You are on page 1of 32

BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 1

unit 5:

Memahami fungsi setiap peringkat


dalam gambarajah blok bekalan
kuasa lelurus.

Melakarkan gambarajah blok bagi


bekalan kuasa lelurus

Menerang fungsi serta melukis litar


setiap peringkat bekalan kuasa
lelurus

Melukis gambarajah skematik unit


bekalan kuasa mudah yang lengkap.

D1
M

G L R
C
R
D2 L
Voltan
C1 C2 D
z Keluaran
N Lelurus.

Litar Litar Litar Litar


Pengubah Penapis Pengatur Pembahagi
Penerus
Voltan Voltan
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 2

5.0 Pengenalan

Unit-unit sebelum ini membincangkan peranti-peranti separuh pengalir


yang sangat popular dalam litar elektronik. Setelah mengenali komponen-
komponen tersebut, kita bincangkan pula litar elektronik asas yang
menggunakan komponen-komponen tersebut. Litar elektronik asas yang
akan dibincangkan di dalam unit ini ialah Bekalan Kuasa Lelurus atau lebih
dikenali sebagai Bekalan Kuasa A.T.

5.1 Sebab-sebab diperlukan unit bekalan kuasa a.t. dalam kelengkapan


elektronik:-

 Kelengkapan elektronik menggunakan peranti aktif seperti diod,


transistor dan lain-lain. Peranti aktif ini memerlukan voltan a.t. untuk
membolehkan ia beroperasi.

 Sel-sel kering dapat membekalkan votan a.t. yang tetap, mudah dan
senang dibawa. Namun demikian, kuasa sel-sel kering semakin lemah
setelah beberapa lama digunakan. Kelengkapan elektronik yang
menggunakan arus yang tinggi akan memendekkan hayat sel-sel
kering.

 Kelengkapan elektronik yang memerlukan voltan a.t. yang tinggi


terpaksa menggunakan banyak sel-sel kering. Oleh itu penggunaan sel-
sel kering tidak ekonomi.

 Sumber kuasa elektrik yang dibekalkan kepada awam melalui soket-


soket keluaran di rumah-rumah dan bangunan adalah dalam bentuk
voltan a.u. dan nilainya tinggi ( 1 fasa = 240 V, 3 fasa = 415 V )

5.2 Gambarajah Blok bagi Bekalan Kuasa A.T.

Unit Bekalan Kuasa Lelurus terbina daripada beberapa bahagian.


Bahagian-bahagian yang utama terdiri daripada pengubah, litar penerus
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 3

dan litar penapis. Sementara bahagian-bahagian tambahan ialah pengatur


voltan dan rangkaian pembahagi voltan. Rajah 5.2.1 mengambarkan rajah
blok bagi unit bekalan kuasa lelurus yang dimaksudkan.

Voltan a.u. Voltan a.t.


Pengubah Penerus Penapis Pengatur Pembahagi
voltan

Rajah 5.2.1 : Gambarajah Blok bagi Bekalan kuasa Lelurus

Secara ringkasnya pengubah akan menurunkan voltan masukan a.u. ke


nilai a.u. yang sesuai. Keluaran pengubah akan ditukarkan ke bentuk a.t.
menggunakan litar penerus. Keluaran penerus yang berdenyut akan ditapis
oleh litar penapis supaya bentuknya lurus. Litar pengatur voltan akan
menstabilkan voltan keluaran sebelum diagihkan menggunakan litar
pembahagi voltan.

5.3 Pengubah ( Transformer )

Gambarajah blok bekalan kuasa a.t. mempunyai lima peringkat. Setiap


peringkat mempunyai fungsi masing-masing. Blok yang pertama ialah
pengubah ( transformer ). Transformer yang biasa digunakan ialah
transformer perendah ( step-down transformer ). Bahagian primer
transformer bekalan kuasa disambungkan kepada bekalan kuasa a.u. 240V
50 Hz di Malaysia dan bahagian sekunder diturunkan supaya sesuai
dengan peralatan elektronik.

Selain daripada itu oleh kerana transformer terbina dari dua lilitan gelung
primer dan sekunder yang tiada langsung hubungan terus antara keduanya
melainkan dengan proses aruhan, maka penggunaannya juga bertujuan
untuk mengasingkan rangkaian litar-litar dipihak sekunder daripada talian
bekalan a.u. yang tinggi di pihak utama. Pengasingan ini dapat
mengelakkan pengguna dipihak sekunder dari terkena kejutan elektrik
voltan a.u. yang tinggi. Pengasingan itu juga dapat mengelakkan litar
primer menerima kesan dari sebarang kerosakan litar di lilitan sekunder.

Transformer mempunyai lilitan primer dan lilitan sekunder. Nisbah bilangan


lilitan di primer kepada bilangan lilitan di sekunder adalah nisbah lilitan
transformer.
Np : Ns

Vp Vs
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 4

Rajah 5.3.1 : Transformer

Np
Nisbah lilitan transformer =
Ns

Nisbah voltan berkadaran kepada voltan teraruh di lilitan primer kepada


lilitan sekunder.

Vp
Apabila jumlah lilitan sekunder sedikit dibandingkan dengan lilitan primer,
voltan di sekunder lebih rendah dari voltan di primer. Voltan sekunder boleh
dikira dengan.

Np : Ns

Vs 
½ Vs
Vp Vs
½ Vs

Vs
Rajah 5.3.2 : Transformer Tap Tengah

Contoh 5.3:

Satu pengubah dengan nisbah lilitan 4:1 dibekalkan dengan voltan 240 V
50Hz. Kirakan voltan sekundernya.
4:1

240 V
50 Hz
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 5

Penyelesaian :
4:1
Vs = x Vp
240 V
50 Hz
V s = ¼ x 240V
= 60 V
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 6

5.4 Penerus

Kebanyakan peranti atau sistem elektronik memerlukan bekalan kuasa a.t.


untuk beroperasi. Punca bekalan kuasa yang dibekalkan ke rumah ialah
voltan a.u. Untuk mendapatkan voltan a.t., kita gunakan litar penerus.
Penerus ialah satu litar yang menggunakan satu diod atau lebih dari satu
diod untuk menukar voltan a.u. ke voltan a.t. berdenyut. Penerus yang akan
dibincangkan ialah :-
 penerus gelombang separuh
 penerus gelombang penuh
 penerus tetimbang.

5.4.1 Penerus Gelombang Separuh

Vk
Vm

Vm Vm
D
RL
t t

Rajah 5.4.1 : Penerus Gelombang Separuh

Operasi

Semasa kitar positif isyarat masukan, diod D pincang depan. D


bertindak sebagai suis tertutup maka arus boleh melaluinya.
Kejatuhan voltan pada RL adalah sama dengan magnitud kitar positif
isyarat masukan jika kita abaikan kejatuhan voltan pada diod.

Semasa kitar negatif isyarat masukan, diod D pincang songsang. D


bertindak sebagai suis terbuka maka arus tidak boleh melaluinya.
Kejatuhan voltan pada RL semasa kitar negatif ialah kosong.

Bila kita sambung osiloskop melintangi R L kita akan dapati bentuk


gelombang keluaran sama seperti rajah 5.4.1.

Voltan Keluaran
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 7

Voltan keluaran bagi litar penerus gelombang separuh terhasil


semasa kitar positif sahaja. Oleh kerana arus melalui diod dan
kejatuhan voltan pada diod ialah 0.7V ( anggap diod silikon ), voltan
keluaran ialah :-
Vk = Vm - 0.7V
Frekuensi

Frekuensi isyarat keluaran adalah sama dengan frekuensi masukan.

Contoh 5.4.1:

Satu litar penerus gelombang separuh mendapat voltan masukan 20 Vp-p,


50 Hz. Dengan membuat andaian tiada kejatuhan voltan pada diod,
kirakan:-

i) voltan isyarat keluaran penerus


ii) frekuensi isyarat keluaran

Penyelesaian :

i)
Vm = 20 Vp-p
= 10 Vp

maka Vk = 10 Vp

ii)
frekuensi isyarat keluaran = frekuensi isyarat masukan
= 50 Hz

Vm

D1 t
M VMG
5.4.2 Penerus Gelombang Penuh

t
G VNG
A
C
t
D2 RL Vk

B
N t
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 8

Rajah 5.4.2 : Penerus Gelombang Penuh

Operasi

Bila voltan a.u. diberikan pada litar, hujung M dan N pada sekunder
transformer akan menjadi positif dan negatif secara bergilir-gilir. Bila
voltan masukan kitar positif dimasukkan, terminal M menjadi positif,
G menjadi keupayaan kosong (bumi) dan N menjadi negatif. Diod D 1
menjadi pincang depan manakala diod D 2 menjadi pincang
songsang. Arus akan mengalir sepanjang M, D 1, C, A, B, G. Satu
gelombang kitar positif akan terhasil pada beban R L.

Bila voltan masukan kitar negatif dimasukkan, terminal M menjadi


negatif, G menjadi keupayaan kosong (bumi) dan N menjadi positif.
Diod D2 menjadi pincang depan manakala diod D 1 menjadi pincang
songsang. Arus akan mengalir sepanjang N, D 2, C, A, B, G. Oleh
kerana arah arus yang mengalir melalui beban R L adalah sama
dengan arah arus yang mengalir melalui beban R L semasa kitar
positif, kita akan dapat bentuk gelombang yang sama juga.

Bila kita sambung osiloskop melintangi R L kita akan dapati bentuk


gelombang keluaran sama seperti rajah 5.4.2.

Voltan Keluaran

Voltan keluaran bagi litar penerus gelombang penuh terhasil pada


kedua-dua kitar. Oleh kerana pada satu kitar arus melalui satu diod
dan kejatuhan voltan pada diod ialah 0.7V ( anggap diod silikon ),
voltan keluaran ialah :-
Vk = VM-G - 0.7V
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 9

Frekuensi

Frekuensi isyarat keluaran adalah dua kali frekuensi masukan.

Contoh 5.4.2:

Satu litar penerus gelombang penuh mendapat voltan masukan 20 Vp-p 50


Hz. Pengubah yang digunakan mempunyai nisbah lilitan 2:1. Dengan
membuat andaian tiada kejatuhan voltan pada diod, kirakan :-

i) voltan isyarat keluaran penerus


ii) frekuensi isyarat keluaran

Penyelesaian :

i) Merujuk rajah 5.4.2

Vm = 20 Vp-p
= 10 Vp

V MN Ns
Vm = Np
Ns
xVm
VMN = Np
1
x10Vp
= 2
= 5 Vp

VMG = ½ VMN
= 2.5 Vp

maka Vk = VMG
= 2.5 Vp

ii) Mfrekuensi isyarat keluaran


E = 2 x frekuensi isyarat masukan
= 100 Hz
D1

5.4.3 Penerus Tetimbang


D4 A
C

D3 D2 RL

F
N
B
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 10

Vm

Vk

Rajah 5.4.3 : Penerus Tetimbang

Operasi

Bila voltan a.u. diberikan pada litar, hujung M dan N pada sekunder
transformer akan menjadi positif dan negatif secara bergilir-gilir. Bila
voltan masukan kitar positif dimasukkan, terminal M menjadi positif
dan N menjadi negatif. Diod D 1 dan D3 menjadi pincang depan
manakala diod D2 dan D4 menjadi pincang songsang. Arus akan
mengalir sepanjang M, E, A, B, C, F N. Satu gelombang kitar positif
akan terhasil pada beban RL.

Bila voltan masukan kitar negatif dimasukkan, terminal M menjadi


negatif dan N menjadi positif. Diod D 2 dan D4 menjadi pincang depan
manakala diod D1 dan D3 menjadi pincang songsang. Arus akan
mengalir sepanjang N, F, A, B, C, E, M. Oleh kerana arah arus yang
mengalir melalui beban RL adalah sama dengan arah arus yang
mengalir melalui beban RL semasa kitar positif, kita akan dapat
bentuk gelombang yang sama juga.

Bila kita sambung osiloskop melintangi R L kita akan dapati bentuk


gelombang keluaran sama seperti rajah 5.4.3.

Voltan Keluaran

Voltan keluaran bagi litar penerus gelombang penuh tetimbang


terhasil pada kedua-dua kitar. Oleh kerana pada satu kitar arus
melalui dua diod dan kejatuhan voltan pada diod ialah 1.4V ( anggap
diod silikon ), voltan keluaran ialah :-
Vk = VM-N - 1.4V
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 11

Frekuensi

Frekuensi isyarat keluaran adalah dua kali frekuensi masukan.

Contoh 5.4.3:

Satu litar penerus tetimbang gelombang penuh mendapat voltan masukan


20 Vp-p 50 Hz. Pengubah yang digunakan mempunyai nisbah lilitan 2:1.
Dengan membuat andaian tiada kejatuhan voltan pada diod, kirakan :-

i) voltan isyarat keluaran penerus


ii) frekuensi isyarat keluaran

Penyelesaian :

i) Merujuk rajah 5.4.3

Vm = 20 Vp-p
= 10 Vp

V MN Ns
Vm = Np
Ns
xVm
VMN = Np
1
x10Vp
= 2
= 5 Vp

maka Vk = VMN
= 5 Vp

ii) frekuensi isyarat keluaran = 2 x frekuensi isyarat masukan


= 100 Hz
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 12

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA………….DAN ……….
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA !!!!!!

1. Nyatakan tiga sebab mengapa bekalan kuasa lelurus diperlukan.

2. Lakarkan gambarajah blok bagi sebuah bekalan kuasa lelurus.

3. Nyatakan dua fungsi transformer dalam bekalan kuasa lelurus.

4. Takrifkan litar penerus.

5. Senaraikan tiga jenis penerus dan lakarkan litarnya.


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 13

1. Tiga sebab mengapa bekalan kuasa lelurus diperlukan ialah :-

a. peralatan elektrik memerlukan voltan a.t.


b. sel-sel kering tidak mampu menampung keperluan peralatan
elektrik.
c. bekalan yang dibekalkan ke rumah dalam bentuk a.u. tetapi
peralatan elektrik memerlukan bekalan a.t.

2. Gambarajah blok bagi bekalan kuasa lelurus adalah seperti di bawah.

Voltan a.u. Voltan a.t.


Pengubah Penerus Penapis Pengatur Pembahagi
voltan

3. Dua fungsi transformer dalam bekalan lelurus ialah sebagai :-

a. Transformer penurun
b. Pengasing di antara rangkaian litar primer dan litar sekunder.

4. Penerus ialah satu litar yang menggunakan satu diod atau lebih dari satu
diod untuk menukarkan voltan a.u. ke voltan a.t. berdenyut.

5. Tiga jenis penerus ialah :-

a. Penerus gelombang separuh

D
RL
D1
M
b. Penerus gelombang penuh

G
A
C

D2 RL

B
N
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 14

c. Penerus tetimbang

M E

D1

D4 A
C

D3 D2 RL

F
N
B
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 15

5.5 Penapis ( Filter )

Keluaran litar penerus adalah voltan a.t. berdenyut. Untuk mendapatkan


voltan keluaran yang lebih licin, kita gunakan litar penapis. Rajah 5.5.1
menunjukkan gelombang keluaran sebelum dan selepas litar penapis.

V V V

t t t
Voltan a.t. berdenyut Voltan a.t. beriak

Litar Litar
Penerus Penapis

Rajah 5.5.1 : Gelombang keluaran sebelum dan selepas penapis

Tugas utama penapis ialah untuk menukarkan voltan a.t. berdenyut kepada
voltan a.t. beriak atau sebaik-baiknya voltan a.t. tulin ( rajah 5.5.2 ) dan
bebas dari denyut yang nilainya tetap seperti yang dapat diperolehi dari
bateri.

Walaubagaimanapun, tidak semua penapis dapat menghasilkan voltan a.t.


tulin. Voltan keluaran penapis biasanya voltan a.t. yang masih belum stabil.
Voltan ini adalah pencampuran voltan a.t. dan sedikit voltan a.u. ( voltan
riak ) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.5.3.

V V

Va.t. ( Vr )p-p

Va.t.

t t
Rajah 5.5.2: Voltan a.t. tulen Rajah 5.5.3: Voltan a.t. beriak

Litar penapis yang terbaik ialah penapis yang dapat mengurangkan


sebanyak mungkin nilai Vr p-p yang dihasilkan oleh voltan a.t. beriak.
Antara litar-litar penapis yang biasa digunakan ialah :-

 penapis kapasitor
 penapis RC
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 16

 penapis LC
 penapis 

5.5.1 Penapis kapasitor

Penapis yang asas adalah penapis kapasitor di mana kapasitor


dipasang selari dengan perintang beban (R L) seperti rajah 5.5.4

ID

Litar
C1 RL Vk
Penerus

Rajah 5.5.4 : Penapis kapasitor

Antara kebolehan kapasitor ialah ia boleh menyimpan cas dan


membuang cas. Ia menerima cas apabila ada bezaupaya
merentasinya, kemudian menyimpannya selama mungkin. Cas itu
akan hanya dibuang apabila ada perjalanan lengkap untuk arus
mengalir antara dua hujungnya.

Merujuk rajah tersebut, ID ialah arus dari litar rektifier yang


menghasilkan voltan susut merentasi R L. ID juga akan memberi cas
kepada kapasitor C1 kerana ianya selari dengan R L. Ingat bahawa
bentuk gelombang voltan merentasi R L ialah voltan a.t. berdenyut
keluaran dari rektifier gelombang separuh dan bentuk gelombangnya
seperti rajah 5.5.5. Anak panah garisan pecah itu ialah pengaliran
arus sewaktu C1 membuang cas.

Vm
20
15
10
5
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 17

0 4 6 8 10 t
2
Vk B Q
20
15
X 15Vp-p
10 P
5
t
0 A 2 4 C 6 8 R 10
Angkatap Masa
Rajah 5.5.5 : Gelombang keluaran Penapis kapasitor

Apabila voltan 20Vp susut merentasi R L sewaktu permulaan


masukan setengah kitar positif yang pertama, C 1 juga akan
mendapat cas 20Vp seperti yang ditunjuk pada gelombang keluaran
dari A ke B. Kemudian, apabila V RL ini menurun untuk menjadi 0, C 1
mula membuang cas.

Masa yang diambil oleh C 1 untuk membuang cas ini adalah lebih
panjang seperti yang ditulis sebagai angkatap masa dalam rajah
5.5.5, iaitu dari B ke C, selama 4 ms, tidaklah secepat menurunnya
voltan masukan ke 0 iaitu cuma 1 ms saja.

Tetapi sebelum sempat C1 habis membuang casnya, apabila sampai


ke titik P, satu lagi denyut voltan masukan bagi setengah kitar positif
yang kedua ujud merentasi RL, menyebabkan C1 sekali lagi
mendapat cas 20 Vp ( ke titik Q ).

Hal yang sama pun berlaku berulang kali pada setiap setengah kitar
voltan masukan. Perhatikan bahawa C 1 akan membuang cas dari Q
ke R, tapi sampai di X ia mendapat cas semula dari denyut ketiga.
Begitulah seterusnya.

Akibat dari proses ini, voltan keluaran yang terhasil kini hanya
berubah dari 5V ke 20V ( perubahan 15Vp-p saja ), tidak lagi
berubah begitu banyak seperti sebelum ditapis iaitu dari 0 ke 20V
(perubahan 20Vp-p). Ini bermakna C1 telah menolong menetapkan
sedikit voltan bekalan untuk litar seterusnya.

Sebarang perubahan voltan selepas rangkaian ini adalah disebut


sebagai voltan riak. Ia belumlah lagi voltan a.t. yang tulin atau bersih
dari denyut. Ianya ujud kerana nilai kapasitor yang digunakan
tidaklah sesuatu nilai yang tepat. Nilai kapasitor yang tepat akan
mengurangkan voltan riak ini kepada satu perubahan yang paling
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 18

minima, sehingga boleh mencapai satu nilai voltan a.t. yang tetap,
tulin dan bersih.

Rajah 5.5.6 menjelaskan bahawa nilai kapasitor yang lebih besar


akan mengurangkan voltan riak. Ini ialah kapasitor yang bernilai
tinggi akan mengambil masa yang lebih panjang untuk membuang
cas, iaitu angkatap masanya lama.
C1 C2
Vk B 0.1uF 1uF
 Voltan riak
20
15
10 X
5

0 A t
2 4 C 6 8 Z 10
Angkatap Masa RLC1

Angkatap Masa RLC2


Rajah 5.5.6 : Voltan riak jika menggunakan kapasitor C1 dan C2

Rajah 5.5.6 bermaksud, dengan menggunakan kapasitor penapis C 1


bernilai 0.1uF, masa yang diambil untuk membuang cas ialah hingga
ke titik C. Voltan riaknya kelihatan bernilai besar. Dengan
menggunakan kapasitor penapis C2 bernilai 1uF pula, nilai voltan
riak ini berkurang sedikit kerana angkatap masa kapasitor itu lebih
panjang ( ke titik Z ).

Dengan menambah nilai kapasitor, voltan riak akan menjadi semakin


kurang. Sehinggalah ada suatu nilai kapasitor yang sesuai yang
mempunyai angkatap masa yang cukup panjang untuk
mendapatkan voltan a.t. bersih tanpa riak dan tetap pada 20V

5.6.2 Penapis RC

Penapis RC ialah satu litar yang kita tambah selepas penapis


kapasitor. Penapis RC terhasil dengan meletakkan satu perintang
bersiri dengan beban ( RL ) dan satu kapasitor selari dengan beban
R
( RL ). Perintang (R) akan menyusutkan voltan voltan riak kepada
suatu nilai yang lebih kecil. Kapasitor C2 membantu proses
penapisan voltan riak yang masih ada.
Litar RL
C1 C2 Vk
Penerus

Rajah 5.5.2 : Penapis RC


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 19

Walau bagaimanapun, penapis RC ini telah menimbulkan sedikit


keburukan iaitu nilai voltan a.t. keluaran merentas R L juga akan
tersusut kepada suatu nilai yang lebih rendah.

5 Penapis 

Penapis  bertindak mengatasi masalah yang dihasilkan oleh


penapis RC. Perintang pada penapis RC diganti dengan peraruh
( L ). Peraruh akan hanya menyusutkan a.u. voltan riak. Peraruh
mempunyai kerintangan yang rendah terhadap a.t. tetapi
memberikan galangan yang tinggi kepada a.u. Maka dengan ini
voltan a.t. keluaran tidak banyak berkurangan nilainya merentas R L,
sebaliknya voltan a.u. dalam voltan riak akan berkurangan dengan
banyaknya kerana tersusut merentas L.

Litar RL
C1 C2 Vk
Penerus

Rajah 5.5.3 : Penapis 


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 20

5.5.4 Penapis LC

Dengan mengabungkan kebaikan induktur siri dan kapasitor selari,


penapis LC telah dihasilkan. Penapis ini juga bertindak seperti
penapis lulus rendah ( low-pass filter ).

Litar RL
C2 Vk
Penerus

Rajah 5.5.4 : Penapis LC

5.6 Pengatur ( Regulator )

Bekalan kuasa yang tidak teratur bermaksud voltan keluaran berubah


apabila bekalan masukan atau rintangan beban berubah. Perubahan voltan
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 21

semasa keadaan tiada beban ke beban penuh dipanggil pengaturan voltan.


Tujuan utama litar pengatur voltan ialah untuk mengurangkan perubahan
kepada kosong atau sekurang-kurangnya ke nilai yang paling minima.

Peratus Pengaturan ialah

Vmak  V min
% pengaturan   100
Vmak

atau

VNL 
% pengaturan 
VFL
di mana
VNL = Voltan tanpa beban
VFL = Voltan beban penuh

Terdapat tiga litar pengatur voltan yang biasa digunakan:-

 pengatur voltan diod zener


 pengatur voltan siri bertransistor
 pengatur voltan litar bersepadu ( siri 78XX )

5.6.1 Pengatur Voltan Diod Zener

Diod Zener akan beroperasi sebagai pengatur voltan semasa


pincang songsang. Diod Zener mempunyai keistimewaan yang
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 22

tersendiri iaitu boleh mengaturkan voltan jika beroperasi di dalam


kawasan zener. Untuk beroperasi di kawasan zener, voltan masukan
mesti lebih besar daripada voltan zener dan rintangan beban tidak
menyebabkan arus zener menjadi kosong.
R

Litar Penapis
Dz RL
Penerus

Rajah 5.6.1 : Pengatur Voltan Diod Zener

5.6.2 Pengatur Voltan Siri Bertransistor

Transistor yang disambung bersiri dengan beban akan mengawal


nilai voltan masukan yang dibenarkan ke keluaran. Voltan keluarkan
akan disampelkan oleh satu litar yang membekalkan voltan
suapbalik yang akan dibandingkan dengan voltan rujukan.

Merujuk rajah 5.6.2, sekiranya voltan keluaran menyusut,


penambahan dalam VBE akan menyebabkan transistor untuk
menghasilkan lebih nilai arus yang akan menaikkan voltan keluaran
dan mengekalkan voltan keluaran. Diod zener akan bertindak
sebagai voltan rujukan. Proses yang sama berlaku jika voltan
keluaran meningkat. Transistor akan mengurangkan nilai arus,
menyebabkan voltan keluaran berkurang dan mengekalkan voltan
keluaran.
Q1

R
Litar Penapis
RL
Penerus
Dz

Rajah 5.6.2 : Pengatur Voltan Siri Bertransistor

5.6.3 Pengatur Voltan Litar Bersepadu ( Siri LM78XX )


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 23

Siri LM 78XX ( di mana XX = 05, 06, 08, 10, 12, 15, 18 atau 24 )
ialah pengatur voltan tiga terminal. IC LM7805 akan menghasilkan
voltan keluaran +5 V, LM7806 akan menghasilkan voltan keluaran
+6 V dan seterusnya LM7824 akan menghasilkan voltan keluaran
+24 V. Rajah XX menunjukkan litar pengatur voltan litar bersepadu.

1 2
Vk
LM7405
Litar Penapis 3
Penerus
C1 C2

Rajah 5.6.3 : Pengatur Voltan Litar Bersepadu


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 24

5.7. Litar Pembahagi Voltan

Di dalam beberapa sistem peralatan elektronik, terutamanya alat-


alat yang besar atau rumit, ia mengandungi beberapa peringkat litar
yang masing-masing kadangkala menggunakan voltan-voltan a.t.
yang berbeza-beza nilainya. Sistem TV misalnya, terdapat lebih dari
sepuluh peringkat litar yang berlainan fungsi dan di antaranya ada
yang memerlukan voltan a.t. 100V, 48V, 12V dan seumpamanya.

Melalui unit bekalan kuasa a.t., keperluaan ini dapat dicapai dengan
mengadakan rangkaian pembahagi voltan selepas suatu nilai voltan
yang tertinggi telah diperolehi. Rajah 5.7.1 dan rajah 5.7.2
menunjukkan litar pembahagi voltan yang tetap dan bolehubah.

80V 80V
R1 R1
Litar 40V Litar
Pengatur R2 Pengatur
Voltan 20V Voltan VR
R3 0 - 40V
1

Rajah 5.71 : Litar Pembahagi Voltan Tetap Rajah 5.72 : Litar Pembahagi Voltan Boleh Ubah
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 25

5.8. Litar Lengkap Bekalan Kuasa Lelurus

Rajah 5.8 menunjukkan satu litar bekalan kuasa lelurus yang


lengkap. Dari kiri ke kanan, kita dapati pengubah tap tengah akan
mengurangkan voltan bekalan a.u.. Seterusnya penerus gelombang
penuh berfungsi menukarkan voltan a.u. ke a.t.. Penapis 
digunakan untuk meluruskan voltan a.t. berdenyut dan seterusnya
distabilkan oleh pengatur voltan diod zener.

D1
M

G L R
C
RL
D2 Voltan
C1 C2 D
z Keluaran
N Lelurus.

Litar Litar Litar Litar


Pengubah Penapis Pengatur Pembahagi
Penerus
Voltan Voltan

Rajah 5.8 : Litar Bekalan Kuasa Lelurus


BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 26

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SETERUSNYA………….DAN ……….
SEMAKLAH JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA. SELAMAT MENCUBA !!!!!!

1. Terangkan fungsi litar penapis.

2. Namakan litar penapisan asas yang terdapat dalam litar bekalan kuasa a.t.
dan lakarkan gambar rajah skematik untuk setiap satu.

3. Mengapakah pemuat penapis yang besar boleh mengurangkan ayunan riak


dalam litar?

4. Apakah fungsi pengatur dalam bekalan kuasa a.t..

5. Namakan tiga litar pengatur dan lakarkannya.

6. Terangkan mengapa litar pembahagi voltan diperlukan dalam bekalan


kuasa.
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 27

1. Litar penapis berfungsi untuk menukarkan voltan a.t. berdenyut kepada


voltan a.t. beriak atau sebaik-baiknya voltan a.t. tulin

2. Empat jenis penapis ialah:-

a. Penapis kapasitor
ID

Litar
C1 RL Vk
Penerus

b. penapis RC
R

Litar C1 C2 RL Vk
Penerus

c. penapis 

Litar RL
C1 C2 Vk
Penerus
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 28

d. penapis LC

Litar RL
C2 Vk
Penerus

3. Pemuat penapis yang besar boleh mengurangkan ayunan riak dalam litar
kerana semakin besar nilai pemuat semakin tinggi nilai angkatap masa
(RLC).

4. Pengatur berfungsi untuk mengurangkan perubahan kepada kosong atau


sekurang-kurangnya ke nilai yang paling minima.

5. Tiga jenis litar pengatur ialah :-

a. Pengatur voltan diod zener

Litar Penapis
Dz RL
Penerus

b. Pengatur voltan siri bertransistor

Q1

R
Litar Penapis
RL
Penerus
Dz
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 29

c. Pengatur voltan litar bersepadu

1 2
Vk
LM7405
Litar Penapis 3
Penerus
C1 C2

6. Litar pembahagi voltan diperlukan di dalam bekalan kuasa kerana


peralatan elektronik memerlukan voltan yang berbeza.
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 30

PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

1. Faktor manakah yang menentukan samada pengubah itu langkah-naik


(step up) atau langkah-turun (step down).

2. Terdapat tiga jenis penerus. Terangkan mengapa penerus tetimbang lebih


popular dibandingkan dengan penerus-penerus yang lain.

3. 1k
V
70V

1N4001

D
t
-70V

Diod 1N4001 mempunyai voltan pecah tebat 50 V. Terangkan apa yang


berlaku pada litar semasa kitar positif yang pertama dan kedua.

4. Sebuah bekalan kuasa mempunyai peratus pengaturan 1%. Jika voltan


tanpa beban ialah 30 V, berapakah voltan beban penuh.
23 Vp-p
5.
D1

230 Vp-p D4
f = 50Hz

D3 D2 1k

Rajah di atas menunjukkan penerus tetimbang yang menggunakan diod


silikon. Anggapkan VF = 0.7 V.
a. Kirakan nisbah lilitan transformer.
b. Kirakan voltan keluaran dan frekuensi
c. Lakarkan bentuk gelombang keluaran
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 31

d. Cadangkan bagaimana hendak mengurangkan voltan riak.

MAKLUMBALAS
MAKLUMBALAS
PENILAIAN
PENILAIANKENDIRI
KENDIRI

1. Faktor yang menentukan pengubah langkah-naik atau langkah-turun ialah


nisbah lilitan primer dan sekunder. Jika lilitan primer lebih banyak dari lilitan
sekunder, pengubah tersebut langkah-turun. Jika lilitan sekunder lebih
banyak dari lilitan primer, pengubah tersebut langkah-naik

2. Penerus tetimbang lebih popular daripada dua penerus yang lain ialah
kerana :-
a. Voltan keluaran penerus gelombang penuh lebih besar dibanding
penerus gelombang separuh.
b. Transformer tap tengah lebih mahal daripada transformer biasa.
c. Frekuensi isyarat keluaran adalah lebih tinggi dari frekuensi isyarat
masukan. Ini menyebabkan proses penapisan lebih baik.

3. Arus pincang depan dan arus pincang songsang akan mengalir. Semasa
separuh kitar positif, diod berkeadaan pincang songsang. Bila voltan
masukan lebih dari 50 V, diod pecah tebat dan arus songsang pecah tebat
mengalir. Semasa separuh kitar negatif, diod berkeadaan pincang depan.
Arus depan mengalir dengan banyak.

4.
% pengaturan = VNL  VFL
 100
VFL
1 = 30  VFL
 100
VFL
= 29.7 V
BEKALAN KUASA LELURUS E1002 / UNIT 5/ 32

5. a. Np = Vp
Nisbah Lilitan
Ns Vs
Np = 230V
Ns 23V
= 10
1

Maka nisbah lilitan = 10 : 1

b.
Voltan keluaran Vk = 23Vp  p
– 2 ( 0.7 V )
2
= 11.5 Vp – 1.4 V
= 10.1 Vp

frekuensi = 50 Hz x 2
= 100 Hz

c.

10.1Vp

10 20 t (ms)

d. Untuk mengurangkan voltan riak, kita sambungkan litar penapis


pada keluaran.

You might also like