You are on page 1of 6

INFORMATION of ELAKSAMANA

CEMERLANG BEKERJA DALAM BERPASUKAN

“Gabungan tenaga yang dihasilkan oleh jemaah nabi dan para


sahabat adalah amat luar biasa. Apabila sinergi mengikut tokoh-
tokoh barat adalah 1 + 1 = 3, dalam Islam formulanya adalah 1
+ 1 = 3 + bantuan Tuhan.”  

PADA HARI INI, konsep teamwork atau bekerja dalam pasukan amat ditekankan
kerana ia adalah unsur penting yang menjamin kecemerlangan dan kejayaan.
Sebenarnya, konsep ini bukanlah konsep baru dalam Islam. Ia ditekankan oleh
Islam sejak awal dahulu terutamanya dalam usaha menegakkan kalimat Tuhan.

Tuhan menyatakan dalam surah As-Saf ayat 4 yang bermaksud, “Sesungguhnya


Allah menyukai jika perjuangan di jalannya dilakukan (secara tersusun) seperti
satu saf seolah-olahnya mereka merupakan sebuah bangunan yang kukuh.”

Imam Qatadah memberikan pandangan yang amat menarik berhubung dengan


ayat ini. Beliau berkata, “Tidakkah kamu melihat kepada pemilik sesebuah
bangunan bagaimana dia membenci bangunannya yang dibina secara yang
tidak tersusun? Begitulah kiasannya dengan Allah. Dia tidak menyukai
perintahnya dilaksanakan dengan cara yang tidak teratur. Allah memerintahkan
agar barisan di medan perjuangan berada dalam keadaan yang tersusun rapi
sebagaimana tersusunnya saf ketika sedang melakukan solat berjemaah.”

Walau bagaimanapun, tolong-menolong dalam Islam ada prinsip dan


landasannya. Oleh sebab itu, dalam surah al-Maidah ayat 2, Tuhan melarang
umat Islam tolong-menolong dan bekerjasama dalam perkara dosa dan
permusuhan. Sebaliknya, tolong-menolong itu diizinkan hanya dalam aspek
kebaikan dan takwa.

Sembahyang Jemaah Sebagai Latihan Islam mendidik umatnya berkenaan


kepentingan bekerja dalam sebuah pasukan melalui sembahyang. Apabila
sembahyang jemaah ditegakkan, imam yang berwibawa perlu dipilih. Pada masa
itu, umat Islam sedang dididik berkenaan kepentingan memilih seorang
pemimpin yang berwibawa untuk pasukan mereka. Berhubung dengan ini, Imam

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Ibn Majah melaporkan kata-kata nabi yang ber-maksud, “Tidak boleh seorang
yang keji dilantik menjadi imam kepada orang mukmin.”

Semasa ahli-ahli jemaah berdiri dan menghadapkan wajah mereka ke arah kiblat
di samping merapatkan saf untuk sembahyang, ia menunjukkan kepentingan
per-paduan, kerjasama dan disiplin dalam sebuah pasukan. Pada zaman nabi,
sahabat-sahabat sering diingatkan, apabila mereka tidak bersungguh-sungguh
meluruskan saf, benih-benih perselisihan akan wujud di kalangan mereka. Nabi
berkata, “Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan
antara wajah-wajah kamu....” Hadis ini dilaporkan oleh Imam Muslim, Ahmad,
Abu Daud, Tarmizi, an-Nasai dan Ibn Majah.

Di samping itu, sembahyang jemaah juga mengingatkan umat berkenaan konsep


persamaan dalam Islam. Mereka yang bersembahyang jemaah akan berdiri
berdekatan antara satu sama lain, masing-masing menghadapkan wajah ke arah
kiblat yang sama serta menyembah Tuhan yang satu, tidak kira sama ada dia
raja, menteri, orang kenamaan ataupun orang biasa. Begitu juga suasana yang
perlu diwujudkan dalam pasukan. Perasaan ego, bangga diri, bangga status dan
bangga keturunan perlu dihapuskan apabila pasukan ingin berjaya dalam projek
yang diceburi. Imam Ahmad melaporkan, nabi berkata, “Kesemua kamu berasal
dari Adam... Tidak ada kelebihan seseorang ke atas seorang yang lain
melainkan berdasarkan agama dan takwa....”

Apabila kesalahan berlaku dalam sembahyang, imam boleh ditegur. Apabila


kesalahan imam melibatkan rukun sembahyang, makmum dilarang mengikut
imam. Pada masa itu, dia hendaklah berniat mufaraqah atau berpisah daripada
imam. Begitu juga dalam pasukan. Ketuanya perlu ber-tanggungjawab dengan
kepimpinannya dan dia tidak boleh bertindak secara semberono. Apabila
penyalahgunaan kuasa berlaku ataupun ketua melanggar prinsip dan polisi, dia
perlu ditegur dan diperbetulkan.

Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Muslim, nabi berkata, “Setiap
Muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka
suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat. Ketika itu tidak
ada lagi tuntutan untuk dengar dan taat.”

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Sinergi

Tolong-menolong serta kerjasama melahirkan sinergi. Mengikut ‘The American


Heritage’, Dictionary of the English Language, Fourth Edition (2000) terbitan
Houghton Mifflin Company, sinergi dalam bahasa Inggeris bermaksud, “The
interaction of two or more agents or forces so that their combined effect is
greater than the sum of their individual effects. Cooperative interaction among
groups, especially among the acquired subsidiaries or merged parts of a
corporation, that creates an enhanced combined effect.”

Perkataan sinergi berasal dari bahasa Yunani (Greek) sunergi yang bermaksud
cooperation (tolong menolong), dan sunergos yang bermaksud working together
(bekerjasama). Dalam bahasa Malaysia sinergi bolehlah diertikan sebagai,
“Interaksi antara dua ataupun lebih agen atau kekuatan yang melahirkan kesan
yang lebih hebat daripada campuran tenaga agen-agen atau kekuatan itu.”
Dalam bahasa mudah, sinergi bermaksud 1 + 1 = 3.

Tuhan menyebut konsep sinergi dalam surah al-Anfal ayat 65 yang bermaksud,
“Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di
antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan orang-
orang kafir itu golongan yang tidak mengerti.”

Sinergi Nabi dan Sahabat


Pada zaman nabi, gabungan tenaga yang dihasilkan oleh jemaah nabi dan para
sahabat adalah amat luar biasa. Apabila sinergi mengikut tokoh-tokoh barat
adalah 1 + 1 = 3, dalam Islam formulanya adalah 1 + 1 = 3 + bantuan Tuhan.

Sebagai contoh, semasa berlakunya Perang Badar, umat Islam yang berjumlah
313 orang terpaksa berdepan dengan musuh yang berjumlah 1,000 orang.
Berhubung dengan ini, Tuhan menyatakan dalam surah Ali Imran ayat 123 yang
bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang Badar
sedangkan kamu ketika itu orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah
kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.”

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Kesan daripada gabungan tenaga zahir dan batin, umat Islam berjaya memberi
tentangan hebat ke atas kafir Quraisy. Akhirnya, datanglah bantuan Tuhan dari
langit dan dengan itu tewaslah kafir Quraisy di medan Badar. Tuhan menyatakan
dalam surah Ali Imran ayat 125 yang bermaksud, “Jika kamu bersabar dan
bertakwa dan mereka datang menyerang kamu ketika itu juga, Allah akan
menolong kamu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda.”

Demikian juga keadaannya semasa nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah.


Kerjasama dan tolong menolong berlaku dengan baik antara sahabat-sahabat
nabi bagi menjayakan penghijrahan nabi. Memandangkan musuh sedang
merancang untuk membunuh nabi pada masa itu, nabi mengarahkan Ali untuk
tidur di tempat tidur beliau. Strategi ini berjaya kerana pihak musuh hanya
menyedari pemergian nabi pada keesokan harinya.

Pada masa yang sama, anak Abu Bakar yang bernama Abdullah merisik berita
berhubung strategi musuh di Mekah untuk diberitahu kepada nabi dan Abu
Bakar. Asma binti Abu Bakar pula menyediakan makanan. Amir bin Fuhairah
ditugaskan menggembala kambing pada siang hari dan pada sebelah malamnya
memerah susu untuk dibawa kepada nabi dan Abu Bakar sebelum mereka
meneruskan perjalanan ke Madinah.

Dalam perjalanan, nabi dan Abu Bakar bersembunyi seketika di dalam Gua Thur.
Mengikut laporan oleh Hafiz bin Asakir, Tuhan mendatangkan bantuannya pada
masa itu dengan memerintahkan labah-labah dan sepasang burung merpati liar
membuat sarang di pintu gua sehingga tidak ada seorang pun yang meyakini
bahawa di dalam Gua Thur pada masa itu terdapat manusia yang sedang
bersembunyi.

Semasa berlakunya Perang Ahzab, dengan semangat kerjasama dan tolong-


menolong yang tinggi, umat Islam berjaya menggali parit sepanjang 5,000 hasta.
Bagi melaksanakan tugas ini, nabi membahagikan para sahabat kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai sepuluh orang dan setiap
kumpulan diarahkan menggali parit sepanjang 40 hasta. Nabi juga turut terlibat

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

dalam projek penggalian parit ini.

Semasa musuh datang, Tuhan mengurniakan bantuannya kepada umat Islam.


Tuhan menyatakan dalam surah al-Ahzab ayat 9 yang bermaksud, “Wahai
orang-orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah yang telah dikurniakan
kepadamu ketika datang kepadamu tentera-tentera lalu Kami kirimkan kepada
mereka angin taufan serta tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Allah
maha melihat apa yang kamu kerjakan.”

Teamwork Semut
Sepatutnya, umat Islam mengambil pengajaran daripada makhluk halus yang
bernama semut kerana Tuhan menurunkan Quran dan di dalamnya terdapat
satu surah yang bernama an-Naml. An-Naml bermaksud semut. Di dalamnya
diceritakan berkenaan kepintaran semut menilai keadaan pada zaman Nabi
Sulaiman.

Tuhan menceritakan dalam surah an-Naml ayat 18 hingga 19 yang bermaksud,


“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut,
‘Wahai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak
diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari.’ Maka
dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut
itu.” Ayat ini menunjukkan sistem komunikasi dan teamwork antara semut amat
hebat dan sepatutnya diambil iktibar oleh manusia.

Pakar-pakar serangga menganggarkan dunia kita mempunyai lebih kurang 30


juta jenis serangga. Daripada jumlah itu, 20,000 daripadanya adalah daripada
kumpulan semut. Jumlah semut di dunia dianggarkan 10 juta bilion dan jumlah
ini mengatasi jumlah kesemua haiwan mamalia, burung, reptilia dan amfibia di
dunia. Semut mengamalkan konsep bekerja dalam satu pasukan dengan hebat
sekali. Sebagai contoh, di Afrika dan Amerika Selatan terdapat sejenis semut
yang dikenali sebagai Driver Ants dan Army Ants. Panjang seekor semut ini
adalah 0.25 inci dan setiap koloninya mengandungi antara 170,000 hingga
700,000 ekor semut.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Apabila semut-semut ini melalui sebuah kawasan lapang, tentera-tentera semut


akan pergi ke bahagian hadapan bagi menjaga keselamatan semut-semut lain.
Apabila mereka melalui parit, mereka membina jambatan semut dengan berpaut
antara satu sama lain hingga ke seberang parit. Semut-semut lain akan memijak
badan rakan-rakan mereka bagi menyeberangi parit itu. Fakta-fakta ini
disebutkan di dalam Insect World 8(6), 1996 (Online).

Apabila wujud sikap bekerja dalam pasukan dengan pe-ngorbanan sebegini


rupa, manusia pasti dapat menghasilkan kualiti kerja yang tinggi. Ia mampu
meledakkan perubahan yang hebat sebagaimana yang berlaku pada zaman nabi
dan para sahabat.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005

You might also like