You are on page 1of 21

KEMANDIRIAN SPESIES

Kemandirian Spesies

1. Spesies bermaksud benda hidup yang sama jenis yang boleh membiak antara satu sama lain.
2. Benda hidup membiak untuk memastikan bilangannya bertambah dan mengekalkan kewujudan
spesiesnya.
3. Haiwan dan tumbuhan mempunyai cara-cara khas untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
4. Kemandirian spesies bermaksud keupayaan sesuatu spesies untuk meneruskan hidup.
Kemandirian Haiwan

1. Haiwan membiak melalui proses :

a)beranak
b) bertelur
2. Berikut ialah haiwan yang melahirkan anak :

a) Rusa

c) Tupai

b) Tikus
d) Arnab

e) Gajah

i) Harimau

f) Dugong

j) Ikan paus

g) Lembu

k) Badak air

h) Kelawar
l) Kanggaru

m) Badak sumbu

o) Ikan lumba-lumba

n) Beruang panda

3. Berikut ialah haiwan yang bertelur :

a) Ular

c) Penyu

b) Lipas

d) Buaya

e) Katak

i) Helang

f) Cicak

j) Ikan yu

g) Biawak

k) Penguin

h) Burung

l) Kuda laut

m) Kura-kura
n) Rama-rama

o) Labah-labah

Haiwan Yang Beranak

1. Haiwan yang beranak menjaga, menyusukan dan melindungi anaknya untuk memastikan anaknya dapat
terus hidup.
2. Terdapat juga ciri-ciri khas pada haiwan yang melahirkan anak bagi memastikan kemandirian
spesiesnya.
Contohnya:
a)
Gajah
melindungi
anaknya
daripada
bahaya
secara
berkumpulan.
b)
Kanggaru
anak
hidup
dalam
kantungnya
selama
beberapa
minggu.
c)
Arnab
membina
sarang
tersembunyi
di
dalam
lubang
bawah
tanah.
d) Harimau - menyerang musuh untuk melindungi anaknya.

Haiwan Yang Bertelur

1. Haiwan yang bertelur, ada yang menjaga telur atau anaknya dan ada yang tidak menjaga telurnya.
2. Berikut ialah kumpulan haiwan yang menjaga telur :

a) Ular

e) Lebah

f) Burung
b) Buaya

g) Penguin
c) Semut

h) Kuda laut
d) Ayam

i) Labah-labah

j) Kala jengking

3. Berikut ialah kumpulan haiwan yang tidak menjaga telur :

a) Lipas

d) Katak

b) Siput

e) Cicak

c) Penyu

f) Ikan yu

g) Cacing

j) Nyamuk

h) Biawak

k) Kura-kura

i) Belalang

l) Rama-rama

4. Haiwan yang tidak menjaga telurnya mempunyai ciri-ciri bagi memastikan kemandirian spesiesnya.
5. Berikut ialah beberapa contoh ciri-ciri haiwan tersebut :

a) Katak

Bertelur dengan banyak dan telur diselaputi lendir yang berbau busuk untuk mengelakkan pemangsa
daripada makan telur tersebut.

b) Siput

Bertelur di celah-celah batu.


Telur terlindung daripada pemangsa.

c) Lipas

Bertelur di celah tempat tersembunyi dan telur berada di dalam kantung.


Telur terlindung daripada pemangsa.

d) Penyu

Bertelur pada waktu malam dan menimbus telur di dalam pasir.


Telur terlindung daripada pemangsa.
e) Cicak

Bertelur di tempat tersembunyi dan telur bercangkerang.


Telur terlindung daripada pemangsa.
f) Belalang

Bertelur di dalam lubang di bawah tanah.


Telur terlindung daripada pemangsa.

g) Nyamuk

Bertelur dengan banyak untuk memastikan ada yang terselamat daripada dimakan oleh pemangsa

h) Rama-rama

Bertelur di bawah permukaan daun.


Telur terlindung daripada pemangsa.

6. Berikut ialah cara haiwan menjaga anak atau telurnya :


a) Ular : Melingkari telurnya.

b) Buaya : Bertelur di dalam pasir dan menjaga telurnya.

c) Semut : Menjaga dan melindungi telur di dalam sarang. Memberi makan anak semut.

d) Ayam : Mengeram telur sehingga menetas. Melindungi dan memberi makan anaknya.

e) Lebah : Menjaga telur dan anak di dalam sarang.

f) Burung : Mengeram telur sehingga menetas. Memberi makan anaknya.

g) Penguin : Membawa telur di atas kedua-dua kakinya. Memberi makan anaknya.

h) Kuda laut : Menjaga telur sehingga menetas di dalam kantung kuda laut jantan.

i) Labah-labah : Bertelur di dalam kantung. Membawa kantung di bawah badannya.

j) Kala jengking : Membawa anak di atas badannya.

Kemandirian Tumbuh-Tumbuhan

1. Tumbuhan tidak dapat bergerak bebas seperti haiwan.


2. Tumbuhan perlu menyebarkan biji benih atau buahnya jauh dari pokok induk.
3. Persaingan antara pokok untuk mendapat keperluan asas dikurangkan dan anak benih dapat tumbuh
dengan sihat.
4. Tumbuh-tumbuhan menyebarkan biji benih atau buahnya melalui :

a) angin
b) air
c) haiwan
d) mekanisme letupan
5. Biji benih atau buah yang disebarkan dengan cara yang berlainan mempunyai ciri-ciri khas untuk
membantu penyebarannya.

Biji Benih Yang Disebarkan Oleh Angin

1. Buah kecil, ringan, kering dan mempunyai struktur seperti kepak atau berbulu untuk memudahkannya
diterbangkan oleh angin.
2. Beberapa contoh ialah biji benih meranti, angsana, lalang, kapas dan kekabu.
a)

Pokok

meranti

b)

Buah

meranti

c)

Pokok

angsana

d)

Buah

angsana

e)

Biji

benih

dan

pokok

lalang

f)

g)

Biji

benih

dan

Buah

pokok

pokok

kapas

kekabu

Biji Benih Yang Disebarkan Oleh Air

1. Buah mempunyai sabut yang banyak mempunyai ruang udara dan kulitnya kalis air untuk
membolehkannya terapung di atas permukaan air.
2. Beberapa
contoh
ialah
teratai,
kelapa,
nipah
dan
buah
pinang.
a)

Pokok

teratai

b)

Buah

teratai

c)

Buah

kelapa

d)

Pokok

pong-pong

e)

Buah

pong-pong

f)

Pokok

nipah

g)

Buah

nipah

Biji Benih Yang Disebarkan Oleh Haiwan

1. Buah berwarna cerah, boleh dimakan, berbau wangi, biji yang kecil tetapi tidak dapat dihadamkan jika
ditelan atau biji yang besar tetapi keras.
2. Beberapa contoh ialah buah rambutan, anggur, lada, jambu batu, dan mempelam.
a)

Buah

b)

c)

anggur

Buah

Buah

lada

jambu

batu

d)

Buah

mempelam

3. Buah yang mempunyai cangkuk yang dapat melekat pada bulu atau kulit haiwan.
4. Beberapa
contoh
ialah
buah
semalu,
kemuncup
a)

Buah

dan

pokok

b)

c)

dan

kelulut.
semalu

Kemuncup

Buah

dan

pokok

kelulut

Biji Benih Yang Disebarkan Melalui Mekanisma Letupan

1. Buah menjadi kering, keras dan merekah atau meletup apabila matang.
2. Biji benih tersebar jauh dari pokok induk.
3. Beberapa contoh ialah buah getah, keembung, semarak api, saga, kacang bendi dan berangan.
a)

Buah

getah

b)

c)

Buah

Buah

keembung

semarak

api

d)

Buah

saga

e)

Kacang

bendi

f)

Buah

berangan

Kepentingan Kemandirian Spesies

1.
2.
3.
4.

Tumbuhan dan haiwan perlu meneruskan spesiesnya supaya tidak pupus.


Haiwan dan tumbuhan bergantung antara satu sama lain untuk hidup.
Sesetengah spesies haiwan atau tumbuhan menjadi makanan kepada spesies haiwan yang lain.
Jika bilangan satu spesies hidupan menjadi terlalu sedikit, siratan makanan antara hidupan akan
terganggu.
5. Haiwan yang bergantung kepada spesies haiwan tersebut sebagai makanan akan kekurangan makanan
dan
lama-kelamaan,
haiwan
tersebut
akan
pupus.
Contoh

a) Beruang panda hanya makan pucuk buluh untuk hidup. Jika pokok buluh kekurangan, beruang panda
akan
mengalami
kepupusan.
b) Ular ialah makanan helang. Jika bilangan ular berkurangan dengan banyak, helang akan terancam
kerana kekurangan sumber makanan. Lama-kelamaan helang akan menjadi pupus.

You might also like