You are on page 1of 4

A.

Pengenalan

1.       Zaman Prasejarah

Catatan sejarah dari penemuan batu di zaman neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya
tukang, pandai ukir atau pengukir di alam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi,
pinggan mangkuk dan sebagainya berhiaskan ukiran yang sederhana. Menurut R. O. Winsted; “their chief
interest lies in their divesity of from …simple incised pattern”.Selain dari itu, terdapatnya ukiran motif  bunga
teratai pada tembikar yang di jumpai di Sungai Johor, Kota. (Mustafa Mohammed,1982: 87). Penemuan artifak-
artifak yang diperbuat dari batu dan tanah menyokong keberadaan seni ukiran telah wujud di alam Melayu.  
Kegiatan harian masyarakat melayu berkonsepkan hidup untuk hari ini. Penggunaan alat keperluan harian seperti
kapak, beliung, kuku kambing, kukuran, tugal dan perahu yang dihiasi dengan motif ukiran adalah bukti yang
kuat tentang kewujudan seni ukir. Di samping menjadikan alat tersebut sebagai senjata dan keperluan harian
mereka, perkakas tersebut juga di percayai mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan motif-motif binatang memberikan
lambang dan makna dalam kepercayaan. (Siti Zainon Ismali, 1985: 31).Bukti  lain seperti tembikar di Gua Cha
di Kelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayu
dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Walaupun pada awalnya hanya untuk kegunaan harian
semata tanpa kedua aspek tersebut, namun keindahan dalam rekabentuk dan ragam hias serta coraknya
menggambarkan ianya berkembangan selaras dengan fungsi gunaan.Kepercayaan animisme dan dinamisme yang
masih diamalkan dengan sangkaan bahawa setiap benda mempunya jiwa roh dan tenaga. Kedua-dua
kepercayaan ini sukar dibezakan kerana ianya terjadi serentak. (Mahayuddin Yahaya, 1998: 108). Oleh yang
demikian, bentuk-bentuk motif dan corak sangat mempengaruhi ukiran mereka. Motif yang berasaskan unsur-
unsur binatang bernyawa adalah merupakan ciri-ciri ukiran awal di alam Melayu. (Zulkifli Hanafi, 2000: 2).
Unsur pemujaan terhadap roh dan kuasa ghaib atau juga kepercayaan kepada setiap benda yang mempunyai
kuasa sakti merupakan gambaran terhadap hasil ciptaan karya masyarakat zaman ini. Banyak sifat-sifat
penyembahan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. (Wojowarsito, R., 1954: 40). Dari bukti diatas jelas
memberikan gambaran kepada kita tentang keberadaan dankewujudan ukiran telah lama berkembangan sebagai
satu kegiatan masyarakat zaman dahulu. 

2.       Zaman Hindu-Buddha

Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu merupakan dampak yang kuat mempengaruhi adat resam
masyarakat Melayu. Bermula dari abad pertama hingga abad ke-14.  Sebelum kedatangan  Islam, masyarakat
tempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha (1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri Vijaya,
Sumatera (5-14 AD),  Majapahit (13-15 AD) dan Melaka (15-16 AD) yang telah bertapak di Kepulauan
Nusantara meresapi kebudayaan tempatan. (Sarah Arney, 1987: 22-23). Hasil pertembungan dua budaya ini,
berlakulah proses asimilasi dan berlakulah penyesuaian budaya dalam masyarakat setempat. Banyak
kepercayaan Hindu-Budha digunakan dalam masyarakat Melayu, misalnya dalam bahasa, adat istiadat,
perbomohan, seni bina dan  yang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu Melayu. Perkembangan lain
mempengaruhi kesenian dan kebudayaan di zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. Misalnya
Hikayat Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang disadur dari pengaruh Hindu-
Budha.   Kesan pengaruh kebudayaan Hindu-Budha yang telah bertapak dan berada dialam Melayu sejak abad
ke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua di
Semanjung Tanah Melayu dan juga agama Hindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di alam Melayu. Kerajaan
Sri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu-Buddha tersebut telah
mempengaruhi dan memberi kesannya terhadap senibina rumah tradisional Melayu awal yang sangat
dipengaruhi oleh  senibina candi. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hasyim, 1997: 33). Pengaruh Hindu-Budha
mengamalkan konsep “dewaraja” yang mana raja dikaitkan dengan keturunan dewa atau kayangan. Raja
mempunyai kedudukan yang mulia dan dianggap tidak berdosa walaupun sebaliknya. Pengaruh ini memberi
kesan kepada hasil karya seni masyarakat Melayu yang biasanya diciptakan untuk memenuhi manifestasi
spiritual dengan tujuan persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna juga
banyak dijelmakan dalam ukiran di zaman ini. Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambang
ketuhanan dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Ligor ( Ligar ) dan
Langkasuka.
[i] Motif binatang bernyawa juga digunakan sebagai perantaraan “tuhan” dan manusia dalam ukiran kayu
Melayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (Siti
Zainon Ismail, 1995: 26). Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan diamalkan dalam
masyarakat Melayu tradisional hingga sekarang. Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuh-
tumbuhan ( flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi perkembangan seni ukkiran pada
hari ini. Motif-motif ini akan distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman Islam.
3.       Zaman Islam

Pertentangan pendapat masih berlaku antara sejarawan timur dan barat tentang tarikh sebenar kemasukkan dan
kedatangan Islam di Nusantara. Setengah memperkirakan sekitar abad pertama lagi semasa  Nabi SAW masih
hidup, ada juga abad ketujuh, begitu juga pendapat yang mengatakan bermula dari abad kelapan dan sembilan
lagi. Namun banyak sejarawan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kedatangan Islam ke alam Melayu
dibawa dan disebarkan dari India oleh pedagang Arab, Gujerat dan Malabar. Kenyataan ini dibuat oleh Pijnapel,
profesor dari Universiti Leiden, Belanda. (Dr. Ismail Hamid, 1985: 17). Bukti kedatangan Islam ini diperkuat
dengan penemuan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gresik (Jawa Timur) bertarikh 1424 oleh J.P. Moquette
pada tahun 1921. Batu nisan ini mempunyai persamaan dengan batu nisan yang dikeluarkan di Cambay, Gejerat.
Pendapat ini digunakan juga oleh sejarawan lain misalnya G.H. Bousquet, B.H.M. Vlekke dan J. Gonda dan
beberapa sejarawan barat dalam meneliti teori kedatangan Islam di alam Melayu. (S.Q.Fatimi, 1963:
32).Penemuan yang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi di beberapa kawasan di Tanah Melayu merupakan
bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Kewujudan
negeri terawal menerima pengaruh ini dapat di buktikan menerusi artifak, batu nisan dan batu bersurat serta
catatan sejarah pengembara Cina, Arab dan Portugis.
[ii] Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh awal kurun ke-14, dan batu
nisan Acheh yang ditemui di beberapa tempat, misalnya di negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah,
Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik  yang sangat menarik  juga menjadi bukti
tentang seni ukiran di alam Melayu. Selepas kedatangan dan bertapaknya Islam di alam Melayu, membawa satu
rupa baru dalam pandangan dan penerimaan kepada penganut agama tersebut. Pandangan Sidi Gazalba dalam
menggariskan beberapa kesenian yang menerima pengaruh Islam antaranya : 

a. Kesenian ;
1.      Seni Tari: disampaikan melalui mimik, pantomin dan gaya
2.      Seni Drama : unsur-unsur Islam di terapkan
3.      Seni Suara / Nyanyian: termasuk suara dan kata-kata indah
4.      Deklmasi : kata-kata yang diucapkan dengan tidak berlagu
5.      Seni Masakan
6.     Seni kecantikan : bahan-bahan kosmetik  

b. Seni Tampak ( Visual )


1.      Seni Lukis : dalam bentuk garisan, ruang dan warna
2.      Seni Arca ( Seni Ukir ): di hasilkan di atas logan, batu dan kayu
3.      Seni bina : bangunan dan bentuk
4.      Seni Hias : perhiasan dan dandanan. 

Oleh kerana agama Islam yang telah mendapat tempat dalam budaya dan masyarakat Melayu, nilai-nilai dan
agama mula digabungkan ke dalam kehidupan seni mereka. Seni ukiran juga telah mendapat perhatian. Kesan
dan unsur ajaran yang bertentangan atau bercanggah dengan ajaran dan adat resam Melayu telah mula di
lenyapkan. Dalam ukiran Melayu, motif yang berunsurkan binatang ( fauna) mula disamarkan dan sedikit-sedikit
mula dihilangkan dalam karya seni ukiran mereka. Islam juga melarang umatnya membentuk, membuat dan
meniru motif yang bernyawa atau makhluk hidup dalam sebarang motif atau ukiran mereka. Misalnya motif itik
pulang petang, naga, badak mudik, ayam berlaga dan lain-lain yang telah diubah dan disesuaikan agar ianya
tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.Adalah tidak wajar jika tidak disentuh tentang kewujudan seni
Khat ( Kaligrafi ) apabila kita membicarakan kegemilangan dan pengaruh Islam di alam Melayu. Seni Khat 
merupakan kesan yang kuat dalam pengaruh kesenian Islam. Perkembangan ini jelas di gambarkan pada hiasan
ukiran-ukiran di dinding serta bangunan tempat kediaman khususnya memperlihatkan ciri-ciri tamadun Islam di
alam Melayu. Tulisan dan kalimah dengan diukir atau ditulis dengan tulisan khat menghiasi penjuru dan tempat
tertentu sebagai memuji kebesaran Allah SWT. Kalimah-kalimah syahadat Allah., Muhammad, Basmallah dan
petikan surah ayat-ayat dari Al-Quran dijelmakan dalam pelbagai bentuk tulisan khat seperti Kufi, Farsi,
Daiwani ( Diwani ), Tuluth, Naskhi ( Nashk ), Andalusia, Qairawani dan sebagainya. Namun begitu, tulisan khat
Diwani dan tuluth merupakan yang sangat popular dalam masyarakat Melayu.   Di samping tulisan dan
kesusasteraan, ukiran juga dikembangkan dengan gabungan motif flora dan kaligrafi. Agama Islam memberikan
pengajaran yang baik dalam kehidupan harian dengan ajaran TauhidNya berpandukan Al-Quran dan Hadis serta
Sunnah.
Maka masyarakat melayu mula memberikan perhatian kepada fungsi hiasan motif gabungan tersebut dalam
usaha mentauhidkan Allah dengan memenuhi sarana peribadatan mereka. Tidak hairanlah ukiran kaligrafi dalam
pelbagai jenis menghiasi masjid dan rumah-rumah mereka serta istana raja-raja Melayu waktu itu yang
senibinanya dari bahan utamanya kayu.Untuk itu hampir keseluruhan senibina awal banyak dihiasi dengan
tulisan khat. Masjid-masjid dan rumah kediaman masyarakat Melayu Islam tidak ketinggalan menerima
pengaruh ini. Kaligrafi ini diukir atau ditulis pada pintu, jendela dan tempat-tempat tertentu yang memberi kesan
kepada penganutnya tentang keEsaan Allah SWT. Ukiran Khat samada digabungkan dengan motif flora ataupun
tulisan kaligrafi itu sendiri dapat dilihat, misalnya Mimbar Masjid Kampung Laut Kelantan, Istana Balai Besar,
Kelantan, Komlpek Makam Banggul, Kelantan. Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh, Mimbar Masjid Sebatu
Melaka. Begitu juga dengan beberapa istana raja Melayu lama, seperti Istana Sri Menanti, Istana Kenangan,
Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia.   
Kesultanan Melayu Melaka “…….maka Bendahara dan Temenggong pun membangunkan istana tujuh belas
ruangan, maka diperbuatnya istananya bertingkat tujuh terlalu indah-indah, Hang Tuah berbuat dua tingkat,
Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dua, dan Tun Mamat, Tun Lekiu dan Tun Lekir, Hang Kamari kerana
orang tujuh itulah yang bijak mengukir…. ( Hikayat Hang Tuah ) “ ……sulur dan batangnya merah berukiran
setangkai awan…..” ( Hikayat Hang Tuah ). 
Petikan di atas menjelaskan tentang seni ukir yang telah lama menetap dan bertapak di alam Melayu.
Kedatangan Islam pada abad ke-14 memberikan kesan yang amat dalam kepada perkembangan seni ukiran
Melayu. Istana Hawa Nafsu atau Mahligai Hawa Nafsu yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Shah (1459-
1477) sebagai pemerintah kerajaan Melayu Melaka seperti mana di tulis dalam Sejarah Melayu ( Sulatus Salintin
) oleh Tun Seri Lanang pada abad ke-17. Istana ini di jelaskan dalam catatan Sejarah Melayu; “ Sekaliannya itu 
diukir dan bersangkuap. Pada antara pengkuap  itu diperbuat berlalang bersagi: sekaliannya dicat dengan air
emas. Terlalu indah pembuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada seperti zaman
itu” ( Sejarah Melayu ). “ tersebut sebuah istana yang besarnya 17 ruang, bersayap layang-layang berukir,
diukir jenang pintu itu dan empat puluh banyak pintunya selain dicat dibubuh air emas…” ( Sejarah Melayu ) 
Istana ini juga merupakan sejarah awal dalam seni bina Melayu yang menggunakan bahan-bahan dari China.
Walaupun jelas mendapat pengaruh dari luar dalam penggunaan bahan seperti atap dari tembaga dan timah
disisipkan dan berdindingkan cermin berwarna dan cat air yang dimport dari China, ianya merupakan istana
yang sangat lengkap dibina oleh tukang tempatan. Hal ini sangat sesuai fungsi berganda istana pada zaman
dahulu disamping sebagai tempat bersemayam raja-raja atau sultan Melayu, ianya juga dijadikan sebagai pusat
pentadbiran. Sebagai sebuah istana, senibinanya berasal dari  rumah Melayu yang telah diubah suai bagi
memenuhi dua fungsi diatas. Oleh itu, tukang-tukang atau pandai kayu dengan kemahirannya, berperanan
mengubah struktur bangunan istana-istana raja Melayu. Tukang-tukang tempatan berjaya mengadaptasikan
beberapa bahgian dalam struktur bangunan istana dengan mewujukan beberapa balai. Misalnya Balairung Seri
( Balai Besar), Balai Mengadap, balai menunggu, balai penghadapan (tempat rakyat menghadap sultan/raja)
balai singahsana, bilik beradu raja, balai santapan, bilik putera-puteri, bilik dayang-dayang, bilik pengawal istana
dan bilik pembantu istana.   Dalam Hikayat Misa Melayu, istana Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1780) yang
terletak di Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta Perak,  adalah bukti  tentang seni ukir dan keindahannya.
Dalam hikayat ini jelas menunjukkan keindahan bentuk istana dengan hiasan-hiasan ukiran melayu.   Penemuan
yang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi merupakan bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong
pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu
yang bertarikh awal kurun ke-14, dan Batu Nisan Acheh yang di temui di beberapa tempat di negeri Perak,
Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik  yang
sangat menarik  juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu.  Catatan sejarah dari perjumpaan pada
zaman batu neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukir
dialam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya. Ada
pendapat mengatakan  seni ukir didatangkan dari selatan Negeri Thai iaitu Pattani. Buktinya, Negeri Kelantan,
Terengganu, Pahang, Kedah di bawah pengaruh Siam berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan
rumah-rumah lama mempunyai banyak persamaan dengan seni ukir Siam.             
Ada juga yang berpendapat seni ukir didatangkan dari Acheh, Jawa dan Sumatera. Di Perak Tengah mempunyai
gaya seni ukiran Acheh dan Jawa. Hal ini berlaku kerana penduduk selatan Negeri Perak merupakan orang
Melayu yang sebahagian besarnya berketurunan dari beberapa suku Melayu dari Sumatera iaitu   Mendailing,
Batak, Rawa, Kerinci, Kampar dan Jambi.Ukiran kayu yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka dan Johor dipengaruhi oleh seni ukiran rantau asal keturunan. Umpamanya orang Melayu di Negeri
Sembilan dan Selangor sebahagian besarnya berasal dari Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya.Bukti lain yang
dapat dijadikan sebagai kajian tentang keberadaan seni ukir  dialam Melayu misalnya Istana Seri Menanti Negeri
sembilan. Istana ini di ketakan sebagai sebuah istana tertua di Negeri ini malah sangat istimewa dengan bentuk
struktur bangunan yang penuh berukir. Pada abad ke-20, istana ini merupakan tempat bersemayamnya Yang 
Dipertuan  Besar Negeri sembillan (Yam Tuan Muhammad ). Ianya dibina pada zaman pemerintahan kerajaan
Inggeris di Tanah Melayu dan merupakan sebuah istana kayu berukir yang terbesar di dunia. Sehingga sekarang
ianya dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Sembilan.Penemuan yang lain seperti tembikar di Gua Cha di
Kelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayu
dalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Seni ukir tidak hanya sekadar hiasan pada bentuk seni
rupa yang di cipta, tetapi juga memperlihatkan taraf kemahiran dan pencapaian teknik serta pemikiran orang
Melayu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orang
Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif,
corak dan  bentuk dalam sesuatu karya ukiran. 

[i] Mustafa Mohammed,1982, Perkembangan Seni Ukir, Warisan Kelantan, hal:94


[ii] Mahayuddin Yahaya,1998, Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, hal: 15.

You might also like