Professional Documents
Culture Documents
IBADAT
2. SEMBELIHAN
MAKSUD
SEMBELIHAN
= Menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat
yang tajam dengan niat kerana Allah
HUKUM SEMBELIHAN
= Wajib dengan tujuan dimakan dagingnya
RUKUN SEMBELIHAN
a. Penyembelih
Syarat :
a. Islam
b. Tidak dalam ihram haji atau umrah
b. Binatang yang disembelih
Syarat :
a. Halal dimakan
b. Mati dengan sekali sembelihan
c. Putus urat halkum dan urat merih
c. Alat sembelihan
Syarat :
a. Benda yang tajam selain dari gigi, tulang, kuku, rambut dan tali
PERKARA SUNAT SEMASA SEMBELIHAN
a. Menyebut nama Allah seperti melalui Bismillah
b. Menyembelih bahagian pangkal leher dengan memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya
binatang cepat mati
c. Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah rusuk kiri
d. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam
e. Melakukan sembelihan pada waktu siang
PERKARA MAKRUH SEMASA SEMBELIHAN
a. Menggunakan alat yang tumpul
b. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang
c. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang
d. Tidak membaca bismillah
e. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat
f. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih
HIKMAH SEMBELIHAN
a. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat
b. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan
penyakit
c. Memastikan daging bersih dan bermutu
d. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah
e. Membezakan antara daging halal dan haram
f. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain.
Disediakan oleh: