P. 1
contoh karangan berpandu

contoh karangan berpandu

1.0

|Views: 6,391|Likes:
Published by rohanabtmakkun

More info:

Published by: rohanabtmakkun on Jan 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/16/2013

pdf

text

original

Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Contoh Karangan Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang terbabit dalam pelbagai gejala sosial. Dalam hal ini, tidak kurang juga berita-berita tentang salah laku remaja yang setiap hari dilaporkan oleh media massa. Remaja sebenarnya bolehlah diibaratkan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam atau melakukan vandalisme. Menyedari akan hal ini, tiadakah usaha-usaha daripada pihak tertentu untuk menangani masalah ini? Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dannilai moral yang sempourna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda aawam yang terdapat sama ada di kawasan tempat tinggal mereka ataupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak dan mengetahui latar belakang rakan-rakan rakan-rakan mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalism ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang tua-tua, sayangkan anak, tangan-tangankan. Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalism “menjalar” dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala vandalism ini dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anakmnya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk menangani gelaja vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin membarahi negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah tenaga untuk bersama-sama mengatasi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu serius, tetapi ingatlah bahawa isu ini dpat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemudahan awam kita tidak boleh digunakan dan penuh dengan contengan, maka hal ini akan mencemarkan imej negara. Ime negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk “memerangi” gejala ini dan ingatlah, jangan sudah terhantuk barulah hendak terngadah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->