You are on page 1of 58

TAJUK 2: PENTADBIRAN DAN

PENGURUSAN KHSR
1. Pengurusan dan
pentadbiran sumber
manusia
2. Pengurusan dan
pentabdiran bengkel
3. Penyenggaraan bengkel
PENGURUSAN DAN PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA

1. Struktur Organisasi
2. Panitia
3. Pengurusan Pelajar
1. Struktur Organisasi

GURU BESAR

PEN. KANAN

KETUA PANITIA

GURU KEMAHIRAN HIDUP


2. Panitia

Di antara tugas ketua panitia:


i. Menyelaraskan sukatan dan rancangan
pelajaran mingguan, bulanan dan semester
ii. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan
untuk diserahkan kepada guru penolong
kanan
iii. Membuat pesanan bahan dan alatan
melalui borang pra pesanan
2. Panitia

iv. Mengagihkan tugas mengajar serta


tanggungjawab pengurusan,
penyelenggaraan dan keselamatan bengkel
kepada guru-guru KH
v. Menentukan penggunaan alat bantu
mengajar dan kaedah mengajar yang
kemaskini
vi. Menjalankan mesyuarat panitia
3. Pengurusan Pelajar

 Menyediakan Peraturan Keselamatan


Makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar
 Memastikan pelajar sentiasa mematuhi
arahan guru dan bekerja secara
bersistematik dan selamat
 Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan
sistem kepegawaian kepada pelajar seperti
contoh rajah berikut:-
3. Pengurusan Pelajar

Ketua Formen

Ketua Ketua Ketua


Kebersihan Alatan Projek

Ketua
Keselamatan
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
BENGKEL

a) Ruang Bengkel
b) Susun Atur
c) Keselamatan
d) Tugas Pelajar
e) Organisasi Stor
f) Sistem Penyimpanan Stok
a) Ruang

 Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis


kerja yang akan dilakukan di dalamnya
 Keluasan yang sesuai ialah 20 M X 25 M
 Ciri-ciri bengkel yang sesuai:-
i. Boleh menampung bilangan pelajar seramai
20 orang atau lebih
ii. Ia membolehkan seseorang bergerak dengan
bebas
a) Ruang

iii. Lantai mestilah dari bahan tahan lasak,


mudah dibersihkan dan tidak menampung
habuk dan tidak licin
iv. Tingkap yang besar untuk membenarkan
cahaya masuk sebanuk mungkin serta
pengedaran udara yang bebas
v. Pintu mempunyai daun pintu yang besar
bagi memudahkan jalan keluar semasa
kecemasan
a) Ruang

vi. Meja kerja yang tahan lasak yang


berukuran di antara 1.2 M x 1.5 M dan
tinggi 0.9 M
vii. Mempunyai bekalan asas seperti elektrik
bagi pencahayaan dan soket kuasa dan
bekalan air siap dengan pili dan singki bagi
pencucian
viii. Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan
bahan-bahan, alatan dan projek
b) Susun Atur

 Susun atur bengkel perlu kemas dan


lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan
dengan sempurna dan mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan dan
kerosakkan harta benda
b) Susun Atur

 Susun atur bengkel yang baik seperti:-


a) Rak-rak dan panel alatan dan kelengkapan
mudah digunakan
b) Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh
menempatkan dengan baik
c) Rak-rak bahan bantu mengajar yang kemas kini
dan pelbagai
d) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan
dilakukan
c) Keselamatan

 “UTAMAKAN KESELAMATAN” sebagai teras


amalan bagi memastikan kerja-kerja
dibengkel dapat dilakukan dengan lancar dan
selamat
 Aspek keselamatan yang dititikberatkan:-
i. Menyediakan bahan perlindungan dan
pakaian kerja bagi melindungi badan
c) Keselamatan

ii. Mengadakan alat pemadam api yang


berfungsi
iii. Menyediakan peti pertolongan cemas dan
tempat rawatan
iv. Memaparkan nombor telefon panggilan
kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis
dan lain-lain
d) Tugas Pelajar

Ketua Formen

Ketua Ketua Ketua


Kebersihan Alatan Projek

Ketua
Keselamatan
d) Tugas Pelajar

i. Tugas Ketua Formen


 Bertindak sebagai Ketua Kelas dan
bertanggungjawab terus kepada guru KH
 Memastikan semua penolong-penolong di
bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah
ditetapkan
 Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian
spt kemalangan, alat-alat yang rosak atau
hilang
d) Tugas Pelajar

ii. Tugas Ketua Kebersihan


 Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya empat atau lima orang bagi
membersihkan tempat kerja, menyapu lantai
dan membuang sampah dari tong sampah
 Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak
atau bendalir
 Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan
kerja-kerja pembersihan yang dibuat
d) Tugas Pelajar

iii. Tugas Ketua Alatan


 Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunua untuk mengagihkan alatan
kepada pelajar-pelajar
 Memungut semula alatan dan meletakkannya
pada rak panel alatan
 Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat
alatan yang rosak, patah ataupun hilang
d) Tugas Pelajar

iv. Tugas Ketua Projek


 Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantunya bagi mengedarkan bahan projek
kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan
 Memungut semula projek terutama yang masih
belum siap dan dimasukkan semula ke dalam
rak projek/almari/tempat penyimpanan projek
belum siap
 Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat
projek yang rosak, pecah atau pun yang hilang
Tugas Pelajar

v. Tugas Ketua Keselamatan


 Bertanggungjawab untuk bersama-sama
pembantu bagi memastikan makmal dalam
keadaan selamat
 Memastikan semua tingkap ditutup, pintu
dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag
kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket
 Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat
tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak
atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus
atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik
 Memastikan pili air ditutup ketat
e) Organisasi Stor

 Organisasi stor terdiri dari lima bahagian:-


i. Bahagian Kawalan Stok
ii. Bahagian Legar/Lejar
iii. Bahagian Penstoran
iv. Bahagian Pembungkusan dan
Penghantaran
v. Bahagian Akaun
e) Organisasi Stor

i. Bahagian Kawalan Stok


 Bahagian ini bertanggungjawab ke atas
perancangan dan organisasi stok seperti:-
i. Menentukan barang dikeluarkan secara teratur
dan betul
ii. Menentukan kuantiti barang yang akan
dikeluarkan
iii. Menentukan kod barang
iv. Menyediakan dan mengemaskini katalog
v. Menguruskan pembelian barang
e) Organisasi Stor

ii. Bahagian Legar/Lejar


 Bahagian ini bertanggungjawab:
a) Mencatit kad-kad lejar
b) Mencatit harga ke atas Baucer Pemesanan-
Pengeluaran Barang-barang
iii. Bahagian Penstoran
 Bahagian ini bertanggungjawab untuk
menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut
barang-barang dan lain-lain
e) Organisasi Stor

iv. Bahagian Pembungkusan dan


Penghantaran
 Bahagian ini bertanggungjawab
membungkus barang-barang dan
menghantarnya ke destinasi berkenaan

v. Bahagian Akaun
 Bahagian ini bertanggungjawab ke atas segala
hal ehwal akaun dan kewangan stor
f) Sistem Penyimpanan Stok

i. Lokasi Stok
ii. Penggunaan Maksima Ruang
iii. Sistem Lokasi Stok
iv. Penggunaan Rak yang Boleh Diubah
v. Keteguhan Rak-rak
vi. Peraturan Am Penstoran
vii. Kandungan Sesuatu Bekas
f) Sistem Penyimpanan Stok

viii. Penstoran Barang Berat


ix. Penstoran Barang-barang dalam Bekas
Standard
x. Penstoran Barang-barang Terlerai
xi. Pembahagian Ruang Stor
xii. Peraturan Menindan Barang-barang
xiii. Penstoran Barang-barang Berharga dan
Menarik
xiv. Penstoran di Tempat Lapang
1. Lokasi Stok

 Lokasi stok bagi semua barang-barang


hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad
kawalan stok dan kad petak
2. Penggunaan Maksima Ruang

 Ruang digunakan sepenuhnya


 Penggunaan ruang tertakluk kepada faktor-
faktor:-
 Keselamatan
 Kemudahan pengeluaran
 Verifikasi
 Kekemasan stor
3. Sistem Lokasi Stok

 Dirangka semudah mungkin


 Setiap stor hendaklah mempunyai satu
sistem lokasi stok yang tetap
4. Penggunaan Rak yang Boleh
Diubah

 Penggunaan rak yang boleh diubah


digunakan untuk membolehkan
penyimpanan berbagai jenis barang dengan
lebih baik dan cekap
 Jika keadaan membenarkan rak-rak bolehlah
dilapis atau ditingkatkan untuk penggunaan
ruang sepenuhnya
5. Keteguhan Rak-rak

 Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati


herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada
Ketua Jabatan untuk diperbaiki
6. Peraturan Am Penstoran

 Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada


beberapa seksyen atau kumpulan seperti
seksyen alat tulis, alat jahitan, alatan elektrik dan
lain-lain
 Barang-barang bagi setiap seksyen hendaklah
disimpan dalam susunan abjad
 Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi
disebabkan oleh ukuruan, jenis, berat atau ruang
rak tidak mengizinkan, lokasi stok hendaklah
dicatat diatas kad lejar atau kad kawalan stok
7. Kandungan Sesuatu Bekas

 Seberapa boleh, satu-satu bekas itu


hendaklah mengandungi hanya barang-
barang yang bernombor kod dan berupa
bentuk yang sama sahaja
8. Penstoran Barang Berat

 Semua barang-barang berat hendaklah


diletakkan di tempat yang paling bawah
sekali untuk keselamatan
9. Penstoran Barang-barang dalam
Bekas Standard

 Jika barang-barang dibekalkan oleh


pembekal dalam bekas yang standard
seperti bungkusan, kotak, tin dan sebagainya
seberapa boleh barang-barang tersebut
hendaklah disimpan dalam bekas asalnya
supaya labelnya dapat dilihat
10. Penstoran Barang Terlerai

 Barang terlerai hendaklah dimasukkan ke


dalam bekas yang berukuran standard dan
disimpan mengikut bilangan atau unit untuk
memudahkan pengeluaran
 Barang-brang yang tidak boleh dibungkus
seperti alat perkakas hendaklah disusun atau
ditindih dengan baik dan dicegah dari
berkarat, rosak dan sebagainya
11. Pembahagian Ruang Stor

 Ruangan stor yang dibahagikan mengikut


seksyen atau kumpulan hendaklah diberi
tanda pengenalan dengan menggunakan
sistem rujukan samada menggunkan
susunan abjad atau nombor atau kedua-
duanya sekali
12. Peraturan Menindan Barang-
barang

 Seberapa boleh tindanan barang janganlah


terlalu tinggi
 Faktor-faktor berikut hendaklah
dipertimbangkan semasa menindan barang:-
a. Senang dikendali dan memudahkan
pengeluaran stok mengikut sistem masuk-
dahulu-keluar-dahulu (FIFO)
b. Kemungkinan peti-peti di lapisan bawah
ditindan oleh peti yang lebih berat
12. Peraturan Menindan Barang-
barang

c. Barang-barang mudah terbakar


d. Kesenangan penyemakan stok dan
rancangan pengiraan pusingan stok
e. Susunan atau lapisan yang paling selamat
adalah setinggi di antara dua hinggan tiga
meter melainkan jika “fork lift” digunakan
13.Penstoran Barang-barang
Berharga dan Menarik

 Barang-barang berharga dan menarik yang


senang dicuri hendaklah disimpan di dalam
almari atau tempat yang berkunci
 Kunci hendaklah disimpan oleh seorang
pegawai yang bertanggungjawab
 Semua pengeluaran hendaklah dibuat oleh
pegawai tersebut melainkan dalam hal-hal
tertentu sahaja
14. Penstoran di Tempat Lapang

 Barang-barang besar yang tidak mudah


rosak jika terdedah kepada cuaca panas
atau hujan bolehlah disimpan di tempat
lapang yang berpagar
PENYENGGARAAN BENGKEL

1. Jenis-jenis Senggaraan
2. Langkah-langkah Kawalan
Senggaraan
PENYENGGARAAN BENGKEL

DEFINISI PENYELENGGARAAN:
 Menjalankan kerja-kerja merancang dan
mengurus aktiviti penyenggaraan
DEFINISI PENYENGGARAAN:
 Melakukan aktiviti menjaga atau menservis
sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih,
perabot atau bangunan supaya sentiasa berada
dalam keadaan baik dan berfungsi dengan
sempurna
1. Jenis-jenis Senggaraan

a) Senggaraan Kawalan
b) Senggaraan Pembetulan
c) Senggaraan Ramalan
a) Senggaraan Kawalan

 Senggaraan yang paling berkesan kerana


senggaraan dilakukan sebelum peralatan, mesin
dan bangunan menjadi rosak
 Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa
mengikut jadual senggaraan yang telah
ditetapkan
 Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan
kerana kerja senggaraan berterusan tetapi untuk
jangka panjang cara ini menguntungkan kerana
kerosakan yang besar dapat dielakkan
a) Senggaraan Kawalan

 Senggaraan kawalan mengandungi


i. Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk
peralatan yang digunakan
ii. Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk
mengelakkan kerosakkan daripada berlaku
iii. Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan
supaya sentiasa sempurna
iv. Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta
pembersihan dan perlindungan spt mengecat
peralatan dan bangunan
b) Senggaraan Pembetulan

 Senggaraan jenis ini hanya dilakkan selepas


sesuatu peralatan itu rosak
 Kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan
selagi tiada kerosakan yang berlaku
 Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas
peralatan yang kecil dan yang tidak digunakan
terlalu kerap
 Walaupun kos senggaraan jangka pendek
adalah rendah namun untuk jangka masa
panjang ia mungkin menjadi terlalu tinggi
c) Senggaraan Ramalan

 Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-


kerja senggaraan mengikut jangkaan
kerosakan
 Biasanya peralatan seperti alat penganalisis
gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik,
tolok tekanan dan suhu dan tolok rintangan
digunakan untuk meramal kemungkinan
berlakunya kerosakan
c) Senggaraan Ramalan

 Senggaraan ini banyak dilakukan dalam


industri yang melibatkan penggunaan alatan
elektronik seperti komputer kerana:
 Peralatan yang digunakan mempunyai
bahagian yang kecil dan rumit untuk
disenggara setiap hari
 Bahagian-bahagian pada alatan elektronik
tidak membolehkan kerja-kerja servis
dilakukan
2. Langkah-langkah Kawalan
Senggaraan

 Keberkesanan sistem senggaraan


bergantung kepada kerja-kerja merekod
aktiviti senggaraan
 Sistem rekod yang baik akan menjamin
kerja-kerja senggaraan yang lebih berkesan
2. Langkah-langkah Kawalan
Senggaraan

Langkah-langkah yang diambil sebelum


sesuatu kerja senggaraan dijalankan:-
i. Arahan Kerja
ii. Jadual Kerja
iii. Kos Senggaraan
iv. Belanjawan
v. Rekod Alatan
1. Arahan Kerja

1. Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan


yang berlaku
2. Ketua Bahagian Senggaraan akan
mengeluarkan arahan kepada kakitangan
bahagian untuk menyelesai masalah yang
dihadapi
3. Selepas kerja selesai kakitangan akan
merekodkan maklumat spt kerja yang dilakukan,
masa yang diambil, kos alat ganti yang
digunakan, bilangan pekerja yang diperlukan
dan sebagainya
2. Jadual Kerja

 Jadual kerja disediakan oleh Penasihat


Kawalan Bahagian Senggaraan dengan
bantuan mandur
 Pihak ini bertanggungjawab menganggarkan
jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk
sesuatu jenis kerja senggaraan yang
diperlukan
 Tujuan memudahkan bahagian senggaraan
mengagih-agihkan kakitangan sekiranya
kerosakan berlaku serentak
3. Kos Senggaraan

Kos senggaraan = Jumlah kos pekerja +

kos bahan ganti


4. Belanjawan

 Belanjawan dibuat setahun sekali


 Jumlah wang yang diperuntukkan ke
bahagian senggaraan bergantung kepada
kos senggaraan yang telah dibuat dalam
masa setahun
 Biasanya hitung panjang kos senggaraan
setahun akan dijadikan asas dalam jumlah
peruntukan tahunan
5. Rekod Alatan

 Rekod alatan penting dalam sesuatu


program senggaraan
 Rekod ini mengandungi semua data alatan
seperti nombor siri, pembekal, kos membeli
dan sebagainya
SEKIAN

You might also like