You are on page 1of 13

 Jenis: Kupu-kupu Chilasa

clytia clytia
 Kerosakan:
 Menyerang pokok Medang di
tapak semaian dan pokok
baru tanam.
 Memakan daun muda secara
bebas.
 Serangan yang berulang
boleh menyebabkan pokok
kehilangan dan dan mati.
 Kawalan:
 Mudah dikawal jika
pemantauan dibuat secara
berkala dengan
memusnahkan larva.
 Jika perlu semburan seperti
abamectin atau Bacillus
thuringiensis boleh
digunakan.
 Jenis: Kupu-kupu Hasora
cromus cromus
 Kerosakan:
 Menyerang pokok Mempari.
 Memakan daun muda.
Serangan yang serius
menyebabkan pokok
kehilangan daya teduhan.
 Kawalan:
 Lakukan semburan Bacillus
thuringiensis pada larva baru
memetas.
 Jenis: Rama-rama Orgyia
postica
 Kerosakan:
 Memakan daun-daun muda
secara bebas dan meninggal
tangkai daun yang keras.
 Kawalan:
 Lakukan semburan Bacillus
thuringiensis pada larva baru
memetas.
 Jenis: Ulat bungkus
 Kerosakan:
 Menyerang pokok teduhan,
palma dan renek.
 Daun-daun pokok atau
pelepah palma yang diserang
oleh ulat bungkus dipenuhi
dengan tompok kikisan tisu
dan lubang-lubang kecil.
 Daun atau pelepah kelihatan
perang dan didapati pupa
bergantungan pada bahagian
bawahnya .
 Kawalan:
 Semburan Bacillus
thuriengiensis atau racun
sistemik dengan menabur
pada pangkal pokok dengan
carbofuran.
 Jenis: Rama-rama Attacus atlas
 Kerosakan:
 Menyerang pokok Medang,
Mahogany dan Khaya.
 Pokok diserang kehilangan daun
muda dan tinggal ranting.
 Najis dan lebihan daun bertaburan
di bawah pokok.
 Pupa bergantungan pada pokok.
 Kawalan:
 Kawalan biologi iaitu dengan
semburan pada daun bacteria
Bacillus thuringiensis.
 Kawalan kimia dengan malathion
atau cypermethrin.
 Jenis: Kumbang Brontispa
longgisima
 Kerosakan:
 Menyerang pokok palma seperti
Palma Raja, Palma Kobis dan
Pokok Pinang.
 Pelepah palma bertukar
keperangan dan menjadi kering.
Serangan mengakibatkan
pelepah kehilangan daun dan
hanya lidi yang ditinggalkan.
Serangan yang berterusan boleh
mengakibatkan pokok mati.
 Kawalan:
 Racun sistemik seperti carbofuran
boleh diguna untuk mengawal
serangan kumbang ini. Racun ini
dibungkus di dalam uncang kecil
dan diletakkan pada celah
pelepah.
 Jenis: Thrip
 Kerosakan:
 Daun pokok teduhan yang
diserang oleh trips selalunya
berpintal, berbintik-bintik dan
perang hitam iaitu kesan
hisapan sap semasa daun
muda.
 Kawalan:
 Memangkas dan
memusnahkan dahan-dahan
yang diserang.
 Sekiranya perlu, kawalan
secara kimia boleh dilakukan
dengan membuat semburan
racun serangga seperti
deltamethrin atau fipronil.
 Jenis: Mictis longicornis
 Kerosakan:
 Dewasa dan nimfa, menghisap
pucuk muda dan menyebabkan
pucuk layu dan seterusnya mati.
 Serangan yang berulang pada
pokok semaian boleh
menyebabkan pokok terbantut dan
bercabang.
 Kawalan:
 Serangga ini jarang menyebabkan
kerosakan teruk pada pokok
teduhan dan tidak memerlukan
kawalan. Sekiranya serangan
berlaku pada pokok semaian
semburan dengan racun seperti
acephate atau dimethoate boleh
mengurangkan serangan serangga
ini.
 Jenis: Lalat putih
 Kerosakan:
 Menyerang pokok teduhan, renek dan
penutup bumi.
 Serangan yang tinggi boleh
menyebabkan daun kerinting dan
lelehan manisan yang dikeluarkan oleh
serangga ini boleh menyebabkan daun
disaluti dengan kulat jelaga yang
menjadikan permukaan daun berwarna
hitam.
 Kawalan:
 Sekiranya serangan tidak banyak,
kawalan boleh dilakukan dengan
memotong daun yang diserang atau
menyembur dengan minyak putih.
 Sekiranya serangan teruk, semburan
dengan racun kimia seperti profenofos
atau imidacloprid boleh digunakan
 Jenis: Koya
 Kerosakan:
 Menyerang pokok teduhan, renek dan
‘indoor plant’.
 Serangga nimfa dan dewasa
menghisap sap dan mengeluarkan
lelehan manis.
 Lelehan manis yang dikeluarkan oleh
serangga ini menyebabkan daun-daun
kelihatan hitam diselaputi dengan
jelaga. Pokok boleh kelihatan hitam
dan kurang nilai estatik.
 Kawalan:
 Serangan yang boleh menjadi teruk
boleh dielakkan dengan memangkas
dahan yang daunnya diserang oleh
serangga.
 Sekiranya kawalan diperlukan minyak
putih atau malathion boleh digunakan
Aphid

Mite

Whitefly
Diserang aphids.

Diserang mite.
Koya

Simbiosis bersama semut


Dolichoderus thoracicus

You might also like