You are on page 1of 7

(A) BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENJADI SEORANG GURU SEJARAH

YANG MENJADI IDOLA KEPADA PELAJAR-PELAJAR SAYA?

Sejarah merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar-
pelajar di sekolah menengah bermula dari Tingkatan Satu sehinggalah ke Tingkatan Lima
dengan tujuan memupuk dan memperkukuhkan semangat kecintaan dan kesetiaan kepada
negara serta jati diri sebagai warganegara Malaysia. Namun begitu, ramai pelajar kurang
berminat untuk mempelajari subjek sejarah kerana kaedah pengajaran guru yang tidak
berkesan. Justeru, guru yang dianggap sebagai wadah utama dalam menyemai minat serta
kecintaan pelajar terhadap pelajaran sejarah perlulah menjadi idola kepada pelajar-
pelajarnya untuk memenuhi matlamat ini. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa
aspek yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru sejarah bagi menjadi idola kepada
pelajar-pelajar bagi mempertingkatkan minat pelajar terhadap pelajaran sejarah. Antara
aspek-aspek utama yang dikenal pasti ialah personaliti serta penampilan seseoarang guru,
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, pengetahuan dan kemahiran yang
luas serta kreativiti yang tinggi.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-muridnya dalam
membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan nilai dan norma masyarakat.
Personaliti serta penampilan guru adalah contoh teladan kepada murid-murid. Justeru,
seseorang guru perlu mempunyai personaliti yang menarik dan berketrampilan dari
semua aspek yang merangkumi cara berpakaian, gaya pertuturan, nada suara, gerak
tangan, aras tenaga, ekspresi muka dan tingkah laku. Personaliti yang menarik mampu
membuatkan seseorang murid itu memberi persepsi yang baik terhadap gurunya. Bahkan,
melalui penampilan yang menarik, kemas serta segak boleh meningkatkan keyakinan diri
ketika mengajar. Kesannya ia dapat menjadi ikutan atau contoh kepada pelajar.
Disamping itu, Mengikut Parkay, 1990, Sebagai seorang guru yang boleh dijadikan
teladan dan idola kepada pelajar-pelajarnya ialah seseorang guru itu perlulah mempunyai
sifat suka mengajar atau love for teaching, iaitu sayangkan pelajar, sayang mata pelajaran

1
yang diajar, sayangkan kehidupan sebagai seorang guru dan sukakan proses pegajaran
dan pembelajaran yang berlaku.

Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari mata pelajaran
sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat murid ialah dengan
menggunakan kaedah hubungan dua hala (Child Centered), melalui kaedah ini guru dan
murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan suasana
mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif bagi pembelajaran sejarah. Melalui
pendekatan ini, pelajar tidak setakat mendengar penerangan guru tetapi juga membuat
pelbagai aktiviti seperti perbincangan,penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.
Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun
pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.
Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar ialah
guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.
Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan
kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Misalnya, teknik TOCFE
(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita
untuk mendedahkan pemahaman dan konflik serta cara watak untuk membuat keputusan.
Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, guru mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam mata
pelajaran sejarah agar dapat menyampaikan pengajaran yang berkualiti. Malahan bukan
sahaja sekadar mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang luas tetapi juga guru juga
mestilah pandai mengaplikasikan teori yang dipelajari semasa kursus terhadap
pengajarannya. Maka dengan ini, selaras dengan perkembangan teknologi maklumat
masa kini, guru perlu mengambil peluang ini untuk menyediakan diri dengan ilmu
penggunaaan teknologi terkini dalam pengajaran khususnya dalam pelajaran sejarah.
Maka dengan itu, pelajar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi semasa.
Sekaligus pelajar rasa bertuah kerana mempunyai seorang guru yang dapat memberi

2
peluang kepada mereka untuk menggunakan teknologi tersebut. Dengan ini, pelajar akan
menjadikan kita sebagai idola mereka dan seterusnya bermint untuk mempelajari
matapelajaran sejarah. Selaras dengan itu, untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan
guru harus menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI). Ianya bertindak sebagai garis panduan kepada guru dalam
menyampaikan pengajarannya supaya guru dapat mencapai objektif pembelajaran.
Disamping itu, guru perlu banyak membaca, mempraktikkan ilmu, membincangkan idea
bersama rakan sejawat yang lain dan mengajarkan ilmu itu kepada pelajar.

Menjadi guru idola memerlukan kreativiti yang tinggi yang mana ia akan menarik
minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.
Guru idola juga, perlu menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti penggunaan
teknologi, peta, lagu, lakonan dan gambar komik sebagai pelengkap semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru juga perlu kreatif, inovatif dan kritis
dalam menguruskan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan tidak
membosankan seperti menggunakan pendekatan pembelajaran luar kelas, mengadakan
belajar sambil melawat tempat-tempat bersejarah yang berkaitan contohnya melawat tugu
pahlawan, monumen, arkib negara dan sebagainya. Aktiviti permainan yang mempunyai
input-input ilmu sejarah dan sebagainya juga perlu diterapakan dalam sesi pembelajaran
supaya pelajar tidak berasa bosan. Dengan cara ini, bukan sahaja pelajar dapat
mempelajari ilmu sejarah melalui pembacaan tetapi juga akan dapat melihat sendiri apa
yang dipelajarinya dalam buku. Maka dengan itu pelajar sedar akan kepentingan sejarah
dan seterusnya meminati sejarah serta menjadikan guru tersebut sebagai idola mereka.

Secara kesimpulanya, untuk menjadi guru sejarah yang menjadi idola kepada pelajar,
guru itu perlulah mempunyai personaliti dan penampilan yang menarik, kaedah
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan, pengetahuan dan kemahiran yang
luas serta kreatif dan kritis dalam menyampaikan sukatan pelajaran sejarah. Justeru, nilai-
nilai serta aspek-aspek ini perlu wujud dalam diri seseorang guru untuk mencapai
keberkesanan dalam pengajaran bagi menjadikan kita sebgagai idola pelajar. Oleh hal
yang demikian, sebagai seorang guru yang memenuhi peranan dan tanggungjawab dalam

3
profesion perguruan, guru perlu komited pada peranan dan tanggungjawab yang
diberikan kepadanya, menjaga maruah dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari
masa ke semasa. Bukan sahaja untuk menjadikan diri kita sebagai idola serta model
kepada pelajar untuk memupuk minat mereka dalam belajar sejarah tetapi juga mendidik
anak bangsa dan seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara.

4
(B) APAKAH HALANGAN-HALANGAN DAN CABARAN-CABARAN YANG
TERPAKSA SAYA HADAPI?

Menjadi seorang guru idola bukanlah suatu perkara yang mudah bagi semua guru.
Apatah lagi dalam dunia pendidikan alaf baru yang penuh dengan cabaran memberi
impak yang besar terhadap kehidupan seorang guru. Antaranya menghadapi karenah
disiplin pelajar seperti kes-kes buli antara murid dengan murid dan murid dengan guru
serta kes murid melawan guru. Semua senario ini boleh menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran terganggu.

Di samping itu, kekuatan guru alaf baru masa kini juga terletak pada kemampuannya
mengawal emosi. Kemampuannya mengawal dan mengendalikan emosi menjadi penguat
semangat untuk seseorang guru itu menghadapi tekanan dan halangan dengan sabar dan
tabah. Beberapa kes guru bertindak keterlaluan sedikit sebanyak berpunca daripada
keadaan tekanan emosi yang menyebabkan guru itu tidak dapat mengawal perasaan
seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Dunia pendidikan alaf kini yang menuntut para guru untuk membuat kerja-kerja
perkeranian telah menjadikan beban kerja guru semakin bertambah. Di samping perlu
mengajar murid di kelas, terlibat dengan aktiviti ko kurikulum mereka juga harus
membuat kerja-kerja seperti mengutip yuran pelajar, menghadiri mesyuarat, seminar,
bengkel, menjadi tuan rumah kepada mana-mana acara pertandingan rasmi.

Antara cabaran lain yang dihadapi oleh guru ialah bilangan pelajar yang ramai
menyebabkan guru tidak dapat mengenalpasti kelemahan murid-muridnya, guru tidak
dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dengan bilangan
pelajar yang melebihi tahap maksima pengawalan kelas akan terabai kerana guru tidak
mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.
Akibatnya, berlakulah pengabaian secara tidak langsung terhadap pelajar di kelas
tersebut.

5
Untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, kemudahan Alat
Bantu Mengajar (ABM) adalah sangat diperlukan. Jika sesebuah sekolah itu, serba
kekurangan maka proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Justeru,
pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru akan membuatkan murid-murid akan
menjadi bosan dan tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan.

6
KESIMPULAN KESELURUHAN

Secara kesimpulannya, untuk menjadi guru sejarah yang menjadi idola pelajar
bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dipandang ringan para guru sejarah. Tetapi
pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi untuk menarik dan memupuk minat serta
kecintaan pelajar terhadap pelajaran sejarah ini. Ini kerana menjadi seorang guru,
bukannya mudah dari erti kata yang sebenar. Mudah dari segi perjawatannya tetapi agak
sukar dari segi tanggungjawab dan persediaan untuk menjadi seorang guru sejarah yang
berkesan dan efektif. Seorang guru sejarah yang berkesan bermula dengan kefahamannya
tentang apakah persediaan yang perlu dilalui. Apakah tujuan kita mengajar sejarah di
sekolah?. Semua aspek ini amat penting untiuk dikenal pasti bagi seorang guru sejarah
sebelum melihat kepada aspek-aspek yang lain. Guru perlu membuat perancangan
tahunan dan harian sebagai satu bentuk panduan kursus yang mesti diselesaikan seperti
mana ditetapkan dalam kurikulum sejarah yang menterjermahkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan melalui bantuan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan
harian. Semua ini merupakan aspek penting dalam peranan guru sebelum, semasa dan
selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Maka dengan itu sebagai guru sejarah, kita mestilah menghadapi dengan sabar
dan menangani cabaran-cabaran yang menghalangi proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesabaran serta motrivasi yang kita praktikan akan membolehkan kita dapat mendidik
dan menarik minat pelajar untuk memahami pelajaran sejarah dan seterusnya menjadikan
kita sebagai idola dan teladan mereka. Justeru, bukan sahaja kita dapat menunaikan
tanggungjawap kita sebgai seorang guru terhadap pelajar tetapi juga dapat menunaikan
tanggungjawap kita untuk berbakti kepada bangsa dan negara amnya.

You might also like