You are on page 1of 1

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.4 KLAUSA

4.4.1 TAKRIF KLAUSA

Definisi
Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat

4.4.2 BINAAN KLAUSA

Antara contoh klausa ialah :


 Dia / tidak datang
 Pakaiannya / basah
 Mereka / berehat

1.Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri dari subjek dan
predikat.
2.Subjek bagi klausa di atas ialah dia, pakaiannya dan mereka.
3.Predikat bagi klausa di atas ialah datang, basah dan berehat.

4.4.3 TUGAS KLAUSA

Jika klausa di atas disebut dengan intonasi yang betul, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan,
klausa tersebut boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap seperti contoh di bawah :
 Dia tidak datang.
 Pakaiannya basah.
 Mereka berehat.
Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
a) klausa bebas
klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap
b) klausa tak bebas
klausa yang tidak boleh berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas.

Contoh klausa bebas dan klausa tidak bebas :

CONTOH AYAT KLAUSA BEBAS KLAUSA TIDAK BEBAS


Dia tidak datang jika tidak Dia tidak datang Jika tidak mendapat keizinan
mendapat keizinan
Pakaiannya basah kerana hujan Pakaiannya basah Kerana hujan lebat
lebat
Mereka berehat apabila tiba Mereka berehat Apabila tiba masanya
masanya

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like