You are on page 1of 2

Percetakan pakaian

Pada amnya, industri pencetakan terbahagi kepada dua, iaitu pencetakan bahan
berasaskan kertas, plastik dan logam; dan percetakan bahan berasaskan kain dan pakaian.
Pencetakan pakaian biasanya dipanggil 'silk screen printing' ataupun mencetak
menggunakan skrin sutera. Pencetakan pakaian ialah proses memindahkan suatu reka
corak - sama ada daripada kertas (hard copy) atau dalam komputer (soft copy) ke atas
bahan yang berasaskan kain dan pakaian, dengan menggunakan teknik-teknik tertentu.
 

Terdapat beberapa objektif utama mengapa suatu reka corak itu dipindahkan
kepada produk-produk di atas, iaitu bagi melambangkan identiti organisasi,
sebagai bahan promosi, sebagai bahan cenderamata atau pemberian, dan untuk
dijual sebagai barangan pengguna.

(a)     Memperkenal dan melambangkankan identiti sesuatu organisasi.

         Contoh - Logo, tulisan, slogan dan simbol sesebuah organisasi (seperti
syarikat, badan berkanun, sekolah, persatuan, dsb) dipamerkan di atas
dokumen-dokumen rasmi, majalah, buku, papan tanda dan lain-lain lagi, sebagai
identiti rasmi organisasi tersebut. Terdapat juga logo, lencana, dan slogan yang
dipamerkan di atas kemeja, jeket, kemeja-T atau topi bertujuan untuk
melambangkan keseragaman dan kekuatan organisasi itu.

(b)     Untuk mempromosi sesuatu produk, perkhidmatan atau gaya hidup.

          Contoh - Slogan, tema, identiti pembekal, ciri-ciri serta identiti sesuatu


produk diiklankan di dalam televisyen, papan billboard, pamplet, majalah, surat
khabar dan lain-lain lagi untuk menarik pelanggan. Logo-logo dan slogan para
penganjur dan penaja juga dipamerkan pada pakaian tertentu untuk
mempromosi organisasi mereka, semasa sesuatu aktiviti berlangsung.

(c)     Sebagai cenderamata atau pemberian kepada ahli-ahli.

         Kebanyakan organisasi akan mengadakan beberapa majlis atau aktiviti


tahunan seperti Hari Terbuka, Sukan Tahunan, Ekspedisi, Lawatan, Majlis
Makan Malam, dan sebagainya. Pada waktu itu, organisasi tersebut biasanya
akan memberi sesuatu buah tangan kepada ahli dan peserta. Kemeja-T, topi,
payung, tuala, kalender dan diari yang lengkap dengan reka corak yang
tersendiri, ialah beberapa produk yang sering diberikan.

(d)     Untuk dijual sebagai barangan pengguna.

         Sesuatu reka corak itu paling banyak digunakan sebagai penyeri dan
penarik kepada sesuatu barangan pengguna. Produk-produk seperti pakaian,
kain, majalah, buku, lencana, dan pelbagai cenderamata biasanya mempunyai
reka corak yang tersendiri untuk menarik pembeli.

Untuk berjaya dalam bidang pencetakan pakaian, beberapa ilmu asas


diperlukan. Aspek-aspek yang berkaitan secara langsung dengan pencetakan
pakaian ialah:-

(a)     Seni lukis, reka corak dan grafik - menyediakan reka corak asal daripada
pelbagai sumber seperti yang telah disebut.

(b)     Penggunaan komputer - dalam era teknologi maklumat ini, komputer


amat berguna serta memberi banyak kemudahan termasuk dalam bidang
pencetakan pakaian. Dengan adanya komputer, reka corak dan filem positif
dapat disediakan dengan mudah, cepat, tepat, kreatif, serta menjimatkan kos.

(c)     Kemahiran tangan dan pengurusan masa - kecekapan pencetak juga


bergantung kepada kemahiran tangan dan kebolehannya menyusun kerja dan
tugasan. Aspek ini penting jika ingin menceburkan diri dalam perniagaan.
Seseorang itu mampu menjadi mahir dengan latihan yang konsisten.

(d)     Seni pertukangan dan reka cipta - untuk menjadi pencetak yang
berkebolehan, matang dan cekap, pengetahuan mengenai pembuatan alat dan
komponen adalah sangat penting. Apabila seorang pencetak itu tahu mengenai
pembuatan alat dan komponen, beliau boleh membina komponen itu mengikut
kesesuaiannya. Malahan, beliau juga boleh mengubah suai dan membangunkan
sesuatu komponen yang lebih canggih mengikut suasana teknologi semasa.

(e)     Aspek yang paling utama ialah kreativiti, keberanian, kesanggupan dan
ketekunan seseorang itu menempuh segala cabaran yang mendatang. Sifat-
sifat ini sangat penting bukan sahaja dalam bidang pencetakan pakaian, tetapi
juga dalam apa juga perkara yang dilakukan, seperti hal-hal berkaitan dengan
pelajaran, perniagaan, mahupun pekerjaan.

   

Pengenalan kepada Industri Pencetakan Pakaian di atas dipetik dari


buku TEKNIK-TEKNIK PENCETAKAN PAKAIAN terbitan Perintis Books
Sdn. Bhd.

You might also like