You are on page 1of 25

RBT 3117

Pensyarah: Pn Hjh. Rasidah Bt Samat


En. Zamri Bin Baba

AHLI KUMPULAN

1. Nisah Bt Mustapha
2. Che Eshah Bt Ibrahim
3. Rasidah Bt Bakar
4. Fuziati Bt Misbah
5. Asmara Bt Mahmud
BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP

PERATURAN DAN
KESELAMATAN
Peraturan dan Keselamatan

Peraturan keselamatan
diadakan untuk memastikan
suasana kerja dalam
persekitaran serta suasana
bengkel KH yang teratur dan
selamat tanpa berlakunya
kemalangan ataupun
kecederaan.
Keselamatan bengkel meliputi
aspek yang berikut:- 

(i) Keselamatan umum  


(ii) Keselamatan diri dan rakan     
(iii) Keselamatan alatan dan bahan
Keselamatan Am
Peraturan dari segi pemakaian dan potongan
rambut yang diurus dengan kemas dan
menggunakan kasut bertutup perlu difahami
oleh semua murid.

Rambut mestilah pendek dan kemas.

Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali


leher perlu dimasukkan ke dalam apron.
Lengan baju yang panjang dilipat kemas.

Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat


kebenaran dan berada dibawah pengawasan
guru sepenuhnya.
• Keadaan persekitaran bengkel
perlu dipastikan sentiasa
kemas, bersih dan teratur.

• Sentiasa mematuhi arahan guru


dan berhati-hati dalam setiap kerja
di bengkel.

• Kawasan tempat kerja perlu


dibersihkan sebelum
meninggalkan bengkel KH.

• Semua suis elektrik perlu


dimatikan sebelum meninggalkan
bengkel.
Keselamatan Diri dan Rakan

Jadikan sikap mematuhi peraturan


sebagai suatu amalan.
Pakailah pakaian yang sesuai dan
kemas ketika berkerja di dalam  bengkel,
Pakai apron dan kasut getah yang
bertutup.
Bagi murid yang memakai baju lengan
panjang, lipat lengan baju ketika bekerja.
• Bagi murid-murid perempuan,rambut
yang panjang hendaklah diikat. Bagi
yang bertudung, pastikan tudung
dipakai dengan kemas.

• Jangan bermain atau bergurau-


senda semasa berada di bengkel
KH.

• Amalan sentiasa bekerjasama dan


bantu-membantu sesama ahli
kumpulan.

• Tangan perlu dibasuh dengan betul


setelah selesai kerja di bengkel KH.
Contoh pakaian yang sesuai di dalam
bengkel

•Tudung dimasukkan ke dalam apron dan


rambut hendaklah diikat kemas.
•Tali leher ditanggalkan atau dimasukkan
ke dalam apron.
•Lengan baju panjang hendaklah dilipat.
Keselamatan Alatan dan Bahan

Penggunaan bahan dan alatan perlu


mendapat bimbingan daripada guru
sebelum murid boleh menggunakannya.
Penggunaan alatan yang teratur dan
betul adalah penting bagi memelihara
peralatan daripada cepat rosak.
Perancangan penggunaan alatan dan
bahan dengan teliti sebelum memulakan
sesuatu projek.
• Alatan perlu dibersihkan
dan dipulangkan kembali ke
stor setelah selesai
penggunaannya.

• Penyimpanan bahan mudah


terbakar, mudah pecah dan
berbahaya perlu menepati
piawaian keselamatan yang
terbaik oleh guru.

• Sentiasa berhati-hati
sewaktu menggunakan
sebarang peralatan di
bengkel KH.
Rutin Bengkel Kemahiran Hidup

Organisasi Bengkel adalah perkara


utama yang perlu diwujudkan diawal
permulaan sesi mengajar guru bagi
memastikan bengkel dapat diuruskan
dengan lebih lancar dan teratur. Kerja-
kerja rutin dibengkel akan berjadual
secara teratur dan lebih sistematik.
Aspek kebersihan dan keselamatan
mesti diutamakan dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di
bengkel KH. Melalui organisasi bengkel
murid berpeluang mempelajari aspek
kerjasama dalam kumpulan serta
mempraktikkan amalan kerja yang
teratur serta selamat.
Pelupusan Sisa Buangan Dari Bengkel KH
Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti
kayu, plastik, kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan
dengan baik.

Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan


berlakunya pencemaran alam sekitar.

Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah


yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut
kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan plastik.

Bahan buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa


berkaitan untuk urusan pelupusan ataupun projek kitar semula
bahan.

Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi


melupuskan sisa buangan.
Langkah Keselamatan(Amalan 4M)
1. Membersih

• Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.

• Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.

• Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan


mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas
yang diberi.

• Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan


iaitu:

Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah).


Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering.
Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran
kering dan cecair.

Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan


secara semburan tekanan udara tinggi
2. Menyusun Atur

• Guna alat mengikut kegunaannya.


• Simpan alat di tempat yang betul.
• Menilai Diri dan Tempat Kerja.
• Pencahayaan yang cukup.
• Peredaran udara yang baik.
• Lantai kering dan tak berminyak.
• Mendisiplin.
• Mematuhi peraturan keselamatan bengkel,
alatan dan keselamatan diri.
3. Menilai Diri dan Tempat
Kerja

• Pencahayaan yang cukup.


• Peredaran udara yang baik.
• Lantai kering dan tidak
berminyak.
4. Mendisiplin

Mematuhi peraturan dan keselamatan


bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Etika dan budaya kerja

Etika kerja bermaksud disiplin dan


sikap terhadap kerja.
Etika kerja termasuk
- menepati masa
- bertanggungjawab
- amanah
- patuh
Menepati masa
Murid perlu menghadiri kelas
dan menyiapkan kerja
mengikut jadual yang
ditetapkan.
Bertanggungjawab

Murid melaksanakan tugasan yang


disediakan untuk keselamatan dan
kebersihan.
Amanah

Bersikap amanah dalam


menjaga harta benda di
bengkel.
Patuh
Murid perlu mengikut
peraturan bengkel dan
arahan guru.
Budaya kerja
• Bermaksud peradaban yang
menjadi amalan semua pekerja
dalam sesuatu organisasi.
• Budaya kerja dapat memupuk sikap
bekerjasama dan bertanggungjawab di
kalangan murid-murid.
Sekian, terima kasih.

You might also like