P. 1
MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

4.75

|Views: 38,043|Likes:
Published by KiNg MaSaI

More info:

Published by: KiNg MaSaI on Apr 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/28/2014

pdf

text

original

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN

KEMAHIRAN BELAJAR
(KERJA KURSUS PENDEK)

KURSUS SEMESTER OPSYEN NAMA

: PPISMP (JUL. 2007 – DIS. 2012) :2 : RBT/BI/BM (KUMPULAN 2) : MOHAMAD SUFIYAN BIN SAMSUDIN

I/C NOMBOR : 900316-01-6417 PENSYARAH : ENCIK HUSIN BIN YAAKOB T. SERAHAN : 21 MAC 2008

Sebab-Sebab Berkemungkinan Berlakunya Masalah Pengkid.

Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki

dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciriciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’. Setelah kami membuat kajian, saya mendapati bahawa punca berlaku masalah ini dapat dikategorikan sekali ialah nagara. kepada tiga bahagian iaitu diri sendiri, keluarga atau masyarakat dan akhir

1. Diri sendiri.

Pada peringkat ini, saya mendapati bahawa seorang pengkid menghadapi masalah kekeliruan mengenai jantina mereka. Mereka menolak fitrah mereka sebagai wanita. Mereka berasa kewujudan mereka sebagai wanita adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka menganggap diri mereka adalah seorang lelaki walaupun berjantina wanita. Dalam kekeliruan itu, mereka mula memakai pakaian lelaki demi menunjukkan ‘kelelakian’ mereka. Hal ini hanya akan berlaku jika dan hanya jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Di dalam syariah Islam, adalah haram bagi seorang lelaki cuba menyerupai wanita dan sebaliknya. Hal ini dapat dijelaskan dengan petikan daripada kitab Sahih alBukhari iaitu "ALLAH melaknat lelaki yang cuba menyerupai wanita dan wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat alBukhari)". Mereka telah mengetepikan ajaran Islam dan perintah Allah. Mereka tidak menghiraukan mengenai dosa, perkara yang halal dilakukan atau haram. Mereka melanggar semua perintah Allah. Ini kerana hubungan sejenis adalah haram disisi Islam. Pengharamannya adalah jelas melalui kitab Allah iaitu Al-Quran melalui kisah kaum Nabi LUTH dimana perkampungan mereka (Bandar Sodom) telah diterbalikkan oleh Allah kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis walaupun telah dilarang berkali-kali. Di dalam Islam telah diterangkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, tetapi boleh menjadi lebih hina berbanding binatang apabila membiarkan akal dikawal oleh hawa

nafsu. Golongan Pengkid bertindak berdasarkan nafsu. Mereka mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan perintah agama. Sebagai contoh mereka sanggup membelakangkan agama dan menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan ketat agar dapat mencari ‘teman wanita’. Mereka juga sanggup mencuri wang daripada keluarga untuk diberikan kepada ‘teman wanita’ mereka sebagai lambang percintaan mereka. Mereka melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Walaupun mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh nafsu. Oleh itu, mereka sanggup melakukan sebarang perkara untuk memuaskan nafsu kerana akal mereka telah dikuasai nafsu. Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina, tidak mempunyai pengetahuan agama yang mantap, dan bertuankan hawa nafsu bukannya akal, adalah golongan manusia yang berkemungkinan menjadi pengkid.

2. Keluarga atau masyarakat.

Dalam konteks keluarga pula, merupakan antara faktor penyumbang berlakunya gejala ini. Ini kerana terdapat keluarga yang berpendapatan rendah akan membelikan anak perempuannya baju kanak-kanak lelaki. Ini kerana baju kanak-kanak lelaki lebih murah berbanding baju perempuan. Apabila anak itu dididik seperti seorang lelaki sejak kecil lagi, inilah yang mengakibatkan kekeliruan jantina kerana mereka telah selesa menjadi seorang ‘lelaki’ berbanding wanita. Mereka juga telah hilang sifat-sifat kewanitaan sejak kecil lagi. Selain daripada itu, terdapat juga jenis keluarga yang amat mengharapkan anak mereka adalah lelaki. Mereka membeli permainan, pakaian, dan segala barang keperluan untuk bayi lelaki. Apabila bayi yang lahir itu bayi perempuan, mereka tetap menggunakannya barangan yang telah disediakan itu. Secara tidak langsung mereka telah mendidik anak perempuan mereka untuk menjadi seorang lelaki. Masyarakat pula mengakibatkan masalah ini semakin sukar untuk dibendung. Manusia merupakan makhluk yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dengan selesa. Ini bermakna manusia perlu hidup dalam komuniti tersendiri. Dalam hal ini, masalah pengkid ini hanya timbul apabila segolongan pengkid di dalam satu masyarakat. Ini kerana jika seorang pengkid itu keluar mencari pasangan untuk memuaskan nafsunya, tetapi tiada seorang pun yang sanggup melayannya. Lama-kelamaan dia akan berasa bosan, terpencil, dan mungkin dia akan kembali kepada fitrah.

Tetapi jika terdapat walau seorang yang melayannya, maka dia akan menjadi lebih berani untuk melakukan pelbagai perkara yang lain. Selain daripada itu, dia akan menjadi satu contoh yang tidak baik kepada pengkid lain yang selama ini hanya memendamkan perasaannya di dalam hati. Pengkid yang lain akan mula menunjukkan perasaan sebenar mereka kerana mereka telah berjumpa dengan golongan mereka dan mengetahui kepada siapa nafsu mereka boleh disalurkan. Dengan itu, mereka memperoleh pengalaman keseronokan. Pengalaman yang menyeronokkan ini telah membuatkan akal mereka menjadi buta kepada perkara yang hak dan batil. Ditambah dengan sikap masyarakat yang mengamalkan ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’, mereka akan terus hanyut dan hidup bergelumang dengan dosa selagi mereka tidak kembali kepada fitrah dan jalan Allah. Mereka berasa aman kerana walaupun perbuatan mereka akan menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak pernah ditegur. Mereka bermaharajalela untuk melakukan apa-apa sahaja kerana masyarakat hanya mementingkan dirinya sahaja.

3. Negara.

Negara juga menjadi sebagai punca yang menyumbang kepada masalah ini. Di negara ini, bahan-bahan lucah amat mudah untuk didapati sehingga pelajar sekolah juga boleh membelinya dengan harga yang murah. Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan anda mempunyai wang. Ini merupakan sebab utama kepada segala masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Pengkid yang menonton filem lucah akan terangsang dan secara tidak langsung terdesak mencari pasangan untuk melepaskan nafsu mereka. Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan lebih mudah untuk mendapatkan bahan lucah. Ketidakmampuan kerajaan untuk mencari dan menyekat laman web lucah daripada dilayari juga menjadi sebab kepada masalah sosial. Mereka hanya perlu menaip hanya beberapa perkataan, kemudian dapat menonton filem-filem lucah. Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggung jawab dalam masalah ini kerana mereka menyumbang kepada penyebaran masalah ini.

Punca-punca kemungkinan masalah.

asuhan keluarga. golongan pengkid pada tempat yang sama. masyarakat yang tidak peduli.

DIRI
kekeliruan jantina. urang pengetahuan agama. bertindak mengikut hawa nafsu.

MASYARAKAT

PENGKID

NEGARA
penyebaran bahan lucah secara berleluasa. kewujudan internet.

Sebab Sebenar Berlakunya Masalah Pengkid

Gejala pengkid semakin menular di negara kita, Malaysia. Dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 10 000 orang pengkid di

seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak 80 peratus merupakan pengkid yang berketurunan Melayu sementara bakinya daripada bangsa-bangsa lain. Lebih mengejutkan lagi 80 peratus daripada bangsa Melayu itu terdiri daripada pelajar sama ada pelajar sekolah mahupun mahasiswi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Persoalannya di sini, apakah puncanya para pelajar ini menjadi seorang pengkid? Terdapat ramai tokoh terkemuka negara telah menyuarakan pendapat mereka apabila disoal mengenai masalah pengkid yang melanda negara kita baru-baru ini. Berikut dinyatakan beberapa pendapat mengenai punca yang menjadikan masalah ini berlaku. "ALLAH melaknat lelaki yang cuba menyerupai wanita dan wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat al-Bukhari)," jelas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau mengeluarkan kenyataan ini semasa ditemu bual oleh Dewan Masyarakat bagi mengupas masalah golongan pengkid ini. Dengan ini jelaslah bahawa sebenarnya golongan pengkid merupakan golongan manusia yang kurang pengetahuan atau didikan mengenai agama islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan peratusan pengkid dimana sebanyak 80 peratus daripada pengkid adalah daripada bangsa Melayu yang beragama islam. Agama islam merupakan satu agama yang syumul, iaitu lengkap untuk sepanjang zaman. Segala masalah yang berlaku pada hari ini sebenarnya telah diterangkan oleh Allah melalui Al-Quran dan Al-

Sunah. Apabila pengetahuan agama kita tidak mantap, maka mudahlah bagi syaitan untuk menggoda dan menghasut kita supaya melakukan kemungkaran. Oleh itu, tanpa pengetahuan agama yang mendalam, kita menjadi lebih mudah untuk terjebak dengan berbagai-bagai masalah sosial. Beliau juga mengatakan bahawa perkara-perkara negatif juga boleh disebabkan oleh pengalaman yang menyeronokkan. Apabila seseorang merasakan seronok melakukan perkara negatif itu, maka dia boleh menjadi ketagih untuk terus mengulangi perlakuannya itu. Dia akan menjadi alpa dengan asal-usul dirinya serta melupakan cara untuk mendapatkan keseronokan secara halal. Menurut beliau, kekeliruan dan kecelaruan perasaan juga merupakan faktor kepada masalah ini. "Jika mereka berpendapat kecelaruan perasaan itu kadang kala sesuatu yang normal mungkin boleh diterima. Namun jika aktiviti kecelaruan itu dikatakan sesuatu yang normal, hal ini tidak dapat diterima," tegasnya. Namun begitu, kekeliruan ini perlu dibendung pada peringkat awal kerana semakin lama dibiarkan ia akan menjadi lebih sukar untuk diatasi dan boleh merosakkan seseorang.

"Istilah

pengkid

dalam bahasa

Melayu merujuk kepada

perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja perempuan atau

lazimnya disebut lesbian (bahasa Inggeris) dalam kalangan wanita devvasa. Homoseksualiti yang melibatkan perempuan (pengkid dan lesbian) dikatakan ‘wujud dalam kekaburan' dan bergerak dalam senyap. Isu ini masih dianggap 'rahsia terbuka' yang malu dibincangkan secara terbuka," kata Profesor Madya Mohd. Makzan Musa dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Utara Malaysia. Menurutnya pola perlakuan seksual manusia mengikut disiplin psikologi Barat diperjelaskan dengan konsep orientasi seksual dalam tiga kategori iaitu heteroseksual (hubungan lelaki dengan wanita), homoseksual (hubungan sejenis sama ada lelaki atau wanita), dan biseksual (hubungan dengan lelaki dan wanita). Beliau mengatakan bahawa homoseksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keluarga yang mempengaruhi perkembangan psikoseksual individu. Perkembangan orientasi seksual bermula pada usia muda dan orientasi seksual bukannya satu pilihan. Terdapat andaian bahawa 'jatuh berahi' wujud secara semula jadi. Keadaan ini juga berlaku dalam kalangan lesbian dan gay. Beliau mengatakan tarikan homoseksual adalah pengalaman biopsikososial yang berlaku dalam diri secara senyap tetap bersifat dinamik. Pembentukan identity homoseksual berlaku mengikut beberapa tahap kekeliruan iaitu perbandingan identity, toleransi identity, penerimaan identity, dan sintesis identity. Homoseksualiti berlaku disebabkan oleh masalah didikan, hubungan dan layanan antara ibu bapa dengan anak pada masa

kecil, pengaruh rakan sebaya, persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina yang dikaburi dengan nama "kawan rapat", "adik angkat", serta "kakak angkat" yang dirujuk sebagai antara faktor nurture. Homoseksualiti dipercayai bermula pada peringkat sekolah berasrama, pusat pengajian tinggi, dan terus diamalkan semasa bekerja. Dekan Fakulti Sastera dan Sains Teknologi, Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pula mengatakan bahawa masalah pengkid ini adalah disebabkan oleh mereka terperangkap dalam proses urbanisasi dan globalisasi yang mengamalkan dasar langit terbuka. Menurut beliau dasar langit terbuka ini tidak menyediakan sebarang ‘perlindungan’ moral dan agama. Walaupun pendidikan agama telah diberi sejak sekolah rendah tetapi ia terlalu asas tidak mampu menahan serangan daripada luar. Selain daripada itu, dasar langit terbuka juga menyebabkan banyak maklumat diperoleh termasuk tayangan filem asing yang banyak ‘bermain dengan nafsu’. Filem komersial yang mengandungi unsur kelucahan secara halus amat mempengaruhi pembentukan akhlak penonton. Mereka yang rapuh iman dan kurang penghayatan dalam agama amat mudah dipengaruhi oleh anasir asing yang jahat tersebut. Beliau juga mengatakan bahawa golongan pengkid ini terbawabawa dengan pengaruh gerakan kebebasan hak manusia sedunia yang menggalakkan hubungan homoseksual. Gerakan ini dipelopori

oleh negara Eropah, Australia, dan Singapura. Bagi rakyat negara tersebut, budaya homoseksual tidak lagi dianggap sebagai satu kesalahan (jenayah). Gerakan ini mendakwa bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja keinginan nafsu mereka tanpa sebarang sekatan. Inilah yang menyebabkan golongan pengkid di negara kita berani melakukan aksi panas mereka dikhalayak ramai walaupun mereka menyedari terdapat banyak mata memandang mereka. Perkara ini adalah tidak relevan kerana semua bangsa dan agama di dunia ini mengutuk sekeras-kerasnya sistem perkahwinan dan perhubungan sesama jantina kerana ia akan menghancurkan keturunan manusia pada masa hadapan. Gerakan ini merupakan kumpulan manusia yang melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap agama dan bergerak hanya untuk memuaskan nafsu serakah semata-mata. Kesimpulannya, sekiranya mereka mempunyai pengetahuan agama yang mendalam, menerima asuhan keluarga dengan baik, tidak terkeliru dengan jantina, mempunyai jati diri yang kuat, tidak terpengaruh dengan rakan lain dan persekitaran serta sentiasa menggunakan akal untuk berfikir, masalah pengkid ini tidak akan berlaku di negara kita.

Sebab Berlakunya Masalah Pengkid (Pengurusan Grafik)

Masalah pengkid adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh, asuhan keluarga yang tersilap akan membuatkan

seseorang terkeliru dengan jantinanya. Rajah di bawah menunjukkan punca berlakunya masalah pengkid ini.

Tidak mempunyai jati diri yang kukuh. (Mudah terpengaruh)

Terkeliru dengan jantina

Punca masalah pengkid

Kurang didikan agama Asuhan keluarga

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->