You are on page 1of 3

Bacaan zikir dan wirid selepas 

sembahyang

Posted on Januari 16, 2009 by sulaiman

1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar“

Dalam satu hadith dari Aisyah r.a. katanya “aku tahu


sembahyang telah selesai apabila ada zikir” .Rasulullah ada
berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak
diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau
“Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.

2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi….

Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan


memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca
imam selepas sembahyang.

3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca


“Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta,
ya zal jala liwal ikram”,.

Dari Tsauban,dia berkata:


“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat
mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian
mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam
tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

4. Ayat Qursi

Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika


terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum”
kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya
dan lebih baik dibaca bersendirian.

Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:


“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat
maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang
menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak
mati.”

5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas


selepas solat untuk menolak sihir.

Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:


“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku
membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul
a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di
belakang setiap solat(fardu/wajib).”

6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah


10x), takbir (Allahuakbar 10x)

Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali


bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya
dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas
maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada
solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat
sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika
mahu.

Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1


solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 =
150 kali. Pahalanya pula 150 x 10  = 1500. Nabi ada
menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan
sehingga 1500 kejahatan satu hari.

Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda:


“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang
hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga(siapa yang
memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya
itu mudah,akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya,
iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di
belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh(10)
kali, memuji-Nya(bertahmid-alhamdulillah)
sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya(bertakbir-
allahuakbar) sepuluh(10) kali, maka yang demikian
itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan
(30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus(1500)
kali pada timbangan.Kemudian bertakbir(allahuakbar) tiga
puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan
bertahmid(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan
bertasbih(subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang
demikian itu menjadi seratus(100) pada ucapan
(34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka,
siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam
sehari semalam dua ribu lima ratus(2500)
kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya
Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit
orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab:
“Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu
apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan
mengingatkannya akan keperluan ini dan itu,terus dia
bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan
datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan
menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.”
Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w.
menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

You might also like