You are on page 1of 8

INFORMATION of ELAKSAMANA

Bencana Senjata Kimia dan Biologi

Saban hari kita terbaca atau terdengar pelbagai insiden dan ancaman keganasan  berlaku
di dunia ini dan tidak kurang juga dengan kempen dan deklarasi anti keganasan.  Asas
keganasan sama ada di atas sebab keselamatan, politik, dendam, kekecewaan dan
sebagainya telah menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda dan alam sekitar.
Kita bersyukur dengan keamanan yang wujud di Malaysia setelah 45 tahun merdeka dan
tidak pernah terlintas di fikiran kita akan berlakunya peperangan dan keganasan apatah
lagi yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran seperti sejata kimia dan biologi.
Ancaman penggunaan senjata kimia dan biologi oleh pengganas antarabangsa kini muncul
semula semenjak kejadian serangan ‘Antraks’ di Amerika tahun lalu.
 
Kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia pada 26 Oktober lalu agar pakar perubatan
sentiasa bersedia dengan kewujudan penyakit yang tidak diketahui puncanya dan  kematian
misteri yang mungkin angkara pengganas bio harus  diberi perhatian oleh masyarakat
umum dan bukan di kalangan pengamal perubatan sahaja. Orang ramai berhak untuk
mengetahui tentang bahaya agen bio dan kimia ini dan bagaimana mengenali simptom-
simptomnya dan seterusnya apa yang harus dibuat pada saat-saat kecemasan serta
bagaimana mendapatkan bantuan.
 
Kita masih ingat lagi bagaimana seluruh  negara berada dalam keadaan ketakutan dan
panik, apabila  berlakunya peristiwa wabak penyakit Nipah yang menyebabkan kematian 118
orang penduduk di Bukit Pelanduk. Kita juga tidak lupa dengan peristiwa surat-surat yang
mengandungi ‘kuman antraks palsu’ pada awal tahun,  dan yang terakhir penyakit meningitis
yang meragut nyawa  beberapa pelajar universiti dan kawasan sekitarnya di Selangor pada
September lalu.
 
Sebenarnya penggunaan agen biologi dan kimia telah.dikesan semenjak tahun 1919 lagi dan
yang terbaru penggunannya oleh tentera Rusia di sebuah panggung teater di Moscow pada
26 Oktober lalu di mana lebih 118 orang terbunuh dan beratus lagi di masukkan ke
hospital. Penghasilan senjata jenis ini walau dilarang oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu namun ia tetap juga dihasilkan bukan sahaja di kalangan pengganas bahkan oleh
negara-negara besar seperti Amerika dan Rusia.
 
Penubuhan unit NBCD (Nuclear, Biology and Chemical Defence) oleh Angkatan Tentera
Malaysia bagi menangani ancaman senjata nuklear, kimia dan biologi pada 1 April yang lalu
amatlah dihargai. Unit ini  bertanggungjawab untuk mengesan dan meneutralkan agen-agen
tersebut. Jika terpaksa unit tersebut juga dilaporkan akan membantu dalam rawatan.
Diharap fungsi unit ini di samping agensi- agensi keselamatan dan kesihatan yang lain dapat
diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan di
Kuala Lumpur.  Pusat ini yang  telah dipersetujui oleh pemimpin Asean semasa menghadiri
Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Los Cabos, Mexico pada 27 Oktober lalu
akan  memberi latihan bagi meningkatkan keupayaan  dan kemampuan negara serantau
dalam menghadapi masaalah keganasan.
 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Di samping meningkatkan keselamatan dalam menangani isu keganasan kimia dan bio , kita
juga mengharapkan agar tahap keselamatan dipertingkatkan di tempat-tempat yang
berpotensi boleh menyebabkan kehilangan nyawa besar-besaran seperti di industri
berasaskan bahan kimia, pusat penyelidikan  atau perkhidmatan berasaskan bakteria dan
virus  serta pusat perlupusan sisa toksik. Ini bagi mengelakkan bukan sahaja dari ancaman
pengganas tetapi yang lebih merbahaya  iaitu kemalangan akibat kecuaian dan
ketidakperihatinan manusia. Kita masih lagi ingat dengan penemuan berpuluh-puluh tong
sisa potasium sianida terbiar di Pangkor pada 1999 yang mampu membebaskan hidrogen
sianida dan boleh membunuh seluruh penduduk Pulau Pinang dalam masa yang singkat.
 
 Insiden penggunaan senjata kimia dan biologi dunia 
 
Tahun Agen Lokasi
1919 Adamsite Rusia
Difenilkloroarsin
Gas mustard
1923 – 1926 Bromometil etil keton Morocco
Kloropikrin
Gas mustard
1935 - 1940 Klorin Ethopia
w-kloroasetofenon
Difenilkloroarsin
Gas mustard
Fenildikloroarsin
Fosgen
1937 - 1945 w-kloroasetofenon China
Difenilsianoarsin
Hidrogen sianida
Lewisite
Gas mustard
Fosgen
Yersinia pestis
1963 - 1967 w-kloroasetofenon Yemen
Gas mustard
Fosgen
1965 - 1975 2-klorobenzalmalononitril Vietnam
1983 - 1988 2-klorobenzalmalononitril Iran-Iraq
Gas mustard
Sarin
Tabun
1984 Salmonella enteritidis Amerika
1994 - 1995 Sarin Jepun
2001- 2002 Bacillus anthracis (Antraks)Amerika
2002 Terbitan Fentanyl Rusia
 

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

 
Senjata Kimia
 
Rencana ini bertujuan memberi penerangan tentang agen kimia dan bio yang pernah di
gunakan sebagai senjata pemusnah besar besaran dan bagaimana mengenalpasti samada
alam sekitar kita telah di cemari dengan agen agen tersebut dan tanda tanda
keracunannya. ( Sumber: Public Health Response to Biological and Chemical Weapon-
WHO Guide,2nd edition, November 2001)
 
Senjata kimia
 
Senjata kimia ditakrifkan sebagai bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kematian
dan kerosakan samada sementara atau kekal. Peralatan penggunaanya juga dianggap
sebagai senjata kimia sekiranya tujuan utama penggunaannya ialah untuk menghasilkan
kesan toksik terhadap musuh. Gas pemedih mata atau lain lain kimia bagi mengawal
ketenteraman awam akan juga dianggap sebagai senjata kimia jika diguna bagi tujuan
permusuhan atau persengketaan.
 
Mengenali pencemaran senjata kimia
 
Kejadian pencemaran oleh senjata kimia dikenali melalui:
1. Ramai mangsa mempunyai simptom keracunan yang sama dan serentak serta datang
dari satu daerah yang sama. Simptom ini timbul dengan cepat dari beberapa minit
hingga beberapa jam. Secara amnya simptom-simptom tersebut melibatkan sistem
pernafasan, mata, kulit dan saraf. Contoh, loya, sakit kepala, pedih mata, hilang
kawalan diri atau orientasi, sukar bernafas, sawan dan mati secara tiba-tiba.
2. Banyak haiwan yang hampir mati atau mati
3. Ketiadaan serangga yang biasa kelihatan
4. Peralatan atau bungkusan yang meragukan dengan titisan atau lapisan minyak, sisa
atau residu berwarna serta bau yang busuk (pungent).
5. Kabus yang tidak berkaitan dengan cuaca.

                
 Jenis jenis senjata kimia dan simptom keracunannya

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

 
 
Kumpulan Contoh kimia Simptom keracunan
Gas Pemedih 10-kloro-5,10-dihidrofenarsazina (Adamsite atau Kesan keracunan yang serta merta.
Mata; Ia di kenali DM)  
juga sebagai    Mata kesakitan, berair dengan banyak dan
perengsa sistem w-kloroasetofenon (CN) kejang kelopak mata.
deria.    
a-bromofenilasetonitril (Larmine,BBC atau CA) Keradangan pada mulut, tekak, hidung dan kulit.
  Boleh juga mengakibatkan muntah.
2-klorobenzalmalononitril (CS)  
 
dibenzoxepin (CR)
 
oleoresin capsicum(OC)
 
3-quinuclidinil benzilat (BZ)
Perengsa paru- Fosgen Kesan seperti  sesak nafas dapat dilihat di
paru   antara  24-72 jam . Selain itu ialah batuk, ketat
Kloropikrin dada, kahak berbuih dan berdarah, loya dan rasa
  ketegangan serta kegagalan fungsi jantung.
   
  Lain-lain simptom ialah keradangan pada mata,
kulit, sakit perut, sakit kepala, pucat dan
mengantuk.
 
Gas darah Hidrogen sianida Cepat kadar pernafasan, gayat, pening, sukar
  bernafas, muntah, sawan dan tidak sedarkan diri.
 
Pada dos yang tinggi, simptom tidak sempat
muncul kerana biasanya mangsa akan terus tidak
sedarkan diri dan mati.
 
Gas pelepuh Bis(2-kloroetil)sulfide ( Gas mustard) Kesan keracunan berlaku dalam jangkamasa 2-24
    jam
2-klorovinildikloroarsin ( Lewsite)  
  Kecederaan kecil;
bis(2-kloroetilthioetil)eter ( Agen T) Mata sakit dan berair,keradangan pada kulit dan
  lapisan mukosa, bersin dan batuk,
tris(2-kloroetil)amin ( Mustard nitrogen)  
  Kecederaan teruk;
2-chlorovinyldichloroarsine (arsin) Buta mata, kulit melepuh, nekrosis,loya, muntah,
cirit dan kesukaran bernafas.
 
Gas Saraf Etil N,N-dimetilfosforamidosianidat (Tabun atau Sangat toksik dan cepat bertindakbalas. Ia

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

  GA) boleh meresap melalui kulit.


     
O-isopropil metilfosfonofluoridat(Sarin atau GB) Dos rendah;
  Air liur berlebihan, selsema, tekanan pada dada,
O-1,2,2-trimetilproppil metilfosfonofluoridat anak mata mengecil,kesukaran melihat, sakit
(Soman atau GD) kepala,keletihan, halusinasi dan loya.
   
O-siklo metilfosfonofluoridat (Siklosarin atau GF) Dos tinggi;
  Kesukaran bernafas dan batuk,sakit
O-etil S-2-diisopropilaminoetil perut,muntah, berpeluh, mata berair dan
metilfosfonofluoridat (VX) berlebihan air liur, terkencing, mengigil, sawan,
O-etil S-2-dimetilaminoetil kekejangan otot, tidak sedarkan diri dan mati.
metilfosfonofluoridat(Medemo)
 
O-isobutil S-2-dietilaminoetil
metilfosfonofluoridat(VR)
 
Senjata Biologi
 
Senjata biologi ialah agen toksin sama ada dari kumpulan bakteria, kulat, virus atau toksin
dari haiwan dan tumbuh-tumbuhan dengan sebab toksisitinya (bukan sebab jangkitan) akan
menyebabkan kerosakan yang sama seperti dalam senjata kimia tadi.
 
Mengenali pencemaran senjata biologi
 
Kejadian pencemaran oleh senjata biologi agak sukar dikenali kerana ia tidak mempunyai
ciri-ciri fisikal yang jelas seperti bau. Gejalanya hanya timbul setelah beberapa jam atau
beberapa hari. Insiden biologikal selalunya merangkumi kawasan yang lebih luas kerana
pergerakan individu yang tercemar tanpa disedari. Secara amnya kejadian pencemaran
oleh senjata biologi dikenali melalui:
1. Kewujudan dan pertambahan mendadak sesuatu jenis penyakit di kalangan populasi
yang sihat.
2. Ramai mangsa  menghadapi simptom yang sama seperti masalah pada sistem
pernafasan, sakit di bahagian perut dan demam.
3. Kewujudan penyakit yang lazimnya berlaku (endemik) tetapi tidak pada masa dan
corak yang sepatutnya.
4. Kewujudan penyakit yang biasanya tidak normal pada geografi sesuatu negeri.
5. Corak rintangan antibiotik yang tidak normal.
6. Kematian atau kecederaan spesis haiwan dan ikan.
7. Kemunculan kumpulan serangga tertentu.

Jenis jenis senjata biologi dan simptom keracunannya.


 
Kumpulan Contoh biologi Simptom keracunan
Bakteria dan Toksin Botulinum atau Dalam masa 1- 3 hari, mangsa akan sakit

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

virus Clostridium botulinum perut, cirit birit, gangguan penglihatan,


  pening dan lemah otot. Setelah beberapa
  hari sistem pernafasan dan lain-lain fungsi
  badan akan lumpuh dan menyebabkan
  kematian.
Ricin dari Escherichia  
coli  
  Badan dihalang dari mengeluarkan protein
  dan menyebabkan tekanan darah menurun
  dan seterusnya menyebabkan jantung tidak
Salmonella enteritidis berfungsi dan mati.
(telur ayam)  
  Demam, perut memulas dan cirit-birit
  bermula di antara 12-72 jam dan berakhir
  di antara 4-7 hari. Ia boleh menyebabkan
Lain-lain; kematian jika tidak dirawat dengan segera.
Antraks(Bacillus  
anthracis), Taun,  
Campak, Cacar , Bergantung kepada jenis agen biologi.
Aflatoxins, Brucellosis,
Glanders, Demam Q dan
lain- lain.
bioregulators Bahan P, sejenis Penurunan tekanan darah yang mendadak
polipeptid (berat molekul dan menyebabkan tidak sedarkan diri.
= 1,350 D)

1988-Halabja, Iraq-

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

Gas pelepuh

   

 
 
 
Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:
Senjata kimia
 
Gas mustard telah dikesan dalam peperangan teluk di antara Iran dan Iraq di antara
1985-1988. Analisa air mani, pengukuran hormon dan ‘testicular biopsy’ telah dijalankan ke
atas 81 orang setelah pendedahan selama 3 tahun  bagi penentuan ketidaksuburan.
Keputusan mendapati 34 orang tidak mempunyai sperma langsung di dalam air maninya dan
47 orang mengalami kekurangan bilangan sperma. Saintis tersebut mengaitkan insiden
tersebut dengan pendedahan ke atas gas mustard.
 
Agen ‘orange’ yang digunakan oleh tentera Amerika dalam peperangan di Vietnam telah
memberi kesan teruk ke atas sistem pembiakan lelaki dan wanita di samping kesan lain ke

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005
INFORMATION of ELAKSAMANA

atas sistem saraf dan kanser. Kesan penggunaanya masih lagi dapat di lihat hingga hari ini
melalui anak-anak yang cacat anggota badan.

PaRaDoX / elaksamana@Yahoo.com
All Right Reserved Presented 2005

You might also like