You are on page 1of 6

BENTUK KATA

Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan,
bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata
dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan
kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan
bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata. Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga


jenis:

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata
terbitan :
a) Kata Terbitan Berawalan
b) Kata Terbitan Berakhiran
c) Kata Terbitan Berapitan
d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat
jenis :
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’  ber+sukan

b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’  makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’  kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan
yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’  men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif
dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk
dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Kata Terbitan Berawalan


Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan
kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)


pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)


berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)


secerah, setebal, senipis (‘se’)

Kata Terbitan Berakhiran


Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)


sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)

b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)


duduki, turuti, berkati (‘-i’)
Kata Terbitan Berapitan
Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan
kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)


kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)


beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)

c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)

Kata Terbitan Bersispan


Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan
baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku
dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –perkataan lain
kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud
dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’)


keruping, seruling (‘..er..’)

b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’)


gemilang, semerbak (‘..em..’)

Kata Majmuk

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau
lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk
yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga :

a) Kata Nama Majmuk. Contoh : setiausaha, warganegara, tandatangan, uji kaji,


kebolehubahan

b) Kata Kerja Majmuk. Contoh : menandatangani, bertanggungjawab, memberitahu

c) Kata Sifat Majmuk. Contoh : sukacita, dukacita

d) Kata Tugas Majmuk. Contoh : apabila, apakala, apahal, apalagi, bagaimana


Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok:

a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.


Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini
termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja
muda, menteri besar, profesor madya.

b) Kata majmuk berbentuk istilah khusus.


Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan.

c) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan iaitu simpulan bahasa.


Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih.

Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara:

a) dua perkataan digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contoh :


duka + cita = dukacita
jawatan + kuasa = jawatankuasa

b) perkataan dan fakta digabungkan dan ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya
walaupun dan adalah.

c) dua perkataan digabungkan tetapi tidak dieja sebagai satu perkataan, sebaliknya
kekal sebagai dua perkataan. Contohnya uji bakat, ulang tayang, temu janji, hak
milik.

d) dua perkataan bebas dijadikan satu perkataan dengan menggunakan imbuhan


apitan dan ejaannya mestilah bercantum. Contoh :
pindah milik  dipindahmilikkan
tukar ganti  ditukargantikan

e) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tidak dicantum.
Contoh :
campur aduk  bercampur aduk
temu bual  ditemu bual

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap
sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu
perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja,


contohnya alat-alat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang
telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-
pesuruhjaya.
Kata Ganda

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi
secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau
tanpa imbuhan.

Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata
dasar atau sebahagian daripadanya diulang.

Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti
dasarnya.

Terdapat tiga jenis kata ganda :

a) Penggandaan penuh
- proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh
dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua
boleh digandakan. Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari.
Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya,
iaitu pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih.

b) Penggandaan separa
- proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh
merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di
hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari,
kecil-kecilan.

c) Penggandaan berentak
- proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan
dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
- Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal - penggandaan yang


mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu
terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok-belok,
hina-dina

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan - iaitu penggandaan yang


mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu.
Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

iii) Penggandaan berentak bebas - iaitu penggandaan yang tidak


mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.
Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnya lima makna dalam penggandaan kata.


a) gandaan sebagai penanda jamak, iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja-meja,
bukit-bukau
b) gandaan sebagai penanda nama haiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-
kupu
c) gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula
d) gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.
e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

You might also like