You are on page 1of 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

TAJUK

SIMBOL DALAM SENI RUPA

Disediakan oleh:

MD ZAID BIN HASHIM


D20031016344
PROGRAM: AT 23

Untuk Perhatian

EN ROSKANG BIN JAILANI


FAKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM
SIMBOL DALAM SENI RUPA

Simbol atau perlambangan mempunyai nilai dan kesan yang tersendiri terhadap
penciptaan atau kepada masyarakat yang menghasil dan menerimanya sebagai wadah
kehidupan seharian. Dalam hubungan kewujudanya, ia mempunyai suatu nilai estetika
yang dapat dipertanggungjawabkan. Apatah lagi kadang-kadang kita tidak menyedari
bahawa kewujudannya itu merupakan suatu hasil seni yang dapat dibanggakan.

Simbol juga dapat dikatakan sebagai suatu pemberian semula jadi terhadap
perkembangan imej manusia. Ini bererti dengan adanya kesedaran tujuan dan
kegunaan, bentuk simbolik itu mempunyai maksud tersendiri yang mewakili imej si
pencipta seni. Dalam perkembangan seni rupa, unsur begini tidak boleh diabaikan. Ia
merupakan satu fungsi dari imej itu sendiri.

Menurut Rudolf Arnheim dalam bukunya bertajuk Visual Thinking berbunyi;

….images can serve as pictures,are as symbols; they can also be used as mere signs.
(halaman 138)

Dalam kegiatan seni rupa, ketiga-tiga bentuk iaitu gambar, lambang dan tanda
merupakan ciri penting bagi seseorang seniman dalam mewujudkan imejnya untuk
penghasilan sesebuah karya seni. Kewujudan ini adalah berdasarkan kemampuan
mencipta, mengolah seluruh imaginasi dan pengalaman emosi serta
intelektual.Berdasarkan ketiga-tiga bentuk tadi, simbol lebih ketara mencakupi nilai
psikologi dan sosiologi dalam pertumbuhan jiwa manusia.

Sebenarnya simbol atau lambang berfungsi sebagai mengadakan dan


menampilkan sesuatu yang lain. Simbol dengan benda yang disimbolkan tidak
mempunyai maksud yang sama. Ianya mempunyai erti atau maksud yang lain dari
bentuk asal atau makna yang lebih mendalam. Contohnya warna merah tidak lagi
bermaksud darah tetapi ianya boleh melambangkan keberanian, ketangkasan dan
kemarahan.
Simbol dapat dibahagikan kepada 3 sifat iaitu:
1. Bersifat universal dimana pemakaian dan fahamannya tidak terbatas. Ianya
dapat diketahui oleh sesiapa sahaja walaupun di mana kita berada. Walaupun
apa yang dilakukan, ianya sendiri telah mengemukakan bentuknya. Contohnya
apabila seseorang itu ketawa atau menangis, kita akan dapat memaklumi tanpa
ditanya sebabnya walaupun ketawa itu tidak semestinya bermaksud gembira
atau sebaliknya.
2. Simbol melambangkan perjanjian iaitu pengertian yang hanya dimaklumi oleh
sesuatu masyarakat atau kaum dan biasanya berkaitan dengan ucapan atau
gambaran.Contohnya orang Malaysia yang membeli belah di Thailand sudah
tentu menjadi kelam kabut kalau masih menggunakan bahasa ibunda masing-
masing walaupun perkara yang diperkatakan menyentuh hal yang sama. Maka
istilah simbol yang tepat ialah sebagai bahasa perjanjian itu sendiri iaitu
menggunakan bahasa yang standard yang boleh difahami kedua belah pihak.
3. Simbol bersifat peribadi. Ianya berkaitan dengan peristiwa yang dapat
menimbulkan kesan yang berbeza antara individu walaupun benda atau
suasana yang disimbolkan itu adalah sama. Muzik yang rancak tidak
semestinya menimbulkan kesan yang sama bagi X dan Y. Si X mungkin
bergembira dengan irama muzik tersebut kerana kesannya mempunyai kaitan
dengan peristiwa gembira yang pernah dialaminya tetapi tidak pula pada Si Y.
Apa yang ditekankan disini ialah peranan simbol lebih kepada unsur kejiwaan.

Dalam penciptaan seni rupa sama ada dalam bentuk seni halus atau seni
gunaan, bentuk simbolik digambarkan melalui aspek elemen seni halus itu sendiri
yang diwakili oleh garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang. Penciptaan seni
rupa boleh juga berlaku secara terpisah dan berdiri dengan sendiri terutamanya
melalui bentuk. Malah kegiatan seni rupa ini dapat membantu secara efektif sekali
pada keseluruhan penciptaan seni dalam kehidupan.

language symbols alone are not enough, even for highly literate people…………the
abstract power objective reality as an art form.

June Mc Fee, Preparation For Art ( halaman 22)


Melalui unsur seni halus inilah pengkarya mencipta dan menggunakan simbol
atau tanda untuk mencapai atau memenuhi keperluan asalnya. Dalam seni lukis realis,
pelukis tidak menggambarkan simbol dalam bentuk lahiriah tetapi lebih menekankan
kepada paduan warna dan susunan garis subjek. Picasso contohnya telah
menggunakan pemakaian simbol warna sebagai lambang perjanjian yang sifatnya
telah dikenali umum.

…..the ideal flower, he must not draw too clearly the specific image of a rose or lily,
but must confuse the two images so that the essence of them both may be perceived.

Charles Chadwick, Symbolism ( hal: 125 )

Disini sekali lagi letaknya peranan simbol yang menggambarkan imej dan
kekreatifan seniman dalam mencipta.

Dalam seni rupa kraftangan Melayu, penggunaan simbol banyak kita jumpai.
Seni rakyat yang masih lagi wujud dengan penggunaan bahan yang sederhana dari
alam sekeliling telah berkembang dari fahaman anamisme, iaitu kepercayaan kepada
roh halus dan alam dipindahkan kepada motif-motif yang disimbolkan dengan
kepercayaan itu sendiri. Ini jelas dapat kita lihat pada seni ukiran dan anyaman seperti
‘awan larat’ dan ‘pucuk rebung’ dan kemudiannya berkembang dengan simbol daun
dan bunga-bunga desa.

Peranan simbol dalam kehidupan penciptaan seni amat berpengaruh walaupun


ianya wujud tanpa kita sedari. Simbol telah berjaya menciptakan hubungan manusia
bukan sahaja dengan sesama manusia bahkan dengan dunia sekelilingnya. Tanpa
simbol, perhubungan tidak mungkin akan terjadi kerana jelas manusia sendiri adalah
animal symbolism dan juga men are the animals using dominant signs.
Bibliografi

Arnheim, Rudolf, 1980. Visual Thinking. University Of California Press.

Chadwick, Charles, 1971. Symbolism. London: Methuen Company Ltd.

McFee June, King, 1970. Preparation For Art Second Edition. USA: Wadsworth
Publishing.

Siti Zainon Ismail, 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman, Esei-esei Seni Halus, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Karangan Jenis Perbincangan
Kesihatan yang baik menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
kita. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan aspek
ini. Bincangkan kesan yang timbul ekoran pengabaian aspek
kesihatan.

Setiap orang pasti sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga


kesihatan diri dan keluarga. Kesihatan yang baik membolehkan kita
melakukan apa jua kegiatan yang disukai, seterusnya menjamin kebahagiaan
hidup kita.

Malangnya terdapat segelintir masyarakat di negara kita yang masih


mengabaikan aspek kesihatan.Mereka membiarkan kawasan rumah dikelilingi
semak samun. Sampah sarap dibiarkan berlonggok di kawasan rumah
sehingga menyebabkan pembiakan serangga pembawa penyakit seperti tikus
dan lalat. Akibatnya mereka terdedah untuk dijangkiti penyakit.

Seseorang yang mengabaikan kesihatan, iaitu tidak mengambil berat


terhadap aspek pemakanan dan kebersihan diri serta tempat tinggal akan
mudah diserang penyakit. Akibat menghadapi pelbagai jenis penyakit,
pergerakannya terbatas.Dia juga tidak dapat melakukan aktiviti yang
digemarinya lagi.

Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup juga akan tergugat sekiranya kita


mengabaikan kesihatan.Kesannya kita kan menghabiskan hayat dengan
terbaring di atas katil di hospital untuk menjalani pelbagai jenis rawatan, di
samping terpaksa bergantung kepada pelbagai jenis ubat untuk meneruskan
hidup.

Keadaan diri dan tempat tinggal yang tidak terjaga turut menyebabkan
masyarakat membuat tanggapan yang negatif terhadap diri kita. Ekoran itu,
kehadiran kita tidak disenangi kerana masyarakat telah mengecap kita
sebagai seorang yang pengotor dan tidak tahu menjaga kesihatan diri.

Selain itu kita juga terpaksa membelanjakan wang untuk merawat


pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada sikap kita yang memandang
remeh terhadap penjagaan kesihatan. Hakikatnya, peruntukan kewangan
untuk merawat penyakit ini boleh dielakkan jika kita tidak mengabaikan
kesihatan.

Jelaslah bahawa kita perlu mengambil berat terhadap aspek kesihatan


dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengambil berat
aspek akan kebersihan diri serta tempat tinggal.
Penulisan : Surat Kiriman Rasmi
1. Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan
rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan,
dan sebagainya.
2. Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.
3. Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.

Contoh Format Surat Kiriman Rasm


CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI YANG LENGKAP 

Kompleks Penghulu,
Mukim Jorak,
12, Pekan Pagoh,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim.

Ketua Polis,
Balai Polis Daerah Muar,
Jalan Petrie,
84600 Muar,
Johor Darul Takzim. 12 MAC 2008.

Tuan, 

Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh 


Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan
penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar
kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang
menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh
itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah
kemalangan ini. 

2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu
lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit
Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah,
kemalangan mudah berlaku. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu,
sudah tentu kemalangan dapat dielakkan. 

3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan
bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk
mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab
kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk.

4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan
jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar
sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar
betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang
lain. 

5. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada
cadangan saya ini..Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang
sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin. 

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(MOHIDDIN BIN OSMAN)


Penghulu Mukim Jorak
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMAN
JALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

KAJIAN REKAAN SENI VISUAL


( 2611 / 3 )

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


2008

MARKAH KERJA KURSUS

TUGASAN 5
REKA BENTUK PAPAN TANDA KEDAI
JUMLAH CALON : 58
--MALE-- --MALE--
Hey hey hey hey, aa aa aa aa Zameen hogi, gagan hoga
La la la la, aa aa aa Tera mera milan hoga
Main agar saamne aa bhi jaaya karoon Main agar tumse nazrein milaaya karoon
Laazmi hai ke tum mujhse parda karo Laazmi hai ke tum mujhse parda karo
Apni shaadi ke din ab nahin door hai
Main bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo --FEMALE--
Aa aa aa aa aa aa, la la la la, aa aa aa
--FEMALE--
Badi mushkil hai, yeh mera dil hai - 2 --MALE--
Tum hi kaho kaise main chup rahoon Main duniya se chala jaaoon
Tum agar saamne aa bhi jaaya karo Kabhi na lautke aaoon
Laazmi hai ke main tumse parda karoon Karogi kya akele tum, bataao dilrooba
Apni shaadi ke din ab nahin door hai
Main bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo --FEMALE--
Main rab se chheen laaoongi
--MALE-- Tujhe apna banaaoongi
Badi mushkil hai, yeh mera dil hai - 2 Chalegi saans jab tak yeh na honge hum judaa
Tum hi kaho kaise main chup rahoon
--MALE--
--FEMALE-- Na apni yeh kasam toote
Tum agar saamne aa bhi jaaya karo Jo rab roothe to rab roothe
Laazmi hai ke main tumse parda karoon Main agar tumko milne bulaaya karoon
Laazmi hai ke tum mujhse parda karo
--MALE-- Apni shaadi ke din ab nahin door hai
Hey hey, eh hey, aa aa, la la la la la Main bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo
Sataane ke manaane ke
Yeh din hai aazmaane ke --FEMALE--
Zara samjha karo dilbar, tumhe meri kasam Badi mushkil hai, yeh mera dil hai
Tum hi kaho kaise main chup rahoon
--FEMALE--
Yehi meri hai majboori --MALE--
Sehi jaaye na ab doori Main agar saamne aa bhi jaaya karoon
Mera kya haal hai kaise bataaoon main sanam Laazmi hai ke tum mujhse parda karo
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL (KRSV SPM)

TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK


1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 64
2 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 68
3 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 72
4 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 76
5 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 84
7 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 88
8 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 92
9 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 96
10 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100

TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK


1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 64
2 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 68
3 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 72
4 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 76
5 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 84
7 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 88
8 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 92
9 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 96
10 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100

TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK


1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 64
2 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 68
3 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 72
4 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 76
5 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 84
7 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 88
8 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 92
9 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 96
10 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100

You might also like