You are on page 1of 16

OUMM3203SMP

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI /2014

OUMM3203SMP
PROFESSIONAL ETHICS

NAMA

WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

641229025119001

NO. KAD PENGNEALAN

641229025119

NO. TELEFON

012-7162061

E-MEL

wmazlan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
WILAYAH OPEN UNIVERISTI
KELANTAN

OUMM3203SMP
MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2-3

2.0

TIGA FAKTOR YANG DIBINCANGKAN

2.1. FAKTOR PENGARUH KELUARGA (FAMILY INFLUENCE)

3-5

2.2. PENGARUH RAKAN (PEER INFLUENCE)

5-7

2.3. PENGALAMAN HIDUP (LIFE EXPERIENCE)

3.0

UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN PILIHAN MORAL

9 - 12

4.0

KESIMPULAN

13 - 14

APPENDIKS

15

OUMM3203SMP
1.0

Pengenalan
Etika adalah tingkah laku dan perbuatan seseorang, ianya merupakan satu kajian

pemikiran dan tingkah laku yang sepatutnya; bagaimana kita harus berkelakuan. Ianya
adalah disiplin kelakuan moral yang boleh diterima individu, yang juga termasuk
kewajipan moral dan tanggungjawab sosial kepada individu dan masyarakat lain.
Etika juga merupakan teori atau kajian sistematik mengenai nilai-nilai moral
yang dapat membantu individu dalam membuat keputusan sama ada sesuatu perbuatan
adalah moral atau tidak bermoral, betul atau salah, baik atau jahat. Oleh itu etika adalah
sesuatu yang relatif dan bukannya sesuatu yang mutlak. Ianya berfungsi sebagai
panduan dalam memilih tindakan apabila kita berhadapan dengan isu-isu etika yang
mungkin peribadi, berbeza-beza, kompleks, kejadian yang tidak menentu atau kesan
campuran.
Keputusan seseorang apabila menghadapi keadaan tingkah laku yang baik dan
buruk bergantung kepada kepercayaan peribadi orang itu dan pandangan etika masingmasing. Berkelakuan beretika adalah melakukan sesuatu yang seseorang perlu lakukan
setiap hari jika beliau percaya ianya merupakan sesuatu perkara yang baik perlu
dilakukan. Seseorang perlu mengamalkan dan memohon penaakulan moral dalam
kehidupan seharian kerana ia adalah kritikal untuk mencapai kepercayaan, keadilan,
keseimbangan, keadilan, kebebasan, dan integriti, dan ketelusan, keharmonian antara
individu atau kumpulan.
White (1993) mendefinisikan etika sebagai salah satu cabang falsafah yang
berkaitan dengan kebaikan moral (virtue moral) dan menilai tindakan manusia. Falsafah
etika adalah berbeza daripada undang-undang keagamaan dan budaya. Pendekatan
secara peribadi kepada etika adalah menerusi kajian tingkah laku tentang moraliti
melalui rasional yang dilihat kepada kehidupan manusia. Menurut Sahakian et.al.
(1993), etika berasal daripada bahasa Greek kuno iaitu ethos yang bermaksud falsafah
moral. Etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan
betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada menganalisis apa
yang betul dan salah. Salah satu aspek utama etika ialah kehidupan baik, iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan. Pencarian summum bonum atau kebaikan
2

OUMM3203SMP
yang terbaik merupakan salah satu isu utama dalam etika. Tindakan yang betul akan
membuahkan kebaikan yang terbaik, manakala tindakan yang tidak bermoral akan
mengakibatkan hasil yang sebaliknya.
Etika boleh juga didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral,
iaitu sesuatu yang dipertanggungjawabkan untuk menentukan tindakan seseorang itu
sama ada baik ataupun buruk (Ahmad Khamis, 1999)
Etika pada amnya dibentuk bagi tujuan digunakan untuk diri sendiri dan bagi
masyarakat di sekelilingnya.
Terdapat beberapa faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu
melanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan
(Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral
(personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila
sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk
menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawal
keadaan tersebut.
2.0. Tiga faktor yang dibincangkan
2.1. Faktor pengaruh keluarga (family influence)
Keluarga adalah masyarakat kecil di mana dalam keluarga itu terbina
makluk-makluk sosial yang satu dengan lainnya saling memerlukan. Pembinaan,
peraturan dalam keluarga, masalah kedisiplinan ataupun kebiasaan serta pola hidup
dalam keluarga dapat membentuk moral. Keluarga sangat berpengaruh dalam
pembentukan watak seseorang kerana sangat menentukan dalam perkembangannya.
Ahli keluarga merupakan sekumpulan individu yang paling hampir dengan
kanak-kanak semasa mereka membesar. Dalam satu institusi kekeluargaan, Ibu bapa
mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembentukan etika kanak-kanak. Segala
kelakuan dan perbuatan yang diamalkan oleh ahli keluarga terutamanya ibu bapa
akan ditiru dan diamalkan oleh anak-anak. Oleh itu, sekiranya ibu bapa mereka
mempunyai etika yang positif, maka kanak-kanak tersebut akan meniru dan
mengamalkan etika positif tersebut dalam kehidupan mereka. Ibu bapa yang
mengamalkan gaya hidup yang bersih, sihat serta menghormati orang lain akan turut
3

OUMM3203SMP
mempengaruhi etika anak-anaknya. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa seperti
ini akan membesar menjadi individu yang beretika, menghormati orang lain dan
menjadi seorang warganegara yang berguna. Sekiranya ibu bapa beretika, maka
kanak-kanak juga akan beretika. Begitu juga jika berlaku sebaliknya.
Mahmood Nazar Muhammad (1993), tingkah laku remaja di dorong oleh
konflik dan tekanan psikologi yang mana mereka mengalami konflik dalam keluarga
mereka sendiri. Mereka gagal untuk melihat keluarga sebagai satu persekitaran yang
sihat dan memberikan kehabagiaan serta rasa seronok kepada mereka. Oleh yang
demikian, faktor keluarga adalah penyumbang terbesar kepada pembentukan
personaliti, tingkah laku dan sikap.
Dengan perkembangan dunia yang pesat dengan kos taraf hidup yang
semakin meningkat, ibubapa telah menyerahkan peranan serta gaya asuhan kepada
pengasuh atau pembantu rumah yang dibayar yang berperanan untuk mengasuh
anak-anak mereka. Sementara ibubapa sibuk diluar sana untuk mencari wang dan
pekerjaan bagi menampung keluarga. Dengan pengabaian ini secara tidak langsung
boleh mempengaruhi anak-anak mengikut acuan asuhan pengasuh atau pembantu
rumah dan tidak mengikut acuan asuhan ibubapa. Ibubapa mengambil sikap lepas
tangan dengan tangungjawab membesarkan anak dan tangungjawab itu dipikul oleh
pembantu rumah atau pengasuh.
Asuhan dan cara didikan ibu bapa terhadap kanak-kanak juga mempengaruhi
pembentukan etika mereka. Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik
akan mewujudkan individu yang begitu taat kepada arahan tetapi menjadi pasif
dalam tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan sikap bebas
akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab
dan tidak boleh berdikari. Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan
membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta
mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan
penting, akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Kanak-kanak yang membesar dalam suasana yang kondusif akan menjadi seorang
individu yang aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.

OUMM3203SMP
Sementara itu ada juga ibubapa yang mengamalkan asuhan secara
kongkongan terhadap anak-anak mereka dengan ketat dan ini juga telah
menimbulkan satu pemberontakan tingkah laku yang menyebabkan anak-anak
berkelakuan agresif.
Bandura dan Walter (1959), menyatakan dalam kajiannya bahawa remaja
yang agresif kelakuannya atau etikanya adalah dari keluarga yang mengamalkan
corak disiplin yang terlalu ketat yang menghukum anak-anak mereka secara fizikal
berlebihan. Jika corak asuhan terlalu longgar, anak-anak akan berkelakuan sesuka
hati. Ini disebabkan ibubapa tidak mengambilpeduli dengan apa yang dilakukan oleh
anak-anak mereka.
Faktor pembentukkan etika individu lebih kepada Pengaruh keluarga,
pengaruh rakan dan pengalaman hidup (Leatherdale, 2006). Penerangan ini akan
menjurus kepada mekanisme yang paling berkesan untuk menggalakkan kelakuan
beretika yang sesuai (Maine, 2012). Terlalu banyak pengalaman boleh diambilkira
terutamanya pengalaman mengajar di sekolah yang mana pelajar mengamalkan
etika, moral dan dalam masa yang sama apabila etika dilanggar bersama dengan nilai
moral yang diterapkan maka keperluan undang-undang diperlukan dalam menangani
pemilihan moral dan etika tersebut.
2.2. Pengaruh rakan (peer influence)
Faktor pengaruh rakan merupakan salah satu faktor yang paling berpengaruh
dalam pembentukan etika seseorang individu. Untuk melihat keperibadian
seseorang, kita hanya perlu melihat keperibadian rakan mereka. Jika kita berkawan
dengan seseorang yang beretika dan mempunyai keperibadian yang baik, maka kita
juga akan turut mempunyai etika dan keperibadian yang baik. Begitu juga
sebaliknya.
Menurut Hazil Abd Hamid (1990), Rakan sebaya diistilahkan sebagai
golongan atau kumpulan kanak-kanak atau remaja yang rata-rata mempunyai
lingkungan umur yang sama. Oleh yang demikian, rakan sebaya merujuk kepada
kanak-kanak atau remaja yang sama umurnya, yang menjadi pendengar setia,
bersedia untuk membantu, dan bersama-sama tatkala ketika sedih mahupun gembira.
5

OUMM3203SMP
Pengaruh berkenaan memainkan peranan yang sangat signifikan dalam
memberi pengaruh terhadap tingkahlaku dan penglibatan golongan remaja dalam
aktiviti anti-sosial, seperti lari dari rumah dan penagihan dadah, Ketua Menteri Tan
Sri Abdul Taib Mahmud (2011).
Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakanrakan dengan siapa mereka berinteraksi setiap hari. Menurut ahli psikologi yang
terkenal Norm Chomsky, alam remaja merupakan alam transisi daripada alam
kanak-kanak ke alam dewasa. Berlaku perubahan fizikal dan tingkah laku. Remaja
cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing. Mereka memerlukan
seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang perkembangan zaman
remaja. Dengan adanya rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-tukar fikiran,
berkongsi masalah dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Kecenderungan remaja terhadap pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada
umur 14 tahun hingga 18 tahun.
Remaja mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan dari rakan sebaya
yang akan menimbulkan masalah-masalah dan gejala-gejala negatif dan sosial.
Antaranya kesan pengaruh yang boleh membentuk kelakuan atau etika remaja adalah
menghisap rokok sebagai contoh. Dengan perasaan ingin mencuba dan ingin tahu
tentang keseronokan menghisap rokok dan didorong oleh rakan-rakan sebaya maka
mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan budaya menghisap rokok,
gengsterime, bergaduh, buli, samun, penagihan dadah dan samun.
Kanak-kanak atau remaja yang berasal dari keluarga bermasalah mudah
dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.
Mereka akan membuat sesuatu di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain.
Kemunculan golongan rendah moral dan tidak bertanggungjawab yang menaja
budaya hedonisme dalam kalangan remaja seperti Black Metal sudah cukup
memberi cabaran kepada ibu bapa, guru-guru, kerajaan dan masyarakat untuk
membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah pengalaman budaya sihat.
Kesimpulannya, pengaruh rakan sebaya akan mencorak sikap, tingkah laku dan etika

OUMM3203SMP
individu terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga bermasalah dan tercicir
dalam pelajaran.
Antaranya kesan pengaruh yang boleh membentuk kelakuan atau etika
remaja adalah menghisap rokok sebagai contoh. Dengan perasaan ingin mencuba
dan ingin tahu tentang keseronokan menghisap rokok dan didorong oleh rakan-rakan
sebaya maka mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan budaya
menghisap rokok, gengsterime, bergaduh, buli, samun, penagihan dadah dan samun.
Pengaruh rakan inilah yang banyak menjerumuskan pelajar disekolah agar
melakukan perkara tidak beretika. Malah ada yang sanggup berbohong dengan ibu
bapa semata-mata inginkan rakan yang ramai yang sama-sama melakukan perkara
tidak beretika.
Pengaruh rakan sebaya juga amat serius kerana ia boleh menyebabkan
vandalisme. Mereka mudah untuk meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Ia
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, terutama bagi remaja yang
tercicir dalam pendidikan dan menghadapi masalah keluarga. Mereka yang
melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak
mempunyai tujuan dan apabila berada di dalam kumpulan tersebut, maka akan
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan
merosakkannya.
Mereka akan membuat kelakuan sesuka hati, hilang pertimbangan diri dan
kewarasan. Lebih nyata tindakan mereka ini telah terkeluar daripada norma-norma
masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan akibat daripada perbuatan
mereka.
Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan remaja-remaja
sebagai seorang yang berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka
memilih untuk bergaul dan mendapatkan rakan-rakan yang mempunyai etika yang
baik. Mereka akan melakukan perkara-perkara yang tidak terkeluar daripada normanorma masyarakat seperti membantu masyarakat atau komuniti ketika ada programprogram kemasyarakatan melalui gotong-royong. Belajar bersungguh-sungguh demi
masa depan mereka dan memikirkan tangungjawab sebagai seorang insane bergelar
anak dan pewaris negara yang akan menerajui negara satu masa kelak.
7

OUMM3203SMP

2.3. Pengalaman hidup (life experience)


Pengalaman hidup juga amat berpengaruh dalam membentuk etika individu.
Sekiranya sesuatu perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri tidak mendapat
teguran atau hukuman, maka perbuatan mencuri itu dianggap bukan satu kesalahan.
Tetapi sekiranya seseorang itu dihukum kerana kesalahan mencuri, maka dia akan
mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan.
Setiap memori serta pengalaman yang dialami oleh individu sebenarnya
menjadi satu pedoman dan pengajaran untuk meneruskan kehidupan. Setiap
pengalaman yang diperoleh hasil daripada tindakan yang diambil oleh individu sama
ada beretika atau tidak akan mendorongnya untuk meneruskan perbuatan tersebut
atau meninggalkannya. Ini sebenarnya menjadi salah satu faktor pembentukan etika
dalam diri individu.
Contohnya dari pengalaman saya semasa menjadi petugas peperiksaan,
seorang pelajar yang meniru dalam peperiksaan ditangkap kerana meniru tetapi tidak
menerima sebarang teguran atau hukuman, maka perbuatan meniru itu akan
dianggapnya bukan satu kesalahan. Tetapi sekiranya pelajar itu didapati ditegur dan
dihukum kerana kesalahan tersebut dalam peperiksaan dan dihukum, maka dia akan
mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan dan akan berhenti
melakukannya.
Keperibadian adalah sifat yang berasal dari kebiasaan sehari-hari yang kita
lakukan selama terus menerus mungkin sejak dari kecil. Kepercayaan yang kukuh
kepada sesuatu pemikiran membentuk etika individu.
Pelbagai peristiwa penting telah kita alami, saban hari sebenarnya menjadi
satu pedoman dan pengajaran mematangkan diri kita dan memberi sesuatu
pengalaman baru di dalam hidup kita. Maka, setiap perbuatan serta tindak-tanduk
sama ada ianya beretika mahupun tidak asalkan kita pernah mengalaminya secara
tidak langsung akan mendorong diri kita sama ada mengelak ataupun meneruskan
perbuatan yang kita pernah lakukan tersebut.

OUMM3203SMP

3.0 Undang-Undang Sebagai Panduan Pilihan Moral


Pelbagai definisi undang-undang yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah
juga oleh : Austin: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk
orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman. (Noor Aziah. 2005)
Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem
peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah
peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar
peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini
biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja
dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh
sekumpulan orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)
Undang-undang adalah satu set peraturan yang konsisten dan digubal oleh
masyarakat untuk mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published),
diterima (generally accepted) dan dikuatkuasakan (enforced). Secara ringkasnya,
undang-undang adalah satu set peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai
atau mengawal kelakuan di dalam sesebuah masyarakat. Ianya merupakan panduan
moral memperuntukkan peraturan dalam mendidik masyarakat bagi membentuk etika
yang mampu diterima dan betul. Peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif ahli
masyarakat mengenai apa-apa keputusan dan tindakan yang menjejaskan kebajikan
rakyat. Semua keputusan yang akan diambil perlu ditentukan oleh undang-undang kerana
masyarakat telah membina satu set peraturan yang dibuat secara kolektif oleh anggota
masyarakat tersebut mengenai tindakan dan kelakuan yang harus dibuat apabila berlaku
dilema moral.
Satu daripada kepentingan undang-undang ialah mengatur pelbagai perjalanan
hidup manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan
sebagainya. Ini terbukti apabila undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan
peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara.

OUMM3203SMP
"Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa apabila
tiadanya undang-undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan, anda mesti
mendisiplinkan diri agar tidak menjejaskan keselamatan negara, Tun Dr Mahathir.
Undang-undang digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada
melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai.
Individu yang melanggar peraturan undang-undang akan dikenakan hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk memberi
pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan
kebebasan setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan
poitik yang stabil dapat diwujudkan.
Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan
untuk menguruskan masalah ini. Masyarakat tidak boleh bergantung kepada keputusan
umum sebagai etika sahaja dan dijadikan dilemma. Oleh itu Satu set peraturan dibentuk
secara menyeluruh mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan kesan yang baik
kepada masyarakat dan ia dipanggil undang-undang (Genfa, 2008).
Contoh 1
Contoh yang sesuai adalah merokok. Merokok bukanlah merupakan satu
kesalahan tetapi merokok disekolah adalah dilarang dari segi etika dan moral kerana ia
menyebabkan pengaruh yang tidak sihat kepada pelajar-pelajar tetapi ramai diantara
guru-guru, ibubapa beranggapan bahawa merokok masih tidak salah. Aspek moral pula
melihat ia sebagai tidak bermoral dan mengundang kurang selesa kepada pelajar yang
terpengaruh dan ingin mencuba. Sekiranya ini berlanjutan maka batasan undang-undang
boleh dilaksanakan seperti Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
2004. Iaitu seseorang yang didapati merokok di tempat awam boleh didenda dan
dihukum berdasarkan seksyen berkenaan.
Contoh 2
Membuang sampah juga bukanlah satu kesalahan tetapi lebih kepada masalah
moral dan etika. Membuang sampah atau membiarkan sampah adalah sikap tidak
bermoral seperti mencampakkannya dari kenderaan atau membiarkan sampah di pondok
10

OUMM3203SMP
rehat atau membiarkan sampah di atas meja makan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R)
dan begitu juga disekolah. Tetapi apabila ia dibiarkan maka kawasan berkenaan akan
kotor dan menjijikkan. Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka
Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan
Bandaraya dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak beretika.
Apa yang paling utama ialah, undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan
untuk pilihan moral. Ini bermaksud seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat
perlu merujuk kepada undang-undang apabila berhadapan dengan dilema etika sama ada
di dalam atau di luar organisasi. Setiap individu yang tinggal di dalam negara Malaysia
tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang bertujuan untuk melindungi
rahsia keselamatan negara.
Undang-undang juga boleh dijadikan panduan untuk bertindak apabila
berhadapan dengan dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan.
Walaubagaimanapun undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas
etika dan moral. Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang
terutamanya dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi etika,
bercakap bohong adalah salah dalam semua situasi kerana etika mencukupi untuk
menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.
Undang-undang tidak mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah
sebaliknya. Dari segi undang-undang, gangguan seksual merupakan satu kesalahan.
Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata kepada orang yang tidak
dikenali atau bersiul ketika seorang gadis melintas dihadapannya.
Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini
kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undangundang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan
injuksi mahkamah. Undang-undang inilah yang mengawal setiap perlakuan masyarakat,
institusi dan sebagainya agar keamanan hak dan tanggungjawab dapat dilaksanakan.
Selain daripada itu, kepentingan undang-undang juga dapat dilihat, bagaimana ia
berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan. Dengan adanya undang-undang ia
dapat mengawal ahli masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan
11

OUMM3203SMP
memudaratkan diri dan orang ramai. Individu yang melanggar peraturan undang-undang
akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut
dibuat adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. Oleh
yang demikian hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan akhinya satu
bentuk kehidupan politik dan social yang stabil dapat diwujudkan.
Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang ialah dapat
membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau pun buruk. Perbezaan
ini dapat lihat daripada perlakuan serta sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu.
Contohnya bagi individu yang sering melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan
sebagai seorang manusia yang buruk dan sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat
membantu individu lain untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan teratur
tanpa ada sebarang keraguan.
4.0

Kesimpulan
Etika merupakan salah satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan sebelum ini, ternyata etika
membantu membentuk keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup.
Daripada sudut individu, seseorang yang beretika sentiasa menjaga perilaku dirinya agar
tidak bertentangan dengan nilai dan kehendak moral sesebuah masyarakat.
Secara kesimpulannya,"etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik
dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. Ia menentukan apabila sesuatu
perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Melalui kehidupan beretika
seseorang itu boleh melakukan perbuatan yang baik tetapi dalam masa yang sama
sekiranya ia tidak beretika banyak perlara tidak bermoral dilakukan. Terdapat lima faktor
yang mempengaruhi etika peribadi bermula dengan pengaruh keluarga (Family
Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life Experince), nilai
peribadi dan prinsip oral (Personal values and Morals) dan faktor situasi (Situational
Factors).
Perbincangan etika ini diulas lebih lanjut dalam tiga faktor di atas iaitu pengaruh
keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (Life
Experince). Pengalaman sebagai guru disekolah dapat melihat bahawa pengaruh keluarga
12

OUMM3203SMP
terhadap aktiviti merokok, tidur semasa belajar, ketika berada di kantin dan ketika
bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua adalah amat ketara sekali
manakala rakan pula mempengaruhi pelajar dalam aspek ponteng sekolah, bermain
semasa belajar, menipu atau berbohong kepada guru, keluarga dan ahli masyarakat serta
menyahut cabaran yang mengundang bahaya kepada individu berkenaan. Pengalaman
hidup pelajar seperti meludah, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah
adalah sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan boleh mengundang kepada aspek
pematuhan undang-undang.
Individu yang beretika mempunyai kualiti emosi yang membantunya membentuk
sifat-sifat sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan sebagainya. Dari segi mental
pula, orang yang beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak
berfaedah. Individu seperti ini akan sentiasa membuat pertimbangan daripada sudut baik
dan buruk sesuatu perkara sebelum mengambil sesuatu tindakan. Oleh itu, individu yang
sentiasa mengamalkan etika yang baik mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang
unggul walau di mana sahaja dia berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah
hidup, gaya berfikir dan tindak- tanduknya.
Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggi
dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika
kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional
supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang
ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional
memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui
etika professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan menentukan
tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya.
Sesebuah kelompok manusia yang dipenuhi oleh individu-individu yang
mempunyai nilai etika yang tinggi, akan membentuk keluarga, organisasi dan masyarakat
yang lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga akan turut aman, damai,
maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa
itu dapat mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi, selama itulah bangsa itu akan
terus maju dan berkembang. Sejarah telah membuktikan perkara ini di mana beberapa
13

OUMM3203SMP
tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya tumpas dan lenyap seperti tamadun
Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Melaka dan banyak lagi hanya disebabkan oleh pemimpin
dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri
dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai etika yang
dikehendaki. Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalan terakhir ialah
penguatkuasaan undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan sudah
terlambat untuk diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti mereka
yang bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud
dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

14

OUMM3203SMP

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Ahmad Khamis. (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk Institusi Pengajian Tinggi.
Selangor: Budiman Sdn Bhd.
Bandura. A, Walter, R. (1959). Adolescent Aggression. Ronal Press.
Bavec, C. (2012). Social Responsibility and Professional Ethics in Management: Some
Empirical Evidences at Country Levels. Managing Global Transitions, 10(4
(Winter)), 361-377.
Genfa, C. (2008). Features of Postmodern Law. Global Law Review, 5, 006.
Dr Ho Jo Ann & Dr Tee Keng Kok. (2011). Professional Ethics. Selangor Darul Ehsan:
OUM.
Leatherdale, S. T., Cameron, R., Brown, K. S., Jolin, M. A., & Kroeker, C. (2006). The
influence of friends, family, and older peers on smoking among elementary school
students: Low-risk students in high-risk schools. Preventive medicine, 42(3), 218222.
Malaysia. Open University Malaysia, Faculty Of Business and Management. (2011)
Profesional Ethics, (2nd ed.) Selangor: Open University Malaysia.
Meine, M. F., & Dunn, T. P. (2012) On Advancing Professional Ethics to the Next Level:
Interdisciplinary vs. Intra-Disciplinary Approaches.
Mohd Jabib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Prof Dr Ansary Ahmed et. Al. (2007). Pengenalan Pendidikan Moral. Selangor Darul
Ehsan: OUM
Etika. http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika (9 Mac 2013)
Definisi etika
Av: http// www.erniritonga123.blogspot.com. (24 Feb 2013)

15

You might also like