You are on page 1of 12

Ibnu Khaldun

Tokoh Sejarawan Ulung


Riwayat hidup
• Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin
Muhammad
• Dikenali sebagai Ibnu Khaldun
• Lahir di Tunisia pada tahun 732 Hijrah / 1332 Masihi
• Keluarga beliau berketurunan arab Yaman yang berhijrah ke
Andalus
• Bapanya seorang sarjana terkenal
• Sejak Tunisia dilanda wabak Taun pada tahun 749 H, beliau
berpindah ke beberapa tempat iaitu Al- Jiria, Fas (Fez),
Gharnatah (Granada), Bijayah (Bougie), dan Mesir.
• Meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 808 H / 1406
M ketika berusia 87 tahun
Keperibadian Ibnu Khaldun
• Tekun mencari ilmu
– Belajar berbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
sejak kecil
• Berjiwa pemimpin
– Pernah menjadi pegawai tertinggi istana dan Ketua
Hakim Negara
• Kreatif
– Hasil karyanya “ Muqaddimah Ibnu Khaldun “
menjadi bahan kajian
Jawatan yang pernah disandang oleh Ibnu
Khaldun
• Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak dan Sultan Abu
Annan
• Anggota Majlis Ilmiah
• Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al- Hassan di Fez
• Duta Granada, Perdana Menteri di Bougie dan Ketua Hakim di
Mesir.
Pendidikan Ibnu Khaldun
• Mempelajari agama dan Bahasa Arab daripada bapa beliau
sendiri, Abdul Rahman bin Muhammad dan beberapa tokoh yang
lain seperti Muhammad bin Al- Muhaimin Al- Hadrami,
Muhammad bin Saad Al- Ansari dll
• Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains
dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al- Abili.
• Semasa di Fez, beliau mendapat pendidikan tertinggi daripada
beberapa guru terkenal seperti Ahmad bin Al- Qassar, Muhammad
bin Abdul Salam dan Lisanuddin bin Al- Khatib iaitu pengarang
Kitab Tarikh Ghartanah ( Sejarah Granada )
Sumbangan Ibnu Khaldun dalam bidang
ilmu dan pemikiran Islam
• Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan,
ekonomi, politik dan pendidikan dalam karyanya
• Merupakan pelopor kepada pemikiran moden khususnya
dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan
pendidikan
• Para sarjana dunia mengiktiraf karya beliau dan pemikiran
beliau dijadikan wacana, seminar, bengkel, persidangan ilmiah
dll di peringkat pengajian tinggi
• Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena
nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di
Universiti Amerika
• Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti
terkemuka di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun
Karya termasyhur
Ibnu Khaldun
• Muqaddimah Ibnu Khaldun
• At- Takrif Bi Ibni Khaldun
Keistimewaan Kitab Al- Muqaddimah Ibnu
Khaldun
• Memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan
rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah
• Menggariskan 4 perkara yang perlu dilakukan
oleh sejararawan dalam menganalisis sejarah
• Kupasannya berdasarkan pemerhatiannya
sepanjang penglibatannya dalam pentadbiran
Empat Perkara Yang Perlu
Dilakukan oleh Sejarawan dalam
penelitian dan analisis

• Membandingkan peristiwa dengan


berdasarkan kaedah sebab dan munasabah
• Mengkaji peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar
kepada peristiwa yang sedang berlaku
• Mengambil kira pengaruh iklim dan alam
sekitar terhadap apa yang berlaku
• Mengambil kira kedudukan ekonomi dan
budaya terhadap peristiwa yang berlaku
Gelaran Kesarjanaan
Ibnu Khaldun

• As – Sadrul Kabir – Al – Faqihul Jalil


• Al – Allamah – Imamul A’immah
• Jamalul Islam Wal Islam Wal Muslimin
Bukti ketokohan Ibnu Khaldun dalam
pelbagai bidang
• Sejarawan : beliau memberi tafsiran sejarah
berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam
sekitar dan geografi. Menghasilkan Kitab Al-
Muqaddimah Ibnu Khaldun
• Negarawan : beliau menyandang jawatan- jawatan
penting dalam negara seperti Perdana Menteri
Bougie, Ketua Hakim Mesir dan Duta Granada
• Budayawan : banyak menghasilkan syair semenjak
kecil dan mahir dalam syair Arab.
Sumbangan Ibnu Khaldun terhadap tamadun
dunia
• Memberi panduan tentang asas pembinaan
sesuatu tamadun
• Pelopor kepada pemikiran moden dalam
bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan
pendidikan. Bahan- bahan karya dalam bidang
tersebut menjadi rujukan seluruh dunia

You might also like