P. 1
skrip mc

skrip mc

|Views: 5,188|Likes:
Published by andi
teks juru acara majlis
teks juru acara majlis

More info:

Published by: andi on Dec 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/27/2012

pdf

text

original

CUE: SEBELUM MAJLIS BERMULA ANN: 1. Assalamualaikym wbth, salam sejahtera dan salam 1malaysia.

pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan, tuantuan dan puan-puan, warga pendidik, penerima-penerima anugerah, hadiran dan hadirat sekalian ke sk mata parang, untuk mengikuti manjlis anugerah kecemerlangan pelajar sk mata parang 2009. untuk itu, mohon kerjasama para hadirin, untuk mengambil tempat duduk masing-masing.

1

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TERASI 2009

MAJLIS PERASMIAN Cue DEWAN. 1. Ann : Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia En.Zamri Bin Galas Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan Cue : SETELAH VVIP TIBA DI TEMPAT DUDUK DAN SEMUA HADIRIN SERTA JURUAUDIO SUDAH BERSEDIA. Majlis dengan segala hormatnya memohon semua Untuk terus Negaraku. Cue : berdiri bagi menyanyikan lagu : APABILA VVIP MASUK KE DALAM

2. Ann hadirin

:

APABILA SELESAI MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU. Majlis mengucapkan terima kasih dan

3.

Ann : mempersilakan

semua hadirin, duduk. Cue : SETELAH VVIP MENGAMBIL TEMPAT DUDUK DAN MENERIMA BUKU PROGRAM DARIPADA USHER... Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum w.r.t dan salam satu Malaysia Indah berbalam si awan petang, 2

4.

Ann

:

Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Yang Berbahagia En.Zamri Bin Galas Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang Guru Besar SK Terasi Yang Berusaha En. Jamil Bin Ramin Yang Dipertua PIBG SK Terasi Yang Dihormati Penolong-penolong kanan Ketua-ketua Kampung Guru-guru, Ibubapa dan, murid-murid sekalian. Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia – Nya, dapat juga kita berhimpun bersama – sama dalam majlis yang bermakna ini, iaitu, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah kebangsaan Terasi 2009. Bagi pihak jawatan kuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Terasi, kami mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibubapa dan murid-murid ke majlis ini. Cue 5. Ann : APABILA USTAZ SUDAH BERSEDIA. : Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, 3

Doa di pohon biar selamat. Untuk itu dijemput ustaz Mohd. Zaki Bin Pak Adek untuk memimpin bacaan doa.

Cue 6. Ann

: :

SETELAH USTAZ DUDUK DI TEMPATNYA. Amin amin Ya Robbanalamin. Majlis merakamkan perhargaan kepada Ustaz Mohd. Zaki Bin Pak Adek di atas bacaan doanya tadi. APABILA MAJLIS SUDAH BERSEDIA. Para hadirin yang dihormati, Majlis Anugerah pelajar cemerlang merupakan acara tahunan sekolah dengan tujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Acara ini juga merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah. Para hadirin yang dihormati Adat berbahasa menyampaikan pesan Adat upacara menyampaikan ucapan aluan Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

Cue 7. Ann :

:

Cue

: APABILA TEMPATNYA :

YANG

BERUSAHA

DUDUK

DI

Ann

Untaian madah kata aluan Untaian ingatan sepanjang zaman

4

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang di atas ucapan beliau tadi.

Cue BERSEDIA 8. Ann

:

APABILA

YANG

BERBAHAGIA

SUDAH

: Cempaka sari warisan sejati Menjadi Kebanggaan seisi negeri Ucapan Perasmi memang dinanti Berilmu tinggi bijak bestari

Majlis dengan rasa bangga dan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En. Zamri Bin Galas, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan, untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sk Terasi 2009. Majlis mempersilakan. Cue : APABILA TEMPATNYA YANG BERUSAHA DUDUK DI

Ucapan tuan menyerikan majlis Warga pendidik tampak ceria Kesudian tuan merasmikan majlis Bangganya kami tidak terkira Kain pelikat panjang sembilan Tersusun corak cantik warnanya Tuan pemimpin disegani watan Kami menumpang sinar cahayanya

5

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En.Zamri Bin Galas, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan, di atas ucapan perasmian beliau tadi.

Cue: Apabila semua sudah bersedia 11. Ann : Kota Samarahan Aman Sentosa Pendidikan Gemilang Misi Utama Dengan tiada melengahkan masa Kita Mulakan Majlis Utama

Sidangan hadirin sekalian, tibalah kita kepada majlis utama iaitu Penyampaian Sijil dan seterusnya menyempurnakan majlis konvokesyen murid Prasekolah SK Terasi 2009. Para hadirin sekalian, Prasekolah SK Terasi telah beroperasi sejak awal tahun 2008. Murid-murid ini dibimbing oleh seorang guru dan dibantu oleh seorang pembantu prasekolah. Murid-murid ini telah diajar pelbagai asas untuk persediaan memasuki pendidikan formal apabila mereka memasuki tahun 1 nanti. Oleh yang demikian, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan murid-murid prasekolah ini untuk menerima sijil tamat prasekolah. Dipersilakan Adik_(Rujuk Senarai Nama_), Tahniah diucapkan kepada murid-murid prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada Encik Zamri Bin Galas atas kesudian menyampaikan sijil kepada penerima. Majlis kedua Penyampaian hadiah akademik

6

Cue

:

Apabila semua sudah sedia

Ann : Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah akademik untuk pra sekolah dan Tahap 1. Bagi menyempurnakan majlis, dengan ini dijemput yang dihormati Ustaz Salleh Bin Sabang untuk mengiringi Yang Berusaha Guru Besar untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima. Dimulakan dengan Kelas Prasekolah. Tempat Pertama: Tempat Kedua: Tempat ketiga: Seterusnya Penerima untuk Tahun 1 Diumumkan Penerima untuk Tahun 2 Diumumkan penerima untuk tahun 3 Tahniah diucapkan kepada penerima. Terima Kasih diucapkan kepada Cg Saadi Bin Bujang, Guru Besar SK Terasi atas Kesudian menyampaikan hadiah kepada penerima.

Cue

:Setelah Guru Besar duduk

Ann: Majlis berhenti rehat sebentar. Sementara itu, sama-sama kita saksikan sedikit sedutan aktiviti sepanjang tahun 2009 SK Terasi. Saksikanlah.

Cue: Selesai tayangan video
Ann: Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Hadiah

bersempena dengan minggu pendidikan Islam. Untuk itu kita
7

mempersilakan yang dihormati Ustaz Salleh Bin Sabang Untuk mengiringi Yang Dipertua PIBG SK Terasi, En. Jamil Ramizan untuk menyampaikan Hadiah. Dipersilakan. Majlis dimulakan dengan Penyampaian pemenang pertandingan tulisan jawi tahun 1. Tempat pertama..... Tempat kedua.... Tempat ketiga.... Seterusnya diumumkan pemenang untuk pertandingan Jawi Tahun 2 dan 3. Tempat pertama..... Tempat kedua...... Tempat ketiga.....
Diumumkan keputusan pertandingan Azan Tahap 2 lelaki Tempat pertama..... Tempat kedua.... Tempat ketiga..... Diumumkan keputusan pertandingan Kuiz agama tahap 2 perempuan Tempat pertama..... Tempat kedua.... Tempat ketiga..... Seterusnya diumumkan pemenang untuk pertandingan busana muslim. Dimulakan dengan hadiah sagu hati kepada......rujuk senarai Tempat ketiga:...... Tempat kedua:....... Tempat pertama:....... Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada En. Jamil Bin Ramizan.

hadiah

kepada

8

Cue: Apabila YDP dah duduk Ann:

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kokurikulum. Untuk itu dengan segala hormatnya dijemputyang dihormati Ustaz Salleh B Sabang untuk mengiringi Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Dimulakan dengan sijil Olahragawan dan olahragawati. Diumumkan Olahragawan 2009 Sk Terasi adalah Adik Mohd Laji Bin Sumarno. Olahragawati 2009 SK Terasi adalah Adik Arni Nazirah Bt Pa-ee Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kelab Badminton. Dengan ini dipersilakan Adik Adik Abdul Muiz Abdul Shukor Pengerusi Kelab Badminton untuk menerima sijil. Dipersilakan. Seterusnya dipersilakan Wakil untuk penerima Sijil Perpustakaan Sekolah. Rujuk Senarai……. Sidang hadirin sekalian, Sekolah Kebangsaan Terasi, telah banyak melibatkan diri dalam aktiviti luar yang dianjurkan pihak jabatan Pelajaran Daerah. Salah satu daripadanya adalah Kem 1Malaysia yang diadakan di Kem Kokurikulum Santubong pada 29 September hingga 2 Oktober 2009. Untuk itu dipersilakan penerima sijil penghargaan 1 Malaysia untuk tampil ke pentas. Dipersilakan adik…….
9

Tahniah kepada penerima. Terima kasih diucapkan kepada En. Saadi Bin Bujang atas kesudian meyampaikan hadiah. Para hadirin sekalian, sekolah bukannya hanya sebagai tempat untuk menimba ilmu. Tetapi juga sebagai tempat untuk mencungkil bakat dan membentuk nilai kepimpinan dalam diri murid-murid. Majlis juga ingin merakamkan penghargaan kepada pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas di atas kepimpinan yang telah ditunjukkan. Bagi menyempurnakan majlis, dipersilakan yang berusaha Guru Besar untuk mengiringi yang Berbahagia En.Zamri Bin Galas untuk menyampaikan sijil kepada penerima. Dimulakan dengan penyampaian sijil penghargaan ketua dan penolong ketua kelas. Diumumkan ketua kelas tahun 1………Seterusnya adik------selaku penolong ketua kelas----Diumukan ketua kelas tahun 2……penolong ketua kelas……

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan pengawas sekolah…. Dipersilakan adik…….rujuk senarai nama

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil tamat sekolah tahun 6…..dipersilakan adik….rujuk senarai nama

10

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah pelajar Harapan 2010. Penerima untuk hadiah ini adalah adik Mohd. Hazwan B Ramadan. Seterusnya adalah pelajar Terbaik UPSR 2009 jatuh kepada_________ Tahniah diucapkan kepada para penerima.

2. Ann : Sebagai tanda terima kasih kami, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha cg Saadi Bin Bujang untuk menyampaikan Cenderahati kepada yang Berbahagia En. Zamri Bin Galas.
Dipersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Cue setelah VIP duduk Ann: Kalau Silap dengan lupa, Kalau kami tersalah adab, Kalau kami tersalah cakap, Yang patut kami tak dipatutkan, Kami mohon ampun dan maaf. Terima kasih sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini. Ditangguhkan majlis yang indah berseri, menjunjung kasih menjunjung budi. Seni Gubah indah bermadah, Jambangan Bunga sedia harum. Rasmi sudah, penganugerahan pun sudah, Bersurai sahaja kita yang belum.

11

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Salam bahagia dan salam hormat dari kami. Assalamualaikum WBt.... Akhir sekali, Dipersilakan Yang Berusaha En. Saadi Bin Bujang untuk menjemput En. Zamri Bin Galas dan tetamu jemputan ke bilik jamuan.

Para Hadirin dipersilakan menikmati juadah di___________________. Sekian, wassalam.

12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->