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya
sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan
sebagainya.Apabila alatan atau perkakas yang dapat disediakan adalah terhadad dan
terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh alatan atau perkakas
tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan terutamanya daripada ibu bapa
pelajar yang berkemampuan.
Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslah-
masalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau
pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke atas,menganjurkan
gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap pelajar bawa satu
alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar
tetapi juga menyemai kemesraan di antara guru dengan pelajar,pelajar dengan
pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini mestilah mendapat kebenaran dan
kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu.
Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah
yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang
dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan
lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif
serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan belajar
dalam bilik darjah yang ceria,selesa dan sihat.
2 )Komunikasi yang berkesan.
Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan
sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi merupakan
proses untuk membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi
dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau
tidak sebarang gangguan dan maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi
digambarkan dalam bentuk strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada
pelajar.
Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu.
Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah
penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap
mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada
komunikasi itu dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan
cirri-ciri yang harus ada dalam komunikasi iaitu :
1) Adanya pertukaran informasi
2) Proses berlaku dalam system komunikasi
3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif.
4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza.

Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru dan pelajar
serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru dengan pelajar
banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa isyarat. Oleh itu,kemahiran
berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kecekapan berkomunikasi akan
meningkatkan keberkesanan pengajaran. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah :
1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi
Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang
kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan
pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan walaupun pandangan itu tidak
disenangi samada oleh guru atau pelajar lain.
2) Menggunakan bahasa yang berkesan.
Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam
proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu
tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan
menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir
pelajar.
3) Menyesuaikan dengan situasi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam
sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara
setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika berkomunikasi denagn pelajar
yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras komunikasi yang rendah
dan begitulah sebaliknya.

3)Menangani disiplin bilik darjah.


Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru
terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang
jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai
pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah
sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di
universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada
guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat.
Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi
aman,sihat,kondusif dan efisyen.
Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan
lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya adalah
berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat adalah ringan
atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar seorang pelajar
mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa
untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik
merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah
inggeris yang menyatakan ‘prevention is better than cure’. Dari situlah sekiranya guru
berjaya mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat dugunakan
dengan lebih efisyen dan sebaiknya.
Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu menyediakan
pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat ditingkatkan. Dalam bilik
darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan merasa bosan dan masa tidak terbuang.
Selain itu juga,guru haruslah sentiasa memberi perangsang kepada pelajar dengan
menunjukkan sikap dan sifat yang baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan
masalah dan mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah
tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkah-langkah di atas adalah
cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya dapat diurus dengan
efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan pendidikan yang berkesan
kepada rakyat.

Rujukan
1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary
and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc.
2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional
decision-making model. USA:Allyn&Bacon.

3) Hall,C. (2000). Growing safe schools-it takes a community! University of Akron.


4) Henley,M. (2006). Classroom Menagement: A proactive approach. New Jersey:
Pearson Prantice Hall.
5) Savage,T. V. (1999). Teaching Self-Control Through Management and Discipline.
Boston:Allyn and Bacon.
6) Verderber, R. F., & Verderber, K. S. (2002). Communicate! (10th ed.). USA: Clark
Baxter.

You might also like