You are on page 1of 9

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.3 KATA TERBITAN

Kata dasar yang telah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan akan membentuk kata terbitan.
Kata terbitan adalah hasil dari penggabungan kata dasar dengan imbuhan-imbuhan awalan, akhiran,
apitan dan sisipan.
Kata dasar bagi kata terbitan terdiri daripada jenis kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata
ganda.

1.3.1 KATA TERBITAN AWALAN

Awalan ialah imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar bagi menghasilkan kata terbitan.
Dalam bahasa melayu awalan boleh diimbuhkan pada golongan kata dasar yang terdiri dari kata nama,
kata kerja dan kata adjektif.

AWALAN KATA NAMA

Awalan kata nama dalam bahasa melayu ialah :


1) peN-
2) pe-
3) peR-
4) ke-
5) juru-

1) Awalan peN-
 Awalan peN- berbeza dengan awalan pe- kerana imbuhan ini mempunyai empat bentuk alomorf
iaitu pe-, pem- pen- dan peng-.
 Perbezaan ini juga terletak pada unsur morfofonem ‘N’ yang berubah bentuk apabila menerima kata
dasar.
a) Awalan peN- menjadi pe- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m, n,
ng, ny, r, l dan w contohnya :

peN + mudah Pemudah


peN + nama Penama
peN + ngilu Pengilu
peN + nyanyi Penyanyi
peN + rangkap Perangkap
peN + lawak Pelawak
peN + wangi pewangi

b) Awalan peN- menjadi pem- apabila diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan huruf b
dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, p dan v. sebagai contohnya :

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

peN + beli Pembeli


peN + brek Pembrek
peN + fitnah Pemfitnah
peN + proses Pemproses
peN + veto Pemveto

c) Awalan peN- menjadi pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c,
j, sy, z dan kata dasar pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. contohnya ialah :

peN + dengar Pendengar


peN + curi Pencuri
peN + jaja Penjaja
peN + syarah Pensyarah
peN + ziarah Penziarah
peN + tadbir Pentadbir
peN + stabil penstabil

d) Awalan peN- menjadi peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g,
kh, h (untuk bunyi konsonan), a, e, i, o, u (untuk bunyi vokal) dan kata dasar pinjaman tertentu.
Sebagai contohnya :

peN + gerak Penggerak


peN + khianat Pengkhianat
peN + hitung Penghitung
peN + angkat Pengangkat
peN + edar Pengedar
peN + ikat Pengikat
peN + olah Pengolah
peN + ubat Pengubat
peN + kritik Pengkritik

e) Peng- menjadi penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata
seperti yang berikut :

Cap Pengecap
syor Pengesyor
pam Pengepam

2) Awalan pe-
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Awalan pe- berbeza dari awalan peN- kerana apabila diimbuhkan pada kata dasar tertentu, tiada
perubahan bentuk pada huruf awal kata dasar tersebut. Contohnya :

Pe + tunjuk Petunjuk
(peN + tunjuk) (penunjuk)
Pe + sakit Pesakit
(peN + sakit) (penyakit)
Pe + kedai Pekedai
Pe + sawah Pesawah

3) Awalan peR-
 Awalan peR- boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bentuk
pada huruf awal kata dasar tersebut. Sebagai contohnya :

Per + tapa Pertapa


Per + asap Perasap

4) Awalan ke-
 Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata dasar tertentu tidak melibatkan perubahan bentuk pada
huruf awal kata dasar tersebut. Contohnya :

Ke + hendak kehendak
Ke + kasih kekasih

5) Awalan juru-
 Awalan juru- boleh diimbuhkan pada kata nama da kata kerja tanpa melibatkan perubahan bentuk
pada huruf awal kata dasar tersebut. Contohnya :

Juru + bahasa jurubahasa


Juru + hias juruhias

AWALAN KATA KERJA

Awalan kata kerja dalam bahasa melayu ialah :


1) meN-
2) beR-
3) teR-
4) di-
5) mempeR-
6) diper-

1) Awalan meN-
a) Awalan meN- menghasilkan kata kerja transitif dan kata kerja tidak transitif. Awalan ini mempunyai
alomorf iaitu me-, mem-, men- dan meng- yang dijelaskan seperti berikut

b) Awalan meN- menjadi me- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf m, n,
ng, ny, r, l dan w. contohnya :
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

meN + masak Memasak


meN + naik Menaik
meN + nganga Menganga
meN + nyanyi Menyanyi
meN + rawat Merawat
meN + lawan Melawan
meN + wangi mewangi

Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s, huruf ini akan digugurkan apabilaa
diimbuhkan pada awalan meN-. Contohnya :

Pegang Memegang
Tekan Menekan
Kunyah Mengunyah
saji menyaji

c) Awalan meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan
kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v. contohnya :

meN + beza Membeza


meN + fitnah Memfitnah
meN + pamer Mempamer
meN + veto Memveto
meN + brek Membrek
meN + praktik Mempraktik

d) Awalan meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d,c, j,
sy dan z dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s. contohnya :

meN + dalam Mendalam


meN + cipta Mencipta
meN + jerat Menjerat
meN + syarah Mensyarah
meN + ziarah Menziarah

e) Awalan meN- menjadi meng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g,
gh, kh, k (untuk bunyi konsonan), a, e, i, o, u (untuk bunyi vokal) dan kata pinjaman yang huruf
awalnya bermula dengan huruf k. contohnya :

meN + genggam Menggenggam


meN + ghairah Mengghairah
meN + khusus Mengkhusus
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

meN + hantar Menghantar


meN + arah Mengarah
meN + elak Mengelak
meN + ikat Mengikat
meN + olah Mengolah
meN + ubat Mengubat
meN +kritik mengkritik

2) Awalan beR-
 Awalan beR- mempunyai satu alomorf sahaja iaitu ber- yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk
kata dasar. Contohnya :

beR + angka Berangka


beR + ekor Berekor
beR + depan Berdepan
beR + tahan Bertahan

Apabila ber- diimbuhkan kepada kata dasar yang bermula dengan huruf r. satu daripada r tersebut
digugurkan. Contohnya :

Rehat Berehat
Renang Berenang

3) Awalan teR-
 Awalan teR- mempunyai satu alomorf sahaja iaitu ter- yang boleh diimbuhkan pada semua bentuk
kata dasar. Contohnya :

teR + atas Teratas


teR + elok Terelok
teR + duduk Terduduk
teR + tanggung Tertanggung

Apabila ter diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada r harus
digugurkan. Contohnya :

Rancang Terancang
Rentang Terentang

4) Awalan di-
 Awalan di- boleh digabungkan dengan semua bentuk kata dasar untuk mewujudkan kata kerja ayat
pasif. Contohnya :

di + tuduh Dituduh
di + marah Dimarah

5) Awalan mempeR-
 Awalan mempeR- hanya mempunyai satu alomorf sahaja iaitu memper. Sebagai contohnya :
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

memper + cantik Mempercantik


memper + taruh Mempertaruh

6) Awalan dipeR-
 Awalan dipeR- hanya mempunyai satu alomorf sahaja iaitu diper. Sebagai contohnya :

diper + hamba Diperhamba


diper + jelas Diperjelas

AWALAN KATA ADJEKTIF

Awalan kata adjektif dalam bahasa melayu adalah :


1) Ter-
2) Se-

1) Awalan ter-
 Awalan ter- apabila digabungkan dengan golongan kata adjektif akan membentuk kata adjektif
juga. Contohnya :

ter + baharu Terbaharu


ter + murah Termurah

2) Awalan se-
 Awalan se- apabila digabungkan dengan golongan kata adjektif akan membentuk kata adjektif juga.
Contohnya :

se + cantik Secantik
se + baik Sebaik

1.3.2 KATA TERBITAN AKHIRAN

Akhiran ialah imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar.
Akhiran dalam bahasa melayu hanya wujud pada kata nama dan kata kerja.

AKHIRAN KATA NAMA

 Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli iaitu –an dan imbuhan ini boleh digabungkan dengan
semua bentuk kata dasar. Contohnya :

Pakai + an Pakaian
Tuju + an Tujuan

 Akhiran kata nama pinjaman pula adalah seperti berikut :

-ah Sultanah
Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

-at Muslimat
-in Muslimin
-isme Nasionalisme
-man Budiman
-wan Usahawan
-wati Peragawati

AKHIRAN KATA KERJA

Terdapat 2 bentuk akhiran kata kerja iaitu :


1) -i
2) -kan

1) Akhiran -i
Akhiran –i hanya mempunyai satu bentuk seperti contoh berikut :

Ikut + i Ikuti
Jalan + i Jalani

2) Akhiran –kan
Akhiran –kan juga mempunyai 1 bentuk sahaja seperti berikut :

Serah + kan Serahkan


Lurus + kan Luruskan

1.3.3 KATA TERBITAN APITAN

Apitan merupakan imbuhan yang ditambah pada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar bagi
membentuk kata terbitan.
Apitan dalam bahasa melayu dapat digabungkan dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

APITAN KATA NAMA

Apitan yang membentuk kata nama terbitan adalah seperti berikut :

Ke- ….. -an Kesihatan, ketulusan


Pe- ….. -an Peragaan, peramian
Pel- ….. -an Pelajaran
Pem- ….. -an Pembuatan, pembaikan
Pen- ….. -an Pendakian, penciptaan
Peng- ….. -an Penghidupan, penghadaman
Penge- ….. -an Pengeboman, pengesahan
Per- ….. -an Peraturan, perlawanan

APITAN KATA KERJA


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Apitan yang membentuk kata kerja adalah seperti berikut :

Ber- ….. -an Berjatuhan, berguguran


Ber- ….. -kan Bertilamkan, berlantaikan
di- ….. -l Didahului, dihargai
di- ….. -kan Dipendamkan, diserahkan
Diper- ….. -i Diperingati
Ke- ….. -an Kehujanan, kebasahan
Me- ….. -i Merasai, melukai
Me- ….. -kan Melakukan, melukakan
Mem- ….. -i Membaiki, memberkati
Mem- ….. -kan Membukakan, membantutkan
Memper- ….. -i Memperingati
Memper- ….. -kan Memperlakukan, memperlahankan
Men- ….. -i Menderhakai, menzalimi
Men- ….. -kan Menjatuhkan, mendalamkan
Meng- ….. -i Menghargai, menghormati
Meng- ….. -kan Menghapuskan, menghidupkan
Menge- ….. -kan Mengelapkan, mengepung

APITAN KATA ADJEKTIF

Apitan yang membentuk kata adjektif hanya 1 iaitu :

Ke- ….. -an Kemelayuan,


keinggerisan

1.3.4 KATA TERBITAN SISIPAN

Sisipan ialah imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar.
Bentuk sisipan tidak banyak dan hanya wujud pada kata nama dan kata adjektif sahaja.

SISIPAN KATA NAMA

Sisipan kata nama adalah seperti berikut :

-el- Telunjuk,
Telapak
-em- Kemuncup,
kemuning
-er- Serabut,
seruling

Sisipan Kata Adjektif

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Sisipan kata adjektif adalah seperti berikut :

-el- Gellembung,
selerak
-em- Semerbak,
gemilang
-er- Gerigi,
serabut
-in- sinambungan

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like