You are on page 1of 7

NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001

Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Bab 2 ( Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja)

1. Hasil
• Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan

• Hasil Kendalian Perniagaan.


-hasil drp kegiatan UTAMA perniagaan.
-Contoh: jualan barang niaga, perkhidmatan(doctor),sewa harta
benda( kedai sewa kereta, pita video,sewa kanopi dll)

• Hasil Bukan Kendalian Perniagaan


-hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti
utama perniagaan.
-Contoh:faedah simpanan Bank, sewa diterima, dividen diterima,
untung drp jualan aset bukan semasa.

2. Belanja
• Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan
dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan bertujuan untuk
mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan.

• Belanja Kendalian perniagaan


-belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan
seperti alat tulis, belanja am, gaji, iklan, sewa dibayar, dll.

• Belanja bukan Kendalian perniagaan.


- belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang
biasa bagi perniagaan seperti faedah pinjaman, rugi atas
pelupusan aset, kerugian akibat kebakaran, kecurian, dll.

3. Aset
• Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin
mempunyai bentuk fizikal.( kenderaan, premis, perabot dll) atau
yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang.

1
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

• Aset Bukan semasa


-ialah aset yang tahan lama yang digunakan untuk menjalankan
perniagaan dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya:
kenderaan, mesin dll)
-Bukan untuk dijual semula dengan harapan mendapatkan
keuntungan( bukan untuk keuntungan perniagaan)

• Aset Semasa
-Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh masa
yang singkat biasanya setahun atau satu tempoh masa
perakaunan. Contoh: Bank, tunai ,stok, penghutang ,Belanja
terdahulu, hasil Terakru dll.

4. Liabiliti
• Ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dengan wang,
barang, atau perkhidmatan.

• Liabiliti Bukan semasa


-ialah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang
panjang iaitu lebih daripada satu tempoh perakaunan.
-Contoh: pinjaman, pinjaman bercagaran, gadai janji dan
debenture.

• Liabiliti Semasa.
-ialah hutang yang dibayar balik dalam tempoh yang singkat ,
iaitu kurang daripada satu tahun.
-Contoh: Overdraf Bank, Belanja Terakru,Hasil terdahulu,
Pemiutang dll.

5. Ekuiti Pemilik
• Ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri
daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang
diperolehi daripada aktiviti perniagaan.

2
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

6. Penyata Pendapatan
• Ialah penyata kewangan yang meringkaskan kesan kegiatan
perniagaan. Sama ada kesan urusniaga tadi akan menunjukan
keuntungan ataupun kerugian bagi sesuatu perniagaan. ( Hasil di
padankan dengan Belanja)
• Jika Hasil melebihi belanja maka keuntungan yang akan
diperolehi. Manakala jika Belanja melebihi hasil maka kerugian
yang akan dihadapi.

Contoh penyata pendapatan tanpa pelarasan BENTUK T

Syarikat Firdaus
Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
RM RM RM
Stok Awal 5000 Jualan 60000
Belian 18000 Tolak: Pulangan jualan 480
Tolak: Pulangan Belian 600
Kos barang utk dijual 17400
22400
Tolak : Stok Akhir 3500
Kos Jualan 18900
Untung Kasar 40620
59520 59520

Syarikat Firdaus
Akaun Untung Rugi bagi tahun Berakhir 31 Disember 2009
RM RM
Gaji 7000 Untung kasar 40620
Kadar Bayaran 2000 Diskaun diterima 300
Belanja Am 200 Komisen diterima 100
Sewa dibayar 2000
Insurans 220
Belanja pengangkutan 340
Belanja Pos 30
Untung bersih 29230
41020 41020

3
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Contoh penyata pendapatan tanpa pelarasan BENTUK PENYATA

Syarikat Firdaus
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009
RM RM RM
Jualan 60000
Tolak: Pulangan Jualan 480
Jualan Bersih 59520

TOLAK:KOS JUALAN
Stok awal 5000
Belian 18000
Tolak: Pulangan belian 600
Belian bersih 17400
Kos barang boleh dijual 22400
Tolak: stok akhir 3500
Kos Jualan 18900
Untung kasar 40620

Tambah: Hasil
Diskaun diterima 300
Komisen diterima 100 400
41020
Tolak: Belanja
Gaji 7000
Kadar Bayaran 2000
Belanja Am 200
Sewa dibayar 2000
Insurans 220
Belanja pengangkutan 340
Belanja Pos 30 11790

Untung bersih 29230

4
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

7. Kunci Kira Kira


Contoh Kunci Kira Kira tanpa pelarasan BENTUK T

Syarikat Firdaus
Kunci Kira Kira pada 31 Disember 2009

RM RM RM
Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik
Kenderaan 50000 Modal 40000
Kelengkapan 5600 Tambah : Untung bersih 29230
Perabot 4500 Modal akhir 69230
60100
Aset semasa Liabiliti bukan semasa
Penghutang 5670 Pinjaman Bank 6240
Bank 12000
17670 Liabiliti semasa
Pemiutang 2300
77770 77770

5
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

Contoh Kunci Kira Kira tanpa pelarasan BENTUK PENYATA

Syarikat Firdaus
Kunci Kira Kira pada 31 Disember 2009

RM RM
Aset Bukan Semasa
Kenderaan 50000
Kelengkapan 5600
Perabot 4500
60100
Aset Semasa
Penghutang 5670
Bank 12000
17670

Tolak: Liabliti semasa


Pemiutang 2300

Modal kerja 15370


75470

Ekuiti Pemilik
modal 40000
Tambah: Untung bersih 29230
69230
Liabiliti bukan semasa
Pinjaman Bank 6240
75470

6
NotaAset, Liabiliti, Hasil , Belanja dan Ekuiti pemilik/ PA bab 2 Tingkatan 4/smkpadang saujana/mohdfirdaus001
Ayahanda dan Bonda Doakan kejayaan kami…Amin

8. Persamaan Perakaunan
• Persamaan perakuanan tanpa mengambil kira hasil dan belanja

Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti

• Persamaan perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja

Aset= Liabiliti + Ekuiti Pemilik

MAkA

Aset = Liabiliti + Modal + untung bersih

MAKA

Aset = Liabiliti + modal + hasil - belanja

You might also like