[Type text] INFORMATION of ELAKSAMANA

CARA BERSOLAT DI DALAM KAPAL TERBANG
Di dalam penerbangan penumpang tidak dibenarkan mengambil wuduk kerana akan menyebabkan air yang banyak tertumpah ke lantai dan akan membahayakan penerbangan. Pada masa-masa tertentu, penumpang juga hendaklah mematuhi arahan supaya duduk dan memasang tali pinggang keledar di kerusi masing-masing bagi menjaga keselamatan semasa penerbangan. Berdasarkan sebab-sebab di atas para ulama berpendapat cara-cara solat di dalam kapal terbang bolelah dibuat seperti berikut: 1. Solat dilakukan bagi menghormati waktu iaitu dengan syarat di mana kita seolaholah berada dalam keadaan tidak dapat bergerak seperti mana orang yang terikat pada pokok. (Tidak perlu ada wuduk, tidak perlu menghadap kiblat dan tidak perlu mengikuti syarat-syarat sah lain yang diperlukan). 2. Apabila turun di lapangan terbang dan waktu masih ada, wajiblah solat berkenaan diulang semula dan jika sudah abis waktu, wajiblah solat berkenaan diqadakan. NOTA: Walaubagaimanapun sekiranya kita berpeluang untuk solat selengkapnya seperti biasa maka seeloknya kita bersolatlah seperti biasa sama ada secara jamak dan qasar ataupun tidak. Jika tidak dapat memenuhi syarat sah dan rukun solat seperti tidak dapat bersuci daripada hadas, tidak dapat berwuduk, atau tidak dapat menghadap kiblat, hendaklah melakukan solat kerana menghormati waktusolat. Kedudukan sembahyang dalam solat: - Rukuk jika tidak dapat dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat, iaitu menundukkan badan sedikit ke hadapan dengan tangan diletakkan di atas paha. - Sujud pula dilakukan dengan menundukkan badan ke hadapan agak lebih rendah daripada isyarat rukuk tadi. - Duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan tahiyat akhir masih kekal cara duduk seperti biasa di kerusi kenderaan. Petikan dari Panduan Musafir

Present by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2009

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful