You are on page 1of 111

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN
Seksyen

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.


2. Tafsiran.
3. Peruntokan mengenai perkhidmatan giat.

BAHAGIAN II
ANGKATAN TETAP MALAYSIA

4. Menubohkan angkatan tetap.


5. Keanggotaan angkatan tetap.

BAHAGIAN III

MENTAULIAHKAN DAN MELANTEK PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TETAP

6. Mentauliahkan pegawai
7. Jenis-Jenis tauliah
8. Tauliah kehormat
9. Pembatalan tauliah
10. Perlantekan pemangku naib leftenan laut, pegawai muda laut dan kedet.
11. Pembatalan perlantekan.
12. Kenaikan pangkat
13. Pertukaran daripada satu perkhidmatan kepada satu perkhidmatan lain.
14. Pertugasan pegawai-pegawai.
15. Peratoran-peratoran berkenaan dengan pertauliahan dsd. Pegawai.

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN DAN SHARAT-SHARAT PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP

16. Siapa yang boleh didaftarkan.


17. Pehak berkuasa merekrut
18. Cara pendaftaran dan penyaksian.
19. Jawapan-jawapan falsu dalam kertas penyaksian.
20. Perekrutan yang tidak sah atau penggengguan terhadap perekrutan.
21. Pendaftaran dalam Tentera Darat hendaklah bagi suatu Kor tertentu.
22. Pertukaran dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain.
23. Pertugasan askar laskar
24. Tempoh pendaftaran
25. Perlanjutan dan pengurangan perkhidmatan.
26. Pertugasan samula askar laskar

1
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

27. Penanggohan dalam hal-hal tertentu mengenai pemberhentian kerja atau pertukaran kepada
simpanan.
28. Perberhentian kerja.
29. Pertukaran kepada simpanan.
30. Menanggohkan pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan sementara menanti
perbicaraan kesalahan.
31. Rekrut boleh membayar untuk pemberhentian kerja.
32. Hak bagi pegawai waren berhenti kerja apabila di-turunkan ke pangkat biasa.
33.Pemberhentian askar-laskar yang tidak sempurna akal.
34. Kaedah-kaedah bagi mengira perkhidmatan.
35. Sahnya penyaksian,pendaftaran dan pertugasan semula.
36. Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran.
37. Tafsiran bagi Bahagian IV.
BAHAGIAN V

KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN PERKHIDMATAN

Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Perkhidmatan Tentera


38. Membantu musoh.
39. Salah-laku oleh pemerintah dalam perjuangan.
40. Salah-laku oleh orang-orang lain dalam gerakan menentang musuh.
41. Membuat perhubungan dengan musuh.
42. Kesalahan-kesalahan terhadap semangat.
43. Menjadi orang tawanan perang kerana tidak patuh atau kecuaian yang di sengajakan; dan tidak
masuk semula dalam angkatan.
44. Kesalahan-kesalahan oleh atau berhubung dengan senteri,dsb.
45. Kesalahan berhubung dengan bekalan.
46. Penjarahan.

Dahagi dan Engkar Perintah

47. Dahagi.
48. Tidak menghapuskan dahagi.
49. Tingkahlaku engkar perintah.
50. Tidak patuh kepada pegawai atasan.
51. Tidak patuh kepada perintah tetap.
52. Menghalang pegawai polis tentera.
53. Menghalang pegawai polis yang menangkap anggota angkatan tentera.

Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan Tentera

54. Tinggal Tugas.


55. Tidak hadir tanpa cuti.
56. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan tidak hadir cuti.
57. Kenyataan palsu berkenaan dengan cuti.
58. Tidak menghadiri perbarisan atau tidak menjalankan kewajipan.
59. Berpura-pura sakit.
60. Mabuk.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Harta

61. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta awam dan perkhidmatan.


62. Kesalahan berhubung dengan harta anggota angkatan tentera.
63. Kesalahan pelbagai berhubung dengan harta.

Kesalahan Berhubung dengan, dan oleh, Orang-orang dalam Jagaan

64. Penangkapan dan pengurungan luar peraturan.


65. Membenarkan lepas lari, dan melepaskan orangsalah se cara tidak sah.

2
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

66. Menentang penangkapan.


67. Lepas lari dari jagaan yang sah.

Kesalahan-kesalahan Pelayaran dan Penerbangan

68. Kehilangan atau membahayakan kapal atau kapal udara.


69. Penerbangan dsb. yang merbahaya.
70. Terbang rendah.
71. Penerbangan yang mengusarkan.
72. Perakuan yang tidak tepat.
73. Kesalahan-kesalahan oleh pegawai memerintah mengenai harta rampasan.
74. Lain-lain kesalahan mengenai harta rampasan.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Tribunal Perkhidmatan

75. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan mahkamah tentera.


76. Keterangan palsu.
77. Memalsukan suratan perkhidmatan.
78. Tuduhan dsb. yang palsu.
79. Menyatakan maklumat dengan tiada kebenaran.
80. Cuba membunuh diri.
81. Menganiaya pegawai atau askar-laskar yang berpangkat rendah.
82. Penahanan gaji yang menyalahi undang.
83. Kelakuan keji.
84. Membawa barang-barang dengan tidak sepatutnya.
85. Kelakuan pegawai-pegawai yang mengaibkan.
86. Percubaan untuk melakukan kesalahan terhadap akta ini.

87. Kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan.


88. Kesalahan-kesalahan awam.

Hukuman

89. Hukuman bagi pegawai.


90. Hukuman bagi askar-laskar.
91. Peruntukan-peruntukan mengenai denda.
92. Hukuman medan.

Penangkapan

93. Penagkapan.
94. Peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan kelengahan selepas penangkapan.

Melaksanakan Terus Pertuduhan

95. Penyiasatan pertuduhan oleh pegawai yang memerintah.


96. Pertuduhan hendaklah dibicarakan terus oleh mahkamah tentera.
97. Pembicaraan-pembicaraan selanjutnya atas pertuduhan terhadap pegawai muda laut, kadet laut,
pegawai kadet, kadet udara, askar-laskar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai
waren.
98. Perbicaraan selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai bertauliah,pemangku naib
leftenan laut dan pegawai waren.
99. Penolakn pertuduhan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.
100. Pengakuan salah kerana tinggal tugas oleh seseorang askar-laskar.

3
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

101. Pegawai-pegawai yang dikehendaki bertindak sebagai pegawai-pegawai memerintah dan pihak
berkuasa atasan yang berkenaan.
102. Had kuasa bagi membicarakan terus pertuduhan.

Mahkamah Tentera: Peruntukan-peruntukan Am

103. Bidangkuasa dan kuasa mahkamah tentera.


104. Pihak berkuasa yang mengadakan mahkamah tentera.
105. Keanggotaan mahkamah tentera.
106. Peruntukan-peruntukkan tambahan berkenaan dengan keanggotaan mahkamah tentera.
107. Tempat bagi persidangan mahkamah-mahkamah tentera dan penangguhan untuk bersidang di
tempat lain.

Mahkamah-mahkamah tentera peruntukan-peruntukan berhubung dengan perbicaraan

108. Cabaran oleh seseorang yang dituduh.


109. Mentadbirkan sumpah.
110. Mahkamah-mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah terbuka.
111. Pembubaran mahkamah-mahkamah tentera.
112. Keputusan mahkamah tentera.
113. Keputusan dan hukuman.
114. Kuasa mentabibkan kesalahan lain daripada kesalahan yang diperuntukan.
115. Kaedah-kaedah mengenai keterangan.
116. Keistimewaan bagi saksi-saksi dan orang-orang lain dalam mahkamah tentera.
117. Kesalahan-kesalahan oleh orang preman berhubung dengan mahkamah tentera.
118. Pengakuan

Acara

119. Kaedah Achara.


120. Kaedah-kaedah mengenai pelaksanaan tugas-tugas hakim peguam.
121. Memberi pertimbangan terhadap kesalahan-kesalahan.

Mengesah, Menyemak dan Mengkaji semula Pembicaraan-pembicaraan Mahkamah Tentera

122. Mengesahkan pembicaraan-pembicaraanmahkamah tentera.


123. Rayuan terhadap keputusan atau hukuman.
124. Menyemak keputusan-keputusan mahkamah tentera.
125. Kuasa pegawai pengesah.
126. Pegawai-pegawai pengesah.
127. Kelulusan serta pengesahan dikehendaki bagi hukuman-hukuman bunuh yang tertentu.
128. Mengulangkaji keputusan dan hukuman mahkamah tentera.
129. Menimbangkan semula hukuman-hukuman penjara dan tahanan.

Mengulangkaji Keputusan Terus Award

130. Mengulangkaji keputusan terus dan award.


131. Peruntukan jika yang di tuduh didapati gila.

Kecualian bagi Tugas-Tugas Ketua Hakim Peguam

132. Kecualian bagi tugas-tugas Hakim Peguam.

4
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Permulaan, Penggantungan dan Tempuh Hukuman

133. Permulaan Hukuman.


134. Tempoh hukuman-hukuman penjara dan tahanan.
135. Penggantungan hukuman-hukuman.

Melaksanakan Hukuman-hukuman Bunuh, Hukuman Penjara dan Tahanan

136. Melaksanakan hukuman-hukuman bunuh.


137. Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan.
138. Peruntukan-peruntukan khas mengenal penjara awam dan Persekutuan.
139. Peruntukan –peruntukan khas mengenai penjara awam dan Persekutuan.
140. Negeri di mana hukuman penjara atau tahanan hendak dijalani.
141. Menerima buat sementara orang-orang dalam tangkapan ke dalam jagaan awam.
142. Tugas penguasa penjara dan pegawai-pegawai lain untuk menerima orang salah.

Membicarakan Orang-orang yang Tidak Lagi Tertakluk kepada


Undang-undang Perkhidmatan dan Had-had Masa bagi Perbicaraan

143. Pembicaraan dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan


walaupun pesalah tidak lagi tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan.
144. Had masa bagi pembicaraan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan.

Perhubungan antara Undang-undang Perkhidmatan dan Mahkamah


Awam dan Muktamadnya Pembicaraan-pembicaraan

145. Bidangkuasa mahkamah awam.


146. Tidak sasiapa boleh dibicarakan dibawah Akta ini atas kesalahan yang sudah dibicarakan.

Siasatan
147. Lembaga siasatan
148. Siasatan keatas ketiadaan hadiran

Peruntukan Pelbagai

149. Pemulehan atau pampas an bagi kesalahan mencuri


150. Perlantekan Ketua Hakim Peguam
151. Perlantekan hakim peguam
152. Perishtiharan
153. Jagaan rekod perbicaraan mahkamah tentera dan hak orang yang dituduh untuk mendapat satu
salinannya.
154. Kelepasan tanggongan bagi pegawai penjara
155. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peratoran dibawah Bahagian ini.

Tafsiran

156. Tafsiran bagi Bahagian V

5
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN VI

GAJI, LUCUTAN DAN POTONGAN

Seksyen
157. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan Gaji dan Elaun.
158. Lucutan dan potongan, peruntukan am.
159. Lucutan kerana tidak hadirbertugas
160. Potongan bagi membayar penalty awam
161. Pampasan kerana kehilangan yang disebabkan oleh perbuatan salah atau kecuaian
162. Potongan kerana kerosakan barek
163. Peremitan bagi lucutan dan potongan
164. Menguatkuasakan perintah nafkah dan perintah menentukan bapa dengan potongan daripada gaji
165. Potongan daripada gaji bagi nafkah isteri atau anak
166. Had potongan dibawah seksyen 198 dan 199 dan natijah lucutan
167. Penyampaian proses dalam perbicaraan nafkah

BAHAGIAN VII
PERUNTUKAN AM
Kuasa memerintah
168. Kuasa memerintah
169. Kuasa memerintah apabila bahagian daripada perkhidmatan yang berlainan berkhidmat bersama

Pemulehan terhadap pengaduan

170. Pengaduan oleh pegawai


171. Pengaduan oleh askar laskar

Peruntukan mengenai kapal dibawah konvoi

172. Kapal dibawah konvoi

Peruntukan mengenai Salvej

173. Salvej oleh kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda

Peruntukan berkenaan dengan Orang Tinggal Tugas dan Anggota yang tidak hadir tanpa cuti

174. Penangkapan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tampa cuti
175. Perbicaraan dihadapan sabuah mahkamah awam jika orang dishak sebagai tidak hadir dengan
cara yang menyalahi undang-undang
176. Orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tanpa cuti yang menyerah kepada polis
177. Perakuan penangkapan atau penyerahan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir
178. Kewajipan penguasa penjara dan lain untuk menerima orang tinggal tugas dan anggota yang tidak
hadir tanpa cuti.

Kesalahan berkenaan dengan Angkatan Tentera yang boleh dihukum oleh Mahkamah Awam

179. Hukuman kerana berpura sabagai seorang tinggal tugas


180. Hukuman kerana menghalang anggota angkatan tetap dalam menjalankan tugas

6
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Peruntukan berkenaan dangan keterangan

181. Peruntukan am berkenaan dengan keterangan


182. Bukti bagi keputusan sasuatu perbicaraan awam
183. Keterangan perbicaraan mahkamah tentera

Peruntukan Pelbagai

184. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah
185. Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen
186. Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun
187. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai


189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap
190. Kerahan dengan perishtiharan
191. Kerahan untuk latihan
192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan
193. Pemberhentian kerja anggota simpanan
194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan
bagi anggota simpanan.

BAHAGIAN IX

ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

195. Menubukan angkatan sukarela


196. Keanggotaan angkatan sukarela
197. Perantah
198. Mentauliahkan pegawai
199. Penubuhan Simpanan Pegawai
200. Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja
201. Latihan dan petugas
202. Mengerah untuk berkhidmatn
203. Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
204. Kesalahan
205. Lembaga Penyiasatan
206. Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah
207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan
208. Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu

BAHAGIAN X

PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN

Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini

209. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am


210. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing
211. Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda
212. Pemakaian Akta kepada orang pereman

pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu

213. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela


214. Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil

7
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

215. Pelaksanaan perintah, surat cara


216. Peruntukan peralehan
217. Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada

Jadual Pertama
Jadual Kedua

Angkatan tentera
Undang Malaysia
Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan,
pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong Peruntukan Pelbagai

184. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah
185. Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen
186. Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun
187. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai


189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap
190. Kerahan dengan perishtiharan
191. Kerahan untuk latihan
192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan
193. Pemberhentian kerja anggota simpanan
194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan
bagi anggota simpanan.

BAHAGIAN IX

ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

195. Menubukan angkatan sukarela


196. Keanggotaan angkatan sukarela
197. Perantah
198. Mentauliahkan pegawai
199. Penubuhan Simpanan Pegawai
200. Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja
201. Latihan dan petugas
202. Mengerah untuk berkhidmatn
203. Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
204. Kesalahan
205. Lembaga Penyiasatan
206. Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah
207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan
208. Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu

8
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN X

PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN

Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini

209. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am


210. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing
211. Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda
212. Pemakaian Akta kepada orang pereman

pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu

213. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela


214. Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil
215. Pelaksanaan perintah, surat cara
216. Peruntukan peralehan
217. Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada

Jadual Pertama
Jadual Kedua

Angkatan tentera
Undang Malaysia
Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan,
pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuat Kuasa.

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Tentera, 1972, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong melalui pemberitahu dalam Warta.

2. Tafsiran.

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, perbahasaan-
perbahasan yang berikut hendaklah mempunyai erti yang dengan ini diberi kepadanya masing-masing:-

"anggota simpanan" ertinya pegawai-pegawai dan askar-lasykar yang dikehendaki berkhidmat dalam
Simpanan Angkatan Tetap di bawah Bahagian VIII apabila ditamatkan atau genap perkhidmatan penuh
masa mereka dalam angkatan tetap:

"anggota sukarela" ertinya seorang anggota dalam mana-mana angkatan sukarela yang bukan seorang
pegawai bertauliah dalam angkatan itu;

"angkatan sukarela" termasuklah Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan
Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia;

9
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

"angkatan tentera" atau "angkatan tentera Seri Paduka Baginda" termasuklah angkatan tetap dan
angkatan sukarela Malaysia dan mana-mana angkatan lain yang diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong
dari semasa ke semasa sebagai angkatan tentera;

"angkatan tetap" termasuklah Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara
Diraja Malaysia: dengan syarat bahawa seseorang pegawai Simpanan Angkatan Tetap atau seseorang
pegawai yang telah bersara dalam erti mana-mana undang-undang bertulis tidaklah dikira sebagai seorang
anggota angkatan tetap kecuali setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini;

5
"askar-lasykar" ertinya sesiapa jua, kecuali seorang pegawai yang didaftarkan dalam angkatan tetap dan
(tertakluk kepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana
undang-undang bertulis atau syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau
pertugasan) mana-mana askar-lasykar tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asing
yang dilantik, dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tetap;

"bahan-bahan kapal udara" termasuklah:-

(a) bahagian-bahagian dan komponan-komponan atau alatambah-alatambah kapal udara, sama ada
pada masa itu berada dalam kapal udara atau tidak;

(b) injin, senjata, peluru, bom dan misail-misail lain dari apa-apa jenis dalam, atau untuk digunakan
dalam, kapal udara;

(c) apa-apa alat, radas atau perkakas lain dalam, atau untuk digunakan dalam, kapal udara;

(d) apa-apa radas yang digunakan berkenaan dengan keberangkatan-naik atau pendaratan kapal
udara atau bagi mengesan pergerakan kapal udara; dan

(e) apa-apa bahanapi atau benda-benda lain yang digunakan bagi menggerakkan kapal udara dan
apa-apa bahan yang digunakan sebagai pelicin atau penyejuk untuk kapal udara atau bahan kapal
udara;

"berhadapan dengan musuh", berhubung dengan seseorang, ertinya bahawa ia sedang bertempur
dengan musuh atau hampir hendak bertempur dengan musuh atau sedang diserang oleh musuh atau
diancam oleh serangan musuh yang mungkin berlaku dengan segera;

"bintang" termasuklah pingat, reben pingat, pita semat dan


lencana kelakuan baik;

"darurat" termasuklah peperangan, serangan, rusuhan, penderhakaan dan bencana awam sama ada yang
sebenarnya atau yang dikhuatirkan;
"gaji pokok" ertinya apa-apa emolumen bagi seseorang pegawai atau askar laskar yang ditetapkan dari
semasa ke semasa sebagai gaji pokok bagi maksud Akta ini oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
seksyen 157;

"harta awam" ertinya apa-apa harta sama ada harta aleh atau harta takaleh kepunyaan mana-mana
jabatan Kerajaan Persekutuan atau yang dipegang bagi maksud mana-mana jabatan itu;
6
"harta perkhidmatan" termasuklah harta kepunyaan sesuatu unit, institusi atau unit mes atau mana-mana
pertubuhan tempatan yang bersamaan dengan Institiut-institiut Tentera Laut, Tentera Darat dan Tentera
Udara angkatan British;

"Kaedah-kaedah Acara" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 119;

"Kaedah-kaedah Lembaga Siasatan" ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan lembaga-lembaga


siasatan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 147;

"Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan" ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan penjaraan dan
tahanan orang-orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dibuat
oleh Menteri di bawah seksyen 137;

10
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

"Kapal Seri Paduka Baginda" ertinya apa-apa kapal bertauliah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia atau
Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan apa-apa kapal yang bertugas dalam perkhidmatan
Seri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak;

"kapal udara" ertinya apa-apa jentera untuk terbang, sama ada digerakkan dengan cara jentera atau tidak
dan termasuklah apa-apa jenis belon;

"kapal udara Seri Paduka Baginda" ertinya apa-apa kapal udara dalam perkhidmatan Seri Paduka
Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak;

"kerosakan" termasuklah kebinasaan dan sebutan mengenai "merosakkan" hendaklah diertikan sewajar-
nya:

"kesalahan awam" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam seksyen 88;

“Ketua Perkhidmatan” ertinya Ketua Tentera Darat, Ketua Tentera Laut atau Ketua Tentera Udara,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pin. A974/96
"mahkamah awam" ertinya sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah biasa tetapi tidak
termasuk mana-mana mahkamah di luar Persekutuan kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata;

"mahkamah tentera", kecuali selainnya diperuntukkan dengan nyata, ertinya suatu mahkamah tentera di
bawah Akta ini;

"Majlis Angkatan Tentera" ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 dalam Perlembagaan
Persekutuan;

"mencuri" ertinya melakukan kesalahan mencuri sebagaimana yang ditaarifkan dalam Kanun Keseksaan;
N.M.B. Bab45. Sabah 3/S9. Swk. Bab57.

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggongjawab bagi pertahanan;

"musoh" termasuklah semua orang yang mengambil


bahagian dalam gerakan bersenjata menentang mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau
mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya dan juga termasuklah pendahagi-pendahagi
bersenjata, penderhaka-penderhaka bersenjata, perusuh-perusuh bersenjata dan lanun-lanun;

"pangkat" ertinya apa-apa jua jenis pangkat dan termasuklah rate;

"pangkat memangku'' ertinya apa-apa jenis pangkat


(walau apa jua namanya dipanggil) yang penyandangnya boleh diperintah diturunkan kepada pangkat
asalnya oleh seseorang pegawai memerintah yang berkuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 155 dan "pemangku pegawai waran", "pemangku ketua pegawai kecil", "pemangku
pegawai tidak bertauliah" dan "pemangku pegawai kecil" hendaklah diertikan sewajarnya;

"pegawai" ertinya sesiapa jua yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada pegawai muda laut
atau pegawai kadet yang telah dilantik kepada atau ditauliahkan dalam angkatan tentera dan (tertakluk
kepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-
undang bertulis atau syarat-syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan)
mana-mana pegawai tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asing yang telah dilantik,
dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tentera;
Pin. A974/96
"pegawai atasan", berhubung dengan mana-mana
pegawai atau askar laskar lain, ertinya mana-mana pegawai atau askar laskar yang diberi kuasa untuk
memberi sesuatu perintah yang sah kepada pegawai atau askar laskar itu menurut Akta ini atau peraturan-
peraturan yang dibuat di bawahnya atau menurut kelaziman Perkhidmatan;

"pegawai memerintah", berhubung dengan sesiapa jua,


ertinya pegawai, walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung memerintah unit, kapal, stesen, atau
pasukan di mana ia berkhidmat atau bertugas;

11
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

"pegawai polis tentera" ertinya mashal polis tentera atau pegawai polis tentera yang dilantik untuk
menjalankan tugas-tugas yang diberi oleh atau di bawah Akta ini kepada pegawai-pegawai polis tentera;

"pihak berkuasa atasan yang berkenaan" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2)
dalam seksyen 101;

"pihak berkuasa yang layak" ertinya Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh
Majlis Angkatan Tentera bagi maksud itu;

"penangkapan" ertinya penangkapan terbuka dan penangkapan oleh pihak berkuasa awam;

“Perintah Majlis Angkatan Tentera” ertinya arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Angkatan
Tentera mengikut Akta ini.
Pin. A974/96
"perkhidmatan" jika digunakan sebagai kata sifat, ertinya berada dalam atau berkenaan dengan angkatan
tentera atau mana-mana bahagian angkatan tentera tersebut;

"salahguna secara tipuan" termasuklah, mengikut mana yang berkenaan, suatu kesalahan pecah
amanah jenayah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Kesiksaan dan perkataan-perkataan
"menyalahguna secara tipuan" hendaklah diertikan sewajarnya;

"semboyan udara" ertinya apa-apa perutusan, semboyan atau tanda yang diberi, dengan apa-apa cara
jua, bagi panduan kapal udara atau sesuatu kapal udara tertentu;

"simpanan" ertinya Simpanan Angkatan Tetap yang ditubuhkan di bawah seksyen 189;

"tahanan gaji" ertinya mendapatkan, melalui potongan-potongan dari gaji pesalah, sesuatu jumlah wang
yang tertentu sebagai pampasan bagi apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan disebabkan oleh
suatu kesalahan yang dilakukan terhadap Akta ini;
Pin. A974/96

“tarikh yang ditetapkan” ertinya suatu tarikh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuat
kuasanya berbagai-bagai peruntukan dan tarikh-tarikh itu bolehlah lebih awal daripada tarikh Akta ini
disiarkan.
Pin. A974/96

3. Peruntukan Mengenai Perkhidmatan Giat.

(1) Dalam Akta ini perbahasaan "dalam perkhidmatan giat", berhubung dengan sesuatu angkatan ertinya
bahawa angkatan itu sedang bertempur dengan musuh atau berada dalam sesuatu negeri atau wilayah
di luar Persekutuan bagi maksud memelihara jiwa atau harta atau sedang menduduki sesuatu negeri
asing secara tentera, dan berhubung dengan seseorang ertinya bahawa orang itu sedang berkhidmat
dalam atau dengan sesuatu angkatan yang sedang dalam perkhidmatan giat.

(2) Jika Menteri berpendapat bahawa, oleh kerana perkhidmatan giat mungkin berlaku dengan segera atau
telah wujud baharunya, adalah perlu sesuatu angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat, ia
6
boleh mengisytiharkan supaya angkatan itu disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat bagi sesuatu
tempoh, tidak lebih daripada tiga bulan, mulai dari tarikh perisytiharan itu mula berkuat kuasa
sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

(3) Jika Menteri berpendapat adalah perlu supaya tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu perisytiharan di
bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas itu patut dilanjutkan atau, jika telah dilanjutkan dahulunya di
bawah seksyen kecil ini, tempoh itu patut dilanjutkan lagi, maka ia boleh mengisytiharkan dinyata
supaya tempoh tersebut dilanjutkan selama sesuatu tempoh, yang tidak lebih daripada tiga bulan, mengikut
sebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah seksyen kecil ini.

(4) Jika, pada bila-bila masa mana-mana angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat menurut
peruntukan-peruntukan seksyen ini yang di atas, Menteri berpendapat bahawa tiada apa-apa perlunya
bagi angkatan itu dianggap sebagai masih dalam perkhidmatan giat, maka ia boleh mengarahkan
supaya mulai dari tarikh arahan itu mula berkuat kuasa angkatan itu hendaklah terhenti daripada
disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat; tetapi apa-apa arahan di bawah seksyen kecil ini tidak

12
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

akan menyentuh apa-apa yang dilakukan menurut perisytiharan sebelum arahan itu mula berkuat
kuasa.

(5) Menteri boleh mewakilkan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dan (3) seksyen
ini kepada mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf
dengannya yang memerintah sesuatu angkatan yang sedang berkhidmat di luar Persekutuan:
Pin. A974/96
Dengan syarat bahawa sebelum seseorang pegawai yang telah diwakilkan oleh Menteri segala atau
mana-mana kuasanya yang tersebut di atas itu membuat suatu perisytiharan di bawah seksyen ini ia
hendaklah, melainkan jika ia berpuas hati bahawa perhubungan tidak mungkin dibuat dengan cukup cepat
dengan Menteri, mendapatkan persetujuan Menteri terhadap perisytiharan itu; dan jika dalam apa-apa hal
persetujuan itu tidak dapat diperolehi sebelum sesuatu perisytiharan di bawah seksyen ini dibuat pegawai
itu hendaklah melaporkan kepada Menteri dengan seberapa segera yang boleh bahawa perisytiharan itu
telah dibuat.

BAHAGIAN II

ANGKATAN TETAP MALAYSIA

4. Menubuhkan Angkatan Tetap.

(1) Maka hendaklah di tubuh dan disenggarakan dalam Persekutuan tiga Perkhidmatan angkatan tetap
yang berikut,

(a) "Tentera Darat Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Malaysian Army" (kemudian daripada ini
disebut "Tentera Darat");

(b) "Tentera Laut Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Navy" (kemudian
daripada ini disebut "Tentera Laut"); dan

(c)"Tentera Udara Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Air Force"
(kemudian daripada ini disebut "Tentera Udara").

(2) Dalam tiap-tip satu tahun perbelanjaan yang dicadang akan dilakukan bagi angkatan tetap hendaklah
dimasukkan dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan bagi angkatan tentera.

5. Keanggotaan Angkatan Tetap.

(1) Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan lain-lain komponen sebagaimana
yang diwujud dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera dengan
persetujuan Yang Dipertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2) Tiap-tiap kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen yang diwujud atau ditubuhkan melalui perintah
yang dibuat di bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir tersebut di atas hendaklah
mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis
Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong dalam perintah itu.

(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, kapal, pasukan
atau lain-lain komponen yang diwujud, ditubuh dan dinamakan seperti di atas hendaklah ditafsirkan
sebagai suatu sebutan mengenai kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen itu atau, mengikut
makna yang dikehendaki oleh kandungan ayatnya, mengenai anggotanya.

(4) Sesuatu kor, angkatan atau lain-lain komponen hendaklah terdiri daripada unit-unit sebagaimana yang
ditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke semasa.

(5) Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong, boleh dari semasa ke semasa,
melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana daripada perkara-perkara yang
berikut, iaitu:-

(a) membubar mana-mana kor, pasukan atau lain-lain komponen itu pada kesemuanya atau
sebahagiannya; atau

13
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain atau mana-mana pasukan dengan mana-
mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain; atau

(c) memotong nama mana-mana kapal dari daftar; atau

(d) mengubah atau meminda nama atau gelaran mana-mana kor, kapal, pasukan atau lain-lain
komponen.

5A. Perkhidmatan Di Luar Malaysia


Pin. A974/96

Majlis Angkatan Tentera boleh menghendaki seseorang pegawai atau askar laskar berkhidmat di luar
Malaysia.

5B. Pertugasan Pegawai Atau Askar Laskar Kepada Angkatan Di Dalam Dan Di Luar Malaysia.
Akta 432.
Pin. A974/96

(1) Majlis Angkatan Tentera boleh mempertugaskan buat sementara mana-mana pegawai atau askar laskar
kepada:-

(a) mana-mana angkatan pelawat yang ada di Malaysia menurut perenggan (b) sub-seksyen (1)
seksyen 17 Akta Angkatan Pelawat 1960; atau

(b) mana-mana angkatan asing sesuatu negara lain di luar Malaysia.

(2) Sesuatu perintah yang dibuat menurut perenggan (b) subseksyen (1) hendaklah mengikat pegawai
atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada undang-undang tentera di bawah
Akta ini setakat, dan tertakluk kepada apa-apa padanan dan ubahsuaian sebagaimana yang
diperuntukkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pertugasan
anggota angkatan itu di negara itu.

5C. Peminjaman Pegawai Atau Askar Laskar.


Pin. A974/96

Majlis Angkatan Tentera boleh meminjamkan seseorang pegawai atau askar-lasykar ke perkhidmatan:-

(a) sesuatu jabatan Kerajaan Persekutuan;

(b) sesuatu Negeri;

(c) sesuatu pihak berkuasa tempatan;

(d) sesuatu badan berkanun; atau

(e) sesuatu organisasi,

di dalam atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa pegawai atau askar laskar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah terus menjadi anggota angkatan tetap tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh jabatan Kerajaan
Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang
kepada perkhidmatannya dia dipinjamkan.

5D. Kegunaan Bagi Maksud Operasi.

Seksyen 5A, 5B dan 5C tidaklah terpakai berhubungan dengan kegunaan bagi maksud operasi
pegawai atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pin. A974/96

14
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN III

MENTAULIAHKAN DAN MELANTIK PEGAWAI-PEGAWAI


ANGKATAN TETAP

6. Mentauliahkan Pegawai.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan Tentera mengurnia kepada sesiapa jua sesuatu
tauliah dalam Tentera Darat, Tentera Laut atau Tentera Udara mengikut mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa hanya orang-orang Melayu boleh ditauliahkan dalam Askar Melayu Diraja.
Pin. A974/96
(2) Jika orang yang dikurniakan sesuatu tauliah di bawah subseksyen (1) adalah seorang pegawai dalam
angkatan sukarela, Majlis Angkatan Tentera boleh menerima perkhidmatan yang diambil kira pegawai
itu, jika ada, termasuk pangkatnya yang terakhir dan perkara-perkara yang lain berkaitan dengannya,
sebagai perkhidmatan yang diambil kira.
Pin. A974/96
(3) Bagi maksud subseksyen (2), seksyen 15 hendaklah terpakai.
Pin. A974/96

7. Jenis-Jenis Tauliah.

(1) Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah jenis-jenis peruntukan-peruntukan seksyen yang akhir
tersebut di atas boleh tauliah dikurniakan sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau
bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah dalam salah satu hal itu mengikut bentuk yang ditetapkan
oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor
Yang Dipertuan Agong dan dicop dengan Mohor Besar Persekutuan.

(2) Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang
Dipertuan Agong bagi tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang difikirkan mustahak.

8. Tauliah Kehormat.

Yang Dipertuan Agong boleh mengurniakan tauliah-tauliah kehormat dalam angkatan tetap kepada
orang-orang yang difikirkannya patut.

9. Pembatalan Tauliah.

Yang Dipertuan Agong boleh atas syor Majlis Angkatan Tentera pada bila-bila masa tanpa memberi
apa-apa sebab membatalkan mana-mana tauliah yang dikurniakan di bawah peruntukan-peruntukan
Bahagian ini.

10. Pelantikan Pegawai Muda Laut Dan Pegawai Kadet.


Pin. A974/96

(1) Seseorang boleh dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera sebagai pegawai muda laut atau pegawai kadet
bagi sesuatu tempoh perkhidmatan yang tidak ditetapkan atau bagi sesuatu tempoh perkhidmatan
yang ditetapkan.
Pin. A974/96

(2) Seseorang yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun setengah tidak boleh dilantik sebagai atau
pegawai muda laut atau pegawai kadet tanpa persetujuan bertulis ibubapa atau penjaganya.
Pin. A974/96

I0A. Pegawai Kadet Boleh Membayar Untuk Pemberhentian Kerja.


Pin. A974/96
Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang pegawai kadet,
selain daripada askar laskar yang telah dilantik sebagai pegawai kadet, boleh, sebelum habis tempoh tiga
bulan mulai dari tarikh pelantikannya, memohon kepada pihak berkuasa kompeten bagi pemberhentian
kerja dan dengan keizinan Majlis Angkatan Tentera dan atas pembayaran sejumlah wang yang tidak
melebihi enam bulan elaunnya sebagaimana yang ditetapkan dia hendaklah diberhentikan kerja dengan
seberapa segera yang boleh.

15
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

11. Pembatalan Pelantikan.

Majlis Angkatan Tentera boleh pada bila-bila masa, tanpa memberi apa-apa sebab, membatalkan apa-
apa pelantikan yang dibuat olehnya di bawah seksyen 10.

12. Kenaikan Pangkat.

(1) Majlis Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya boleh dari semasa ke
semasa menaikkan pangkat seseorang kadet laut atau pegawai muda laut hingga dan termasuk
pangkat pemangku naib leftenan laut.

(2) Majlis Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihak nya boleh dari semasa
ke semasa menaikkan pangkat pegawai-pegawai bertauliah hingga dan termasuk pangkat kapten
dalam Tentera Darat atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Laut dan Tentera Udara mengikut
mana yang berkenaan.
Pin. A974/96

(3) Kenaikan pangkat kepada pangkat-pangkat yang lebih tinggi daripada yang dinyatakan dalam seksyen
kecil (2) hendaklah dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong atas syor Majlis Angkatan Tentera.

13. Pertukaran Daripada Satu Perkhidmatan Kepada Satu Perkhidmatan Lain Atau Dalam
Perkhidmatan Yang Sama.
Pin. A974/96

(1) Seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh ditukarkan dari
satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain atau daripada satu kor atau cawangan kepada satu
kor atau cawangan lain dalam perkhidmatan yang sama dalam angkatan tetap:-

(a) dengan persetujuannya sendiri; atau

(b) dengan sesuatu perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang Dipertuan
Agong; atau

(c) dengan sesuatu perintah Majlis Angkatan Tentera atau pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya
pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan di
bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Jika seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 ditukarkan
kepada suatu Perkhidmatan kor atau cawangan lain ia hendaklah tertakluk kepada segala kaedah,
peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan kor atau cawangan itu dan syarat-syarat
perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan bagi
Perkhidmatan kor atau cawangan ke mana ia ditukarkan itu.
Pin. A974/96

(3) Tiada seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen 10 boleh
ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan kor atau cawangan lain melainkan jika ia layak ditauliahkan
atau dilantik kepada Perkhidmatan kor atau cawangan itu.
Pin. A974/96

14. Penugasan Pegawai-Pegawai.

Seseorang pegawai bertauliah atau seseorang yang dilantik di bawah seksyen l0 boleh dipertugaskan
buat sementara dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain atau dari satu unit kepada satu unit
lain dalam Perkhidmatan itu.

15. Peraturan-Peraturan Berkenaan Dengan Pertauliahan Dsb. Pegawai.


Pin. A974/96
Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan
termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan melalui
Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pentauliahan dan pelantikan pegawai-pegawai,
syarat-syarat perkhidmatan mereka, termasuk penyerapan, pertugasan dan peminjaman mana-mana

16
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

pegawai kepada mana-mana badan, angkatan atau perkhidmatan, kenaikan pangkat, persaraan, peletakan
jawatan, pembuangan kerja dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu atau mustahak
oleh Majlis Angkatan Tentera bagi melaksanakan dengan lebih sempurna peruntukan-peruntukan Bahagian
ini.

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN BAGI


ANGKATAN TETAP

16. Sesiapa Yang Boleh Didaftarkan.


Pin. A974

(1) Sesiapa jua boleh didaftarkan dalam angkatan tetap:-


Dengan syarat bahawa hanya orang-orang Melayu boleh didaftarkan dalam Askar Melayu Diraja.

(2) Jika orang yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) adalah seorang anggota sukarela, Majlis
Angkatan Tentera boleh menerima perkhidmatan yang diambil kira anggota sukarela itu, jika ada,
termasuk pangkatnya yang terakhir dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya, sebagai
perkhidmatan yang diambil kira.
Pin. A974/96
(3) Bagi maksud subseksyen (2), seksyen 36 hendaklah terpakai.
Pin. A974/96

17. Pihak Berkuasa Merekrut.

Mejisteret-mejisteret yang memegang jawatan dalam Persekutuan dan pegawai-pegawai yang tersebut
di bawah ini (dalam Akta ini disebut sebagai “pegawai merekrut” ) boleh mendaftarkan orang-orang dalam
angkatan tetap:-

(a) Pegawai Kanan Pemilihan Personil dan Pegawai-pegawai Pemilihan Personil bagi angkatan tetap;

(b) mana-mana pegawai angkatan tetap yang diberi kuasa secara khas oleh Majlis Angkatan Tentera.

18. Cara Pendaftaran Dan Penyaksian.

(1) Seseorang yang menawarkan diri untuk didaftarkan dalam angkatan tetap hendaklah diberi suatu notis
pendaftaran dalam borang yang ditetapkan membentangkan soalan-soalan penyaksian untuk dijawab
semasa penyaksian dan menyatakan syarat-syarat am pertugasan yang akan dibuat olehnya; dan
seseorang Mejisteret atau pegawai merekrut tidak boleh mendaftarkan sesiapa jua dalam angkatan
tetap melainkan ia berpuas hati bahawa orang itu telah diberi notis itu, faham akannya dan mahu
didaftarkan.

(2) Acara bagi mendaftarkan seseorang dalam angkatan tetap hendaklah sebagaimana yang dinyatakan
dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.

(3) Seseorang pegawai merekrut tidak boleh mendaftarkan sesiapa jua yang berumur kurang daripada tujoh
belas tahun setengah tanpa persetujuan bertulis ibu bapa atau penjaganya.

(4) Jika pegawai merekrut berpuas hati dengan salinan sesuatu catatan dalam daftar beranak, yang
diperakui dan dikemukakan atau dengan apa-apa keterangan yang pada pendapatnya mencukupi
bahawa seseorang yang menawarkan diri untuk didaftarkan itu telah mencapai atau belum mencapai
umur lapan belas tahun, maka orang itu hendaklah disifatkan bagi maksud Akta ini sebagai telah
mencapai atau, mengikut mana yang berkenaan, belum mencapai umur itu.

(5) Tarikh bila seseorang menandatangani akuan dan mengangkat sumpah yang ditetapkan dalam kertas
penyaksian itu hendaklah disifatkan sebagai tarikh penyaksian mengenai orang itu.

(6) Seseorang Mejisteret atau pegawai merekrut boleh pada bila-bila masa, jika berpuashati bahawa
sesuatu kesilapan dalam kertas penyaksian mengenai seseorang tidak sebagitu matan sehingga boleh
menyebabkan patut orang itu diberhentikan kerja, meminda kesilapan dalam kertas penyaksian itu, dan

17
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

kertas yang dipinda itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai sah seolah-olah perkara yang dipinda
telah menjadi sebahagian daripada perkara asal dalam kertas itu.

(7) Jika ada kertas pendua penyaksian ditandatangani dan disaksikan, seksyen ini hendaklah dipakai bagi
pendua-pendua itu, dan jika sekiranya apa-apa pindaan dibuat dalam sesuatu kertas penyaksian maka
pindaan-pindaan itu hendaklah dibuat dalam kertas pendua penyaksian itu.

19. Jawapan-Jawapan Palsu Dalam Kertas Penyaksian.

(1) Jika seseorang dengan mengetahui memberi suatu jawapan palsu bagi mana-mana soalan yang
terkandung dalam kertas penyaksian yang dikemukakan kepadanya oleh atau dengan arahan
Mejisteret atau pegawai merekrut yang dihadapannya ia hadir bagi maksud disaksikan, ia boleh,
apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak
lebih daripada dua ratus ringgit atau kedua-duanya.

(2) Jika seseorang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini dan ianya telah disaksikan sebagai
seorang askar laskar, ia boleh, menurut budi bicara pihak berkuasa yang layak, dibicarakan dihadapan
mahkamah Mejisteret atau oleh mahkamah tentera kerana kesalahan itu.

20. Perekrutan Yang Tidak Sah Atau Penggangguan Terhadap Perekrutan.

Jika seseorang tanpa kebenaran yang sepatutnya:-

(i) menyiarkan atau mengarah disiarkan pemberitahu atau iklan bagi maksud mendapatkan rekrut
bagi angkatan tetap; atau

(ii) membuka atau menyenggara mana-mana rumah, tempat pertemuan atau pejabat bagi maksud
merekrut angkatan tersebut; atau

(iii) menerima sesiapa jua menurut mana-mana pemberitahu atau iklan seperti yang tersebut
diatas; atau

(iv) secara langsung atau secara tidak langsung mengganggu kerja merekrut bagi anggota
tersebut, ia boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

21. Pendaftaran Dalam Tentera Darat Hendaklah Bagi Suatu Kor Tertentu.

(1) Seseorang yang didaftarkan untuk perkhidmatan sebagai seorang soldadu hendaklah didaftarkan dalam
suatu kor tertentu dalam Tentera Darat dan hendaklah berkhidmat dalam kor itu selama tempoh
perkhidmatan penuh masanya sama ada dalam tempoh pendaftarannya atau dalam mana-mana
tempoh pertugasan semula melainkan jika ia ditukarkan kepada suatu kor lain mengikut peruntukan-
peruntukan seksyen kecil yang berikut:-

Dengan syarat bahawa seseorang yang didaftarkan untuk berkhidmat sebagai seorang soldadu
sebelum ia mencapai umur lapan belas tahun boleh didaftarkan untuk perkhidmatan am dan tidak perlu
dilantik kepada sesuatu kor sehingga ia mencapai umur itu.

(2) Seseorang soldadu boleh, pada bila-bila masa, dengan persetujuannya ditukarkan daripada satu kor
kepada suatu kor lain dengan perintah pihak berkuasa yang layak:

Dengan syarat bahawa semasa wujud keadaan berperang di antara Yang Dipertuan Agong dengan
mana-mana kuasa asing atau dalam masa berkuat kuasanya suatu Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan
oleh Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, soldadu itu boleh
ditukarkan sedemikian tanpa persetujuannya; dan
Pin. A974/96

(3) Jika menurut seksyen kecil yang akhir tersebut di atas seseorang soldadu ditukarkan kepada suatu kor
dalam suatu bahagian atau cawangan Tentera Darat yang berlainan daripada bahagian atau cawangan
dimana ia dahulunya berkhidmat, pihak berkuasa yang layak boleh dengan perintah mengubah syarat-
syarat perkhidmatannya supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan dalam bahagian atau
cawangan ke mana ia ditukarkan itu.

18
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(4) Tiada seseorang soldadu boleh ditukarkan kepada mana-mana kor melainkan jika ia telah layak untuk
didaftarkan dalam kor itu.

(5) Seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang askar laskar yang didaftarkan dalam
Tentera Laut dan Tentera Udara.
Pin. A974/96

22. Pertukaran Dari Satu Perkhidmatan Kepada Satu Perkhidmatan Lain.

(l) Seseorang askar laskar boleh ditukarkan daripada satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain
dalam angkatan tetap:-
Pin. A974/96
(a) dengan persetujuannya sendiri; atau

(b) dengan perintah Majlis Angkatan Tentera yang dibuat dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong;
atau

(c) dengan perintah Majlis Angkatan Tentera atau seorang pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya
pada bila-bila masa dalam masa berkuat kuasanya Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan di
bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Jika seseorang askar lasykar ditukarkan kepada satu Perkhidmatan lain ia hendaklah tertakluk kepada
segala kaedah, peraturan dan perintah yang boleh dipakai bagi Perkhidmatan itu dan syarat-syarat
perkhidmatannya hendaklah diubah supaya sesuai dengan syarat-syarat am perkhidmatan bagi
Perkhidmatan ke mana ia ditukarkan itu.
(3) Tiada seseorang askar laskar boleh ditukarkan kepada suatu Perkhidmatan lain melainkan jika telah
didaftarkan dalam Perkhidmatan itu.

23. Pertugasan Askar Laskar.

Seseorang askar laskar boleh dipertugaskan buat sementara dari satu Perkhidmatan kepada satu
Perkhidmatan lain atau dari satu unit kepada satu unit lain dalam Perkhidmatan itu.

24. Tempoh Pendaftaran.

(1) Tempoh dalam mana seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap boleh didaftarkan ialah suatu
tempoh, mulai dari tarikh penyaksiannya, sebagaimana yang tersebut dalam peruntukan-peruntukan
yang berikut dalam seksyen ini.

(2) Jika orang yang mendaftar itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah:-

(a) suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu tempoh
perkhidmatan penuh masa; atau

(b) suatu tempoh tidak lebih daripada dua belas tahun sebagaimana yang ditetapkan, iaitu se-
sebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai
tempoh dalam perkhidmatan simpanan.

(3) Jika orang yang mendaftar itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah:-

(a) suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang tidak lebih daripada dua belas
tahun mengikut sebagaimana yang ditetapkan, mulai dari tarikh ia mencapai umur itu, iaitu tempoh
perkhidmatan penuh masa; atau

(b) suatu tempoh yang berakhir dengan tamatnya sesuatu tempoh yang tersebut di atas, iaitu se-
sebahagiannya yang ditetapkan sebagai tempoh perkhidmatan penuh masa dan bakinya sebagai
tempoh dalam perkhidmatan simpanan.

19
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

24A. Seksyen 24, 25 Dan 26 Tidak Terpakai.

Seksyen 24, 25 dan 26 tidaklah terpakai bagi seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap pada
atau selepas tarikh yang ditetapkan.
Pin. A974/96

24B. Tempoh Pendaftaran Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang
Ditetapkan.

(1) Tempoh dalam mana seseorang yang mendaftar dalam angkatan tetap pada atau selepas tarikh yang
ditetapkan boleh didaftarkan ialah suatu tempoh, mulai dari tarikh penyaksiannya, sebagaimana yang
tersebut dalam peruntukan yang berikut dalam seksyen ini.

(2) Jika orang yang mendaftar itu telah mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu
tempoh selama dua belas tahun, iaitu tempoh perkhidmatan penuh masa.

(3) Jika orang yang mendaftar itu belum mencapai umur lapan belas tahun, tempoh tersebut ialah suatu
tempoh yang berakhir dengan tamatnya dua belas tahun, mulai dari tarikh dia mencapai umur itu, iaitu
tempoh perkhidmatan penuh masa.
Pin. A974/96

25. Pelanjutan Dan Pengurangan Perkhidmatan.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini seseorang dalam perkhidmatan
penuh masa boleh, dengan membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan
dengan persetujuan pihak berkuasa itu, dibenarkan melakukan mana-mana daripada perkara-perkara
yang berikut, iaitu:-

(a) jika pendaftarannya ialah bagi suatu tempoh yang berakhir sebelum tamatnya tempoh dua belas
tahun mulai dari tarikh penyaksiannya atau, jika ia telah didaftarkan sebelum ia mencapai umur
lapan belas tahun, tarikh ia telah mencapai umur itu, melanjutkan tempoh pendaftarannya supaya
berakhir pada sesuatu masa, tidak lewat daripada tamat tempoh yang tersebut sebagaimana yang
dinyatakan dalam permohonan itu, dan supaya menambah tempoh perkhidmatan penuh masanya,
perkhidmatannya dalam simpanan, atau kedua-duanya sebagaimana yang ditetapkan;
(b) jika tempoh pendaftarannya, atau tempoh yang dilanjutkan di bawah perenggan yang akhir tersebut
di atas, adalah termasuk suatu tempoh perkhidmatan dalam simpanan, menambah tempoh
perkhidmatan penuh masanya dengan sewajarnya, sebagaimana yang ditentukan dalam per-
mohonan itu, supaya meliputi kesemua atau sesebahagian yang tertentu daripada tempoh itu;

(c) ditukarkan kepada simpanan untuk berkhidmat bagi baki tempoh pendaftarannya, atau jika tempoh
itu telah dilanjutkan di bawah perenggan (b), bagi baki tempoh yang dilanjutkan sedemikian;

(d) mengurangkan tempoh pendaftarannya.

(2) Sebagai balasan bagi seseorang yang dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan
atau yang diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain yang ditetapkan, orang itu boleh dikehendaki
oleh pihak berkuasa yang layak membuat pengakuan, dalam borang yang ditetapkan, supaya tidak
menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh bermula pada hari
tamatnya kursus latihan itu mengikut sebagaimana yang ditetapkan atau mengikut mana yang
berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh mengikut sebagaimana yang ditetapkan berhubung
dengan faedah atau kemudahan lain itu.

(3) Seseorang yang berada dalam simpanan menurut syarat-syarat pendaftarannya atau peruntukan-
peruntukan seksyen kecil (1) boleh, dengan permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak,
pada bila-bila masa memasuki semula perkhidmatan penuh masa, dan dengan itu, mengikut
sebagaimana yang dinyatakan dalam permohonan itu, ia boleh sama ada:-

(a) berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi baki tempoh yang ia kena berkhidmat dalam
simpanan itu jika sekiranya ia tidak memasuki semula perkhidmatan penuh masa; atau

(b) berkhidmat dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesebahagian tertentu daripada baki tempoh itu
dan kemudiannya berkhidmat dalam simpanan bagi tempoh yang selebihnya dari baki tempoh itu.

20
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

25A. Perlanjutan Perkhidmatan Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang
Ditetapkan.
Pin. A974/96

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang dalam perkhidmatan
penuh masa dan yang mendaftar pada atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, dengan membuat
permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan persetujuan pihak berkuasa itu,
dibenarkan melanjutkan tempoh perkhidmatan penuh masanya daripada dua belas tahun kepada lima
belas tahun:

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum
tamat perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A.

(2) Sebagai balasan bagi seseorang yang mendaftar pada atau selepas tarikh yang ditetapkan-

(a) kerana dibenarkan menjalani sesuatu kursus latihan yang ditetapkan atau suatu kursus latihan
bagi suatu kelas yang ditetapkan; atau

(b) kerana diberi apa-apa faedah atau kemudahan lain sebagimana yang ditetapkan,

orang itu boleh dikehendaki oleh pihak berkuasa yang layak membuat pengakuan, dalam borang yang
ditetapkan, supaya tidak menamatkan perkhidmatan penuh masanya sebelum tamat sesuatu tempoh
bermula pada hari tamatnya kursus latihan itu sebagaimana yang ditetapkan atau, mengikut mana-mana
yang berkenaan, sebelum tamat sesuatu tempoh mengikut sebagaimana yang ditetapkan berhubung
dengan faedah atau kemudahan lain itu.

26. Pertugasan Semula Askar Laskar.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini sesiapa jua dalam
perkhidmatan penuh masa yang telah genap tempoh perkhidmatan sembilan tahun dikira dari tarikh
penyaksiannya atau (jika ia telah mendaftar sebelum mencapai, umur itu) tarikh ia mencapai umur
lapan belas tahun, boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa
yang layak, dibenarkan bertugas semula bagi suatu tempoh atau beberapa tempoh dalam
perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan berjumlah kepada tempoh dua puluh satu tahun
perkhidmatan penuh masa yang terus menerus.

(2) Sesiapa jua yang akan genap tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa dalam masa
satu tahun boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak
terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan penuh masanya belum lagi
tamat.

26A. Pertugasan Semula Askar Laskar Yang Mendaftar Pada Atau Selepas Tarikh Yang
Ditetapkan.
Pin. A974/96

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, sesiapa jua dalam
perkhidmatan penuh masa di bawah seksyen 24A atau 25A yang mendaftar pada atau selepas tarikh
yang ditetapkan boleh, jika ia berkehendakkan sedemikian, memohon kepada pihak berkuasa yang
layak dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak itu, dibenarkan bertugas semula bagi suatu
tempoh atau beberapa tempoh dalam perkhidmatan penuh masa yang semuanya akan berjumlah
kepada tempoh dua puluh satu tahun perkhidmatan penuh masa yang terus menerus:

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum
tamatnya perkhidmatan penuh masanya di bawah seksyen 24A atau 25A.

(2) Seseorang yang telah dibenarkan bertugas semula di bawah subseksyen (1) boleh, jika dia
berkehendakkan sedemikian memohon kepada pihak berkuasa yang layak dan dengan kelulusan
pihak berkuasa yang layak itu, terus berkhidmat bagi segala maksud seolah-olah tempoh perkhidmatan
penuh masanya belum lagi tamat:-

21
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum
tamat tempoh perkhidmatan penuh masanya selama dua puluh satu tahun.

26B. Tiada Perlanjutan Atau Pertugasan Semula Selepas Lima Puluh Lima Tahun.
Pin. A974/96

Tertakluk kepada seksyen 27 dan 30, tiada seorang pun boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan
penuh masanya atau dibenarkan, bertugas semula jika kesan perlanjutan atau pertugasan semula itu
menghendakinya berkhidmat selepas mencapai umur lima puluh lima tahun.

26C. Perkhidmatan Dalam Simpanan Bagi Askar Laskar.


Pin. A974/96

(1) Seseorang, sama ada dalam perkhidmatan penuh masa dalam angkatan tetap atau dalam simpanan
menurut seksyen 24 hingga 26A dan 27 hendaklah apabila diberhentikan kerja atau tamat
perkhidmatan dalam simpanan, dipindahkan kepada simpanan bagi suatu tempoh selama lima tahun
mulai dari hari berikutan hari diberhentikan kerja atau tamat perkhidmatan dalam simpanan:

Dengan syarat bahawa tiada seorang pun boleh dikehendaki berkhidmat dalam simpanan setelah dia
mencapai umur lima puluh tahun.

(2) Majlis Angkatan Tentera boleh atas budi bicaranya mengecualikan mana-mana orang atau kategori
orang daripada perkhidmatan simpanan itu.

27. Penangguhan Dalam Hal-Hal Tertentu Mengenai Pemberhentian Kerja Atau Pertukaran
Kepada Simpanan.

(1) Jika pada masa seseorang askar laskar, berhak, selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja atau
ditukarkan kepada simpanan, suatu keadaan perang berlaku diantara Yang Dipertuan Agong dengan
mana-mana kuasa asing, atau suatu Perisytiharan Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan
Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa, atau anggota-anggota
simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap dikerah untuk berkhidmat, atau ianya berkhidmat di luar
Persekutuan ia boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa selama tempoh yang tersebut
kemudian daripada ini, dan perkhidmatannya boleh dilanjutkan dengan sewajarnya.

(2) Tiada sesiapa boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut seksyen ini selepas habis
tempoh dua belas bulan dari tarikh ia berhak selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja.

(3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, seseorang yang
berhak, selain daripada seksyen ini diberhentikan kerja, boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh
masa bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak berkuasa yang layak.

(4) Tertakluk sebagaimana yang tersebut di atas, seseorang yang, selain daripada seksyen ini, genap
masanya ditukarkan kepada simpanan boleh diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa bagi sesuatu
tempoh, yang berakhir tidak lewat daripada dua belas bulan dari tarikh ia, selain daripada seksyen ini,
genap masanya ditukarkan kepada simpanan itu, sebagaimana yang diperintahkan oleh pihak
berkuasa yang layak atau bagi mana-mana tempoh atau tempoh yang lebih lama dalam mana
anggota-anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap masih dikerah untuk berkhidmat.

(5) Jika dalam masa seseorang sedang diteruskan dalam perkhidmatan penuh masa menurut seksyen ini
pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa perkhidmatannya tidak diperlukan, maka ia adalah
berhak di berhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan mengikut mana yang berkenaan.

(6) Jika pada masa seseorang berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan di bawah
peruntukan seksyen-seksyen kecil yang tersebut di atas, suatu keadaan perang berlaku diantara Yang
Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing, ia boleh, dengan akuan yang dibuat dalam borang
yang ditetapkan dihadapan pegawai memerintahnya, bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan penuh
masa semasa keadaan perang itu berlaku; dan jika diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak itu, ia
bolehlah meneruskan perkhidmatan penuh masa dengan sewajarnya seolah-olah tempoh
perkhidmatannya yang dilanjutkan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas
adalah satu tempoh yang berterusan semasa keadaan perang berlaku:

22
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa jika dinyatakan sedemikian dalam akuan itu, ia adalah berhak diberhentikan
kerja atau ditukarkan kepada simpanan, mengikut mana yang berkenaan, setelah habis tempoh tiga bulan
notis yang diberi olehnya kepada pegawai memerintahnya.

(7) Berhubung dengan orang-orang yang berkhidmat di luar Persekutuan, sebutan-sebutan dalam seksyen
ini mengenai berhak untuk ditukarkan kepada simpanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan
mengenai berhak untuk dihantar balik ke persekutuan dengan seberapa segara yang boleh bagi
maksud ditukarkan kepada simpanan.

28. Pemberhentian Kerja.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini tiap-tiap orang, manakala berhak
diberhentikan kerja, hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh, tetapi
sehingga diberhentikan kerja ia hendaklah terus tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di
bawah akta ini.

(2) Jika sesiapa yang didaftarkan dalam Persekutuan berkhidmat di luar Persekutuan manakala berhak di
berhentikan kerja. Maka:-

(a) jika ia menghendaki diberhentikan kerja dalam Persekutuan, ia hendaklah dihantar balik ke
Persekutuan dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah diberhentikan
kerja apabila ia tiba di Persekutuan, atau jika ia bersetuju supaya pemberhentian kerjanya dilewat-
kan, dalam tempoh enam bulan selepas ia tiba; tetapi

(b) jika atas permintaannya ia diberhentikan kerja ditempat ia sedang berkhidmat, ia tidaklah berhak
menuntut ia dihantar balik ke Persekutuan atau tempat lain.

(3) Kecuali menurut hukuman sesuatu mahkamah tentera di bawah Akta ini, seseorang tidak boleh di-
berhentikan kerja melainkan jika pemberhentian kerjanya telah dibenarkan oleh pihak berkuasa yang
layak mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini.

(4) Tiap-tiap orang yang diberhentikan kerja di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah
apabila diberhentikan kerja diberi suatu perakuan pemberhentian kerja mengandungi butir-butir
sebagaimana yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa seseorang yang diberhentikan kerja dalam tempoh tiga bulan selepas
penyaksian tidaklah berhak menerima suatu perakuan pemberhentian kerja.

(5) Seseorang yang diberhentikan kerja dalam Persekutuan adalah berhak dihantar percuma dari tempat
dimana ia diberhentikan kerja itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas penyaksiannya sebagai
tempat di mana ia telah disaksikan atau ke mana-mana tempat di mana ia bercadang hendak tinggal
dan ke mana ia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.

29. Pertukaran Kepada Simpanan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini tiap-tiap orang, apabila genap
masanya ditukarkan kepada simpanan, hendaklah ditukarkan kepada simpanan, tetapi sehingga
ditukarkan sedemikian ia hendaklah terus tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini.

(2) Jika seseorang, apabila genap masanya ditukarkan kepada simpanan, berkhidmat di luar Persekutuan,
ia hendaklah dihantar ke Persekutuan dengan percuma dengan seberapa segera yang boleh dan
hendaklah ditukarkan kepada simpanan apabila ia tiba, atau jika ia bersetuju supaya pertukarannya itu
dilewatkan, dalam tempoh enam bulan selepas ia tiba:

Dengan syarat bahawa jika ia meminta sedemikian. ia boleh ditukarkan kepada simpanan tanpa
dikehendaki pulang ke Persekutuan.

(3) Seseorang yang ditukarkan kepada simpanan dalam Persekutuan adalah berhak dihantar percuma dari
tempat di mana ia telah ditukarkan itu ke tempat yang dinyatakan dalam kertas penyaksiannya sebagai
tempat di mana ia telah disaksikan atau ke mana-mana tempat di mana ia bercadang hendak tinggal
dan ke mana ia boleh dihantar dengan tidak menyebabkan belanja yang lebih besar.

23
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

30. Menangguhkan Pemberhentian Kerja Atau Pertukaran Kepada Simpanan Sementara


Menanti Pembicaraan Kesalahan.

(1) Walau apapun peruntukan Bahagian ini, seseorang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini tidak berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan
pada masa pembicaraan kena dibawa terhadapnya kerana kesalahan-kesalahan terhadap mana-mana
peruntukan Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika diputuskan bahawa kesalahan itu tidak akan dibicarakan oleh mahkamah
tentera, maka seksyen kecil ini tidaklah dipakai.

(2) Walau apapun peruntukan Bahagian ini, seseorang yang berada di luar Persekutuan dan menjalani
suatu hukuman penjara atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini tidak
berhak diberhentikan kerja atau ditukarkan kepada simpanan dalam masa hukuman itu berjalan.

31. Rekrut Boleh Membayar Untuk Pemberhentian Kerja.

(1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang rekrut boleh
memohon untuk diberhentikan kerja sebelum habis tempoh tiga bulan mulai dari tarikh penyaksiannya,
dan jika ia membuat permohonan tersebut, ia hendaklah diberhentikan kerja dengan seberapa segera
yang boleh setelah membayar sejumlah wang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang layak.

(2) Dalam seksyen ini perbahasaan "rekrut" ertinya seseorang yang didaftarkan mengikut peruntukan-
peruntukan Bahagian ini, yang belum didaftarkan dahulunya dalam mana-mana angkatan tetap.

32.1 Hak Bagi Pegawai Waran Berhenti Kerja Apabila Diturunkan Ke Pangkat Biasa.

Seseorang pegawai waran dalam angkatan tetap yang telah diturunkan ke pangkat biasa boleh,
apabila berlaku sedemikian, meminta supaya diberhentikan kerja melainkan jika keadaan perang berlaku
diantara Yang Dipertuan Agong dengan mana-mana kuasa asing atau anggota-anggota simpanan dipanggil
untuk berkhidmat.

33. Pemberhentian Askar Laskar Yang Tidak Sempurna Akal.

(1) Jika pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa seseorang askar laskar adalah:-

(a) seorang tidak sempurna akal yang merbahaya; atau

(b) seorang tidak sempurna akal yang memerlukan rawatan dalam hospital sakit otak,

Pihak berkuasa yang layak boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor seorang pegawai perubatan,
mengarahkan supaya askar laskar itu diberhentikan kerja, dan apabila diberhentikan kerja supaya
dimasukkan dalam hospital sakit otak Kerajaan.

(2) Jika pihak berkuasa yang layak berpendapat bahawa seseorang askar laskar itu bukannya seorang
tidak sempurna akal yang merbahaya dan juga bukan seorang tidak sempurna akal yang memerlukan
rawatan dalam hospital sakit otak, pihak berkuasa itu boleh, jika difikirkannya patut dan atas syor
seorang pegawai perubatan, mengarahkan supaya askar laskar itu diberhentikan kerja dan dihantar
apabila diberhentikan kerja ke mana-mana tempat di Persekutuan di mana ia mempunyai seorang atau
beberapa orang saudara atau sahabat yang sudi menjaganya.

34. Kaedah-Kaedah Bagi Mengira Perkhidmatan.

(1) Bagi mengira perkhidmatan sesiapa jua untuk pemberhentian kerja atau pertugasan semula atau
pertukaran kepada simpanan, maka hendaklah ditolak dari nya:-

(a) semua tempoh ia tidak hadir bertugas kerana sesuatu sebab yang berikut:-

(i) penjaraan;

(ii) tinggal tugas; dan

24
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(b) apa-apa tempoh yang diperintah oleh mahkamah tentera supaya dilucuthak.

(2) Peraturan-peraturan di bawah Bahagian ini boleh membuat peruntukan bagi memulangkan
perkhidmatan yang ditolak menurut peruntukan seksyen kecil (1) sebagai balasan bagi perkhidmatan
baik atau atas apa-apa alasan lain yang mematutkan perkhidmatan yang ditolak itu dipulangkan.

35. Sahnya Penyaksian, Pendaftaran Dan Pertugasan Semula.

(1) Jika seseorang telah membuat sesuatu akuan yang ditetapkan pada masa penyaksiannya atau
pertugasan semulanya dan kemudiannya telah menerima gaji sebagai seorang askar laskar:-

(a) sahnya pendaftaran atau pertugasan semulanya itu tidak boleh dipersoalkan atas alasan sesuatu
kesilapan atau ketinggalan dalam kertas penyaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan
semula;

(b) jika dalam masa tiga bulan dari tarikh ia menandatangani akuan tersebut ia menuntut bahawa pen-
daftarannya itu adalah tidak sah oleh sebab apa-apa hal tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta
ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya mengenai pendaftaran atau pertugasan
semula atau apa-apa alasan juapun (iaitu bukan suatu kesilapan atau ketinggalan dalam kertas
penyaksiannya atau permohonannya untuk pertugasan semula), maka tuntutan itu hendaklah
dihantar kepada pihak berkuasa yang layak dan jika tuntutan itu berasaskan sebab-sebab yang
menasabah pihak berkuasa yang layak itu hendaklah mengarahkan supaya ia diberhentikan kerja
atau pertugasan semulanya dibatalkan, mengikut mana yang berkenaan, dengan seberapa segera
yang boleh;

(c) tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perenggan yang akhir tersebut diatas ia hendaklah
disifatkan setelah habis tempoh tiga bulan dari tarikh ia membuat akuan tersebut sebagai telah
didaftar atau diambil bertugas semula dengan sahnya, mengikut mana yang berkenaan, walaupun
apa-apa hal tidak mematuhi atau alasan-alasan lain seperti yang tersebut di atas;

(d) walaupun apa-apa hal tidak mematuhi atau alasan-alasan lain seperti yang tersebut di atas, atas
apa-apa tuntutan yang dibuat menurut perenggan (b) seksyen kecil ini, ia hendaklah disifatkan
sebagai seorang askar laskar sehingga ia diberhentikan kerja.

(2) Jika sesiapa telah menerima gaji sebagai seorang askar laskar tanpa terlebih dahulu membuat sesuatu
akuan seperti yang tersebut di atas, maka:-

(a) ia hendaklah disifatkan sebagai seorang askar laskar dalam angkatan tetap sehingga diberhentikan
kerja; dan

(b) ia boleh menuntut supaya diberhentikan kerja pada bila-bila masa, dan jika ia membuat tuntutan itu,
tuntutan itu hendaklah dihantar dengan seberapa segera yang boleh kepada pihak berkuasa yang
layak yang akan mengarahkan supaya ia diberhentikan kerja dengan seberapa segera yang boleh.

(3) Tiada apa-apa jua dalam peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas boleh ditafsirkan
sebagai menyentuh keputusan mengenai apa-apa soal tentang tempoh seseorang telah didaftarkan
atau sebagai menghalang pemberhentian kerja seseorang yang tidak menuntut supaya ia diber-
hentikan kerja.

36. Peraturan Mengenai Pendaftaran.


Pin. A974/96

Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong, boleh membuat peraturan-
peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan
oleh Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pendaftaran orang-orang dalam angkatan tetap, syarat-
syarat perkhidmatan mereka, termasuk penyerapan, pertugasan dan peminjaman kepada mana-mana
badan, angkatan atau perkhidmatan, kenaikan pangkat mereka, pemberhentian kerja mereka, pembuangan
kerja mereka dan apa-apa perkara lain mengenai askar laskar sebagaimana yang difikirkan perlu atau
mustahak oleh Majlis Angkatan Tentera bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Bahagian ini.

25
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Tafsiran Bagi Bahagian IV

37. Dalam Bahagian ini:-

"ditetapkan" ertinya ditetapkan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini;

“tarikh penyaksian", berhubung dengan sesiapa jua, ertinya tarikh ia menandatangani akuan dan
mengangkat sumpah yang tersebut dalam perenggan 3 Jadual Pertama kepada Akta ini.

BAHAGIAN V

KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN PERKHIDMATAN

Kesalahan-kesalahan berkenaan dengan Perkhidmatan Tentera

38. Membantu Musoh.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan niat
hendak membantu musoh:-

(a) meninggal atau menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang mana adalah menjadi
kewajipannya mempertahankan, atau mendorong sesiapa jua supaya meninggal atau
menyerahkan mana-mana tempat atau pos yang mana adalah menjadi kewajipan orang itu
mempertahankan; atau

(b) menyerahkan mana-mana kapal atau kapal udara kepada musoh apabila kapal atau kapal udara itu
boleh dipertahankan dengan jayanya atau dibinasakan; atau

(c) menyerahkan mana-mana pengkalan, lapangan terbang atau lain-lain tempat atau pepasangan
pertahanan kepada musoh apabila ia boleh dipertahankan dengan jayanya atau manakala adalah
menjadi kewajipannya menyebabkannya dibinasakan ; atau

(d) melakukan apa-apa perbuatan yang dikira akan menghalang kejayaan gerakan angkatan tentera
Seri Paduka Baginda, atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan tentera itu
atau mana-mana bahagian daripada angkatan-angkatan tentera itu; atau

(e) setelah menjadi seorang tawanan perang berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam
menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah-langkah yang dikira akan mempengaruh
semangat, atau dengan apa-apa cara jua yang tidak dibenarkan menurut kelaziman antarabangsa;
atau

(f) memberi kepada musuh senjata atau peluru atau apa-apa jenis bekalan atau apa-apa lain yang
mungkin membantu musuh; atau
(g) melindungi dan menyelamatkan seseorang musuh yang bukan seorang tawanan perang; atau

(h) memberi apa-apa semboyan udara palsu atau mengubah atau mengganggu apa-apa semboyan
udara atau apa-apa radas bagi memberi semboyan udara; atau

(i) apabila diperintahkan oleh pegawai atasannya, ataupun apabila diberi perintah supaya menjalankan
apa-apa gerakan perang di udara ia tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk
melaksanakan perintah itu; atau

(j) menyebabkan ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri
Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan
angkatan tentera Seri Paduka Baginda;

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman
lain yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan dengan
mengetahui dan tanpa sebab yang sah melakukan apa-apa perbuatan yang dinyatakan dalam seksyen

26
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

kecil (1) seksyen ini, jika tidak dibuktikan bahawa ia telah bertindak dengan niat hendak membantu
musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman
yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(3) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan
cuai menyebabkan ditawan atau dibinasakan oleh musuh mana-mana kapal atau kapal udara Seri
Paduka Baginda atau kapal atau kapal udara mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan
angkatan tentera Seri Paduka Baginda, boleh apabila disabitkan oleh mahkamah tentera dikenakan
penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

39. Salah Laku Oleh Pemerintah Dalam Perjuangan.

Tiap-tiap pegawai yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang,
sebagai pegawai memerintah sesuatu unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan atau lain-lain bahagian
angkatan tentera:-

(a) tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk mengarahkan pegawai-pegawai dan askar laskar di
bawah perintahnya atau unit, kapal, kapal udaranya atau lain bahagian supaya berjuang apabila
diperintah supaya menjalankan sesuatu gerakan perang atau apabila bertemu dengan musuh
yang mana adalah kewajipannya menentang; atau

(b) semasa berjuang, tidak, dalam masa berjuang atas sifatnya sendiri dan mengikut pangkatnya,
menggalakkan pegawai-pegawai dan askar laskar di bawah perintahnya supaya berjuang dengan
beraninya; atau

(c) semasa berjuang, undur dengan tidak sepatutnya daripada perjuangan itu; atau

(d) dengan tidak sepatutnya tidak memburu musuh atau tidak memperkuatkan mana-mana tempat
yang telah ditawan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

40. Salah Laku Oleh Orang-Orang Lain Dalam Gerakan Menentang Musuh.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sebagai
seorang yang bukan memerintah mana-mana unit, kapal, kapal udara, tempat pertahanan, atau lain-lain
bahagian angkatan tentera:-

(a) dengan tidak sepatutnya melengahkan atau menghalang apa-apa perjuangan menentang musuh;
atau

(b) apabila diperintah menjalankan sesuatu gerakan perang, tidak berusaha dengan sedaya upayanya
untuk menjalankan perintah itu; atau
(c) membuangkan Senjata, peluru atau alat-alatnya dihadapan musuh; atau

(d) meninggalkan posnya di hadapan musuh; atau

(e) berkelakuan berhadapan dengan musuh secara yang menunjukkan ketakutan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

27
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

41. Membuat Perhubungan Dengan Musuh.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan
3
niat hendak membantu musuh, membuat perhubungan dengan musuh atau memberi perisikan
kepada musuh boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apa-
apa hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat
perhubongan dengan musuh atau memberi perisikan kepada musuh tanpa kebenaran boleh, apabila
disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.

(3) Dalam seksyen ini perbahasaan "perisikan" ertinya maklumat yang atau yang berupa sebagai maklumat
mengenai apa-apa perkara yang mana maklumat mengenainya akan atau mungkin berguna kepada
musuh secara langsung atau secara tidak langsung, dan khususnya (tetapi dengan tidak menyentuh
keluasan makna peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas) mengenai apa-apa perkara yang
termasuk di bawah perenggan-perenggan berikut, iaitu sesuatu perkara yang mana maklumat
mengenainya akan atau mungkin berguna saperti yang tersebut di atas, iaitu:-

(a) bilangan, perihal, senjata, alat kelengkapan, pergerakan atau keadaan mana-mana angkatan
tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengan angkatan
tentera itu atau mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda atau kapal atau kapal
udara mana-mana angkatan yang bekerjasama itu;

(b) apa-apa gerakan atau gerakan yang dirancang bagi mana-mana angkatan, kapal atau kapal udara
itu saperti yang tersebut di atas;

(c) apa-apa kod, huruf rahsia, isyarat panggilan, atau kata jodoh;

(d) apa-apa langkah bagi mempertahan atau memperkukuhkan mana-mana tempat bagi pihak Seri
Paduka Baginda;

(e) bilangan, perihal atau tempat mana-mana orang tawanan perang;

(f) kelengkapan Perang.

---------------------------------------

42. Kesalahan-Kesalahan Terhadap Semangat.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) menyibarkan (sama ada secara lisan, bertulis, dengan semboyan, atau secara lain) laporan
berhubung dengan gerakan angkatan tentera Seri Paduka Baginda, mana-mana angkatan yang
bekerjasama dengannya, atau mana-mana bahagian daripada angkatan itu, iaitu laporan yang
dikira akan mewujudkan kegelisahan atau kegemparan-kegemparan yang tidak perlu; atau

(b) apabila berhadapan dengan musuh menggunakan perkataan-perkataan yang dikira akan
mewujudkan kegelisahan atau kegemparan yang tidak perlu, boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.

43. Menjadi Orang Tawanan Perang Kerana Tidak Patuh Atau Kecuaian Yang Disengajakan; Dan
Tidak Masuk Semula Dalam Angkatan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, oleh
kerana tidak patuh kepada perintah atau kerana bersengaja mencuaikan kewajipannya, ditawan oleh
musuh adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.
(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah
ditawan oleh musuh, tidak mengambil apa-apa langkah, atau melarang atau menawarkan hati sesiapa
jua yang lain yang ditawan oleh musuh daripada mengambil apa-apa langkah yang menasabah yang

28
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

boleh diambil olehnya atau, mengikut mana yang berkenaan, oleh orang lain itu, untuk masuk semula
dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(3) Tiap-tiap orang yang melakukan sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan
oleh Akta ini.

---------------------------------------

44. Kesalahan-Kesalahan Oleh Atau Berhubung Dengan Senteri, Dsb.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, semasa
dalam tugas mengawal:

(a) tidor di posnya,


5
(b) dalam masa tidak bertugas di pos, tidor pada masa ia tidak dibenarkan tidor atau

(c) mabuk atau

(d) meninggalkan posnya tanpa diganti dengan sepatutnya atau tidak berada di mana-mana tempat di
mana ia ditugaskan untuk berada,

adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(2) Bagi maksud seksyen ini seseorang hendaklah disifatkan sebagai mabuk jika, oleh kerana pengaroh
alkohol atau apa-apa dadah, sama ada hal itu sahaja atau beserta dengan apa-apa hal keadaan lain, ia
tidak layak diamanahkan dengan kewajipan.

(3) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul
atau secara lain menggunakan kekerasan terhadap sesiapa jua dalam tugas mengawal, iaitu seorang
anggota mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang
bekerjasama dengannya, atau dengan mengugut hendak menggunakan kekerasan memaksa
sesaorang itu membenarkannya atau sesiapa jua yang lain lalu, adalah melakukan suatu kesalahan
terhadap seksyen ini.

(4) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan
oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan semasa dalam perkhidmatan giat ia tidak
boleh dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun.

(5) sebutan dalam seksyen ini mengenai seseorang dalam tugas mengawal adalah sebutan mengenai
sseseorang yang:-

(a) ditempatkan di pos atau diperintahkan meronda, atau

(b) menjadi anggota pasukan pengawal atau lain-lain pasukan yang diadakan atau diperintahkan
meronda,

bagi maksud memperlindungi sesiapa jua, mana-mana premis atau tempat.

(6) Peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas hendaklah dipakai berhubung dengan orang-
orang yang ditempatkan di pos atau diperintahkan meronda, atau anggota-anggota sesuatu pasukan
yang diadakan atau diperintahkan meronda, bagi maksud mencegah atau, mengawal jalan masuk ke
mana-mana premis atau tempat atau jalan keluar darinya, atau bagi memperaturkan lalu lintas yang
melalui ka-jalan, jalan keretapi atau apa-apa pelayaran pendaratan, sebagaimana peruntukan-
peruntukan itu dipakai bagi orang-orang dalam tugas mengawal.

---------------------------------------

29
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

45. Kesalahan Berhubung Dengan Bekalan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-
(a) melakukan kekerasan terhadap sesiapa jua yang membawa barang atau bekalan kepada mana-
mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;

(b) dengan cara luar peraturan menahan apa-apa barang atau bekalan yang dibawa kepada mana-
mana unit atau lain-lain bahagian angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama
dengannya;

(c) dengan cara luar peraturan menguntukkan kepada unit atau lain-lain bahagian angkatan tentera
dalam mana ia berkhidmat apa-apa barang atau bekalan yang dihantar kepada mana-mana unit
lain atau bahagian lain dalam angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama
dengannya,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Dalam seksyen ini perbahasaan "apa-apa barang atau bekalan" termasuklah mana-mana kapal, kereta,
kapal udara, binatang, misail, senjata, peluru, alat kelengkapan, pakaian dan apa-apa jenis benda yang
dimaksudkan untuk kegunaan angkatan tentera.

---------------------------------------

46. Penjarahan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) mencuri dari, atau dengan niat hendak mencuri memeriksa, tubuh seseorang yang terbunuh atau
tercedera dalam masa menjalankan gerakan perang; atau

(b) memecah masuk ke mana-mana rumah atau tempat lain untuk mencari harta penjarahan; atau

(c) tanpa perintah daripada pegawai atasannya bersengaja membinasa atau merosakkan apa-apa
harta; atau

(d) mencuri apa-apa harta yang telah ditinggalkan terdedah atau tidak dilindungi berikutan dengan
gerakan perang; atau

(e) mengambil, bagi apa-apa maksud lain daripada maksud perkhidmatan awam, apa-apa kereta, alat
kelengkapan atau barang-barang yang ditinggalkan oleh musuh,

adalah melakukan penjarahan dan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara
atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
---------------------------------------

Dahagi Dan Ingkar Perintah

47. Dahagi.
2
(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) mengambil bahagian dalam dahagi yang melibatkan kekerasan digunakan atau ancaman hendak
menggunakan kekerasan;

(b) mengambil bahagian dalam dahagi yang tujuannya atau satu daripada tujuannya ialah untuk
enggan menjalankan atau untuk menghindar apa-apa kewajipan atau perkhidmatan menentang,
atau berhubung dengan gerakan menentang, musoh, atau untuk menghalang mana-mana
kewajipan atau perkhidmatan itu daripada dilakukan; atau

30
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(c) mengapi-apikan sesiapa lain yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta
inii supaya mengambil bahagian dalam mana-mana dahagi itu, sama ada yang sebenar atau yang
dicadangkan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dalam
sesuatu hal yang tidak termasuk di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, mengambil
bahagian dalam sesuatu dahagi atau mengapi-apikan sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-
undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya mengambi1 bahagian dalam sesuatu dahagi, sama
ada yang sebenar atau yang dihadangkan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(3) Dalam Akta mi, perbahasaan "dahagi" ertinya pergabongan antara dua orang atau lebih yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, atau antara orang-orang yang daripadanya
sekurang-kurangnya dua orang adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta
ini-

(a) untuk menggulingkan atau menentang pehak-berkuasa yang sah dalam angkatan tentera atau
dalam angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian daripada
angkatan tersebut;

(b) untuk mengengkari pihak berkuasa itu dalam hal-hal keadaan yang menyebabkan keengkaran itu
merosakkan tatatertib, atau dengan tujuan hendak rnenghindari apa-apa kewajipan atau
perkhidmatan terhadap, atau berkenaan dengan gerakan menentang, musoh; atau

(c) menghalang maksud mana-mana kewajipan atau perkhidmatan dalam angkatan tentera atau dalam
angkatan yang bekerjasama dengannya atau dalam mana-mana bahagian angkatan tersebut.

---------------------------------------

48. Tidak Menghapuskan Dahagi.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan
mengetahui bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan:-

(a) tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menghapuskan atau mencegahnya; atau

(b) tidak melaporkan tanpa kelengahan bahawa sesuatu dahagi sedang berlaku atau dicadangkan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah Tentera:-

(i) jika kesalahan itu telah dilakukan dengan niat hendak membantu musoh, dikenakan hukuman
bunuh atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan

(ii) dalam mana-mana hal lain, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

49. Tingkahlaku Engkar Perintah.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) memukul atau secara lain menggunakan, atau mengancham hendak menggunakan kekerasan ter-
hadap pegawai atasannya; atau

(b) menggunakan bahasa mengancam atau engkar Perintah terhadap pegawai atasannya.

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:-

31
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa ia tidak boleh dikenakan penjara selama lebih daripada dua tahun jika
kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat dan tidak berkenaan dengan memukul atau
menggunakan apa-apa kekerasan lain atau mengancam hendak menggunakan kekerasan terhadap
seseorang pegawai atasan yang menjalankan kuasa sebagai demikian.

---------------------------------------

50. Tidak Patuh Kepada Pegawai Atasan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, dengan
sesuatu cara yang menunjukkan bantahan yang sengaja terhadap kuasa, tidak mematuhi apa-apa
perintah yang sah dari pegawai atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sama ada
dengan sengaja atau oleh sebab kecuaian, tidak mematuhi apa-apa perintah yang sah dari pegawai
atasannya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa
hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu tidak dilakukan dalam perkhidmatan giat ia tidak boleh
dikenakan penjara selama tempoh lebih daripada dua tahun.

---------------------------------------

51. Tidak Patuh Kepada Perintah Tetap.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melanggar
atau tidak mematuhi apa-apa peruntukan perintah yang baginya dipakai seksyen ini, iaitu peruntukan
yang diketahui atau yang menasabah dijangka diketahui olehnya boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa
hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Seksyen ini adalah dipakai bagi perintah tetap atau perintah biasa lain yang berterusan keadaannya
untuk mana-mana bahagian, atau unit atau kumpulan terup, atau untuk mana-mana perintah atau
kawasan, pasukan, garisen atau tempat lain atau untuk mana-mana kapal. keretapi atau kapal udara.

(3) Perintah tetap atau perintah biasa yang diperihalkan dalam subseksyen (2) bolehlah:-
Pin. A974/96
(a) dibuat; dan

(b) disiarkan dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang boleh ditentukan oleh,

Ketua Perkhidmatan bagi setiap Perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya.

--------------------------------------------

52. Menghalang Pegawai Polis Tentera.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) menghalang; atau

(b) apabila diminta, enggan menolong,

Sesiapa jua yang diketahuinya sebagai pegawai polis tentera atau sebagai seseorang (sama ada tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau tidak) yang menjalankan kuasa di sisi undang-
undang di bawah atau bagi pihak pegawai polis tentera boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan
yang diperuntukkan oleh Akta ini.

32
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

----------------------------------------

53. Menghalang Pegawai Polis Yang Menangkap Anggota Angkatan Tentera.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta yang menahan
atau menghalang di mana-mana tempat dalam Persekutuan:-

(a) pelaksanaan oleh seseorang pegawai polis akan waran untuk menangkap seseorang yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang telah melakukan suatu kesalahan
yang boleh dihukum apabila disabitkan oleh sesuatu mahkamah awam; atau

(b) penangkapan seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini
oleh seorang pegawai polis pada menjalankan kuasanya tanpa waran, boleh, apabila disabitkan
oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau
apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
---------------------------------------

Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan-Kewajipan Tentera

54. Tinggal Tugas.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) meninggalkan tugas; atau


3
(b) memujuk, berusaha memujuk, mendapatkan atau cuba mendapatkan sesiapa jua yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya meninggalkan tugas,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Dengan syarat bahawa seseorang itu tidak boleh dipenjarakan selama tempoh lebih daripada dua
tahun melainkan:-

(i) jika kesalahan itu adalah terhadap perenggan (a), ia telah berada dalam perkhidmatan giat atau
di bawah perintah supaya menjalankan perkhidmatan giat pada masa kesalahan itu dilakukan;
atau

(ii) jika kesalahan itu adalah terhadap perenggan (b), orang yang berkenaan dengannya kesalahan
itu telah dilakukan telah berada dalam perkhidmatan giat atau di bawah perintah supaya
menjalankan perkhidmatan giat pada masa itu.

(2) Bagi maksud Akta ini seseorang adalah meninggalkan tugas jika ia-

(a) meninggalkan Perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau apabila adalah menjadi kewajipannya untuk
berbuat sedemikian, tidak masuk atau tidak masuk semula dalam Perkhidmatan Seri Paduka
Baginda, dengan (dalam mana-mana satu hal itu) niat, sama ada yang wujud pada masa ia
meninggalkan atau tidak masuk atau tidak masuk semula dalam Perkhidmatan Seri Paduka
Baginda itu atau pun yang terbentuk kemudiannya, hendak meninggalkan kewajipannya buat
selama-lamanya;

(b) tidak hadir tanpa cuti dengan niat hendak menghindarkan daripada berkhidmat di mana-mana
tempat luar negeri atau untuk menghindar perkhidmatan atau mana-mana perkhidmatan tertentu
apabila berhadapan dengan musuh;

(c) sebagai seseorang kelasi yang telah diberi amaran bahawa vesalnya adalah di bawah perintah
untuk belayar, tidak hadir tanpa kebenaran yang sepatutnya, dengan niat supaya vesal itu mening-
galkannya; atau

(d) sebagai seorang pegawai, mendaftarkan diri atau memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa
dilucutkan tauliahnya terlebih dahulu, atau sebagai seorang askar laskar mendaftarkan diri atau
memasuki mana-mana angkatan tentera tanpa diberhentikan kerja terlebih dahulu daripada

33
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

pendaftarannya yang dahulu, dan sebutan dalam Akta ini mengenai tinggal tugas hendaklah
ditafsirkan dengan sewajarnya.

(3) Selain daripada atau sebagai ganti apa-apa hukuman yang diperuntukkan oleh seksyen kecil(1),
mahkamah tentera yang mensabitkan askar laskar itu atas kesalahan tinggal tugas boleh mengarahkan
supaya dilucuthak kesemua atau mana-mana bahagian daripada perkhidmatannya sebelum daripada
tempoh yang mengenainya ia telah disabitkan atas kesalahan tinggal tugas itu.

---------------------------------------

55. Tidak Hadir Tanpa Cuti.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) tidak hadir tanpa cuti; atau

(b) memujuk, berusaha memujuk, mendapatkan atau cuba mendapatkan sesiapa jua yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini supaya tidak hadir tanpa cuti,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

56. Membantu Dan Menyemunyikan Perkara Tinggal Tugas Dan Tidak Hadir Tanpa Cuti. Tiap-
tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) dengan diketahuinya membantu sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di
bawah Akta ini supaya meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti; atau

(b) dengan mengetahui bahawa sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di
bawah Akta ini telah meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, atau sedang mencuba
hendak meninggalkan tugas atau supaya tidak hadir tanpa cuti, tidak melaporkan hal itu tanpa
kelengahan, atau tidak mengambil apa-apa langkah dalam kuasanya untuk menyebabkan orang
itu ditangkap,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
---------------------------------------

57. Kenyataan Palsu Berkenaan Dengan Cuti.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, bagi
maksud hendak mendapatkan cuti atau melanjutkan cutinya, dengan diketahuinya membuat apa-apa
kenyataan palsu kepada mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan, kepada mana-mana pegawai polis
atau kepada sesiapa jua yang diberi kuasa oleh atau di bawah arahan Majlis Angkatan Tentera untuk
bertindak bagi maksud hendak mendapatkan perlanjutan cuti boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah
tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

58. Tidak Menghadiri Perbarisan Atau Tidak Menjalankan Kewajipan-Kewajipan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, tanpa
apa-apa sebab yang menasabah, tidak menghadiri mana-mana perbarisan atau apa-apa jenis kewajipan
lain atau meninggalkan mana-mana perbarisan atau kewajipan-kewajipan itu seperti yang tersebut di atas
sebelum ia dibenarkan berbuat demikian boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan
penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.
---------------------------------------

34
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

59. Berpura-Pura Sakit.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) secara palsu berpura-pura sebagai menghidap penyakit atau tidak berupaya; atau

(b) melukakan dirinya dengan niat hendak menyebabkan dirinya tidak 1ayak untuk berkhidmat atau
menyebabkan dirinya dilukakan oleh sesiapa jua dengan niat itu, atau

(c) melukakan sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini,
atas permintaan orang itu, dengan niat hendak menyebabkan orang itu tidak layak untuk
berkhidmat; atau

(d) dengan niat hendak menyebabkan dirinya atau sentiasa menjadikan dirinya tidak layak untuk
berkhidmat, melakukan atau tidak melakukan suatu (sama ada pada masa perbuatan atau
ketinggalan itu ia berada di hospital atau tidak) hingga menyebabkan, atau melanjutkan atau mem-
beratkan apa-apa penyakit atau tiada keupayaan,

adalah melakukan kesalahan berpura-pura sakit dan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan
yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Dalam seksyen ini, perbahasaan "tidak layak" termasuklah tidak layak buat sementara.

---------------------------------------

60. Mabuk.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan
kesalahan mabuk sama ada dalam masa bertugas atau tidak boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah
tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang askar laskar yang bukan dalam
perkhidmatan giat dan juga bukan menjalankan tugas maka hukuman yang dikenakan itu tidak boleh lebih
daripada hukuman tahanan selama tempoh enam bulan.

(2) Bagi maksud seksyen ini seseorang adalah melakukan kesalahan mabuk jika, oleh kerana pengaruh
alkohol atau apa-apa dadah lain, sama ada dalam hal keadaan itu sahaja atau beserta dengan apa-
apa hal keadaan lain, ia tidak layak diamanahkan dengan kewajipannya atau dengan apa-apa
kewajipan yang ia mungkin diperintah melaksanakan, atau berkelakuan secara tidak senonoh atau
secara yang mungkin mencacatkan nama baik Perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

---------------------------------------

Kesalahan-Kesalahan Berhubong Dengan Harta

61. Kesalahan-Kesalahan Berhubung Dengan Harta Awam Dan Perkhidmatan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) mencuri atau menyalahgunakan secara tipuan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan atau
ada bersangkut paut dalam mencuri atau menyalahgunakan atau membiarkan dicuri atau
disalahgunakan secara tipuan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan;

(b) menerima atau menyimpan dalam miliknya apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dengan
mengetahuinya sebagai telah dicuri atau sebagai telah disalahgunakan secara tipuan atau telah
diperolehi dengan melakukan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini;

(c) dengan sengaja merosakkan atau ada bersangkut paut dalam merosakkan apa-apa harta awam
atau harta perkhidmatan; atau

35
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(d) dengan kecuaian yang bersengaja menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan
dirosakkan oleh kebakaran,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

62. Kesalahan Berhubung Dengan Harta Anggota Angkatan Tentera.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) mencuri atau menyalahgunakan secara tipuan apa-apa harta kepunyaan seseorang yang tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau ada bersangkut paut dengan
pencurian atau membiarkan pencurian atau penyalahgunaan secara tipuan apa-apa harta itu;

(b) menerima atau menyimpan dalam miliknya apa-apa harta itu dengan mengetahuinya sebagai telah
dicuri atau telah disalahgunakan secara tipuan; atau

(c) dengan bersengaja merosakkan, atau ada bersangkut paut dengan kerosakan bersengaja apa-
apa harta kepunyaan seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
---------------------------------------

63. Kesalahan Pelbagai Berhubung Dengan Harta.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-
(a) menghilangkan atau dengan cuai merosakkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan yang
ia berkuasa menjagai atau yang telah diamanahkan kepada jagaannya atau yang menjadi
sebahagian daripada harta yang ia berkuasa menjagai atau yang telah dimanahkan kepada
jagaannya;

(b) dengan cuai menyebabkan apa-apa harta awam atau harta perkhidmatan dirosakkan oleh
kebakaran;

(c) menghilangkan, atau dengan cuai merosakkan apa-apa pakaian, senjata, peluru atau lain-lain alat
kelengkapan yang dikeluarkan untuk kegunaannya bagi maksud perkhidmatan;

(d) tidak menjaga dengan sepatutnya mana-mana binatang atau burong yang digunakan dalam
perkhidmatan awam yang ada dalam jagaannya; atau

(e) menghapuskan atau melepaskan (sama ada dengan jalan menggadai, menjual, membinasakan
atau dengan apa-apa jalan lain) apa-apa bintang perkhidmatan yang dikurniakan kepadanya atau
apa-apa pakaian, senjata, peluru atau lain-lain alat kelengkapan yang dikeluarkan untuk
kegunaannya bagi maksud perkhidmatan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi sesiapa jua yang dipertuduh di bawah
seksyen ini kerana menghilangkan apa-apa harta, pakaian, senjata, peluru atau lain-lain alat kelengkapan
bahawa ia telah mengambil langkah-langkah yang menasabah untuk menjaga dan menyimpannya.

---------------------------------------

36
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Kesalahan Berhubung Dengan, Dan Oleh, Orang-Orang Dalam Jagaan

64. Penangkapan Dan Pengurungan Luar Peraturan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang apabila
seorang lain yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan ditangkap:-

(a) berlengah-lengah secara tidak semestinya daripada mengambil apa-apa langkah yang wajib
baginya mengambil supaya tuduhan terhadap orang lain itu disiasat atau supaya tuduhan
terhadap orang lain itu disiasat oleh pegawai memerintahnya atau oleh pihak berkuasa atasan
yang berkenaan atau, mengikut mana yang berkenaan, dibicarakan oleh mahkamah tentera; atau

(b) tidak melepaskan, atau tidak melaksanakan pelepasan orang lain itu, manakala adalah menjadi
kewajipannya berbuat demikian,

adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah
meletakkan seseorang (kemudian daripada ini disebut "orang salah") di bawah jagaan mana-mana
pegawai polis tentera atau pegawai lain, atau mana-mana pegawai waran, ketua pegawai kecil,
pegawai tidak bertauliah atau pegawai kecil, tidak menyerahkan, tanpa apa-apa sebab yang
menasabah:-

(a) pada masa meletakkan orangsalah, atau

(b) dalam masa dua puluh empat jam kemudiannya, jika tidak praktik berbuat sedemikian pada masa
meletakkan orangsalah itu,

suatu laporan bertu1is yang ditandatangani olehnya, kepada orang yang di bawah jagaannya orangsalah itu
telah diletakkan, mengenai kesalahan yang dituduh telah dilakukan oleh orang salah itu, adalah melakukan
suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(3) Jika sesiapa jua (kemudian daripada ini disebut "orang salah") diletakkan di bawah jagaan seseorang
yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bertugas sebagai seorang
pengawal, maka, jika tanpa apa-apa sebab yang menasabah, orang itu tidak, selepas sahaja ia diganti
dan tugas kawalannya dan tugas selanjutnya, atau, jika ia tidak digantikan terlebih dahulu, dalam tem-
poh dua puluh empat jam selepas meletakkan orang salah itu, memberi kepada pegawai yang
kepadanya ia berkewajipan melaporkan:-

(a) suatu kenyataan bertulis mengandungi, setakat mana yang diketahui olehnya, nama orang salah
itu dan kesalahan yang dituduh itu dan nama serta pangkat atau perihal-perihal lain pegawai atau
orang lain yang menuduh orang salah itu telah melakukan kesalahan itu; dan

(b) jika ia telah menerimanya, laporan yang dikehendaki oleh seksyen kecil (2),

adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.

(4) Tiap-tiap orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa
hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

65. Membenarkan Lepas Lari, Dan Melepaskan Orang Salah Secara Tidak Sah.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan
bersengaja melepaskan benarkan lepas lari sesiapa jua yang diletakkan di bawah orang salah
jagaannya, atau yang menjadi kewajipannya mengawal boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah
tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

37
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(a) tanpa kebenaran yang sepatutnya melepaskan sesiapa jua yang diletakkan di bawah jagaannya;
atau

(b) tanpa sebab yang menasabah membenarkan lepas lari sesiapa jua yang diletakkan di bawah
jagaannya atan yang menjadi kewajipannya mengawal,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

---------------------------------------

66. Menentang Penangkapan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, sebagai
bersangkut paut dalam sesuatu pergaduhan atan kekacauan, enggan mematuhi mana-mana pegawai
yang memerintahnya supaya ditangkap, atau memukul atau dengan cara lain mengguna-kan
kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan terhadap mana-mana pegawai itu
adalah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini sama ada pegawai itu adalah pegawai
atasannya atau tidak.

(2)Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang memukul
atau dengan cara lain menggunakan kekerasan, atau mengancam hendak menggunakan kekerasan
terhadap sesiapa jua, sama ada tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau
tidak, yang menjadi kewajipannya menangkap atau yang di bawah jagaan orang itu ia berada, adalah
melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(3) Tiap-tiap orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa
hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

67. Lepas Lari Dari Jagaan Yang Sah.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang lepas lari
daripada tangkapan, penjara atau lain-lain jagaan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan
yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan-Kesalahan Pelayaran dan Penerbangan

68. Kehilangan Atau Membahayakan Kapal Atau Kapal Udara.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dengan
bersengaja atau dengan cuai:-

(a) menyebab atau membenarkan mana-mana kapal Seri Paduka Baginda hilang, terkandas atau
terbahaya atau
(b) menyebab atau membenarkan mana-mana kapal udara Seri Paduka Baginda hilang atau
terbahaya,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika pesalah itu tidak bertindak dengan bersengaja ia boleh dikenakan penjara
selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.

69. Penerbangan Dsb. Yang Merbahaya.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan
sesuatu perbuatan atau kecuaian dalam penerbangan, atau dalam penggunaan mana-mana kapal udara,
atau berhubung dengan mana-mana kapal udara atau bahan kapal udara yang menyebabkan kehilangan

38
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

nyawa atau bencana tubuh badan kepada sesiapa jua boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa jika pesalah itu tidak bertindak dengan bersengaja ia boleh dikenakan penjara
selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang
diperuntukkan oleh Akta ini.

70. Terbang Rendah.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai
2
pemandu sebuah kapal udara Seri Paduka Baginda , menerbangkannya setinggi yang kurang daripada had
tinggi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan atau perintah yang berkuat kuasa
kecuali:-

(a) apabila berangkat naik atau mendarat; atau

(b) dalam hal keadaan-keadaan lain sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

71. Penerbangan Yang Menggusarkan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang
2
sebagai pemandu sebuah kapal udara Seri Paduka Baginda menerbangkannya hingga menyebabkan,
atau mungkin menyebabkan kegusaran yang tidak perlu kepada sesiapa jua boleh, apabila disabitkan oleh
mahkamah tentera, dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

72. Perakuan Yang Tidak Tepat.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang membuat
atau menandatangani, tanpa mempastikan ketepatannya:-

(a) suatu perakuan berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan perjalanan di laut atau ke-
selamatan di udara atau kecekapan berjuang bagi mana-mana kapal atau kapal udara Seri
Paduka Baginda; atau

(b) apa-apa perakuan berhubung dengan mana-mana kapal atau kapal udara atau mana-mana
daripada bahannya,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

73. Kesalahan-Kesalahan Oleh Pegawai Memerintah Mengenai Harta Rampasan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai
memerintah mana-mana kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda:-

(a) setelah mengambil mana-mana kapal atau kapal udara sebagai harta rampasan tidak menghantar
kepada Mahkamah Tinggi atau mahkamah harta rampasan lain yang mempunyai bidang kuasa
dalam kes itu, semua suratan kapal atau kapal udara itu, mengikut mana yang berkenaan, yang
dijumpai di dalamnya;

(b) dengan menyalahi undang-undang membuat apa-apa perjanjian berkenaan dengan penebusan
mana-mana kapal, kapal udara atau barang-barang yang diambil sebagai harta rampasan; atau

(c) menurut apa-apa perjanjian yang tersebut di atas, atau dengan pakatan, mengembalikan atau
meninggalkan mana-mana kapal, kapal udara atau barang-barang yang diambil sebagai harta
rampasan,

39
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri
Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

74. Lain-Lain Kesalahan Mengenai Harta Rampasan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) memukul atau dengan cara lain menganiayai sesiapa jua yang berada dalam sesuatu kapal atau
kapal udara yang diambil sebagai harta rampasan, atau dengan menyalahi undang-undang
mengambil dari sesiapa jua itu apa-apa yang ada dalam miliknya;

(b) mengeluarkan dari mana-mana kapal atau kapal udara yang diambil sebagai harta rampasan
(kecuali untuk diletakkan dalam simpanan selamat atau untuk kegunaan dan perkhidmatan perlu
angkatan Seri Paduka Baginda) apa-apa barang yang belum diputuskan terlebih dahulu sebagai
harta rampasan yang sah oleh sesuatu mahkamah harta rampasan; atau

(c) memecahkan barang borongan dalam mana-mana kapal atau kapal udara yang diambil sebagai
harta rampasan, atau yang ditahan pada menjalankan mana-mana hak dalam peperangan atau di
bawah mana-mana enakmen, dengan niat hendak mencuri atau menyalahgunakan secara tipuan
apa-apa di dalamnya,

boleh dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan-Kesalahan Berhubong dengan Tribunal Perkhidmatan

75. Kesalahan-Kesalahan Berhubung Dengan Mahkamah Tentera.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) setelah disaman dengan sempurnanya atau diperintahkan supaya hadir sebagai saksi dihadapan
mahkamah tentera, tidak menghadiri; atau

(b) enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sepatutnya berbuat demikian oleh mah-
kamah tentera; atau

(c) enggan mengemukakan apa-apa suratan dalam jagaannya atau di bawah kawalannya yang ia telah
dikehendaki dengan sah oleh mahkamah tentera untuk mengemukakannya; atau

(d) sebagai seorang saksi, enggan menjawab apa-apa soalan yang ia dikehendaki dengan sah oleh
mahkamah tentera untuk menjawabnya; atau

(e) dengan bersengaja mengaibkan sesiapa jua, yang menjadi anggota mahkamah tentera atau
seorang saksi atau sesiapa jua yang lain yang adalah menjadi kewajipannya hadir dalam atau
dihadapan mahkamah itu, semasa orang itu bertindak sebagai anggota mahkamah tentera itu atau
menghadirinya, atau dengan bersengaja mengaibkan sesiapa jua yang tersebut di atas itu semasa
orang itu pergi ke pembicaraan atau pulang dari pembicaraan mahkamah itu; atau

(f) dengan bersengaja mengganggu pembicaraan mahkamah tentera atau berkelakuan tidak senonoh
dihadapan mahkamah itu, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, lain daripada
mahkamah dimana kesalahan itu telah dilakukan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih
daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam seksyen kecil yang akhir tersebut di atas jika sesuatu kesalahan
terhadap perenggan (e) atau (f) seksyen kecil itu dilakukan berhubung dengan mana-mana mahkamah
tentera yang diadakan menurut Akta ini mahkamah itu, jika berpendapat bahawa pesalah itu mustahak
dibicarakan terus oleh mahkamah itu dengan tidak payah dibicarakan oleh mahkamah tentera yang
lain, boleh dengan perintah yang ditandatangani oleh yang dipertua memerintahkan supaya pesalah itu
dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada dua puluh satu hari, atau mengenai seseorang askar
laskar, dipenjarakan selama tempoh itu atau menjalani tahanan selama tempoh itu.

40
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

76. Keterangan Palsu.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang, setelah
mengangkat sumpah dengan sah sebagai seorang saksi atau sebagai seorang jurubahasa dalam
pembicaraan dihadapan mahkamah tentera atau dihadapan mana-mana lembaga atau seseorang yang
berkuasa menurut Akta ini untuk mentadbirkan sumpah, membuat suatu kenyataan atau terjemahan pada
matannya dalam pembicaraan itu yang diketahuinya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai
benar boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Kesalahan Pelbagai

77. Memalsukan Suratan Perkhidmatan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) membuat, menandatangani atau membuat sesuatu catatan dalam mana-mana laporan, tangada,
penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau lain-lain
suratan perkhidmatan iaitu suatu suratan atau catatan yang diketahuinya sebagai palsu pada
butir-butir matannya;

(b) mengubah mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod, senarai gaji, perakuan gaji, daftar
penyelesaian perkhidmatan atau lain-lain suratan perkhidmatan atau mengubah mana-mana
catatan dalam sesuatu suratan itu, hingga suratan atau catatan itu diketahuinya sebagai palsu
pada butir-butir matannya;

(c) menyembunyikan, mencacat atau menghapuskan mana-mana laporan, tangada, penyata, rekod,
senarai gaji, perakuan gaji, daftar penyelesaian perkhidmatan atau lain-lain suratan perkhidmatan
yang adalah menjadi tugasnya untuk menjaga atau mengemukakannya;

(d) dengan niat hendak menipu tidak memasukkan sesuatu catatan dalam mana-mana suratan,
sebagaimana yang tersebut di atas; atau

(e) membantu, menyubahati, memerintah, menasihatkan, mendapatkan atau membiarkan seseorang


lain yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini melakukan suatu
10
kesalahan terhadap seksyen ini (sama ada atau tidak ia nengetahui jenis suratan yang
berhubung dengannya kesalahan itu akan dilakukan),

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tidak lebih daripada dua tahun
atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

78. Tuduhan Dsb. Yang Palsu.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang:-

(a) membuat tuduhan terhadap mana-mana pegawai atau askar-laskar yang tertakluk kepada undang-
undang perkhidmatan di bawah Akta ini, yang diketahuinya sebagai palsu atau yang tidak
dipercayainya sebagai benar; atau

(b) pada masa membuat sesuatu pengaduan dimana ia berpendapat bahawa ia telah disalah tudoh,
membuat suatu kenyataan yang menyentuh tingkah laku seseorang pegawai atau askar-laskar
yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, yang diketahuinya sebagai
palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau dengan bersengaja menyembunyikan apa-apa
nyataan matan,

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

41
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

79. Menyatakan Maklumat Dengan Tiada Kebenaran.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang
menyatakan tanpa kebenaran, sama ada secara lisan, bertulis dengan semboyan atau apa-apa jua
cara lain, apa-apa maklumat yang atau yang berupa maklumat yang berguna kepada musuh
boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara atau apa-apa hukuman yang
lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
2) Dalam seksyen ini perbahasaan "maklumat yang berguna kepada musuh" ertinya maklumat yang atau
yang berupa maklumat mengena; apa-apa perkara yang mana maklumat mengenainya akan menjadi
atau mungkin berguna secara langsung atau secara tidak langsung kepada sesuatu musuh, dan
khususnya (tetapi tanpa menyentuh keluasan makna peruntukan-peruntukan seksyen yang tersebut di
atas) mengenai apa-apa pericara yang termasuk di bawah perenggan berikut iaitu sesuatu perkara
yang maklumat mengenainya akan menjadi atau mungkin berguna sebagaimana yang tersebut di atas,
iaitu:-

(a) bilangan, perihal, senjata, alat kelengkapan, penyusunan, pergerakan, persediaan pergerakan atau
keadaan mana-mana angkatan tentera atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya;

(b) apa-apa gerakan, gerakan yang dirancang atau persediaan pergerakan bagi mana-mana angkatan
yang tersebut di atas;

(c) mana-mana sistem keriptogeraf, bantuan, proses, acara, penerbitan atau suratan mana-mana
angkatan yang tersebut di atas;

(d) mana-mana bungkusan, isyarat panggilan, kata jodoh, kata semboyan atau isyarat pengenalan;

(e) apa-apa langkah bagi mempertahan atau memperkukuhkan mana-mana tempat bagi pihak Seri
Paduka Baginda;

(f) bilangan, perihal, kedudukan atau pergerakan mana-mana orang tahanan perang;

(g) kelengkapan perang.

80. Cuba Membunuh Diri.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang cuba
membunuh diri boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak
lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

81. Menganiayai Pegawai Atau Askar-Laskar Yang Berpangkat Rendah.

Jika:-

(a) mana-mana pegawai yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini
memukul atau dengan cara lain menganiayai mana-mana pegawai yang tertakluk kepada undang-
3
undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang berpangkat rendah atau kurang kekananannya atau
mana-mana askar-laskar yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini;
atau

(b) mana-mana askar-laskar yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini
memukul atau dengan cara lain menganiayai sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini, iaitu seseorang askar-laskar yang berpangkat atau bertaraf
rendah atau kurang kekananannya,
Pin A974/96

boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada
dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

42
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

82. Penahanan Gaji Yang Menyalahi Undang-Undang.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang setelah
menerima gaji mana-mana pegawai atau askar-laskar yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan
di bawah Akta ini atau mana-mana pegawai atau askar-laskar yang dipinjamkan untuk berkhidmat dengan
angkatan tentera menahan atau enggan dengan menyalahi undang-undang membayar gaji itu apabila
genap masanya dibayar boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dibuang kerja dari perkhidmatan
Seri Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

83. Kelakuan keji.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bersalah
kerana berkelakuan keji dari jenis lucah atau luartabii, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera,
dikenakan penjara selama tempoh tidatidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

84. Membawa Barang-Barang Dengan Tidak Sepatutnya.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai
memerintah sesuatu kapal, kapal udara atau kereta angkatan tentera, tanpa kebenaran yang sah:-

(a) menerima atau membenarkan supaya diterima ke dalam kapal, kapal udara atau kereta, apa-apa
barang atau barang dagangan yang dimaksudkan untuk dilepas atau diserahkan secara per-
dagangan atau perniagaan (sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak sesiapa jua
yang lain), iaitu bukan barang dagangan yang diterima dalam masa salvej; atau

(b) bersetuju membawa apa-apa barang atau barang dagangan dalam kapal, kapal udara atau kereta
sebagai balasan untuk mendapatkan bayaran tambang muatan, atau meminta atau menerima
apa-apa bayaran berkenaan dengan pembawaan itu,

boleh dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih
ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.

85. Kelakuan Pegawai-Pegawai Yang Mengaibkan.

Tiap-tiap seorang pegawai yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang
berkelakuan secara mengaibkan, bertentangan dengan tingkah laku seseorang pegawai atau seseorang
yang baik budi bahasanya boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dibuang kerja dengan keji dari
perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

---------------------------------------

86. Percubaan Untuk Melakukan Kesalahan Terhadap Akta Ini.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang cuba
melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana daripada peruntukan yang tersebut diatas dalam
Bahagian ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman yang sama seperti
hukuman kerana melakukan kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman
2
bunuh ia tidak boleh dikenakan hukuman yang lebih berat daripada hukuman penjara.

---------------------------------------

43
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

87. Kelakuan Yang Memudharatkan Tatatertib Perkhidmatan.

Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bersalah
kerana melakukan sesuatu perbuatan kelakuan atau kecuaian yang memudharatkan keadaan baik dan
tatatertib perkhidmatan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan penjara selama
tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh
Akta ini.

---------------------------------------

88. Kesalahan-Kesalahan Awam.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang melakukan
sesuatu awam kesalahan awam sama ada dalam Persekutuan atau di tempat lain adalah
melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen ini.

(2) Dalam Akta ini perbahasaan “kesalahan awam” ertinya apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang
boleh dihukum mengikut undang-undang persekutuan atau yang, jika dilakukan dalam Persekutuan,
boleh dihukum mengikut undang-undang itu; dan dalam Akta ini perbahasaan “kesalahan awam yang
bersamaan” ertinya kesalahan awam yang jika dilakukan adalah menjadi suatu kesalahan terhadap
seksyen ini.

(3) Seseorang yang disabitkan oleh mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan terhadap seksyen ini
boleh:-

(a) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah derhaka, dijatuhkan hukuman bunuh atau apa-apa
hukuman lain yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan(b) jika kesalahan awam yang bersamaan itu
ialah bunuh orang, dijatuhkan hukuman bunuh atau apa-apa hukuman lain yang diperuntukkan
oleh Akta ini; dan

(c) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah mematikan orang, dijatuhkan hukuman penjara atau
apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan

(d) jika kesalahan awam yang bersamaan itu ialah rogol, dijatuhkan hukuman penjara atau apa-apa
hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini; dan

(e) dalam mana-mana hal lain, dikenakan apa-apa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu
mahkamah awam bagi kesalahan awam yang bersamaan, iaitu suatu atau beberapa hukuman
yang diperuntukkan oleh Akta ini, atau sesuatu hukuman yang lebih ringan daripada hukuman
maksima yang boleh dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah awam, sebagaimana yang diperuntukkan
sedemikian:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu mahkamah awam tidak boleh menjatuhkan hukuman penjara,
seseorang yang telah disabitkan sedemikian itu boleh dijatuhkan sesuatu hukuman yang lebih ringan
daripada dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda bagi seseorang pegawai
7
atau tahanan bagi seseorang askar-laskar, sebagaimana yang diperuntukkan demikian .

(4) Seseorang tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas kesalahan derhaka, bunuh orang,
mematikan orang atau rogol kecuali pada masa melakukan kesalahan itu ia berada dalam
perkhidmatan giat atau berkhidmat di luar Persekutuan.

---------------------------------------

44
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Hukuman

89. Hukuman Bagi Pegawai.

(1) Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai oleh mahkamah tentera di bawah
Akta ini, tertakluk kepada had-had yang diperuntukkan kemudian daripada ini mengenai kuasa
mahkamah-mahkamah tentera yang tertentu, adalah hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam sekil
yang berikut; dan berhubung dengan seseorang pegawai, sebutan-sebutan dalam Akta ini kepada
hukuman-hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini adalah sebutan-sebutan kepada hukuman-
hukuman tersebut.

(2) Sekil tersebut ialah:-

(a) hukuman bunuh;

(b) penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat belas tahun:

(c) dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda;

(d) dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda;

(e) lucutan kekananan pangkat atau, bagi saseorang pegawai yang kenaikan pangkatnya bergantong
kepada kepanjangan perkhidmatan, lucutan semua atau mana-mana bahagian perkhidmatannya
bagi maksud-maksud kenaikan pangkat;

(f) dibuang kerja seorang pegawai itu dari kapal dimana ia berkhidmat;

(g) denda;

(h) amaran keras;

(i) amaran;

(j) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji.

(3) Bagi maksud Bahagian ini sesuatu hukuman yang dinyatakan dalam mana-mana perenggan sekil
tersebut hendaklah dikira sebagai lebih ringan daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam
perenggan-perenggan sebelumnya, dan lebih berat daripada hukuman-hukuman dalam perenggan-
perenggan yang berikut, dalam sekil itu.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini, sesuatu mahkamah tentera
hendaklah menjatuhkan hanya satu hukuman bagi segala kesalahan yang atasnya yang dituduh itu
telah disabitkan.
(5) Tahanan gaji boIeh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera sama ada selain daripada atau tanpa
apa-apa hukuman lain.

(6) Sesuatu amaran keras atau amaran boleh dikenakan oleh mahkamah tentera selain daripada lucutan
kekananan pangkat atau denda.

(7) Jika seseorang pegawai dihukum penjara ia hendaklah juga dihukum supaya dibuang kerja dengan keji
daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda:

Dengan syarat bahawa, jika mahkamah tentera itu tidak menghukumnya supaya dibuang kerja dengan
keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda, maka hukuman penjara itu tidaklah terbatal akan tetapi
hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu hukuman dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan
Seri Paduka Baginda.

---------------------------------------

45
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

90. Hukan Bagi Askar-Laskar.

(1) Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan ke atas seseorang askar-laskar oleh mahkamah tentera di
bawah Akta ini, tertakluk kepada had-had yang diperuntukkan kemudian daripada ini mengenai kuasa
mahkamah-mahkamah tentera yang tertentu, adalah hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam sekil
yang berikut; dan berhubung dengan seseorang askar-laskar, sebutan-sebutan di bawah Akta ini
kepada hukuman-hukuman yang diperuntukkan oleh Akta ini adalah sebutan-sebutan kepada
hukuman-hukuman tersebut.

(2) Sekil tersebut ialah:-

(a) hukuman bunoh;

(b) penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat belas tahun;

(c) dibuang kerja dengan keji daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda;

(d) dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda;

(e) tahanan selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun;

(f) jika pesalah itu, sebagai seorang askar-laskar; berada dalam perkhidmatan giat pada tarikh
hukuman itu, hukuman medan bagi selama tempoh tidak lebih daripada sembilan puloh hari,
Pin. A974/96

(g) diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa turunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan taraf;
ke suatu pangkat tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Darat,
laskar kelas 1 dalam Tentera Laut atau laskar udara 1 dalam Tentera Udara, mengikut mana-
mana yang berkenaan;
Pin. A974/96

(h) bagi seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah lucutan kekananan pangkat;

(i) jika kesalahan itu ialah tinggal tugas, lucutan perkhidmatan;

(j) denda,

(k) bagi seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran;

(l) lucutan pingat kelakuan baik atau lenchana kelakuan baik atau kedua-duanya, sama ada salain
daripada atau sebagai ganti apa-apa hukuman lain;

(m) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan
gaji.

(3) Bagi maksud Bahagian ini sesuatu hukuman yang dinyatakan dalam mana-mana perenggan sekil
tersebut hendaklah dikira sebagai lebih ringan daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam
perenggan-perenggan sebelumnya, dan lebih berat daripada hukuman-hukuman yang dinyatakan
dalam perenggan-perenggan yang berikut, dalam sekil itu:

Dengan syarat bahawa tahanan tidak boleh disifatkan sebagai suatu hukuman yang lebih ringan dari
penjara jika tempoh tahanan adalah lebih panjang daripada tempoh penjara(4) Kecuali sebagaimana
yang diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini sesuatu mahkamah tentera hendaklah menjatohkan
hanya satu hukuman bagi semua kesalahan yang atasnya yang dituduh itu telah disabitkan.

(5) Seseorang askar-laskar yang dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah tentera boleh, selain
daripada hukuman itu, dibuang kerja dengan keji daripada Perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau
dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda.

(6) Jika seseorang pegawai waran atau pegawai tak bertauliah dijatuhkan hukuman penjara, tahanan atau
hukuman medan oleh mahkamah tentera, ia hendaklah juga dihukum supaya diturunkan ke pangkat

46
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

biasa atau diturunkan taraf hingga ke suatu gred yang lebih rendah daripada gred ketua laskar,
mengikut mana yang berkenaan:
Pin. A974/96

Dengan syarat bahawa jika mahkamah tentera itu tidak menghukumnya supaya diturunkan pangkat
sedemikian, hukuman itu tidaklah terbatal tetapi hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu hukuman
supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke suatu gred yang lebih rendah daripada
gred ketua laskar, mengikut mana yang berkenaan.

(7) Bagi seseorang pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras atau amaran boleh
dikenakan oleh mahkamah tentera selain daripada lucutan kekananan pangkat atau denda.

(8) Tahanan gaji boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera sama ada sebagai tambahan kepada
atau tanpa apa-apa hukuman lain.

(9) Jika pesalah itu telah dijatuhkan hukuman tahanan oleh sesuatu mahkamah tentera, dan kemudian
daripada itu ia dijatuhkan hukuman penjara oleh sesuatu mahkamah tentera, maka mana-mana
bahagian hukuman tahanan yang belum lagi dijalani oleh pesalah itu hendaklah diremitkan menurut
seksyen kecil ini

(10) Dengan tidak menyentuh sahnya apa-apa hukuman yang dikenakan, seseorang pesalah tidak boleh
ditahan terus menerus selama lebih daripada dua tahun di bawah Akta ini.

---------------------------------------

91. Peruntukan-Peruntukan Mengenai Denda.

(1) Jumlah sesuatu denda yang dikenakan sebagai hukuman di bawah Akta ini bagi sesuatu kesalahan lain
daripada kesalahan-kesalahan terhadap seksyen 88 tidak boleh lebih daripada jumlah empat belas hari
gaji, dan bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 88:-

(a) walau bagaimanapun tidak boleh lebih daripada jumlah empat belas hari gaji; dan

(b) jika kesalahan awam yang menjadi kesalahan terhadap seksyen itu boleh dihukum oleh sesuatu
mahkamah awam dalam Persekutuan dan boleh di hukum sedemikian dengan denda yang jumlah
maksimanya kurang daripada jumlah tersebut, tidak boleh lebih daripada jumlah maksima itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini "gaji" ertinya gaji pokok.

---------------------------------------

92. Hukuman Medan.

Hukuman medan hendaklah terdiri daripada tugas-tugas atau kawad-kawad selain daripada yang
pesalah itu mungkin dikehendaki melakukannya jika ia tidak menjalani hukuman, dan sesuatu kehilangan
kesitimewaan, sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 155, dan termasuk juga pengurungan dalam sesuatu tempat dan mengikut sesuatu cara
sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian dan sesuatu halangan diri sebagaimana yang perlu bagi
mencegah pesalah itu daripada lepas lari dan sebagaimana yang diperuntukkan sedemikian .

---------------------------------------

93. Penangkapan.

(1) Tiap-tiap orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang didapati
melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini, atau dituduh sebagai telah
melakukan atau disyaki dengan menasabah sebagai telah melakukan apa-apa kesalahan itu, boleh
ditangkap mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut.
2) Seseorang pegawai boleh ditangkap oleh pegawai angkatan tetap yang berpangkat atasan, atau jika
mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi, pergaduhan atau kekacauan, oleh seseorang pegawai
dari apa-apa jua pangkat.

47
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Seseorang askar-laskar atau anggota sukarela (apabila tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan
di bawah Akta ini) boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak
bertauliah, angkatan tetap:
Pin. A974/96

Dengan syarat bahawa seseorang itu tidak boleh ditangkap menurut seksyen kecil ini kecuali oleh
seseorang yang berpangkat atasan.

(4) Seseorang laskar yang menjalankan kuasa sebagai seorang anggota turus yang mengator atau sebagai
anggota turus yang mengawas boleh menangkap mana-mana laskar.

(5) Seseorang pegawai polis tentera atau mana-mana pegawai, pegawai waran atau pegawai tak bertauliah
yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang di bawah seseorang pegawai polis tentera, boleh
menangkap mana-mana pegawai, askar-laskar atau anggota sukarela (apabila tertakluk kepada
undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini):
Pin. A974/96

Dengan syarat bahawa seseorang pegawai tidak boleh ditangkap menurut seksyen kecil ini kecuali
atas perintah seseorang pegawai lain.

(6) Kuasa menangkap yang diberi kepada sesiapa jua oleh seksyen ini boleh (tertakluk kepada peruntukan
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini) dijalankan sama ada sendiri atau dengan
memerintahkan supaya ditangkap orang yang hendak ditangkap itu atau dengan memberi perintah-
perintah terhadap penangkapan orang itu.

(7) Dalam seksyen ini perbahasaan "pegawai angkatan tetap" dan "pegawai waran atau pegawai tak
bertauliah angkatan tetap" adalah termasuk seseorang pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak
bertauliah mana-mana angkatan sukarela apabila mereka tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini dan mana-mana angkatan asing yang dilantik, dipinjamkan atau
dipertugaskan dengan sepatutnya kepada mana-mana angkatan tetap atau apabila anggota-anggota
sesuatu angkatan asing berkhidmat atau bertindak bersama dengan mana-mana angkatan tetap di
bawah peruntukan-peruntukan seksyen 17 (3) dan (4) Akta Angkatan Pelawat. 1960.
Pin. A974/96
23/60

---------------------------------------

94. Peruntukan-Peruntukan Bagi Mengelakkan Kelengahan Selepas Penangkapan.

(1) Tuduhan-tuduhan terhadap sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah
1
Akta ini yang berada dalam tangkapan hendaklah disiasat dengan sempurnanya tanpa kelengahan
yang tidak semestinya, dan dengan seberapa segera yang boleh hendaklah sama ada dibicarakan
untuk menghukum kesalahannya atau ia dilepaskan dari tangkapan.

(2) Jika sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini setelah ditahan
dalam jagaan perkhidmatan, maseh berada dalam tangkapan selama tempoh lebih lama daripada
lapan hari tanpa diadakan suatu mahkamah tentera bagi pembicaraannya, suatu laporan khas tentang
perlunya dilengahkan selanjutnya hendaklah dibuat oleh pegawai memerintahnya itu kepada pihak
berkuasa yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan, dan juga suatu laporan yang serupa itu
kepada pihak berkuasa itu dan mengikut cara itu tiap-tiap lapan hari sehingga suatu mahkamah tentera
2
diadakan atau kesalahan itu dibicarakan terus atau ia dilepaskan dari tangkapan:
3
Dengan syarat bahawa bagi seseorang yang berada dalam perkhidmatan giat, seksyen kecil ini
tidaklah kena dipatuhi setakat yang tidak dapat dilakukan dengan menasabah, memandangkan kepada
kepentingan gerakan.

(3) Bagi maksud seksyen kecil (1) seksyen 64 soal sama ada berlakunya kelengahan yang tidak
semestinya dalam mengambil apa-apa langkah bagi menyiasat tuduhan-ruduhan terhadap seseorang
dalam tangkapan hendaklah diputuskan tanpa menghiraukan peruntukan-peruntukan seksyen kecil
yang akhir tersebut di atas.

48
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

94A. Ketua Mashal Polis Tentera.

(1) Majlis Angkatan Tentera hendaklah melantik seorang Ketua Mashal Polis Tentera bagi ketiga-tiga
Perkhidmatan.
Pin. A974/96

(2) Ketua Mashal Polis Tentera hendaklah-

(a) bertindak sebagai Pegawai Turus kepada Ketua Turus Angkatan Tentera mengenai perkara-
perkara tatatertib; dan

(b) menjalankan tugas-tugas Mashal Polis Tentera-

(i) jika dua atau lebih daripada dua Perkhidmatan berkhidmat bersama di bawah seksyen 169;
atau

(ii) jika diarahkan oleh Majlis Angkatan Tentera berhubungan dengan perkara tatatertib mengenai
mana-mana satu Perkhidmatan.

(3) Bagi maksud seksyen ini, Ketua Mashal Polis Tentera boleh-

(a) dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera melantik beberapa orang pegawai; dan

(b) di bawah hal keadaan yang diperihalkan dalam subperenggan (ii) perenggan (b) subseksyen (2)
mengarahkan pegawai polis tentera Perkhidmatan itu, untuk membantunya dalam menjalankan
tugasnya.

94B. Mashal Polis Tentera Dan Pegawai Polis Tentera.

(1) Ketua Perkhidmatan berkenaan, dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera, boleh melantik seorang
Mashal Polis Tentera dan sekian bilangan pegawai polis tentera sebagaimana yang perlu bagi
Perkhidmatannya.

(2) Mashal Polis Tentera dan pegawai polis tentera yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah
menjalankan tugas yang diberi oleh atau di bawah Akta ini, dan terutamanya hendaklah mempunyai
kuasa untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Pin. A974/96

94C. Perlantikan Atau Pemberikuasaan Pegawai Penyiasat Lain.

Walau apapun peruntukan seksyen 94A dan 94B, mana-mana anggota angkatan tentera boleh dilantik
atau diberi kuasa oleh pihak berkuasa yang layak untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Pin. A974/96

94D. Pengesahan.

Seseorang Mashal Polis Tentera, pegawai polis tentera, pegawai penyiasat atau pegawai diberi kuasa
yang dilantik atau diberi kuasa sebelum mula berkuatkuasanya seksyen 94B atau 94C hendaklah disifatkan
telah dilantik atau diberi kuasa di bawah seksyen 94B atau 94C, mengikut mana-mana yang berkenaan,
dan apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan oleh orang sedemikian sebelum mula berkuatkuasanya
seksyen 94B dan 94C yang akan menjadi sah di sisi undang-undang jika peruntukan-peruntukan itu telah
berkuatkuasa pada masa tindakan atau perkara itu dilakukan adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan
sebagai telah dilakukan secara sah di sisi undang-undang.
Pin. A974/96

Melepaskan Terus Pertuduhan

95. Penyiasatan Pertuduhan Oleh Pegawai Yang Memerintah.

Sebelum sesuatu tuduhan bahawa seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di
bawah Akta ini (kemudian daripada ini disebut "yang dituduh") telah melakukan sesuatu kesalahan
terhadap mana-mana peruntukan Bahagian ini dijalankan selanjutnya, tuduhan itu hendaklah dilaporkan,

49
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dalam bentuk pertuduhan, kepada pegawai memerintah bagi yang dituduh itu, dan pegawai memerintah
itu hendaklah menyiasat pertuduhan-pertuduhan itu mengikut cara yang ditetapkan.

96. Pertuduhan Hendaklah Dibicarakan Terus Oleh Mahkamah Tentera.

(1) Selepas disiasat, pertuduhan terhadap seseorang pegawai bertauliah yang berpangkat rendah daripada
leftenan atau yang setaraf dengannya atau terhadap atau pegawai waran boleh, jika sesuatu pihak
berknasa mempunyai kuasa di bawah peruntukan-peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini
membicarakannya terus, dibicarakan sedemikian oleh pihak berkuasa itu mengikut peruntukan-
peruntukan itu.
Pin A974/96
(2) Selepas disiasat, pertuduhan terhadap seseorang pegawai yang dilantik atau terhadap seseorang
askar-laskar atau anggota sukarela (apabila tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran boleh dibicarakan terus oleh pegawai
memerintahnya, tertakluk kepada dan mengikut peruntukan-peruntukan berikut dalam Bahagian ini.
Pin A974/96

(3) Jika, selepas disiasat, sesuatu pertuduhan itu tidak dibicarakan terus sebagaimana yang tersebut diatas,
yang dituduh itu hendaklah ditahan untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera.

(4) Walau apapun yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas, jika:-

(a) pegawai memerintah itu telah menyiasat sesuatu pertuduhan terhadap seseorang pegawai
bertauliah atau pegawai waran; atau
Pin A974/96

(b) pegawai memerintah itu telah menyiasat pertuduhan terhadap seseorang pegawai yang dilantik
atau terhadap seseorang askar-laskar atau anggota sukarela (apabila tertakluk kepada undang-
undang perkhidmatan di bawah Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran, iaitu
pertuduhan yang tidak boleh dibicarakan terus;
Pin A974/’96

pegawai memerintah boleh menolak pertuduhan itu jika ia berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak
sepatutnya diteruskan lagi.

(5) Sebutan-sebutan dalam Akta ini kepada pembicaraan terus pertuduhan itu adalah sebutan-sebutan
kepada pengambilan langkah-langkah berikut oleh pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau
pegawai memerintah bagi yang dituduh itu, mengikut mana yang berkenaan, iaitu langkah-langkah bagi
menentukan sama ada yang dituduh itu bersalah, menolak pertuduhan itu atau merekodkan keputusan
bersalah yang sewajarnya dan menjatuhkan hukuman.

97. Pembicaran-Pembicaraan Selanjutnya Atau Pertuduhan Terhadap Seseorang Pegawai Yang


Dilantik, Askar-Laskar Dan Anggota Sukarela Yang Berpangkat Rendah Daripada Pegawai Waran.
Pin. A974/96

(1) Peruntukan-peruntukan berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuatkuasa jika pegawai memerintah itu
telah menyiasat pertuduhan terhadap seseorang pegawai yang dilantik atau terhadap seseorang
askar-laskar atau anggota sukarela (apabila tertakluk kepada undang-undang perkhid.matan di bawah
Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran.

(2) Jika:-

(a) pertuduhan itu bukan suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus dan pegawai memerintah
tidak menolaknya; atau

(b) pertuduhan itu adalah suatu pertuduhan yang rendah boleh dibicara- kan terus tetapi pegawai
memerintah berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak boleh dibicarakan sedemikian,

maka ia hendaklah mengambil langkah-langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu
dibicarakan oleh mahkamah tentera.

50
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Dalam sesuatu hal lain, pegawai memerintah hendaklah mengambil langkah untuk membicarakan terus
pertuduhan itu; dan jika ia merekodkan suatu keputusan bersalah ia boleh, tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan Seksyen kecil (4) menjatohkan satu atau beberapa daripada hukuman-
hukuman yang berikut iaitu:-

(a) tahanan selama tempoh tidak lebih daripada sembilan puloh hari, atau jika yang dituduh itu seorang
pegawai tidak bertauliah atau prebet atau yang setaraf dengannya yang dalam perkhidmatan giat,
hukuman medan tidak lebih daripada sembilan puluh hari:
Pin. A974/96

Dengan syarat bahawa:-

(i) sesuatu hukuman tahanan atau hukuman medan yang dijatuhkan oleh pegawai meme-
rintah ke atas seseorang pegawai tak bertauliah tidak boleh di jalankan sehingga hukuman itu
telah di luluskan oleh sesuatu pihak berkuasa lulusan dan hanya setakat yang diluluskan
sedemikian;
Pin. A974/96
(ii) jika seseorang pegawai memerintah menjatohkan hukuman tahanan atau hukuman medan
selama tempoh lebih daripada dua puloh lapan hari, bahagian yang lebih daripada dua puloh
lapan hari itu hendaklah berkuatkuasa hanya jika diluluskan oleh, dan setakat mana yang
diluluskan oleh, sesuatu pihak berkuasa lulusan;

(b) diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa turunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan taraf
ke pangkat yang tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf dengannya dalam Tentera Darat,
laskar kelas 1 dalam Tentera Laut atau laskar udara 1 dalam Tentera Udara, tetapi, kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen kecil (5) dan (6), sesuatu hukuman supaya
diturunkan ke pangkat biasa atau apa-apa turunan pangkat yang lebih rendah atau diturunkan
taraf ke pangkat yang tidak rendah daripada prebet atau yang setaraf dengannya dalam Tentera
Darat, laskar kelas 1 dalam Tentera Laut atau laskar udara 1 dalam Tentera Udara yang
dikenakan oleh seseorang pegawai memerintah hendaklah berkuatkuasa hanya jika diluluskan
oleh, dan setakat mana yang diluluskan oleh pihak berkuasa lulusan;

(c) denda;

(d) jika yang dituduh itu seorang pegawai yang dilantik atau pegawai tidak bertauliah, amaran keras
atau amaran;
Pin. A974/96

(e) lucutan lencana kelaknan baik, tetapi jika lucutan itu mengakibatkan lucutan pingat perkhidmatan
lama dan kelakuan baik, sesuatu hukuman lucutan lencana kelakuan baik hendaklah berkuat
kuasa hanya jika diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa lulusan;

(f) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan tahanan gaji;

(g) apa-apa hukuman ringan yang dibenarkan pada masa itu dalam peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah Bahagian ini:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa denda atau hukuman ringan boleh dikenakan bagi sesuatu
kesalahan yang dikenakan hukuman tahanan, dan tiada apa-apa denda boleh dikenakan bagi sesuatu
kesalahan yang dikenakan hukuman medan.

(4) Jika yang dituduh seorang pegawai yang dilantik, pegawai memerintah tidak boleh mengenakan apa-
apa hukuman lain daripada hukuman-hukuman yang dinyata akan dalam perenggan (c), (d), (f) dan (g)
seksyen kecil yang akhir tersebut di atas.
Pin. A974/96

(5) Jika yang dituduh seorang lans koperal atau lans koperal meriam dan pegawai memerintah
mendapatinya bersalah, pegawai memerintah boleh, jika ia tidak mengenakan apa-apa hukuman lain
atau tiada apa-apa hukuman lain kecuali tahanan gaji, memerintahkan yang dituduh itu supaya
diturunkan ke pangkat biasa.

51
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(6) Jika yang dituduh seorang pemangku pegawai waran atau pemangku pegawai tidak bertauliah, dan
pegawai memerintah mendapatinya bersalah, maka pegawai memerintah itu boleh, jika ia tidak
mengenakan apa-apa hukuman lain atau tiada apa-apa hukuman lain kecuali tahanan gaji,
memerintahkan yang dituduh itu berbalik kepada pangkat atau taraf tetapnya.
Pin. A974/96

(7) Jika seseorang ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah, pegawai kecil atau ketua laskar
dikenakan apa-apa tempoh hukuman tahanan atau hukuman medan, ia hendaklah juga diperintah
supaya diturunkan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke gred yang lebih rendah daripada
taraf ketua laskar, mengikut mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa, jika pegawai memerintah tidak memerintahkannya supaya diturunkan pangkat
sedemikian, hukuman pegawai memerintah itu tidaklah terbatal akan tetapi hendaklah disifatkan sebagai
termasuk suatu hukuman penurunan ke pangkat biasa atau diturunkan taraf hingga ke gred yang lebih
rendah daripada gred ketua laskar. mengikut mana yang berkenaan.

(8) Jika seseorang pegawai memerintah mengenakan denda sebagai suatu hukuman bagi kesalahan
mabuk, jumlah denda itu tidak boleh lebih daripada tiga puluh ringgit.

(9) Walau apapun yang terkandung dalam seksyen kecil (3), jika pegawai memerintah telah membuat
keputusan bahawa yang dituduh itu telah bersalah dan jika pertuduhan itu telah dibicarakan terus ia
hendaklah mengenakan hukuman lain daripada amaran keras, amaran, denda atau hukuman ringan,
atau jika keputusan bersalah itu (walau apa juapun hukuman yang dikenakan) akan melibatkan lucutan
gaji (lain daripada denda), pegawai memerintah tidak boleh merekodkan sesuatu keputusan sehingga
yang dituduh itu telah diberi peluang memilih supaya dibicarakan oleh mahkamah tentera; dan jika
yang dituduh memilih sedemikian dan tidak kemudiannya menarik balik pilihannya mengikut peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai memerintah itu tidak boleh merekodkan suatu
keputusan bersalah akan tetapi hendaklah mengambil langkah-langkah yang ditetapkan dengan tujuan
supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.

(10) Dalam seksyen ini "pihak berkuasa lulusan" ertinya mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah
daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan Tentera sebagai
pihak berkuasa lulusan bagi maksud-maksud seksyen ini.
Pin. A974/96

(11) Jika sesuatu pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus, tetapi pegawai
memerintah telah mengambil langkah-langkah dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh
mahkamah tentera, maka mana-mana pihak berkuasa yang lebih tinggi yang pertuduhan itu telah
dirujukkan kepadanya boleh merujukkan kembali pertuduhan itu kepada pegawai memerintah supaya
dibicarakan terus; dan apabila rujukan seumpama itu dilakukan pegawai memerintah itu hendaklah
membicarakan pertuduhan itu seolah-olah dari mulanya ia telahpun berpendapat bahawa pertuduhan
itu patut dibicarakan terus:

Dengan syarat bahawa sesuatu pertuduhan tidak boleh dirujukkan kembali jika yang dituduh telah
memilih supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera dan tidak menarik balik pilihannya.

98. Pembicaraan Selanjutnya Mengenai Pertuduhan Terhadap Pegawai Bertauliah Dan Pegawai
Waran.
Pin.A974/96

(1) Selepas menyiasat sesuatu pertuduhan terhadap seseorang pegawai bertauliah atau pegawai waran
pegawai memerintah hendaklah, kecuali jika ia telah menolak pertuduhan itu, menghantarnya mengikut
cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi; dan kemudiannya hendaklah
diputuskan oleh pihak berkuasa itu bagaimana pertuduhan itu hendak dibicarakan mengikut kedua-dua
seksyen kecil yang berikut

(2) Jika pertuduhan itu adalah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus ia hendaklah dirujukkan
kepada pihak berkuasa atasan yang berkenaan.

(3) Jika pertuduhan itu tidak dirujukkan sedemikian, langkah-langkah yang ditetapkan hendaklah diambil
dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.

52
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(4) Jika pertuduhan itu dirujukkan kepada pihakberkuasa atasan yang berkenaan, pihak berkuasa itu
hendaklah menyiasat pertuduhan itu mengikut cara yang ditetapkan dan membuat keputusan sama
ada yang dituduh itu bersalah atas pertuduhan itu dan dengan sewajarnya menolak pertuduhan itu atau
merekodkan suatu keputusan bersalah:,

Dengan syarat bahawa, jika, dalam masa menjalankan siasatan terhadap pertuduhan itu, pihak
berkuasa itu membuat keputusan bahawa adalah baik supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah
tentera, maka langkah-langkah yang ditetapkan hendaklah diambil dengan tujuan supaya pertuduhan itu
dibicarakan sedemikian.

(5) Jika pihak berkuasa atasan yang berkenaan merekodkan suatu keputusan bersalah, pihak berkuasa itu
boleh mengenakan satu atau beberapa daripada hukuman-hukuman yang berikut, iaitu:-

(a) lucutan kekananan pangkat atau bagi seseorang pegawai yang kenaikan pangkatnya bergantong
kepada kepanjangan perkhidmatan, lucutan semua atau mana-mana bahagian perkhidmatannya
bagi maksud kenaikan pangkat;

(b) denda;

(c) amaran keras atau amaran;

(d) jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan
gaji,

kecuali ia tidak boleh mengenakan lucutan kekananan pangkat dan denda kedua-duanya sekali.

(6) Walau apapun yang terkandung dalam seksyen kecil (4), jika pihak berkuasa atasan yang berkenaan
telah membuat keputusan bahawa yang dituduh itu hersalah dan jika pertuduhan itu telah dibicarakan
terus pihak berkuasa tersebut akan mengenakan lucutan kekananan atau perkhidmatan atau tahanan
16
gaji, atau jika sesuatu keputusan bersalah akan melibatkan lucutan gaji pihak berkuasa itu tidak boleh
merekodkan sesuatu keputusan sehingga yang dituduh itu telah diberi peluang memilih supaya
17 18
dibicarakan oleh mahkamah tentera; dan jika yang dituduh itu memilih sedemikian, pihak berkuasa
itu tidak boleh merekodkan sesuatu keputusan akan tetapi hendaklah mengambil langkah-langkah
yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.

99. Penolakan Pertuduhan Hendaklah Dirujuk Kepada Pihak Berkuasa Yang Lebih Tinggi.

(1) Walau apapun yang terkandung dalam kedua-dua seksyen yang akhir tersebut di atas itu, jika sesuatu
pertuduhan:-

(a) telah dirujukkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi dengan tujuan supaya pertuduhan itu
dibicarakan oleh mahkamah tentera atau

(b) telah dikemukakan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi di bawah diberi keputusan tentang
bagaimana pertuduhan itu hendak dibicarakan,

pihak berkuasa itu boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, merujukkan kembali
pertuduhan itu kepada pegawai memerintah bagi yang dituduh itu dengan suatu arahan supaya
pertuduhan itu ditolak, dan dalam hal yang demikian pegawai memerintah itu hendaklah menolak
pertuduhan itu.

(2) Sesuatu pertuduhan yang dirujukkan kembali menurut seksyen ini tidak boleh memudharatkan sesuatu
pertuduhan lain dibuat jika diarahkan sedemikian oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi itu atau
difikirkan patut oleh pegawai memerintah.

100. Pengakuan Salah Kerana Tinggal Tugas Oleh Seseorang Askar-Laskar.

(1) Jika, mengikut peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, seseorang askar-laskar menandatangani
suatu pengakuan salah dengan bertulis bahawa ia telah bersalah kerana tinggal tugas, walau apapun

53
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam Bahagian ini, pegawai
memerintahnya boleh mengemukakan pengakuan salah itu di bawah ditimbangkan oleh Majlis
Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang
setaraf dengannya mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang tersebut di
atas.
Pin. A974/96

(2) Selepas menimbangkan apa-apa pengakuan salah itu Majlis Angkatan Tentera atau pegawai yang
tersebut di atas itu boleh mengarahkan supaya kesalahan itu tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah
tentera atau dibicarakan terus oleh pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintah,
dan jika sesuatu arahan itu diberi tempoh perkhidmatan pesalah yang berkenaan dengannya ia
mengaku telah meninggalkan tugas hendaklah dilucutkan.

(3) Sesuatu arahan di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas boleh memperuntukkan selanjutnya
supaya kesemua atau mana-mana bahagian perkhidmatan pesalah itu yang dahulu daripada tempoh
yang berkenaan dengannya itu ia mengaku telah meninggalkan tugas sebagaimana yang tersebut di
atas itu hendaklah juga dilucutkan.

101. Pegawai-Pegawai Yang Dikehendaki Bertindak Sebagai Pegawai-Pegawai Memerintah Dan


Pihak Berkuasa Atasan Yang Berkenaan.

(1) Da1am Akta ini perbahasan "pegawai memerintah", berhubung dengan seseorang yang dipertuduh atas
sesuatu kesalahan, ertinya pegawai yang mempunyai kuasa di bawah memerintah orang itu
sebagaimana yang ditentukan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian
ini.

(2) Orang-orang yang berikut boleh bertindak sebagai pihak berkuasa atasan berhubung dengan seseorang
yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan, iaitu, mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah
daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang mana tiap-tiap seorang itu mempunyai kuasa
menyidangkan mahkamah tentera di bawah Akta ini.
Pin. A974/96

(3) Peraturan-peraturan sebagaimana yang tersebut di atas boleh memberi kepada pegawai-pegawai, atau
mana-mana kelas pegawai yang, oleh atau di bawah peraturan-peraturan itu, diberi kuasa menjalankan
tugas pegawai memerintah, kuasa mewakilkan tugas-tugas itu dalam hal dan setakat mana yang
dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu kepada pegawai-pegawai dari kelas yang dinyatakan
sedemikian itu.

102. Had Kuasa Bagi Membicarakan Terus Pertuduhan.

(1) Pertuduhan-pertuduhan yang boleh dibicarakan terus oleh seseorang pegawai memerintah dan
pertuduhan-pertuduhan yang boleh dibicarakan terus oleh sesuatu pihak berkuasa atasan yang
berkenaan adalah pertuduhan-pertuduhan sebagaimana yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah Bahagian ini.

(2) Dalam sesuatu hal sebagaimana yang dinyatakan bagi maksud itu oleh peraturan-peraturan yang
tersebut di atas kuasa seseorang pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan di
bawah mengenakan hukuman adalah tertakluk kepada had yang dinyatakan sedemikian.

Mahkamah Tentera: Peruntukan-Peruntukan Am

103. Bidangkuasa Dan Kuasa Mahkamah Tentera.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini sesuatu mahkamah tentera adalah berkuasa
membicarakan sesiapa jua yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atas
apa-apa kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera di bawah Akta ini dan mengenakan
apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh Akta ini bagi kesalahan itu.
1
(2) Sesuatu mahkamah tentera bagi membicarakan seseorang pegawai atau pegawai waran hendaklah
terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pegawai.

54
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Sesuatu mahkamah tentera yang terdiri daripada kurang daripada lima orang pegawai tidak boleh
mengenakan apa-apa hukuman dalam sekil hukuman yang lebih tinggi daripada penjara selama 2
tahun.

(4) Sesuatu mahkamah tentera kecuali ia terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pegawai tidak
boleh membicarakan apa-apa kesalahan yang hukuman semata-mata atau setinggi-tingginya ialah
hukuman bunoh.

104. Pihak Berkuasa Sidang.

(1) Mahkamah-mahkamah tentera boleh disidangkan oleh mana-mana pegawai berkelayakan yang diberi
kuasa sedemikian oleh Seri Paduka Baginda dengan Waran atau oleh mana-mana pegawai, di bawah
perintah seseorang pegawai yang diberi kuasa sebagaimana yang tersebut di atas, yang kepadanya
pegawai yang akhir tersebut di atas telah mewakilkan kuasanya di bawah menyidangkan mahkamah
tentera pada menjalankan kuasa yang diberi kepadanya oleh Waran yang dikeluarkan itu.

(2) Dalam seksyen ini perbahasaan "pegawai berkelayakan" ertinya:-

(a) Ketua Turus Angkatan Tentera;

(b) Panglima Tentera Darat;


Pin. A974/96
(c) Panglima Tentera Laut;
Pin. A974/96
(d) Panglima Tentera Udara;
Pin. A974/96
(e) mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya
yang memerintah sesuatu kumpulan terup atau sesuatu komand tentera laut atau sesuatu
kumpulan tentera udara.
Pin. A974/96

(3) Apa-apa Waran atau perwakilan kuasa di bawah seksyen ini di bawah menyidangkan mahkamah-
mahkamah Tentera:-

(a) boleh dibuat tertakluk kepada sekatan, had, pengecualian atau syarat-syarat;

(b) boleh dialamatkan kepada pegawai-pegawai atas nama atau nama jawatan mereka, dan boleh
dikeluarkan atau diberi kepada seseorang pegawai yang telah dinamakan atau ditetapkan
mengikut nama jawatannya,kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan
mengikut nama jawatannya dan kepada orang yang pada masa itu menjalankan tugas jawatannya,
kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau ditetapkan mengikut nama jawatannya dan
pengganti-penggantinya dalam jawatan itu atau kepada seseorang pegawai yang dinamakan atau
ditetapkan mengikut nama jawatannya dan orang itu dan pengganti-pengganti itu;
(c) boleh diubah atau dibatalkan, sama ada kesemna atau sebahagiannya, oleh suatu Waran Seri
Paduka Baginda yang kemudiannya atau, mengikut mana yang berkenaan, oleh pegawai atau
pengganti jawatannya yang telah memberinya.

(4) Apa-apa kuasa di bawah menyidangkan mahkamah-mahkamah tentera yang diwakilkan di bawah
seksyen kecil (1) hendaklah dijalankan hanya bagi pembicaraan seseorang yang pada tarikh perintah
sidang itu berada di bawah perintah pegawai sidang.

105. Keanggotaan Mahkamah-Mahkamah Tentera

(l) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 103, sesuatu mahkamah tentera hendaklah terdiri
daripada Yang Dipertua dan tidak kurang daripada dua orang pegawai lain.

(2) Seseorang pegawai yang menyidangkan mahkamah tentera di bawah seksyen yang akhir tersebut di
atas boleh melantik sebagai anggota mahkamah tentera itu pegawai-pegawai daripada Tentera Darat,
Tentera Laut atau Tentera Udara, atau mana-mana pegawai dari mana-mana angkatan asing yang di-
pertugas atau dipinjamkan kepada angkatan tetap:

55
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Dengan syarat bahawa pegawai-pegawai yang menjadi anggota mahkamah itu hendaklah dari
Perkhidmatan yang sama dengan yang dituduh kecuali jika pegawai sidang itu berpendapat bahawa
bilangan pegawai-pegawai yang diperlukan dari perkhidmatan yang sama yang mempunyai kelayakan yang
dikehendaki di tempat di mana mahkamah tentera itu disidangkan, dengan perhatian penuh terhadap
perkhidmatan pegawai sidang itu boleh, dengan persetujuan pihak berkuasa yang layak bagi sesuatu
Perkhidmatan lain, melantik pegawai-pegawai dari Perkhidmatan lain yang mempunyai kelayakan yang
dikehendaki itu sebagai yang dipertua atau anggota mahkamah tentera itu; dan perintah sidang bagi
mahkamah tentera itu hendaklah mengandungi suatu kenyataan mengenai pendapat pegawai sidang dan
kenyataan itu adalah muktamad.

(3) Seseorang pegawai tidak boleh dilantik sebagai anggota sesuatu mahkamah tentera melainkan jika ia
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan telah pernah menjadi seorang
pegawai dalam mana-mana angkatan tentera bagi selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun
atau bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada dua tahun atau berkenaan dengan
pegawai-pegawai dari angkatan asing yang dipertugas atau dipinjamkan kepada angkatan tetap,
telah berkhidmat salama tidak kurang daripada tempoh perkhidmatan yang sama dalam angkatan
mereka sendiri.

(4) Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada lima orang pegawai atau lebih maka yang dipertuanya
hendaklah seorang pegawai yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada leftenan kolonel
atau yang setaraf dengannya dan hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang menyidangkan
mahkamah tentera itu.
Pin. A974/96

(5) Jika mahkamah tentera itu terdiri daripada kurang daripada lima orang pegawai maka yang
dipertuanya hendaklah dilantik dengan perintah pegawai yang menyidangkan mahkamah tentera itu
dan tidak boleh berpangkat rendah daripada mejar atau yang setaraf dengannya kecuali jika pegawai
sidang itu berpendapat bahawa mejar atau yang setaraf dengannya itu, dengan perhatian penuh ter-
hadap perkhidmatan awam, tidak boleh didapati; dan walau bagaimanapun Yang Dipertua mahkamah
tentera itu tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada kaptan atau yang setaraf dengannya.
Pin. A974/96

(6) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen kecil (4) jika yang dituduh itu berpangkat atau
berpangkat lebih tinggi daripada brigediar jeneral atau yang setaraf dengannya yang dipertua
mahkamah tentera itu hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada yang dituduh dan
anggota-anggota yang lain hendaklah berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada kolonel atau
yang setaraf dengannya.
Pin. A974/96

(7) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen kecil (4) jika yang dituduh berpangkat kolonel atau yang
setaraf dengannya, Yang Dipertua hendaklah berpangkat sama seperti atau lebih tinggi daripada yang
dituduh, dan anggota-anggota yang lain hendaklah berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada
leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya.
Pin. A974/96

(8) Jika yang dituduh berpangkat leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya dua
orang anggota mahkamah tentera itu, kecuali Yang Dipertuanya, hendaklah berpangkat sama seperti
atau lebih tinggi daripada yang dituduh itu.
Pin. A974/96

(9) Anggota-anggota mahkamah tentera, kecuali yang dipertuanya, hendaklah dilantik dengan perintah
pegawai sidang atau mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang ditetapkan.

106. Peruntukan-Peruntukan Tambahan Berkenaan Dengan Keanggotaan Mahkamah-Mahkamah


Tentera.

(l) Pegawai yang menyidangkan sesuatu mahkamah tentera tidak boleh menjadi anggota mahkamah
tentera itu:

Dengan syarat bahawa jika bahagian angkatan di mana ia berkhidmat itu menjalankan perkhidmatan
giat dan jika ia berpendapat bahawa tidak dapat dilantik seorang pegawai lain sebagai Yang Dipertua, maka
ia sendiri boleh menjadi Yang Dipertua mahkamah tentera itu.

56
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(2) Seseorang pegawai yang, pada bila-bila masa diantara tarikh yang dituduh itu dipertuduh atas
kesalahan itu dengan tarikh pembicaraan, telah menjadi pegawai memerintah bagi yang dituduh, dan
mana-mana pegawai lain yang telah menyiasat pertuduhan terhadap yang dituduh, atau yang, di
bawah Bahagian ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, telah mengadakan, atau telah
bertindak sebagai salah seorang daripada orang-orang yang mengadakan siasatan ke atas perkara-
perkara yang berhubung dengan hal perkara pertuduhan terhadap yang dituduh itu, tidak boleh
menjadi anggota sesuatu mahkamah tentera atau bertindak sebagai hakim peguam mahkamah tentera
tersebut.

(3) Jika pegawai yang menyidangkan sesuatu mahkamah tentera melantik seorang kaptan atau yang
setaraf dengannya sebagai yang dipertua, setelah berpendapat bahawa seseorang mejar atau yang
setaraf dengannya yang mempunyai kelayakan yang sesuai, dengan perhatian penuh terhadap
perkhidmatan awam, tidak boleh didapati maka perintah menyidangkan mahkamah tentera itu
hendaklah mengandungi suatu kenyataan mengenai pendapat itu, dan bahawa kenyataan itu adalah
muktamad.
Pin. A974/96

107. Tempat Bagi Mengadakan Perbicaraan Mahkamah-Mahkamah Tentera Dan Penanggohan


Untuk Mengadakan Perbicaraan Ditempat Lain.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah
mengadakan pembicaraan ditempat (sama ada di dalam atau di luar Persekutuan) sebagaimana yang
dinyatakan dalam perintah menyidangkan mahkamah tentera itu; dan pegawai sidang boleh
menyidangkannya di bawah mengadakan pembicaraan di suatu tempat di luar kawasan wilayah
pemerintahannya .

(2) Sesuatu mahkamah tentera yang mengadakan pembicaraan di mana-mana tempat hendaklah, jika
pegawai sidang mengarahkannya supaya mengadakan pembicaraan di suatu tempat lain, dan boleh,
tanpa apa-apa arahan seumpama itu jika mahkamah berpendapat bahawa demi kepentingan keadilan
adalah dikehendaki supaya mahkamah itu mengadakan pembicaraan di suatu tempat lain,
menangguhkannya bagi maksud mengadakan pembicaraan di tempat yang lain itu.

Mahkamah-Mahkamah Tentera—PeruntukanPeruntukan
Berhubung Dengan Pembicaraan

108. Cabaran Oleh Seseorang Yang Dituduh.

(1) Seseorang yang dituduh yang akan dibicarakan oleh sesuatu mahkamah tentera adalah berhak
membantah, atas alasan-alasan yang menasabah, terhadap mana-mana yang anggota mahkamah,
sama ada yang telah dilantik pada mulanya atau sebagai ganti seseorang pegawai lain.

(2) Bagi maksud membolehkan yang dituduh itu menggunakan hak-hak yang diberi oleh seksyen kecil yang
akhir tersebut di atas, nama-nama anggota mahkamah itu hendaklah disebutkan dihadapan yang
dituduh itu sebelum anggota-anggota itu mengangkat sumpah dan ia hendaklah ditanya sama ada ia
membantah terhadap mana-mana pegawai itu.

(3) Tiap-tiap bantahan yang dibuat oleh yang dituduh itu terhadap mana-mana pegawai hendaklah
ditimbangkan oleh pegawai-pegawai lain yang telah dilantik menjadi anggota mahkamah itu.
(4) Jika bantahan dibuat terhadap yang dipertua dan bantahan itu dibenarkan oleh tidak kurang daripada
satu pertiga daripada bilangan anggota-anggota mahkamah yang lain itu, mahkamah itu hendaklah
menanggohkan pembicaraan dan pegawai sidang hendaklah melantik seorang yang dipertua yang lain.

(5) Jika bantahan dibuat terhadap seseorang anggota mahkamah lain daripada yang dipertua dan bantahan
itu dibenarkan oleh tidak kurang daripada setengah daripada bilangan anggota-anggota yang berhak
mengundi, maka anggota yang bantahan telah dibnat terhadapnya itu hendaklah berundur dan jika
dengan tidak berbuat demikian bilangan anggota itu akan menjadi kurang daripada bilangan minima di

57
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

sisi undang-undang kekosongan itu hendaklah, di isi dengan seorang pegawai lain mengikut cara yang
ditetapkan.

109. Mentadbirkan Sumpah.

(1) Sesuatu sumpah hendaklah ditadbirkan bagi tiap-tiap anggota mahkamah tentera dan bagi sesiapa jua
yang hadir dalam mahkamah tentera sebagai hakim peguam pegawai yang diperintahkan, jurutrengkas
atau jurubahasa.

(2) Tiap-tiap saksi dihadapan mahkamah tentera hendaklah diperiksa dengan mengangkat sumpah:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana kanak-kanak yang masih muda umornya yang dipanggil
sebagai saksi, pada pendapat mahkamah itu, tidak faham akan maksud sesuatu sumpah, keterangannya
boleh diterima, walaupun tidak diberi dengan mengangkat sumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa
kanak-kanak itu mempunyai akal yang cukup di bawah mematutkan keterangannya itu diterima dan faham
akan tanggungannya supaya berchakap benar, akan tetapi jika keterangan itu diberi bagi pihak pendakwa,
yang dituduh tidaklah boleh disabitkan semata-mata atas keterangan itu kecuali keterangan itu disokong
oleh keterangan lain yang matan yang menyokongnya supaya melibatkan yang dituduh itu.

(3) Sesuatu sumpah yang dikehendaki ditadbirkan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut bentuk yang
ditetapkan dan hendaklah ditadbirkan pada masa yang ditetapkan oleh orang yang ditetapkan dan
mengikut cara yang ditetapkan:

Dengan syarat bahawa, jika mana-mana saksi hendak memberi keterangan dengan mengangkat
sumpah mengikut apa-apa bentuk yang lazim dikalangan atau yang dipegang teguh oleh orang-orang
yang sebangsa atau seugama dengannya dan bersesuaian dengan keadilan atau kesopanan dan tidak
menyentuh apa-apa pihak ketiga, mahkamah jika difikirkannya patut, boleh mengarahkan supaya sumpah
seumpama itu diberi kepadanya walau apapun yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan yang
tersebut di atas.

110. Mahkamah-Mahkamah Tentera Hendaklah Mengadakan Pembicaraan Dalam Mahkamah


Terbuka.

(l) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah
mengadakan pembicaraan dalam mahkamah terbuka dan dihadapan yang dituduh.

(2) Tiada apa-apa yang terkandung dalam seksyen kecil tersebut di atas boleh menyentuh kuasa sesuatu
mahkamah tentera di bawah mengadakan pembicaraan dalam mahkamah tertutup atas alasan bahawa
adalah perlu atau mustahak demi kepentingan mentadbirkan keadilan di bawah berbuat demikian; dan
dengan tidak menyentuh kuasa itu sesuatu mahkamah tentera boleh, tertakluk kepada apa-apa penge-
chualian yang ditetapkan oleh mahkamah itu memerintahkan supaya orang awam dikeluarkan daripada
semua atau mana-mana bahagian pembicaraan mahkamah itu jika mahkamah itu berpendapat
bahawa apa-apa keterangan yang hendak diberi atau kenyataan yang hendak dibuat dalam masa
pembicaraan itu atau bahagian itu, mengikut mana yang berkenaan, mungkin jika tidak berbuat
demikian akan menyebabkan terbukanya apa-apa maklumat yang akan menjadi atau mungkin berguna
secara langsung atau tidak langsung kepada musoh.

(3) Sesuatu mahkamah tentera hendaklah mengadakan pembicaraan dalam mahkamah tertutup dalam
masa menimbangkan keputusan atau hukuman mereka mengenai apa-apa pertuduhan.

(4) Sesuatu mahkamah tentera boleh mengadakan pembicaraan dalam mahkamah tertutup apabila menim-
bangkan apa-apa jua diantara anggota-anggotanya.

(5) Jika sesuatu mahkamah tentera mengadakan pembicaraan dalam mahkamah tertutup tiada sesiapa jua
boleh hadir kecuali anggota-anggota mahkamah dan orang-orang lain yang ditetapkan.

111. Pembubaran Mahkamah-Mahkamah Tentera.

(1) Jika, sama ada sebelum atau setelah bermulanya pembicaraan, pegawai sidang berpendapat bahawa
adalah perlu atau mustahak demi kepentingan pentadbiran keadilan supaya sesuatu mahkamah
tentera dibubarkan pegawai sidang itu boleh dengan perintah membubarkan mahkamah tentera itu.

58
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(2) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil yang tersebut di atas, jika setelah dimulakan
pembicaraan, bilangan anggota sesuatu mahkamah tentera terkurang daripada bilangan minima di sisi
undang-undang oleh kerana kematian salah seorang daripada anggotanya atau kerana sesuatu sebab
lain mahkamah tentera itu hendaklah dibubarkan.

(3) Jika selepas dimulakan pembicaraan, yang dipertua mahkamah tentera itu mati atau oleh kerana
sesuatu sebab lain tidak dapat hadir dan bilangan anggota mahkamah itu tidak terkurang daripada
bilangan minima di sisi undang-undang, maka:-

(a) jika anggota kanan mahkamah itu berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada kaptan atau
yang setaraf dengannya pegawai sidang itu boleh melantiknya sebagai yang dipertua dan
pembicaraan itu hendaklah diteruskan sawajarnya; tetapi
Pin. A974/96

(b) jika ia tidak berpangkat sebagaimana yang dinyatakan di atas, mahkamah itu hendaklah
dibubarkan.

(4) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil (1), jika setelah dimulakan pembicaraan itu
pegawai sidang diberitahu bahawa oleh kerana yang dituduh itu sakit atau tidak berupaya secara lain,
memandangkan kesemua keadaan itu pembicaraan itu tidak boleh diteruskan dalam masa yang
menasabah pegawai sidang itu boleh membubarkan mahkamah itu.

(5) Jika sesuatu mahkamah tentera dibubarkan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen yang tersebut di
8
atas, yang dituduh boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera yang lain .

112. Keputusan Mahkamah Tentera.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, tiap-tiap soal yang hendak diputuskan dalam
sesuatu pembicaraan mahkamah tentera hendaklah diputuskan dengan undi lebih suara anggota-
anggota mahkamah itu.

(2) Jika bilangan undi mengenai keputusan itu sama banyaknya, mahkamah hendaklah membebaskan
yang dituduh itu.

(3) Sesuatu keputusan bersalah yang hukuman baginya yang boleh dikenakan oleh mahkamah ialah
semata-mata hukuman bunuh tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika hukuman itu mendapat
persetujuan semua anggota mahkamah; dan jika tiada sesuatu persetujuan seumpama itu dicapai
apabila sebilangan besar anggota mahkamah membuat sesuatu keputusan, mahkamah itu hendaklah
dibubarkan dan yang dituduh itu boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera yang lain.

(4) Jika yang dituduh didapati bersalah dan mahkamah mempunyai kuasa mengenakan hukuman bunoh
atau apa-apa hukuman yang lebih ringan ke atasnya, hukuman bunoh itu tidak boleh dijatuhkan tanpa
persetujuan semua anggota mahkamah itu.

(5) Jika bilangan undi mengenai hukuman atau apa-apa soal yang berbangkit selepas sesuatu pembicaraan
dimulakan kecuali mengenai keputusan mahkamah itu sama banyaknya, yang dipertua hendaklah
mempunyai undi kedua atau undi pemutus.

113. Keputusan Dan Hukuman.

(1) Dengan tidak menyentuh peruntukan-peruntukan seksyen 110, keputusan sesuatu mahkamah tentera
atas tiap-tiap satu pertuduhan hendaklah disebutkan dalam mahkamah terbuka.

(2) Apa-apa keputusan bersalah hendaklah tertakluk, dan hendaklah disebutkan sebagai tertakluk, kepada
pengesahan.

(3) Apa-apa hukuman mahkamah tentera, bersama dengan Apa-apa sokongan terhadap keampunan,
hendaklah disebutkan dalam mahkamah terbuka, dan sesuatu hukuman mahkamah tentera hendaklah
tertakluk, dan hendaklah disebutkan sebagai tertakluk, kepada pengesahan.

59
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

114. Kuasa Mensabitkan Kesalahan Lain Daripada Kesalahan Yang Dipertuduhkan.

(1) Seseorang yang dituduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan di
bawah Akta ini boleh, jika tiada bukti-bukti bahawa kesalahan itu telah dilakukan dalam keadaan-
keadaan yang melibatkan hukuman yang lebih berat, didapati bersalah kerana melakukan kesalahan
itu dalam keadaan-keadaan yang melibatkan sesuatu hukuman yang lebih ringan.

(2) Seseorang yang dituduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan boleh
didapati bersalah kerana cuba melakukan kesalahan itu.

(3) Seseorang yang dituduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera kerana cuba melakukan
sesuatu kesalahan boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah dibuktikan bahawa ia
sebenarnya telah melakukan kesalahan itu.

(4) Jika seseorang yang dituduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera di bawah seksyen 88 kerana
cuba melakukan sesuatu kesalahan awam, ia boleh disabitkan atas pertuduhan itu walaupun telah
dibuktikan bahawa ia sebenarnya telah melakukan kesalahan awam itu.

(5) Jika seseorang yang dituduh dipertuduh di hadapan mahkamah tentera kerana sesuatu kesalahan
terhadap seksyen 88, dan kesalahan awam yang bersamaan itu ialah suatu kesalahan yang dalam
pembicaraannya, jika ia telah dibicarakan oleh sesuatu mahkamah awam kerana melakukan kesalahan
itu dalam Persekutuan, ia mungkin boleh didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan awam yang
lain, maka jika mahkamah tentera itu mendapati bahawa ia telah melakukan kesalahan awam yang lain
itu, ia boleh disabitkan atas suatu kesalahan terhadap seksyen 88 kerana melakukan kesalahan awam
yang lain itu.

(6) Seseorang yang dituduh yang dipertuduh di hadapan mahkamah tentera atas sesuatu kesalahan yang
dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Kedua kepada Akta ini boleh didapati bersalah atas sesuatu
kesalahan yang dinyatakan berhubung dengannya dalam ruang kedua Jadual tersebut.

115. Kaedah-Kaedah Mengenai Keterangan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, kaedah-kaedah mengenai
keterangan yang kena dipatuhi dalam pembicaraan-pembicaraan di hadapan mahkamah-mahkamah
tentera adalah sama dengan kaedah-kaedah yang kena dipatuhi dalam mahkamah-mahkamah awam
dalam Persekutuan, dan tiada sesiapa boleh dikehendaki dalam pembicaraan di hadapan mahkamah
tentera menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa suratan yang ia tidak dikehendaki
menjawab atau mengemukakan dalam pembicaraan-pembicaraan yang sama di hadapan mahkamah
awam dalam Persekutuan.
3
(2) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen kecil yang tersebut di atas, sesuatu akuan berkanun
hendaklah, dalam sesuatu pembicaraan oleh mahkamah tentera, diterima sebagai keterangan
mengenai nyataan yang tersebut dalam akuan itu dalam hal di mana, dan setakat mana, keterangan
lisan yang sama maksudnya boleh diterima dalam pembicaraan itu.

Dengan syarat bahawa sesuatu akuan berkanun tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam
apa-apa pembicaraan bagi pihak pendakwa atau pihak pembela:-

(a) jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pendakwa, kecuali suatu salinan akuan itu telah
disampaikan kepada yang dituduh tidak kurang daripada tujuh hari sebelum pembicaraan itu
dimulakan; atau

(b) jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pembela, kecuali suatu salinan akuan itu telah
disampaikan kepada pegawai memerintah bagi orang yang dituduh itu tidak kurang daripada
tujuh hari atau sesuatu tempoh yang kurang sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh
pegawai memerintah itu sebelum pembicaraan itu dimulakan; atau

(c) walau bagaimanapun, jika, tidak lewat daripada tiga hari sebelum pembicaraan itu dimulakan
atau dalam sesuatu tempoh selanjutnya sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh mahkamah
tentera itu dalam keadaan-keadaan khas, yang dituduh atau, mengikut mana yang berkenaan,
pegawai memerintah bagi yang dituduh itu, menyampaikan suatu notis dalam bentuk yang

60
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

ditetapkan kepada pegawai memerintah atau yang dituduh itu menghendaki supaya
keterangan lisan diberi sebagai ganti akuan itu; atau
(d) walau bagaimanapun, jika mahkamah tentera berpendapat bahawa demi kepentingan keadilan
adalah baik supaya keterangan lisan diberi sebagai ganti akuan itu dan mahkamah tentera itu
menetapkan bahawa pendapatnya adalah demikian.

(3) Sesuatu mahkamah tentera hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai segala perkara
yang tidak payah dibuktikan, termasuk segala perkara dalam pengetahuan perkhidmatan am
mahkamah itu, dan mengenai segala perkara-perkara lain yang mungkin diberi pengiktirafan
kehakiman dalam mahkamah awam dalam Persekutuan.

116. Keistimewaan Bagi Saksi-Saksi Dan Orang-Orang Lain Dalam Mahkamah Tentera.

Seseorang saksi dihadapan mahkamah tentera atau sesiapa jua yang lain yang tugasnya ialah untuk
hadir dalam atau dihadapan sesuatu mahkamah tentera adalah berhak kepada imuniti-imuniti dan
keistimewaan-keistimewaan yang sama dengan seseorang saksi dihadapan Mahkamah Tinggi dalam
Persekutuan.

117. Kesalahan-Kesalahan Oleh Orang Pereman Berhubung Dengan Mahkamah-Mahkamah


Tentera.

Jika dalam Persekutuan sesiapa jua lain daripada seseorang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini:-

(a) setelah disaman untuk hadir sebagai seorang saksi di hadapan sesuatu mahkamah tentera, tidak
mematuhi saman ita; atau

(b) enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sepatutnya oleh sesuatu mahkamah
tentera berbuat demikian; atau

(c) enggan menunjukkan apa-apa suratan dalam jagaan atau kawalannya yang telah dikehendaki oleh
mahkamah tentera dengan sah supaya dikemukakan olehnya; atau

(d) sebagai seorang saksi, enggan menjawab apa-apa soalan yang telah dikehendaki oleh mahkamah
tentera dengan sah supaya dijawab olehnya; atau

(e) dengan bersengaja mengaibkan sesiapa jua, iaitu seorang anggota mahkamah tentera atau saksi
atau sesiapa jua yang lain yang adalah menjadi tugasnya untuk hadir dalam atau di hadapan
sesuatu mahkamah tentera semasa orang itu bertindak sebagai seorang anggota mahkamah
tentera itu atau hadir sedemikian, atau dengan bersengaja mengaibkan sesiapa jua yang tersebut
di atas semasa orang itu pergi ke pembicaraan atau pulang dan pembicaraan sesuatu mahkamah
tentera; atau

(f) dengan bersengaja mengganggu pembicaraan mahkamah tentera atau dengan secara lain berkela-
kuan tidak senonoh di hadapan mahkamah; atau

(g) melakukan apa-apa lain yang mungkin, jika mahkamah tentera itu adalah suatu mahkamah
undang-undang yang berkuasa mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap mahkamah,
menyebabkan penghinaan terhadap mahkamah itu,

yang dipertua mahkamah tentera itu boleh memperakui kesalahan orang itu di bawah tandatangannya
kepada mana-mana mahkamah undang-undang di bahagian Persekutuan di mana kesalahan itu dituduh
telah dilakukan, iaitu sesuatu mahkamah yang berkuasa mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap
mahkamah, dan mahkamah undang-undang itu boleh kemudian itu menyiasat kesalahan yang dituduh itu,
dan setelah mendengar mana-mana saksi yang boleh dikemukakan terhadap atau bagi pihak orang yang
dituduh atas kesalahan itu, dan setelah mendengar apa-apa kenyataan yang mungkin diberi sebagai
pembelaan, menghukum atau mengambil langkah-langkah untuk menghukum orang itu mengikut cara yang
sama seolah-olah ia telah bersalah melakukan penghinaan terhadap mahkamah yang kepadanya
kesalahan itu telah diperakukan.

61
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

118. Pengakuan.

(1) Jika:-

(a) seseorang yang dikehendaki menurut Akta ini mengangkat sumpah bagi maksud
pembicaraan di hadapan sesuatu mahkamah tentera membantah terhadap mengangkat
sumpab itu dan menyatakan sebagai alasan terhadap bantahannya itu babawa ia tiada
mempunyai sesuatu kepercayaan ugama atau bahawa mengangkat sumpah itu adalah ber-
lawanan dengan kepercayaan ugamanya; atau

(b) tidak boleh dengan menasabahnya ditadbirkan sesuatu sumpah kepada seseorang itu
sebagaimana yang tersebut di atas mengikut cara yang sesuai dengan kepercayaan
ugamanya, ia boleh dibenarkan membuat suatu pengakuan dengan sesungguhnya mengikut
bentuk yang ditetapkan sebagai ganti mengangkat sumpah.

(2) Seseorang yang boleh dibenarkan di bawah seksyen ini membuat sesuatu pengakuan dengan
sesungguhnya boleh juga dikehendaki berbuat demikian, dan bagi maksud seksyen ini “boleh dengan
menasabahnya” ertinya boleh dengan menasabahnya tanpa kesusahan atau kelengahan.

Acara

119. Kaedah-Kaedah Acara.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah
(kemudian daripada ini disebut sebagai Kaedah-kaedah Acara) berkenaan dengan menyiasat dan
membicarakan, dan mengenakan hukuman bagi, kesalahan yang diambil ketahui oleh mahkamah-
mahkamah tentera, pegawai-pegawai memerintah dan pihak-pihak berkuasa atasan yang berkenaan,
dan berkenaan dengan mengesahkan dan menyemak keputusan dan hukuman mahkamah-mahkamah
tentera.

(2) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil yang tersebut di atas, Kaedah-kaedah Acara
boleh membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang
berikut, iaitu-

(a) acara yang hendak dipatuhi manakala membawa pertuduhan-pertuduhan di hadapan pegawai-
pegawai memerentah dan pihak-pihak berkuasa atasan yang berkenaan,

(b) cara bagaimana pertuduhan-pertuduhan yang dibawa demikian itu hendak disiasat, dan
mengambil keterangan (sama ada secara lisan atau dengan bertulis, sama ada dengan
mengangkat sumpah atau tidak, dan sama ada dengan penuh atau tidak atau secara ringkas) bagi
maksud menyiasat atau membicarakan terus pertuduhan-pertuduhan itu atau dengan sacara lain
bagi maksud penyiasatan awal terhadap pembicaraan itu oleh mahkamah tentera, walau
bagaimanapun Kaedah-kaedah Acara hendaklah mengadakan peruntukan-peruntukan bagi
memakai seksyen 109 dalam mana-mana hal jika yang dituduh menghendaki keterangan diambil
dengan mengangkat sumpah;

(c) menambah, atau mengganti, sesuatu pertuduhan yang telah disiasat dengan suatu pertuduhan
baharu bagi suatu kesalahan yang dinyatakan dalam keterangan yang diambil pada masa penyia-
satan itu, dan mensifatkan penyiasatan itu sebagai penyiasatan bagi pertuduhan baharu itu;

(d) menyidang dan menubuhkan mahkamah-mahkamah tentera,

(e) mengadakan pembicaraan, menangguh dan membubar mahkamah-mahkamah tentera;

(f) acara yang hendak dipatuhi dalam pembicaraan-pembicaraan oleh mahkamah-mahkamah tentera;

(g) pembelaan orang yang dituduh dalam pembicaraan-pembicaraan itu;

(h) mendapatkan kehadiran saksi-saksi di hadapan mahkamah-mahkamah tentera dan pada masa
mengambil keterangan menurut Kaedah-kaedah Acara yang dibuat di bawah perenggan (b),

62
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(i) memakai semua atau mana-mana peruntukan keempa-empat seksyen yang tersebut di atas itu
berhubung dengan pembicaraan-pembicaraan di hadapan pegawai-pegawai memerintah dan
pihak berkuasa atasan yang berkenaan dan selainnya berhubung dengan langkah-langkah
pembicaraan-pembicaraan sebelum pembicaraan oleh mahkamah tentera;

(j) memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah tentera atau pegawai sidang bagi meminda sesuatu
pertuduhan yang sedang dibicarakan oleh mahkamah tentera dalam hal dan setakat mana yang
ditetapkan;

(k) jika butir yang dibuktikan atau diterima dalam pembicaraan itu berbeza dengan butir-butir yang
dituduh dalam pertuduhan itu tetapi cukup untuk menyokong sesuatu keputusan bersalah kerana
sesuatu kesalahan yang serupa dengan kesalahan yang dipertudoh itu, memberi kuasa kepada
sesuatu mahkamah tentera membuat sesuatu keputusan bersalah tertakluk kepada pengecualian-
pengecualian atau perubahan-perubahan yang dinyatakan dalam keputusan itu jika mahkamah
tentera itu berpendapat bahawa perbezaan itu tidak matan hingga memudaratkan yang dituduh itu
dalam pembelaannya,

(l) bentuk perintah atau lain-lain suratan yang hendak dibuat bagi maksud mana-mana peruntukan
Akta ini atau Kaedah-kaedah Acara berhubung dengan menyiasat atau membicarakan, atau
mengenakan hukuman bagi, kesalahan-kesalahan yang diambil ketahui oleh mahkamah-
mahkamah tentera, pegawai memerintah atau pihak-pihak berkuasa atasan yang berkenaan, atau
berkenaan dengan mengesah dan menyemak keputusan dan hukuman mahkamah-mahkamah
tentera; dan

(m) Apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan supaya ditetapkan oleh Bahagian ini.

(3) Kaedah-kaedah Acara yang dibuat menurut perenggan (1) seksyen kecil yang akhir tersebut di atas
hendaklah mempastikan supaya kuasa meminda pertuduhan tidak boleh dijalankan dalam keadaan-
keadaan yang pada sebahagian besarnya berlainan daripada keadaan-keadaan dalam mana
pertuduhan-pertuduhan itu boleh dipinda oleh mahkamah awam dalam Persekutuan, atau pun setakat
mana yang dibenarkan oleh keadaan-keadaannya tertakluk kepada syarat-syarat yang serupa dengan
syarat-syarat yang mengikutnya pertuduhan-pertuduhan boleh dipinda sedemikian, dan tidak boleh
dijalankan oleh sesuatu mahkamah tentera (kecuali bagi maksud membetulkan sesuatu kesilapan pada
nama atau perihal orang yang dituduh itu atau sesuatu kesilapan tulisan atau ketinggalan) melainkan
jika seorang hakim peguam hadir dalam pembicaraan itu.

(4) Kaedah-kaedah Acara tidak boleh membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan menjalankan
hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah-mahkamah tentera atau lain-lain hukuman yang
dikenakan di bawah Bahagian ini.

(5) Sesuatu Kaedah Acara yang berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini setakat mana ia
berlawanan itu, adalah tidak sah.

120. Kaeda-Kaedah Mengenai Pelaksanaan Tugas-Tugas Hakim Peguam.

(1) Kaedah-kaedah Acara boleh membuat peruntukan-peruntukan mengenai pelaksanaan tugas-tugas oleh
hakim peguam dalam pembicaraan mahkamah tentera.

(2) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil yang tersebut di atas, Kaedah-kaedah Acara
boleh membuat peruntukan-peruntukan:-

(a) mengenai natijah bagi nasihat atau atau fatwa yang diberi kepada mahkamah tentera oleh hakim
peguam mengenai soal undang-undang; dan

(b) bagi menghendaki atau membenarkan yang dipertua sesuatu mahkamah tentera, dalam hal yang
dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Acara itu, untuk mengarahkan supaya soal undang-undang
hendaklah diputuskan oleh seseorang hakim peguam dalam masa ketiadaan yang dipertua atau
lain-lain anggota mahkamah tentera dan mana-mana pegawai yang telah diperintahkan, dan bagi
memakai terhadap hakim peguam itu dan langkah-langkah pembicaraan yang diambilnya
mengenai mana-mana keputusan itu, peruntukan-peruntukan Akta ini berhubung dengan sesuatu
mahkamah tentera atau anggota-anggotanya dan pembicaraan mahkamah tentera itu
sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Acara.

63
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Dalam seksyen yang akhir tersebut di atas sebutan-sebutan mengenai soal undang-undang adalah
termasok sebutan-sebutan terhadap soal-soal mengenai cantuman pertuduhan-pertuduhan dan
pembicaraan bersesama atau berasingan.

121. Memberi Pertimbangan Terhadap Kesalahan-Kesalahan.

(1) Kaedah-kaedah Acara boleh dibuat bagi menentukan hal-hal yang mengikutnya, dan setakat mana,
mahkamah-mahkamah tentera boleh, dalam menjatuhkan hukuman terhadap yang dituduh kerana
sesuatu kesalahan yang ia telah disabitkan atas permintaan yang dituduh itu, memberi pertimbangan
atas kesalahan-kesalahan lain terhadap Akta ini yang telah dilakukan olehnya.

(2) Jika Kaedah-kaedah Acara membuat peruntukan-peruntukan sebagaimana yang tersebut di atas,
Kaedah-kaedah itu boleh juga membuat peruntukan bagi memberi kepada sesuatu mahkamah tentera,
dengan memberi pertimbangan atas satu atau beberapa kesalahan, kuasa untuk mengarahkan dibuat
potongan-potongan daripada gaji pesalah itu sebagaimana yang sesuatu mahkamah tentera berkuasa
mengarahkannya jika pesalah itu telah didapati bersalah atas kesalahan atau kesalahan-kesalahan
yang telah diberi pertimbangan itu serta kesalahan yang kerananya ia sebenarnya telah didapati
bersalah.
Mengesah, Menyemak dan Mengulangkaji Perbicaraan-Perbicaraan Mahkamah Tentera

122. Mengesahkan Pembicaraan-Pembicaraan Mahkamah Tentera.

(1) Jika sesuatu mahkamah tentera mendapati seseorang yang dituduh itu bersalah atas apa-apa
pertuduhan, rekod pembicaraan mahkamah tentera itu hendaklah dihantar kepada seorang pegawai
pengesah untuk mengesahkan keputusan dan hukuman mahkamah tentera atas pertuduhan itu.

(2) Sesuatu keputusan bersalah atau hukuman mahkamah tentera tidak boleh dikira sebagai suatu
keputusan atau hukuman mahkamah tentera tersebut sehingga telah disahkan:

Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini tidak akan menyentuh tindakan menahan orang yang dituduh
itu dalam jagaan sementara menantikan pengesahan dibuat atau berkuat kuasanya kedua-dua seksyen
yang berikut ini atau peruntukan-peruntukan Bahagian ini mengenai pengesahan atau kelulusan.

123. Rayuan Rerhadap Keputusan Atau Hukuman.

Pada bila-bila masa selepas mahkamah tentera menjatuhkan hukuman ke atas yang dituduh itu
atau mendapati yang dituduh itu tidak berupaya untuk dibicarakan atau tidak bersalah disebabkan tidak
2
sempuma akalnya, akan tetapi tidak lewat daripada masa yang ditetapkan selepas selesai pengesahan,
yang dituduh itu boleh mengemukakan mengikut cara yang ditetapkan suatu rayuan terhadap keputusan
atau hukuman itu atau kedua-duanya.

124. Menyemak Keputusan-Keputusan Mahkamah Tentera.

(1) Seseorang pegawai pengesah boleh mengarahkan supaya sesuatu mahkamah tentera hendaklah
menyemak apa-apa keputusan yang telah dicapai oleh mahkamah itu dalam mana-mana kes jika ia
berpendapat bahawa-

(a) keputusan itu adalah berlawanan dengan keterangan; atau

(b) ada soal undang-undang yang diputuskan dalam pembicaraan itu dan yang berkaitan dengan
keputusan itu telah salah diputuskan.

(2) Apa-apa arahan itu hendaklah disertai dengan arahan yang perlu bagi mengadakan persidangan
semula mahkamah tentera itu, dan hendaklah mengandungi suatu kenyataan mengenai sebab-sebab
bagi arahan itu.

(3) Apabila sesuatu keputusan itu disemak mahkamah hendaklah menimbangkan semula keputusan itu,
dan (kecuali jika mahkamah bersetuju dengan keputusan itu) boleh menggantikannya dengan suatu
keputusan tidak bersalah atau apa-apa keputusan lain yang mungkin telah dibuat oleh mahkamah
tentera itu pada mula-mulanya dalam pembicaraan itu sebagai ganti keputusan untuk disemak itu.

64
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(4) Apabila sesuatu keputusan itu disemak mahkamah tentera tidak berkuasa menerima apa-apa
keterangan selanjutnya.

(5) Jika apabila sesuatu keputusan itu disemak mahkamah tentera bersetuju dengan keputusan yang mula-
mula itu atau menggantikannya dengan suatu keputusan bersalah atas suatu kesalahan yang lain, atau
atas kesalahan itu juga tetapi dalam keadaan-keadaan yang berlainan, mahkamah tentera boleh
menggantikan hukuman mula-mula itu dengan suatu hukuman yang lain;

Dengan syarat bahawa mahkamah tentera tidak berkuasa untuk menggantikan sesuatu hukuman yang
lebih berat daripada hukuman itu atau yang paling berat diantara hukuman-hukuman yang mula-mula
dikenakan itu, atau menggantikan sesuatu hukuman yang pada pendapat mahkamah tentera itu adalah
lebih berat daripada hukuman yang mula-mula itu.

(6) Pegawai pengesah tidak berkuasa mengarahkan disemak mana-mana keputusan ganti yang telah dibuat
oleh mahkamah tentera atas arahan yang dahulu oleh pegawai pengesah, atau disemak keputusan
mula-mula itu jika telah disetujui oleh mahkamah tentera itu atas sesuatu arahan yang dahulu; tetapi
kecuali sebagaimana yang tersebut di atas Akta ini hendaklah dipakai bagi pembicaraan-pembicaraan
mahkamah tentera setelah apa-apa penyemakan itu dilakukan sebagaimana ia dipakai terhadap
pertimbangan mahkamah itu ke atas keputusan atau hukuman mula-mulanya, dan apa-apa keputusan
atau hukuman ganti hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai keputusan atau hukuman mula-mula
mahkamah tentera itu:

Dengan syarat bahawa keputusan mahkamah tentera mengenai penyemakan itu tidak dikehendaki
supaya disebutkan dalam mahkamah terbuka.

125. Kuasa Pegawai Pengesah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen yang tersebut di atas dan peruntukan-peruntukan
seksyen ini yang berikut, seseorang pegawai pengesah hendaklah menguruskan keputusan atau
hukuman sesuatu mahkamah tentera sama ada dengan:-

(a) tidak mengesahkan, jika ia berpendapat bahawa keputusan mahkamah tentera itu mengikut segala
keadaan adalah tidak selamat atau tidak memuaskan atau melibatkan suatu keputusan yang salah
mengenai soal undang-undang atau bahawa telah terdapat sesuatu salah peraturan yang matan
dalam masa pembicaraan itu; atau

(b) mengesahkan keputusan atau hukuman itu; atau

(c) merujukkan keputusan atau hukuman itu, atau kedua-duanya, untuk disahkan kepada seorang
pegawai pengesah yang lebih tinggi:

Dengan syarat bahawa pegawai pengesah boleh, walaupun ia berpendapat bahawa jika tidak kerana
syarat ini ia boleh enggan mengesahkan keputusan itu, mengesahkannya jika ia berpendapat bahawa tiada
sesuatu yang tidak adil telah berlaku.

(2) Sebagai ganti tidak mengesahkan sesuatu keputusan mahkamah tentera, seseorang pegawai pengesah
boleh, jika:-

(a) sesuatu keputusan bersalah yang lain boleh dibuat dengan sah oleh mahkamah tentera atas
pertuduhan dihadapannya, dan

(b) ia berpendapat bahawa mahkamah tentera itu pasti telah berpuas hati dengan nyataan yang perlu
bagi mematutkan keputusan yang lain itu dibuat,

menggantikannya dengan keputusan yang lain itu, dan jika ia berbuat demikian ia hendaklah
menimbangkan bagaimana, jika boleh, kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (4) itu hendak
dijalankan, atau seseorang pegawai pengesah boleh, jika ia berpendapat bahawa kes itu bukan suatu kes
di mana keputusannya ialah keputusan tidak bersalah tetapi suatu keputusan bahawa yang dituduh itu tidak
layak untuk dibicarakan, menggantikan keputusan itu dengan suatu keputusan bahawa yang dituduh itu
tidak layak untuk dibicarakan.

65
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Jika seseorang pegawai pengesah berpendapat bahawa hukuman sesuatu mahkamah tentera tidak
sah, sebagai ganti tidak mengesahkan hukuman itu ia boleh menggantikannya dengan suatu hukuman
atau hukuman-hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah tentera itu, iaitu bukan hukuman yang
lebih berat daripada hukuman atau yang paling berat daripada hukuman-hukuman yang dikenakan oleh
mahkamah tentera itu, dan yang pada pendapatnya tidak lebih berat daripada hukuman atau hukuman-
hukuman itu.

(4) Pada mengesahkan hukuman sesuatu mahkamah tentera, pegawai pengesah itu boleh:-

(a) meremit kesemua atau sebahagian daripada apa-apa hukuman yang dikenakan oleh mahkamah
tentera itu; atau

(b) mengubah mana-mana hukuman itu kepada satu atau beberapa hukuman yang diperuntukkan
oleh Akta ini, iaitu yang lebih ringan daripada hukuman yang diubahkan itu.

(5) Pada mengesahkan sesuatu hukuman, pegawai pengesah boleh menanggohkan hukuman itu
daripada dijalankan bagi selama sesuatu tempoh yang difikirkan perlu, dan seseorang pegawai
pengesah boleh melanjut atau menamatkan apa-apa penangguhan yang diperintahkan di bawah
seksyen kecil seseorang ini.

(6) Sesuatu keputusan atau hukuman yang diganti oleh pegawai pengesah, atau sesuatu hukuman yang
berkuat kuasa selepas pegawai pengesah meremit atau mengubahkan hukuman yang dikenakan itu,
hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu keputusan atau hukuman mahkamah tentera yang
telah disahkan dengan sepatutnya.

(7) Pengesahan sesuatu keputusan atau hukuman tidak boleh disifatkan sebagai telah selesai sehingga
keputusan atau hukuman itu telah diisytiharkankan sekiranya diganti, diremit atau diubahkan
sebagaimana yang tersebut di atas keputusan atau hukuman itu hendaklah diisytiharkan seolah-olah
keputusan atau hukuman itu berkuat kuasa selepas diganti, diremit atau diubahkan.

(8) Jika pegawai pengesah itu membuat keputusan tidak mahu mengesahkan, maka keputusan itu
hendaklah diisytiharkan dan hendaklah berkuat kuasa dan tarikh perisytiharan itu.

126. Pegawai-Pegawai Pengesah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, yang berikut adalah berkuasa mengesahkan
keputusan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera, iaitu:-

(a) pegawai yang menyidangkan mahkamah tentera itu atau mana-mana pegawai yang berperintahan
atasan daripada pegawai itu,

(b) pengganti mana-mana pegawai atau pegawai atasan itu, atau sesiapa jua yang pada masa itu
menjalankan tugas mana-mana pegawai atau pegawai atasan itu,

(c) jika tiada mana-mana pegawai yang tersebut di atas itu, mana-mana pegawai yang dilantik oleh
Majlis Angkatan Tentera untuk bertindak sebagai pegawai pengesah, sama ada bagi kes itu
khususnya atau bagi sesuatu kelas kes yang dinyatakan.

(2) Yang berikut tidak berkuasa mengesahkan keputusan atau hukuman sesuatu mahkamah tentera, iaitu:-

(a) mana-mana pegawai yang telah menjadi anggota mahkamah tentera; , atau

(b) sesiapa jua, sebagai pegawai memerintah bagi yang dituduh, yang telah menyiasat tuduhan-
tuduhan terhadapnya, atau yang pada masa itu menjadi pegawai memerintah bagi yang dituduh
itu; atau

(c) sesiapa jua, sebagai pegawai atasan yang berkenaan, yang telah menyiasat tuduhan-tuduhan
terhadap yang dituduh itu.

(3) Sesuatu Waran atau perwakilan yang memberi kuasa untuk menyidangkan mahkamah-mahkamah
tentera boleh menangguh untuk disahkan oleh pihak berkuasa atasan keputusan-keputusan atau
hukuman-hukuman atau kedua-duanya dalam keadaan sebagaimana yang dinyatakan oleh atau di

66
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

bawah Waran atau perwakilan itu dan kuasa-kuasa yang di beri oleh seksyen kecil (1) hendaklah
dijalankan tertakluk kepada mana-mana penangguhan itu.

127. Kelulusan Serta Pengesahan Dikehendaki Bagi Hukuman-Hukuman Bunoh Yang Tertentu.

(1) Sesuatu hukuman bunoh yang telah disahkan tidak boleh dijalankan kecuali telah diluluskan oleh Yang
Dipertuan Agong.

(2) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang tersebut di atas, hukuman bunoh yang
dijatuhkan ke atas seseorang dalam perkhidmatan giat boleh dijalankan tanpa kelulusan sebagaimana
yang tersebut di atas jika, pegawai pengesah itu berpendapat bahawa adalah mustahak, demi
kepentingan tatatertib dan bagi maksud menjamin keselamatan angkatan di mana orang yang dituduh
itu berkhidmat, hukuman itu dijalankan dengan segera, dan pegawai pengesah itu menyatakan
pendapatnya itu dalam minit yang mengesahkan hukuman itu.

128. Mengulang Kaji Keputusan Dan Hukuman Mahkamah-Mahkamah Tentera.

(1) Sesuatu keputusan atau hukuman yang telah disahkan boleh pada bila-bila masa diulang kaji oleh
sesuatu pihak berkuasa ulang kaji, dan jika setelah sesuatu keputusan atau hukuman itu disahkan
suatu rayuan dibuat dengan sepatutnya di bawah seksyen 123 maka hukuman atau keputusan itu
hendaklah diulang kaji dengan seberapa segera yang boleh setelah rayuan itu dibuat dan setelah
ditimbangkan perkara-perkara yang diadukan di dalamnya.

(2) Pihak berkuasa ulang kaji itu bagi maksud Akta ini ialah:-

(a) Yang Dipertuan Agong;

(b) Majlis Angkatan Tentera atau (hingga setakat mana perwakilan itu dipakai) mana-mana pegawai
yang kuasa-kuasa Majlis Angkatan Tentera sebagai pihak berkuasa ulang kaji, atau mana-mana
kuasa itu, boleh diwakilkan kepadanya oleh peratoran yang dibuat di bawah Bahagian ini;

(c) mana-mana pegawai yang berperintahan atasan daripada pegawai pengesah itu.

(3) Walau apa pun yang terkandong dalam seksyen kecil (1), sesuatu hukuman bunoh yang dijatuhkan ke -
atas seseorang dalam perkhidmatan giat dan keputusan bersalah yang berikutan dengannya hukuman
itu dijatuhkan tidak dikehendaki supaya diulang kaji jika pegawai pengesah itu berpendapat bahawa
adalah mustahak, demi kepentingan tata-tertib dan bagi maksud menjamin keselamatan angkatan di
mana orang yang dijatuhkan hukum itu berkhidmat, hukuman itu dijalankan dengan segera, dan
pegawai pengesah itu menyatakan pendapatnya itu dalam minit yang mengesahkan hukuman itu.

(4) Apabila ulang kajian dilakukan di bawah seksyen ini pihak berkuasa ulang kaji boleh:-

(a) setakat mana ulang kajian itu mengenai sesuatu keputusan, membatalkan keputusan itu, dan, jika
hukuman itu berhubung hanya dengan keputusan yang dibatalkan itu, hukuman itu;

(b) setakat mana ulang kajian itu mengenai hukuman, membatalkan hukuman itu;

(c) dalam apa-apa hal, menjalankan kuasa-kuasa yang sama mengenai menggantikan keputusan,
menggantikan hukuman yang tidak sah itu dengan yang sah dan meremit atau mengubahkan
hukuman-hukuman sebagaimana yang diberi kepada seseorang pegawai pengesah oleh seksyen
kecil (2) hingga (4) seksyen 125 termasuk kedua-dua seksyen kecil itu;

dan apa-apa keputusan atau hukuman yang diganti, atau hukuman yang berkuat kuasa setelah hukuman itu
diremit atau diubahkan, hendaklah dikira bagi segala maksud sebagai suatu keputusan atau hukuman
mahkamah tentera yang telah disahkan dengan sepatutnya.

(5) Jika sesuatu pihak berkuasa ulang kaji menjalankan mana-mana kuasa yang diberi oleh seksyen kecil
yang tersebut di atas, keputusan pihak berkuasa ulang kaji itu hendaklah diisytiharkan dan hendaklah
berkuat kuasa dan tarikh perisytiharan itu dibuat.

67
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

129. Menimbangkan Semula Hukuman Semula Hukuman-Hukuman Penjara Dan Tahanan.

(1) Hukuman penjara dan tahanan boleh ditimbangkan semula oleh pegawai-pegawai (yang berpangkat
tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya) sebagaimana yang dinyatakan oleh
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini; dan jika setelah ditimbangkan semula adalah
didapati bahawa kelakuan pesalah itu semenjak ia disabitkan mematutkan hukuman itu diremitkan,
sama ada kesemua atau sebahagiannya, hukuman itu boleh diremitkan sewajarnya.
Pin. A974/96

(2) Kuasa menimbangkan semula sesuatu hukuman boleh dijalankan pada bila-bila masa selepas hukuman
itu disahkan, dan jika, setelah diulang kaji, sesuatu hukuman itu masih berkuat kuasa maka ia
hendaklah ditimbangkan semula pada lat-lat tempoh enam bulan:

Dengan syarat bahawa kelengahan dalam mematuhi seksyen kecil ini tidak akan membatalkan
hukuman itu.

Mengulang kaji Keputusan Terus dan Award

130. Mengulang Kaji Keputusan Terus Dan Award.

(1) Jika sesuatu pertuduhan telah dibicarakan terus, selain daripada pertuduhan itu ditolak, pihak berkuasa
yang tersebut kemudian daripada ini boleh pada bila-bila masa mengulang kaji keputusan atau award
itu.

(2) Pihak berkuasa tersebut ialah:-

(a) Majlis Angkatan Tentera; atau

(b) mana-mana pegawai yang berperintahan atasan daripada pegawai yang telah membicharakan
pertuduhan itu secara terus.

(3) Jika, apabila sesuatu ulang kajian dilakukan dibawah seksyen ini, pihak berkuasa tersebut berpendapat
bahawa adaIah mustahak berbuat demikian disebabkan sesuatu kesilapan undang-undang dalam
pembicaraan terus pertuduhan itu atau atas apa-apa yang berlaku dalam pembicaraan yang pada
pendapat pihak berkuasa tersebut telah melibatkan ketidakadilan besar terhadap yang dituduh itu,
maka pihak berkuasa tersebut boleh membatalkan keputusan itu.

(4) Jika keputusan dalam mana-mana pembicaraan dibatalkan di bawah seksyen kecil yang tersebut di atas
dan award yang dibuat dalam pembicaraan itu berhubung hanya dengan keputusan yang dibatalkan itu
pihak berkuasa hendaklah juga membatalkan award itu; dan jika award itu juga berhubung dengan
mana-mana keputusan lain dan pihak berkuasa tersebut berpendapat bahawa award berkenaan
dengan keputusan yang lain itu tidak dibenarkdn oleh Akta ini, pihak berkuasa tersebut boleh
mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-hukuman itu sebagaimana yang
difikirkan patut oleh pihak berkuasa tersebut, iaitu hukuman atau hukuman-hukuman yang boleh
dimasukkan dalam award mula-mula berhubung dengan keputusan yang lain itu, dan bukan yang pada
pendapat pihak berkuasa tersebut lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang
termasuk dalam award mula-mula itu.

(5) Jika, apabila sesuatu ulang kajian dilakukan di bawah seksyen ini, pihak berkuasa tersebut
berpendapat bahawa sesuatu hukuman yang dikenakan itu tidak sah, atau terlalu berat, atau (jika
award itu mengandungi dua atau beberapa hukuman) bahawa hukuman-hukuman itu atau sesetengah
daripadanya tidak boleh dikenakan bersama dengan sahnya, atau terlalu berat jika dikira bersama,
pihak berkuasa tersebut boleh mengubah award itu dengan menggantikan hukuman atau hukuman-
hukuman yang boleh dimasukkan dalam award mula-mula itu, dan bukan yang pada pendapat pihak
berkuasa tersebut lebih berat daripada hukuman atau hukuman-hukuman yang termasuk dalam award
mula-mula itu.

68
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Keputusan Mengenai Gila

131. Peruntukan Jika Yang Dituduh Didapati Gila.

(1) Jika, apabila seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, mahkamah tentera itu berpendapat
bahawa yang dituduh itu disebabkan gila tidak layak dibicarakan, maka mahkamah tentera itu boleh
membuat keputusan sedemikian; dan jika keputusan itu disahkan mengikut peruntukan-peruntukan
yang berikut dalam seksyen ini, yang dituduh hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara sebagai-
mana yang diperuntukkan oleh atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini
sehingga diketahui arahan-arahan Yang Dipertuan Agong atau sehingga sesuatu masa yang lebih awal
apabila yang dituduh itu layak dibicarakan.

(2) Jika, apabila seseorang dibicarakan oleh mahkamah tentera, mahkamah itu berpendapat bahawa ke-
terangan yang ada, selain daripada apa-apa soal mengenai gila, menyokong keputusan bahawa yang
dituduh itu bersalah melakukan apa-apa kesalahan, akan tetapi pada masa perbuatan atau ketinggalan
yang menjadi kesalahan itu yang dituduh adalah gila, mahkamah tentera hendaklah mendapati yang
dituduh itu tidak bersalah atas kesalahan itu disebabkan gila dan kemudiannya yang dituduh itu
hendaklah ditahan dalam jagaan mengikut cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah
peraturan-peraturan Majlis Angkatan Tentera sehingga diketahui arahan-arahan Yang diPertuan
Agong.

(3) Jika dibuat apa-apa keputusan sebagaimana yang tersebut di atas, Yang Dipertuan Agong boleh
memberi perintah supaya yang dituduh itu dijaga dengan selamat selama yang diperkenankan olehnya
dalam tempat dan mengikut cara yang difikirkannya patut.

(4) Sesuatu keputusan di bawah seksyen kecil(1) tidak boleh berkuatkuasa melainkan dan sehingga
keputusan itu telah disahkan oleh seorang pegawai yang ada kuasa mengesahkan sesuatu keputusan
bersalah yang dibuat oleh mahkamah tentera yang berkenaan dan keputusan itu telah pun
diisytiharkan.

(5) Jika mahkamah tentera atau pegawai pengesah membuat atau menggantikan sesuatu keputusan tidak
bersalah disebabkan yang dituduh itu gila pegawai pengesah itu atau, mengikut mana yang berkenaan,
pihak berkuasa ulang kaji itu tidak berkuasa mengganti keputusan itu dengan keputusan bersalah;
tetapi kecuali sebagaimana yang tersebut di atas peruntukan-peruntukan Akta ini mengenai penye-
makan, pengesahan dan ulang kajian (dan khususnya peruntukan-peruntukan Akta ini yang memberi
kuasa untuk mengganti apa-apa keputusan dengan apa-apa keputusan lain yang mungkin dibuat oleh
mahkamah tentera yang berkenaan) hendaklah dipakai berhubung dengan keputusan-keputusan itu
sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen kecil(2) sebagaimana peruntukan-peruntukan itu
dipakai berhubung dengan keputusan-keputusan bersalah yang lain.

(6) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau melainkan jika kandungan ayat-
nya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai sesuatu sabitan atau keputusan
bersalah berkenaan dengan apa-apa kesalahan termasuklah sebutan mengenai sesuatu keputusan di
bawah seksyen kecil (2) berkenaan dengan kesalahan itu.

Kecualian Bagi TugasTugas Ketua Hakim Peguam

132. Kecualian Bagi Tugas-Tugas Ketua Hakim Peguam.

Tiada apa-apa jua dalam peruntukan-peruntukan di atas dalam Bahagian ini boleh memudaratkan
pelaksanaan tugas yang diberi (sama ada dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini
atau selainnya) kepada Ketua Hakim Peguam bagi menimbang dan melaporkan pembicaraan-pembicaraan
mahkamah tentera atau apa-apa tugas lain yang diberi sedemikian ke atasnya berhubung dengan
mahkamah-mahkamah itu.

69
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Permulaan, Penggantungan dan Tempoh Hukuman

133. Permulaan Hukuman.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, sesuatu hukuman penjara perkhidmatan hukuman
tahanan perkhidmatan atau hukuman medan perkhidmatan hendaklah mula berjalan dari hari hukuman
itu mula-mula dijatuhkan oleh mahkamah tentera yang membicarakan pesalah itu atau, mengikut mana
yang berkenaan, mula dikenakan oleh pegawai memerintahnya.

(2) Sesuatu hukuman penjara atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera ke atas seseorang
askar laskar yang digantong menurut peruntukan seksyen 135 sebelum ia dimasukkan ke dalam
penjara atau barek tahanan tidak boleh mula berjalan hingga permulaan hari penggantungan itu
diputuskan:

Dengan syarat bahawa jika hukuman itu digantung oleh pegawai pengesah dan pihak berkuasa
ulangkaji memutuskan penggantungan itu, maka pihak berkuasa ulangkaji itu boleh mengarahkan supaya
hukuman itu berjalan mulai dan tarikh yang lebih awal itu, yang bukan lebih awal daripada hari hukuman itu
mula-mula dijatuhkan oleh mahkamah tentera, sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak berkuasa ulangkaji
itu.

134. Tempoh Hukuman-Hukuman Penjara Dan Tahanan.

(1) Jika seseorang askar-laskar telah dijatuhkan hukuman penjara atau tahanan oleh mahkamah tentera,
dan hukuman itu digantung menurut seksyen yang berikut setelah ia dimasukkan ke dalam penjara
atau barek tahanan, tempoh hukuman itu hendaklah digantung mulai dari permulaan hari selepas hari
ia dilepaskan mengikut peruntukan-peruntukan seksyen yang berikut hingga permulaan han
penggantungan itu diputuskan.

(2) Jika sesiapa jua yang menjalani hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan
berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi undang-undang dalam tempoh hukuman itu, maka,
pada mengira tempoh ia boleh dikenakan penjara atau ditahan mengikut hukuman itu, tidaklah boleh
diambil kira masa yang telah luput dalam tempoh yang bermula pada hari ia berada dalam keadaan
bebas itu dan yang berakhir pada hari, sebagai seseorang yang telah berada dalam keadaan bebas
dengan menyalahi undang-undang, ia dimasukkan dalam jagaan perkhidmatan atau jagaan pihak
4
berkuasa awam atau (jika tidak dimasukkan ke dalam sesuatu jagaan itu) ia kembali ke tempat di
mana ja telah dipenjara atau ditahan itu sebelum ia berada dalam keadaan bebas dengan menyalahi
undang-undang:

Dengan syarat bahawa, jika ia memuaskan hati pihak berkuasa itu sebagaimana yang dinyatakan bagi
maksud itu oleh dan di bawah Kaedah-Kaedah Penjaraan dan Tahanan bahawa pada bila-bila masa dalam
tempoh yang akhir tersebut itu ia :-

(a) berada dalam jagaan pihak berkuasa awam; atau

(b) jika dan setakat mana yang diperuntukkan sedemikian oleh Kaedah-Kaedah Penjaraan dan
Tahanan, berada dalam jagaan mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan bagi mana-mana
negeri di luar Persekutuan yang berkenaan dengannya perkiraan-perkiraan telah dibuat di
bawah seksyen 139,

maka masa yang akhir tersebut itu hendaklah diambil kira apabila mengira tempoh ia boleh dikenakan
penjara atau ditahan mengikut hukuman perkhidmatan itu.

(3) Dalam seksyen keci1 yang tersebut di atas perbahasaan “pihak berkuasa awam” ertinya pihak
berkuasa awam (sama ada pihak berkuasa awam Persekutuan atau bagi mana-mana negeri di luar
Persekutuan) yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menahan orang, dan termasuklah seorang
pegawai polis.

(4) Dengan tidak menyentuh seksyen kecil (2) jika sesiapa jua yang menjalani hukuman penjara
perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan mengikut Kaedah-kaedah Penjaraan dan
2
Tahanan, dilepaskan buat sementara atas alasan ihsan, maka, pada mengira tempoh ia boleh
dikenakan penjara atau ditahan mengikut hukuman itu, tidaklah boleh diambil kira masa yang telah

70
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

luput dalam tempoh yang bermula pada hari selepas hari ia dilepaskan dan yang berakhir pada hari ia
dikehendaki balik ke dalam jagaan.
(5) Seseorang yang dilepaskan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang tersebut dalam seksyen kecil di
atas atau yang dibenarkan secara lain, menurut Kaedah-Kaedah Penjaraan dan Tahanan, keluar dan
mana-mana barek tahanan atau secara lain keluar dan jagaan perkhidmatan bagi apa-apa tempoh atau
tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ia tidak balik apabila habis tempoh itu atau tidak mematuhi syarat-
syarat itu, adalah disifatkan bagi maksud seksyen kecil (2) sebagai berada dalam keadaan bebas
dengan menyalahi undang-undang.

(6) Seseorang yang menjalani hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan
dalam jagaan awam, setelah dilepaskan buat sementara di bawah undang-undang awam, berada
dalam keadaan bebas pada bila-bila masa dalam tempoh ia boleh dikenakan penjara atau ditahan
dalam jagaan awam mengikut hukumannya, hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keadaan
bebas dengan menyalahi undang-undang jika tempoh ia dilepaskan buat sementara itu telah tamat
atau jika suatu perintah memanggilnya semula telah dibuat mengikut undang-undang awam.

(7) Sebutan-sebutan dalam seksyen kecil yang tersebut di atas mengenai dilepaskan atau dipanggil semula
di bawah undang-undang awam adalah sebutan mengenai dilepaskan atau dipanggil semula mengikut
undang-undang bagi negeri di mana ia menjalani hukumannya.

135. Penggantungan Hukuman-Hukuman.

(1) Peruntukan-peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan
sesuatu hukuman penjara atau tahanan yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera ke atas seseorang
askar-laskar.

(2) Dengan tidak menyentuh seksyen kecil (5) seksyen 125, pada masa mengesahkan sesuatu hukuman itu
pegawai pengesah boleh mengarahkan supaya hukuman itti digantong.

(3) Apa-apa hukuman yang tidak digantong pada masa itu, apabila hukuman itu diulang kaji atau ditimbang
semula, boleh digantong dengan arahan pihak berkuasa yang mengulang kaji atau menimbang semula
hukuman itu.

(4) Penggantongan sesuatu hukuman itu (dengan tidak menyentuh penggantungan semulanya) boleh
diputuskan apabila hukuman itu diulang kaji atau ditimbang semula dengan arahan pihak berkuasa
tersebut yang telah memasukkan orang yang dijatuhkan hukuman itu ke dalam penjara atau tahanan,
mengikut mana yang berkenaan.

(5) Jika, semasa sesuatu hukuman itu digantung, orang itu dijatuhkan hukuman penjara atau tahanan oleh
mahkamah tentera kerana sesuatu kesalahan baharu, maka (kecuali jika baki hukuman yang terdahulu
itu diremitkan menurut seksyen kecil (9) seksyen 90)-

(a) mahkamah tentera boleh menamatkan penggantungan hukuman yang terdahulu itu dengan suatu
perintah memasukkan orang yang dijatuhkan hukuman itu ke dalam penjara atau tahanan,
mengikut mana yang berkenaan, dan jika demikian, mahkamah hendaklah mengarahkan supaya
kedua-dua hukuman itu berjalan satu lepas satu atau sekali;

(b) jika mahkamah tentera tidak menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan yang tersebut di
atas, pegawai pengesah boleh menjalankan kuasa-kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu
disahkan;

(c) jika mahkamah tentera atan pegawai pengesah tidak menjalankan kuasa-kuasa tersebut, pihak
berkuasa ulangkaji boleh menjalankan kuasa-kuasa itu apabila hukuman yang kemudian itu
diulangkaji;

(d) jika kuasa-kuasa tersebut dijalankan (sama ada oleh mahkamah tentera, pegawai pengesah atau
pihak berkuasa ulang kaji), apa-apa kuasa bagi menggantung atau meremitkan yang boleh
dijalankan berhubung dengan hukuman yang kemudian itu hendaklah dijalankan juga berhubung
dengan hukuman yang terdahulu itu:

Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini adalah berkuatkuasa tertakluk kepada peruntukan-
peruntukan seksyen kecil (9) seksyen 90.

71
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(6) Dengan tidak menyentuh penggantongan selanjutnya hukuman yang terdahulu itu, sesuatu perintah di
bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas yang mengarahkan supaya penggantongan hukuman
itu ditamatkan tidak akan tersentuh oleh kerana hukuman yang kemudian itu tidak disahkan atau oleh
kerana ia dibatalkan.

(7) Jika hukuman terhadap seseorang yang berada dalam jagaan digantung, ia hendaklah dengan itu
dilepaskan. (8) Lat tempoh maksima bagi menimbangkan semula, di bawah seksyen kecil (2) seksyen
129, sesuatu hukuman penjara atan tahanan yang telah digantong, ialah tiga bulan, dan bukan
sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen kecil tersebut.

Melaksanakan Hukuman-Hukuman Bunuh, Hukuman Penjara dan Tahanan

136. Melaksanakan Hukuman-Hukuman Bunuh.


1
(1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan melaksanakan hukuman-hukuman
bunuh di bawah Akta ini sama ada yang dijatuhkan dalam Persekutuan atau ditempat lain.
2
(2) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, peraturan-
peraturan di bawah seksyen ini boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada
perkara yang berikut, iaitu:-

(a) cara dan tempat bagi melaksanakan hukuman itu; dan

(b) menjaga, merawat dan memindahkan orang-orang yang dijatuhkan hukuman bunuh;

atau boleh memberi kuasa kepada orang-orang tertentu dinyatakan dalam atau yang ditetapkan oleh atau di
bawah peraturan-peraturan itu untuk memberi arahan berkenaan dengan semua atau mana-mana daripada
perkara-perkara itu.

(3) Masyal polis tentera atau lain-lain pegawai polis tentera yang berpangkat tidak rendah daripada mejar
atau yang setaraf dengannya sebagaimana yang dinyatakan dalam atau yang ditetapkan di bawah
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungjawab bagi
melaksanakan dengan sepatutnya mana-mana hukuman bunuh yang dijatuhkan di bawah Akta ini.
Pin. A974/96

137. Kaedah-Kaedah Penjaraan Dan Tahanan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (kemudian
disebut dan daripada ini “Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan”) berkenaan dengan semua atau
mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu-

(a) tempat-tempat di mana dan yayasan atau jenis jagaan (sama ada perkhidmatan atau tidak) di mana
orang-orang boleh dikehendaki menjalani kesemua atau mana-mana bahagian hukuman penjara
perkhidmatan dan hukuman tahanan perkhidmatan yang dijatuhkan ke atas mereka;

(b) memasukkan orang-orang yang di bawah hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan
perkhidmatan ke dalam yayasan atau jenis jagaan yang berkenaan, memindahkan mereka dan
satu negeri atau tempat kepada satu negeri atau tempat yang lain dan dan satu yayasan atau jenis
jagaan kepada satu yayasan atau jenis jagaan yang lain dan melepaskan ntereka apabila apa-apa
tempoh penjaraan atau tahanan tamat;

(c) mengadakan, mengelas, memperatur dan mengurus yayasan perkhidntatan;

(d) mengelas, merawat, mengambil bekerja, menjaga tatatertib dan mengawal orang-orang yang
menjalani hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmtan dalam yayasan
perkhidmatan atau secara lain dalam jagaan perkhidmatan;

(e) melepaskan buat sementara atas alasan- alasan ihsan orang-orang yang menjalani hukuman-
hukuman itu dalam yayasan atau jagaan yang tersebut di atas, hal-hal dalam mana, tempoh yang
baginya dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya mereka boleh dibenarkan keluar dan mana-

72
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

mana yayasan atau jagaan dan meremitkan sabahagian dan mana-mana hukuman itu kerana
kelakuan baik dan kerajinan;

(f) Perlantikan, kuasa dan tugas- tugas pemeriksa, pelawat dan pegawai yang menjaga orang-orang
yang menjalani hukuman penjara atau tahanan:

Dengan syarat bahawa kaedah-kaedah itu tidak boleh membenarkan dikenakan hukuman dera.

(2) Berkenaan dengan mana-mana kawasan di mana orang-orang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini berada dalam perkhidmatan giat, Menteri boleh mewakilkan kuasanya
untuk membuat Kaedah-Kaedah Penjaraan dan Tahanan kepada pegawai memerintah komand di
mana orang-orang itu berkhidmat, tertakluk kepada sekatan, had, pengecualian dan syarat-syarat
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

138. Peruntukan-Peruntukan Khas Mengenai Penjara Awam Dalam Persekutuan .

(1) Seseorang yang dijatuhkan bukuman bunoh atau penjara dan dimasukkan atau dipindahkan ke penjara
awam mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136 atau mengikut Kaedah-kaedah
Penjaraan dan Tahanan, samasa dalam penjara itu, hendaklah dikurung ataupun dikelolakan secara
lain sama seperti seseorang yang dikurung di dalamnya bagi suatu hukuman yang sama yang
dijatuhkan oleh mahkamah awam.

(2) Peruntukan-peruntukan Kanun Acara Jenayah dan Ordinan Penjara, 1952, dan mana-mana kaedah
yang dibuat di bawahnya hendaklah dipakai dalam penjara awam berhubung dengan pelaksanaan
sesuatu hukuman bunuh yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan, tetapi
dengan menggantikan sebutan-sebutan mengenai Penguasa Penjara atau Pegawai Penjaga, mengikut
mana yang berkenaan, dalam undang-undang bertulis itu dengan sebutan-sebutan mengenai Masyal
Polis Tentera atau lain-lain pegawai polis tentera yang bertanggungjawab bagi melaksanakan hukuman
itu dengan sepatutnya.
N.M.B. Bab6 81/52.

139. Peruntukan-Peruntukankhas Bagi Menjalankan Atau Menjalani Hukuman Di Luar Perseku-


tuan Selain Daripada Dalam Penjara Perkhidmatan Atau Barek Tahanan.

(1) Menteri boleh dan semasa ke semasa membuat perkiraan-perkiraan dengan pihak berkuasa mana-
mana negeri di luar Persekutuan, supaya hukuman-hukuman bunuh yang dijatuhkan oleh mahkamah
tentera boleh dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 136, dalam
yayasan di bawah kawalan pihak-pihak berkuasa itu dan hukuman penjara perkhidmatan atau
hukuman tahanan perkhidmatan di jalani kesemu atau sebahagiannya dalam yayasan itu mengikut
Kaedah-Kaedah Penjaraan dan Tahanan.

(2) Kuasa-kuasa yang diberi kepada Menteri oleh seksyen 136 dan 137 hendaklah meliputi pembuatan
peruntukan-peruntukan yang pada pendapat Menteri adalah perlu atau mustahak bagi melaksanakan
mana-mana perkiraan yang telah dibuat di bawah seksyhen kecil yang tersebut di atas.

(3) Kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan sedemikian untuk mempastikan supaya tiada sesuatu hukuman
bunuh yang dijatuhkan oleh sesuatu mahkamah tentera boleh dilaksanakan, dan tiada sesuatu
hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan boleh dijalani dalam sesuatu
yayasan dalam mana-mana negeri diluar Persekutuan, yang bukan yayasan perkhidmatan, kecuali
mengikut perkiraan-pwekiraan yang telah dibuat berkenaan dengan negeri itu.

140. Negeri Di Mana Hukuman Penjara Atau Tahanan Hendak Dijalani.

(1) Sesaorang yang sedang menjalani hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan
perkhidmatan dalam Persekutuan (setakat mana yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah
Penjaraan dan Tahanan) boleh dipindahkan keluar dan Persekutuan ke mana-mana tempat di mana
unit atau mana-mana bahagiannya atau kapal di mana ia bertugas sedang berkhidmat atau
diperintahkan untuk berkhidmat, tetapi tidak ke mana-mana tempat lain.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam seksyen ini, seseorang yang dijatuhkan
hukuman penjara di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang diadakan di luar Persekutuan,

73
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

selama lebih daripada dua belas bulan hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh setelah
hukuman itu selesai disahkan dipindahkan ke Persekutuan.

(3) Jika seseorang telah dijatuhkan hukuman penjara di bawah Akta ini, oleh mahkamah tentera yang
diadakan di luar Persekutuan, selama tempoh lebih daripada dua belas bulan, pegawai pengesah
atau pihak berkuasa ulangkaji boleh, walau apapun yang terkandung dalam seksyen kecil yang akhir
tersebut di atas, mengarahkan supaya ia tidak dikehendaki dipindahkan ke Persekutuan sehingga ia
telah menjalani sebahagian daripada hukumannya, iaitu tidak lebih daripada dua tahun (bagi sesuatu
hukuman penjara yang lebih daripada dua tahun), sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu;
dan pada menentukan sama ada hendak menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen kecil ini
atau tidak, seseorang pegawai pengesah atau sesuatu pihak berkuasa ulangkaji hendaklah memberi
perhatian kepada apa-apa syor bagi maksud itu yang dibuat oleh mahkamah tentera.

(4) Apa-apa arahan pegawai pengesah di bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh
pegawai pengesah atau pihak berkuasa ulang kaji atau diganti oleh apa-apa arahan pegawai pengesah
atau pihak berkuasa ulangkaji yang boleh diberi oleh pegawai pengesah atau pihak berkuasa ulangkaji
itu di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas; dan apa-apa arahan pihak berkuasa ulang kaji di
bawah seksyen ini boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh pihak berkuasa ulangkaji itu atau
diganti sebagaimana yang tersebut di atas.

(5) Apa-apa arahan yang diberi di bawah seksyen ini, dan pembatalan apa-apa arahan itu hendaklah
diisytiharkan.

(6) Pada menentukan, pada bila-bila masa bagi maksud seksyen ini, jenis atau tempoh sesuatu hukuman
maka hendaklah diambil kira apa-apa perubahan atau pereinitan hukuman yang telah diarahkan
dahulu.

141. Menerima Buat Sementara Orang-Orang Dalam Tangkapan Ke Dalam Jagaan Awam.

Jika apabila dipertuduh atau dengan tujuan hendak dipertuduh atas sesuatu kesalahan terhadap
Bahagian V, seseorang berada dalam jagaan perkhidmatan dalam Persekutuan, maka apabila diserahkan
suatu perintah bertulis yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah bagi orang dalam
jagaan itu adalah menjadi tugas penguasa atau lain-lain orang yang menjaga sesuatu penjara (iaitu bukan
suatu penjara perkhidmatan) atau orang yang menjaga mana-mana balai polis atau lain-lain tempat di mana
orang salah boleh ditahan dengan sah untuk menerima orang itu ke dalam jagaannya bagi selama tempoh
tidak lebih daripada tujoh hari.

142. Tugas Penguasa Penjara Dan Pegawai-Pegawai Lain Untuk Menerima Orang Salah.

(1) Setakat mana yang diperuntukkan sedemikian oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen
136 atau Kaedah-Kaedah Penjaraan dan Tahanan rapi adalah menjadi tugas penguasa atau lain-lain
orang yang menjaga sesuatu penjara (yang bukan penjara perkhidmatan) untuk menerima sesiapa jua
yang dihantar dengan sepatutnya ke penjara itu mengikut peraturan atau kaedah itu dan
mengurungnya sehingga hukuman itu selesai dilaksanakan atau orang salah itu dilepaskan atau
dihantar balik mengikut perjalanan undang-undang yang sepatutnya.

(2) Jika seseorang berada dalam jagaan perkhidmatan mengikut suatu hukuman penjara perkhidmatan
atau hukuman tahanan perkhidmatan, maka apabila diterima suatu perintah bertulis bagi maksud itu
yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah agi orang itu adalah menjadi tugas
mana-mana penguasa atau orang lain sebagaimana yang tersebut di atas, atau pegawai polis yang
menjaga sesuatu balai polis atau sesiapa jua yang menjaga mana-mana tempat lain di mana orang
salah boleh dikurung dengan sah untuk menyimpan orang itu dalam jagaan bagi selama tempoh tidak
lebih daripada tujoh hari melainkan jika orang yang tersebut itu telah dilepaskan terlebih dahulu atau
dihantar balik mengikut perjalanan undang-undang yang sepatutnya.

74
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Membicarakan Orang-Orang yang Tidak Lagi Tertakluk kepada Undang-Undang Perkhidmatan dan
Had-Had Masa bagi Pembicaraan

143. Pembicaraan Dan Hukuman Bagi Kesalahan Di Bawah Undang-Undang Perkhidmatan


Walaupun Pesalah Tidak Lagi Tertakluk Kepada Undang-Undang Perkhidmatan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 144, jika suatu kesalahan di bawah Akta ini yang
boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera telah dilakukan, atau disyaki dengan menasabah sebagai
telah dilakukan, oleh sesiapa jua semasa tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini, maka berhubung dengan kesalahan itu ia adalah disifatkan, bagi maksud Akta ini berhubung
dengan penangkapan, simpanan dalam jagaan, penyiasatan pertuduhan, pembicaraan dan hukuman
oleh mahkamah tentera (termasuk pengesahan, ulangkajian, penimbangan semula dan
penggantungan) dan pelaksanaan hukuman-hukuman, sebagai terus tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan walaupun ia tidak lagi pada bila-bila masa tertakluk kepadanya.

(2) Jika, semasa seseorang itu berada dalam jagaan perkhidmatan menurut seksyen ini (sama ada
sebelum, dalam masa atau selepas pembicaraan) ia melakukan, atau disyaki dengan menasabah
sebagai telah melakukan, sesuatu kesalahan yang, jika ia tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini, adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini yang boleh
dibicarakan oleh mahkamah tentera, maka berhubung dengan kesalahan itu atau kesalahan yang
disyaki itu ia adalah disifatkan, bagi maksud peruntukan-peruntukan Akta ini yang disebut dalam
seksyen kecil yang akhir tersebut di atas dan peruntukan-peruntukannya mengenai pembicaraan
pertuduhan secara terus, sebagai telah pernah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di
bawah Akta ini apabila kesalahan itu dilakukan atau disyaki sebagai telah dilakukan dan terus tertakluk
kepada undang-undang perkhidmatan selepas itu.
12
(3) Jika, menurut mana-mana satu daripada dua seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, seseorang di
sifatkan sebagai pada bila-bila masa tertakluk kepada undang-undang perkhidniatan di bawah Akta ini
bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini, peruntukan itu hendaklah dipakai baginya:-

(a) jika ia memegang apa-apa pangkat perkhidmatan, sebagai seseorang yang memegang pangkat itu;
atau

(b) secara lain sebagai seseorang yang memegang pangkat yang dipegangnya pada masa ia akhir
sekali sebenamya tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini atau mana-
mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini:

Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu tempuh selepas ia dihukum bagi kesalahan tersebut dan
hukuman itu disahkan maka peruntukan-peruntukan tersebut hendaklah dipakai baginya (dalam mana-
mana hal) sebagaimana peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi seseorang askar-laskar.

(4) Jika, selain daripada seksyen kecil ini, mana-mana peruntukan Akta ini dipakai bagi seseorang di
bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas berhubung dengan pangkat-pangkat yang berlainan
peruntukan itu hendaklah dipakai baginya sebagaimana ia dipakai bagi seseorang yang memegang
pangkat yang lebih rendah atau yang paling rendah daripada pangkat-pangkat itu.

144. Had Masa Bagi Pembicaraan Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Undang-Undang


Perkhidmatan.

(1) Tiada sesiapa boleh di bicarakan oleh mahkamah tentera atas apa-apa kesalahan, lain daripada
kesalahan terhadap seksyen 47, 48, 61, 77, 88 atau kesalahan tinggal tugas melainkan jika perintah
sidang dikeluarkan dan disampaikan kepadanya; dan dalam masa tiga tahun selepas kesalahan itu
dilakukan, dengan tidak mengambil kira apa-apa tempoh dalam mana ia menjadi seorang tawanan
perang dan apa-apa tempoh dalam mana dia telah tidak hadir dengan menyalahi undang-undang, atau
apa-apa tempoh mulai dari tarikh pemfailan prosiding bagi kajian semula kehakiman dalam Mahkamah
Tinggi sehingga tarikh pemberesan muktamad prosiding itu; dan

Pin. A974/96
Dengan syarat bahawa:-

(a) bagi suatu kesalahan terhadap seksyen 88 dimana pembicaraan bagi kesalahan awam yang
bersamaan dengannya, menurut mana-mana Undang-undang bertulis, mesti dijalankan

75
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dalam suatu tempoh yang terhad, maka had masa itu hendaklah dipakai bagi pembicaraan ke
atas kesalahan itu di bawah seksyen tersebut sebagai ganti peruntukan-peruntukan seksyen
kecil ini yang tersebut di atas.

(b) tertakluk kepada apa-apa had masa sebagaimana yang disebut dalam perenggan yang akhir
tersebut di atas seseorang boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atas sesutu kesalahan
awam yang dilakukan di luar Persekutuan walaupun kesalahan itu telah dilakukan lebih
daripada tiga tahun sebelum pembicaraan itu dimulakan, jika Pendakwa Raya membenarkan
pembicaraan itu.

(2) Jika seseorang yang telah melakukan suatu kesalahan tinggal tugas, lain daripada kesalahan tinggal
tugas semasa dalam perkhidmatan giat, telah semenjak kesalahan itu berkhidmat terus menerus
sebagai anggota angkatan tetap selama tidak kurang daripada tiga tahun dengan kelakuan terpuji, ia
tidak boleh dibicarakan atas kesalahan itu.

(3) Seseorang tidak boleh dibicarakan menurut seksyen kecil (1) seksyen 143 melainkan jika
pembicaraannya telah dimulakan dalam tempoh tiga bulan selepas ia tidak lagi tertakluk kepada
undang-undang perkhidmatan, atau pembicaraan itu adalah ke atas sesuatu kesalahan awam yang
dilakukan di luar Persekutuan dan Pendakwa Raya membenarkan pembicaraan itu:

Dengan syarat bahawa seksyen kecil ini tidak boleh dipakai bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen
47 atau seksyen 48 atau kesalahan tinggal tugas.

(4) Seseorang tidak boleh ditangkap atau disimpan dalam jagaan menurut seksyen kecil (1) seksyen 143
atas sesuatu kesalahan, pada bila-bila masa setelah ia tidak lagi boleh dibicarakan atas kesalahan itu.

(5) Dalam seksyen ini, “kajian semula kehakiman” termasuklah prosiding yang dimulakan secara:-
(a) sesuatu permohonan bagi apa-apa perintah prerogatif bagi mandamus, larangan atau certiorari;

(b) sesuatu permohonan bagi suatu perisytiharan atau injunksi;

(c) sesuatu writ habeas corpus; atau

(d) apa-apa guaman lain, tindakan atau lain-lain prosiding undang-undang ber-hubung dengan atau
yang berbangkit daripada apa-apa tindakan yang dilakukan atau keputusan yang dibuat oleh
mahkamah tentera atau pihak berkuasa penyidangan mengikut Akta ini.

Perhubungan antara Undang-Undang Perkhidmatan dan Mahkamah Awam dan Muktamadnya


Pembicaraan-Pembicaraan

145. Bidang Kuasa Mahkamah Awam.

Jika seseorang dibicarakan oleh mahkamah awan atas apa-apa kesalahan dan terdahulu daripada itu ia
telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tentera atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang (sama
ada keseluruhan atau sebahagiannya) menjadi kesalahan itu, atau menurut Akta ini ia telah dihukum atas
mana-mana perbuatan atau ketinggalan itu oleh pegawai memerintahnya atau sesuatu pihak berkuasa
atasan yang berkenaan, mahkamah awam itu dalam mengenakan hukuman hendaklah mengambil kira
hukumannya menurut Akta ini.

146. Tiada Sesiapa Boleh Dibicarakan Di Bawah Akta Ini Atas Kesalahan-Kesalahan Yang Sudah
Di Bicarakan.

(1) Jika seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini:-

(a) telah dibicarakan atas sesuatu kesalahan oleh mahkamah awam yang layak atau mahkamah
tentera atau telah mendapat sesuatu kesalahan yang yang dilakukan olehnya diberi
pertimbangan oleh mana-mana mahkamah yang menghukumnya itu; atau

(b) telah dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan pertuduhan atasnya itu ditolak,
atau telah didapati salah atas pertuduhana itu oleh pegawai memerintahnya atau sesuatu
pihak berkuasa atasan yang berkenaan; atau

76
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(c) telah mendapat kemaafan terhadap sesuatu kesalahan dari pegawai memerentahnya, maka
berkenaan dengan kesalahan itu ia tidak boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera, atau
dibicarakan terus oleh pegawai memerintahnya atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan.

(2) Bagi maksud seksyen ini:-

(a) seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah dibicarakan oleh mahkamah tentera jika ditahan
pengesahan mengenai keputusan mahkamah tentera bahawa ia bersalah melakukan
kesalahan itu, atau pengesahan mengenai keputusan mahkamah tentera bahawa ia tidak
bersalah melakukan kesalahan itu disebabkan gila;

(b) seseorang tidak boleh disifatkan sebagai telah mendapat sesuatu kesalahan itu diberi per-
timbangan oleh mahkamah tentera yang menjatuhkan hukuman terhadapnya jika ditahan
pengesahan hukuman mahkamah itu atau dibatalkan hukuman itu.

(c) sesuatu kes ada1ah disifatkan sebagai telah dibicarakan terus oleh seseorang pegawai meme-
rintah atau sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan walaupun keputusan pegawai atau
pihak berkuasa itu dibatalkan atau diubah, apabila keputusan itu diulangkaji;

(d) sesuatu kesalahan adalah disifatkan sebagai telah dimaafkan o1eh pegawai memerintah bagi
seseorang yang dituduh telah melakukan kesalahan itu jika, dan hanya jika, pegawai1itu atau
mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya untuk bertindak berhubung dengan kesalahan
yang dituduh itu dengan mengetahui semua keadaan-keadaan yang berkaitan telah
memberitahu orang itu bahawa ia tidak akan dipertuduh atas kesalahan itu;

(e) seseorang yang diperintahkan di bawah seksyen kecil (2) seksyen 75 supaya dipenjarakan atau
menjalani tahanan atas sesuatu kesalahan terhadap seksyen itu adalah disifatkan sebagai telah di-
bicarakan oleh mahkamah tentera atas kesalahan itu. (3) Jika ditahan pengesahan sesuatu keputusan
bersalah melakukan sesuatu kesalahan atau sesuatu keputusan tidak bersalah melakukan sesuatu
kesalahan disebabkan gila, yang dituduh tidak boleh dibicarakan sekali lagi oleh mahkamah tentera
atas kesalahan itu melainkan jika perintah bagi menyidangkan mahkamah yang kemudian itu
dikeluarkan tidak lewat daripada tujoh puluh dua hari setelah keputusan untuk menahan pengesahan
itu diisytiharkan.

(4) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam peruntukan-peruntukan yang tersebut di atas dalam
seksyen ini, pembicaraan-pembicaraan bagi sesuatu kesalahan terhadap Akta ini (sama ada dihadapan
seseorang pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau dihadapan sesuatu
mahkamah tentera) tidaklah terhalang atas alasan bahawa kemaafan telah diberi.

147. Lembaga Siasatan.

(1) Menteri boleh membuat Kaedah-Kaedah berkenaan dengan mana-mana lembaga siasatan (kemudian
daripada ini disebut “Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan”) dan tertakluk kepada dan mengikut
peruntukan Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan itu, Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai
angkatan tetap yang diberi kuasa oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah itu untuk berbuat demikian, boleh
menyidangkan suatu lembaga siasatan untuk menyiasat dan memberi laporan mengenai nyataan-
nyataan berhubung dengan apa-apa perkara yang dirujukan kepada lembaga itu oleh Majlis Angkatan
Tentera atau mana-mana pegawai yang tersebut di atas; dan sesuatu lembaga siasatan jika
diarahkan berbuat demikian, hendaklah menyatakan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang
berbangkit daripada apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya.

(2) Sesuatu lembaga siasatan hendaklah terdiri daripada sebilangan orang-orang, sebagaimana, yang
diperuntukkan oleh Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan, iaitu yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini dan Yang Dipertua lembaga siasatan itu hendaklah seorang pegawai
yang berpangkat tidak rendah daripada leftenan tentera atau yang setaraf dengannya.
Pin. A974/96

(3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, Kaeda-Kaedah Lembaga Siasatan boleh membuat
peruntukan berkenaan dengan penyidangan, keanggotaan dan acara bagi lembaga-lembaga siasatan

77
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dan, dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil yang tersebut di atas, boleh membuat
peruntukan bagi semua atau mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu:-

(a) Kaedah-Kaedah mengenai keterangan untuk dipatuhi oleh lembaga siasatan dan mengambil
keterangan dihadapan lembaga itu, termasuk mentadbirkan sumpah dan pengakuan kepada
saksi;

(b) dengan tidak menyentuh peruntukan-peruntukan seksyen yang berikut, merekodkan dalam
buku perkhidmatan keputusan-keputusan oleh lembaga siasatan mengikut hal-hal
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kaedah-Kaedah;

(c) apa-apa perkara yang bersangkutan dan perkara-perkara tambahan yang perlu bagi maksud
Kaedah-Kaedah itu.

(4) Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan hendaklah mengandungi peruntukan-peruntukan untuk


mempastikan supaya mana-mana saksi atau orang lain yang mungkin terlibat oleh keputusan sesuatu
lembaga siasatan mempunyai peluang untuk hadir, dan diwakili dalam pembicaraan lembaga atau
sesuatu bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan oleh atau di bawah Kaedah-Kaedah Lembaga
Siasatan.

(5) Keterangan yang diberi dihadapan sesuatu lembaga siasatan tidak boleh diterima terhadap sesiapa jua
dalam pembicaraan-pembicaraan dihadapan sesuatu mahkamah tentera, pegawai memerintah atau
pihak berkuasa atasan yang berkenaan, kecuali bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 76, atau
bagi sesuatu kesalahan terhadap seksyen 88 jika kesalahan awam yang bersamaan ialah kesalahan
memberi atau mereka keterangan palsu.

148. Siasatan Ke Atas Ketiadaan Hadir.

(1) Jika sesuatu lembaga siasatan yang menyiasat ke atas ketiadaan hadir seseorang pegawai atau askar -
laskar melaporkan bahawa ia telah tidak hadir tanpa cuti atau apa-apa sebab lain yang mencukupi bagi
selama sesuatu tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu iaitu tidak kurang daripada dua puloh satu
hari genap suatu rekod mengenai laporan itu hendaklah dicatitkan dalam buku-buku perkhidmatan
mengikut Kaedah-Kaedah Lembaga Siasatan.

(2) Sesuatu rekod yang dicatitkan menurut seksyen kecil (1) hendaklah, kecuali jika orang yang tidak hadir
itu kemudiannya menyerah diri atau ditangkap, atau laporan lembaga siasatan itu dibatalkan oleh Majlis
Angkatan Tentera atau lembaga siasatan yang kemudiannya, mempunyai natijah yang sama seperti
suatu sabitan atas kesalahan tinggal tugas oleh mahkamah tentera.

Peruntukan-peruntukan Pelbagai

149. Pemulihan Atau Pampasan Bagi Kesalahan Mencuri, Dsb.

(1) Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah berkuat kuasa jika seseorang telah disabitkan oleh
mahkamah tentera kerana mendapatkan apa-apa harta dengan menyalahi undang-undang, sama ada
dengan mencurinya, menerimanya atau menyimpan dengan mengetahui atau dengan mempunyai
sebab bagi mempercayainya sebagai telah dicuri, menyalahgunakannya secara tipuan atau dengan
secara lain-lain.
3
(2) Jika mana-mana daripada harta yang didapati dengan menyalahi undang-undang dijumpai dalam milik
pesalah itu, harta itu boleh diperintah supaya diserabkan atau dibayar kepada orang yang didapati
merupakan pemunya harta itu.
7
(3) Jika dijumpai dalam milik pesalah itu apa-apa harta (lain daripada wang) yang nampaknya telah didapati
olehnya dengan jalan menukar atau mengganti mana-mana daripada harta yang didapati dengan
menyalahi undang-undang itu, maka harta itu boleh diperintahkan supaya diserahkan kepada orang
yang didapati merupakan pemunya harta yang telah didapati dengan menyalahi undang-undang itu.
8
(4) Jika wang dijumpai dalam milik pesalah itu, maka sama ada atau tidak wang itu merupakan sebagai
telah didapati sebagaimana yang tersebut di atas, suatu perintah boleh dibuat supaya dibayar daripada
wang itu kepada orang yang didapati merupakan pemunya harta yang telah didapati dengan menyalahi
undang-undang itil sejumlah wang sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu sebagai atau

78
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

terhadap pampasan kerana kerugian yang telah ditanggong oleh orang tersebut kerana kesalahan itu,
setakat mana yang tidak diganti secara lain di bawah Akta ini atau dengan mendapatkan harta yang
telah didapati dengan menyalahi undang-undang itu

(5) Jika mana-mana daripada harta yang didapati dengan menyalahi undang-undang itu telah dijual atau
digadaikan kepada orang lain yang pada masa itu tidak mengetahuinya sebagai telah didapati dengan
menyalahi undang-undang, tertakluk kepada pemulihan harta yang dijual atau digadaikan sebagaimana
yang tersebut di atas itu kepada pemunyanya, suatu perintah boleh dibuat supaya dibayar kepada
orang lain yang tersebut itu, daripada apa-apa wang yang diiumpai dalam milik pesalah itu (sama ada
atau tidak wang itu merupakan hasil jualan atau penggadaian itu) sejumlah wang sebagaimana yang
dinyatakan dalam perintah itu sebagai atau terhadap pampasan bagi kerugian yang telah ditanggong
olehnya berikutan dengan jualan atau penggadaian itu.
11
(6) Jika mana-mana daripada harta yang didapati dengan menyalahi undang-undang itu telah diberi
sebagai pertukaran kepada seseorang lain yang pada masa itu tidak mengetahuinya sebagai telah
didapati dengan menyalahi undang- undang, tertakluk kepada pemulihan harta yang diberi
sebagaimana yang tersebut di atas itu kepada pemunyanya, suatu perintah boleh dibuat supaya harta
yang diambil sebagai pertukaran bagi harta yang didapati dengan menyalahi undang-undang itu
dipulangkan kepada orang lain yang tersebut itu.

(7) Sesuatu Perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh mahkamah tentera yang mensabitkan pesalah
itu, pegawai pengesah atau oleh mana-mana pihak berkuasa ulangkaji; dan dalam seksyen ini
perbahasaan "merupakan" ertinya merupakan kepada mahkamah, pegawai atau pihak berkuasa yang
membuat perintah itu.

(8) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mahkamah tentera tidak boleh berkuat kuasa
sehingga disahkan oleh pegawai pengesah; dan peruntukan-peruntukan Bahagian ini mengenai
pengesahan dan ulangkaji pembicaraan-pembicaraan mahkamah tentera hendaklah dipakai bagi sa-
suatu Perintah dibawah seksyen ini sebagai peruntukan-peruntukan itu dipakai bagi sesuatu hukuman.

(9) Sesuatu perintah di bawah seksyen ini tidak boleh menghalang hak sesiapa jua, lain daripada pesalah
atau seseorang yang menuntut melaluinya, untuk mendapatkan apa-apa harta yang telah diserahkan
atau dibayar menurut sesuatu perintah daripada orang yang telah diserahkan atau dibayar harta itu.

150. Perlantikan Ketua Hakim Peguam.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh melantik seseorang yang sesuai untuk melaksanakan bagi angkatan
tentera tugas yang boleh dijalankan oleh Ketua Hakim Peguam dengan sah di bawah Akta ini atau
mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(2) Sebutan-sebutan dalam Akta ini atau undang-undang bertulis yang lain kepada Ketua Hakim Peguam
hendaklah disifatkan sebagai sebutan kepada orang yang pada masa itu dilantik di bawah seksyen
kecil yang akhir tersebut di atas.

(3) Orang yang dilantik di bawah seksyen kecil (1) hendaklah sama ada seorang anggota perkhidmatan
kehakiman dan perundangan yang telah berkhidmat selama tidak kurang daripada lima tahun atau
seorang peguambela dan peguamcara yang telah menjalankan amalan selama tidak kurang daripada
lima tahun, atau seorang yang berkelayakan dalam erti Ordinan Peguambela dan Peguamcara 1947,
yang telah berkelayakan sedemikian bagi setahun 1947. lama tempoh tidak kurang daripada lima
tahun.

(4) Dengan tidak menyentuh keluasan makna seksyen kecil (1), tugas-tugas orang yang dilantik di bawah
seksyen kecil itu adalah termasuk-

(a) memberi nasihat kepada Majlis Angkatan Tentera, pegawai pengesah dan pihak berkuasa
ulangkaji mengenai sahnya keputusan-keputusan dan hukuman-hukuman mahkamah tentera;

(b) memberi nasihat kepada Majlis Angkatan Tentera dan pegawai-pegawai angkatan tentera
mengenai apa-apa perkara lain yang dirujukkan kepadanya dari semasa ke semasa; dan

(c) melantik orang-orang yang mempunyai pengalaman undang-undang untuk bertindak sebagai
hakim peguam dalam mahkamah tentera.

79
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

151. Perlantikan Hakim Peguam.

Dengan tidak rnenyentuh kuasa-kuasa yang diberi kepada Ketua Hakim Peguam di bawah seksyen
150, perlantikan seseorang hakim peguam untuk bertindak dalam mana-mana mahkamah tentera boleh,
jika tidak dilakukan oleh atau bagi pihak Ketua Hakim Peguam, dilakukan oleh pegawai sidang.

152. Perisytiharan.

Apa-apa keputusan hukuman, penentuan atau lain-lain perkara yang dikehendaki oleh Akta ini supaya
diisytiharkan hendaklah diisytiharkan sama ada dengan diberitahu kepada yang dituduh itu atau mengikut
sesuatu cara lain yang diarahkan oleh pegawai pengesah atau pihak berkuasa ulangkaji itu, mengikut mana
yang berkenaan.

153. Jagaan Rekod-Rekod Pembicaraan Mahkamah Tentera Dan Hak Orang Yang Dituduh Untuk
Mendapat Satu Salinannya.

(1) Rekod pembicaraan sesuatu mahkamah tentera hendaklah disimpan dalam jagaan Pegawai Penjaga
Rekod Angkatan Tentera Malaysia atau pegawai atau pegawai-pegawai lain yang dilantik dari semasa
ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera bagi maksud itu (kemudian daripada ini dalam seksyen ini
disebut “pegawai penjaga”) bagi selama tidak kurang daripada tempoh yang ditetapkan, iaitu suatu
tempoh yang cukup bagi mempastikan supaya hak-hak yang diberi oleh kedua-dua seksyen kecil yang
berikut boleh dijalankan.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, sesiapa jua yang dibicarakan oleh mahkamah
tentera adalah berhak mendapat daripada pegawai penjaga itu suatu salinan rekod pembicaraan
mahkamah tentera itu apabila diminta pada bila-bila masa dalam tempoh yang berkenaan itu, dan atas
pembayaran baginya mengikut kadar sebagaimana yang ditetapkan.

(3) Jika seseorang yang dibicarakan oleh mahkamah tentera mati dalam tempoh yang berkenaan itu, wakil
dirinya atau sesiapa jua yang pada pendapat pegawai penjaga itu patut disifatkan bagi maksud seksyen
kecil ini sebagai wakil dirinya, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, adalah berhak
mendapatkan dari pegawai penjaga itu suatu salinan rekod pembicaraan mahkamah tentera itu apabila
diminta pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kematian itu dan atas
pembayaran baginya mengikut kadar-kadar yang ditetapkan.
4) Jika, atas permohonan untuk mendapatkan suatu salinan rekod mana-mana pembicaraan itu menurut
mana-mana satu daripada dua seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, Menteri memperakui adalah
mustahak atas alasan keselamatan bahawa rekod-rekod pembicaraan itu atau mana-mana
bahagiannya tidak boleh dinyatakan, maka pemohon tidak herhak mendapat suatu salinan rekod
pembicaraan itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh perakuan itu.

(5) Dalam seksyen ini “tempoh yang berkenaan”, berhubung dengan sesiapa jua yang dibicarakan oleh
mahkamah tentera, ertinya tempoh lima tahun mulai dan tarikh ia dibebaskan atau, jika ia disabitkan,
5
tarikh keputusan dan hukuman itu diisttiharkan atau, jika sesuatu keputusan bersalah tidak disahkan,
tarikh penahanan pengesahan itu diisytiharkan:

Dengan syarat bahawa jika pembicaraan itu berhubung dengan dua atau lebih daripada dua
pertuduhan dan orang yang dibicarakan itu dibebaskan atas satu atau beberapa pertuduhan itu dan
disabitkan atas yang lain atau yang lain-lain itu, maka tempoh yang berkenaan itu ialah tempoh lima tahun
mulai dari tarikh keputusan bersalah dan hukuman atasnya itu diishtiharkan atau tarikh ditahan pengesahan
keputusan atau keputusan-keputusan itu.

(6) Apa-apa sebutan dalam seksyen ini mengenai rekod pembicaraan mahkamah tentera adalah termasuk
suatu sebutan mengenai rekod pembicaraan berkenaan dengan pengesahan atau penyemakan
keputusan-keputusan dan hukuman mahkamah tentera.

154. Kelepasan Tanggungan Bagi Pegawai-Pegawai Penjara Dsb.

Tiada apa-apa tindakan boleh diambil terhadap apa-apa yang dilakukan oleh sesiapa jua menurut
sesuatu hukuman penjara perkhidmatan atau hukuman tahanan perkhidmatan jika perbuatan yang

80
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dilakukan itu adalah sah jika tiada sesuatu kecacatan dalam mana-mana waran atau lain-lain surat cara bagi
maksud hukuman itu.

155. Kuasa Majlis Angkatan Tentera Untuk Membuat Peraturan-Peraturan Di Bawah Bahagian Ini.

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 136 Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang
Dipertuan Agong boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perkara-perkara yang baginya
peraturan-peraturan dan Perintah Majlis Angkatan Tentera boleh dibuat di bawah peruntukan-peruntukan
yang tersebut di atas dalam Bahagian ini.

Tafsiran

156. Tafsiran

(1) Dalam Bahagian ini-

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Acara atau mana-mana peraturan yang
dibuat di bawah seksyen 155;

“askar-laskar” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 dan
hendaklah juga termasuk seorang askar-laskar dalam Simpanan Angkatan Tetap dan seorang
anggota sukarela; dan
Pin. A974/96

“pegawai sidang”, berhubung dengan sesuatu mahkamah tentera, ertinya pegawai yang
menyidangkan mahkamah tentera itu, dan termasuklah pengganti jawatannya atau sesiapa jua
yang pada masa itu menjalankan tugas-tugasnya atau tugas-tugas penggantinya;

“penjara” ertinya suatu penjara awam atau penjara perkhidmatan;

“penjara awam” ertinya suatu penjara dalam Persekutuan di mana seseorang yang dijatuhkan
1
hukuman penjara oleh mahkamah awam boleh dikurung pada masa itu;

“penjara perkhidmatan” ertinya premis yang berasingan yang ditetapkan oleh Menteri bagi orang-
orang yang menjalani hukuman penjara perkhidmatan.

(2) Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini mengenai sesuatu hukuman penjara perkhidmatan adalah sebutan
mengenai sesuatu hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera.

(3) Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai-pegawai waran tidak termasuk sebutan-
sebutan mengenai pemangku pegawai-pegawai waran.
(4) Sebutan-sebutan dalam Bahagian ini mengenai pegawai-pegawai tak bertauliah termasuklah sebutan-
sebutan mengenai pemangku pegawai-pegawai tak bertauliah dan pemangku pegawai-pegawai waran.
Pin. A974/96

BAHAGIAN VI

GAJI, LUCUTAN DAN POTONGAN

157. Kuasa Majlis AngkatanTentera untuk membuat Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun.
1
(1) Majlis Angkatan Tentera boleh dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong membuat peraturan-peraturan
2
(kemudian daripada ini disebut “Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun ) termasuk peraturan-peraturan
yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan oleh Majlis Angkatan Tentera
berkenaan dengan gaji, elaun dan lain-lain emolumen bagi pegawai dan askar-laskar angkatan tetap
dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dengannya dan kususnya berkenaan dengan peruntukan-
peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini.
Pin. A440/78/Pin. A974/96

(2) Walau apapun tarikh yang ditetapkan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini menurut seksyen 1 atau
peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa peraturan yang

81
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dibuat di bawah seksyen kecil (1) boleh diberi kuatkuasa kebelakangan kepada sesuatu tarikh, sama
ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
Pin. A440/78

(3) Walau apapun tarikh yang ditetapkan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini menurut seksyen 1 atau
peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Majlis Angkatan Tentera
dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong boleh meminda mana-mana kaedah, peraturan, perintah dan
lain-lain surat-cara yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan-ordinan yang dimansuhkan oleh
seksyen kecil (1) seksyen 217 di mana perundangan oleh kecil itu masih berkuatkuasa mengikut
seksyen kecil (2) seksyen tersebut dan apa-apa pindaan yang dibuat di bawah ini kepada perundangan
kecil yang masih berkuatkuasa itu boleh diberi kuatkuasa kebelakangan kepada sesuatu tarikh, sama
ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.

158. Lucutan Dan Potongan.

(1) Tiada apa-apa lucutan gaji seseorang pegawai atau askar-laskar boleh dikenakan kecuali dibenarkan
o1eh Akta ini atau sesuatu Akta lain dan tiada apa-apa potongan dan gaji itu boleh dibuat kecuali
dibenarkan sedemikian atau dibenarkan oleh Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun.

(2) Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun tidak boleh membenarkan dibuat apa-apa potongan sebagai
hukuman, iaitu, sesuatu potongan yang dibuat atas apa-apa kesalahan atau lain-lain perbuatan salah
yang dilakukan atau yang berbangkit daripada apa-apa kecuaian.
7
(3) Peruntukan-peruntukan seksyen ini yang tersebut di atas tidak boleh menghalang dibuat Peraturan-
peraturan Gaji dan Elaun yang mengadakan peruntukan-peruntukan bagi mengenakan apa-apa lucutan
yang dibenarkan oleh Akta ini atau apa-apa potongan yang dibenarkan sedemikian itu atau mengenai
masa bila dan cara bagaimana wang itu boleh dipotong daripada gaji untuk melaksanakan potongan-
potongan yang dikenakan itu atau cara bagaimana wang itu boleh dipotong sedemikian untuk
mendapatkan apa-apa denda yang dikenakan menurut Akta ini, atau mengenai penggunaan mana-
mana wang atau jumlah itu apabila dipotong, atau mengadakan peruntukan bagi membuat keputusan
mengenai soal-soal yang berhubung dengan lucutan atau potongan.

(4) Walaupun apa-apa potongan daripada gaji seseorang pegawai atau askar-laskar (tertakluk kepada apa-
apa lucutan) ia hendaklah terus menerima gaji mengikut kadar yang tidak kurang daripada kadar
minima yang ditetapkan oleh atau di bawah Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun.

(5) Walaupun lucutan gaji seseorang pegawai atau askar-laskar telah diperintahkan bagi apa-apa tempoh
menurut Akta ini, ia hendaklah terus menerima gaji mengikut sesuatu kadar minima yang tersebut di
atas, akan tetapi jumlah yang diterima bagi tempoh itu boleh didapatkan daripadanya dengan membuat
potongan dan gajinya.

(6) Apa-apa jumlah yang dibenarkan untuk dipotong dan gaji seseorang pegawai atau askar-laskar boleh
dipotong dan apa-apa baki (sama ada yang merupakan gaji atau bukan) yang kena dibayar kepadanya
sebagai pegawai atau askar-laskar, dan sebutan-sebutan dalam Akta ini berkenaan dengan membuat
potongan-potongan daripada gaji hendaklah diertikan sewajarnya, dan kesemua atau mana-mana
bahagian wang yang dilucutkan dan gaji seseorang pesalah itu boleh didapatkan dengan memotong
daripada apa-apa baki itu.

159. Lucutan Kerana Tidak Hadir Bertugas.

(1) Gaji seseorang pegawai atau askar-laskar boleh dilucutkan-

(a) bagi mana-mana hari ia tidak hadir mengikut keadaan-keadaan yang menjadi satu kesalahan di
bawah seksyen 54 atau seksyen 55, atau, jika diarahkan demikian oleh pihak berkuasa yang
layak, bagi sesuatu ketiadaan hadir tanpa cuti,

(b) bagi mana-mana hari ia dikenakan penjara, tahanan atau hukuman medan di bawah Akta ini
oleh mahkamah tentera atau pegawai memerintah, atau bagi mana-mana hari ia dikenakan
apa jua jenis hukuman penjara atau tahanan yang boleh dikenakan ke atasnya lucutan dengan
sesuatu perintah atau hukuman sesuatu mahkamah awam,

82
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(c) jika ia didapati bersalah (sama ada oleh mahkamah tentera, pihak berkuasa atasan yang
berkenaan atau pegawai memerintahnya) atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, bagi
mana-mana hari (sama ada sebelum atau selepas ia didapati bersalah) yang ia berada di
hospital oleh kerana sakit atau bencana yang diperakui oleh pegawai perubatan yang ber-
kenaan sebagai telah disebabkan oleh kesalahan itu.

(2) Gaji seseorang pegawai atau askar-laskar boleh dilucutkan bagi mana-mana hari yang ia tidak hadir oleh
kerana ia dijadikan orang tawanan perang jika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa-

(a) ia telah dijadikan orang tawanan perang kerana tidak mematuhi perintah atau bersengaja cuai
terhadap tugasnya; atau

(b) setelah dijadikan orang tawanan perang ia tidak mengambil apa-apa langkah-langkah
menasabah yang boleh diambil olehnya untuk berkhidmat semula dalam perkhidmatan Seri
Paduka Baginda; atau

(c) setelah menjadi seorang tawanan perang, berkhidmat dengan atau membantu musuh dalam
menjalankan kegiatan bermusuh-musuhan atau langkah-langkah yang dikira akan
mempengaruh semangat atau dengan apa-apa cara jua yang tidak dibenarkan menurut
kelaziman antarabangsa.

tetapi kecuali sebagaimana yang tersebut di atas, tiada apa-apa jua dalam perenggan (a) seksyen kecil (1)
boleh dipakai bagi ketiadaan hadir oleh kerana ia telah dijadikan seorang tawanan perang.

(3) Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun boleh membuat peruntukan bagi menghitung masa bagi maksud
seksyen ini dan khususnya tentang mengira atau tidak mengambil kira mana-mana bahagian hari.

160. Potongan Bagi Membayar Penalti Awam.

Jika Seseorang yang dihukum atau diperintahkan oleh mahkamah awam (sama ada di dalam atau di
luar Persekutuan) untuk membayar sesuatu jumlah wang dengan jalan denda, penalti, ganti rosak,
pampasan atau kos oleh kerana dipertuduh di hadapan mahkamah awam atas sesuatu kesalahan adalah
seorang anggota angkatan tetap pada masa hukuman atau perintah itu dibuat, atau kemudiannya menjadi
seorang anggota angkatan tetap, jika kesemua atau mana-mana bahagian wang itu dijelaskan dengan suatu
pembayaran yang dibuat oleh atau bagi pihak mana-mana pihak berkuasa perkhidmatan, maka jumlah
pembayaran itu boleh dipotong daripada gajinya.

161. Pampasan Kerana Kehilangan Yang Disebabkan Oleh Perbuatan Salah Atau Kecuaian.

(1) Dengan tidak menyentuh peruntukan-peruntukan Akta ini mengeni pengenaan tahanan gaji sebagai
hukuman, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah berkuatkuasa jika setelah se-suatu siasatan
dijalankan sebagaimana yang ditetapkan oleh Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun pihak berkuasa yang
layak berpendapat bahawa apa-apa kehilangan atau kerosakan salah terhadap harta awam atau
perkhidmatan telah disebabkan oleh apa-apa perbuatan salah atau kecuaian seseorang pegawai atau
askar-laskar angkatan tetap (kemudian daripada ini disebut "orang yang bertanggungjawab").

(2) Pihak berkuasa yang layak boleh memerintahkan orang yang bertanggungjawab itu (sama ada atau
tidak ia seorang anggota angkatan tetap pada masa perintah itu dibuat) membayar, sebagai atau
terhadap pampasan bagi kehilangan atau kerosakan itu, sejumlah wang sebagaimana yang dinyatakan
dalam perintah itu, dan apa-apa jumlah wang itu, setakat mana yang tidak dibayar secara lain oleh
orang yang bertanggungjawab itu, boleh dipotong daripada gajinya.

(3) Tiada apa-apa jua perintah boleh dibuat di bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir
tersebut di atas itu jika, dalam pembicaraan dihadapan sesuatu mahkamah tentera di bawah Akta ini,
sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau seseorang pegawai memerintah, orang yang
bertanggungjawab itu:-

(a) telah dibebaskan mengikut keadaan-keadaan dalam mana ia telah didapati tidak bersalah
melakukan perbuatan salah atau kecuaian tersebut; atau

(b) telah dikenakan tahanan gaji berkenaan dengan kehilangan atau kerosakan yang itu juga,

83
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

tetapi kecuali sebagaimana yang tersebut di atas, hakikat bahawa apa-apa pembicaraan telah dijalankan
berkenaan dengan perbuatan salah atau kecuaian tersebut tidak akan menghalang sesuatu perintah atau
potongan dibuat di bawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas.

162. Potongan Kerana Kerosakan Barek.

(1) Jika terdapat kerosakan di mana sesuatu atau beberapa unit angkatan tetap atau mana-mana bahagian
unit itu yang dijadikan rumah atau tempat tumpangan, atau apa-apa lengkapan, perabot atau barang-
barang di da1am atau kepunyaan premis itu rosak atau hilang, maka jika didapati setelah disiasat
mengikut Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun, bahawa kerosakan atau kehilangan itu telah disebabkan
oleh perbuatan salah atau kecuaian orang-orang dan mana-mana unit atau bahagian unit yang
menduduki premis itu dan kerosakan atau kehilangan itu telah berlaku pada masa mereka menduduki
premis itu, akan tetapi orang-orang tersebut tidak boleh dikenali, maka sesiapa jua dari mana-mana unit
atau bahagian unit itu boleh dikehendaki membuat sumbangan terhadap pampasan bagi kerosakan
atau kehilangan itu sejumlah wang sebagaimana yang ditetapkan sebagai menasabah mengikut
peraturan-peraturan yang tersebut di atas, dan jumlah wang itu boleh dipotong dari gajinya.

(2) Seksyen kecil yang akhir tersebut di atas hendaklah meliputi kapal-kapal, keretapi dan kapal udara yang
mengangkut unit atau bahagian angkatan tetap itu, dan sebutan kepada premis, merumahkan dan
menduduki hendaklah diertikan sewajarnya.

163. Peremitan Bagi Lucutan Dan Potongan.

Apa-apa lucutan atau potongan yang dikenakan di bawah keempat-empat seksyen kecil yang akhir
tersebut di atas itu atau di bawah Peraturan-peraturan Gaji dan Elaun boleh diremitkan kepada Majlis
Angkatan Tentera atau mengikut cara dan bentuk yang diperuntukkan oleh peraturan-peraturan itu.

164. Menguatkuasakan Perintah-Perintah Nafkah Dan Perintah Menentukan Bapa Dengan


Potongan Daripada Gaji.

(1) Jika mana-mana mahkamah awam dalam Persekutuan telah membuat perintah terhadap sesiapa jua
(kemudian daripada ini disebut sebagai “pihak kena tuntut”) bagi membayar apa-apa wang berkala atau
wang lain yang dinyatakan dalam perintah itu atau berkenaan dengan:-

(a) nafkah isteri atau anaknya, atau

(b) apa-apa kos yang dilakukan untuk mendapatkan perintah itu; atau

(c) apa-apa kos yang dilakukan dalam pembicaraan-pembicaraan rayuan terhadap, atau bagi
mengubah, membatal atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu,

dan pihak kena tuntut itu adalah seorang pegawai atau askar-laskar angkatan tetap, maka (sama ada atau
tidak ia seorang anggota angkatan itu pada masa perintah itu dibuat) pihak berkuasa yang layak itu boleh
memerintahkan wang itu supaya dipotong daripada gaji pihak kena tuntut itu dan digunakan bagi atau
terhadap menjelaskan bayaran yang kena dibayar di bawah perintah mahkamah awam itu sebagaimana
yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.

(2) Jika mahkamah awam yang membuat sesuatu perintah sebagaimana yang tersebut di atas itu, atau
sesuatu perintah membatal atau menghidupkan semula apa-apa perintah itu mengetahui bahawa pihak
kena tuntut itu seorang pegawai atau askar-laskar angkatan tetap maka mahkamah awam itu
hendaklah menghantar satu salinan perintah itu kepada pihak berkuasa yang layak itu.

(3) Pihak berkuasa yang layak itu boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat
dahulunya di bawah seksyen ini, dan boleh mensifatkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah
seksyen ini sebagai digantong pada bila masa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak hadir
sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (a) seksyen kecil (1) seksyen 159:

(4) Dalam seksyen ini:-

Sebutan-sebutan mengenai sesuatu perintah yang dibuat oleh mahkamah awam dalam
Persekutuan adalah termasuk sebutan-sebutan mengenai sesuatu perintah yang didaftarkan dalam

84
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

atau disahkan oleh mahkamah awam di bawah peruntukan-peruntukan Ordinan Perintah Nafkah
(Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 sebagaimana disemak oleh Akta 34 dalam tahun 1971;
Akta 34

Sebutan-sebutan mengenai seseorang isteri atau anak, berhubung dengan sesuatu perintah yang
dibuat dalam pembicaraan-pembicaraan berkenaan dengan pembubaran atau pembatalan
perkahwinan, adalah termasuk sebutan-sebutan mengenai seseorang yang terus menjadi isteri atau
anak pihak kena tuntut itu jika perkahwinan itu tidak dibubarkan atau dibatalkan;

Sebutan-sebutan mengenai anak bagi seseorang adalah termasuk sebutan-sebutan mengenai


anak kepada isterinya, dan mengenai anak luar nikah atau anak angkat orang itu atau isterinya, dan
dalam perenggan ini “anak angkat” ertinya seseorang anak yang diambil sebagai anak angkat (sama
ada secara berseorangan atau bersesama) mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
yang berhubung dengan pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa itu dalam
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dan termasuk seseorang anak yang pengambilannya
sebagai anak angkat telah didaftarkan mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dengan pendaftaran pengambilan anak angkat yang berkuat kuasa pada masa itu dalam
Persekutuan.

165. Potongan Daripada Gaji Bagi Nafkah Isteri Atau Anak.

(1) Jika pihak berkuasa yang layak berpuas hati bahawa seseorang pegawai atau askar-laskar itu cuai,
tanpa sebab-sebab yang menasabah, untuk memberi nafkah kepada isteri atau mana-mana anaknya
yang berumur kurang daripada tujuh belas tahun, pihak berkuasa yang layak boleh memerintahkan
jumlah wang itu supaya dipotong daripada gajinya dan digunakan terhadap nafkah isteri atau anaknya
sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa yang layak itu.

(2) Apabila suatu permohonan dibuat kepada pihak berkuasa yang layak untuk mendapatkan suatu perintah
di bawah seksyen kecil yang tersebut di atas pihak berkuasa yang layak itu, jika berpuas hati bahawa
suatu kes prima facie telah dibuktikan bagi membuat sesuatu perintah itu, boleh membuat suatu
perintah sementara bagi potongan dan penggunaan yang disebut dalam seksyen kecil yang akhir
tersebut di atas itu untuk berkuat kuasa buat sementara menantikan kes itu dipereksa selanjutnya.

(3) Jika suatu perintah di bawah seksyen kecil (1) seksyen 164 berkuat kuasa bagi membuat potongan
untuk sesiapa jua daripada gaji seseorang pegawai atau askar-laskar angkatan tetap, tiada apa-apa
potongan daripada gajinya untuk orang itu juga boleh diperintahkan di bawah peruntukan-peruntukan
yang tersebut di atas dalam seksyen ini kecuali jika pegawai atau askar-laskar itu berada disuatu
tempat di mana proses tidak boleh disampaikan kepadanya berkenaan dengan pembicaraan bagi
mengubah perintah mahkamah awam yang berbangkit darinya perintah di bawah seksyen yang akhir
tersebut di atas itu telah dibuat.

(4) Pihak berkuasa yang layak boleh mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang telah dibuat
dahulu di bawah seksyen ini, dan boleh mensifatkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah
seksyen ini sebagai digantung pada bila-bila masa dalam masa orang yang terhadapnya perintah itu
dibuat tidak hadir sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (a) seksyen kecil (1) seksyen 159.

(5) Kuasa membuat sesuatu perintah di bawah seksyen ini bagi memotong apa-apa jumlah wang dan
menggunakannya terhadap pemberian nafkah kepada seorang anak adalah termasuk kuasa:-

(a) tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen kecil (3), membuat sesuatu perintah itu
setelah anak itu menchapai umor tujoh belas tahun, jika suatu perintah bagi anak itu di bawah
seksyen kecil (1) seksyen 164 berkuatkuasa; atau

(b) membuat sesuatu perintah, setelah anak itu mencapai umur tujuh belas tahun jika-

(i) sesuatu perintah yang disebut dalam seksyen kecil (1) seksyen 164 berkuatkuasa bagi
anak itu pada masa anak itu mencapai umur tersebut, dan

(ii) orang yang dari gajinya potongan itu diperintahkan berada disuatu tempat sebagaimana
yang disebut dalam seksyen kecil (3), dan

85
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(iii) anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pelajaran atau latihan;
atau

(c) untuk meneruskan sesuatu perintah itu dari semasa ke semasa setelah anak itu mencapai umur tujuh
belas tahun, jika anak itu pada masa itu mengambil bahagian dalam suatu kursus pelajaran atau
latihan, tetapi tiada sesuatu perintah yang dibuat atau diteruskan sedemikian itu boleh terus
berkuatkuasa setelah anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun atau, kecuali diteruskan di bawah
perenggan (c), boleh terus berkuatkuasa selama lebih daripada dua tahun.

166. Had Potongan-Potongan Di Bawah Seksyen 164 Dan 165 Dan Natijah Lucutan.

(1) Wang yang dipotong di bawah kedua seksyen yang akhir tersebut di atas tidak boleh lebih daripada:-

(a) bagi seseorang pegawai, tiga pertujuh daripada gajinya;

(b) bagi seseorang askar-laskar yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan atau yang setaraf
dengannya, dua pertiga daripada gajinya;
Pin. A974/96
(c) bagi seseorang askar-laskar lain, tiga perempat daripada gajinya.

(2) jika apa-apa potongan telah diperintahkan di bawah mana-mana satu daripada kedua-dua seksyen yang
akhir tersebut di atas daripada gaji seseorang (sama ada sebelum atau selepas potongan-potongan itu
telah diperintahkan) dan ia dikenakan lucutan gaji oleh kerana atau berikutan dengan keputusan atau
hukuman sesuatu mahkamah tentera atau keputusan atau award dari pihak berkuasa atasan yang
berkenaan atau pegawai memerintahnya, lucutan itu hanya boleh dikenakan atas baki gajinya selepas
potongan-potongan itu dibuat.

(3) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) seksyen kecil (1) seseorang yang memegang pangkat memangku
adalah disifatkan sebagai memegang pangkat itu.

167. Penyampaian Proses Dalam Pembicaraan Nafkah.

(1) Apa-apa proses yang hendak disampaikan kepada seseorang pegawai atau askar-laskar angkatan tetap
(kemudian daripada ini disebut sebagai “pihak kena tuntut”) berkenaan dengan langkah-langkah
pembicaraan bagi perintah mahkamah awam dalam Persekutuan sebagaimana yang disebut dalam
seksyen kecil (1) seksyen 164, atau bagi mengubah, membatal atau menghidupkan semula sesuatu
perintah itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sepatutnya kepadanya jika telah
disampaikan kepadanya atau pegawai memerintahnya dan, dengan tidak menyentuh apa-apa cara
penyampajan yang lain, boleh disampaikan sedemikian melalui pos berdaftar.

(2) Jika apa-apa proses itu sebagaimana yang disebut dalam seksyen kecil (1) disampaikan dalam
Persekutuan dan pihak kena tuntut dikehendaki hadir sendiri dalam pembicaraan itu, maka jika pegawai
memerintahnya memperakui kepada mahkamah awam yang mengeluarkan proses itu bahawa pihak
1
kena tuntut itu diperintah untuk berkhidmat dalam perkhidmatan giat atau (jika pihak kena tuntut itu
seorang pegawai atau laskar dalam Tentera Laut) diperintah untuk berkhidmat di stesyen luar negeri
(iaitu, perkhidmatan yang bertempat di suatu pelabuhan di luar Persekutuan) dan pegawai memerintah
itu berpendapat bahawa pihak kena tuntut itu tidak boleh menghadiri pembicaraan itu dan pulang dalam
masa untuk memulai perkhidmatan itu, maka penyampaian proses itu hendaklah disifatkan sebagai
telah tidak dilaksanakan

BAHAGIAN VII

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM

Kuasa-kuasa Memerintah

86
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

168. Kuasa-Kuasa Memerintah.

(1) Bagi mengelakkan rasa waswas, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Majlis Angkatan Tentera boleh,
dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan-
peruntukan bagi orang-orang, yang menjadi anggota angkatan tentera, yang kepadanya akan
diletakhak pemerintahan ke atas angkatan tentera atau mana-mana bahagiannya atau anggota-
anggotanya dan berkenaan dengan keadaan yang di dalamnya pemerintahan sebagaimana yang
tersebut di atas akan dijalankan.

(2) Berkenaan dengan anggota-anggotan angkatan tentera apabila dalam kapal udara; seksyen kecil yang
tersebut di atas hendaklah mempunyai kuatkuasa seolah-olah sebutan-sebutan mengenai anggota-
anggota angkatan tentera termasuk sebutan-sebutan mengenai sesiapa jua yang memerintah sesuatu
kapal udara.

(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menyentuh mana-mana kuasa yang terletakhak kepada Yang
Dipertuan Agong oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

169. Kuasa-Kuasa Memerintah Apabila Bahagian-Bahagian Daripada Perkhidmatan Yang


Berlainan Berkhidmat Bersama.

(1) Apabila bahagian-bahagian daripada dua atau lebih daripada dua Perkhidmatan angkatan tentera
berkhidmat bersama, pemerintahan bahagian-bahagian itu bolehlah dijalankan oleh pegawai daripada
mana-mana Perkhidmatan angkatan tentera sebagaimana yang dilantik oleh pihak berkuasa yang
layak.

(2) Seseorang pegawai yang dilantik sebagaimana yang tersebut di atas hendaklah mempunyai kuasa
memerintah ke atas semua pegawai dan askar-laskar yang berkhidmat dalam bahagian-bahagian itu.

(3) Apabila dua atau lebih daripada dua bahagian dalam Perkhidmatan angkatan tentera berkhidmat
bersama dalam sesuatu kumpulan pasukan serba babagian, unit, stesyen atau pasukan, pegawai-
pegawai dan askar-laskar yang berkhidmat di dalamnya hendaklah, melainkan pihak berkuasa yang
layak mengarahkan selainnya, mematuhi perintah semua orang yang lebih kanan pangkatnya daripada
mereka dalam kumpulan pasukan, unit, stesyen atau pasukan itu, tidak kira apa Perkhidmatan mereka.

Pemulihan Terhadap Pengaduan

170. Pengaduan Oleh Pegawai-Pegawai.

(1) Jika seseorang pegawai berpendapat bahawa ia telah disalah tuduh dalam apa-apa perkara oleh
seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa atasan dan apabila ia membuat permohonan kepada
pegawai memerintahnya ia tidak memperolehi pemulihan sebagaimana yang difikirkannya ia berhak, ja
boleh membuat suatu pengaduan berkenaan dengan perkara itu kepada Majlis Angkatan Tentera.

(2) Apabila diterima mana-mana pengaduan itu maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis Angkatan
Tentera untuk menyiasat pengaduan itu dan memberikan apa-apa pemulihan sebagaimana yang pada
pendapatnya perlu, atau jika aduan itu menghendaki, Majlis Angkatan Tentera hendaklah, melalui
Menteri, membuat laporannya mengenai pengaduan itu kepada Yang Dipertuan Agong untuk
mendapatkan arahan Yang Dipertuan Agong mengenainya.

171. Pengaduan-Pengaduan Oleh Askar-Laskar.

(1) Jika seseorang askar-laskar berpendapat bahawa ia telah disalah tuduh dalam apa-apa perkara oleh
mana-mana pegawai selain daripada pegawai memerintahnya atau oleh mana-mana askar-laskar, ia
boleh membuat sesuatu pengaduan berkenaan dengan perkara itu kepada pegawai memerintahnya.

(2) Jika seseorang askar-laskar berpendapat bahawa ia telah disalah tuduh dalam apa-apa perkara oleh
pegawai memerintahnya, sama ada disebabkan sesuatu pemulihan yang diberikan terhadap sesuatu
pengaduan di bawah seksyen kecil yang tersebut diatas tidak memuaskan hatinya atau oleh kerana

87
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

sebab-sebab lain, ia boleh membuat sesuatu pengaduan berkenaan dengannya kepada mana-mana
pegawai atasan yang di bawahnya pengadu itu sedang berkhidmat pada masa itu.

(3) Adalah menjadi kewajipan seseorang pegawai memerintah atau pegawai lain untuk menyiasat apa-apa
pengaduan yang diterima olehnya di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang boleh dan
mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang pada pendapatnya perlu untuk memulihkan perkara
yang diadukan itu.

Peruntukan-Peruntukan Mengenai Kapal-Kapal Di Bawah Konvoi

172. Kapal-Kapal Di Bawah Konvoi.

(1) Adalah menjadi kewajipan mana-mana nakhoda atau orang lain yang memerintah mana-mana kapal
yang terkandung dalam sesuatu konvoi di bawah perintah seseorang pegawai Tentera Laut atau
Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia atau di bawah sesiapa jua yang dilantik bagi maksud
itu dengan kebenaran Menteri, untuk mematuhi, dalam semua perkara berkenaan dengan pelayaran
atau keselamatan konvoi itu, apa-apa arahan yang mungkin diberikan-

(a) jika konvoi itu diiringi oleh mana-mana kapal Tentera Laut, oleh pegawai memerintah bagi
mana-mana kapal itu;

(b) dalam apa-apa hal lain, oleh pegawai tersebut atau orang lain yang memerintah konvoi itu dan
mengambil langkah-langkah awasan untuk mengelakkan musuh sebagaimana yang
dikehendaki oleh mana-mana arahan itu.

(2) Jika mana-mana arahan itu tidak dipatuhi, mana-mana pegawai pemerintah, atau pegawai tersebut atau
lain orang yang memerintah konvoi itu, boleh memaksa supaya ianya dipatuhi dengan kekerasan
senjata, dan ia serta sesiapa jua yang bertindak di bawah perintahnya tidak akan bertanggung bagi
apa-apa bencana atau kehilangan nyawa atau apa-apa kerosakan kepada atau kerugian terhadap harta
akibat dari itu.

Peruntukan-Peruntukan Mengenai Salvej

173. Salvej Oleh Kapal-Kapal Atau Kapal Udara Seri Paduka Baginda.

(1) Jika perkhidmatan salvej diberikan oleh atau dengan bantuan sesebuah kapal atau kapal udara yang
dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang Dipertuan Agong dan digunakan dalam angkatan
tentera, Kerajaan Persekutuan boleh menuntut salvej bagi perkhidmatan-perkhidmatan itu, dan
hendaklah mempunyai hak dan remedi yang serupa berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan itu
seperti yang akan dipunyai oleh mana-mana pensalvej jika kapal atau kapal udara itu dipunyai olehnya.

(2) Tiada apa-apa tuntutan untuk perkhidmatan salvej oleh pemerintah atau mana-mana pegawai atau askar
laskar sesebuah kapal atau kapal udara yang dipunyaf oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang
Dipertuan Agong dan digunakan dalam angkatan tentera boleh dihukum dengan muktamad, melainkan
persetujuan Menteri terhadap pendakwaan tuntutan itu dibuktikan; dan persetujuan itu boleh diberikan
pada bila-bila masa sebelum hukuman muktamad itu.

(3) Mana-mana suratan yang berupa sebagai memberi persetujuan Menteri bagi maksud seksyen ini adalah
menjadi bukti bagi persetujuan itu.

(4) Jika sesuatu tuntutan untuk perkhidmatan salvej didakwa dan persetujuan Menteri tidak dibuktikan
tuntutan itu hendaklah ditolak dengan kos.

(5) Menteri boleh, atas syor Peguam Negara, menerima bagi pihak Yang Dipertuan Agong dan komander,
pegawai-pegawai dan askar laskar itu atau mana-mana daripada mereka, apa-apa tawaran
penyelesaian berkenaan dengan tuntutan-tuntutan bagi perkhidmatan salvej yang diberikan kepada
mana-mana kapal atau kapal udara yang dipunyai oleh atau yang dalam perkhidmatan Yang Dipertuan
Agong dan digunakan dalam angkatan tentera.

88
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(6) Hasil daripada mana-mana penyelesaian yang dibuat dibawah seksyen kecil yang terakhir tersebut di
atas hendaklah dibahagi-bahagikan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Angkatan
Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong.

Peruntukan-Peruntukan Berkenaan Dengan Orang


Tinggal Tugas Dan Anggota Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti

174. Penangkapan Orang Tinggal Tugas Dan Anggota Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti.

(1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap sesiapa jua yang ia mempunyai sebab-sebab yang
menasabah untuk mengesyaki sebagai seorang pegawai atau askar laskar dari angkatan tetap, yang
telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa cuti.

(2) Jika tiada pegawai polis boleh didapati, mana-mana pegawai atau askar laskar angkatan tetap, atau
sesiapa jua yang lain, boleh menangkap sesiapa jua yang ia mempunyai sebab-sebab yang
menasabah untuk mengesyaki sebagaimana yang tersebut di atas.

(3) Seseorang mejisteret atau orang lain yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sesuatu waran untuk
menangkap seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan dalam bidang kuasanya, jika berpuas
hati dengan keterangan bersumpah bahawa orang itu adalah menasabah disyaki, sebagai seorang
pegawai atau askar laskar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau yang tidak hadir tanpa
cuti, atau yang dengan menasabah disyaki sebagai tidak hadir, boleh mengeluarkan suatu warann yang
memberi kuasa terhadap penangkapannya.

(4) Sesiapa jua yang dalam jagaan menurut seksyen mi hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh
dan walau bagaimana pun dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi apa-apa
perjalanan yang perlu) di bawa ke hadapan seorang mejisteret.

175. Pembicaraan Dihadapan Sebuah Mahkamah Awam Jika Orang-Orang Disyaki Sebagai Tidak
Hadir Dengan Cara Yang Menyalahi Undang-Undang.

(1) Jika seseorang yang di bawa kehadapan seorang mejisteret dituduh sebagai seorang pegawai atau
askar laskar angkatan tetap yang telah meninggalkan tugas atau tidak hadir tanpa cuti, peruntukan-
peruntukan yang berikut hendaklah berkuatkuasa.

(2) Jika ia mengaku bahawa ia telah tidak hadir secara menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap
dan mejisteret itu berpuas hati berkenaan kebenaran pengakuan itu, maka-

(a) melainkan ia di dalam jagaan bagi sebab-sebab yang lain, mejisteret itu hendaklah, dan

(b) walaupun ia di dalam jagaan bagi sebab lain, mejisteret itu boleh,

dengan serta merta sama ada mengarahkan supaya ia diserahkan kepada jagaan angkatan tentera
mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh mejisteret itu, atau memasukkannya ke dalam
penjara, balai polis atau lain tempat yang disediakan bagi pengurungan orang-orang dalam jagaan, untuk
disimpan di situ selama masa yang menasabah sebagaimana yang ditetapkan oleh mejisteret itu (tidak
melebihi masa sebagaimana yang pada pendapat mejisteret dengan menasabah perlu bagi maksud
membolehkan ia diserah kepada jagaan angkatan tentera) atau sehingga ia terlebih dahulu diserah kepada
jagaan itu.

(3) Apa-apa masa yang ditetapkan oleh mejisteret menurut seksyen keci1 yang akhir tersebut di atas boleh
dilanjutkan oleh mejisteret itu dari semasa ke semasa jika pada pendapatnya adalah dengan
menasabah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud sebagaimana yang tersebut di atas.

(4) Jika ia tidak mengaku bahawa ia telah tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang sebagaimana
yang tersebut di atas, atau jika mejisteret tidak berpuashati berkenaan dengan kebenaran pengakuan
itu, mejisteret hendaklah menimbangkan kesalahan itu dan mana-mana kenyataan yang dituduh, dan
jika berpuashati bahawa ia adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini
dan jika ia berpendapat bahawa ada keterangan yang cukup untuk mematutkan ia dibicarakan di
bawah Akta ini atas kesalahan tinggal tugas atau tidak hadir tanpa cuti maka, melainkan ia di dalam

89
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

jagaan bagi sebab-sebab lain, mejisteret hendaklah mengarahkan ia diserah kepada jagaan angkatan
tentera, atau memasukkannya sebagaimana tersebut di atas, atau dengan secara lain melepaskan:

Dengan syarat bahawa jika ia di dalam jagaan kerana sebab-sebab lain mejisteret hendaklah
mempunyai kuasa menurut budi bicaranya, untuk bertindak menurut seksyen kecil ini.

176. Orang Tinggal Tugas Dan Anggota Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti Yang Menyerah Kepada
Polis.

(1) Jika dalam Persekutuan seseorang itu menyerah diri kepada seseorang pegawai polis sebagai tidak
hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan tetap, pegawai polis itu hendaklah
(melainkan ia menyerah diri di sesuatu balai polis) membawanya ke balai polis.

(2) Pegawai yang menjaga balai polis di mana seseorang itu telah menyerah diri sebagaimana yang
tersebut di atas, atau di mana seseorang yang telah menyerah diri sedemikian itu dibawa. hendaklah
dengan serta merta menyiasat akan' perkara itu, dan jika pada pendapat pegawai itu bahawa orang
tersebut telah tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang sebagaimana yang tersebut di atas ia
boleh mengarahkan supaya orang itu diserahkan kepada jagaan angkatan tentera tanpa membawanya
ke hadapan seorang mejisteret atau supaya orang itu di bawa ke hadapan seorang mejisteret.

177. Perakuan-Perakuan Penangkapan Atau Penyerahan Orang Tinggal Tugas Dan Anggota-
Anggota Yang Tidak Hadir.

(1) Jika seseorang mejisteret menurut seksyen 175 membicarakan seseorang yang tidak hadir secara yang
menyalahi undang-undang, maka apabila orang itu diserahkan kepada jagaan angkatan tentera
hendaklah juga diserahkan suatu perakuan dalam borang yang ditetapkan, yang ditandatangani oleh
mejisteret, mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan dengan penangkapan atau penyerahan
dan pembicaraan dihadapan mejisteret itu.

(2) Jika dalam seksyen kecil yang akhir tersebut di atas seseorang itu diserahkan ke dalam jagaan angkatan
tentera tanpa dibawa ke hadapan seseorang mejisteret, maka hendaklah diserahkan suatu perakuan
dalam borang yang ditetapkan, yang ditandatangani oleh pegawai polis yang mengarahkan ia
diserahkan kepada jagaan angkatan tentera, mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkenaan
penyerahan dirinya.

(3) Dalam mana-mana pembicaraan di bawah seksyen 54 atau 55:-

(a) sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu perakuan di bawah salah satu daripada seksyen-
seksyen kecil yang tersebut di atas dan berupa sebagai ditandatangani sebagaimana yang
dikehendaki, hendaklah menjadi keterangan terhadap perkara-perkara yang dinyatakan dalam
suratan itu;

(b) jika pembicaraan adalah terhadap seseorang yang, apabila ditangkap atau menyerah diri, telah
dimasukkan ke dalam jagaan angkatan tentera atau ke dalam jagaan tentera laut, tentera
darat atau tentera udara mana-mana angkatan asing, suatu perakuan yang berupa sebagai
ditandatangani oleh seseorang pegawai polis tentera, atau mana-mana pegawai yang
bersamaan bagi sesuatu angkatan asing, atau oleh mana-mana pegawai lain yang menjaga
bilik kawalan atau tempat lain di mana orang itu dikurong apabila dibawa ke dalam jagaan,
menyatakan nyataan, tarikh, masa dan tempat penangkapan atau penyerahan, hendaklah
menjadi keterangan bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(4) Dalam seksyen ini perbahasaan “yang ditetapkan” ertinya yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan
yang dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong.
178. Kewajipan Penguasa Penjara Dan Lain-Lain Untuk Menerima Orang Tinggal Tugas Dan
Anggota Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti.

(1) Maka hendaklah menjadi kewajipan penguasa atau lain-lain orang yang menjaga sesuatu penjara awam
dalam Persekutuan untuk menerima sesiapa jua yang telah dimasukkan dengan sempurna ke dalam
penjara itu oleh seseorang mejisteret sebagai tidak hadir secara yang menyalahi undang-undang
daripada angkatan tetap dan untuk menahannya se hingga ia diserahkan kepada jagaan angkatan
tentera menurut arahan-arahan mejisteret itu.

90
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(2) Seksyen kecil yang akhir tersebut di atas hendaklah dipakai kepada orang yang menjaga mana-mana
balai polis atau lain-lain tempat (yang bukannya suatu penjara) dalam Persekutuan yang diadakan bagi
pengurongan orang-orang dalam jagaan sebagaimana yang dipakai kepada penguasa atau lain-lain
orang yang menjaga sesuatu penjara awam.

Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Angkatan Tentera


Yang Boleh Dihukum Oleh Mahkamah Awam

179. Hukuman Kerana Berpura-Pura Sebagai Seorang Tinggal Tugas.

Tiap-tiap orang yang dalam Persekutuan dengan falsu menyatakan dirinya kepada mana-mana pihak
berkuasa angkatan tentera atau pihak berkuasa awam sebagai seorang tinggal tugas daripada angkatan
tetap boleh, apabila di sabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama
suatu tempuh tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

180. Hukuman Kerana Menngha1ang Anggota-Anggota Angkatan Tetap Dalam Menjalankan


Tugas.

Tiap-tiap orang yang dalam Persekutuan dengan bersengaja menghalang atau dengan chara lain
mengganggu mana-mana pegawai atau askar laskar angkatan tetap dalam menjalankan tugasnya boleh,
apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh
tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Peruntukan-Peruntukan Berkenaan Dengan Keterangan

181. Peruntukan-Peruntukan am berkenaan dengan keterangan.

(1) Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuasa berkenaan dengan keterangan dalam
pembicaraan-pembicaraan di bawah Akta ini, sama ada dihadapan sesuatu mahkamah tentera,
sesuatu mahkamah awam atau selainnya.

(2) Sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu salinan kertas penyaksian yang ditandatangani oleh sesiapa
jua dan yang berupa sebagai diperakui sebagai salinan yang benar oleh seseorang yang dinyatakan
dalam perakuan itu sebagai yang menjaga kertas penyaksian itu hendaklah menjadi keterangan bagi
pendaftaran orang yang disaksikan itu.

(3) Kertas penyaksian yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh seseorang pada masa
pendaftarannya hendaklah menjadi keterangan bahawa ia telah memberi jawapan kepada soalan-
soalan yang direkodkan di dalamnya.

(4) Sesuatu surat, penyata atau lain-lain suratan yang menyatakan bahawa sesiapa jua:-

(a) telah atau tidak berkhidmat pada mana-mana masa tertentu atau dalam masa mana-mana
tempoh tertentu dalam mana-mana angkatan tentera, atau telah diberhenti kerja daripada
mana-mana angkatan tentera pada atau sebelum mana-mana masa tertentu; atau

(b) memegang atau tidak memegang pada mana-mana masa tertentu apa-apa pangkat atau
jawatan yang tertentu dalam mana-mana daripada angkatan-angkatan itu, atau telah pada
atau sebelum sesuatu masa tertentu ditugaskan, dipinjamkan, ditempatkan atau ditukarkan
kepada mana-mana daripada angkatan-angkatan itu, atau pada mana-mana masa tertentu
atau dalam masa mana-mana tempoh tertentu telah atau tidak berkhidmat atau telah atau
tidak memegang apa-apa pangkat atau jawatan dalam mana-mana negeri atau tempat
tertentu; atau

(c) telah atau tidak pada mana-mana masa tertentu diberikuasa untuk menggunakan atan memakai
apa-apa bintang, lencana atau lambang, hendaklah, jika berupa sebagai dikeluarkan oleh atau
bagi pihak Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh seseorang yang
diberi kuasa oleh Majlis Angkatan Tentera menjadi keterangan bagi perkara-perkara yang
dinyatakan dalam surat, penyata atau lain suratan itu.

91
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(5) Sesuatu rekod yang dibuat dalam mana-mana buku perkhidmatan atau lain-lain suratan yang ditetapkan
oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi maksud-maksud seksyen kecil ini, iaitu
suatu rekod yang dibuat menurut mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya pada
menjalankan kewajipan, dan berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah atau oleh
sesiapa jua yang adalah menjadi kewajipannya untuk membuat rekod itu, hendaklah menjadi
keterangan bagi nyataan yang tercatit di dalamnya; dan satu salinan bagi sesuatu rekod (termasuk
tandatangan yang di dalamnya) dalam mana-mana buku atau lain-lain suratan itu sebagaimana yang
tersebut di atas, yang berupa sebagai diperakui sebagai suatu salinan yang benar oleh seseorang yang
dinyatakan dalam perakuan itu sebagai orang yang menjaga buku atau lain-lain suratan itu, hendaklah
menjadi keterangan bagi rekod itu.

(6) Sesuatu suratan yang berupa sebagai telah dikeluarkan dengan perintah Majlis Angkatan Tentera dan
mengandungi arahan-arahan, perintah-perintah atau peraturan-peraturan yang diberi atau dibuat oleh
Majlis Angkatan Tentera hendaklah menjadi keterangan berkenaan pemberian arahan atau
pengeluaran perintah atau peraturan-peraturan itu dan hendaklah menjadi keterangan berkenaan
dengan kandungan arahan, perintah dan peraturan-peraturan itu.

(7) Sesuatu perakuan yang berupa sebagai telah dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pegawai Penjaga Rekod
Angkatan Tentera Malaysia atau oleh seseorang yang diberikuasa oleh Majlis Angkatan Tentera-

(a) bahawa sesuatu bintang dari sesuatu jenis yang dinyatakan di dalamnya atau dilampirkan
kepada sesuatu perakuan adalah suatu bintang perkhidmatan; atau

(b) bahawa sesuatu lencana atau lambang dan sesuatu jenis yang dinyatakan di dalam atau yang
dilampirkan kepada sesuatu perakuan adalah diberikan atau yang diberi kuasa oleh Majlis
Angkatan Tentera, hendaklah menjadi keterangan bagi perkara-perkara yang dinyatakan
dalam perakuan itu.

(8) Sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh pegawai memerintah seseorang itu atau
oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya untok memberikan perakuan itu, dan menyatakan
kandungan atau mana-mana bahagian perintah tetap dan lain-lain perintah biasa dan jenis yang
berlanjutan yang dibuat untuk:-

(a) apa-apa kumpulan pasukan atau unit atau kumpulan terup; atau

(b) apa-apa komand atau lain-lain kawasan, setesen, gerisen atau tempat; atau

(c) apa-apa kapal atau pasukan tentera laut; atau

(d) mana-mana keretapi atau kapal udara,

hendaklah dalam pembicaraan terhadap orang tersebut menjadi keterangan bagi perkara-perkara yang
dinyatakan dalam perakuan itu.

187A. Pungutan caruman.

(1) Pihak berkuasa yang layak boleh memungut apa-apa caruman yang difikirkannya patut bagi maksud
meningkatkan kebajikan dan memperuntukkan lain-lain faedah bagi anggota angkatan tentera dan
keluarga mereka, termasuk bagi penubuhan mes di berbagai-bagai unit.
Pin. A974/96

(2) Bagi maksud Bahagian V, caruman hendaklah disifatkan sebagai harta perkhidmatan.

(3) Majlis Angkatan Tentera boleh mengeluarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera bagi maksud seksyen
ini termasuk mengadakan peruntukan bagi perlantikan orang yang olehnya dan cara yang mana
caruman itu akan ditadbirkan, diuruskan, dikawal dan dibayar.

(4) Bagi maksud seksyen ini, "unit" ertinya markas, formasi, pengkalan, kapal, stesen, depot, pusat latihan
atau apa-apa yang bersamaan dengannya.

92
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

187B. Pengesahan Caruman Yang Dipungut.

Apa-apa caruman yang dipungut dan apa-apa wang yang dibelanjakan daripadanya bagi mana-mana
tempoh sebelum mula berkuatkuasanya peruntukan ini yang akan menjadi sah di sisi undang-undang jika
peruntukan ini telah berkuatkuasa adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dipungut dan
dibelanjakan secara sah di sisi undang-undang.
Pin. A974/96

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai-Pegawai.

(1) Seseorang pegawai angkatan tetap hendaklah, apabila dia berhenti, meletakkan jawatan, tamat atau
bersara dari perkhidmatan, berkhidmat dalam suatu Simpanan Pegawai dari Perkhid-matannya sendiri
bagi suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun mulai dari hari yang berikutan dengan hari berhenti,
perletakan jawatan, penamatan atau persaraan dari perkhidmatan itu berkuatkuasa:
Pin. A974/96
Dengan syarat bahawa Majlis Angkatan Tentera boleh atas budi bicaranya mengecualikan mana-mana
pegawai atau kategori pegawai sedemikian daripada perkhidmatan simpanan itu.

189. Penubuhan Suatu Simpanan Angkatan Tetap.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan serta disenggarakan di Persekutuan suatu Simpanan Angkatan Tetap yang
hendaklah mengandongi:-

(a) pegawai-pegawai yang dikehendaki berkhidmat dalam suatu Simpanan Pegawai-pegawai di


bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) seksyen 188;

(b) semua askar laskar dan angkatan tetap yang pada mula berkuatkuasanya Akta ini adalah
berkhidmat dalam simpanan itu menurut syarat-syarat pendaftaran mereka; dan

(c) semua askar laskar angkatan tetap yang menurut syarat-syarat pendaftaran mereka ditukarkan
kepada simpanan itu apabila tamatnya perkhidmatan penuh masa mereka.

(2) Dalam tiap-tiap satu tahun perbelanjaan yang dicadangkan akan dilakukan atas Simpanan Angkatan
Tetap hendaklah dimasukkan dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan atas angkatan
tentera.

189A. Pangkat Semasa Berkhidmat Dalam Simpanan Angkatan Tetap.

(1) Seseorang pegawai atau askar-laskar yang berkhidmat dalam Simpanan Angkatan Tetap adalah berhak
sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam simpanan memegang pangkat hakiki yang akhir dipegang
olehnya semasa berkhidmat dalam angkatan tetap.
Pin. A974/96

(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang pegawai dalam Simpanan Angkatan Tetap yang telah
berkhidmat sebagai seorang pegawai yang ditauliahkan bagi suatu tempoh yang ditetapkan dalam
angkatan tetap hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai bertauliah.

190. Kerahan Untuk Berkhidmat Dengan Perisytiharan.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh, dengan Perisytiharan, mengerah untuk berkhidmat kesemua atau mana-
mana bahagian Simpanan Angkatan Tetap.

(2) Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen kecil (1) hendaklah
melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis
Angkatan Tentera atau seseorang

93
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

182. Bukti Bagi Keputusan Sesuatu Pembicaraan Mahkamah Awam.

(1) Jika seseorang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini telah dibicarakan
dihadapan sesuatu mahkamah awam (sama ada pada masa pembicaraan itu ia adalah tertakluk
sedemikian atau tidak), suatu perakuan yang ditandatangani oleh pendaftar mahkamah awam itu dan
menyatakan semua atau mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut:-

(a) bahawa orang tersebut telah dibicarakan dihadapan mahkamah itu bagi sesuatu kesalahan
yang dinyatakan dalam perakuan itu;

(b) keputusan pembicaraan itu;

(c) apa-apa hukuman atau perintah yang telah diberikan atau dibuat oleh mahkamah itu;

(d) bahawa kesalahan-kesalahan yang lain yang dinyatakan dalam perakuan itu telah diberi
pertimbangan dipembicaraan itu,

hendaklah bagi maksud-maksud Akta ini menjadi keterangan bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam
perakuan itu.

(2) Pendaftar mahkamah awam itu hendaklah jika dikehendaki oleh pegawai memerintah orang yang ber-
kenaan itu atau mana-mana pegawai lain memberikan suatu perakuan di bawah seksyen ini.

(3) Sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu perakuan di bawah seksyen ini dan yang berupa sebagai
ditandatangani oleh pendaftar sesuatu mahkamah awam hendaklah, melainkan akasnya dibuktikan,
disifatkan sebagai suatu perakuan sedemikian.

183. Keterangan Pembicaraan Mahkamah-Mahkamah Tentera.

(1) Pembicaraan asal sesuatu mahkamah tentera yang berupa sebagai ditandatangani oleh yang dipertua
mahkamah tentera itu dan dalam jagaan Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera Malaysia atau
sesiapa jua yang menyimpannya dengan sah, boleh diterima sebagai keterangan apabila dikeluarkan
daripada jagaan itu.

(2) Sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu salinan bagi pembicaraan asal sesuatu mahkamah tentera
atau mana-mana bahagiannya dan sebagai diperakui oleh Pegawai Penjaga Rekod Angkatan Tentera
Malaysia atau sesiapa jua yang diberi kuasa olehnya, atau oleh sesiapa jua yang menjaga dengan sah
akan pembicaraan itu, sebagai suatu salinan yang benar, hendaklah menjadi keterangan bagi
kandungan pembicaraan atau bahagian yang mengenai suratan itu, mengikut mana yang berkenaan.

(3) Seksyen ini dipakai kepada mana-mana keterangan yang diberi dalam mana-mana mahkamah awam
dalam Persekutuan berhubung dengan pembicaraan jenayah.

Peruntukan-peruntukan Pelbagai

184. Sekatan Atas Penurunan Pangkat Pegawai-Pegawai Waran Dan Pegawai-Pegawai Tidak
Bertauliah.

(1) Seseorang pegawai waran dari angkatan tetapi tidaklah boleh diturunkan pangkat melainkan dengan
hukuman sesuatu mahkamah tentera atau dengan perintah Majlis Angkatan Tentera, atau Ketua Turus
yang berkenaan atau seseorang pegawai yang diberikuasa oleh Majlis Angkatan Tentera.

(2) Seseorang ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah (lain daripada las koperal atau las koperal
meriam) atau pegawal kecil dan angkatan tetap tidaklah boleh diturunkan pangkat melainkan dengan
hukuman sesuatu mahkamah tentera, atau oleh pegawai memerintahnya dengan kelulusan dan setakat
yang diluluskan oleh sesuatu pihak berkuasa lulusan, atau dengan perintah Majlis Angkatan Tentera
atau Ketua Turus yang berkenaan atau seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis Angkatan
Tentera.

94
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah salah satu daripada dua seksyen kecil yang akhir tersebut
diatas boleh diberikan secara am atau tertakluk kepada sekatan-sekatan sebagaimana yang ditetapkan
oleh Majlis Angkatan Tentera.

(4) Bagi maksud-maksud seksyen kecil (1) dan (2) penurunan pangkat tidak termasuk turun pangkat
daripada pangkat yang sedang dipangku.
Pin A974/96

185. Mengelakkan Caj Atas Gaji Tentera, Pencen, Dsb.

(1) Tiap-tiap penyerahanhak bagi atau caj ke atas, dan tiap-tiap perjanjian untuk memindahak atau
mengechaj, apa-apa gaji, award perkhidmatan, pemberian, pencen, ganjaran atau elaun yang kena
dibayar berkenaan dengan perkhidmatannya atau perkhidmatan sesiapa jua yang lain dalam angkatan
tentera hendaklah menjadi tidak sah.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya oleh Akta ini, tiada apa-apa perintah boleh
dibuat oleh mana-mana mahkamah tentera atau mahkamah awam yang bermaksud untuk menahan
sesiapa jua daripada menerima apa-apa yang menurut kuasa seksyen ini ia adalah dicegah daripada
menyerahak dan untuk mengarahkan bayarannya kepada orang lain.

(3) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh memudaratkan mana-mana undang-undang bertulis yang
mengadakan peruntukan bagi pembayaran apa-apa jumlah wang kepada seseorang pemegang
amanah bagi seseorang bankrap dalam kebankrapan untuk dibahagi-bahagikan diantara sipiutang-
piutang.

186. Kuasa Pegawai Tertentu Untuk Membuat Akuan Berkanun.

(1) Seseorang pegawai angkatan tetap yang berpangkat tidak rendah daripada mejar, komander muda laut
atau komander muda udara (kemudian daripada ini disebut “pegawai yang diberikuasa”) boleh, di luar
Persekutuan, mengambil akuan berkanun daripada orang-orang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan dibawah Akta ini.

(2) Sesuatu suratan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai yang diberi kuasa pada
menyaksikan sesuatu akuan berkanun yang dibuat di hadapannya menurut seksyen ini dan
mengandungi di dalam jurat atau penyaksian suatu kenyataan tarikh dan tempat di mana akuan itu
dibuat dan nama penuh dan pangkat pegawai itu hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti
bahawa tandatangan itu adalah tandatangan pegawai tersebut atau tanpa bukti mengenai nyataan yang
sedemikian dinyatakan.

187A. Pungutan caruman.

(1) Pihak berkuasa yang layak boleh memungut apa-apa caruman yang difikirkannya patut bagi maksud
meningkatkan kebajikan dan memperuntukkan lain-lain faedah bagi anggota angkatan tentera dan
keluarga mereka, termasuk bagi penubuhan mes di berbagai-bagai unit.
Pin. A974/96

(2) Bagi maksud Bahagian V, caruman hendaklah disifatkan sebagai harta perkhidmatan.

(3) Majlis Angkatan Tentera boleh mengeluarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera bagi maksud seksyen
ini termasuk mengadakan peruntukan bagi perlantikan orang yang olehnya dan cara yang mana
caruman itu akan ditadbirkan, diuruskan, dikawal dan dibayar.

(4) Bagi maksud seksyen ini, "unit" ertinya markas, formasi, pengkalan, kapal, stesen, depot, pusat latihan
atau apa-apa yang bersamaan dengannya.

187B. Pengesahan Caruman Yang Dipungut.

Apa-apa caruman yang dipungut dan apa-apa wang yang dibelanjakan daripadanya bagi mana-mana
tempoh sebelum mula berkuatkuasanya peruntukan ini yang akan menjadi sah di sisi undang-undang jika
peruntukan ini telah berkuatkuasa adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dipungut dan
dibelanjakan secara sah di sisi undang-undang.
Pin. A974/96

95
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai-Pegawai.

(1) Seseorang pegawai angkatan tetap hendaklah, apabila dia berhenti, meletakkan jawatan, tamat atau
bersara dari perkhidmatan, berkhidmat dalam suatu Simpanan Pegawai dari Perkhid-matannya sendiri
bagi suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun mulai dari hari yang berikutan dengan hari berhenti,
perletakan jawatan, penamatan atau persaraan dari perkhidmatan itu berkuatkuasa:
Pin. A974/96
Dengan syarat bahawa Majlis Angkatan Tentera boleh atas budi bicaranya mengecualikan mana-mana
pegawai atau kategori pegawai sedemikian daripada perkhidmatan simpanan itu.

189. Penubuhan Suatu Simpanan Angkatan Tetap.

(1) Maka hendaklah ditubuhkan serta disenggarakan di Persekutuan suatu Simpanan Angkatan Tetap yang
hendaklah mengandongi:-

(a) pegawai-pegawai yang dikehendaki berkhidmat dalam suatu Simpanan Pegawai-pegawai di


bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) seksyen 188;

(b) semua askar laskar dan angkatan tetap yang pada mula berkuatkuasanya Akta ini adalah
berkhidmat dalam simpanan itu menurut syarat-syarat pendaftaran mereka; dan

(c) semua askar laskar angkatan tetap yang menurut syarat-syarat pendaftaran mereka ditukarkan
kepada simpanan itu apabila tamatnya perkhidmatan penuh masa mereka.

(2) Dalam tiap-tiap satu tahun perbelanjaan yang dicadangkan akan dilakukan atas Simpanan Angkatan
Tetap hendaklah dimasukkan dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan atas angkatan
tentera.

189A. Pangkat Semasa Berkhidmat Dalam Simpanan Angkatan Tetap.

(1) Seseorang pegawai atau askar-laskar yang berkhidmat dalam Simpanan Angkatan Tetap adalah berhak
sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam simpanan memegang pangkat hakiki yang akhir dipegang
olehnya semasa berkhidmat dalam angkatan tetap.
Pin. A974/96

(2) Bagi maksud Bahagian ini, seseorang pegawai dalam Simpanan Angkatan Tetap yang telah
berkhidmat sebagai seorang pegawai yang ditauliahkan bagi suatu tempoh yang ditetapkan dalam
angkatan tetap hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai bertauliah.

190. Kerahan Untuk Berkhidmat Dengan Perisytiharan.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh, dengan Perisytiharan, mengerah untuk berkhidmat kesemua atau mana-
mana bahagian Simpanan Angkatan Tetap.

(2) Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen kecil (1) hendaklah
melaporkan diri untuk berkhidmat pada masa dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis
Angkatan Tentera atau seseorang pegawai yang diberikuasa bagi pihaknya, melalui pemberitahu dalam
Warta atau selainnya.

(3) Tiap-tiap anggota simpanan apabila dikerah untuk berkhidmat dengan sesuatu perisytiharan di bawah
seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai seseorang yang tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Bahagian V dan jika ia gagal, tanpa cuti yang diberikan dengan sah atau tanpa
apa-apa alasan yang menasabah, untuk melaporkan diri menurut peruntukan-peruntukan seksyen kecil
(2) ia boleh dibicarakan bagi kesalahan tinggal tugas dalam erti seksyen 54.

96
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(4) Tiap-tiap anggota simpanan yang dikerah untuk berkhidmat boleh kena berkhidmat sebagai seorang
pegawai atau askar laskar dalam angkatan tetap sehingga perkhidmatannya tidak lagi diperlukan,
walau bagaimanapun, ia tidaklah boleh dikehendaki untuk berkhidmat selama suatu tempoh yang pada
keseluruhannya melebihi kesemua baki tempoh perkhidmatannya dalam Simpanan Angkatan Tetap
dan berkenaan dengan seseorang anggota simpanan yang adalah seorang askar laskar bagi suatu
tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua belas bulan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
seksyen kecil (2) seksyen 27.

191. Kerahan Untuk Berkhidmat Dengan Perisytiharan.

(1) Dalam tempoh perkhidmatannya dalam Simpanan Keranan Angkatan Tetap seseorang ahli simpanan itu
boleh dikerah untuk latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 194.

(2) Pihak berkuasa yang layak boleh menyampaikan atau boleh mengarahkan supaya disampaikan kepada
mana-mana anggota simpanan suatu notis latihan yang hendaklah menyatakan bahawa ia adalah
dikerah untuk latihan dan tempoh yang ianya dikerah itu dan hendaklah menghendakinya hadir pada
masa dan tempat dan pada hari dan kepada pihak berkuasa sebagaimana yang dinyatakannya dalam
notis itu.

(3) Jika sesuatu notis latihan telah disampaikan kepada mana-mana anggota simpanan, pihak berkuasa
yang layak boleh pada bila-bila masa sebelum tarikh yang ianya dikehendaki untuk hadir mengarahkan
supaya disampaikan kepadanya suatu notis tambahan yang mengubah notis latihan itu dengan
menukarkan tempat atau masa, tetapi bukan tarikh yang ia dikehendaki hadir.

(4) Tiap-tiap notis latihan yang disampaikan selain daripada dengan pos berdaftar hendaklah menghendaki
anggota simpanan yang kepadanya notis itu disampaikan supaya mengaku akan penerimaannya dalam
masa sebagaimana yang ditetapkan dalam syarat itu; dan jika pengakuan penerimaan itu tidak diterima
pihak berkuasa yang layak itu boleh mengarahkan supaya suatu lagi notis latihan disampaikan
kepadanya dengan pos berdaftar dan boleh dengan notis itu mengarahkan supaya notis terdahulu
hendaklah disifatkan sebagai tidak mempunyai apa-apa kuatkuasa.

(5) Jika pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatan seseorang anggota simpanan dalam Simpanan
Angkatan Tetap sesuatu perubahan berlaku kepada nama atau alamatnya, ia hendaklah seanjutnya
memberitahu berkenaan pertukaran itu kepada orang dan dengan cara sebagaimana yang ditetapkan
oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 194; dan jika ia gagal untuk berbuat demikian
ia adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh, apabila disabitkan di hadapan se-
suatu Mahkamah Mejisteret, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit.

(6) Tiap-tiap anggota simpanan apabila dikerah untuk latihan di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan
sebagai orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan jika ia gagal,
tanpa cuti yang diberikan dengan sah atau tanpa alasan yang menasabah, untuk hadir menurut
peruntukan-peruntukan seksyen kecil (2) boleh dibicarakan atas kesalahan tidak hadir tanpa cuti dalam
erti seksyen 55.

192. Pekerjaan Awam Anggota-Anggota Simpanan Tidak Tersentuh Oleh Perkhidmatan Dalam
Simpanan.

Peruntukan-peruntukan seksyen 201 dan 2l2 Ordinan Perkhidmatan Negara, 1952, hendaklah dipakai
kepada anggota-anggota simpanan apabila dikerah untuk berkhidmat atau untuk latihan di bawah
peruntukan-peruntukan seksyen 190 dan 191.

193. Pemberhentian Kerja Anggota-Anggota Simpanan.

Seseorang anggota simpanan boleh diberhentikan kerja menurut peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah seksyen 194 pada bila-bila masa semasa berjalannya mana-mana tempoh perkhidmatan simpanan.

97
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera Untuk Membuat Peraturan-Peraturan Yang Meliputi Kerahan,
Gaji, Laporan, Dsb. Bagi Anggota-Anggota Simpanan.

Majlis Angkatan Tentera boleh dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong membuat peraturan-peraturan
termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan melalui
Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan pentadbiran dan tatatertib bagi Simpanan Angkatan
Tetap dan, dengan tidak memudaratkan keluasan makna perkara-perkara yang tersebut di atas, boleh
membuat peraturan-peraturan:

(a) untuk mengerah anggota-anggota simpanan untuk latihan;

(b) untuk mengerah untuk perkhidmatan penuh masa;

(c) untuk mengadakan peruntukan bagi gaji dan elaun anggota-anggota simpanan;

(d) menghendaki anggota-anggota simpanan melaporkan din mereka dan semasa ke semasa, dan
untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa yang layak yang ditetapkan oleh peraturan-
peraturan itu sebelum meninggalkan Persekutuan;

(e) mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan oleh Bahagian
ini.
Pin. A974/96

BAHAGIAN IX

ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

195. Menubuhkan Angkatan Sukarela.

(1) Maka hendaklah ditubuh dan disenggarakan dalam Persekutuan tiga Perkhidmatan angkatan sukarela
yang berikut, iaitu:-

(a) “Askar Wataniah Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris “Malaysian Territorial Army”;

(b) “Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris "Royal
Malaysian Naval Volunteer Reserve” ; dan

(c) “Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris “Royal
Malaysian Air Force Volunteer Reserve”.

(2) Dalam tiap-tiap tahun perbelanjaan yang dichadangkan akan dilakukan atas angkatan-angkatan sukarela
itu hendaklah dimasukkan ke dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan atas angkatan
tentera.

196. Keanggotaan.

(1) Angkatan sukarela hendaklah terdiri daripada kor, unit, kapal, pasukan dan lain-lain komponen
sebagaimana angkatan sukarela yang ditubuhkan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke
semasa.

(2) Tiap-tiap kor, unit, kapal, pasukan atau lain-lain komponen yang ditubuhkan di bawah peruntukan-
peruntukan seksyen kecil (1):-

(a) hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan
oleh Majlis Angkatan Tentera;

(b) hendaklah mengandungi unit-unit kecil, cawangan atau sekuadron, sebagaimana yang
diarahkan oleh Majlis Angkatan Tentera dan semasa ke semasa.

98
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mana-mana kor, unit, kapal, pasukan atau
lain-lain komponen yang ditubuhkan di bawah seksyen kecil (1) dengan nama atau gelaran
sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera di bawah perenggan (a) seksyen kecil (2)
hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, unit, kapal, pasukan atau lain-lain
komponen atau, sebagaimana yang dikehendaki oleh kandungan ayatnya, mengenai anggota-
anggotanya.

(4) Majlis Angkatan Tentera boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta
melakukan mana-mana daripada perkara-perkara yang berikut, iaitu:-

(a) membubar kesemua atau sebahagian daripada mana-mana kor, unit, pasukan atau lain-lain
komponen; atau

(b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain, mana-mana unit dengan mana-mana
unit lain, mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen
dengan mana-mana komponen lain; atau

(c) memotong nama mana-mana kapal daripada daftar; atau

(d) mengubah atau meminda nama atau gelaran bagi mana-mana kor, unit, kapal, pasukan atau
lain-lain komponen.

197. Perintah.

(1) Ketiga-tiga Perkhidmatan angkatan sukarela itu hendaklah berada di bawah perintah Ketua Turus yang
berkenaan, iaitu Askar Wataniah Malaysia hendaklah di bawah perintah Panglima Tentera Darat,
Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia hendaklah di bawah perintah Panglima Tentera Laut,
dan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia hendaklah di bawah Panglima Tentera Udara.
Pin. A974/96
(2) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) jika:-

(a) kesemua atau mana-mana bahagian sesuatu angkatan sukarela telah dikerah untuk berkhidmat
di bawah seksyen 202; atau

(b) kesemua atau mana-mana bahagian sesuatu angkatan sukarela sedang berlatih menjalankan
eksesais atau menjalankan gerakan bersama dengan angkatan tetap atau sesuatu angkatan
asing, Ketua Turus yang memerintah angkatan sukarela yang berkenaan boleh menempatkan
kesemua atau mana-mana bahagian angkatan itu di bawah perintah sementara mana-mana
pegawai angkatan tetap.

(3) Seseorang Ketua Turus boleh, dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera, membuat perintah yang tidak
berlawanan dengan Akta ini dan apa-apa kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya, yang
mengadakan peruntukan bagi alat kelengkapan, penyusunan dan pentadbiran am sesuatu angkatan
sukarela di bawah perintahnya. Khususnya dan dengan tiada memudaratkan keluasan kuasa yang
tersebut di atas, perintah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi:-

(a) pengeluaran dan penjagaan senjata, kelengkapan, peluru, bekalan, pakaian dan alat
kelengkapan;

(b) penyata, buku dan borang surat menyurat;

(c) penubuhan dan perjalanan yayasan-yayasan bagi mengadakan tempat berehat dan makan-
minum kepada ahli-ahli angkatan sukarela.

198. Mentauliahkan Pegawai-Pegawai.

(1) Pegawai dalam angkatan sukarela hendaklah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong.

(2) Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) boleh dikurniakan
sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah
dalam salah satu hal mengikut bentuk yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di

99
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

bawah seksyen 207 dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor Yang Dipertuan Agong dan dicap
dengan Mohor Besar Persekutuan.

(3) Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang
Dipertuan Agong bagi ternpoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang difikirkan mustahak.

(4) Yang Dipertuan Agong boleh, tanpa menyiarkan apa-apa sebab, membatalkan mana-mana tauliah.

(5) Yang Dipertuan Agong boleh mengurniakan tauliah-tauliah kehormat dalam angkatan sukarela kepada
orang-orang yang difikirkannya patut.
2
(6) Pegawai angkatan sukarela boleh dan semasa ke semasa dinaikkan pangkat oleh Yang Dipertuan
Agong menurut budi bicaranya.

199. Penubuhan Simpanan Pegawai-Pegawai.

(1) Majlis Angkatan Tentera boleh menubuhkan suatu Simpanan Pegawai-pegawai bagi tiap-tiap satu
daripada tiga Perkhidmatan angkatan sukarela, yang hendaklah mengandungi:-

(a) pegawai-pegawai yang telah menamatkan tidak kurang daripada perkhidmatan selama lima
tahun berturut-turut dan yang, atas permintaan mereka dan dengan kelulusan pihak berkuasa
yang layak, telah ditukarkan kepada suatu Simpanan Pegawai-pegawai; dan

(b) bekas pegawai-pegawai angkatan sukarela yang pada pendapat pihak berkuasa yang layak
boleh melaksanakan kewajipan pegawai.

(2) Dalam tiap-tiap tahun perbelanjaan yang dicadangkan akan dilakukan atas Simpanan Pegawai-pegawai
bagi angkatan sukarela hendaklah dimasukkan ke dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan
dilakukan atas angkatan tentera.

200. Pendaftaran, Perletakan Jawatan Dan Berhenti Kerja.

(1) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang bukannya seorang pegawai (kemudian daripada ini
disebut “anggota sukarela”) hendaklah didaftarkan bagi tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah sekshen 207.

(2) Tiap-tiap anggota sukarela yang didaftarkan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah ditugaskan kepada
sesuatu unit atau sebuah kapal atau pasukan oleh pihak berkuasa yang layak.

(3) Pihak berkuasa yang layak boleh menukarkan seseorang anggota sukarela daripada satu unit atau
sebuah kapal atau pasukan kepada suatu unit, kapal atau pasukan yang lain.

(4) Melainkan apabila dikerah di bawah seksyen 202 seseorang anggota sukarela boleh, menurut
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207 meletakkan jawatannya daripada
perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa tiada perletakan jawatan sedemikian boleh berkuatkuasa sehingga
diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak.

(5) Pihak berkuasa yang layak boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab, membuang kerja sesaorang
anggota sukarela daripada perkhidmatan.

(6) Mana-mana pegawai yang memerintah sesuatu unit, kapal atau pasukan boleh, dengan kelulusan pihak
berkuasa yang layak, memberhentikan kerja mana-mana anggota sukarela daripada unit, kapal atau
pasukannya oleh sebab kurang usaha atau kurang cekap.

(7) Seseorang anggota sukarela yang meletak jawatan atau yang dibuang kerja atau diberhentikan kerja di -
bawah seksyen ini hendaklah memulangkan balik dalam keadaan baik semua senjata, pakaian
seragam dan alat kelengkapan yang di berikan kepadanya kepada pegawai yang memerintah unitnya,
atau kepada orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh pegawai itu bagi maksud itu.

100
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(8) Tiada perletakan jawatan, pembuangan kerja atau pemberhentian kerja di bawah seksyen ini boleh
mengecualikan sa-saorang anggota sukarela daripada pembicaraan atau hukuman atas sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini.

201. Latihan Dan Pertugasan.

(1) Tiap-tiap ahli sesuatu angkatan sukarela hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.

(2) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela boleh, atas permintaannya dan dengan kelulusan pihak
berkuasa yang layak, dipertugaskan kepada sesuatu unit, kapal atau pasukan angkatan tetap.

(3) Pertugasan itu hendaklah diteruskan dalam mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh anggota itu dan
dinyatakan dalam perintah itu dan dalam tempoh itu peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah
dipakai kepadanya seolah-olah ia telah dikerah di bawah seksyen 202.

(4) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang telah tamat latihan yang dikehendaki di bawah
subseksyen (1) boleh dikehendaki berkhidmat dalam angkatan sukarela bagi apa-apa tempoh minimum
sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.

201A. Bahagian II,III Dan IV Hendaklah Terpakai Bagi Angkatan Sukarela.

Setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Bahagian ini, dan bagi kepentingan
perkhidmatan, Majlis Angkatan Tentera boleh memakai mutatis mutandis, apa- apa peruntukan Bahagian II,
III dan IV selain daripada seksyen 23 hingga 27 dan seksyen 29 hingga 31 bagi anggota angkatan sukarela.
Pin. A974/96

202. Mengerah Untok Berkhidmat.

(1) Yang Dipertuan Agong boleh, dengan Perisytiharan, mengerah untok berkhidmat kesemua atau mana-
mana bahagian daripada mana-mana angkatan sukarela.

(2) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang dikerah untok berkhidmat di bawah seksyen kecil (1)
hendaklah melaporkan diri untok berkhidmat pada masa dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa yang layak dengan pemberitahu dalam Warta atau dengan secara lain.

203. Menghalang Angkatan Sukarela Dan Membantu Atau Mendorong Kealpaan Kewajipan.

Tiap-tiap orang yang:-

(a) dengan mengetahui dan dengan bersengaja menghalang mana-mana bahagian daripada
mana-mana angkatan sukarela atau mana-mana anggotanya daripada melaksanakan apa-apa
perkhidmatan atau kewajipan di bawah Akta ini, atau di bawah kaedah-kaedah, peraturan-
peraturan atau perintah-perintah yang dibuat di bawah Akta ini; atau

(b) dengan mengetahui bersetuju dengan, atau mendorongkan atau cuba mendorongkan mana-
mana anggota angkatan sukarela untuk mencuaikan atau bertindak secara yang berlawanan
dengan kewajipannya sebagai seorang anggota angkatan sukarela itu; atau

(c) dengan mengetahui menjadi pihak kepada, atau membantu dalam, atau menyubahati atau
memberi perangsang kepada dilakukan apa-apa tindakan yang tidak bertatatertib atau apa-
apa tindakan di mana apa-apa perintah yang sah yang diberikan kepada mana-mana anggota
angkatan sukarela atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang adalah menjadi
kewajipan mana-mana anggota untuk mematuhinya, boleh dielakkan atau di langgar; atau

(d) tanpa kebenaran yang sah memakai pakaian seragam atau sebahagian daripada pakajan
seragam atau apa-apa lencana atau lambang angkatan sukarela atau dengan palsu
menyatakan dirinya sebagai berhak untuk memakai pakaian seragam, lencana atau lambang
itu;

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada
lima ratus ringgit

101
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

204. Kesalahan-Kesalahan.

(1) Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila ia tidak tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini:-

(a) gagal dengan tiada sebab yang patut (bukti mengenainya adalah terletak ke atasnya) untuk
hadir pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang ditetapkan dengan sah oleh
sesuatu pihak berkuasa yang layak untuk arahan, latihan atau eksesais; atau

(b) apabila berpakaian seragam atau bertugas atau sedang menjalani arahan, latihan atau
eksesais, mabok atau melakukan kesalahan berkelakuan engkar perintah; atau

(c) mengengkari apa-apa perintah tetap atau perintah yang sah yang diberikan oleh pegawai
atasannya; atau

(d) cuai untuk mematuhi apa-apa perintah yang dipakai kepada unit, kapal atau pasukannya; atau

(e) bersalah melakukan apa-apa tindakan, kelakuan atau kekacauan atau kecuaian yang
memudaratkan ketenteraman dan tatatertib perkhidmatan;

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai memerintahnya,
dikenakan denda tidak lebih daripada seratus ringgit.

(2) Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila ia tidak tertakluk kepada undang-undang
perkhidmatan di bawah Akta ini:-

(a) tanpa kuasa dan kebenaran yang sempurna memberikan; menjual, menggadai, meminjamkan
atau dengan secara lain melepaskan atau menghilangkan oleh sebab cuai, atau menyebabkan
kerosakan kepada senjata, peluru, kelengkapan, pakaian, bekalan atau lain-lain barang atau
benda (sama ada serupa dengan mana-mana daripada yang dinyatakan atau tidak) yang
diamanahkan kepadanya atau yang dipegang olehnya atau yang di dalam jagaannya untuk
maksud-maksud perkhidmatan, atau gagal menyerahkan harta itu apabila dikehendaki berbuat
demikian oleh pegawai memerintahnya;

(b) menyebabkan dengan apa-apa tindakan yang salah atau kecuaian apa-apa kerugian atau
kerosakan kepada mana-mana harta awam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai
memerintahnya, dikenakan denda tidak lebih daripada tiga ratus ringgit.

(3) Sesiapa jua yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen kecil (2) boleh, sebagai
tambahan kepada mana-mana hukuman lain, dikenakan membayar, dengan jalan pampasan, sejumlah
wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit atau kos mengganti atau membaiki barang-barang yang
dilepaskan, hilang, rosak atau tidak diserahkan, yang mana lebih kurang.

(4) Tiada hukuman atau perintah yang diberi atau dibuat di bawah seksyen kecil (1), (2) atau (3) boleh
berkuatkuasa sehingga ia disahkan dengan bertulis oleh Ketua Turus yang berkenaan; dan Ketua
Turus yang berkenaan itu boleh menahan pengesahan, dan oleh yang demikian apa-apa sabitan,
hukuman atau perintah hendaklah dibatalkan, atau boleh mengesahkan hukuman atau perintah itu,
atau meremit kesemua atau mana-mana bahagian hukuman atau perintah itu.

(5) Bayaran apa-apa jumlah wang yang dikenakan dengan jalan denda atau pampasan atau kedua-duanya
di bawah seksyen ini hendaklah, atas permohonan pegawai yang memerintah unit, kapal atau pasukan
yang berkenaan didapatkan dan dikuat kuasakan oleh mana-mana Mahkamah Mejisteret yang
mempunyai bidang kuasa jenayah di tempat di mana denda itu dikenakan atau pampasan itu di-
perintahkan, dengan cara yang sama sebagaimana yang Mahkamah itu boleh mendapatkan atau
menguatkuasakan pembayaran denda atau pampasan itu di bawah undang-undang yang berkenaan
dengan acara jenayah yang berkuatkuasa di tempat itu, seolah-olah denda atau pampasan itu telah di-
kenakan atau diperintahkan supaya dibayar oleh Mahkamah itu.

102
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(6) Sesiapa jua yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimasukkan dan disimpan
di dalam jagaan perkhidmatan dan hendaklah dibicarakan terus dengan cara yang sama seolah-olah ia
adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Bahagian V Akta ini.

205. Lembaga.

(1) Ketua Turus yang berkenaan atau seorang yang Penyiasatan diberi kuasa olehnya boleh, dengan
perintah, menyidangkan suatu Lembaga Penyiasatan untuk menyiasat:-

(a) apa-apa kematian atau bencana yang disebabkan kepada atau oleh seseorang pegawai atau
anggota sukarela apabila bertugas;

(b) apa-apa kerugian atau kerosakan kepada mana-mana harta awam;

(c) apa-apa hal lain yang Ketua Turus yang berkenaan menurut budi bicaranya menghendaki
supaya disiasat.

(2) Sesuatu Lembaga Penyiasatan yang disidangkan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah dianggotai oleh
pegawai-pegawai angkatan sukarela atau pegawai-pegawai atau pegawai-pegawai waran dan mana-
mana angkatan tetap.

(3) Sesuatu Lembaga Penyiasatan yang disidangkan di bawah seksyen kecil (1) hendaklah terdiri daripada
seorang Yang Dipertua, yang sa-mestinya seorang pegawai, dan seorang atau lebih dari seorang ahli
sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Turus yang berkenaan.

(4) Lembaga-lembaga Penyiasatan yang disidangkan di bawah Bahagian ini hendaklah mengikut
acara yang diperuntukkan bagi Lembaga-lembaga Penyiasatan yang diadakan di bawah seksyen
147.

206. Kuasa Yang Dipertuan Agong Untuk Membuat Kaedah-Kaedah.

Yang Dipertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah termasuk kaedah-kaedah yang


memperuntukkan perkara-perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera
berkenaan dengan:-

(a) gaji, elaun, ganjaran, pencen dan apa-apa pemberian untuk pemberian lain yang kena dibayar
kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota sukarela;

(b) pembayaran pencen atau ganjaran kepada orang-orang tanggungan pegawai-pegawai dan
anggota sukarela yang terbunuh atau mati kerana luka-luka yang diterima pada menjalankan,
atau kerana sakit yang disebabkan secara langsung oleh, perkhidmatan mereka.
Pin. A974/96

207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera Untuk Membuat Peraturan-Peraturan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 206, Majlis Angkatan Tentera boleh membuat
peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara-perkara yang boleh
dikeluarkan melalui Perintah Angkatan Tentera untuk menjalankan maksud-maksud Bahagian ini.

(2) Khususnya, dan dengan tiada memudaratkan keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-
peraturan itu boleh:-

(a) mentakarifkan kelas orang-orang yang boleh ditauliahkan atau didaftarkan dalam angkatan
sukarela dan tempoh minimum yang baginya orang-orang itu boleh ditauliahkan atau
didaftarkan; dan
Pin. A974/96

(b) menetapkan cara bagaimana, dan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya, orang-orang yang
ingin ditauliahkan atau didaftarkan boleh menawar diri mereka dan bentuk akuan yang kena
diambil oleh orang-orang itu;

103
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(c) menetapkan had perkhidmatan yang dikehendaki bagi pegawai-pegawai dan anggota-anggota
sukarela atau bagi pegawai-pegawai dalam Simpanan Pegawai-pegawai, dan perkhidmatan itu
boleh termasuk perkhidmatan di luar Persekutuan apabila angkatan sukarela atau se-
sebahagiannya telah dikerah;

(d) menetapkan syarat-syarat kesihatan jasmani yang dikehendaki bagi orang-orang untuk diterima
masuk ke dalam angkatan sukarela;

(e) menetapkan syarat-syarat yang di bawahnya seseorang pegawai atau anggota sukarela boleh
meletakkan jawatannya daripada angkatan sukarela;

(f) mentakarifkan cara bagaimana dan syarat-syarat yang di bawahnya pegawai-pegawai dan
anggota-anggota sukarela boleh dikerah;

(g) menetapkan latihan yang akan dijalankan oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota sukarela
dan latihan itu akan mengandungi arahan, eksesais atau gerakan di atas tanah, udara atau
laut dalam apa-apa vessal atau apa jua kapal lain, sama ada dipunyai oleh Persekutuan atau
tidak, dan sama ada di dalam atau di luar had sempadan Persekutuan;

(h) menetapkan kekananan pegawai-pegawai dan mengadakan peruntukan bagi perlantekan,


kenaikan pangkat dan tempuh pangkat bertauliah mereka;

(i) mengadakan peruntukan bagi kekananan dan pangkat bagi maksud perintah dan tatatertib
pegawai-pegawai dan anggota-anggota sukarela; dan

(j) mengadakan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan dan hukuman-hukuman ringan termasuk


perkara-perkara prosedur yang berhubung dengannya yang tidak diperuntukkan dalam
Bahagian ini.
Pin. A974/96

208. Pengecualian Daripada Tanggungan-Tanggungan Awam Tertentu.

Semua pegawai dan anggota-anggota sukarela, jika bertindak secara bona fide dan atas jawatan rasmi
mereka hendaklah dikecualikan daripada semua undang-undang bertulis yang mengadakan peruntukan
bagi pembawaan dan penyimpanan senjata, bahan letupan, ubat bedil dan lain-lain peluru perang dengan
cara yang sama seperti anggota-anggota angkatan tetap.

104
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN X

PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN

Orang Yang Tertakluk Kepada Undang-Undang


Perkhidmatan Di Bawah Akta Ini

209. Orang-Orang Yang Tertakluk Kepada Undang-Undang Perkhidmatan: Peruntukan-


Peruntukan Am.

(1) Orang-orang yang berikut adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini:-

(a) tiap-tiap pegawai yang memegang tauliah yang Dipertuan Agong yang dikeluarkan di bawah
seksyen 6;

(b) tiap-tiap orang yang dilantik oleh Majlis Angkatan Tentera di bawah seksyen 10;

(c) tiap-tiap askar laskar angkatan tetap;

(d) tiap-tiap anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap apabila dikerah untuk berkhidmat
atau untuk latihan di bawah Bahagian VIII;

(e) tiap-tiap pegawai dan tiap-tiap pegawai dan Simpanan Pegawai-pegawai bagi sesuatu angkatan
sukarela yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan Bahagian IX apabila menjalankan
kewajipan sebagai seorang pegawai;

(f) tiap-tiap anggota sesuatu angkatan Sukarela:-

(i) apabila bertugas tetap atau menjalankan latihan terus menerus sebagaimana yang
ditakarifkan dalam kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Bahagian IX; atau

(ii) apabila dipertugaskan kepada angkatan tetap di bawah peruntukan-peruntukan seksyen


kecil (2) seksyen 201; atau

(iii) apabila dikerah untuk berkhidmat melalui perisytiharan yang dikeluarkan di bawah seksyen
kecil (1) seksyen 202.

210. Orang-Orang Yang Tertakluk Kepada Undang-Undang Perkhidmatan: Angkatan Asing.

Anggota-anggota sesuatu angkatan asing adalah tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di


bawah Akta ini setakat, dan tertakluk kepada penyesuaian dan ubahsuaian-ubahsuaian, sebagaimana yang
diperuntukkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan
mempertugaskan anggota-anggota angkatan itu.

211. Pemakaian Akta Kepada Penumpang-Penumpang Kapal Dan Kapal Udara Seri Paduka
Baginda.

Peruntukan-peruntukan Bahagian V hendaklah, setakat dan tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian


sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat oleh Majlis Angkatan Tentera dengan
kelulusan Yang Dipertuan Agong, dipakai kepada orang-orang yang naik kenderaan sebagai penumpang-
penumpang di atas kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda (yang bukannya orang-orang yang
tertakluk kepada undang-undang perkhimatan di bawah Akta ini menurut kuasa mana-mana daripada
peruntukan-peruntukan Akta ini yang tersebut di atas), sebagaimana yang dipakai kepada orang-orang yang
tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini.

212. Pemakaian Akta Kepada Orang-Orang Pereman.

(1) Tertakluk kepada ubahsuaian-ubahsuaian yang kemudian daripada ini ditetapkan apabila angkatan tetap
atau mana-mana bahagiannya berada dalam perkhidmatan giat, peruntukan-peruntukan Bahagian V
hendaklah dipakai kepada tiap-tiap orang yang diambil bekerja oleh atau yang berkhidmat dengan atau

105
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

yang mengikut atau menyertai angkatan tetap atau bahagian angkatan tetap yang berada dalam
perkhidmatan giat.

(2) Ubahsuaian-ubahsuaian yang tersebut ialah:-

(a) hukuman yang boleh dikenakan oleh sesuatu mahkamah tentera hendaklah termasuk sesuatu
denda, tetapi tidak termasuk apa-apa hukuman lain yang kurang daripada hukum penjara;

(b) hukuman yang boleh dikenakan jika sesuatu tuduhan itu dibicarakan terus ialah, berkenaan
dengan apa-apa kesalahan, denda yang tidak lebih daripada dua ratus ringgit, tetapi tiada apa-
apa hukuman lain;

(c) peruntukan yang berikut hendaklah berkuatkuasa sebagai ganti kepada seksyen kecil (2), (3)
dan (4) seksyen 93, iaitu, bahawa seseorang boleh ditangkap oleh seseorang pegawai polis
tentera, oleh seseorang pegawai waran, ketua pegawai kecil, pegawai tidak bertauliah atau
pegawai kecil yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang di bawah pegawai polis
tentera atau bagi pihaknya, atau dengan perintah mana-mana pegawai angkatan tetap;

(d) jika sesuatu tuduhan itu dibicarakan terus dan telah diputuskan babawa orang yang dituduh itu
adalah bersalah, sesuatu keputusan tidaklah boleh direkodkan sehingga selepas orang yang
dituduh itu telah diberi peluang untuk memilih untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera, dan
jika orang yang dituduh itu memilih sedemikian sesuatu keputusan tidaklah boleh direkodkan
tetapi langkah-langkah hendaklah diambil dengan tujuan supaya tuduhan itu dibicarakan oleh
mahkamah tentera sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah Acara;

(e) peruntukan-peruntukan Akta ini berkenaan dengan penyiasatan, pembicaraan terus, akan
kesalahan-kesalahan hendaklah, kecuali selainnya diperuntukkan dengan nyata, dipakai
sebagaimana yang ia dipakai kepada pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai waran;

(f) bagi maksud peruntukan-peruntukan Akta ini berkenaan dengan penyiasatan kesalahan-
kesalahan, pegawai memerintah ialah pegawai-pegawai sebagaimana yang ditentukan oleh
2
atau di bawah peraturan-peraturan yang dibuat bagi maksud seksyen ini oleh Majlis Angkatan
Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong;

(g) bagi sebutan-sebutan dalam seksyen 143 dan seksyen 144 sebagai tertakluk terus atau tidak
lagi tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini maka hendaklah
digantikan sebutan-sebutan sebagai berada, terus berada atau tidak lagi berada dalam
keadaan-keadaan yang Bahagian V yang tersebut dipakai, dan seksyen kecil (3) seksyen 143
tersebut tidaklah dipakai.

(3) Sesuatu denda yang dikenakan menurut seksyen ini, sama ada oleh mahkamah tentera atau
sesuatu pihak berkuasa atasan yang berkenaan boleh didapatkan di dalam Persekutuan sebagai
suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Pemakaian Akta Kepada Angkatan Tertentu

213. Pemakaian Akta Kepada Simpanan Dan Angkatan Sukarela.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini, sebutan-sebutan dalam Bahagian V, VI dan VII
mengenai angkatan tetap hendaklah termasuk sebutan-sebutan mengenai orang-orang yang berikut,
iaitu:-

(a) anggota simpanan dalam Simpanan Angkatan Tetap yang menjadi tertakluk kepada undang-
undang perkhidmatan di bawah peruntukan-peruntukan perenggan (a) seksyen kecil (1)
seksyen 212; dan

(b) anggota-anggota angkatan sukarela yang menjadi tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan di bawah peruntukan-peruntukan perenggan (e) dan (j) seksyen kecil (1)
seksyen 212.

106
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

dan sebutan mengenai pegawai-pegawai dan askar laskar atau mengenai anggota-anggota sesuatu badan
angkatan tetap atau mengenai ketiadaan hadir secara yang menyalahi undang-undang daripada angkatan-
angkatan itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2) Peruntukan-peruntukan seksyen 341, kecuali perenggan (b) seksyen kecil (1), hendaklah dipakai kepada
askar laskar bagi Simpanan Angkatan Tetap dan bagi angkatan sukarela sebagaimana yang dipakai
kepada askar laskar angkatan tetap.
Pin. A974/96

(3) Kuasa yang diberi oleh seksyen kecil (3) seksyen 54 dan seksyen kecil (3) seksyen 100 untuk
mengarahkan perlucutan perkhidmatan terdahulu seseorang pesalah tidaklah boleh dijalankan
berkenaan dengan askar laskar bagi Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.
Pin. A974/96

(4) Perenggan (c) seksyen kecil (2) seksyen 54, seksyen 164 hingga 167 termasuk kedua-duanya dan
melainkan setakat yang boleh dipakai oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207,
peruntukan-peruntukan Bahagian V berkenaan dengan award tahan gaji dan peruntukan-peruntukan
seksyen 158 hingga 163 termasuk kedua-duanya, hendaklah dipakai:-

(a) kepada pegawai-pegawai Simpanan Angkatan Tetap yang bukan dalam perkhidmatan sebenar;
atau

(b) kepada pangkat-pangkat yang tidak bertauliah dan Simpanan Angkatan Tetap melainkan
apabila dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 190;

(c) kepada anggota-anggota angkatan tetap melainkan apabila mereka dikerah untuk berkhidmat
di bawah seksyen 202.

(5) Dalam seksyen kecil yang akhir tersebut di atas perbahasaan “perkhidmatan sebenar”, berkenaan
dengan seseorang pegawai dalam Simpanan Angkatan Tetap, ertinya ia sedang berkhidmat (selain
daripada apabila menjalankan latihan) dengan sesuatu badan angkatan tetap, atau dalam Simpanan
Angkatan Tetap yang dikerah untuk berkhidmat atau dengan sesuatu bahagian mana-mana daripada
angkatan sukarela yang dikerah untuk berkhidmat.

(6) Berkenaan dengan seseorang anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waran
dalam angkatan sukarela yang didapati bersalah melakukan sesuatu kesalahan oleh pegawai
memerintahnya, seksyen 97 hendaklah dipakai seolah-olah hukuman-hukuman yang dinyatakan dalam
seksyen kecil (3) seksyen itu termasuk dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda:

Dengan syarat bahawa jika pegawai memerintah mengenakan pembuangan kerja ia tidaklah boleh
mengenakan apa-apa hukuman lain.

(7) Berkenaan dengan Bahagian V, bagi maksud seksyen ini, jika mana-mana peruntukan dalamnya
menetapkan bahawa sesuatu tindakan boleh dilakukan oleh seseorang anggota angkatan tetap yang
mempunyai suatu pangkat tertentu atau yang memegang sesuatu jawatan tertentu, dan Simpanan
Angkatan Tetap atau angkatan sukarela tidak mempunyai seorang anggota yang mempunyai pangkat
sedemikian atau memegang jawatan sedemikian, maka seorang anggota angkatan tetap yang
mempunyai pangkat itu atau yang memegang jawatan itu boleh menjalankan tindakan sedemikian
berhubungan dengan seseorang anggota Simpanan Angkatan Tetap atau angkatan sukarela.
Pin. A974/96

214. Kuasa-Kuasa Yang Boleh Dijalankan Dalam Perundangan Kecil.

(1) Apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini untuk membuat peraturan-peraturan, kaedah-kaedah,
perintah-perintah atau lain-lain suratcara hendaklah termasuk kuasa untuk membuat peruntukan-
peruntukan bagi kes-kes tertentu atau kelas-kelas bagi kes-kes, dan untuk membuat peruntukan-
peruntukan yang berlainan bagi kelas-kelas kes yang berlainan dan bagi maksud mana-mana
peraturan, kaedah, perintah atau suratcara, kelas-kelas kes bolehlah ditakrifkan dengan rujukan kepada
apa-apa keadaan yang dinyatakan di dalamnya.

107
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(2) Mana-mana daripada peraturan, kaedah, perintah atau lain-lain surat cara sebagaimana yang tersebut di
atas boleh mengenakan syarat-syarat, menghendaki tindakan atau perkara dilaksanakan atau
dilakukan hingga memuaskan hati sesiapa jua atau orang-orang yang dinamakan di dalamnya sama
ada atau tidak orang-orang itu menjadi anggota mana-mana angkatan tetap, memberi kuasa kepada
orang-orang itu untuk mengeluarkan perintah sama ada secara lisan atau bertulis menghendaki
tindakan atau perkara-perkara dilaksanakan atau dilakukan atau melarang tindakan atau perkara-
perkara daripada dilaksanakan atau dilakukan, dan menetapkan tempoh atau tarikh, yang di dalamnya
atau sebelumnya tindakan atau perkara itu hendaklah dilaksanakan atau dilakukan atau syarat itu
dipenuhi, dan mengadakan peruntukan bagi rayuan terhadap mana-mana perintah, kehendak atau
arahan.

215. Pelaksanaan Perintah, Surat Cara, Dsb.

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh mana-mana kaedah atau peraturan di
bawah Akta ini, mana-mana perintah atau penentuan yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah
Akta ini oleh mana-mana pihak berkuasa angkatan tentera boleh dimaklumkan dengan ditandatangani oleh
mana-mana pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu; dan apa-apa surat cara yang memaklumkan
perintah atau penentuan itu dan berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang pegawai yang dinyatakan di
dalamnya sebagai diberi kuasa sedemikian hendaklah, melainkan akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai
ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa sedemikian.

216. Peruntukan-Peruntukan Peralehan.

(1) Peruntukan peralihan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini hendaklah mula
berkuatkuasa pada hari yang ditetapkan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini (kemudian daripada ini
disebut “hari yang ditetapkan”).

(2) Berkenaan dengan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana seksyen dalam Bahagian I Enakmen Askar
Melayu atau terhadap seksyen 11 hingga 14 termasuk kedua-duanya Ordinan Tentera Udara, 1958,
atau terhadap seksyen 2 hingga 42 termasuk kedua-duanya Akta Tatatertib Tentera Laut. 1957, United
Kingdom sebagaimana yang dipakai oleh seksyen 10 Ordinan Tentera Laut, 1958, (kemudian daripada
ini kesemuanya disebut “seksyen-seksyen tersebut”) seksyen 89 hingga 144 termasuk kedua-duanya
dan seksyen 149 hingga 155 termasuk kedua-duanya dan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
yang dibuat di bawah seksyen 119, 137 dan 155 hendaklah dipakai seolah-olah seksyen-seksyen
tersebut ada terkandong dalam Akta ini dan Akta ini telah berkuatkuasa apabila kesalahan itu
dilakukan dan seolah-olah apa-apa keputusan atau hukuman yang telah berkuatkuasa sebelum hari
yang ditetapkan, dan apa-apa yang dilakukan sebelum hari itu menurut atau berkenaan dengan ke-
putusan atau hukuman telah tercapai, dikenakan atau dilakukan di bawah Akta ini:
N.M.B Bab 42.
20/58, 5 dan 6 Eliz. 2.27/58.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa di dalam seksyen kecil ini boleh menjadikan sesuatu kesalahan
itu boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera atau dibicarakan terus, jika oleh sebab masa atau tempat
dilakukan kesalahan itu ia tidak boleh dibicarakan atau diuruskan sedemikian di bawah atan menurut mana-
mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.

(3) Walau apa pun dalam seksyen kecil yang tersebut di atas, jika mana-mana pembicaraan bagi kesalahan
yang sedemikian sebagaimana yang tersebut di atas telah dimulakan sebelum hari yang ditetapkan,
apa-apa langkah yang diambil dalam pembicaraan-pembicaraan selepas hari itu hendaklah disifatkan
sebagai telah diambil dengan sahnya jika diambil di bawah atau menurut mana-mana undang-undang
bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.

(4) Dalam seksyen 146 sebutan mengenai Akta ini atau mengenai mana-mana peruntukannya hendaklah
ditafsirkan sebagai termasuk masing-masing sebutan-sebutan mengenai undang-undang bertulis yang
dimansuhkan oleh Akta ini atau mengenai peruntukan-peruntukan yang bersamaan dengan Akta
Tatatertib Tentera Laut, 1957, bagi United Kingdom.

(5) Jika selepas hari yang ditetapkan seseorang itu dituduh-

(a) sebagai melakukan suatu kesalahan yang berterusan selama suatu tempoh bermula sebelum hari
itu dan berakhir pada atau selepas hari itu; atau

108
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

(b) sebagai melakukan suatu kesalahan antara dua tarikh yang jatuh dalam sesuatu tempoh itu,

dan kesalahan itu adalah suatu kesalahan terhadap sesuatu peruntukan dalam Bahagian V jika Akta ini
telah berkuatkuasa pada semua masa matan, ia bolehlah dibicarakan seolah-olah Akta ini telah
berkuatkuasa sedemikian.

(6) Jika sebelum sahaja hari yang ditetapkan sesiapa jua ditahan dalam perkbidmatan di bawah seksyen 66
Enakmen Askar Melayu atau di bawah seksyen 15 Ordinan Tentera Laut, 1958, maka pada mengira
tempoh yang ia boleh ditahan dan perkhidmatannya dipanjangkan di bawah peruntukan-peruntukan
Akta ini yang bersamaan hendaklah diambil kira tempoh yang ianya telah sedemikian ditahan, atau
perkhidmatannya dipanjangkan, di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang tersebut.

(7) Jika sebelum sahaja hari yang ditetapkan sesuatu perisytiharan Yang Dipertuan Agong yang dibuat di -
bawah seksyen kecil (iv) seksyen 67 Enakmen Askar berkuatkuasa ia hendaklah terus berkuatkuasa
seolah-olah ia dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang bersamaan.

(8) Apa-apa perintah yang membenarkan pemberhentian kerja seseorang yang diberi sebelum hari yang
ditetapkan oleh seseorang pegawai yang ditetapkan bagi maksud itu di bawah mana-mana daripada
undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini hendaklah disifatkan bagi maksud-maksud
seksyen kecil (3) seksyen 28 sebagai suatu perintah dan pihak berkuasa yang layak.

(9) Kuasa-kuasa yang diberi oleh Akta ini bagi memulangkan balik perkhidmatan yang dilucutkan dan
meremit lucutan dan potongan bolehlah dijalankan berkenaan dengan perkhidmatan yang dilucutkan
dan lucutan dan potongan yang dikenakan di bawah atau menurut mana-mana daripada undang-
undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.

(10) Apa-apa lucutan atau potongan daripada gaji yang berkuatkuasa di bawah atau menurut mana-mana
daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini sebelum sahaja hari yang ditetapkan
hendaklah, tertakluk kepada seksyen kecil yang akhir tersebut di atas, terus berkuatkuasa pada atau
selepas hari yang ditetapkan.

(11) Mana-mana perintah yang berkuatkuasa sebelum sabaja han yang ditetapkan di bawah atau menurut
peruntukan-peruntukan mana-mana daripada undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini
bersamaan dengan seksyen 164 dan 165 hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah dibuat di bawah
Akta ini, dan seksyen 166 hendaklah dipakai dengan sewajarnya.

(12) Apa-apa suratan yang dibuat sebelum han yang ditetapkan yang bolehlah diterima sebagai keterangan
di bawah atau nienunit peruntukan-peruntukan mana-mana daripada undang-undang bertulis yang
dimansuhkan oleh Akta ini, atau peruntukan-peruntukan sebagaimana yang dipakai oleh mana-mana
enakmen lain, bolehlah diterima setakat yang sama dan dalam pembicaraan-pembicaraan yang sama
pada atau selepas hari yang ditetapkan.

(13) Jika sebelum sahaja hari yang ditetapkan apa-apa perisytiharan atau pembaharuan berkuatkuasa di
bawah seksyen 123 Enakmen Askar Melayu, ia hendaklah terus berkuatkuasa seolah-olah dibuat di
bawah peruntukan-peruntukan Akta ini yang berlainan.

217. Pemansuhan Enakmen Dan Ordinan Yang Ada.

(1) Enakmen Askar Melayu, Ordinan Askar Persekutuan, 1952, Ordinan Angkatan Tentera, 1952, Ordinan
Tentera Laut, 1958, Ordinan Tentera Udara, 1958, Ordinan Askar Wataniah, 1958, Ordinan Simpanan
Sukarela Tentera Laut, 1958 dan Ordinan Simpanan Sukarela Tentera Udara, 1958 adalah dengan ini
dimansuhkan: dengan syarat bahawa-

(a) semua angkatan tentera yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan enakmen dan ordinan
yang tersebut di atas hendaklah disifatkan sebagai ditubohkan di bawah Akta ini; dan

(b) semua pegawai dan askar laskar yang berkhidmat dengan angkatan tentera yang ditubuhkan di
bawah peruntukan-peruntukan enakmen dan ordinan yang tersebut di atas pada hari yang
ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai telah ditauliahkan, dilantik didaftarkan atau diambil
berkhidmat semula, mengikut mana yang berkenaan, di bawah Akta ini, tetapi pegawai-pegawai
dan askar laskar itu tidaklah boleh dikehendaki berkhidmat dengan angkatan tetap bagi tempoh
yang lebih lama daripada tempoh yang mereka dikehendaki berkhidmat pada masa mereka mula-

109
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

mula ditauliahkan, dilantik didaftarkan, atau diambil berkhidmat semula, mengikut mana yang
berkenaan.

(2) Walau apapun peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang tersebut di atas, semua kaedah, peraturan,
perintah dan lain-lain surat cara yang dibuat di bawah enakmen dan ordinan yang dengan ini
dimansuhkan, setakat yang ianya tidak berlawanan dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, hendaklah
terus berkuatkuasa sehingga peruntukan-peruntukan lain dibuat di bawah ini.
N.M.B. Bab42, 27/52, 47/52, 27/58, 20/58, 52/58, 55/58, 58/58.

JADUAL PERTAMA

(Seksyen 18)

1. Mejisteret atau pegawai merekrut hendaklah memberi amaran kepada orang yang
akan didaftarkan bahawa jika ia membuat apa-apa jawapan yang palsu kepada
soalan-soalan yang akan dibacakan kepadanya, ia boleh dikenakan hukuman di bawah
seksyen 19 Akta ini.

2. Ia hendaklah kemudiannya membaca, atau mengarahkan supaya dibaca kepada


orang itu soalan-soalan yang dinyatakan dalam kertas penyaksian dan hendaklah
memuaskan hatinya bahawa orang itu memahami tiap-tiap satu daripada soalan-soalan
itu dan bahawa jawapan -jawapannya telah direkodkan dengan sempurna dalam
kertas penyaksian itu.

3. Ia hendaklah kemudiannya menyuruh orang itu membuat dan menandatangani


perakuan yang dinyatakan dalam kertas penyaksian itu berkenaan dengan kebenaran
jawapan-jawapan dan hendaklah mentadbirkan kepadanya sumpah yang dinyatakan
dalam kertas penyaksian itu.

4. Apabila menandatangani perakuan itu dan mengambil sumpah itu, orang tersebut
adalah menjadi seorang soldadu, kelasi atau askar udara, mengikut mana yang berkenaan,
dalam angkatan tetap. Mejisteret atau pegawai merekrut hendaklah menyaksikan dengan
tandatangan, mengikut cara yang dikehendaki oleh kertas penyaksian itu, bahawa
syarat-syarat Akta. ini berkenaan dengan penyaksian orang itu telah dijalankan, dan
hendaklah menyampaikan kertas penyaksian itu yang bertarikh dengan sempurna
kepada pegawai yang pada masa itu menjaga rekod-rekod angkatan itu.

5. Apabila orang itu akhirnya diluluskan untuk berkhidmat pegawai yang meluluskannya
hendaklah atas permintaannya memberikannya suatu salinan kertas penyaksiannya yang
diperakui sah.

JADUAL KEDUA

(Seksyen 114)

KESALAHAN-KESALAHAN ALTERNATIF ATAS MANA YANG DITUDUH BOLEH


DISABTIKAN OLEH MAHKAMAH TENTERA

Kesalahan yang dipertuduh Kesalahan Alternatif

1. Berhubung dengan atau memberikan 1. Memberikan maklumat tanpa kebenaran.


perisikan kepada musuh.

2. Memukul pegawai atasannya. 2. (a) Menggunakan kekeraain terhadap pegawai


atasannya selain daripada memukulnya

(b) Mengancam hendak menggunakan kekerasan


terhadap pegawai atasannya.

110
Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

3. Menggunakan kekerasan terhadap 3. Mengancam hendak menggunakan kekerasan


pegawai atasannya selain daripada terhadap pegawai atasannya
memukulnya.

4. Menggunakan bahasa mengancam 4. Menggunakan bahasa engkar perintah terhadap


terhadap pegawai atasannya pegawai atasannya.

5. Mengengkari secara yang menunjukkan 5. Mengengkari perintah yang sah.


tentangan bersengaja terhadap kuasa,
sesuatu perintah yang sah.

6. Tinggal tugas. 6. Ketiadaan hadir tanpa cuti.

7. Cuba hendak meninggalkan 7. Ketiadaan hadir tanpa cuti.


tugas.

8. Mencuri apa-apa harta. 8. Menyalahgunakan harta secara tipuan.

9. Apa-apa kesalahan terhadap 9. Apa-apa kesalahan terhadap seksyen kecil (2)


seksyen kecil (1) seksyen 65. seksyen 65.

10. Apa-apa kesalahan terhadap 10. (a) Kesalahan yang bersamaan yang
seksyen 66 termasuk memukul. membabitkan penggunaan kekerasan selain
daripada memukul.

(b) Kesalahan yang barsamaan yang membabitkan


pengancaman menggunakan kekerasan.

11. Apa-apa kesalahan terhadap 11. Kesalahan yang barsamaan yang membabitkan
seksyen 66 selain daripada pengancaman menggunakan kekerasan.
memukul.

111

You might also like