You are on page 1of 68

Qawaid Fiqhiyyah 1

‫القواعد الفقهية‬
QAWAID
FIQHIYYAH

Hj. Mohd Qary Abd Ghapar Al-Tantawy Mesry

Qawaid Fiqhiyah
Hj. Mohd Qary Al-Tantawy Mesry Al-Kelantani
Qawaid Fiqhiyyah 2

Cetakan Pertama……........................................ Julai 2003

©
Hak cipta terpelihara.
Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman ataupun sebaliknya,
tanpa izin terlebih dahulu dari pihak penulis.

Designer :
Al Azhar Media Enterprise

Izin Terbit :

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


( PMRAM )
Qawaid Fiqhiyyah 3

SENARAI KANDUNGAN

Mukasurat

Muqaddimah 7

KAEDAH KULLIYYAH DI DALAM ILMU FEQAH 9

Kaedah Pertama :
TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA 10
(‫)األمور بمقاصدها‬

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat 13


b. Pengertian Niat
 Dari Segi Bahasa 13
 Dari Segi Istilah 13
c. Masalah Meniatkan Farfdhu Pada Zakat 16
d. Tersalah Pada Penentuan (‫)تعيين‬ 16
e. Penentuan Niat Dan Masanya 17
f. Waktu Niat 18
g. Niat Zakat 18
h. Niat Qurban 18
i. Permulaan Niat 19
j. Masalah Kinayah Thalak (Cerai) 19
k. Ibadah Yang Banyak Mengandungi Perbuatan 19
l. Tempat Niat 20
m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat 20
n. Berazam Melakukan Maksiat 20
o. Syarat Niat 21
p. Berkenaan Dengan Pahala 23
q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat 23
r. Masalah Taraddud (Keraguan) 24
s. Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat 25
t. Ta'lik Pekerjaan Dengan Insya Allah 26
u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat 27
v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain 27
Qawaid Fiqhiyyah 4

w. Menuntut Ganti Pada Niat 28

Kaedah Kedua :
KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN 29
OLEH KERAGUAN (‫)اليقين ال يزال بالشك‬

Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini 31


 Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan 31
Sebelumnya (‫)األصل بقا‘ ما كان علي ما كان‬
 Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada 33
Tanggungjawab (‫)األصل برأة الذمة‬
 Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru 36
Mendatang Itu Tiada (‫)األصل في األمور العارضة العدم‬
 Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan 38
Masa Yang Paling (‫)األصل غي كل حادث تقديره بأقرب زمن‬
 Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat ( ‫األصل في الكالم‬ 41
‫)الحقيقة‬

Kaedah Ketiga :
KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN ( ‫المشقة‬ 46
‫)تجلب التيسير‬
a. Al-Masyaqqah Dari Segi Bahasa 48
b. Masyaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada 49
Keringanan
c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan 49
Hukum Rukhsah
d. Pembahagian Rukhsah 52

Kaedah Keempat :
KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU DIHINDARKAN ( 55
‫)الضرورة يزال‬
a. Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini 56
 Dharurat Mengharuskan Tegahan ( ‫الضرورة تبيح‬ 56
‫)المحظورات‬
 Dharurat Dikira Mengikut Keadaannya ( ‫الضرورة تقدر‬ 58
‫)بقدرها‬
Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Pula :
1. Ditanggung Kemaslahatan Khusus Untuk Menolak 59
Qawaid Fiqhiyyah 5

Kemaslahatan Umum
2. Kemudharatan Yang Lebih Besar Dihilangkan 61
Dengan Kemudharatan Yang Lebih Ringan
3. Apabila Bertentangan Di Antara Dua Kerosakkan 63
Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih
Ringan
4. Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan 64
Kemudharatan
5. Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada 66
Menarik Kemaslahatan
6. Hajat Menepati Dharurat 68
- Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat 69

Kaedah Kelima :
ADAT YANG DIAKUI (‫)العادة محكمة‬ 71
a. Pengertian Adat 71
b. Dalil Kaedah 73
c. Pembahagian 'Uruf Dan Adat 74
d. Kedudukan 'Uruf Dan Adat Dari Segi Hujjah 75
e. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha 75
 Kegunaan Adat Seperti 'Uruf 76
 Khilaf Ulama Tentang Menetapkan Adat 78
 Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah 79
Ini
f. Syarat Diiktibar Dengan 'Uruf Dan Adat 82
g. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini 86

Senarai Bahan Rujukan 87


Qawaid Fiqhiyyah 6

MUQADDIMAH

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل الذي أسس قواعد األحكام علي مصالح األنام والصالة‬
‫والسالم علي رسول هللا محمد وآله وأصحا به الكرام‬
Dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk kepada Allah
Subhanahu wata'ala, saya telah berusaha menyusun buku (
‫ )القواعد الفقهية‬siri pertama mengenai pembelajaran kaedah-kaedah
feqah yang diambil dari kitab-kitab muktabar di dalam Islam yang
membahaskan kaedah-kaedah feqah Islam.

Untuk menyusun buku ini bukanlah mudah kerana


memandangkan buku-buku yang membahaskan kaedah-kaedah ini
kebanyakannya di dalam bahasa Arab maka menjadi susah kepada
kita untuk memahaminya. Dengan pertolongan serta hidayah Allah
swt kesukaran tersebut dapat diatasi, gaya bahasa terjemahan
kaedah yang dikemukakan di dalam buku ini adalah satu perkara
yang baru kerana setakat ini buku yang membahaskan tentang
kaedah feqah jarang sekali saya dapati di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu. Seandainya terdapat kekurangan di
dalam buku ini saya amat berharap sidang pembaca membuat
teguran yang baik dan membina agar ianya dapat memantapkan
lagi tentang pengkajian saya ini.

Setelah di fikirkan dengan teliti, saya dengan usaha yang


murni untuk menerbitkan buku ini dengan beberepa sebab.Di
antaranya:

Pertama : Agar memberikan satu manfaat yang baik untuk diri


saya.
Kedua : Bagi mereka yang kurang memahami Bahasa Arab,
mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan panduan yang
bermanfaat.
Qawaid Fiqhiyyah 7

Telah menjadi kewajipan kepada ulama dan mereka yang


tahu tentang agama agar menjaga keharmonian agama Islam dan
agar memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana
sabda nabi Saw:

( ( ‫من يريد آهلل به خيرأ يفقه فى آلدين‬


Maksudnya: Barang siapa yang Allah kehendaki
seseorang itu dengan kebaikan nescaya diberikan (oleh Allah)
akan kefahaman di dalam agama.

Saya amat bersyukur kepada Allah yang telah


menganugerahkan pertolongannya bagi menyiapkan hasil karya
yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan buku ini mendapat berkat
daripadanya dan saya memohon perlindungan Allah supaya
dijauhinya sebarang bentuk pemikiran yang sesat dan bid'ah.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Nukman Bin Che Amin


Kaherah

KAEDAH KULLIYYAH ( ‫) كلية‬


DI DALAM ILMU FEQAH
Makna ( ‫ ) القاعدة‬di dalam bahasa Arab ialah asas. Dan di
dalam istilah pula sebagaimana yang telah disebut oleh Tajul as-
Subki ‫األمر الكلي الذى ينطبق عليه جزئيات‬: ‫ القاعدة‬ertinya: Perkara pokok
yang dipraktikkan ke atas perkara-ranting atau cawangannya.1
Maudhu' kaedah feqah ialah perbuatan mukallaf dan objeknya
ialah hukum syara'. Misalnya ‫ اليقين ال يزال بالشك‬keyakinan tidak dapat
dihilangkan oleh syak dan sebagainya.

Oleh kerana masalah-masalah cawangan feqah begitu


banyak maka perlulah dibuat penentuan dan penetapan ini dengan
kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip yang tertentu, dan tugas
pengkaji pula perlulah memahami kaedah-kaedah tersebut dan
mengetahui dalil-dalil kerana masalah feqah semuanya kembali
kepada kaedah-kaedah yang tertentu.

1
Al-Fawaidul Janiah, muka surat : 76
Qawaid Fiqhiyyah 8

Sebahagian ulama feqah mengembalikan segala masalah


cawangan kepada lima kaedah dan setengah daripadanya
mengatakan lebih daripada itu. Menurut pendapat pertama tiap-tiap
satu kaedah itu di bahagikan pula kepada beberapa cawangan dan
tiap-tiap cawangan itu di masukkan pula masalah cawangan yang
serupa dengannya.

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Kaedah Pertama:
TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA
(‫)األمـور بمقاصـدها‬

Ertinya: Tiap-tiap perkara itu mengikut tujuannya (apa yang di


kehendaknya). Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah hadis yang di
riwayatkan oleh Imam al-Bukhori, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan
an-Nasai daripada Sayyidina Umar R.A.

(‫)اِنما األعمال بالنيات واِنما لكل امرئ ما نوى‬

Maknanya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut)


dengan niat (yang dikehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap
seseorang menurut mengikut niatnya.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan hadis ini daripada Anas R.A:

‫ال عمل لمن ال نية له‬


Ertinya: Tidak dikira amalan mereka yang tidak mempunyai niat.
Al-Syihab telah meriwayatkan hadis:

‫نية المؤمن خير من عمله‬


Ertinya: Niat seseorang mukmin itu lebih baik daripada amalannya.
Qawaid Fiqhiyyah 9

Imam as-Syafie, Ahmad ibnu Hanbal, Abdul Rahmn Al-


Mahdi, al-Daruqutni dan lainnya bermuafakat bahawasanya hadis
ini merupakan asal bagi kaedah yang merangkumi satu pertiga
ilmu. Imam Syafie menegaskan bahawa hadis ini merangkumi satu
pertiga ilmu sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-Buwaiti2.

Al-Baihaqi3 menjelaskan bahawa hadis tersebut


merangkumi satu pertiga ilmu kerana memandangkan usaha
manusia tidak sunyi daripada tiga perkara, iaitu hati, lidah dan
anggota badan, maka niat termasuk di dalam salah satu daripada
tiga yang tersebut.

Kaedah ini berpecah pula kepada beberapa kaedah di


antaranya bahawa yang diiktibarkan di dalam aqad ialah tujuan dan
makna, tidak kepada lafaz dan perkataan.

(‫)اِن العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ال لأللفاظ والمبانى‬4

Maka hendaklah digunakan perkataan yang tertentu bagi sesuatu


aqad supaya niatnya menjadi sah dan dikira oleh syara'.

Kaedah ini menerbitkan pula dasar larangan membuat aqad


untuk mencapai kepada tujuan yang bertentangan dengan
perkataan atau sifat aqad seperti jual beli yang mengandungi riba.
Atau pun aqad nikah yang ditujukan kepada semata2 tahlil
sebagaimana sabda nabi SAW:

‫لعن هللا المحلل والمحلل له‬


Ertinya : Telah melaknat Allah swt orang yang muhallil dan orang
yang ditahlilkan kepadanya.

Maka nikah tersebut dikira fasad iaitu rosak, tetapi ada


pendapat ulama mengatakan bahawa aqad tersebut sah sekiranya
tidak disebut syarat tahlil di dalam aqad.

2
Abu Ya'kub Yusuf al-Qurasyi al-Misri
3
Al-Imam al-Hafiz al-'Alim Abu Bakr al-Hasan al-Baihaqi
4
Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 207, Majallah al-Ahkam, juz 1/18
Qawaid Fiqhiyyah 10

Banyak dalil-dalil syara' dan prinsipnya menyokong


bahawa qhasad atau niat semasa aqad atau di dalam aqad sangat
penting kerana qhasadlah yang memberi kesan sah atau
tidak(tentang amalan itu).

Halal atau haram itu semuanya terpulang kepada niat,


sebagai contohnya seperti binatang sembelihan apabila disembelih
semata-mata untuk dimakan hukumnya halal tetapi sebaliknya jika
sembelihan itu kerana selain daripada Allah swt. Begitu juga
diharamkan orang yang memerah buah anggur terhenti di atas
niatnya, tetapi jika diniatkan untuk membuat cuka diharuskan
kerana berpandukan kepada sabda Nabi SAW:

‫اِنما األعمال بالنيات واِنما لكل امرىء ما نوى‬

Maksudnya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut)


dengan niat (yang di kehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap
seseorang dikira mengikut niatnya.

Sabda Nabi SAW itu bercorak umum yang mana


merangkumi ibadat, muamalat dan lain-lainnya dan di antara
kaedah-kaedah yang terbit daripada kaedah tersebut bahawa tidak
ada pahala dan seksa melainkan dengan niat dan qhasad
walaupun tidak dilaksanakan. Sebagai contohnya, orang yang tidak
dapat menghadiri majlis ilmu disebabkan keuzuran maka ia
mendapat pahala juga.

Imam-imam mazhab memandang tinggi kepada hadis


tersebut, kata Abu Ubaidah tidak ada di dalam hadis-hadis nabi
saw yang lebih lengkap daripada hadis ini.

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat

Tujuan yang paling penting bagi niat antaranya ialah untuk


membezakan di antara ibadat dan adat5 seperti berwuduk dan
mandi, kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan
menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.
5
Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah,ms : 11, al-Mawahib al-Saniyyah 'Ala al-
Faraidil Bahiyyah, ms : 122
Qawaid Fiqhiyyah 11

Menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya adakala nya


untuk mejaga badan dan sebagainya. Begitu juga dengan duduk
didalam masjid adakalanya untuk beribadat, beristirehat dan
sebagainya.

b. Pengertian Niat

Dari segi Bahasa ialah : (‫ )العزم على الشيء‬bercita-cita di atas sesuatu6.


Manakala dari segi Istilah Ulama Feqah :

(‫)قصد الشىء مقترنا بالفعل‬

Maknanya: qasad sesuatu disertai dengan niat.


Dari keterangan tersebut wujud beberapa permasalahan,
antaranya:

Pertama: Tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin


menjadi adat atau tidak wujud kesamaran dengan yang lain seperti
beriman kepada Allah, membaca al-Quran, berzikir dan
sebagainya. Ini kerana perkara-perkara tersebut berbeza dari segi
bentuk dengan yang lain7 tetapi sekiranya seseorang itu bernazar
untuk berzikir atau membaca al-Quran maka dia wajib berniat nazar
untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain
sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qhamuuli di dalam
kitabnya al-Jawahir yang dinaqalkan daripada Imam al-Ruwiyani.

Imam al-Sayuti ada membahaskan, jika seseorang itu


bernazar hendak berselawat ke atas nabi saw dia tidak perlu
berniat kerana sudah dikira berbeza dengan yang lain tetapi
pendapat ini tidak disokong oleh ulama-ulama lain bahkan mereka
berpendapat bahawa memerlukan niat juga8.

Mengikut pendapat yang masyhur bahawasanya azan


tidak berhajat kepada niat tetapi ada disebut di dalam kitab al-Bahr
bahawa azan bagi yang lain daripada sembahyang berhajat kepada

6
Lisanul Arab
7
Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 13
8
Al-Qawaid al-Janiyyah, ms : 131
Qawaid Fiqhiyyah 12

niat, ini adalah kerana azan itu juga disuruh oleh syarak kepada
yang lain daripada sembahyang.

Kedua: Tentang disyaratkan niat terhadap perkara yang ada


syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain. Tetapi
jika sekiranya perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau
kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat. Ini adalah
berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

(‫)واِنما لكل امرىء ما نوى‬

Maksudnya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap amalan itu tertentu di


atas niat.

Di antaranya sembahyang fardhu memerlukan kepada


penentuan fardhu sebab sembahyang zuhur dan asar serupa dari
segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya
kecuali dengan penentuan ( ‫) تعيين‬. Begitu juga sembahyang dua
hari raya maka hendaklah di tentukan sama ada hari raya I'dul Fitri
atau I'dul Adha.

Di antara perkara-perkara yang memerlukan kepada


penentuan ialah puasa sebagaimana yang dijelaskan oleh
pengikut-pengikut Imam Syafie rahimahullah (‫ )األصحاب‬untuk
membezakan di antara puasa ramadhan dengan puasa yang lain .

Ketiga: Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib


dinyatakan kefardhuannya, seperti wajib niat fardhu pada wuduk,
mandi, sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Menurut
setengah ulama diwajibkan niat fardhu ketika mandi dan tidak
ketika wudhu'9 sebab mandi itu kadang-kadangnya mandi biasa
(adat) sedangkan wudhu' itu tidak ada kerana lain melainkan untuk
ibadat sahaja. Penjelasan ulama berkenaan dengan diisyaratkan
niat wajib bagi wuduk mungkin wuduk yang dilakukan itu fardhu
atau pembaharuan (‫ )تجديد‬samalah seperti sembahyang kerana
sembahyang itu kadang-kadang wajib dan kadang-kadang sunat.

9
Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 20
Qawaid Fiqhiyyah 13

c. Masalah Meniatkan Fardhu Pada Zakat

Menurut pendapat yang asah hendaklah diniatkan fardhu


pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna
fardhu dan sunat tetapi jikalau seseorang itu menghadirkan di
dalam hatinya perkataan zakat sahaja maka disyaratkan lagi dia
menghadirkan perkataan fardhu kerana perkataan zakat itu
semata-semata digunakan kepada fardhu.

d. Tersalah Pada Penentuan (‫)تعيين‬

Maka seseorang yang menentukan di dalam niatnya


bahawa Imam yang ia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka
solatnya tidak sah10.

Imam al-Sayuti menjelaskan bahawa tidak disyaratkan pada


amalan-amalan fardhu menyatakan "fardhu ain" di dalam niat tanpa
khilaf ulama, begitu juga menyatakan "fardhu kifayah" di dalam
solat jenazah. Tetapi ada pendapat yang kedua mengatakan
bahawa orang yang solat jenazah wajib menyatakan fardu kifayah
di dalam niatnya untuk membezakan dengan fardhu ain.

e. Penentuan Niat Dan Masanya

Dr Mohd Syidqi11 ada menyebut di dalam kitabnya


‫ الوجـيز فى إيضـاح قواعـد الفقهيـة الكلية‬bahawa tidak ada ibadat melainkan
dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan (‫)تعــيين‬. Kebanyakan
Ulama berpendapat jika permasalahan ini berlaku pada perkara
yang dikatakan wajib yang luas waktunya (‫ )موسع‬seperti solat
fardhu, maka wajib padanya ditentukan (‫ )تعــيين‬niat tanpa khilaf
ulama, sekiranya berlaku permasalahan tersebut pada waktu wajib
yang tidak dibenarkan padanya mengerjakan suruhannya pada

10
al-Mawahib as-Sunniyyah 'ala al-Faraid al-Bahiyyah
11
Dr. Mohd Sidqi bin Ahmad al-Burno Ustaz al-Musaid Universiti Al-Imam
Muhammad Sa'ud al-Islamiyyah as-Sa'udiyyah
Qawaid Fiqhiyyah 14

waktu yang lain (‫ )واجب مضـيق‬seperti puasa, yang mana waktunya


bermula daripada naik fajar hinggalah terbenam matahari (maghrib)
maka masalah ini ada khilaf di kalangan ulama. Mengikut mazhab
Syafie bahawa (‫ )تعيين‬disyaratkan juga untuk membezakan di antara
puasa Ramadhan dengan yang lain12. Di dalam mazhab Hambali
permasalahan tersebut berlaku khilaf13 berkenaan dengan ibadat-
ibadat yang harus dilakukan adakah ia memerlukan niat atau
tidak14.

Ibadat-ibadat tersebut tidak berhajat kepada niat bahkan


memadai jika seseorang yang hendak memulakannya terlintas di
dalam hatinya untuk mendampingi dirinya (‫ )تقــرب‬kepada Allah
seperti makan, tidur mencari nafkah dan sebagainya.

f. Waktu Niat

Waktu niat pada asalnya ialah di permulaan melakukan


ibadat, kecuali puasa maka harus didahulukan niatnya dari
permulaan puasa kerana susah hendak menunggu masa
menjelang fajar, kemudian niat yang dilakukan oleh seseorang
sebelum masuk waktu itu berjalan hingga sampai fajar kecuali
puasa sunat, diharuskan beniat selepas daripada masuk waktu
permulaan puasa kerana ada hadis yang menyatakan demikian.
Pernah suatu ketika Rasulullah SAW pergi menuju ke tempat
kediaman Sayyadatina Aisyah lalu baginda bertanya kepadanya :

(‫ فإنى إذا أصوم‬:‫ قال‬,‫ ال‬:‫ قالت‬,‫)هل عندكم شيء‬

Maksudnya : “Adakah di sisimu sesuatu daripada makanan?”


Aisyah menjawab “Tidak ada wahai Rasulullah”, lalu Rasulullah
berkata “Maka sesungguhnya aku hendak berpuasa”.15

g. Masalah Niat Zakat :

12
Al-Asybah Wan-Nazhoir dan Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 30
13
Al-Muqni', juz 1 ms : 363
14
Al-Wajiz Fi IIdhahi Qawaid al-Fiqh al-Kulli, ms 67
15
Qalyubi wa 'Umairah, juz 2 ms : 52
Qawaid Fiqhiyyah 15

Menurut pendapat yang asah di dalam mazhab Syafie


bahawa harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan
zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h. Masalah Niat Korban

Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelihkan


binatang tersebut. Menurut pendapat yang asah tidak wajib
disertakan niat semasa menyembelih binatang. Dan harus
seseorang berniat korban ketika mewakilkan binatang kepada
seseorang yang menyembelih.

i. Permulaan Niat :

Permulaan niat: ialah pada awal melakukan ibadat. Awal


ibadat sembahyang ialah permulaan menyebut Allahu Akbar (di
takbiratul ihram). Mengikut kitab al-Raudhah dan asal bagi Raudah
daripada fatwa Imam al-Bughawi bahawa asal bagi niat ialah
dipermulaan melakukan ibadah.

j. Masalah Kinayah Thalaq:

Mengikut hukum yang dirajihkan di dalam kitab asal Raudah


bahawa niat kinayah thalaq samada sesorang itu niat di permulaan
perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq di sisi pendapat
yang asah.

k. Ibadat Yang Banyak Mengandungi Perbuatan :

Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai


niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat
kepada mengulangi niat pada kelakuan yang kedua, seperti
wudhu’, sembahyang dan ibadat haji di sisi pendapat yang asah.
Qawaid Fiqhiyyah 16

l. Tempat Niat

Tempat niat adalah di dalam hati dan qhasad itu kelakuan


hati. Menurut ulama-ulama feqah, niat itu ialah :

‫قصد الشيء مقترنا بالفعل‬

Maksudnya : qhasad sesutu dengan disertai perbuatan.

Kesimpulannya : ialah bahawa niat itu tidak memadai dengan


semata-mata menyebut dengan lidah tanpa qhasad di dalam hati,
sekiranya seseorang itu telah qhasadkan di dalam hatinya sahaja
dan tidak melafazkan dengan lidah, maka sahlah ibadatnya cuma
sunat sahaja dilafazkan dengan lidah untuk memudahkn hadir niat
di dalam hati.16

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat:

Ada juga perkara-perkara yang tidak memadai dengan niat


sahaja tanpa perkataan seperti seseorang yang meniatkan nazar
atau berniat cerai tanpa melafazkan dengan perkataan, maka nazar
tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n. Berazam Melakukan Maksiat

Seseorang yang berazam untuk melakukan maksiat tetapi ia


belum lagi melakukan maksiat tersebut atau tidak dilahirkan melalui
perkataan maka ia masih tidak berdosa, kerana berdasarkan
kepada hadis nabi SAW :

‫إن هللا تجاوز ألمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تتكلم أو تعمل به‬

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku


terhadap apa yang terlintas di hati selama mana ia belum bercakap
atau melakukannya.

16
Qalyubi wa 'Umairah, juz 1 ms : 142
Qawaid Fiqhiyyah 17

o. Syarat Niat

Pertama : Islam, oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau
kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada
syarat ini.
 Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada
lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan
dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama
disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat
sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli di
dalam bab wudhu’ dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi.
Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat.
Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikira
sah tetapi tidak sah jika ia berwudhu’. Hukumnya berbeza
dengan orang murtad, mandi dan wudhu’nya tidak sah.
 Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi
dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut.
 Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada
ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah

Kedua : Tamyiz, kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah


ibadahnya begitu juga orang yang gila.

Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini :

1. Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk


melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.

2. Isteri yang gila dimandikan oleh suaminya untuk


menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat,
mengikut pendapat yang asah.

3. Mengetahui perkara yang diniatkan sebagaimana yang telah


dijelaskan Imam al-Bughawi dan lainnya. Sesiapa yang
tidak tahu kefardhuan wudhu’ maka tidak sah wudhu'nya.
Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang
dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukun-
rukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan
sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan
Qawaid Fiqhiyyah 18

setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakan


di antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata
Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan di
antara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat
jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkara
fardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya
tidak sah.

4. Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat


seperti murtad. Jikalau seseorang itu murtad semasa
sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum
maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia
sedang berwudhu’ atau mandi hukumnya tidak batal kerana
perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah
dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang dibasuh
ketika murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas
berwudhu’ atau mandi maka menurut pendapat yang asah
tidak batal wudhu’nya atau mandinya tetapi yang terbatal
hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah (
‫عيف‬TT‫)ض‬. Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada
sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak
wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

p. Berkenaan Dengan Pahala:

Berkenaan dengan pahala pula, sekiranya seseorang itu


tidak kembali semula memeluk Islam maka semua pahala amal
ibadat yang dilakukannya itu dikira batal berpandukan kepada
firman Allah Taala :

(‫)فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم‬

Ertinya : Maka mati mereka itu di dalam kufur maka batallah segala
amalan mereka.

q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat:


Qawaid Fiqhiyyah 19

Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan


ibadat yang sedang dilakukan. masalah ini terbahagi pula kepada
beberapa cawangan masalah :
1. Niat memutuskan iman na’uzubillah min zalik. Maka
dikirakan seseorang itu telah murtad.

2. Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan


sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia
berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai
daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal
dengan ijma’ ulama.

3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum


puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat
memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnya
tidak batal.

4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari


Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang
sedang dikerjakan.

5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal.

6. Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam


sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan
diam yang pendek.

r. Masalah Taraddud (Keraguan)

Setengah daripada perkara yang menafikan niat ialah


perasaan ragu-ragu (taraddud) iaitu keadaan mahu atau tidak
sedangkan dirinya tidak menetapkan untuk menunaikan amalan
tersebut maka dalam masalah ini ada beberapa cabang masalah.

1. Perasaan ragu-ragu samada hendak meneruskan


sembahyang atau tidak sedangkan ia berada di dalam
sembahyang, maka sembahyangnya menjadi batal atau
seseorang itu mengta’likkan hendak memberhentikan
sembahyangnya apabila berlaku sesuatu maka
sembahyangnya menjadi batal.
Qawaid Fiqhiyyah 20

2. Seorang musafir yang merasa was-was di dalam hatinya


adakah ia telah berniat sembahyang secara qasar atau
sempurna (‫ )تمام‬dengan empat rakaat maka tidak dibenarkan
ia mengqasarkan sembahyangnya bahkan hendaklah ia
sembahyang secara sempurna dengan empat rakaat.

3. Seseorang yang bertayammum atau sembahyang atau


puasa lalu ia syak di dalam hatinya adakah telah masuk
waktu atau tidak kemudian ia nyata bahawa perkara yang
dilakukan itu tepat berada di dalam waktunya, maka perkara
yang dilakukannya itu tidak sah. Seseorang yang
bertayammum tanpa mencari air terlebih dahulu kemudian
ternyata tidak ada air setelah ia selesai daripada
bertayammum maka tayammumnya tidak sah.

4. Orang yang mengadap kiblat ke suatu arah sedangkan ia


masih lagi syak adakah arah yang dihadapkannya itu kiblat
atau tidak kemudian ia mengetahui bahawa arah yang ia
hadapkan itu kiblat maka sembahyanganya tidak sah.

5. Orang yang berkata semasa ia mengeluarkan zakat, “ini


zakat” atau “ini sedekah” maka pemberian itu tidak dikirakan
sebagai zakat kerana ada keraguan (taraddud) di dalam
pemberian itu.

s. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat

Ashab as-Syafie telah berselisih pendapat tentang niat


adakah ia dikirakan sebagai rukun atau syarat bagi ibadat?
Kebanyakan ulama mengatakan niat itu rukun kerana ia
termasuk di dalam ibadat tetapi Qadhi Abu at-Thayyib17 dan Ibnu
as-Sobagh18 mengatakan niat itu syarat bukannya rukun.

t. Ta’lik Pekerjaan Dengan Insya Allah

Jika seseorang berniat sesuatu perkara dan diikuti pula


dengan perkataan "Insya Allah", jika diniatkan ta’lik maka batallah
17
Al-Qadhi At-Thahir bin Abdullah bin Umar At-Thabari, wafat pada tahun 450
H
18
Abd as-Sayyid Muhammad bin as-Sobagh al-Baghdadi, wafat pada tahun 477
H
Qawaid Fiqhiyyah 21

sembahyangnya tetapi jika ia niat mengambil berkat dengan


kalimah tersebut maka ibadatnya tidak batal.

Seseorang yang berhadas besar berkata dengan ayat al-


Quran maka diqhasadkan bacaan atau tidak ada sebarang qhasad
hukumnya haram tetapi jika ia qhasad zikir sahaja tidak
diharamkan. Akan tetapi jika ia qhasad kedua-duanya sekali maka
hukumnya haram.

Seseorang yang membawa al-Quran dan bersama


dengannya barangan yang lain sedangkan ia tidak ada wudhu’, jika
ia qhsadkan membawa al-Quran sahaja hukumnya haram tetapi
jika ia qhasadkan membawa barangan sahaja atau kedua-duanya
sekali tidak haram.

Seseorang yang mandi sunat pada pagi Jumaat tidak


memadai bagi mandi junub, menurut pendapat yang asah.

u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat

Ada juga amalan yang tidak memerlukan niat iaitu


berkenaan dengan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan seperti
zina, judi, mencuri, dan sebagainya, ini kerana tujuannya telah
tercapai tanpanya.19

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain

Jika seseorang mencampurkan niatnya antara perkara


ibadat dengan perkara yang bukan ibadat, ada juga boleh
membawa kepada batal20. Antaranya ialah :

1. Seseorang yang menyembelih binatang qurban dengan niat


kerana Allah dan kerana selain daripadaNya maka
sembelihan itu haram dimakan.

19
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 14
20
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 23
Qawaid Fiqhiyyah 22

2. Orang yang mengambil wudhu’ serta ia berniat di dalam


hatinya untuk menyejukkan badan atau mandi hukumnya
sah mengikut pendapat yang asah. Ini kerana menyejukkan
badan itu telah terhasil samada ia berniat atau tidak.

3. Orang yang membaca di dalam sembahyangnya ayat al-


Quran serta ia qhasadkan bacaan atau zikir atau memberi
faham kepada orang lain hukum sembahyangnya sah.

w. Menuntut Ganti Pada Berniat

Jika kita menuntut kepada seseorang untuk berniat kepada


kita semasa ia melakukan amalan yang kita wakilkan kepadanya,
hukumnya sah mengikut fatwa yang dirajihkan oleh syiekh Ibnu
Hajar di dalam bab al-Wakalah ( ‫)وقــول ال يصــح أن يوكــل فيهــا أخــر مــردود‬
ertinya : pendapat yang mengatakan tidak sah kita wakilkan kepada
seseorang untuk berniat, pendapat tersebut tertolak.21

21
At-Tuhfah
Qawaid Fiqhiyyah 23

Kaedah Kedua :
PERKARA YANG YAKIN TIDAK
DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (SYAK)
‫اليقين ال يزال بالشك‬

Di antara kaedah tetap yang banyak mengandungi hukum


feqah padanya ialah perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh
syak. Jika seseorang yang melakukan sesuatu perkara kemudian
berlaku keraguan samada perkara itu telah berlaku atau belum
maka dikekalkan hukum yakin.

Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah sabda Rasulullah S.A.W:

‫إذا وجد أحدكم فى بطنه شيئا فأشكل عليها أخرج منه شيء أم ال؟‬
‫فال يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬
)Hadis Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah(

Ertinya: Apabila Kamu dapati sesuatu yang berlaku pada perut


kemudian timbul persoalan adakah keluar sesuatu daripadanya
atau tidak? Janganlah kamu sekali-sekali keluar daripada masjid
sehinggalah kamu mendengar suara atau dapati baunya.

Dan sabda Rasulullah S.A.W:

‫شكى إلى النبي صلى هللا عليه وسلم الرجل يخيل إليه إنه يجد‬
.‫ ال ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا‬:‫شيء فى الصالة‬

Ertinya: Seorang lelaki datang mengadu kepada


Rasulullah S.A.W. bahawa ia berasa was-was
adakah telah keluar sesuatu pada masa ia
menunaikan sembahyang, lalu baginda bersabda
"janganlah kamu keluar daripada sembahyang
sehingga kamu mendengar suara atau baunya".

Rasulullah S.A.W. memberi penjelasan kepada


orang yang berasa was-was semasa menunaikan
Qawaid Fiqhiyyah 24

sembahyang supaya jangan keluar daripadanya


sehinggalah ia merasa yakin tidak berhadas dengan
mendengar suara atau mendapati baunya kerana perkara
yang diyakini tidak boleh dihilangkan kecuali oleh yang
yakin juga.22

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim


daripada hadis Abu Said al-Khudri R.A.

‫ كم صلى أثالثا أم‬:‫إذا شكى أحدكم فى صال ته فلم يدر‬


‫أربعا؟ فليطرح الشك وليبن على ما استيقن‬

Ertinya : Apabila seseorang kamu syak pada masa


menunaikan sembahyang dan ia tidak mengetahui
berapakah rakaat yang telah dilakukannya samada tiga
atau empat rakaat? Maka hendaklah ia ketepikan
keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini.23

Dalil-dalil yang tersebut menunjukkan perintah


Rasulullah supaya beramal dengan yakin dan menafikan
yang syak atau ragu.

Misalnya : Seseorang yang sabit berhutang kepada


seseorang yang lain kemudian ia mati dan kita syak
adakah ia telah membayarnya atau tidak, maka hutang itu
masih tetap kerana hutang tersebut telah sabit dengan
keyakinan. Dan jika berlaku syak tentang pembayarannya
maka syak seperti ini tidak dapat menghilangkan perkara
yang yakin.

Imam as-Sayuti ada menjelaskan di dalam


kitabnya kebanyakan hukum feqah termasuk di dalam
kaedah ini sehingga mecapai tiga perempat ilmu.24

22
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56
23
Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya
24
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56
Qawaid Fiqhiyyah 25

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA


KAEDAH INI

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya :

Kaedah Pertama :
Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya
‫األصل بقاء ما كان علي ما كان‬

Ertinya: Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya,
bermakna dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman yang
akan datang mengikut apa yang berlaku pada zaman sebelumnya.
Kaedah ini sama juga dengan perkataan fuquha' : (‫)اإلستصحاب األصل‬
Ertinya:Kembali kepada hukum asal.

Di antara masalah yang terbit daripada kaedah ini.

 Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar


hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang
yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih
berhadas.25

 Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia


syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab
asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh
matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang
asal hari siang masih kekal.

 Perempuan yang ditalak dengan thalak raj'i mengatakan


iddahnya belum tamat maka dibenarkan percakapannya
dan ia berhak menerima nafkah kerana asalnya kekal iddah.

 Pembeli mendakwa telah membayar harga sesuatu kepada


penjualannya pada hal penjual mengatakan harganya belum
lagi dibayar maka hendaklah dibenarkan perkataan penjual
dengan sumpahnya seterusnya harga itu kekal menjadi
tanggungjawab pembeli.

25
IIdhoh al-Qawaid al-Kulliyyah, ms : 23
Qawaid Fiqhiyyah 26

Kaedah Kedua :
Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab
‫األصل براءة الذمة‬

Al-Zimmah dari segi bahasa bererti janji aman, manakala


pada istilah pula ialah perkara yang mengenai seseorang yang
menerima kewajipan dan kepastian.

( (‫براءة الذمة‬bererti terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikat


dengan sesuatu hak.

Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada


permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang
kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga
datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia
kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan


asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang,
maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa
seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan
sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau
dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa.

Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini


ialah:

 Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa


bahawa berlaku kerosakkan pada barang
yang dipinjamkannya di dalam tangan orang
yang meminjam (peminjam) dan ia menuntut
gantirugi barang tersebut, kemudian si
peminjam menafikannya, maka dibenarkan
perkataan orang yang memberi pinjam
(pemilik).
Qawaid Fiqhiyyah 27

 Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal


membawa keterangan terhadap
dakwaannya, kemudian orang yang kena
dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan
supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja,
maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke
atasnya kerana asalnya terlepas daripada
tanggungjawab.

 Seorang yang syak adakah ia telah


melakukan sesuatu perbuatan atau tidak
maka mengikut asalnya ia tidak
melakukannya.

‫من شك هل فعل شيئا أو ال؟ فاألصل أنه لم يفعله‬

Contohnya : seseorang yang syak adakah ia telah


menjatuhkan thalak ke atas isterinya atau tidak, maka
tidak jatuh thalaknya kerana pada asalnya ia tidak
melakukannya.26

Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

‫من تيقن الفعل وشك فى القليل أو الكثير حمل على القليل ألنه المتيقن‬

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan


sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah
pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun
banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang
sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini.

Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

 Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah


tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam
sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka

26
Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 23
Qawaid Fiqhiyyah 28

hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada


melakukannya.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah


mengerjakan sesuatu perkara yang ditegah atau tidak maka
disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada
melakukannya.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah


satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun
tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka
wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia
syak itu.

 Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau


tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia
mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan
basuhan yang ketiga.

 Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah


melakukan tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia
mengambil yang sedikit.

 Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya


dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah ia
mengambil yang sedikit.

Kaedah Ketiga:
Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu
Tiada27
(‫أو(األصل العدم) )األصل فى األمورالعارضة العدم‬

Sebagaimana telah maklum bahawa tiada itu terdahulu


daripada ada
27
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 57, Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 620, Qawaid al-
Khadami, ms 312 dll
Qawaid Fiqhiyyah 29

(‫)العدم سابق على الوجود‬


Tiap-tiap sesuatu yang mendatang, pada asalnya tiada.
Jadi tiada itu terdahulu daripada ada yang didakwakan ada
sebelum daripada dapat disabitkan adanya tetapi masih
diragukan, dan tiada itu merupakan asal, maka hendaklah
dikembalikan kepada asalnya hingga telah sabit perkara baru
yang menentang asalnya. Dari kaedah ini berlaku berbagai
hukum fekah.

 Pemodal mendakwa keuntungan ke atas orang yang


memperniagakan hartanya (‫ )عامل القراض‬pada hal pihak
amil membantah dakwaan tersebut, maka dibenarkan
perkataan pembantah (‫ )عامل‬dengan sumpah sebab
keuntungan itu perkara yang mendatang kerana
sebelum daripada diperniagakan keuntungan tersebut
tidak wujud.

 Telah sabit hutang ke atas seseorang dengan


pengakuan atau penjelasannya kemudian ia mendakwa
telah menjelaskannya atau tuan hutang melucutkannya.
Maka hendaklah dibenarkan perkataan orang yang
memberi hutang sehingga orang yang berhutang itu
dapat membuktikan bahawa ia telah menjelaskan
hutangnya atau hutangnya telah dilucutkan.

 Orang yang memakan makanan orang lain lalu ia berkata


"saya telah diizinkan makan" sedangkan tuannya membantah
(menafikan) maka dibenarkan perkataan tuannya kerana pada
asalnya harta benda itu milik orang lain.

 Penjual dan pembeli berkelahi tentang kesihatan haiwan yang


telah dijual atau dibeli, maka dibenarkan perkataan penjual
kerana perkara yang baru datang (penyakit) itu asalnya tiada
dan selamat (sihat) ialah keadaan asalnya yang yakin.

Kaedah Keempat:
Qawaid Fiqhiyyah 30

Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang


Paling Hampir Sekali28
‫األصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن‬
atau
(‫)األصل اضافة الحادث اِلى أقرب أوقاته‬

Daripada Kaedah ini terbit berbagai cabang hukum :

 Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia


tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka
wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi
mazhab Syafie29 dan wajiblah ia mengulangi sembahyang
yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.

 Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu


perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut
kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak
wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin
berwudhuk dengan air yang najis.


Seseorang yang memukul perut perempuan yang
mengandung kemudian perempuan tersebut melahirkan
anak yang masih hidup dan anak itu terus hidup dalam
jangka masa yang panjang tanpa sakit kemudian ia mati
maka tidak wajib atas orang yang memukul itu membayar
ganti rugi (diat) kerana pada zahirnya ia mati dengan sebab
lain.
Daripada kaedah ini terbit pula satu kaedah:

Asal Bagi Sesuatu Itu Harus Hingga Ada Dalil Yang


Menunjukkan Haram
(‫)األصل فى األشياء االِباحة حتى يدل على التحريم‬

Kaedah ini mengikut mazhab Hanafi bahawa asal bagi


sesuatu itu haram hingga ada dalil yang menunjukkan harus
berbeza dengan pendapat Imam Syafie. Punca khilaf di antara dua
mazhab tersebut berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak disebut

28
Ibn Nujaim, ms : 64, Dur al-Ahkam, juz 1 ms : 25, Syarah al-Alusi, jld 1 ms :
32, Hasyiah Sumbali Zhadah, ms : 85
29
Al-Umm dan Al-Mansur Fi Qawaid oleh al-Zarkasyi, juz 1 ms : 174
Qawaid Fiqhiyyah 31

di dalam nas. Dalil yang menunjukkan mazhab Syafie ialah sabda


Rasulullah SAW:

‫(ما أحل هللا فهو حالل وما حرم هللا فهو حرام وما سكت عنه فهوعفو‬
)‫فأقبلوا من هللا عافيته فاِن هللا لم يكن لينسى شيئا‬

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah


halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara
yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah
kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap
sesuatu.
Al-Tabrani meriwayatkan hadis daripada Abi Sha'labah bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

(‫ان هللا فرض فرائض فال تضيعوها ونهى عن اشياء فال تنتهكوها وحد‬
‫)حدودا فال تعتدواها وسكت عن أشياء من غير نسيان فالتبحث عنها‬

Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mefardhukan pelbagai


kefardhuan, maka janganlah kamu merosakkannya dan menegah
beberapa perkara maka janganlah kamu mencerobohinya.
Menentukan beberapa sempadan maka janganlah kamu
melewatinya dan ia mendiamkan beberapa perkara tanpa lupa
maka janganlah kamu membahasnya.

Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:

 Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada dua pendapat,


yang asahnya ialah halal sebagaimana yang dinyatakan
oleh al-Rafie.

 Jika seseorang syak tentang besar benda yang di tampal


dengan perak maka pada asalnya harus sebagaimana yang
disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muhazzab.

 Masalah zirafah telah berlaku perselisihan di antara fuqaha'


mengenainya. Kata al-Subki bagi pendapat yang terpilih
ialah halal dimakan kerana asal bagi sesuatu adalah halal.
Binatang itu tidak mempunyai taring maka ia tidak termasuk
Qawaid Fiqhiyyah 32

di dalam senarai binatang-binatang haram. Mengikut


pendapat yang kedua : daripada Ibnu al-Qhuttan yang
dinukilkan daripada nas Imam Ahmad Ibnu Hambal dan
diputuskan di dalam kitab at-Tanbih adalah haram. Menurut
apa yang disebut oleh Imam Nawawi

Kaedah Kelima :
Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat
‫االصل فى الكالم الحقيقة‬

Terbit daripada kaedah ini berbagai cabang hukum:30

 Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu


kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut
pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya
ialah anak sejati; (‫) ولد الصلب‬. Menurut pendapat yang lain
pula termasuk juga cucu kerana ditanggungkan di atas
hakikat dan majaz.

 Jikalau seseorang itu bersumpah tidak mahu masuk ke


dalam rumah Muhammad maka sumpahnya tidak dikira
kecuali ia masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh
Muhammad sendiri, sebaliknya tidak terjadi sumpah dengan
rumah yang didiaminya secara pinjam atau sewa kerana
rumah yang disewanya itu adalah majazi.

Berkenaan dengan kaedah "Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan


Oleh Keraguan (Syak)" ada beberapa masalah yang berkaitan
dengannya.

Pertama: Kata Ibnu al-Qas di dalam kitabnya (‫" )التخليص‬yang yakin


tidak dihilangkan oleh syak" ada sebelas masalah :

30
Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 28
Qawaid Fiqhiyyah 33

1. Orang yang menyapu dua khuf merasa syak adakah


tempoh yang dibenarkan itu telah tamat atau tidak maka
hendaklah ia membasuh kakinya.

2. Seorang yang syak adakah ia telah menyapukan khufnya


semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan
tamat tempohnya.

3. Apabila seorang yang musafir bertakbiratul ihram dengan


niat qasar di belakang imam yang tidak diketahuinya adakah
ia musafir atau bermukim wajib ke atasnya sembahyang
secara sempurna (‫)تمام‬.

4. Masalah air kencing binatang di dalam air yang banyak


kemudian didapati air tersebut telah berubah tetapi ia tidak
mengetahui adakah perubahan itu disebabkan oleh air
kencing tersebut atau lainnya maka dikirakan najis.

5. Perempuan mustahadhah yang muthahayyirah wajiblah ia


mandi pada setiap waktu ia hendak sembahyang mengikut
mazhab Syafie kerana ia syak tentang darah yang terputus
sebelumnya.

6. Seseorang yang terkena najis pada pakaian atau tubuhnya


tetapi ia tidak mengetahui di manakah tempat terkena yang
sebenarnya maka wajiblah ia membasuh kesemuanya.

7. Seseorang yang bermusafir kemudian ia meragui (syak)


adakah ia telah sampai ke kawasan mukimnya atau tidak,
maka tidak harus ia mengqasarkan sembahayangnya.

8. Seorang yang bermusafir kemudian ia syak adakah ia telah


niat bermukim atau tidak, maka tidak harus ia mengambil
hukum rukhsah (keringanan).

9. Perempuan mustahadhah yang ditimpa penyakit dedas


apabila berwhuduk kemudian ia syak adakah hadasnya
putus atau belum lalu ia sembahyang dengan whuduk
tersebut maka sembahyangnya tidak sah.
Qawaid Fiqhiyyah 34

10. Orang yang bertayammun kemudian dia terlihat sesuatu


yang tidak diketahui adakah perkara yang dilihatnya itu
bahang panas31 (‫ )سراب‬atau air maka batallah
tayammumnya walaupun pada haqiqatnya perkara yang
dilihat itu bahang yang panas.

11. Seorang yang memanah binatang lalu terkena sasarannya


kemudian binatang tersebut lari dan didapati binatang
tersebut telahpun mati dan ia syak adakah binatang itu mati
disebabkan olehnya atau perkara lain maka binatang
tersebut tidak halal dimakan .

Kedua: Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini bahawa keraguan atau


syak itu ada tiga bahagian .

 Pertama : syak yang berlaku ke atas perkara yang


asalnya haram .

 Kedua : syak yang berlaku ke atas perkara yang


asal nya harus.

 Ketiga : syak yang tidak diketahui asalnya.

Contoh Bahagian Pertama: seperti seseorang yang memasuki


sebuah negeri yang mana penduduknya terdiri daripada orang
Islam dan bukan Islam, kemudian ia mendapati (menjumpai) daging
binatang, maka daging itu tidak halal baginya sehingga dia
mengetahui bahawa daging itu adalah daripada binatang yang
disembelih oleh orang Islam kerana asalnya adalah haram dan ia
syak tentang penyembelihannya yang halal, tetapi jika kaum
muslimin di dalam negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan
yang lainnya maka haruslah ia makan daging tersebut kerana
beramal dengan ghalib yang nyata.

Contoh Bahagian Kedua: Seorang yang mendapati air yang


berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau
lama bertakung, maka haruslah ia bersuci dengannya kerana
beramal dengan ghalib dan beramal dengan asalnya yang suci.

31
Sarob ertinya bahang panas waktu tengahari kelihatan seperti gelombang air
(fatamorgana)
Qawaid Fiqhiyyah 35

Contoh Bahagian Ketiga: Seseorang yang bermuamalat dengan


orang yang kebanyakan hartanya diperolehi secara haram padahal
ia tidak mengetahui adakah wang yang diambil daripadanya itu
diperolehi daripada sumber yang halal atau haram? Maka tidak
haram bermuamalat dengannya kerana mungkin yang diambil
daripadanya itu halal dan tidak wujud kepastian yang haram tetapi
hanya wang makruh sahaja kerana takut terjatuh ke dalam
melakukan perkara yang haram.

Berkata Imam Nawawi: bahawa perbahasan ulama kita


tentang syak terhadap air, hadas, najis, sembahyang, thalak dan
sebagainya ialah perasaan ragu-ragu di antara ada dan tiadanya
samada keduanya sama berat atau salah satu daripadanya lebih
kuat atau lebih rajih itulah yang dimaksudkan dengan syak bagi
ulama-ulama feqah dan kitab-kitab feqah. Tetapi para ulama Usul,
mereka membuat perbezaan berkenaan perkara tersebut. Mereka
berpendapat jika kedua-duanya sama berat dinamakan syak, tetapi
jika salah satu daripadanya itu lebih rajih atau lebih kuat maka
perkara yang rajah itu dinamakan zann, sebaliknya yang lemah itu
marjuh atau waham.32

32
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 82-83
Qawaid Fiqhiyyah 36

Kaedah ketiga:
KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN
‫المشقة تجلب التيسير‬

Melalui kaedah ini banyak hukum-hukum Islam yang


didasarkan kepadanya dan terbit daripadanya segala hukum
kemudahan, kesenangan dan keringanan.

Asal bagi kaedah ini ialah firman Allah swt:

‫))يريد هللا بكم اليسر وال يريدبكم العسر‬

Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan


tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu.33

Dan firman Allah swt:

‫))وما جعل عليكم فى الدين من حرج‬

Maksudnya: Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam


agamamu.34.

Dan sabda Rasulallah SAW:

‫))إنما بعثت بالحنيفية السمحة‬


Maksudnya: Dibangkitkan daku dengan ugama yang samhah yakni
cenderung kepada kebenaran.35

Dan hadis Nabi SAW:

‫) )إنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين‬

33
Al-Baqarah, ayat : 185
34
Al-Hajj, ayat : 78
35
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Jabar
bin Abdullah
Qawaid Fiqhiyyah 37

Maksudnya: Sesungguhnya dibangkitkan kamu dengan


kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan 36.

Dan sabda Rusulallah Saw:

‫يسروا وال تعسروا‬

Maksudnya: Permudahkanlah olehmu dan jangan sekali-sekali


persusahkannya.

Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada daripada


al-Quran ataupun Hadis Nabi Saw. Ini membuktikan bahawa
perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan, kesenangan
dan keringanan. Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan
kepayahan dan kesukaran.

a. Al-Mushaqqah Dari Segi Bahasa

Al-Mushaqqah dalam bahasa Arab ialah diambil daripada


‫شق األمر يشق شقا ومشقة اذا أتبعك‬
Ertinya: sukar keatas perkara itu apabila mendatangkan kesukaran

Firman Allah swt :

‫))وتحمل أثقالكمـ الى بلد لم تكونوا بالغيه اال بشق األنفس‬


Maksudnya: Binatang-binatang ternakan itu membawa bebab
muatan kamu ke negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya
melainkan dengan susah payah.37

Sebenarnya di dalam hukum syara' ada juga terdapat


mushaqqah atau kesukaran sebab hakikat taklif ialah; ‫الزام ما فيه كلفة‬
(mewajibkan perkara yang ada bebanan di dalamnya), tetapi tidak
dinamakan bebanan ke atas manusia hanya mengikut adat sebagai
mushaqqah, begitu juga usaha yang kita sumbangkan untuk

36
Al-Bukhari dan Muslim dan selainnya daripada Abu Hurairah
37
An-Nahl, ayat : 7
Qawaid Fiqhiyyah 38

mencari rezeki atau nafkah hidup, maka menurut adat


kebiasaannya tidak dikira sebagai musaqqah sebab perkara
tersebut dianggap sebagai kebiasaan yang boleh dilakukan oleh
setiap mukallaf.

Mushaqqah sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada


kehidupan dan tidak dinafikan oleh nas-nas syara'. Maka
kesusahan atau kesukaran tersebut tidak boleh dijadikan sebab
atau faktor bagi kemudahan. jikalau kita inginkan kepada
kesenangan di dalam segala perkara bermakna kita tidak ada erti di
dalam perjuangan hidup.
b. Mushaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada
Keringanan :

Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan


kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis
kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat
berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada
kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau
kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti
puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka
syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk
meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.38

Adapun Mushaqqah yang tidak membawa kepada


kemudharatan seperti menggunakan air yang sejuk untuk mandi
dan whudu' maka kesusahahn seperti ini tidak menjadi sebab bagi
mengambil atau mengamalkan hukum keringanan (rukhsah).

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum


Rukhsah

Di antara sebab-sebab atau faktor-faktor kemudahan atau


keringanan di dalam ibadat dan lainnya untuk mengamalkan hukum
rukhsah terbahagi tujuh perkara39:

38
Madkhal al-Fiqh al-Islami
39
Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 85
Qawaid Fiqhiyyah 39

 Pertama: Musafir ( ‫ )السفر‬atau mengembara, maka hukum


syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan
puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam
dan menggugurkan fardu Jumaat.

 Kedua: Penyakit ( ‫)المرض‬, syara' telah memperuntukkan


hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah
mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu
semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh
membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan,
dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa
menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara
isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia
keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk
mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan
menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit
semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

 Ketiga: Paksaan ( ‫)اإلكراه‬, orang yang dipaksa dan diugut


dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa
atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan
perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan
tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah
sebagaimana Firman Allah swt :

‫من كفر باهللا من بعد ايمانه إال من اكره وقلبه مطمئن بااليمان ولكن‬
‫من شرح بالكقر صدرا فعليهم غضب من هللا ولهم عذاب اليم‬

Ertinya: Barangsiapa yang ingkar (kufur) terhadap Allah


sesudah ia beriman kecuali orang yang dipaksa sedangkan
hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka
dadanya kepada kekufuran maka atasnya kemurkaan Allah
dan baginya seksaan yang pedih.40

 Keempat: Terlupa ( ‫)النسيان‬,menjadi sesuatu sebab bagi


hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum

40
An-Nahl, ms : 106
Qawaid Fiqhiyyah 40

secara terlupa tidaklah membatalkan puasa sabda


Rasulallah :

‫من نسى وهو صائم فاكل أو شرب فليتم صومه فانما هللا أطعمهـ‬
‫وسقاه‬

Ertinya: Barangsiapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa


sesungguhnya Allah memberi makan dan minum
kepadanya.41

Mengikut pendapat Imam Maliki RA bahawa orang yang


makan atau minum secara terlupa wajib ia
mengqhadakannya.42

 Kelima: Kejahilan ( ‫)الجهل‬, juga termasuk di dalam keuzuran


yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang
tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah
yang ia miliki secara berkongsi maka syarak
membenarkannya hukum syuf'ah (‫ )شفعة‬di antara mereka
berdua.
 Keenam: Umum Balwa (‫) البلوى‬, juga termasuk di dalam
sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang
terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana
pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya (‫)سلسل البول‬, oleh
itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu
juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di
tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

 Ketujuh: Kekurangan ( ‫)النقص‬, juga termasuk didalam


kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak
(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke
atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan
kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

41
As-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad, Nailu al-Authar Syarh
Muntaqi al-Akhbar Min Sayyidi al-Akhbar
42
Al-Wajiz Fi Iidhohi al-Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, ms : 167
Qawaid Fiqhiyyah 41

d. Pembahagian Rukhsah (‫)رخصة‬

Para ulama Usul Feqh telah membahagikan Rukhsah (‫)رخصة‬


kepada lima bahagian:

 Bahagian Pertama: Rukhsah yang berlaku perkara wajib


seperti makan bangkai ketika ketiadaan makanan, sekiranya
tidak dilakukan boleh membawa kepada kebinasaan badan
dan berbuka puasa bagi mereka yang ditakuti jatuh
kebinasaan pada dirinya.

 Bahagian Kedua: Rukhsah yang berlaku pada perkara


yang sunat seperti mengqhasarkan sembahyang bagi
mereka yang musafir apabila jaraknya tiga marhalah.
Berbuka puasa bagi pesakit atau musafir dan melihat
perempuan yang akan dipinanginya.

 Bahagian Ketiga: Rukhsah yang berlaku pada perkara


yang terlebih baik (aula) kita tinggalkan seperti menyapu
khuf, berbuka puasa bagi mereka yang tidak takut berlaku
kemudharatan ke atasnya dan bertayammum bagi mereka
yang mendapati air tetapi dijual dengan harga yang tidak
berpatutan (mahal) walaupun ia mampu untuk
membelinya.43 Kedua-dua kaedah tersebut Imam al-Ghazali
telah menyebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin dengan
katanya ; ‫ كل ما تجاوز عن حده انعكس الى ضده‬Tiap-tiap perkara
yang melebihi batasannya berpindah kepada sebaliknya.

 Bahagian Keempat: Rukhsah yang berlaku pada perkara


yang harus seperti jual beli secara tempahan (‫)سلم‬.

 Bahagian Kelima: Rukhsah yang berlaku pada perkara


yang makruh seperti qhasar bagi orang yang musafir kurang
daripada tiga marhalah.

Di antara kaedah yang terbit daripada keadah ini berpunca


daripada perkataan Imam as-Syafie RA:

43
Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 35
Qawaid Fiqhiyyah 42

(‫)اذا ضـاق األمـر اتسـع‬

Maksudnya: Apabila suatu perkara (pekerjaan) itu sukar


nescaya diperluaskan oleh syara'. Seperti dimaafkan najis
yang berada pada kaki lalat dan seumpamanya.
Dan terbit pula kaedah yang sebaliknya

(‫)اذا اتـسـع األمر ضـاق‬

Maksudnya: Apabila luas maka berpindah pula menjadi


sempit. Seperti pergerakan yang sedikit di dalam
sembahyang .

Kaedah Keempat :
KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU
DIHINDARKAN
Qawaid Fiqhiyyah 43

‫الضرورة يزال‬

Kaedah ini merupakan salah satu daripada prinsip Islam


yang unggul, dan dijamin oleh syara' untuk dipraktikkan di dalam
kehidupan manusia. Di antara perkara yang termasuk di dalam
prinsip ini ialah seperti mencuri, merampas harta benda orang lain
dan sebagainya. Maka syara' mewajibkan supaya dipulangkan
benda yang dicuri dan harta yang dirampas itu kepada pemiliknya
sekiranya benda itu masih ada atau mestilah digantikan dengan
harga sekiranya benda yang dicuri dan dirampas itu telah rosak.

Begitu juga dengan binaan yang dibina di atas jalanraya


atau dahan pokok kayu yang masuk ke dalam kawasan milik orang
yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka, maka
hendaklah diruntuhkan binaan dan dipotong dahan tersebut.

Dalil bagi kaedah ini sabda Rasullah SAW:

(‫)ال ضرر وال ضرار‬

Maknanya: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan.

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Malik daripada Amru bin


Yahya daripada bapanya secara mursal, manakala al-Hakim
mengeluarkan hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak.
Al-Baihaki dan al-Dharqutni mengeluarkan daripada hadis
Abu Said al-Khudri, Ibnu Majjah telah mengeluarkan hadis ini
daripada Ibnu Abbas dan Ubadah Ibnu as-Shamat.

A. KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI

Kaedah Pertama :
Kemudhratan Mengharuskan Tegahan
‫الضرورة تبيح المحظورة‬

Asal atau dalil bagi kaedah ini, firman Allah swt:


Qawaid Fiqhiyyah 44

(‫)فمن اضطر فى مخمصة غير متجانف إلثم فإن هللا غفور رحيم‬
Ertinya: Barangsiapa yang terpaksa waktu kelaparan untuk
memakan yang haram dengan tiada cenderung kepada dosa
tidaklah mengapa kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.

Dan firman Allah swt:

‫من كفر باهلل من بعد إيمانه إال من أكره وقلبه مطمئن باإليمان ولكن من‬
‫شرح بالكفر صدرا فعليهم غضب من هللا والهم عذاب عظيم‬

Ertinya: Barangsiapa yang mengingkari (kufur) terhadap Allah


sesudah sesudah dia beriman kepadaNya orang yang dipaksa
sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka
dadanya kepada kekufuran, maka ke atasnya kemurkaan Allah dan
baginya siksaan yang amat besar.
Daripada Kaedah Ini Terbit Pula Beberapa Hukum

Antaranya:

 Harus memakan bangkai ketika dharurat, minum arak ketika


terlalu dahaga, harus berubat dengan najis ketika ketiadaan
ubat yang suci (secara dharuri).

 Harus membinasakan tanaman dan binaan orang kafir di


dalam peperangan bagi tujuan melemahkan mereka.

 Harus membongkar kubur setelah dikebumikan mayat


seperti dikebumi tanpa dimandikan atau tidak dihadapkan
ke arah kiblat melainkan jika mayat itu dikebumikan tanpa
kafan kerana mengaibkan si mati.44

Paksaan Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang


Dipaksa

44
Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms :
Qawaid Fiqhiyyah 45

Di antara paksaan yang tidak dibenarkan terhadap orang


yang dipaksa melaksanakannya seperti berzina dan membunuh.45

Kaedah Kedua:
Kemudharatan Dikira Mengikut Keadaannya46
‫الضرورة تقدر بقدرها‬

Kaedah ini sebagai ikatan (‫ )قيد‬bagi kaedah sebelumnya (


‫)الضرورة تبيح المحظورات‬
Hukum-hukum feqah yang termasuk di dalam kaedah ini memang
banyak, di antaranya:

 Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak harus


memakan bangkai kecuali sekadar menahan kebulurannya
sahaja.

 Orang yang diminta pandangan mengenai peribadi


seseorang terhadap orang yang datang merisik untuk
meminang, memadailah dengan membuat sindiran atau
komentar yang ringkas seperti mengatakan bahawa orang
itu tidak layak atau tidak sesuai dengannya tanpa menyebut
sebarang keburukan peribadinya.

 Doktor yang merawat perempuan yang sah dikahwini


(perempuan ajnabiah) yang mengalami kesakitan hanya
diharuskan melihat anggota yang sakit yang diperlukannya
sahaja. Sebaliknya tidak harus melihat lebih daripada kadar
tersebut.

45
Ada juga ulama feqah mendatangkan syarat ( ‫ المحظورات عن‬9‫بشرط النقصان‬
‫ )المحظورات‬ertinya : bahawa kurang benda yang ditegah itu daripada orang yang
di dalam keadaan dharurat seperti orang yang di dalam dharurat, ia tidak boleh
makan mayat jika si mati itu nabi
46
Atau (9‫ )ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها‬Al-Asybah Wan-Nazhoir
Qawaid Fiqhiyyah 46

 Meletakkan pembalut atau tampalan (jabirah) ke atas


anggota yang sakit janganlah melebihi anggota yang tidak
sakit kecuali pada kadar yang tidak dapat dielakkan.

Di dalam menghilangkan atau menghindarkan sesuatu


kemudhratan, berkemungkinan timbul pula kemudharatan yang
lain, maka akan berlakulah perkara yang bertentangan di antara
yang menolak atau menghilangkan kemudharatan dengan
kemudharatan yang akan timbul.

Para fuqaha' telah menetapkan beberapa hukum


berdasarkan kaedah ini. Kemudharatan yang hendak dihilangkan
atau dihindari itu ada kalanya berbentuk umum dan adakalanya
berbentuk khusus.

KEMUDHARATAN KHUSUS

Kemudharatan Khusus terbahagi kepada beberapa


bahagian, adakalanya kemudharatan itu lebih berat, dan adakala
lebih ringan, dan adakala bersamaan.

Jika kemudharatan itu berbentuk umum, mereka telah


menetapkan satu kaedah seperti berikut:

1. Kaedah Pertama:
Ditanggung Kemudharatan Khas (Khusus) Untuk Menolak
Kemudharatan Am (Umum)47
‫يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام‬
Mengikut kaedah asal bahawa setiap individu dibenarkan
menjalani sesuatu tindakan yang memberi manfaat dan
menghindarkan kemudharatan atau kerosakan, melarang
seseorang daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi
mudharat adalah kemudhratan khas yang tertentu ke atas dirinya.
Tetapi jika ia melakukan sesuatu pekerjaan yang akan
menimbulkan kemudharatan am terhadap masyarakat atau
sesebuah negeri, maka dalam keadaan begini hendaklah ia
menerima atau menanggung kemudharatan dirinya (‫ )الخاص‬dengan
tujuan untuk menghindari dirinya daripada kemudharatan umum (
47
Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 87
Qawaid Fiqhiyyah 47

‫)العام‬. Sebagai contoh, penjual senjata dilarang menjual peralatan


tersebut ketika berlaku perang saudara kerana dengan penjualan
itu membawa kepada berlakunya pertumpahan darah dalam
masyarakat.

Seseorang peniaga dilarang daripada menaikkan harga


barangan dengan sesuka hati semasa berlakunya kekurangan
bahan-bahan makanan atau ubat-ubatan bahkan hendaklah pihak
berkuasa mengawal serta menentukan harganya.

Para pedagang dilarang memonopoli (menguasai) barangan


utama bahkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan
menjual barangan tersebuat secara paksa.

Penjual anggur dan sebagainya ditegah menjual kepada


pembeli-pembeli yang telah diketahui bahawa mereka akan
memproseskan barangan tersebut menjadi minuman keras.

Pihak berkuasa berhak melarang mufti yang jahil


mengeluarkan fatwa atau mengajari orang ramai melakukan helah
di dalam syara'.

Kaedah ini adalah antara kaedah yang dianggap penting di


dalam hukum-hukum feqah dan kaedah ini dibina mengikut
kehendak syara' demi menjaga kebaikan (kemaslahatan) hamba.

(‫)مبنية على المقاصد الشرعية فى مصالح العباد‬

Allah swt mengurniakan hukum syara' kepada hambanya


untuk menjaga ugama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta
benda. Maka setiap perkara yang boleh merosakkan perkara
tersebut dikira sebagai kemudharatan yang wajib dihilangkan
mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat difahami
daripada kaedah ini ialah bahawa Islam menjatuhkan hukuman had
potong tangan terhadap pencuri, had bagi peminum arak, had
penzina, had tuduhan berzina (qhazf) dan had terhadap orang yang
murtad.
Qawaid Fiqhiyyah 48

2. Kaedah Kedua :
Kemudharatan Yang Lebih Besar (Berat) Dihilangkan Dengan
Kemudharatan Yang Lebih Ringan.48
‫الضرر األشد يزال بالضرر األ خف‬

Apabila kemudharatan yang lebih besar (berat) tidak dapat


dihilangkan atau dihindari kecuali dengan melakukan atau
menanggung kemudharatan yang lebih ringgan, maka melakukan
atau menanggung kemudharatan yang lebih ringgan untuk
menghindarkan diri daripada kemudharatan yang lebih berat
terpaksa dilakukan.

Kaedah Ini Menghasilkan Beberapa Hukum Feqah

Antarannya:

 Perempuan yang mengandung yang mati tetapi anak yang


di dalam perutnya masih hidup, maka pembedahan
(operation) perlu dilakukan untuk menyelamatkan bayi
tersebut yang masih mempunyai harapan untuk hidup
kerana kemudharatan matinya lebih besar.

 Perampas tanah yang menanam pokok di atas tanah yang


dirampasnya kemudian tanah tersebut telah diambil semula
oleh tuannya, sekiranya perampas tersebut mencabut
pokok tersebut boleh menyebabkan kemudharatan yang
lebih berat, maka tuan tanah boleh mengambil bayaran
daripada perampas tersebut.

 Seekor binatang yang menelan berlian dan tidak dapat


dikeluarkan daripada perutnya kecuali dengan
menyembelihnya, maka pemilik berlian itu bolehlah
menyembelih binatang tersebut dengan membayar harga
yang berpatutan kepada tuannya.

48
Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 206
Qawaid Fiqhiyyah 49

3. Kaedah Ketiga :
Apabila Berlaku Pertembungan Di Antara Dua Kerosakkan
Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih Ringan
‫اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما‬

Maksud kerosakkan atau mufsidah di sini ialah perkara yang


ditegah oleh syara', kaedah atau prinsip tersebut termasuk di dalam
kaedah ( ‫ )الضرور يزال‬iaitu kemudharatan hendaklah dihilangkan
secara keseluruhannya. Beramal dengan kerosakkan tersebut
haram tetapi dilakukan juga untuk menghindarkan kemudharatan
yang lebih berat (besar).

Di antara hukum cawangan yang termasuk di dalam kaedah


ini ialah seperti melarang kemungkaran yang boleh membawa
kepada persengketaan di antara dua orang yang sedang berkelahi,
maka hendaklah didiamkan sementara waktu adalah terlebih utama
untuk mengelakkan daripada berlaku persengketaan yang lebih
besar sehingga ditunggu peluang yang sesuai untuk melarang
mereka daripada berkelahi .

Mengikut mazhab Hanafi, orang yang luka pada dahinya


diharuskan ia sujud secara isyarat untuk mengelakkan daripada
menitis (merebak) darah tersebut ke tempat yang lain seperti
anggota badan atau pakaiannya, ini kerana keburukkan
meninggalkan sujud lebih ringan daripada mengalir darah.49

4. Kaedah Keempat :
Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan
Kemudharatan
‫الضرر اليزال بالضرر‬

Kaedah ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

‫))آل ضرر والضرار‬

49
Madkhal al-Fiqh al-Islami, Kuliah Syariah Universiti al-Azhar
Qawaid Fiqhiyyah 50

Ertinya:Tidak ada kemudharatan dan tidak dimudharatkan .

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa kemudharatan


hendaklah dihilangkan. Untuk menghilangkan sesuatu
kemudharatan hendaklah tidak melibatkan berlakunya bahaya
terhadap yang lain, contohnya adalah sebagaimana berikut:

1. Memadamkan kebakaran atau menolong orang yang lemas


dan sebagainya kadang-kadang boleh mendatangkan
bahaya kepada orang yang menolong.

2. Orang yang terlalu lapar tidak harus ia memberi makanan


yang ada padanya kepada orang yang lain walaupun ia di
dalam kelaparan.

3. Orang yang terlalu lapar tidak harus memotong sebahagian


daripada badannya untuk dimakan.

Kadang-kadang kemudharatan yang baru itu sama berat


dengan kemudharatan yang hendak dihilangkan seperti dua orang
yang sedang menghadapi penyakit yang sama dan sama-sama
memerlukan ubat dan ubat tersebut milik salah seorang
daripadanya, maka ubat tersebut tidak boleh diberikan kepada
temannya.

PERHATIAN: Kata Ibnu as-Subki daripada kaedah "Kemudharatan


tidak dihilangkan dengan kemudharatan" maka dikecualikan
daripadanya apabila salah satu daripadanya lebih besar
kemudharatan50. Menurut Ibnu al-Kattan, mestilah dikaji yang mana
satu lebih ringgan atau lebih berat. Berpunca daripada kaedah ini
diperundangkan hukaman qisas, hudud, memerangi pemberontak (
‫)البغاة‬, perampas/perompak jalanan (‫)قاطع الطريق‬, bertindak balas
terhadap orang yang menyerang, as-syuf''at51 ‫))الشفعة‬, fasakh yang
disebabkan kecacatan pada barang yang dijual, keaiban lelaki atau
perempuan di dalam permasalahan nikah kahwin.

50
Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 96
51
as-Syuf'at bererti sesuatu benda yang dimiliki oleh dua orang dan benda
tersebut tidak boleh dibahagikan seperti kereta dan sebagainya
Qawaid Fiqhiyyah 51

Hukum syarak membenarkan fasakh nikah ke atas suami


yang tidak memberi nafkah, memaksa orang berhutang supaya
menjelaskan hutangnya, memaksa membayar nafkah yang wajib,
harus orang yang kelaparan mengambil makanan orang lain,
memotong tanaman orang lain yang menutupi udara rumahnya.
Membedahkan perut mayat apabila ia menelan harta atau
membedah perut perempuan yang mati apabila ada di dalam
kandungannya bayi yang diharapkan masih hidup dan sebagainya.

5. Kaedah Kelima :
Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada Menarik
Kemaslahatan
‫درء المفاسد أولى من جلب المصالح‬

Apabila ada pertembungan di antara kerosakan dan


kemaslahatan, maka hendaklah diutamakan menolak kerosakan
kerana syara' lebih mengambil berat terhadap perkara-perkara
tegahan daripada suruhan.

SabdaRasulallah SAW:

‫) ) إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شيء فأجتنبوه‬

Maknanya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu perkara


hendaklah kamu membuatnya menurut kemampuan kamu, dan
apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu perkara maka
hendaklah kamu menjauhinya.52

Pengertian Maslahat :

Maslahat ialah perkara yang boleh mendatangkan faedah terhadap


urusan manusia yang merangkumi perkara yang diwajibkan oleh
syara' atau diizinkan olehnya.

52
Hadis riwayat an-Nasai, bab Wajib Haji
Qawaid Fiqhiyyah 52

Pengertian Menolak Kerosakan :

Pengertian "Menolak Kerosakan Lebih Diutamakan


Daripada Menarik Kemaslahatan" ialah jika dilakukan sesuatu
perbuatan yang disuruh atau diizinkan itu oleh syara', sedangkan
dalam masa yang sama ia turut melibatkan berlakunya perkara
yang dilarang, maka hendaklah ditinggalkan perbuatan suruhan itu.

Kata Imam al-Sayuti didalam kitabnya apabila bercanggah


di antara menolak kerosakkan dan menarik kemaslahatan maka
hendaklah didahulukan atau diutamakan menolak kerosakkan
kerana syara' mengambil berat tentang menolak kerosakan
daripada mengambil berat dengan perkara yang disuruh.53

Dalil yang menunjukkan kaedah ini ialah hadis Rasulallah SAW :

‫))أذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شيء فأجتنبوه‬
Ertinya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu hendaklah
kamu membuat menurut apa yang kamu kuasa dan apabila aku
melarang kamu daripada sesuatu hendaklah kamu menjauhinya.

Hadis ini mengarahkan kita melaksanakan suruhan dan


tuntutan mengikut kemampuan yang ada pada kita. Di samping itu,
hadis ini juga menutup pintu kerosakkan samasekali, maka tidak
harus melakukan kerosakkan kecuali di dalam keadaan dharurat
atau terpaksa, ini memberi erti bahawa perkara-perkara yang wajib
itu boleh dipengaruhi oleh mushaqqah iaitu dibenarkan oleh syara'
di dalam rukhsah atau keringanan pada masa yang ada
mushaqqah.

6. Kaedah Keenam :
Hajat Menepati Di Dalam Keadaan Dharurat
‫الحاجة تنزل منزلة الضرورة‬

Kaedah ataupun prinsip yang memang banyak dipakai di


dalam kehidupan seharian samada hajat itu berbentuk umum atau
khas, maka hajat umum seperti syariat telah mengharuskan hukum

53
Al-Asybah wan Nazhoir
Qawaid Fiqhiyyah 53

sewa (‫)اجارة‬, upahan (‫)جعالة‬, pertukaran hutang (‫)حوالة‬, dan


sebagainya, semua perbahasan tersebut diharuskan dalam Islam.

Dalam permasalahan sewaan, sememangnya faedah masih


belum wujud lagi semasa akad sedang berlansung. Berkenaan
dengan permasalahan upahan pula, masih ada perkara yang tidak
diketahui ketika akad sedang dilakukan. Dan mengenai
permasalahan pertukaran hutang (‫ )حوالة‬pula, maka kira bicara
tersebut telah diharuskan oleh syara' kerana memandangkan
bahawa masyarakat memerlukan kepada perkara-perkara tersebut
di dalam muamalat mereka. Oleh itu hajat (keperluan) yang umum
itu adalah dikirakan dharurah atau dengan lain perkataan "hajat
menepati dharurat".

Di antara permasalahan yang termasuk di bawah kaedah ini


ialah harus melihat kepada perempuan semasa bermuamalat dan
lain-lain lagi daripada masalah-masalah yang dihajati atau
diperlukan oleh masyarakat.

Hajat yang khusus pula ialah seperti penampalan bekas


makanan dan minuman dengan perak menurut syarat-syarat yang
diharuskan oleh syara', begitu juga harus memakan harta
rampasan perang (al-ghanimah) di negeri kafir harbi dan tidak
disyaratkan kepada pemakannya bahawa pada waktu tersebut
tidak ada benda yang lain lagi baginya.

Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat

Maksud dharurat ialah jika tidak dihilangkan boleh membawa


kepada bahaya yang besar terhadap orang yang terpaksa atau
dalam keadaan dharurat seperti takut mati kelaparan sekiranya ia
tidak memakan benda yang diharamkan atau takut kepada
ancaman atau ugutan yang merbahaya sekiranya ia tidak
melakukan perkara yang tersebut.54

Maksud hajat pula ialah jika tidak disempurnakan nescaya


melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan. Ini
54
Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Da'imah
Qawaid Fiqhiyyah 54

tidak ada perbezaan di antara hajat umun yang diperlukan oleh


sekelian manusia yang tidak tertentu bagi diri perseorangan bahkan
diperlu oleh seluruh masyarakat atau hajat yang khusus bagi
penduduk sesebuah negeri atau suatu golongan yang tertentu,
tetapi sekiranya hajat itu khusus bagi diri perseorangan sahaja
maka hajat seperti itu tidak menepati dharurat atau dengan lain
perkataan tidak boleh mengambil tempat dharurat.55

Jika kita perhatikan tentang hikmat Allah swt menjadikan


segala makhluk yang mana kita dapati tiap-tiap golongan saling
memerlukan antara satu sama lain, golongan pemerintah
memerlukan rakyat untuk membangunkan negara, rakyat
memerlukan pegawai dan kakitangan kerajaan untuk mengawal
maslahah mereka, golongan kaya atau berkemampuan
memerlukan tenaga buruh dan pekerja-pekerja untuk menjaga
segala kegiatan yang mendatangkan maslahah bersama. Golongan
buruh pula memerlukan orang yang berkemampuan untuk
membiayai sesuatu perusahaannya. Kaum lelaki pula memerlukan
kaum wanita untuk menjaga urusan rumah tangga dan sebagainya.
Sebaliknya pula kaum wanita pula memerlukan kaum lelaki untuk
mengawal dan menguruskan kehidupan mereka. Oleh yang
demikian kehidupan manusia dikira saling memerlukan antara satu
sama lain.

55
Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Dai'mah
Qawaid Fiqhiyyah 55

Kaedah Kelima :
ADAT DIJADIKAN SUMBER YANG DIAKUI
(‫)العادة محكمة‬

A. Pegertian Adat :

Pegertian "adat" dalam bahasa Arab:

( ‫)وهو ما اعتد الناس عليه او طائفة منهم‬

Ertinya : Perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau


segolongan daripada mereka. Di dalam kitab Tajul A’rus
ditakrifkan :
( ‫)تكرير الشيء دائما أو غالبا من األمور المتكررة المعقولة عند الطباع السليمة‬

Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara


yang berulang dan munasabah di sisi tabiat yang sejahtera (sifat
semula jadi).

Ulama Usul Feqh mentakrifkan dengan :

( ‫)االمر المتكرر من غير عالقة عقلية‬

Ertinya: Perkara yang diulangi tanpa berkaitan dari segi aqal.56

Makna “perkara” ialah yang merangkumi perkataan dan


perbuatan. Makna “yang diulangi” ialah perkara yang dilakukan
berkali-kali. Oleh sebab itu perbuatan yang selalu dibuat dinamakan
adat. Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja tidak
dinamakan adat.

56
At-Taqrir wat Tahbir, juz 1 ms : 358
Qawaid Fiqhiyyah 56

Ulama feqah mentakrifkan dengan:

( ‫)عبارة عما يستقر فى النفوس من األمور المتكررة المعقولة عند الطباع السليم‬

Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara


yang berulang lagi logik atau munasabah di sisi tabiat yang
sejahtera (sifat semula jadi).57

Digunakan adat di atas perkara yang berulang-ulang itu


dikira sebagai ittifak di antara ulama Usuluddin dan ulama feqah
tetapi ada juga sedikit perbezaan, kerana ulama feqah tidak
meletakkan syarat yang berkaitan dengan aqal. Maka takrif di sisi
ulama Usul Feqh takrif yang lebih khusu berbanding yang
ditakrifkan oleh ulama feqah.58 Kalau kita teliti bahawa taktif adat di
sisi ulama feqah ialah perkara yang boleh diterima oleh tabiat yang
semula jadi.

Digunakan lafaz adat di sisi ulama feqah sebagaimana


berikut :

1. Di atas perkara yang menjadi adat bagi diri perseorangan


seperti adat atau cara-cara tidur seseorang, berpakaian,
bercakap dan sebagainya. Adat tersebut dinamakan adat
individu atau perseorangan (adat fardhiah).
2. Di atas perkara yang menjadi adat bagi kumpulan (jemaah)
yang berasaskan kepada akal fikiran.

3. Di atas perkara yang berulang-ulang perkara tersebut


berlaku berpunca daripada sebab tabii seperti cepat baligh
bagi mereka yang tinggal di negara yang panas berbanding
mereka yang tinggal di negara yang sejuk.

Pada zaman moden uruf ini diertikan dalam kumpulan


dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang telah muncul di kalangan
orang ramai (masyarakat) yang dipusakai oleh generasi kemudian
daripada generasi yang dahulu dengan syarat uruf itu ada

57
Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 93 daripada syarah al-Mughni oleh al-Humaidi
58
Al-Wajiz Fi Idhohi Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 218
Qawaid Fiqhiyyah 57

mempunyai balasan hukum dari segi undang-undang atau dengan


kuatkuasa undang-undang.59

Sebenarnya kaedah adat dan uruf adalah menjadi prinsip


yang besar dan panjang sehingga ia boleh dijadikan pokok dan
asas di dalam membina hukum feqah begitu juga di dalam undang-
undang ciptaan manusia.yang kita lihat bahawa banyak hukuman
undang-undang ciptaan manusia dikembalikan kepada adat dan
uruf.

B. Dalil Kaedah

Dalil kaedah ini berdasarkan kepada sabda Rasululah SAW :

(‫)ما رآه المسلمون حسنا فهو عند هللا حسن‬


Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di
sisi Allah juga dikira baik.60

C. Pembahagian Uruf Dan Adat

Uruf dan Adat terbahagi kepada :

 Pertama: Terbahagi kepada perkataan dan perbuatan. Di


segi perkataan ialah kita boleh faham secara cepat tanpa
qarinah atau bukti seperti makanan dari segi bahasa
digunakan di atas benda yang dimakan
 Kedua: Perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai
seperti menurut uruf dan adat orang-orang Melayu di mana
mas kahwinnya yang dibayar kepada isteri sebelum ia
disetubuhi.

59
Al-Maqasid as-Syari'yyah al-Islami wa Makarimaha-Maktabah Wahdah al-
Arabiyyah
60
Berkata al-Hafiz al-Syakhawi di dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah, hadis
tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab as-Sunnah daripada
hadis Abi Wail daripada Ibnu Mas'ud. Hadis ini adalah dikirakn mauquf.
Berkata al-Ajluni bahawa hadis ini mauquf hasan, hadis ini dikeluarkan oleh al-
Barraz al-Thaya Lisi, Abu Nua'in dan al-Baihaqi.
Qawaid Fiqhiyyah 58

Uruf dan Adat dibahagikan juga kepada Am dan Khas.

 Pertama: Am (Yang Umum), ialah tiap-tiap perkara yang


menjadi uruf atau dikenali di seluruh negeri bermula
semenjak zaman dahulu hingga zaman moden baik yang
mengenai perkataan atau perbuatan, contohnya perkataan
nazar telah menjadi uruf bagi seluruh orang Islam iaitu
perkara yang wajib ditunaikan jika ia bernazar dengan
perkara yang harus dan sunat.

 Kedua: Khas (Yang Khusus), ialah perkara yang menjadi


uruf atau terkenal di sesetengah negeri Islam seperti masuk
ke dalam rumah orang Islam tanpa membuka kasut seperti
negara Mesir berbeza dengan negara Malaysia sebab
dianggap sebagai satu penghinaan terhadap tuan rumah.

D. Kedudukan Uruf Dan Adat Dari Segi Hujah

Kedudukan uruf dan adat dari segi hujah ialah beramal


dengannya di sisi syara’, inilah yang dimaksudkan oleh para
fuqaha: (‫ )العــرف معتــبر‬iaitu uruf yang diiktibarkan oleh syara’. Dan
perkataan (‫ )العــادة محكمة‬bermaksud adat yang diakui. Dengan itu
sebahagian ulama memahami bahawa yang dimaksudkan dengan
uruf dari sudut hujah ialah bahawa syara’ menganggapnya sebagai
dalil dalam memperundangkan hukum seperti al-Quran dan Hadis.
Mereka berpegang kepada hadis:

(‫)ما رآه المسلمون حسنا فهو عند هللا حسن‬

Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di sisi
Allah juga adalah baik.

E. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha'

Uruf dan adat digunakan di dalam feqah dengan pelbagai


corak, tiap-tiap satu daripadanya dibinakan sesuatu hukum menurut
cara yang khusus kegunaannya seperti berikut:
Qawaid Fiqhiyyah 59

 Pertama: Digunakan sebagai dalil bagi hukum atau dalil


yang mentakhsiskan sesuatu nas seperti uruf bagi
menempah sesuatu benda dan sebagainya.

 Kedua: Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti


atau qhadi di dalam usaha untuk mempraktikkan hukum
yang mutlak. Memandangkan syariat itu didapati di
dalamnya hukum-hukum yang berbeza mengikut perbezaan
adat dan maslahah. Maka kebiasaan syara’ tidak
menentukan sesuatu nas secara khas bagi tiap-tiap
golongan manusia bahkan secara menyeluruh (umum).
Terpulanglah kepada para mufti dan qhadi seperti
menfatwakan mengikut uruf masing-masing.

 Ketiga: Digunakan uruf untuk menjelaskan perkara yang


dikenali ramai tentang buktinya samada memberi keizinan
atau tegahan atau kewajipan penyaksian di dalam
mahkamah dan lainnya.

Kegunaan Adat Seperti 'Uruf

Ulama-ulama telah mentakrifkan Adat sebagai :


( ‫)عما يستقر فى النفوس من األور المتكررة المقبولة عند الطباع السليم‬

Ertinya : Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara


yang berulang dan logik di sisi tabiat yang semula jadi.

Dan mentakrifkan 'Uruf dengan: ( ‫)ما تعارفته العقول وتلقنه األئمة بالقبول‬

Ertinya: Perkara yang telah diketahui oleh akal dan menjadi


sebutan oleh ulama dengan penerimaan.
Perkara yang menjadi adat boleh diterima pakai seperti uruf
pada beberapa masalah :

Di antaranya: masa yang maksimun dan minimum bagi


tempoh haid dan umur yang minimum bagi baligh.61

61
Al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 276
Qawaid Fiqhiyyah 60

Al-Imam al-Zarkasyi ada menyebut bahawa Imam as-Syafie


tidak mengambil kira tentang adat pada dua masalah:

1. Seseorang yang meminta untuk mencatatkan sesuatu


dengan seseorang mengikut adatnya diberi upah.
Sedangkan masa minta itu dia tidak menyebut sebarang
upah maka dia tidak berhak memintanya.

2. Ketiadaan sah jualbeli tanpa ijab dan qabul (‫ )معاطاة‬sekalipun


perkara tersebut telah menjadi adat.62

Kedua-dua fatwa tersebut menyalahi pendapat al-mukhtar,


mengikut pendapat al-mukhtar pada masalah yang pertama
memerlukan huraian iaitu seseorang yang meminta untuk menjadi
pencatit bagi seseorang walaupun ia tidak menyebut upah
sedangkan mengikut adat dengan cara yang ia lakukan itu boleh
menerima upah maka ia berhak menuntut upahya tetapi sebaliknya
jika tidak menjadi adat maka ia tidak berhak menuntut upahnya.

Pada masalah kedua pula (‫ )آلمعاطاة‬mengikut pendapat Imam


al-Mutawalli, al-Bhughawi, al-Nawawi dan lain-lain lagi.bahawa
jualan secara tersebut adalah sah sekiranya telah menjadi adat dan
cara yang di lakukan itu dikirakan sebagai jualan seperi dilakukan
jualan tersebut dengan cara perbuatan.

Mengikut pendapat Ibnu Suraij dan al-Ruwiyani bahawa


jualan tersebut telah di haruskan oleh syarak pada benda-benda
yang nilainya rendah sahaja pada uruf.seperti sebiji roti dan
sebagainya.

Khilaf Ulama Dalam Menetapkan Adat :

Mengikut pengarang kitab al-Mawahibussaniah a’la al-


faraidi al-bahiyyah: boleh dihukumkan sebagai adat walaupun
sekali berlaku sahaja seperti hamba yang mencuri harta,
perempuan yang istihadhah dan lain-lain lagi.

62
Mengikut nas yang difatwakan oleh Imam as-Syafie RA (al-Mansus) al-Fawaid
al-Janiyyah, ms : 277
Qawaid Fiqhiyyah 61

Ada juga untuk menentapkan adat itu sekurang-kurangnya


dengan berulang-ulang dua atau tiga kali, sebagai contoh, untuk
mengenal pasti keturunan seseorang (‫ ) القائف‬ketika tidak diketahui
siapakah keluarganya dan seperti binatang yang dilatih untuk
berburu tidak boleh diambil kira binatang tersebut telah menerima
ajaran jikalau dengan sekali percubaan sahaja.63

Imam al-Ghazali telah menentapkan adat itu sekurang-


kurangnya berlaku tiga kali pada masalah binatang pemburuan
tersebut, tetapi kebanyakan ulama menghukumkan dhaif pendapat
tersebut berpandukan firman Allah Taala :

‫( )احل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح‬

Erinya: Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik (elok) dan


daging binatang yang diburu oleh binatang perburuan.

Mengikut pendapat yang muktamad hendak dikirakan


binatang perburuan itu telah menerima ajaran atau tidak hendaklah
dicuba dengan berulang-ulang kali sehingga timbul pada sangkaan
(zhann) kita bahawa binatang itu telah menerima ajaran.

Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini ialah :

Yang Terkenal Dari Sudut 'Uruf Seperti Yang Terkenal Dari


Sudut Syarat
(‫)المعروف عرفا كالمشروط شرطا‬

Yang dimaksudkan dengan "syarat" adalah perkara yang


lebih umum daripada perkataan yang menunjukkan keizinan bagi
perkataa-perkataan akad atau keterangan yang menyatakan jenis
yang dikehendaki atau menyatakan kadar yang dikehendaki di
dalam maksud sesuatu akad.

63
al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 283
Qawaid Fiqhiyyah 62

 Sebagai contoh 'uruf atau adat yang diizinkan oleh


syara’ adalah sesiapa yang melihat kebakaran yang
berlaku di dalam rumah seseorang atau melihat
seekor lembu yang ditimpa kemalangan, maka
dengan ini bermakna syara’ telah mengizinkan untuk
masuk ke dalam rumah tersebut bertujuan untuk
memadamkam kebakaran walaupun dengan tidak
meminta izin daripada tuannya. Begitu juga dengan
menyembelih lembu tersebut. Oleh yang demikian ia
tidak wajip menggantikannya.

 Contoh yang lain pula tentang masalah


menyampaikan kiriman kepada seseorang yang
tertentu, maka di sisi uruf dan adat jika seseorang itu
tidak ada di rumah, maka memadailah dengan
disampaikan kepada isteri dan anak mereka.

 Contoh yang menunjukkan larangan ialah tanda


papan yang diletakkan di tepi jalan. Ini menunjukkan
tidak harus memasukki jalan tersebut.

 Contoh yang menunjukkan jenis-jenisnya selepas


ditentukan seperti menyewa rumah yang tidak
disebutkan keterangan secara teperinci maka
memberi sewa merupakan satu penjelasan untuk
didiami rumah tersebut dengan bebas tidak kira
berapa ramai jumlah ahli keluarganya dan memberi
penjelasan untuk menjalankan apa-apa projek yang
dikehendaki oleh penyewanya .

 Keempat : Digunakan pada pemangkin uruf di sudut


bahasa .

Tiap-tiap orang yang bercakap ditangguhkan


percakapannya di atas uruf secara umum sama ada
percakapan syara’ atau yang semata-mata keluar daripada
manusia seperti perkataan solat dari sudut bahasa ialah
doa dan dari segi syara’ pula ialah perkataan-perkataan dan
Qawaid Fiqhiyyah 63

perbuatan-perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan


takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada segala


hukum yang mengandungi segala kewajipan dan
sebagainya hendaklah dilakukan mengikut kehendak
urufnya.

 Kelima : Digunakan uruf pada perkara yang biasanya


berlaku dan diketahui secara umum.

Untuk menguatkan (mentarjihkan) sesetengah mazhab


di dalam feqah dengan syarat setiap mazhab yang hendak
ditarjihkan itu adalah yang mempunyai dalil yang boleh
diterima sebagai contoh, ialah ditarjihkan mazhab Hambali
yang menyatakan pemegang gadai harus mengambil
faedah daripada perkara yang digadinya tanpa keizinan
daripada pihak yang menggadainya seperti binatang yang
boleh diperahkan susunya atau dutunggani sebagai
kenderaan dengan syarat pemegang gadai telah
mengeluarkn belanja untuk menjaganya (membelanya), dan
ia boleh mengmbil fedah sekadar perbelanjaan yang telah
dikeluarkan sahaja kerana uruf masyarakat telah melakukan
perkara yang sedemikian.

Fatwa ini becanggah dengan pendapat jumhur ulama’


kerana mengikut pendapat mereka, pemegang gadai tidak
dibenarkan mengambil apa-apa faedah terhadap benda
yang digadai. Tiap-tiap pendapat mazhab itu masing-masing
mempunyai dalil yang boleh diterima pakai. Dan harus
mengambil faedah terhadap benda-benda yang digadai itu
dengan syarat mendapat keizinan pemberi gadai (tuan
asalnya) kerana uruf masyarakat telah lazim melakukannya.
Dan setengah daripada pendapat mazhab bahawa mereka
tidak membenarkan mengambil apa-apa faedah walaupun
sedikit sahaja.

 Keenam : Digunakan pada adat yang mendatangkan kesan


terhadap hukum syara’ kerana keadaan sekitar masyarakat
Qawaid Fiqhiyyah 64

telah menerima pakai perubahan yang memerlukan kaedah


jangka lebih (‫)احتياط‬. Inilah yang dinamakan kerosakkan
zaman sebagai contoh keadilan saksi-saksi yang boleh
diterima pakai. Tidak dapat dibuktikan pada zaman
sekarang kecuali dengan (‫ )تزكية‬iaitu pembersihan atau
sokongan orang lain yang mengatakan si polan (individu) itu
adalah seorang yang baik . Sebab pada zaman ini telah
berlaku pendustaan secara meluas dan iman manusia telah
rapuh sedangkan pada zaman silam memadai dengan
semata-mata seseorang individu itu beragama Islam sahaja

F. Syarat-Syarat Yang Diiktibar Oleh 'Uruf Dan Adat :

Sebagai yang telah maklum bahawa uruf dan adat


digunakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan tiap-tiap satunya
ada caranya yang tersendiri untuk membezakan hukum di antara
kedua-duanya, tetapi pemangkin itu disyaratkan pula dengan
pelbagai syarat. Di antaranya ada syarat yang berbentuk umum
dan ada syarat yang berbentuk khusus dalam setengah pemangkin.
Pendeknya syarat-syaratnya itu dapatlah diringkaskan seperti
berikut :

Syarat Pertama : Bahawa tiap-tiap uruf dan adat itu mestilah


digunakan secara menyeluruh (umum) atau ghalibnya. Iaitu
digunakan oleh kebanyakan. Makna menyeluruh ialah uruf itu
digunakan di merata-rata tempat ,iaitu tidak timbul perselisihan
antara ahli uruf samada yang umum dan yang khusus .

Dan makna ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh


kebanyakan masyarakat. Ini kerana uruf itu menjadi tetap dan
dipersetujui setelah digunakan oleh semua lapisan. Oleh yang
demikian para fuqaha’ mengatakan :

( ‫)العبرة بالغالب الشائع ال بالنادر‬

Maksudnya : Yang muktabar itu ialah yang ghalib dan yang


diakui di merata. Ini adalah syarat yang umum dalam segala
kegunaan uruf dan adat.
Qawaid Fiqhiyyah 65

Syarat Kedua : Hendaklah uruf itu umum dalam semua negeri


Islam dan inilah 'uruf yang dijadikan sebagai dalil bagi hukum pada
sudut zahirnya dan menunjukkan kepada dalil yang sebenarnya
seperti kedudukan ijma’ (sepakat ulama’) dan al-Masalihul
Mursalah merupakan uruf yang mengharuskan iaitu manfaat
membuat sesuatu benda dan mengharuskan wakaf benda-benda
yang boleh dipindahkan.64 Sebagaimana yang maklum ijma’ itu
tidak mungkin berlaku kecuali dengan persetujuan seluruh ahli
ijtihad di dalam semua negeri. Begitu juga dengan al-Masalihul
Mursalah tidak diakui melainkan dengan maslahah yang dikira
umum atau maslahah yang berbentuk kuliyyah yang mempunyai
sebab yang tetap dan nyata terhadap maslahah yang umum .

Syarat Ketiga : Hendaklah uruf dan adat itu tidak ditentang dan
berlawanan dengan sesuatu hukum yang mempunyai dalil syara’.
Sekiranya wujud percanggahan dengan dalil tersebut , maka
terbatallah uruf tersebut seperti uruf bahawa ramai orang yang
meminum arak, berjudi, makan riba di merata- rata tempat, orang
perempuan mendedahkan aurat dan sebagainya .

Dalil bagi syarat ini telah sah daripada syara’ yang


mengetahui tentang maslahah-maslahah manusia untuk
mentadbirkan urusan mereka. Maka ini dikirakan benar dan telah
menjadikan pegangan di kalangan orang ramai. Sebagaimana yang
telahpun maklum bahawa uruf itu dikira tidak maksum. 'Uruf yang
tidak bertentangan dengan dalil syara’ sahaja yang dapat diterima
pakai atau muktabar .

Sebagai contohnya uruf orang ramai di dalam adat di dalam


perniagaan, peraturan, kehakiman , undang-undang kemasyarakat
yang diperlukan oleh masyarakat .

Syarat ini adalah berbentuk umum di dalam kegunaan uruf


jikalau seseorag itu berkata ;”Aku wasiatkan harta bendaku kepada
kerabatku “. Mengikut uruf kerabat itu adalah secara umum yang
merangkumi di kalangan kerabat yang mempunyai bahagian di
dalam harta pusaka simati. Maka kerabat di sini tidaklah
64
Madkhal al-Fiqh al-Islami
Qawaid Fiqhiyyah 66

termasuklah kerabat yang dikira layak memgambil bahagian harta


pusaka. Ini kerana wujud percanggahan dengan sabda rasullah
SAW :
(‫)ال وصية لوارث‬

Ertinya : Tidak ada wasiat bagi waris.

Syarat Keempat : Hendaklah uruf itu merupakan kepastian, iaitu


perkara yang wajib dipakai mengukut pandangan masyarakat atau
merupakan adat sebahagian daripada penduduk negeri walaupun
tidak menjadi adat bagi negeri-negeri lain. Semua itu kembali
kepada uruf masing-masing atau setempat.

Kata fuqaha’ pada perkara yang disebut oleh syara’ secara


mutlak tanpa diterangkan keadan secara teperinci dan tidak
diterangkan disudut bahasa, maka dikembalikan kepada uruf .
Contohnya tempat simpanan atau tempat yang khas terhadap
benda yang dicuri waktu haidh dan tempohnya dan lain-lain lagi.
Tetapi terdapat beberapa masalah yang tidak diiktibarkan uruf,
padahal ia tidak dikterangkan secara teperinci di dalam syara’ dan
bahasa . Di antaranya :

1. Jual beli dengan cara memberi dan mengambil tanpa


melafazkan akad adalah tidak sah mengikut mazhab al-
Syafie, tetapi setengah daripada pendapat mazhb lain adalah
sah.
2. Masalah seseorang yang memberi suatu bahan kepada
tukang untuk dibuat suatu benda dan adat tukang mengikut
kebiasannya mengambil upah terhadap usahanya itu. Maka
tukang tersebut tidak berhak menerima upah sekiranya dia
tidak menyebut syarat mengikut pendapat yang asah.

G. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini

Boleh dikira sebagai adat walaupun dengan sekali berlaku sahaja.


Seperti perempuan (‫ )مستاضة‬dan adakalanya dengan berulang kali
seperti masalah untuk kenal pasti keturunan seseorang (‫ )القائف‬dan
adakalanya dengan berulang kali seperti hendak kenal pasti anjing
Qawaid Fiqhiyyah 67

pemburuan, adakah anjing tersebut memang benar telah menerima


ajaran daripada tuannya atau tidak dan seperti suara ayam untuk
menjadi panduan bagi masuknya waktunya solat dan lain-lain lagi .

Adat diambil kira sekiranya ia tidak menyalahi (bertentangan).


Contohnya seorang yang menjual sesuatu dengan beberapa
dirham dengan menyebut dirham secara itlak (umum). Maka
dihukumkan dirham itu dengan dirham yang ghalib (kebiasaan)
digunakan pada tempat tersebut.65 Tetapi jikalau adat itu
menyalahi,maka hendaklah diberikan penjelasan terlebih dahulu
sekiranya tidak diberi penjelasan, maka jual belinya itu tidak sah.

TAMATLAH SUSUNAN BUKU INI DI DALAM SIRI YANG


PERTAMA DAN AKAN DISAMBUNGKAN PULA DI DALAM SIRI
YANG KEDUA YANG DIMULAKAN PADA BAB YANG KEENAM.
(‫)االجتهاد الينقض باالجتهاد‬
Ijtihad Tidak Dibatal Dengan Ijtihad
SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Al-Quranul Karim

2. Hadith an-Nabawiyyah

3. Al-Asbah wa Nazair, oleh al-Imam Jalaluddin Abd Rahman As-Sayuti-


Darul Ihyaa wal kutub al-Arabih Isa Baabial-halabi al-Kaherah Mesir .

4. Al-Fawaid al-Janiyyah Hasyiah al-Mawahibul al-Saniah ala al-Faraidi


al-bahiyyah, oleh fadhilatul al-ustaz I’lmuddin Mohd yassin B. Isa al-
fadani.

5. Al-Indunisi al-Makki- maktabah Mohd salleh Ahmad Mansur al-Baz bi


Babil al-Salam- maktabah mukarramah.

6. Iidhahul al-Qawaid al-Fiqhiyyah, oleh Syeikh Abdullah B. Said Mohd


Ubbadi al-Lahji al-Hadrami al-Syahari- Maktabah al-Madani –1388
hijrah.

7. Maqasidul al-Syariah al-Islamiah wa Makarimiha, oleh 'Alal al-Fasi


-Maktabah al- Arabiah al-Darul al-Bhaida”- Magribi.

8. Nailul Autar Syarah Muntaqa al-Akhbar min Ahadis Sayyid al-Akhbar-


Maktabah al-Usmaniah al-Masriah- 1357 hijrah.

65
Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 39
Qawaid Fiqhiyyah 68

9. Al-Asbah wan-Nazair 'ala Mazhabi Abi Hanifa al-Nukman, oleh – Inbu


Najaim Zanul al-Abidin B. Ibrahim muasssah wa syurakaat lil nasri wa
taufik al-Kaherah Mesir- 1387hijrah bersamaan 1968 masihi .

10. Al-Mansur Fi al-Qawaidi al-Fiqhiyyah, oleh al-Iman Badruddin al-


Zarkasyi -Ditahqiq oleh Dr Taisir faiq Mahmud daripada Mansyuraat
al-Auqaf was-Syu'un Islamiah Fil Kuwait cetakkan pertama . 140 hijrah

11. Al-Muqnie, oleh al-Imam Mauqifuddin Abd B. Ahmad B. Quddamah –


maktabah al-Riyadh al- Hadisah 1400 hijrah .

12. Lisanul Arab, oleh Ibnu al-Manzur Jamaluddin Mohd B. Mukrim , Darul
Shodir wa dar Bairut- 1374 hijrah .

13. Al-Taqriru wat-Tahbir, oleh ibnu Amir oleh al-haj matba’ah al-ula,
maktabah al-Amiriah al-Kubra Mesir- 1317 hijrah .

14. Syarahy al-Muhazzab oleh al-Iman al-Nawawi.

15. Al-Tahqiq, oleh al-Imam al-Nawawi.

16. Tuhfah, oleh innu hajar al-Haitami.

17. Al-Umm, oleh Muhammad Idris al-Syafie.

18. Taufiqul al—Illah Hasyiah Sunbuli Zadahul A’lal Asybah - maktabah


as-Sulaimaniyyah Istanbul .

19. Kkhatimah Mujami’ al-Haqaiq, oleh al-Khadimi Abi Said Mohd B.


Muhammad -maktabah al-Amirah Istanbul 1308 hijrah .

20. Al-Madkhal al-Fiqhul al-Islami Nukhbatul, daripada ulama’ al-Azhar


( Ahmad Abu Sunnah dan ramai lagi).

21. Qlyubi wa Umairah – maktabah darul ihya il Kutub al-Rabiah Faisal Isa
al-Baabi al-Halabi.

22. Syarah Majallatul al-Adliah, oleh al-Aatasi -maktabah humus 1349 H

23. Al-Wajiz Fi Iidhahil Qawaidi Fiqhi al-Kulliyyah, oleh Dr. Mohd Sidqi
B.Ahmad al-Brno –maktabah al-taubah al-Rayadh 1415 hijrah.

You might also like