You are on page 1of 3

PROSEDUR PERMOHONAN POLIGAMI

* Pemohon memfailkan aduan di Pejabat Agama Islam Daerah (Isi borang aduan).
* Sessi kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan mendapatkan panduan.
* Dapatkan borang 1 B permohonan berpoligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan.
* Pemohon membuat akuan sumpah di hadapan Ketua Pendaftar / Pendaftar / Timbalan Pendaftar / Penolong
Pendaftar bagi kariah masjidnya dengan membawa 2 orang saksi lelaki.
* Mendaftarkan kes permohonan berpoligami di Mahkamah Syariah dengan melampirkan dokumen yang berkaitan.
* Perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah (ditetapkan mengikut giliran kes permohonan).
* Keputusan/perbicaraan - dapatkan surat kebenaran nikah (Seksyen 23).
* Jika mendapat kelulusan, rujuk semula ke Pejabat Agama Islam Daerah. Serahkan surat kebenaran nikah
(Seksyen 23) kepada pihak perempuan untuk dilampirkan dengan permohonan beliau semasa berurusan dengan
Penolong Pendaftar Nikah di kariah masjid yang berkenaan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

* Borang 1 B (permohonan berpoligami)


* Salinan slip gaji akhir / akuan sumpah jumlah pendapatan.
* Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri yang sedia ada.
* Salinan surat nikah dengan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
* Salinan surat beranak anak-anak.
* Pengisian borang-borang Mahkamah Syariah.
* Bayaran/fee Mahkamah.
* Surat laporan aduan Pejabat Agama.
* Bagi pemohon yang baru memeluk agama Islam, hendaklah mengemukakan kad perakuan memeluk Islam dan
telah memperolehi kad pengenalan / kad pengenalan sementara yang mengandungi nama Islam.
* Surat kelulusan daripada Kor Angkatan Tentera jika pemohon seorang anggota tentera.
* Surat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia jika pemohon seorang anggota polis.
* Salinan lain-lain dokumen berkaitan.
SOALAN YANG SERING DITANYA

1. Mengapakah permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah?


Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah kerana ia telah diperuntukkan dalam
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988 di bawah Seksyen 23 (1) "Tiada
seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada
kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan
tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh
didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah."
Seksyen 123 menyatakan "Jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa
perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari
Mahkamah maka ia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan denda tidak lebih daripada
satu ribu ringgit atau dengan penjara tidak lebih dari enam bulan atau dengan kedua-duanya denda dan penjara
itu."
Keputusan untuk menetapkan sama ada seseorang lelaki itu boleh berpoligami atau sebaliknya adalah di bawah
bidangkuasa Hakim Syariah kerana pihak lelaki itu perlu membuktikan bahawa beliau mempunyai kelayakan
mengikut hukum syarak.

2. Adakah seorang lelaki yang ingin berpoligami perlu mendapatkan kebenaran daripada isteri yang sedia
ada?
Kebenaran untuk berpoligami daripada isteri yang sedia ada bukan merupakan satu syarat yang utama dalam
meluluskan permohonan seseorang lelaki untuk berpoligami. Walaubagaimanapun, berdasarkan peruntukan dalam
Seksyen 23 (3) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4/1984 (pin.) 1988, pihak suami perlu
menyatakan sama ada beliau telah mendapat keizinan daripada isteri yang sedia ada atau sebaliknya untuk
berpoligami.
Mengikut perundangan syariah di Malaysia, kaum lelaki dibenarkan berpoligami tetapi beliau haruslah
memenuhi beberapa syarat. Setiap negeri mempunyai syarat yang berbeza berkaitan poligami. Contohnya di
negeri Perak, suami yang hendak berpoligami tidak perlu memohon kebenaran mahkamah. Tetapi lain
halnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Di kedua-dua negeri ini, suami yang ingin berpoligami hendaklah
mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Di Selangor, seorang suami yang ingin memohon untuk kebenaran berpoligami perlu mengikuti sesi
kaunseling untuk perbincangan, nasihat dan untuk mendapatkan panduan berumah tangga. Beliau harus
mengisi borang IB, iaitu borang permohonan berpoligami dan membuat Akuan Bersumpah dengan
membawa dua orang saksi lelaki.

Mahkamah Syariah akan memberi satu tarikh bagi membicarakan permohonan suami.

Ini menurut seksyen 23 Undang-Undang Keluarga Islam (negeri Selangor) 2003. Dalam mendapatkan
kebenaran mahkamah, ada beberapa faktor yang akan dipertimbangkan. Menurut seksyen 23(4) faktor-
faktor yang dipertimbangkan ini antaranya adalah mengapa poligami itu patut dan perlu, pendapatan suami,
tanggungannya, yang sedia ada dan yang akan ditanggungjawabkan dan sama ada izin atau pandangan isteri
sedia ada telah diperoleh.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah Mahkamah Syariah akan juga mengambil kira perasaan isteri dalam
perkahwinan poligami yang dirancang oleh suami. Ia bukanlah bermakna bahawa sekiranya isteri sedia ada
tidak bersetuju, Mahkamah Syariah akan turut tidak bersetuju. Persetujuan isteri hanyalah salah satu perkara
yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah. Mahkamah Syariah masih boleh memberi kebenaran bagi
suami untuk berpoligami sekiranya isteri sedia ada tidak bersetuju ke atas permohonan poligami suami.

Salah satu seksyen (5) yang baru di dalam enakmen ini adalah Mahkamah Syariah hendaklah memanggil
suami, isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana pihak yang mahkamah fikir
patut untuk memberi keterangan tentang perkahwinan poligami ini.

Perkara ini membolehkan perkahwinan ini diketahui oleh semua pihak yang terbabit dan tidak berada di
dalam keadaan rahsia. Ia dapat mengelakkan kes-kes di mana isteri sedia ada tidak mengetahui suami telah
berkahwin lain, suami yang menipu mengenai status kahwinnya yang sebenar kepada bakal isteri, suami
berbohong dalam borang permohonan kahwin dan ketidakadilan ke atas anak-anak kerana tidak mendapat
nafkah secukupnya.

Antara Sebab Berkahwin Di Siam

Menurut Pendaftar Nikah Luar Negara Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand, Ishak Mohd,
banyak sebab mengapa ramai pasangan Malaysia bernikah di Narathiwat. Antaranya:

1. Ingin berpoligami. Tidak dinafikan, ramai lelaki yg ingin berpoligami memilih bernikah di
Narathiwat kerana mereka tidak perlu menyertakan keizinan drpd isteri pertama.
2. Tentangan keluarga. Ramai juga drpd kalangan pasangan yg bernikah di Narathiwat kerana
mendapat halangan drpd keluarga masing-masing. Ada disebabkan kedudukan, fahaman politik
kedua-dua keluarga ataupun kerana perbezaan umur.
3. Kelulusan lambat dan kos guaman tinggi. Jika pasangan ingin berkahwin di Malaysia (terutama yg
ingin berpoligami), mereka terpaksa menunggu agak lama sehingga kelulusan diberikan pejabat
agama. Antara kelulusan yg diperlukan supaya pernikahan dapat disegerakan termasuklah keizinan
drpd isteri tua. Pasangan terpaksa melalui proses perbicaraan guaman yg remeh dan kos guaman yg
tinggi. Rata-rata ada antara pasangan yg terpaksa menunggu lebih setahun utk mendapatkan
kelulusan Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya isteri tua membuat rayuan, kes tersebut akan
dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah yg mungkin mengambil masa lebih 2 tahun! Mereka juga
terpaksa membelanjakan kos guaman yg tinggi, sekurang-kurangnya RM5500 sehingga RM10,000
utk setiap kes. (Rujukan: Noorafizah Abdul Aziz & Associates, Tel: 03-4251 0711)
4. Berkahwin dgn wanita tempatan. Ramai juga lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita tempatan (warga
Thailand).
5. Terlanjur dan hamil. Bagi mengelakkan keluarga mendapat tahu si wanita sudah hamil disebabkan
terlanjur dgn teman lelaki, mereka mengambil keputusan berkahwin di Narathiwat. Jika si wanita
bersalin dlm tempoh 4 bulan usia pernikahan, barulah anak itu dianggap anak luar nikah.
6. Belanja kahwin mahal. Tidak dinafikan, belanja perkahwinan yg semakin meningkat menyebabkan
pasangan memilih utk bernikah di sempadan. Kata Ishak, mereka tidak menetapkan kadar bayaran
mas kahwin, terpulang kepada kemampuan si lelaki. Yg wajib hanya RM300 sebagai yuran proses
pernikahan.
7. Sembunyi demi kerjaya. Dikhabarkan juga, ada berkahwin di Narathiwat kerana si lelaki anggota
polis atau tentera. Mengikut peraturan, anggota polis atau tentera, tidak dibenarkan berpoligami.

"Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga utk melindungi
hak bayi yg dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh
pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dan
dibin atau dibintikan kpd bayi itu).

As'kum,

Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di
kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk
diperakui di Malaysia.

Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia.
Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses
hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam
masa 7 hari.

Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih
lanjut.

Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

Terima Kasih.

You might also like