You are on page 1of 6

pSAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB R.

A (pentadbir yang ulung)

(a) Terangkan biodata Saidina Umar bin Al-Khattab

biodata Saidina Umar

-nama penuhnya ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza

-berketurunan Bani Adi, Quraisy

-dilahirkan di Mekah

-dilahirkan selepas 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W bersamaan tahun 584 masihi

-menjadi khalifah yang kedua daripada Khulafa’ Ar-rasyidin pada hari Selasa, 22 Jamadil Akhir tahun
13 Hijrah, bersamaan 23 Ogos 634 masihi

-memerintah selama 10 tahun

-meninggal dunia pada bulan Zulhijjah tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun

-meninggal kerana dibunuh oleh seorang hamba Majusi berbangsa Parsi yang bernama (Abu Lu’Lu’)

-digelar al-Faruq (pemisah antara hak dan batil)

(b) Saidina Umar bin Al-Khattab merupakan seorang pahlawan yang berani . buktikan
kenyataan ini.

Bukti keberaniannya

-mencabar pihak Quraisy supaya menghalangnya daripada berhijrah ke Madinah

(c) Nyatakan sumbangan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a dari segi pentadbiran?

Sumbangan dari segi pentadbiran

-mengasaskan jabatan-jabatan pentadbiran


-mengemaskini majlis syura
-memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A (koperat yang dermawan)


(a) Terangkan biodata Saidina Uthman ialah:

Biodata Saidina Uthman bin Affan

-nama penuhnya ialah Othman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah
-berketurunan Bani Umaiyah
-dilahirkan pada tahun 576 masihi iaitu enam tahun selepas tahun gajah di Mekah al-
Mukarramah
-memerintah selama 12 tahun

(b) Terangkan cara-cara Saidina Uthman bin Affan memeluk Islam?

Beliau memeluk Islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq
r.a

(c) Nyatakan sifat-sifat peribadi Saidina Uthman bin Affan r.a serta contoh-contohnya

-taat kepada Allah dan Rasul. Contohnya beliau sanggup berhijrah ke Habsyah walaupun
terpaksa meninggalkan harta benda

-takut kepada Allah. Contohnya beliau banyak beribadat seperti qiamulail, berpuasa sunat dan
membaca al-Quran

-malu dan lembah –lembut. Contohnya seperti mengeluarkan kata-kata yang baik ketika
bercakap walaupun dengan musuh

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB K.W (pemuda yang berani)


(a) Terangkan biodata Saidina Ali bin Abi Talib

Biodata Saidina Ali bin Abi Talib

-nama penuh beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib

-berketurunan Bani Hasyim

-dilahirkan pada 610 masihi iaitu 10 tahun sebelum nabi menjadi Rasul

-dilahirkan di Mekah Al-Mukarramah

(b) Nyatakan keistimewaan Saidina Ali

Keistimewaan Saidina Ali ialah:

-beliau adalah keluarga Rasulullah S.A.W

-kanak-kanak yang pertama memeluk Islam

(c) Mengapakah Saidina Ali terkenal dengan panggilan ‘’ Karamallahu Wajhah”(k.w) Allah
telah memuliakan wajahnya

Beliau terkenal dengan panggilan tersebut kerana:

-beliau tidak pernah menyembah berhala sejak kecil

-tidak pernah dikotori oleh keburukan jahiliah

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB R.A (pahlawan terbilang)

(a ) Terangkan Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib r.a

-namanya Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdi Manaf
-berketurunan Bani Hasyim

-lahir di Mekah pada tahun 570 masihi iaitu pada tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

-beliau digelar Asadullah (singa Allah)

(b) Nyatakan factor yang mendorong Saidina Hamzah memeluk agama Islam

Factor pengislaman Saidina Hamzah ialah:

-beliau tidak tahan melihat Rasulullah diganggu dan diejek oleh Abu Jahal

-keyakinan beliau terhadap islam

-mendapat hidayah daripada Allah S.W.T

(c) Jelaskan sifat-sifat peribadi Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib

Sifat-sifat peribadi Saidina Hamzah

-cekal hati

-pantas bertindak

-gagah berani

SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A (ahli perniagaan berwawasan)

(a) Terangkan biodata Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a

-nama: Abddul Rahman bin Auf bin Abdul Auf bin Al-Harith

-berketurunan Bani Zuhrah

-dilahirkan di Mekah pada tahun 580 masihi


-memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar

(b) Jelaskan keistimewaan Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a

Keistimewaan beliau:

-salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasulullah yang dijamin syurga

-menjadi imam solat subuh dalam peperangan Tabuk dengan dihadiri oleh Rasulullah SAW

-seorang jutawan yang gigih, suka menderma, dan zuhud

(c) Terangkan jasa-jasa dan sumbangan Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a

Jasa-jasa dan sumbangan beliau ialah:

-menjual tanah beliau dengan harga 40 ribu dinar dan membahagikan wang itu kepada Bani Zuhrah,
para isteri Rasulullah SAW dan fakir miskin

-menyumbangkan barang-barang keperluan yang dimuatkan di atas 700 ekor unta untuk penduduk
Madinah

SAIDINA ABU HURAIRAH R.A (perawi hadis)

(a) Terangkan biodata Saidina Abu Hurairah

-nama: Abdul Rahman bin Sakhr Adduasi Al Yamani. Nama sebelum Islam ialah Abdu Syam.

-dilahirkan di Dus,Yemen kira-kira 19 tahun sebelum hijrah

-memeluk Islam pada tahun 7 hijrah ketika Rasulullah SAW berada di Khaibar

-beliau digelar Abu Hurairah yang beerti Bapa Kucing kerana beliau sangat sayangkan kucing.
(b) Saidina Abu Hurairah r.a mempunyai peribadi yang unik. Jelaskan peribadi beliau.

-taat kepada suruhan Allah dan rasul

-cintakan ilmu pengetahuan

-menghormati ibu bapa

(c) terangkan bukti Saidina Abu Hurairah seorang yang taat kepada Allah dan rasul

buktinya ialah:

-beliau seorang yang warak dan kuat beribadat

-sentiasa berjaga malam kerana beribadat kepada Allah

You might also like