You are on page 1of 1

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT

UNIT j-QAF
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SENTOSA

Tarikh : 4 Ogos 2008


Masa : 8.30 pagi-11.30 pagi
Tempat : Surau Sekolah, SK Taman Sentosa

 Objektif Pelaksanaan:

1.      Murid dapat berwuduk dengan sempurna.


2.      Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat –solat fardhu.
3.      Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul
dan lancar.
4.      Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna secara bersendirian atau
berjemaah.
5.      Mengeratkan ukhuwah Islamiyyah.

Aktiviti Kem Bestari Solat:


1. Senaman ringan yang diketuai oleh Ustazah Rafidah
2. Taklimat ringkas mengenai wuduk dan solat yang disampaikan oleh Ustazah
Mardani
3. Pembahagian kumpulan- murid dibahagikan dalam 6 kumpulan, setiap kumpulan
dipimpin oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru j-QAF dan guru
Pendidikan Islam (GPI)
4. Latihan dalam Kumpulan (LDK) 1-
murid-murid didedahkan dengan bilangan-bilangan solat fardu dan rakaat solat
fardu.
5. Latihan dalam Kumpulan (LDK )2-
murid-murid didedahkan dengan cara-cara dan bacaan-bacaan dalam solat.
6. Amali solat fardhu yang diketuai oleh Ustaz Nazir
Penglibatan Murid:
Seramai 38 orang murid Islam Tahun 1 telah menghadiri kem ini. Murid-murid ini telah
memberi kerjasama yang baik dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Disediakan oleh,  Disahkan oleh,

…………………… ……………………..
Guru Besar SKTS
Setiausaha jQaf SKTS

You might also like