You are on page 1of 14

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

POTENSI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI


UNIVERSITI MALAYA
Satu analisa dan strategi yang perlu diketengahkan
Ab. Aziz b. Mohd Zin

Mukaddimah:
Dakwah Islam satu usaha yang mulia, keperluannya bagi manusia
tidak boleh ditangguhkan–tangguhkan.Tetapi,usaha tersebut memerlukan
satu tahap kesungguhan dan keikhlasan yang tinggi.Dengan itu, dakwah
perlu di atur dengan teliti dan dengan strategi yang baik.

Sasaran:
Dalam konteks masyarakat kampus Universiti Malaya, kedua-dua
golongan ini wujud. Di lihat dari sudut pelajar iaitu masyarakat kampus yang
paling utama, perangkaan etnik mengikut lapuran 1990/ 91 bagi pelajar ijazah
pertama adalah seperti berikut:
1. Melayu 5142 (57. 20 %)
2. Cina 2756 (30.66 %)
3. India 737 (8.20 %)
4. Bumi Sabah 167 (1.86 %)
5. Bumi Sarawak 103 (1.15 %)
6. Orang Asli 7 (0.08 %)
7. Lain-lain 56 (0.73 %)

Berdasarkan perkiraan biasa, pelajar-pelajar cina dan india termasuk ke


dalam golongan masyarakat yang bukan islam. Dengan itu kedua-dua
etnik tersebut mewakili lebih 30 % pelajar ijazah pertama yang bukan Islam
di universiti ini.
Di samping itu, pelajar bukan Islam menubuhkan persatuan
agama masing- masing. Persatuan agama di kalangan pelajar
bukan Islam yang di kenal pasti bergerak cergas di dalam kampus
ini ialah:
1.Persatuan persaudaran Kristian(PPKV).

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

2.Persatuan Buddish (PBUM).


3.Persatuan agama Hindu (PAHUM).
Pada dasarnya, telah berlaku kelunturan kepercayaan di kalangan
generasi pelajar islam sekarang terhadap kepercayaan keagamaan
orang tua mereka.Namun warisan pendidikan keagamaan yang di
tanam semasa kecil masih ada dengan warisan itu. Mereka
menghayati agama mereka dan bergerak mengembangkannya.

PELUANG DAKWAH
Peluang dakwah terhadap masyarakat kampus yang bukan Islam,
terutamanya masyarakat pelajar terbuka luas.Usaha dakwah kepada
orang bukan islam tidak boleh di larang oleh sesiapa pun, sebab
undang-undang tidak menegah untuk berbuat demikian.
Di samping itu, kewajipan dakwah kepada orang bukan islam
tertanggung di atas setiap orang islam.

STRATEGI.

1. Interaksi berdasarkan hubungan dakwah bukan berdasarkan


hubungan politik.
Hubungan dakwah - kasih sayang menyelamatkan ummah.
Hubungan politik - prejudis dan persatuan musuh.
2. Al-Ittisal hal-Fardi.
3. Mengenal pasti isi perbincangan.
4. Mengelakkan isu sensitif yang merugikan dakwah (al An’am 108 ).
5. Qudwah Hasanah.
6. Musaharah.
7. Kebajikan kepada semua.

LANGKAH-LANGKAH SEGERA
Membina jambatan hubungan, dimulakan dengan qiyadah pertubuhan-
pertubuhan keagamaan.

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Masalah:
1. Kesedaran pelajar islam.
2. Anggapan negatif yang sedia tertanam di kalangan kedua-dua
belah pihak.
3. Kehilangan contoh yang baik.

KESIMPULAN.
Satu usaha untuk mengubah kefahaman dan sikap pelajar Islam amat
perlu. Peluang-peluang dakwah di kalangan masyarakat bukan Islam
amat baik , tetapi ia harus di lakukan dengan cara yang sesuai.

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

POTENSI DAKWAH KEPADA MASYARAKAT BUKAN ISLAM


DI UNIVERSITI MALAYA: METODOLOGI DAKWAH YANG
PERLU DIKETENGAHKAN

PENDAHULUAN
Firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah kepada Allah jalan
tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang terlebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang
lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan dialah
yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.

1. DEFINASI
1. Metodologi atau uslub Dakwah
Perkataan metodologi berasal dari perkataan yunani yang terdiri dari
dua perkataan; Methodos dan logos. Methodos bermakna cara dan logos-
ilmu. Justeru itu metodologi ialah pengetahuan tentang cara: iaitulah ilmu
berhubung cara melakukan pendekatan dan penyelidikan.Mengikut Dr Abu al
Majid Assyid Nufal, uslub ialah membentangkan segala perkara yang hendak
dibentangkan dari berbagai bentuk kefahaman,pemikiran,prinsif dan
rangkuman di dalam ibarat dan susunan perkataan yang mempunyai syarat-
syarat tertentu.
Oleh yang demikian metodologi dan uslub ini saling berkaitan dan
memerlukan di antara satu sama lain di dalam gerak kerja dakwah. Maka
kebijaksanaan amat diperlukan di dalam mengolah dan membentangkan isi
dakwah kepada sasaran di dalam menambat hati mereka untuk menerima
dakwah.

2. Masyarakat non-muslim di peringkat kampus.


Mereka terdiri daripada kumpulan manusia yang belum Islam (3) yang
terdiri dari penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, dan free Thinker yang
berada di Universiti Malaya. Ini melingkungi status mereka sebagai
pensyarah,kaki tangan universiti dan pekerja am.

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

2. KEPENTINGAN BERDAKWAH KEPADA MASYARAKAT NON


-MUSLIM DI KAMPUS
Sebagaimana yang kita ketahui golongan muslim di kampus terdiri
daripada golongan intelektual dan cendikiawan yang berpengaruh di kalangan
bangsa mereka. Terdapat di kalangan mereka yang menjadi ahli politik
negara dan menjadi menteri dalam kerajaan. Di kalangan non-muslim
terdapat tokoh korperat yang men-dominankan ekonomi negara . Dr Fong
Chan Don misalnya, merupakan di antara tokoh-tokoh non-muslim yang
berjaya di bidang akademik dan politik negara.
Golongan yang di sebut adalah berpengaruh di kalangan bangsa dan
agama mereka. Golongan seperti inilah yang memimpin parti politik yang
berteraskan ras atnil perkauman dan kumpulan agama. Di kampus , golongan
seperti ini terdiri daripada para pensyarah dan mahasiswa non-muslim.Oleh
kerana itu amat wajar sekali penerangan yang jelas mengenai islam di beri
kepada mereka. Golongan ini hendaklah dijadikan sasaran utama dakwah
islam di kampus. Walaupun sukar bagi mereka untuk memeluk islam setelah
di beri penerangan , tetapi setidak-tidaknya biarlah mereka mendapat
gambaran yang jelas dan boleh menghormati prinsip pegangan orang islam.
Mengimbau kembali sejarah Rasulullah saw baginda telah menyeru dan
mengajak kepada islam secara terang-terangan di Mekah kepada pemimpin
kabilah seperti Bani Kilab, Bani Syaiban, Bani Hanifah dan lain-lain. (4)
Keberanian Rasulullah saw berdakwah secara jelas di Mekah kepad
pemimpin kabilah ini sewajarnya menjadi pengiktibaran kepada kita di
kampus ini. Walaupun tidak semua pemimpin kabilah ini menerima islam
dengan baik , namun tindakan Rasulullah saw telah berjaya menyedarkan
mereka tentang kepentingan beragama di dalam kehidupan terutamanya Ad-
deenul islam.
Sudah menjadi lumrah kehidupan, golongan non-muslim amat mudah
untuk bersatu di kalangan mereka berbanding dengan golongan muslim yang
ramai bilangannya.Keadaan ini jelas wujud di kampus. Faktor kuota
kemasukan mahasiswa ke intitusi pengajiaan tinggi yang telah ditetapkan
oleh kerajaan , 60: 40, iaitu 60 untuk kaum Bumiputra(Melayu) dan 40 untuk
kaum bukan bumiputra ( Cina, India dan sebagainya) ditambah pula dengan

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

syarat kelayakan akademik yang terbaik menjadikan golongan non-muslim


tidak mudah lupa daratan apabila berada di kampus.
Beberapa keadaan yang berlaku di kampus membuktikan golongan non-
muslim khususnya di Universiti Malaya boleh mencorakkan suasana kampus.
Walaupun di peringkat pentadbiran universiti mereka sukar untuk menjawat
jawatan-jawatan yang penting tetapi dari aspek pencapaian akademik,
persatuan-persatuan mahasiswa dan politik kampus, golongan non-muslim ini
mampu menjadi golongan yang dominan. Sebagai satu contoh, keputusan
pilihanraya MPPUM sesi 1990 melihatkan kepada kita, dari 12 orang calon
mahasiswa non-muslim (Cina) yang bertanding, hanya seorang sahaja yang
kalah di fakulti perubatan, 4 orang calon mahasiswa non-muslim yang
bertanding di kampus telah menang kesemuanya dengan purata undi
sebanyak 2,700. Manakala 2 orang calon ‘mereka’ telah menang tanpa
bertanding di fakulti undang-undang dan pendidikan. (5)
Realiti ini perlu kita lihat dengan serius agar martabat Islam dan
kedudukan umatnya tidak akan mudah ditenggelamkan oleh kekuatan non-
muslim. Sewajarnya persoalan ini perlu dikembalikan kepada ketetapan Allah
di dalam Al-Quran ;
Bermaksud:
Mereka ingin memadamkan cahaya agama Allah
dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tetap
menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang
kafir benci. (6)
Walaupun begitu, atas dasar dakwah Islam yang cintakan kepada
hubungan sesama manusia, di samping mengukuhkan kekuatan umat Islam,
maka kita perlu menjalinkan hubungan dengan golongan non-muslim ini untuk
kepentingan Islam. Keadaan ini telah diterangkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-
Quran;
Bermaksud:Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku
adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi mu kerana agama dan tidak
pula mengusir mu dari negeri mu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-
orang yang berlaku adil. (7)
Di peringkat persatuan mahasiswa pula, persatuan-persatuan yang
didominasikan oleh mahasiswa non-muslim telah diakui oleh banyak pihak

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mempunyai program yang berjaya menarik minat ahli-ahlinya. Melalui


persatuan-persatuan tersebut, kebajikan ahli-ahli sentiasa diutamakan.
Kebanyakan persatuan yang dikuasai oleh golongan non-muslim di
kampus mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menjalankan
program-program di sepanjang sesi. Ini ditambah pula apabila banyak derma
dan sumbangan yang diperolehi dari syarikat-syarikat swasta untuk
menjayakan projek-projek persatuan mereka. Kesemua keistimewaan ini
telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan kaum dan agama
mereka.
Di antara persatuan yang menonjol didominasi oleh mahasiswa Cina di
UM ialah : PBCUM, Persatuan Buddhis, PUSPITA, AIESEC, Kelab Amatur
Filem dan Fotografi dan Kelab Kung Fu serta Persatuan Kristian Varsati
(PKV). Manakala untuk mahasiswa India ialah Persatuan Mahasiswa Hindu
UM dan PBTUM. Persatuan dan kelab-kelab yang disebutkan di atas
mempunyai pengaruh perkauman dan keagamaan yang kuat di kalangan
ahlinya.
Sebagai pendakwah Islam di kampus kita sewajarnya mengkaji dan
mempelajari pendekatan persatuan-persatuan yang dimaksudkan di atas agar
kita mengenal pasti uslub yang terbaik kepada mereka. Di samping itu pula,
kita hendaklah menyusun strategi dan perancangan dakwah yang rapi melalui
persatuan-persatuan yang sudah kita kuasai seperti PMIUM, PMAIUM,
ASMUM, SPUM, AKIUM dan PERMIS. Justeru itu, kata-kata Sayyidina Ali r.a
ini perlu kita ambil pengiktibaran; “ Kebenaran yang tanpa ada perancangan
akan dikalahkan oleh kebatilan yang ada perancangan”.

c. MENILAI PENERIMAAN ISLAM DI PERINGKAT KAMPUS OLEH


MASYARAKAT NON-MUSLIM
Mengenai tajuk ini, penulis telah menggunakan beberapa metode
seperti berwawancara mengenai Islam dengan mahasiswa non-muslim. Di
samping itu, penulis telah menggunakan metode induktif, iaitu cara menarik
kesimpulan daripada beberapa yang dianalisa yang sifatnya khusus untuk
mencari satu kesimpulan yang bersifat umum. (8) Semoga tajuk ini dapat
menarik perhatian pembaca untuk difikirkan secara serius dan dibincangkan
dengan penuh minat.

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Anggapan dari kalangan masyarakat non-muslim terutama sekali dari


kalangan orang Cina, bahawa seseorang yang memeluk Islam adalah masuk
Melayu yang sekaligus bererti kejatuhan taraf atau status mereka. (9)
Terdapat mahasiswa non-muslim yang menganggap Islam itu Melayu kerana
kecetekan pengetahuan mereka mengenai Islam. Kejelekan mereka kepada
‘Melayu’ini banyak disebabkan oleh sebahagian besar masyarakat Melayu
yang terlalu memandang hina kepada masyarakat bukan Bumiputra,
terutamanya oleh golongan Nasionalis Orthodok Melayu.
Masalah seumpama ini sewajarnya kita atasi dengan perubahan sikap
dan membuang pemikiran orthodok yang merugikan Islam. Selagi mana
mengamalkan sikapyang negatif itu, maka selagi itulah non-muslim kan
berpandangan bahawa Islam itu Melayu. Sedangkan al-Quraan telahpin
menyediakan metode bagi orang Islam untuk digunakan bagi mengatasi
masalah ini. Melalui firman Allah s.w.t ;
Bermaksud : Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal. (10)
Sikap sebahagian umat Islam yang negatif terhadap Islam itu sendiri
menambahkan kekaburan masyarakat non-muslim terhadap Islam.(11) Sifat
hipokrit sebahagian daripada umat Islam yang sentiasa memutar belitkan
hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Fenomena ini telah
diceritakan oleh Allah didalam Al-Quran;
Bermaksud :Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai,
lalu mereka menghalangi manusia dari jalan Allah. Sesungguhnya amat
buruk apa yang telah mereka kerjakan.(12)
Sebagai satu contoh kes masalah tanggapan masyarakat non-muslim
terhadap judi di kampus. Dari temubual yang dilakukan kepada mahasiswa
non-muslim mereka masih ragu-ragu dengan pegangan mahasiswa Islam
sendiri terhadap judi. Bagi mereka, apakah judi itu benar-benar dilarang oleh
Islam? Keraguan mereka ini didasarkan kepada gerai judi di dalam pesta
konvo di UM. PMUM sesi 89/90 yang dipimpin oleh mahasiswa Islam

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

mwujudkan banyak gerai judi, sedangkan PMUM sesi 90/91 menghapuskan


terus gerai judi.
Dari keadaan yang wujud ini amat menyukarkan mahasiswa non-
muslim teutamanya untuk menerima Islam sebagai agama yang hakiki di
dunia ini lantaran sikap penganutnya yang berdolak dalih terhadap agama
mereka sendiri.
Akibat kurang pendedahan dan pengetahuan di kalangan mereka yang
mengganggap Islam itu sebagai agama (archaic), berkhatan, masalah
makanan dan masalah sosial muallaf yang sukar diterima oleh keluarga dan
bangsa mereka sendiri.(13)

d. PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN METODOLOGI


DAKWAH KEPADA MASYARAKAT NON-MUSLIM DI KAMPUS.

Penilaian ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah dan sedang
dilakukan oleh beberapa pihak seperti persatuan-persatuan yang
didominasikan oleh mahasiswa Islam di peringkat kampus. Dan sebelum kita
membuat sebarang penilaian terhadap usaha-usaha tersebut, amat wajar
untuk kita melihat dengan lebih dekat usaha-usaha yang telah dilakukan
khusus untuk tujuan dakwah kepada non-muslim ini.
Secara kesimpulan di atas pendekatan dan usaha-usaha dakwah
kepada non-muslim oleh persatuan-persatuan tersebut, maka dapatlah
dirumuskan kepada empat pendekatan: (14)
Pertama: Pendekatan pengenalan untuk masyarakat non-muslim yang
meliputi Pensyarah, Mahasiswa dan Kakitangan Am UM.
Kedua: pendekatan dakwah di kalangan ‘ golongan terpenting’, seperti
Mahasiswa sahaja.
Ketiga : Pendekatan perbandingan agama di antara agama Islam
dengan Kristian, Budhha dan Hindu
Keempat : Pendekatan penyelidikan dakwah yang dilakukan secara
sistematik.
Kelima : Pendekatan perkhidmatan kebajikan kepada mahasiswa non-
muslim terutamanya.

9
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Program-program dan strategi dakwah terhadap non-muslim yang dilakukan


di kampus.

PENDEKATAN PROGRAM STRATEGI


1. Pendekatan -Majlis Perjumpaan -Mahasiswa Non-Muslim
Pengenalan -Dialog Bersiri -Pensyarah
-Kursus / Seminar -Kakitangan
2. Pendekatan Dakwah - Sama seperti di atas -Pemimpin persatuan
di -Pensyarah
kalangan golongan
terpenting
3. Perbandingan agama -Siri ceramah -Mahasiswa non-muslim
-Forum -Persatuan
-Kursus/seminar rumah/gereja
4. Pendekatan dakwah - program pengumpulan -Mahasiswa non-muslim
yang bersistematik data mengenai di fakulti
kepercayaan dan adat. -hasil kajian di
perpustakaan
5. Pendekatan - program bersama -rumah kebajikan orang
perkhidmatan kebajikan lawatan tua pelbagai kaum
kebajikan -mangsa-mangsa
- menderma darah kemalangan dan
malapetaka.

Daripada pernyataan di atas, ternyata persatuan-persatuan yang


didominasi oleh mahasiswa Islam seperti PMIUM umpamanya, tidak
ketinggalan mengadakan usaha-usaha dakwah kepada non-muslim. Begitu
juga persatuan-persatuan mahasiswa Islam yang lain hatta di kolej-kolej
kediaman mahasiswa melalui Jawatankuasa Perkembangan Kerohanian turut
mengadakan program-program untuk menarik minat mahasiswa non-muslim.
Hasil daripada penelitian yang serius, kita akan mendapati bahawa
pendekatan pengenalan masih terlalu kurang dilaksanakan oleh kebanyakan
persatuan didominasi

10
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

oleh mhasiswa Islam. Walaupun tidak kita nafikan, pendekatan yang pertama
ini ada dilakukan oleh beberapa individu muslim secara tidak formal, tetapi
kesan untuk jangka panjang demi kebaikan Islam masih lagi belum kelihatan.
Justeru itu, program perjumpaan dengan mahasiswa non-muslim
secara formal melalui persatuan ini perlu diusahakan dengan serius yang
bermatlamatkan untuk memberi penjelasan dan kefahaman Islam kepada
mereka.
Kita sering menghadiri forum perbandingan agama di kampus.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan oleh pelbagai penganut
agama di kampus ini terutamanya. Walaubagaimanapun, sewajarnya
program seumpama ini tidak dihentikan sekadar tiga jam berforum. Malah
program-program susulan yang berbentuk diskusi ilmiah, kursus-kursus dan
seminar yang berbentuk perbandingan agama perlu diperkenalkan di kampus
ini agar semua penganut agama dapat menyertainya.
Pendekatan penyelidikan dakwah mungkin terlalu asing bagi kita untuk
memulakannya. Sebenarnya inilah di antara sumber maklumat utama
sebelum kita melakukan kerja-kerja dakwah untuk non-muslim di kampus ini.
Setakat ini masih kurang lagi penyelidikan yang komprehensif terhadap
citarasa non-muslim kepada Islam. Namun begitu nampaknya PMIUM pada
sesi ini akan memulakan penyelidikan dakwah non-muslim buat pertama
kalinya. Walaupun masih di peringkat awal penubuhan jawatankuasa adalah
diharapkan usaha-usaha ini akan berjaya. Penglibatan yang total dari semua
pihak terutamanya pelajar dakwah adalah diharap-harapkan.
Disebabkan semangat bangsa yang masih menebal dan kurang
berminat untuk bergaul dengan masyarakat non-muslim terutamanya agak
terlalu sukar bagi kita untuk melakukan pendekatan yang terakhir iaitu
pendekatan perkhidmatan kebajikan. Perkara ini sebenarnya amat penting
untuk kita mulakan di kampus ini sebagai pengalaman sebelum bertemu
dengan masyarakat yang sebenarnya kelak Mungkin kita agak ketinggalan
dengan usaha dakwah dari pihak kristian yang jauh telah mendahului usaha-
usaha kita setakat ini. Justeru itu kitalah yang sepatutnya memulakan
pendekatan ini dengan kemampuan yang ada.

e. BEBERAPA SARANAN DAN CADANGAN

11
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Sebelum kami memberi saranan dan cadangan untuk memantapkan


metodologi dakwah kepada non-muslim di kampus ini. Ingin kami menarik
perhatian semua pelajar dakwah agar merasa bertanggungjawab dengan
tugas dakwah ini.
Sekiranya kita melihat secara keseluruhan kertas kerja ini, maka telah
terdapat beberapa cadangan dikemukakan berkenaan dengan tajuk yang
dibincangkan ini. Untuk memastikan gerak kerja dakwah terhadap non-
muslim ini dapat dilaksanakan dengan baik di kampus ini, maka penglibatan
yang bersepadu dari semua pihak amat diperlukan. Pengembelengan tenaga
dari pensyarah Islam, mahasiswa Islam, pengetua kolej dan pegawai
universiti untuk berdakwah kepada non-muslim akan memberi kekuatan yang
besar terhadap kerja-kerja dakwah di kampus ini.
Faktor sikap aktivis atau mahasiswa Islam yang tidak peka kepada
gerak kerja kristian yang berjaya menambat hati ramai mahasiswa dengan
perkhidmatan kebajikannya, perlu diberi perhatian. Walaupun sibuk dengan
tugasan harian yang bersangkutan dengan akademik dan persatuan tetapi
janganlah kita lupa untuk memerhati perkembangan yang boleh menjejaskan
kewibawaan Islam di kampus.
Persatuan-persatuan yang didominasikan oleh mahasiswa Islam
mestilah mengambil kesempatan untuk menarik minat mahasiswa-mahasiswa
baru dari pelbagai kaum bagi mengenali Islam. Program-program kebajikan
untuk mahasiswa baru mestilah dirangka agar ianya dapat mengikat
perhubungan yang baik di antara mereka.
Mahasiswa Islam yang berada di kolej-kolej kediaman mahasiswa
sewajarnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati mahasiswa non-
muslim sambil menjalankan tugas-tugas dakwah Islamiah. Walaupun ramai
akhi in Islam, mengeluh dengan kerja-kerja Islam sesama mahasiswa Islam,
namun ruang masa tersebut perlu dimanfaatkan untuk melakukan tugas
dakwah kepada mahasiswa non-muslim.
6. Penutup
Adalah diharapkan kertas kerja yang ringkas ini diterima sebagai satu
amalan dari hamba kepada Al-Khalil, Allah tuhan Semesta Alam. Kami
mengharapkan bimbingan yang berterusan terutamanya dari Al- Fadhil Ustaz
Syed Abdul Rahman dan rakan-rakan sekursus sekalian. Segala kekurangan

12
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

yang terpapar dari kertas kerja ini adalah kelemahan kami sebagai penuntut
yang dahagakan teguran dan bimbingan. Wassalam

Nota kaki :
1 . Al-Quran Surah An-Nahl:125
2 . Dr Abdul Halim Mat Diah,suatu contoh tentang huraian metodologi,fakulti
Usuluddin UM,Kuala Lumpur 1987 hal 101.
3 . Zaini Hamzah,Dr,kertas kerja :Berdakwah kepada masyarakat belum
Islam.Islamic outreach ABIM.
4 . Haji Abdul Hadi Awang,Tuan Guru Fiq Al-Harakah dari sirah
nabawiyah,Dewan
Pustaka Fajar :Kuala Lumpur 1988 hal 185.
5 . PMUM,majalah varsiti sesi 1990/91,UM:Kuala lumpur hal 30.
6 . Surah as-Saff:8
7 . Surah Al-Mumtahanah :8
8 . Abdul Halim Mat Diah,Dr,op.cit hal 37.
9 . Ismail Abdul Rahman & Mohd Nasir Omar,Cabaran dan isu semasa
DBP:Kuala
Lumpur,1995 hal 55.
10 . Surah Al-Hujurat:13.
11 . Abdul Hamid Ahmad,Dasar Pengalaman Dan Masalah dakwah,Indah
:Pusat
Islam,hal 4.
12 . Surah Al-Munafiqun :2
13 . Zaini Hamzah,Dr,op.cit.
14 . Abdul Hamid Ahmad,Op.cit,hal 6.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK
SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM.
HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS
MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA
BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

13
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

14

You might also like