Professional Documents
Culture Documents
MPW 1153
MORAL : PENGERTIAN DAN
KONSEP KEMORALAN
Moral
Akhlak
KONSEP MORAL
• Tingkah laku yang sejajar dengan
tatasusila, ajaran, agama dan peraturan
masyarakat. Oleh itu,moral merupakan
nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah
diri, belas kasihan dan berkait dengan
beberapa peraturan seperti tatahukum,
tatasusila, tatatertib, nilai
tradisi,kepercayaan, undang-undang,
norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
Cth :
• Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di
tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung
orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak
mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin.
Mereka bercadang untuk membawa bayi comel
itu balik ke rumah dan membelanya tanpa
mengikut peraturan undang-undang.Akhirnya
setelah berbincang mereka akur bahawa undang-
undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa
bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan
selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang
yang ditentukan.
KONSEP ETIKA
• Falsafah tingkah laku yang boleh
didefinisikan sebagai sains moral dan
prinsip-prinsip moral yang
bertanggungjawab menentukan tindakan
seseorang dengan mematui nilai-nilai
moral
Cth :
• Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan
kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan
rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan
adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang
mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan
jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima
orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan
lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru
kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah
melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan
rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan
atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.
Amalan Etika Negatif
Kedoktoran Keguruan Ketenteraan Polis
Kecuaian Tidak Tidak mempunyai Tidak
profesional sikap taat kepada profesional
Jepun-seorang negara / membelot Seremban
Petaling Jaya, negara sendiri seorang
doktor dengan tidak
seorang pensyarah anggota polis
sengaja menyuntik universiti yang Kangsar, Perak – telah
cecair berzat di berumur 34 Peralatan senjata
ditangkap kerana
dalam peparu tahun telah sebanyak satu trak
telah dicuri keluar dari terbabit
dibunuh kerana
seorang pesakit dan kem tentera kerana dalam kes
disyaki terbabit
menyebabkan terdapat ahli tentera mencabuli
dalam kes
pesakit tersebut yang terbabit dalam
seorang amah
menjalinkan
mati akibat penyakit kes ini.
hubungan sulit Indonesia
peparu dengan seorang semasa ditahan
bekas pelajarnya di lokap.
Amalan Etika Positif?
KONSEP AKHLAK
• Akhlak merupakan perlakuan baik atau
budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap
sebagai tingkah laku seseorang yang
dilakukan secara spontan kerana
kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik.
Cth :
• Mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak
berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-
dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam.
• Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan
dan menjadi punca maksiat.
• Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan
kehidupan keluarga.
• Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya
pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan
melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan
keluarga.
• Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang
menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri,
menipu dan membunuh.
• Dalam masyarakat Barat, minum arak
dalam majlis bukanlah suatu perbuatan
yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak
baik kepada kanak-kanak tetapi baik pada
setengah orang dewasa.
KEMORALAN
• Kemoralan merujuk kepada tatasusila dalam
sesuatu persekitaran, dan satu set peraturan
yang dipersetujui berkenaan dengan “betul” atau
“salah”.
• 1 – Peraturan Moral
• 2 – Peraturan Adat
• 3 – Peraturan Agama
• 4 – Peraturan Undang-undang
1. Peraturan Moral
A. Pengertian
• Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul
salah tingkah laku manusia.
i. Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan
dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat
paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai
moral.
1. Kemoralan Agama
2. Kemoralan Alam
3. Kemoralan Individu
4. Kemoralan Sosial
Kemoralan Agama
• Hubungan manusia dengan Tuhan /
Kuasa Luar Biasa.
• Manusia = Tuhan di muka bumi.
• Manusia patut mengabdikan dirinya
kepada Tuhan.
• Membuat apa yg disuruh-Nya &
menghindari apa yang dilarang-Nya.
Kemoralan Alam
• Hubungan manusia dengan alam.
• Menguruskan alam untuk menjamin
keselesaan kehidupan.
• Setiap benda di alam mempunyai erti &
faedah.
• Alam semula jadi sebagai sebahagian
daripada kehidupan manusia.
• Pencemaran akibat kurang kesedaran
kemoralan.
Kemoralan Individu
• Merujuk kepada hubungan manusia
dengan dirinya.
• Perlakuan hanya dipengarui atas
penilaiannya sendiri
• Merujuk kepada t’jawab individu kepada
diri sendiri untuk mengembangkan
kepentingan, bakat dan kepercayaannya.
Kemoralan Sosial
• Hubungan manusia dengan manusia lain.
• Soal kemoralan sosial menjadi teras
dalam kehidupan
• Perbincangan isu
• Etika Profesion
– Etika peguam, tatatertib peguam
– Wartawan, etika wartawan, tanggungjawab
– Etika perniagaan, tanggungjawan ahli
perniagaan,
– Etika kedoktoran, etika perubatan, tujuan
etika perubatan, tanggungjawab doktor
kepada pesakit, tanggungjawab doktor
sesama doktor.
Sekian terima kasih