You are on page 1of 42

Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Ms 1 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Isi Kandungan

Pengenalan……………………………………………………………………………………….3

Asas Keusahawanan………………………………………………………………………........4

Kesihatan Diri…………………………………………………………………………………….6

Menjadi Pengusaha……………………………………………………………………………...7

Bagaimana Hendak Digunakan Usia Muda………………………………………………......8

Kearah Keusahawanan Pada Usia Muda……………………………………………………10

Pemikiran Bagi Seorang Usahawan Muda…………………………………………………..12

Pelan Pemasaran Dalam 7 Langkah Mudah…………………………………..……………13

Cuba Lihat diri Anda Melalui Persoalan Di Bawah…………………………………..…..…15

Promosi………………………………………………………………………….………………17

Pengurusan Operasi Menjadi cekap………………………………………...……………….19

Kesilapan-Kesilapan Dalam Memulakan Perniagaan……………………….……………..20

Kisah-Kisah Disebalik Tabir Seorang Usahawan………………………………………...…23

Etika Dalam Perniagaan……………………………………………………………………….25

Mengadakan Komunikasi Yang Baik Dalam Urusan Perniagaan……………….………..26

Pengurusan Masa Dalam Perniagaan……………………………………………………….27

Kepimpinan Melalui Teladan………………………………………………………………….28

Kos Memulakan Perniagaan……………………………………………………………….....29

Pelaburan Mendapatkan Dana Untuk Usaha anda…………………………………………32

Penjenamaan Produk………………………………………………………………………….33

Ms 2 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pengenalan

Dunia perniagaan di negara kita semakin hari semakin berkembang luas, lihatlah
disekeliling kita bertapa orang sentiasa berlumba-lumba untuk mencari taraf hidup yang
lebih baik dengan melakukan berbagai-bagai usaha supaya mereka beroleh kejayaan
dan kesenangan.

Tidak dinafikan ada diantara mereka yang berjaya dan tidak kurang juga ada
antara mereka yang gagal menemui rentak yang sebenar dalam bidang perniagaan ini.
Mereka yang berjaya akan menjadi contoh kepada generasi seterusnya, manakala yang
gagal ada yang terus menerus mencuba dan ada yang tidak mahu lagi terlibat secara
langsung dalam dunia perniagaan ini.

Bidang perniagaan ini dapat mendatangkan pendapatan yang lebih daripada


berkerja dengan majikan. 90% rezeki datangnya melalui dunia perniagaan.

Seperti diketahui umum, melibatkan diri dalam sektor perniagaan ini bukanlah
mudah, seseorang itu perlu memikirkan beberapa aspek yang patut untuk dijadikan
panduan.

Buku ini akan menerangkan panduan dan langkah-langkah yang perlu diikuti dan
difahami bagi memperolehi kejayaan sebenar dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Ms 3 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Asas Keusahawanan

Melalui pengalaman dan percubaan yang berterusan dalam dunia perniagaan ini,
ia sedikit sebanyak menolong mengukuhkan seseorang dalam mengharungi dunia
keusahawanan ini.

Pepatah inggeris ada menyebut “ Practice Make Perpect”. Apakah maksud disebalik
pepatah tersebut?

Di sini kita dapat lihat, seorang usahawan itu perlu melakukan beberapa kajian
dan percubaan terhadap produk yang ingin dipasarkan. Pengalaman-pengalaman lalu
yang mereka perolehi secara sengaja atau tidak telah membantu seorang usahawan itu
menjadi lebih peka dalam bidang yang mereka ceburi. Mereka juga telah bersedia
melalui segala situasi yang mendatang dengan lebih yakin dan mencabar. Inilah rahsia
yang menjadi amalan bagi seorang usahawan yang mempunyai jati diri yang kuat ,
hebat, lebih dinamik, unggul, berkeyakinan dan berkebolehan.

Lihatlah, dengan adanya kemahiran, ilmu pengetahuan, pemfokusan pada pelan


rancangan perniagaan, strategi yang tersusun dan teratur, usaha yang gigih serta
pengurusan yang betul adalah langkah awal sebelum menjadi seorang usahawan yang
berjaya. Selain itu, sikap dedikasi dan tolerensi juga mempengaruhi peniaga agar lebih
bersedia dalam mengharungi dunia perniagaan yang mencabar.

Faktor usia bukanlah perkara yang menjadi penghalang kepada usaha


memartabatkan bidang keusahawanan ini. Kita seringkali menghadapi situasi begini,
usia muda tunggu ke satu peringkat yang lebih dewasa dan usia peringkat umur atasan
mengatakan bahawa memberi peluang kepada peringkat golongan muda untuk
membuat perniagaan. Sikap tolak menolak yang tidak kena pada tempatnya ini telah
memburukkan lagi situasi penglibatan individu dalam bidang keusahawanan. Mereka
telah menyebabkan kemunduran dari segi pemikiran dan jika ia dibiarkan berterusan
golongan ini akan terus tenggelam dan mengalami kekecewaan disebabkan tiada usaha
mengubah diri memasuki bidang keusahawanan ini.

Ms 4 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Golongan yang bijak pula tidak menunggu lama, mereka akan segera bertindak
demi memajukan diri mereka ke hadapan. Mereka akan segera bangkit dan meneruskan
usaha demi membina kejayaan.

Penglibatan individu dalam bidang keusahawanan mempunyai daya saing yang


tinggi, faktor ini mungkin menggugat peluang usahawan baru dapat dilahirkan.
Hendaklah dianggap positif tentang kewujudan usahawan baru kerana mereka seperti
anda juga yang ingin meningkatkan taraf ekonomi diri dan negara. Anggaplah
persaingan yang ada merupakan persaingan yang sihat dan terbuka. Individu tersebut
juga harus menyedari hanya kekuatan mental dan fizikal menyaksikan mereka terus
mampu berada dalam bidang keusahawanan ini.

Kejayaan yang diperolehi bukanlah datang secara bergolek tanpa ada usaha
yang keras. Tetapi kejayaan adalah hasil usaha yang berterusan tanpa mengenal erti
putus asa dalam mengharungi bidang keusahawanan ini. Usaha mereka yang yang
tidak kenal erti jemu untuk bersaing dengan usahawan yang terlebih dahulu berjaya
daripada mereka. Dengan adanya kerajinan dan ketekunan ini usahawan baru mampu
menguasai pasaran tempatan dengan mudah dan berkeyakinan.

Ms 5 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kesihatan Diri

Penjagaan kesihatan perlu juga diambil kira oleh seorang yang menceburi
bidang keusahawanan ini. Kesihatan yang baik akan memudahkan mereka
melaksanakan tugas seharian. Selalunya mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan
akan sibuk dengan urusan jual beli sahaja. Mereka agak sukar untuk pergi beriadah
seperti orang lain kerana masa mereka yang terhad dan terdapat urusan yang
memerlukan pengorbanan masa yang tidak menentu.

Bagi mereka yang menghadapi situasi begini, mereka harus melakukan aktiviti
ringkas selama lebih kurang 10 minit. Aktiviti ini dapat dilakukan ketika mereka berada di
pejabat atau di dalam kenderaan dan sebagainya.

Manakala bagi mereka yang mengadakan perkongsian perniagaan, kesihatan


antara rakan niaga adalah amat penting. Bayangkan jika ada dikalangan rakan niaga
yang mengalami sakit, sudah tentu ia akan mengganggu urusan kelancaran perniagaan
mereka. Ibarat sebuah pasukan bola sepak yang mempunyai pemain yang hebat,
bayangkan jika pemain utama cedera, tentunya pasukan itu akan mengalamai risiko
kalah dalam perlawanan berikutnya. Begitulah halnya dengan perniagaan, ia mampu
beroleh risiko kerana perbincangan mereka tidak mencapai kata sepakat disebabkan
kekurangan pendapat dari rakan ahli niaga.

Adalah menjadi perkara yang perlu diambil perhatian bagi setiap rakan ahli agar
berusaha menjaga tahap kesihatan mereka. Dengan adanya kerjasama ini ia bukan
sahaja dapat melancarkan urusan perniagaan mereka, malah ia dapat menguatkan
hubungan antara rakan niaga.

Ms 6 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Menjadi Pengusaha

Perkara yang perlu dititik beratkan apabila menjadi seorang pengusaha yang
sukses, ia perlulah mempunyai idea-idea yang bagus, melakukan percubaan berani
dalam mengeluarkan sesuatu produk, wang yang mencukupi bagi memulakan
perniagaan dan rajin berusaha dalam kerjaya yang diceburi. Sebanyak 50%-90%
mereka yang berjaya dalam perniagaan, adalah mereka yang pernah mengalami
kerugian dan kegagalan sebelum berjaya seperti sekarang.

Tidak hairanlah ada yang menghabiskan beribu-ribu ringgit bagi melibatkan diri
secara serius dalam bidang perniagaan ini. Malah ada diantara mereka yang tidak serik-
serik dan berputus asa dalam mengapai cita-cita yang diinginkan. Adalah lumrah bagi
mereka yang ingin berjaya mengalami kekecewaan dan kerugian dalam bidang ini
terlebih dahulu.

Untuk berjaya dalam bidang keusahawanan ini bukanlah pengalaman menjadi


ukuran sebenar bagi memperolehi kejayaan, tetapi individu itu mestilah mempunyai
sikap ghairah untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan mempunyai inisiatif diri
supaya menjadi lebih tekun dalam usaha yang dilakukan.

Ms 7 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Bagaimanakah Hendak Digunakan Usia Yang Muda?

Golongan muda adalah peringkat usia yang amat berharga dalam menentukan
hala tuju dalam kehidupan diri seseorang pada masa hadapan. Peringkat usia muda
adalah ibarat emas yang amat berharga kerana golongan ini pemangkin kepada
generasi seterusnya. Sungguhpun usia muda ini memerlukan tunjuk ajar, tetapi itu
bukanlah alasan untuk mereka membataskan kerjaya sebagai seorang usahawan muda.
Mereka harus berfikiran maju kehadapan dan sanggup mengambil apa jua bentuk risiko
dalam merencanakan bidang keusahawanan ini.

Tidak ada gunanya bila kita mengambil keputusan tunggu dan lihat orang lain
mencuba dahulu kemudian barulah kita memasuki bidang tersebut, sepatutnya kitalah
yang menjadi contoh kepada orang lain untuk berusaha membawa kejayaan dalam
bidang yang ingin diceburi. Bukan tujuan untuk menunjukkan kepada mereka bahawa
usaha yang dilakukan oleh kita ini bagus, tetapi kita ingin menunjukkan kepada mereka
bahawa tanpa ada sikap yang positif mana mungkin akan beroleh kejayaan yang hakiki.

Dengan adanya langkah yang betul dalam bidang usahawan ini, tidak hairanlah
ada diantara golongan muda akan bergelar usahawan yang berjaya kelak. Sebagai
contoh kita lihat nama – nama besar dalam bidang usahawan ini seperti yang kita sedia
maklum dan ketahui. Mereka-mereka inilah yang memperjudikan nasib mereka untuk
menempuhi bidang keusahawanan tanpa mengenal peringkat usia dan berani mencuba.
Mereka terlibat secara serius dan dengan secara berani mengetengahkan perkara baru
kepada dunia yang mana akhirnya mereka beroleh kejayaan yang gemilang.

Nama- nama tersebut adalah seperti Bill Gates, Michael Dell, Milton Hershey, Fred
Smith dan beberapa orang lain lagi yang telah memulakan perniagaan mereka pada
peringkat usia muda. Usaha mereka yang berani ini telah membawa kemahsyuran
kepada mereka dan produk mereka kini telah diguna secara meluas ke serata dunia.

Ms 8 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Sekiranya insan-insan yang istimewa ini tidak mengetengahkan bakat mereka, masakan
pada hari ini kita akan mengetahui produk Dell, Microsoft, Fedex atau Apple dan HP
serta beberapa produk lain. Inilah kesan yang kita perolehi hasil usaha mereka yang
tidak kenal putus asa dalam usia yang masih muda. Mereka telah tunjukkan kepada
dunia bahawa mereka juga boleh berjaya seperti usahawan lain yang telah lama
berkecimpung dalam dunia perniagaan. Inilah contoh usahawan-usahawan muda yang
sanggup mengambil risiko dalam perniagaan mereka. Mereka berani mencuba dan
berusaha mencipta sesuatu yang baru tanpa kenal erti putus asa sebelum beroleh
kejayaan.

Ms 9 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Ke arah Keusahawanan Pada Usia Muda

i. Pengalaman daripada mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam bidang kesusahawanan ini untuk dijadikan panduan, rujukan
dan iktibar. Pengalaman mereka ini adalah bagi mengenalpasti selok belok
dunia perniagaan. Kemungkinan ada perkara yang boleh dikongsikan
bersama dalam perbincangan tersebut.

ii. Kewujudan aktiviti luar di peringkat sekolah, universiti, kolej dan sebagainya
hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia sedikit sebanyak memberi
gambaran jelas bidang keusahawanan yang ingin diceburi. Ia juga mampu
membuka mata hati kita supaya ada keyakinan yang boleh memberi harapan
dan impian dalam menuju kejayaan di dalam bidang keusahawanan ini.

iii. Bagi pelajar yang tidak mempunyai bantuan dari segi kewangan, mereka
boleh mengadakan rundingan bersama ahli keluarga bagi menjelaskan
tujuan penglibatan di dalam bidang keusahawanan ini. Sekiranya keluarga
mereka tidak setuju, mereka boleh mengadakan secara perkongsian dengan
para pelajar yang mampu. Cara ini boleh mengurangkan beban dari
bertindak sendirian.

iv. Pembelajaran di peringkat sekolah juga dapat membantu para pelajar


mendalami ilmu pengetahuan berkaitan asas keusahawanan, perniagaan
dan selok belok yang perlu difahami sebelum terlibat secara serius dalam
bidang keusahawanan ini.

v. Tetapkan sasaran yang anda inginkan apabila menceburi bidang usahawan


ini. Sasaran hendaklah disertai dengan pelan cadangan kerja yang perlu
dilakukan. Sasaran ini biarlah boleh mempengaruhi orang ramai untuk
membeli produk yang ingin dipasarkan. Sasaran ini sebaik-baiknya adalah
untuk gologan remaja, muda-mudi, golongan pertengahan dan warga emas.
Tetapkan sasaran yang lebih realistik.

Ms 10 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

vi. Janganlah malu hendak memulakan bisnes yang ingin dibangunkan. Sikap
malu akan menjadi penghalang yang besar dalam melahirkan usahawan
muda. Tanamkanlah sikap berani, pedulikan apa orang hendak kata dan
melakukan percubaan yang berani dalam memperkenalkan produk baru. Ini
adalah langkah awal dalam usaha bergelar usahawan muda yang berjaya.

vii. Anggaplah diri anda sepatutnya bermula dari sekarang di dalam bidang
keusahawanan ini dan anggaplah apa jua yang dilakukan masih belum
terlambat. Usaha yang dilakukan itu juga perlu mempunyai daya saing yang
tinggi terhadap pasaran tempatan mahupun pasaran luar. Sikap jangan
menoleh kebelakang lagi perlu ditanam, yakinkan diri dan teruskan usaha
dengan bersungguh-sungguh dalam mengembangkan perniagaan anda.

Ms 11 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pemikiran Bagi Seorang Usahawan Muda

Kemahiran berfikikir adalah sains di dalam bentuk seni. Keyakinan yang tinggi
akan mendorong seorang usahawan itu, tidak merasakan diri mereka terlalu kerdil
berbanding usahawan yang telah berjaya. Gunakanlah akal fikiran yang ada sebaik
mungkin dengan menguasai kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir dapat membantu
usahawan untuk melakukan tindakan yang perlu dan betul.

Berikut ini adalah beberapa strategi besar yang dimiliki dan diguna pakai dalam
kehidupan seharian kita :

Impian akan menjadi kenyataan apabila para usahawan memiliki pemikiran yang bagus
dan terus menterjemah pemikiran mereka ke dalam bentuk realiti. Dengan ini akan
terhasillah produk yang berkualiti dan mampu meningkatkan status kita ke tahap yang
lebih cemerlang.

Strategi yang berkesan dan teliti mampu memajukan kita pada masa hadapan dan kita
tidak perlu risau akan persaingan yang dihadapi. Persaingan ini anggaplah ia sebagai
pesaingan yang sihat, di mana kita perlu meneliti dan menumpukan sepenuh perhatian
terhadap usaha yang ingin dilakukan dan dilaksanakan.

Ms 12 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pelan Pemasaran Dalam 7 Langkah Mudah

Sebelum melaksanakan apa-apa perancangan pemasaran, pemahaman tentang


produk yang hendak dihasilkan adalah penting termasuk kajian terhadap produk yang
ingin dipasarkan mampu berdaya saing ataupun tidak.

Keperluan sasaran pasaran yang hendak dilaksanakan perlu diteliti dan dikaji
terlebih dahulu agar keperluan penggunaan produk dapat dikenalpasti. Keperluan ini
akan menjadi lebih menarik jika ia sesuai dimiliki oleh semua peringkat usia.

Untuk menjadi usahawan yang berjaya terdapat 7 langkah yang perlu dipatuhi
agar mereka tidak akan mengalami kecewa dengan usaha yang mereka telah lakukan.
Kebanyakkan orang hanya melihat dari satu sudut sahaja iaitu produk yang dihasilkan
dan perkhidmatan yang telah disediakan. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh
mereka yang berjaya iaitu mereka harus berusaha membina hubungan yang baik antara
pengguna dan mempunyai sikap krediabiliti yang tinggi agar orang menghargai apa
yang telah kita pasarkan.

Minda anda harus mempunyai satu target iaitu anda harus terus menerus
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Sekiranya anda gagal dalam bidang ini,
bukanlah bererti anda gagal seterusnya. Usaha yang berterusan ini akan memberi ruang
kepada kita mengetahui kelemahan dan kekurangan yang telah kita perbuat. Terdapat
sebilangan pengusaha kecil yang hanya mampu bertahan dalam tempoh seketika
disebabkan mereka tidak mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi dan terus mengambil
jalan mudah dengan mengganggap mereka tidak layak menyertai bidang
keusahawanan ini.

Ms 13 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Apa yang bermain difikiran mereka ketika mereka memulakan bidang


keusahawanan ini adalah mereka terlalu memikirkan keuntungan yang diperolehi oleh
orang yang telah berjaya sahaja. Walaupun mereka sedar tentang risiko kerugian, tetapi
mereka tidak menghiraukan keadaan itu. Mereka ingin hidup mewah dan senang seperti
mana orang yang telah memperolehi kejayaan tanpa mengetahui latar belakang
mereka.

Ms 14 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Cuba lihat pada diri anda melalui persoalan di bawah :

1. Siapa --- Golongan mana target pasaran anda? Siapa bakal menjadi pelanggan tetap
anda? Kajian yang dilakukan bagi menaikkan pasaran target anda?

2. Apa --- Apa pelanggan tetap anda inginkan? Apa produk dan jasa anda lakukan untuk
mereka? Masalah apa yang pelanggan anda hadapi dan dapat diselesaikan oleh produk
anda? Apakah kreteria yang mampu menyelesaikan masalah pelanggan anda? Apa
produk anda yang mampu membuatkan anda unik? Apa trend industri pada ketika ini?
Apa yang akan membuat pelanggan anda bertindak balas dengan cepat dan mampu
menarik minat? Apa yang anda jual? (Sebagai contoh: Adakah anda dikenali sebagai
penjual kacamata atau penjual jam?) Apa jenama produk dan jasa anda dalam produk
tersebut? Apa harga yang sesuai ditetapkan oleh anda apabila menetapkan harga ?

3. Mana --- mana pelanggan tetap anda? Di mana mereka tinggal? Di mana mereka
boleh menghubungi anda? Di mana mereka akan mendapatkan sumber maklumat
pemasaran anda? Anda telah memperkenalkan diri anda melalui seminar / penulisan
blog / pengenalan melalui akhbar tempatan / menulis artikel?

4. Ketika --- Berapa target dan kebarangkalian anda untuk menghantar mesej
pemasaran anda? Kekerapan pelanggan anda yang berkemungkinan atau tidak
membeli produk anda?

5. Mengapa --- Mengapa anda melibatkan dalam bidang perniagaan? Mengapa


pelanggan datang kepada anda? Mengapa mereka tidak memilih ke pesaing anda dan
lebih berminat memilih produk anda serta menjadi penyokong yang setia kepada produk
anda?

6. Bagaimanakah --- Bagaimanakah pelanggan anda membeli? Bagaimana anda


memperolehi pelanggan luar yang berpotensi? Bagaimana anda akan mempromosikan
strategi pemasaran anda? Bagaimana anda memberikan maklumat kepada pelanggan
anda untuk mereka membuat keputusan membeli produk anda? Bagaimana anda
mengatakan bahawa pemilihan produk anda adalah pembelian yang berbaloi?

Ms 15 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

7. Menetapkan pasaran --- Berusaha mewujudkan pemikiran yang unggul iaitu dengan
mengatakan bahawa anda adalah usahawan baru yang mempunyai bakat dan
berpotensi besar dalam bidang ini serta mampu menyaingi nama-nama besar yang telah
lama berkecimpung di dalam dunia keusahawanan ini. Anda juga berusaha
menunjukkan bahawa bisnes yang anda jalankan akan memperolehi keuntungan dan
boleh mengecapi kejayaan seperti orang yang telah berjaya dahulu daripada anda.

Ms 16 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Promosi

Cara mempromosikan perniagaan anda terdapat berbagai-bagai cara antaranya


anda boleh menyediakan kad bisnes sebagi pengenalan diri anda dan ringkasan
perniagaan anda melalui kad tersebut. Ia juga bertujuan memudahkan pelanggan anda
berurusan jual beli dan menghubungi anda kelak.

Mempromosi melalui kaedah website juga dilihat amat berkesan kerana telah
diketahui peranan intenet adalah amat penting pada zaman ini. Hanya dengan
meletakkan website, kita tidak perlu mempromosi dengan berjumpa orang ramai bagi
memperkenalkan perniagaan kita. Website ini akan beroperasi selama 24 jam sehari.
Website ini mampu menarik perhatian pelanggan dengan cara kita meletakkan paparan
skrin yang menarik dan info yang jelas tentang produk yang kita berikan. Website ini
tidaklah perlu terlalu panjang berjelar cukuplah penerangan melalui kaedah “point to
point”.

Penggunaan kaedah Pay Per click (PPC) adalah kaedah paling baik juga, tetapi
kaedah ini memerlukan peniaga mengeluarkan sediki kos tambahan bagi memberi
inisatif kepada mereka yang telah berusaha mempromosi website peniaga tersebut
kepada orang lain. Mereka yang mendaftar melalui kaedah ini akan diberi link ataupun
identiti (ID) yang memudahkan mereka membuat promosi kepada orang lain. Bayaran
akan dibuat mengikut syarat yang ditetapkan oleh peniaga.

Sebagai contoh, jika peserta telah mempromosi kepada rakannya sebanyak 10


orang, maka pihak syarikat akan membayarnya. Sekiranya kurang, maka perserta perlu
berusaha menambah rakannya supaya menyertai program ini. Setelah mereka berdaftar
dengan program tersebut. Peniaga perlu berusaha memberikan hadiah yang menarik
bagi perserta yang telah memperluas perniagaannya kepada orang lain. Ini adalah
ganjaran bagi perserta yang mempunyai rekod tertinggi dalam mempromosi
perniagaannya.

Ms 17 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Bagi mereka yang ingin mempromosikan kepada orang ramai berkenaan


pernagaan yang dijalankan oleh peniaga yang menawarkan PPC ini, mereka boleh
mempromosikan di laman-laman web sosial, forum-forum, pengiklanan di akhbar
tempatan secara online atau iklan di akhbar bercetak, blog dan sebagainya.

Ms 18 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pengurusan Operasi Menjadi Lebih Cekap

Urusan menjalankan perniagaan (pemasaran, penjualan, pengeluaran, dll)


mengambil masa yang berpanjangan bagi peniaga kecil. Mereka selalunya tidak
mempunyai masa mendalami bidang perniagaan ini atau kekurangan ilmu pengetahuan
berkenaan strategi bagi mengembangkan perniagan mereka. Akibat dari ini, jika
terdapat perubahan drastik dalam biadang perniagaan kemungkinan mereka akan
kecewa dan seterusnya lenyap dari menyertai bidang ini.

Pengurusan operasi yang cekap adalah lebih besar peranannya dari mendirikan
sebuah ladang.

Beberapa kaedah yang dikenalpasti mampu meningkatkan kecekapan operasi :

i. Melakukan proses penyelarasan perniagaan yang dijalankan.

ii. Meningkatkan produktiviti berkerja.

iii. Sumber luar dan sebagainya.

Jika perlu, peniaga mengadakan seorang pekerja berjawatan akauntan bagi


mengurusakan penyata simpan kira dan kutipan bayaran dari pembeli ataupun
pengguna untuk merekodkan wang keluar masuk.

Ms 19 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kesilapan-Kesilapan Dalam Memulakan Perniagaan

Di dalam bidang ekonomi penglibatan antara pengeluar dan pelanggan adalah


perkara utama. Mereka melakukan urusan pesanan melalui urusan transaksi. Transaksi
adalah urusan yang amat baik dan perkhidmatan yang diyakini bagi penukaran kepada
wang ringgit.

Mempelbagaikan penciptaan barangan adalah usaha yang sangat baik dan berani.
Dalam usaha yang berterusan ini, ia sedikit sebanyak mendorong kita memperolehi idea
perniagaan yang ingin kita jalankan secara serius. Disini penulis ingin menyenaraikan
beberapa keperluan yang perlu diambil perhatian sebelum menjalankan bisnes.

i. Produk Apa Yang Ingin Dipasarkan?

Terdapat banyak produk yang boleh dipasarkan. Peniaga harus bijak memilih barangan
yang ingin dijual kepada pelanggan. Mereka mestilah mengambil kira produk yang
mudah didapati apabila stok barangan mereka habis dengan cepat, kerana mereka
perlu menjaga pengguna yang sudah biasa membeli dengan mereka. Hal ini akan
melihatkan kita bertapa pentingnya hubungan kemasyarakatan antara peniaga dan
pelanggan diambil kira.

ii. Bagaimana Cara Menghasilkannya?

Terdapat berbagai-bagai cara untuk menghasilkan sesuatu produk. Sebab itu, pengeluar
itu seharusnya bijak memilih produk yang boleh menguntungkan dengan pengeluaran
modal yang rendah dan tidak membebankan.

Ms 20 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Bagaimana untuk mengeluarkan?

Terdapat berbagai-bagai cara pengeluaran produk. Antaranya terus melalui pembekal.


Oleh yang demikian, peniaga itu seharusnya memilih cara yang mampu mengeksploitasi
barangan melalui sumber-sumber yang mudah didapati dengan kos minimum.

Berapakah Jumlah pengeluaran?

Permintaan pasaran tempatan perlu di ambil kira dan dikaji dari segi keperluannya.
Pengeluaran ini juga perlu dikawal agar tidak berlaku lambakan barangan dan risiko
kerugian. Jika produk terlalu banyak, kemungkinan peniaga terpaksa menjual harga di
bawah paras sebenar dan ini akan menyebabkan peniaga juga mengalami kerugian
disebabkan pesaingan yang tinggi. Jika peniaga meletakkan harga yang tinggi, dikhuatiri
tiada pembeli yang berminat untuk membeli melalui peniaga tersebut.

• Modal

Untuk memulakan perniagaan seseorang itu mesti mempunyai kekuatan modal yang
cukup. Jika seorang itu tidak mempunyai modal yang meyakinkan, maka peniaga
haruslah berusaha mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi kewangan. Selain itu,
peniaga boleh mengadakan rundingan perniagaan dengan rakan niaga bagi
mendapatkan sokongan modal.

• Mengadakan Kajian Pelan Pemasaran

Adalah silap jika peniaga mengatakan modal yang cukup adalah mudah bagi peniaga
memulakan peniagaan tanpa perlu mengetahui selok belok dunia perniagaan yang ingin
diceburi. Jika produk yang ingin dipasarkan mempunyai rating yang tinggi, ia akan
menarik minat pembeli itu untuk memiliki barangan tersebut. Pada ketika itu juga,
kebanyakkan pembeli hanya berebut ingin memiliki barangan tersebut tanpa
mengetahui kualiti produk yang dibeli.

Ms 21 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

• Pengeluaran Barangan

Secara umumnya, sesuatu pengeluaran barangan yang dibuat tidak akan mencapai
tahap yang optimum dalam jangka masa pendek. Hal ini berlaku kerana pengeluaran
secara terkawal adalah bergantung kepada keperluan semasa bagi mengurangkan
kesulitan yang bakal dihadapi sekiranya pengeluaran tidak terkawal. Kemungkinan akan
wujud pasaran jualan yang tinggi, para peniaga akan hanya mengalami kos berubah
disebabkan pesaingan penjualan produk yang sama oleh peniaga lain.

• Aktiviti-aktiviti Deligasi

Tidak dapat dinafikan bahawa tiada perniagaan mampu bertahan dengan menggunakan
satu kaedah pelan pemasaran sahaja. Mereka harus mempelbagaikan aktiviti-aktiviti
pemasaran agar boleh memperolehi keuntungan dari bebagai-bagai kaedah pelan
pemasaran. Bagi mereka yang pandai mempelbagai kaedah pemasaran, mereka akan
bertindak lebih efisyen, bijak memilih masa mengadakan jualan promosi dan mengenal
pelan pemasaran bagi membolehkan pelanggan memiliki produk tersebut dengan cara
mudah.

Sekiranya perkara-perkara di atas tidak dipatuhi garis panduannya, maka peniaga itu
akan melakukan kesilapan yang besar serta mampu mendatangan masalah di dalam
bidang perniagaan ini.

Oleh itu, pelanggaran garis panduan di atas akan menyebabkan peniaga mengalapi
kesilapan dalam pengaturan perniagaannya.

Ms 22 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kisah-Kisah Teladan Disebalik Tabir Seorang Usahawanan.

Terdapat berbagai-bagai kisah dan iktibar yang boleh dibuat renungan pembaca
berkaitan seorang yang bergelar usahawan di sini. Antaranya ialah :

Kisah 1 : Usahawan yang Hanya Memikirkan Soal Wang Dalam tempoh singkat.

Tidak dapat dinafikan, kebanyakkan orang berfikir, mereka yang terlibat dalam bidang
keusahawanan ini hanya mementingkan pungutan wang ringgit sahaja. Apa yang
sebenarnya para usahawan ini lakukan apabila memasuki bidang ini ialah mereka akan
berusaha meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik dari apa yang
mereka kecapi sebelum bergelar usahawan. Mereka akan sentiasa berusaha memberi
persaingan kepada para usahawan yang ada agar mereka boleh berdiri sebaris dengan
usahawan yang telah berjaya mendahului mereka.

Kebanyakkan para usahawan mengamalkan gaya hidup yang bercirikan sikap ego dan
emosi bagi membezakan mereka dengan golongan orang biasa. Hal ini terjadi apabila
mereka telah berjaya dan mereka lupa asal usul mereka. Dalam kehidupan mereka
juga, mereka didapati mengamalkan gaya hidup mewah dan melakukan pembaziran
wang di tempat yang bukan sepatutya mereka bayar.

Kisah 2 : Keuntungan Dan Kerugian.

Orang selalu melihat bahawa kejayaan yang diterima oleh para usahawan adalah
sejauh mana keuntungan yang telah dipungut hasil daripada jualan produk miliknya.
Kejayaan yang diterima adalah mereka yang telah membayar harga yang tinggi demi
merialisasikan impian bergelar usahawan berjaya. Dalam dunia keusahawanan ini
adalah lumrah jika terdapat pemenang dan yang mengalami kekalahan. Yang menang
bererti mereka telah berjaya dan yang kalah adalah mereka yang mengalami kerugian.

Ms 23 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kisah 3 : Semakin Besar Risiko, semakin Besar Peluang Kejayaan

Apabila menyentuh soal risiko ini, ramai para usahawan menganggap ia adalah asam
garam dalam bidang keusahawanan ini. Hubungan antara risiko dan kejayaan adalah
begitu rumit sekali, tetapi disebalik risiko ini, sekiranya jalan yang dilalui adalah betul,
maka tidak mustahillah kejayaan akan diperolehi walaupun ia nampak sukar sebelum
ini. Ilmu pengetahuan, pengalaman, kebijaksanaan, kerja keras dan ketekunan adalah
resepi bagi memperolehi kejayaan dan disatu sudut pula ia boleh menjadi risiko
sekiranya ilmu pengetahuan adalah kurang, tidak mempunyai pengalaman yang luas,
tidak bijaksana menguruskan hal ehwal perniagaan, kerja keras yang tidak megikut
prosedur dan ketekunan tanpa mengetahui apa yang dilakukan.

Kisah 4 : Usahawan Menjadi Kaya Dalam Jangka Masa Pendek

Anda mungkin mengganggap bidang keusahawanan ini mudah menjadikan seseorang


itu kaya, tanpa mengetahui latar belakang sehingga mereka beroleh kejayaan. Mereka
sebenarnya telah melaksanakan kerja-kerja keras dalam mengembangkan ide-idea
yang bagus dan pemilihan produk yang betul sehingga membawa kepada kejayaan
dalam masa singkat.

Kisah 5 : Bisnes Yang Berjaya Adalah Bermula Dari Pelan Pemasaran yang Bagus

Pelan rancangan perlu dititik beratkan kerana ia adalah langkah-langkah tersusun bagi
memasuki bidang keusahawanan ini. Mereka harus mengetahui perancangan demi
perancangan bagi memenuhi kehendak jalan yang betul apabila melakukan pasaran
dan mampu menarik minat pelanggan supaya membeli produk anda. Apa yang amat
membimbangkan ialah pelan rancangan ini akan terbantut sekiranya faktor kewangan
menjadi masalah. Pelan rancangan perniagaan adalah panduan manual yang perlu
wajib ada bagi merialisasikan kejayaan yang lebih bermakna melalui perancangan yang
betul.

Ms 24 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Etika dalam Perniagaan

Dalam menjalani urusan perniagaan, peniaga mestilah mempunyai etika yang tinggi
bagi meyakinkan pembeli untuk terus berurusan dengan peniaga tanpa ada perasaan
ragu-ragu dengan perkhidmatan yang diberikan.

Peniaga yang menjalankan perniagaan kecil atau perniagaan yang besar, peniaga yang
mempunyai jumlah pelanggan yang sedikit atau ramai perlu memberi perkhidmatan
mereka dengan sebaik-baiknya. Perkhidmatan yang berkualiti, akan memudahkan
pembeli mempercayai produk yang dihasilkan, bukan sahaja pada watu ini mereka suka
menjalankan urusan dengan peniaga tersebut. Pada masa akan datang pembeli akan
membeli terus perkhidmatan yang anda tawarkan tanpa berfikir panjang. Inilah kesan
yang lahir daripada aspek penanaman etika yang tinggi dalam diri kita. Etika yang tinggi
akanmembentuk keperibadian yang mulia. Kerja yang yang baik akan menghasilkan
kepuasan kepada pelanggan amnya dan memberi kegembiraan kepada peniaga
keseluruhannya.

Ms 25 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Mengadakan Komunikasi Yang Baik Dalam Urusan Perniagaan

Hubungan antara majikan dan pekerja pelu dijalinkan dengan mesra bagi mewujudkan
suasana kekeluargaan dalam sesebuah organisai. Peniaga perlu melihat bahawa
hubungan komunikasi secara luaran dan dalaman perlu dijaga sama rata. Pihak
pengurusan yang terlalu asyik dengan menjaga peniaga luar sehingga terlupa
menjalinkan hubungan yang baik dengan kakitangan lain, akan menjadikan organisasi
itu seperti terdapat jurang, walhal mereka berusaha mencapai satu jalan yang sama iaitu
memajukan syarikat ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing.

Terdapat juga permasalahan lain iaitu, kekuranagn komunikasi antara penjual dan
pembeli selalunya mendatang masalah. Kemungkinan yang berlaku adalah peniaga
akan kehilangan pelanggan. Pelanggan sedia ada akan pergi kepada orang lain. Jika
hubungan komunikasi ini masih tidak dapat diselesaikan dan isu tersebut terus dibiarkan
berpanjangan tanpa ada usaha mengembalikan keyakinan pembeli, maka ketidak puas
hatian akan wujud dan penurunan pembelian produk oleh pelanggan akan berkurangan.

Ketika anda menerima maklum balas atau cadangan daripada pembeli, anda harus
memberi tindak balas dengan cara yang positif. Memastikan setiap aduan yang
diteriama direkodkan dan tindakan segera akan diambil bagi menanganinya dengan
segera. Tindakan cepat ini bertujuan memastikan pelanggan tidak merungut sekiranya
terdapat kecacatan pada barangan yang dibeli.

Anda haruslah bijak melayani dan menangani segala bentuk komunikasi sama ada
luaran ataupun dalaman. Mereka juga harus mempunyai hubungan yang baik agar
kemesraan antara pembeli dan peniaga dapat dijaga, seterusnya akan memudahkan
urusan pembelian pada masa akan datang.

Ms 26 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pengurusan Masa Dalam Perniagaan

Mengawal dan mengatur waktu bagi seorang peniaga adalah sangat penting mengikut
pelan perancangan yang ditkehendaki dalam proses menuju kejayaan kelak.
Pengurusan masa ini juga berkait rapat dengan sikap yang efektif. Jika tidak
dilaksanakan dengan lebih efektif, keberkesanan pengurusan masa akan gagal dan
tindakan yang diambil memakan masa terlalu lama.

Adalah lebih baik, jika peniaga itu mempunyai jadual yang teratur bagi menguruskan
perniagaannya. Penjadualan ini mampu memberikan gambaran pergerakan yang
dilakukan oleh peniaga agar segala urusan yang dilakukan menampakkan hasil. Dengan
penjadualan ini, peniaga akan dapat tahu ke mana hala tuju mereka dalam
mempromosikan produk kepada pelanggan.

Sukses adalah hasil daripada perancangan matlamat anda serta waktu anda,
melaksanakan aktiviti rutin dan penjadualan tugas yang teratur. Aktiviti ini perlu dicatit di
dalam buku catatan harian ataupun dairi harian. Dengan cara ini dapat mengelak dari
terlepas aktiviti penting bagi pemasaran produk. Perancangan yang rapi akan
membuahkan hasil yang membanggakan.

Ms 27 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kepemimpinan Melalui Teladan

Kepimpinan yang berkualiti tidak datang dengan sendirinya, ia diperolehi hasil daripada
usaha yang tidak mengenal erti putus asa dalam mencorak peniagaannya untuk terus
berdaya saing. Kualiti kepimpinan akan terbentuk sekiranya pengurus mempunyai
kecekapan mengurus danboleh membina sebuah budaya kerja yang sihat serta positif.

Setiap pemimpin harus mempunyai visi perniagaan yang hendak diuruskannya. Visi ini
perlulah jelas dan tepat kerana ia akan membantu para usahawan memulakan dan
merancang perniagaan yang ingin disertainya. Visi juga mampu mempengaruhi
keseluruhan organisasi berkerja demi mencapai matlamat yang diinginkan tercapai.

Kejayaan di dalam visi yang dicapai adalah hasil usaha semua orang yang terlibat
secara langsung mahupun tidak. Sumbangan visi adalah berdasarkan kepada
pengeluaran idea-idea dan pendapat yang telah dikumpul dari pelbagai pihak. Pekerja
yang ada bukan sahaja untuk menerima gaji bulanan,, tetapi pekerja yang boleh
membantu menjayakan visi syarikat.

Pengurus syarikat harus memberi semangat kepada pekerja dan memberi galakan serta
dorongan yang berterusan bagi mengapai tujuan yang dikehendaki bersama. Tugas
pengurus akan menjadi lebih mudah kerana setiap pekerja telah mengetahui visi yang
perlu dilaksanakan. Setiap pengenalan kepada produk baru, penyertaan dari pelanggan
yang setia adalah penting dan mereka patut diberi peluang mencuba dahulu produk
tersebut sebelum diperkenal kepada umum.

Ms 28 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Kos Memulakan Perniagaan

Pada kebiasaannnya kos memulakan perniagaan akan menjadi perkara utama dalam
usaha menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Terdapat 10 cara bagi
menanggani isu kos dalam memulakan bisnes keusahawanan ini.

1. Harus memikirkan bagaimana memperuntukkan kos anggaran selama setahun bagi


menampung keperluan asas seperti pengiklanan, peralatan pejabat, inventori, bekalan
barangan dan hal-hal berkaitan pendaftaran perniagaan. Selain itu juga, mungkin
terdapat pertambahan kos yang diluar jangkaan. Perkiraan kos ini perlu dilakukan
berhati-hati agar tidak menimbulkan pemasaalahan dalam memulakan bisnes yang ingin
diceburi kelak.

2. Jangan membuat pinjaman bank kecuali ia betul-betul memerlukan sokongan


kewangan yang banyak. Selain itu, jika seorang peniaga membuat pinjaman bank, ia
harus memikirkan kemampuan bayaran bulanan yang dikenakan adakah ia mampu
membayarnya seperti yang diminta oleh pihak bank termasuk caj faedah yang
dikenakan.

3. Kewangan lain seperti kos menyara keluarga anda juga harus diambil kira dalam
memulakan perniagaan anda. Pembahagian kewangan antara bisnes dan keluarga
harus diseimbangkan agar perjalanan bisnes yang ingin disertai tidak tergendala di
tengah jalan. Sekiranya pembahagian ini tidak dapat diselaraskan kemungkinan akan
wujud konflik yang boleh mengganggu kelancaran bisnes anda.

4. Anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berkaitan kos pertambahan


bagi tempoh tahun pertama. Penilaian ini mesti diteliti keperluannya agar perniagaan
yang dijalankan mampu bertahan dalam tempoh tahun pertama ia dibina.

Ms 29 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

5. Sekiranya membuat pinjaman wang, wang yang telah diperolehi perlu dikawal dengan
baik agar wang tersebut tidak mengalir ke tempat yang tidak perlu. Sekiranya anda
mempunyai strategi jualan yang baik dan memuaskan, anda adalah digalakkan
membuat pinjaman bagi menjayakan cita-cita anda. Pastikan juga anda mampu
membayar balik pinjaman yang dibuat setiap bulan mengikut caj yang telah dikenakan.

6. Pembayaran gaji kepada pekerja setiap bulan juga harus diambil kira. Selain gaji
terdapat elaun-elaun lain yang perlu dibayar seperti bayaran kerja lebih masa, bayaran
perjalanan ke destinasi tertentu, KWSP dan SOCSO. Lain-lain kos adalah insurans
perniagaan, insurans kenderaan bermotor, insurans kerja yang dilaksanakan dan
berbagai-bagai lagi inisiatif syarikat bagi menarik minat pekerja menyertai syarikat anda.

7. Menjalankan kajian yang mendalam dan mencuba pelbagai penjualan produk yang
ingin dipilih terlebih dahulu. Tujuan pengujian ini adalah bagi memperlihatkan pasaran
produk yang ingin dipilih. Setelah keputusan ujian yang dilakukan berhasil barulah
produk yang mempunyai jualan akan dilakukan secara serius dan menjadi sasaran
pasaran tempatan.

8. Penjualan produk anda haruslah mempunyai jaminan dari segi mutu, kualiti mahupun
dari segi penhantaran. Produk anda juga di jual pada harga yang agak kompitetif bagi
memastikan ada pelnggan yang berminat membeli dan menarik minat pembeli lain
berurusan dengan anda. Kemungkinan penjualan yang mengalami kerugian yang sedikit
adalah bagus dari tiada orang yang hendak membeli produk anda.

9. Untuk memudahkan produk anda mampu menarik minat pembeli dengan mudah,
pastikan anda berusaha memperolehi sijil pengiktirafan daripada badan-badan
berkelayakan. Proses mendapatkan pengiktirafan ini memerlukan kos tambahan yang
perlu disediakan. Dalam proses mendapatkan pengiktirafan ini terdapat terma dan
syarat yang harus dipatuhi terlebih dahulu bagi memudahkan urusan memperolehinya
berjalan lancar.

Ms 30 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

10. Anda boleh menjual barangan peribadi dilaman web http://www.mudah.com


sekiranya anda kekurangan kos pertambahan wang. Ini adalah jalan terakhir bagi
mendapatkan wang tambahan selain membuat pinjaman melalui bank. Barang-barang
yang dijual itu, pastikan mempunyai kualiti yang baik dan tidak menipu pembeli.
Pengorbanan yang dilakukan ini mampu menyuntik sumber kewangan yang kekurangan
buat memulakan perniagaan.

Ms 31 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Pelaburan Mendapatkan Dana Untuk Usaha anda

Sebagai seorang peniaga adalah penting untuk anda meningkatkan penjualan produk di
pasaran. Ini akan membantu anda mempunyai pelan strategi perniagaan yang jelas. Ia
adalah berkaitan pemilikan ekuiti. Ini adalah usaha untuk memperolehi pengaruh di
pasaran tempatan.

Sebagai seorang peniaga adalah penting ia memasarkan seberapa banyak produk bagi
memastikan ianya mempunyai pasaran yang luas dan mempunyai strategi perniagaan
yang jelas. Keyakinan adalah sangat penting bagi meneruskan pelan promosi
berterusan yang akan dapat mempengaruhi pembeli untuk menempah produk kita tanpa
rasa ragu.

Komitment juga perlu diguna pakai pada tahap ini kerana ia akan melihat sejauh mana
kesungguhan antara pekerja. Jika kesungguhan pekerja tinggi, maka ia boleh menjamin
kualiti yang baik terhadap produk yang dihasilkan. Jika tiada komitment, kemungkinan
terdapat kecacatan dalam pembikinan produk dan ini akan menyebabkan pelanggan lari
dari memiliki produk anda.

Ms 32 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Penjenamaan Produk

Hal ini perlu dititik beratkan kerana bagi memastikan kejayaan bisnes yang dibuat
mempunyai kekuatan. Penjenamaan barangan adalah salah satu langkah bijak.

Penjenanamaan ini meliputi:

1. Memperkenalkan nama peniaga kepada umum

2. Mempunyai logo bagi meningkatkan kepercayaan orang terhadap jenama kita.

3. Meletak nama syarikat pada produk dan model bagi mengelakkan ditiru oleh
syarikat lain.

4. Mengelakkan orang menyalahuguna produk kita tanpa meminta izin terlebih


dahulu.

Selain itu terdapat cara lain untuk memperkenalkan penjenamaan produk kepada orang
lain iaitu dengan cara melakukan pengiklanan secara terus. Demi menjaga hubungan
yang baik antara pembeli dengan peniaga, pembeli harus dihormati dan mengekalkan
hubungan yang baik bagi memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Di sini
imej syarikat akan lebih dipercayai dan disukai oleh pelanggan kerana urusannya yang
mudah.

Selain itu, dengan melantik kakitangan jualan juga mampu memasarkan produk kita ke
pasaran yang lebih luas. Ini adalah kaedah mendekatkan pembeli dengan wakil pemilik
produk agar mudah berurusan. Dengan adanya cara ini juga, pembeli didedahkan akan
katalog yang mampu meningkatkan kepercayaan pembeli untuk membeli tanpa ada
rasa sangsi. Pembeli juga boleh dibawa ke syarikat pengeluar produk bagi mendekatkan
diri dengan penciptaan barangan produk. Cara ini dilihat mampu memberikan pembeli
kepuasan dan tidak boleh mempertikaikan produk yang dihasilkan kerana mereka telah
melihat sendiri bagaimana produk tersebut dihasilkan.

Ms 33 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Produk PERCUMA untuk Anda

Download

Download

Ms 34 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 35 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 36 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 37 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 38 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 39 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 40 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Download

Download

Ms 41 /33 www.gempaknewbie.com
Tips Untuk Menjadi Usahawan Muda

Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team

Anda dapatkan Bonus tersebut

DI SINI.


Dah download..baru tau..☺

Ms 42 /33 www.gempaknewbie.com

You might also like