You are on page 1of 39

1.

0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan paten perubahan fizikal,


kognitif dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Manusia secara fitrahnya
berkembang seperti bulan sabit: bersifat lemah pada usia awalnya, semakin membesar
dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas. Justeru,
pertumbuhan dan perkembangan manusia meliputi dari saat terbentuknya janin
manusia sehingga menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang
kanak-kanak, remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian.

Sudah menjadi lumrah manusia, kanak-kanak yang dilahirkan sentiasa


berkembang dari saat kelahirannya hinggalah ia dewasa. Kanak-kanak mempunyai ciri-
ciri yang unik dan istimewa di mana ia akan berubah mengikut tahap-tahap yang
ditetapkan secara semulajadi dan seterusnya mewujudkan keseimbangan terhadap
kanak-kanak tersebut. Ini juga menunjukkan kita bahawa alangkah indahnya kebesaran
dan kekuasaan Tuhan yang Maha Mengetahui. Pelbagai hasil kajian telah dikemukakan
tokoh-tokoh sains dan falsafah dalam membicarakan perkembangan kanak-kanak
khususnya yang berkaitan dengan emosi kanak-kanak hinggalah ia menjadi dewasa
kelak. Dalam perbincangan selanjutnya akan diterangkan lebih lanjut tentang kajian dan
perkembangan kanak-kanak yang diperoleh.

1
2.0 KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara


kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat
awal. Selain itu, perkembangan juga dapat dilihat melalui perubahan dalam corak
biologi, kognitif, dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Crow, perkembangan merupakan
perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan
terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri
tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula
jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan
sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan
kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan


yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku
secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat
matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan
dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal
sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Berdasarkan pentafsiran-pentafsiran di atas, dapat dibuktikan bahawa


perkembangan adalah bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah
dari segi pemikiran, emosi, sosial, moral dan rohani. Tidak dapat diukur di sini
bermaksud tidak dapat diukur secara objektif. Misalnya kita boleh membuat ramalan

2
tentang ketajaman fikiran seseorang berdasarkan data atau bukti yang ada, tetapi
ramalan itu tidak semestinya tepat. Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah
stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Misalnya kanak-kanak
akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek, mengenal huruf, mengaitkan
huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannnya denagn objek.

Perkembangan fikiran ialah tahap-tahap kebolehan seseorang itu memerhati,


meneliti, menyimpan, mentafsir, menyelesaikan masalah, memproses dan
mengeluarkan buah fikirannya. Perkembangan emosi bermaksud peningkatan
kebolehan seseorang itu merasai sesuatu, mengawal perasaan dan menghayati
peristiwa dan fenomena alam. Perkembanagn sosial pula pula bermaksud peningkatan
kebolehan berinteraksi dalam kelompok, berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan. Ia juga bermaksud kebolehan memerima kewujudan diri sendiri bersama
dengan kewujudan orang lain dalam persekitaran hidupnya. Kanak-kanak yang
sosialnya belum berkembang akan bersifat egosentrik iaitu sifat mementingkan diri
sendiri dan menganggap orang lain juga berfikiran sepertinya. Kanak-kanak yang
sosialnya belum berkembang juga tidak bersedia untuk bermain dan berkongsi
barangan dengan orang lain.

Perkembangan moral bermaksud peningkatan tahap kesedaran akhlak,


peraturan, nilai dan norma yang telah tetap yang dikongsi bersama. Ini bermaksud
kanak-kanak yang telah ada kesedaran moral akan faham keperluan penghormatan
kepada orang dewasa dan kenapa kita perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Perkembangan rohani pula bermaksud kesedaran tentang perasaan hati, hakikat
kehidupan dan kewujudan Tuhan. Kanak-kanak yang telah berkembang rohaninya akan
sedar akan hukum-hukum dan peraturan yang ditentukan oleh Tuhan dan cuba
menurutinya. Perkembangan akan berlaku secara berterusan sehingga mati.
Umpamanya perkembangan kematangan fikiran. Semakin lama seseorang itu, semakin
matang pemikirannya. Makin banyak pengalaman seseorang itu, makin mudah ia
menyelesaikan masalah. Proses perkembangan itu juga turut dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran.

3
Perkembangan juga mempunyai beberapa prinsip asas yang perlu diketahui.
Antara prinsip-prinsip perkembangan ialah, perkembangan berlaku mengikut arah
tertentu. Perkembangan mempunyai arah sama ada sewaktu peringkat sebelum lahir
mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti arah kepala ke kaki
(cephalocaudal) dan arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki,
perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna,
perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala, kemudian di
bahagian badan dan akhir sekali di bahagia kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya
berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala berbanding
dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak
ditiarapkan, dia hanya akan dapat mengangkat kepalanya dahulu berbanding
badannya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan itu berlaku dari arah
tengah badan menghala ke luar badan dan ke bahagian hujung anggota badan.
Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan dikatakan sudah
cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-
puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini memanjang
dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandung
menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya ialah proses


perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat
awal boleh duduk dengan bantuan kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan
berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit
kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip yang seterusnya ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan
beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Misalnya seorang
bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur
ke otot-otot halus.

4
Selain itu, corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetap kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Walaupun susunan
perkembangan sama, tetapi corak perkembangan adalah berbeza. Dengan itu, tidak
semua kanak-kanak mencapai peringkat perkembangan yang sama. Contohnya,
sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada kanak-
kanak yang hanya boleh berjalan pada usia 18 bulan. Ini adalan salah satu faktor yang
membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam
sesebuah bilik darjah.

Prinsip perkembangan juga menekankan perkembangan dan pertumbuhan


adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Perkembangan berlaku secara
berterusan sejak daripada percambahan sehingga mati. Namun demikian,
perkembangan juga mungkin terganggu. Oleh itu jika perkembangan emosi terganggu,
ia mungkin akan mengganggu perkembangan jasmani. Dalam proses perkembangan,
seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada
padanya sekarang adalah merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru
kelak. Perkembangan juga bergantung kepada hasil interaksi di antara
kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia
ada di dalam diri seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan
kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil
daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses
pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia
ada di dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang
sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika
berlatih atau meniru cara-cara berenang.

5
3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Faktor-


faktor tersebut ialah faktor baka, dan faktor persekitaran. Satu fitrah kejadian
manusia yang tidak dapat dinafikan adalah sifat dan ciri yang dimiliki oleh anak pertama
tidak menyerupai anak kedua. Contohnya, anak yang pertama berbadan tegap dan
tinggi lampai, tetapi tidak semestinya anak kedua mempunyai ciri-ciri yang sama.
Sebenarnya hal ini berlaku kerana ciri-ciri dan sifat-sifat yang ada pada anak adalah
pewaris baka daripada ibu atau bapa ataupun salasilah keluarga yang terdahulu. Baka
merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa
kepada anaknya. Gen-gen ini terkandung dalam kromosom. Ia menguasai
perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu. Oleh yang demikian, baka
memainkan peranan yang penting terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak. Sebagai contoh jika ibu bapanya berkulit hitam anak mereka juga akan berkulit
hitam. Jika anak mereka berkulit putih, ianya bukan suatu yang mustahil, kerana
keadaan ini berlaku mungkin salah seorang dari datuk atau nenek sebelah ibu atau
bapanya berkulit putih. Mungkin juga keadaan ini berlaku kerana salah seorang
daripada keturunan mereka berkulit putih. Sifat-sifat seseorang itu ditentukan oleh gen.

Apek-aspek yang dipengaruhi oleh faktor baka adalah seperti fizikal, mental,
personaliti, dan emosi. Bentuk dan keadaan fizikal seseorang adalah dipengaruhi oleh
faktor baka. Misalnya seperti ketinggian, rangka tubuh, warna kulit, warna rambut,
warna mata, jenis darah dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit tertentu seperti lelah,
sakit jantung, hemofilia, darah tinggi, talasemia dan kekerdilan adalah dipengaruhi oleh
baka. Sebagai contoh, penyakit talasemia adalah dipengaruhi oleh baka. Talasemia
adalah penyakit keturunan yang disebabkan pesakit mengalami kekurangan
hemoglobin sel darah merah. Kekurangan ini mengakibatkan pesakit mengalami
pertumbuhan tidak normal serta kesan terhadap fungsi jantung. Kemungkinan untuk
anak menghidap penyakit talasemia adalah tinggi jika kedua-dua ibu bapa mereka
menghidapi penyakit talasemia. Oleh itu sebelum seseorang itu berkahwin mereka
mestilah menyelidik latar belakang bakal suami atau isteri mereka kerana jika kedua-

6
dua mereka membawa penyakit yang sama, anak-anak mereka berkemungkinan besar
dijangkiti oleh penyakit yang diwarisi itu.

Keupayaan mental dan kecerdasan seseorang juga dipengaruhi oleh baka. Jika
kedua-dua ibu bapa mereka pintar maka potensi anak-anak mereka untuk menjadi
pintar adalah besar. Namun demikian, mengikut teori kecerdasan terkini, kepintaran
seseorang boleh dibentuk misalnya menerusi proses pembelajaran. Ertinya
persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk kecerdasan.
Personaliti juga adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Umpamanya sifat kecelaruan dan
kebimbangan mempunyai pertalian yang kuat dengan baka. Emosi seseorang juga turut
dipengaruhi oleh baka. Jika ibu bapa mereka mempunyai emosi yang tidak stabil, maka
kemungkinan besar anak-anak mereka juga mempunyai emosi yang tidak stabil. Bapa
yang garang atau bengis mungkin menyebabkan anak mereka menjadi bengis juga.

Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Ia


termasuk pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir
merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya adakah ibunya
merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah seperti pemakanan, sosio ekonomi dan
tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media
dan persekitaran dunia. Semua ini dikatakan mempengaruhi perkembangan individu.
Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil
interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau,
perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga
ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran.

Antara aspek-aspek persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-


kanak ialah kesihatan ibu semasa penghamilan. Jika ibu berada dalam keadaan tidak
sihat semasa hamil, anak dalam kandungan akan terencat pertumbuhannya, sama ada
pertumbuhan otak atau fizikal. Jika anak itu dilahirkan keadaannya tidak cukup berat
dan mungkin mengalami berbagai-bagai komplikasi. Masa di dalam kandungan adalah
sangat penting. Ibu hendaklah menjaga kesihatannya dan makan makanan yang berzat

7
dan seimbang. Jika sebelum lahir bayi tersebut tidak membesar mengikut kadar yang
sewajarnya, apabila lahir nanti pertumbuhannya akan terencat. Waktu kelahiran juga
adalah penting dalam menentukan pertumbuhan yang sihat. Misalnya jika semasa lahir,
bayi itu mengalami pendarahan otak, lemas, lambat dikeluarkan atau dipaksa keluar
sebelum masanya, maka bayi tersebut akan mengalami kecacatan. Perkembangan
bayi tersebut sudah tentu terbantut.

Aspek persekitaran yang lain ialah aspek pemakanan dan keperluan badan.
Pemakanan hendaklah diberi perhatian yang serius oleh ibu sama ada semasa
mengandung atau selepas lahir. Manakala ibu mesti menjaga makanannya, dia juga
mesti memberi makanan yang seimbang kepada bayinya. Bayi dan kanak-kanak juga
memerlukan senaman, rehat dan tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup adalah
sangat penting kepada kanak-kanak kerana semasa kanak-kanak tidur, semua sel-sel
otaknya akan bekerja dan berkembang selain memberi tenaga kepada kanak-kanak
untuk aktiviti pada keesokan harinya. Jika tidak cukup waktu rehat dan tidur maka
pertumbuhan badan dan otaknya akan terencat.

Selain daripada itu, aspek kecacatan fizikal dan kesihatan kanak-kanak turut
mempengaruhi kadar perkembangannya. Kanak-kanak yang cacat fizikal yang sentiasa
tidak sihat akan mengalami pertumbuhan yang terganggu sama ada pertumbuhan dari
segi fizikal, emosi, kognitif atau sosial. Budaya masyarakat juga boleh mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan. Masyarakat yang mementingkan aktiviti lasak seperti
menunggang kuda, memburu, mendaki gunung dan sebagainya akan melahirkan
generasi yang sihat, kuat dan yakin menghadapi cabaran. Pengaruh rakan sebaya juga
adalah aspek-aspek persekitaran yang mendorong perkembangan kanak-kanak. Ini
kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat membantu
membentuk keperibadian yang positif. Yang terakhir, guru dan sekolah juga turut
memberi pengaruh. Ini kerana guru yang penyayang, cekap menguruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

8
4.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts,2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak
akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan
dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara


lansung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan
kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu misalnya keupayaan mereka bersaing
dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak
dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan
sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi
keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada
kumpulan mungkn mempengaruhi perkembangan personalitinya.

4.1 PRINSIP ASAS DALAM PERKEMBANGAN FIZIKAL

Prinsip asas dalam perkembangan fizikal

1. Perkembangan fizkal bermula daripada kepala dan beransur ke


kaki.
Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu
diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seseorang
kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepelanya dahulu
kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang
bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam
masa 2 bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu,
bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan
lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh
mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya
berjalan.

9
2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan
berterusan ke luar badan.
Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk
dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari dan kaki
merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan.
Seseorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai objek yang
dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot
tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan
kedua-dua tangan untuk menggengam objek dengan sebelah
tangan menggunakan jair tangan kerana otot tanga sudah
berkembang.
3. Kebolehan menyanyi bertambah jelas dan spesifik.
Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi
akan menagais kuat.
Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih
akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang
sakit.
4. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum
semasa peringkt remaja tetapi bahagian bahu mangambil masa
lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan
mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi
kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

4.2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL

Prenatal

Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan, iaitu


apabila sperma bapa bersatu dengan ovum telur ibu. Seseorang wanita
dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas

10
seseorang wanita mencapai akil baligh, satu ovum akan mencapai tahap
kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan
memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi.

Selpas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia.


Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa dia
bahagian atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari. Sekiranya ovum tersebut
tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan
sebaga haid. Manakal ovumyang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.

Kadangkala seseorang wanita akan menghasilkan lebih daripad satu telur,


samada secara semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan
dua ovum ole dua sperma berbeza menghasilkan kebar dwizigot atau lebih
dikelnali sebagai kembar bersaudara.
Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua
bahgian, iaitu zigot mambahagi kepada dua dan setiap bahgian melalui
pembahagian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka
kembar monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada
zigot yang sama, oleh itu dia mewarisi gen yang sama daripada ibu dan bapa.

Peringkat prenatal ialah selam sembilan bulan dan terbahgi kepada tiga
fasa, iaitu pembenihan (geminal stage), embrio dan fetal.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun.


Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan
pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-
kanak pada perigkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya
mungkin empat kali ganda.

11
Otot-otot besar sydah berkembang tetapi otot-otot halus belum
berkembang dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan
kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada perkembangan
kanak-kanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor mengikut aturan,
misalnya seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh
belajar bergerak menggunakan kasut roda.

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak
begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.
Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak
penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.
Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kakal bermula dan gigi susu diganti.
Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun
dan mencapa tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki
ual bertambah apabila mereka be\rumur antara 10 hingga 12 tahun dan
mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya
kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak
menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai
keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugasan yang diberi keppada
meraka. Perkembangan otot-otot halus, keordinasi mata dan tangan sudah
mencukupi untuk kanak-kanak menulis degan lebih kemas, belajar bermain alat-
alat muzik seperti piano dan biola, manjahit, manait , mebina model,belajar
gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung
kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

12
Awal remaja (12-15 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat


dan pesat, sam seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal
fizikal seperti ketnggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.
Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau
dua tahun sebelum mancapai akil baligh.

Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula


menunjukan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki
yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’.
Tubuh badannya bertambah tegap, buku ketiak dan misai mula kelihatan.
Perubahan ketinggiandan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih
dahulu sebalum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semas
mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja
lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding
dengan remaja perempuan.

13
5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET

Teori Perkembangan Kognitif, dikembangkan oleh Jean Piaget, seorang psikologi


Swiss yang hidup pada tahun 1896-1980. Teorinya memberikan banyak konsep utama
dalam lapangan psikologi perkembangan dan berpengaruh terhadap perkembangan
konsep kecerdasan, yang bagi Piaget, bererti kemampuan untuk secara lebih tepat
merepresentasikan dunia dan melakukan operasi logis dalam representasi konsep yang
berdasar pada kenyataan. Teori ini membahas munculnya dan diperolehnya schemata
—skema tentang bagaimana seseorang mempersepsi lingkungannya— dalam tahapan-
tahapan perkembangan, saat seseorang memperoleh cara baru dalam
merepresentasikan informasi secara mental. Teori ini digolongkan ke dalam
konstruktivisme, yang berarti, tidak seperti teori nativisme (yang menggambarkan
perkembangan kognitif sebagai pemunculan pengetahuan dan kemampuan bawaan),
teori ini berpendapat bahwa kita membangun kemampuan kognitif kita melalui tindakan
yang termotivasi dengan sendirinya terhadap lingkungan. Untuk pengembangan teori
ini, Piaget memperoleh Erasmus Prize. Piaget membagi skema yang digunakan anak
untuk memahami dunianya melalui empat periode utama yang berkorelasi dengan dan
semakin canggih seiring pertambahan usia:

 Peringkat sensorimotor (usia 0–2 tahun)


 Peringkat praoperasi (usia 2–7 tahun)
 Peringkat operasi konkrit (usia 7–11 tahun)
 Peringkat operasi formal (usia 11 tahun sampai dewasa)

Peringkat sensorimotor

Menurut Piaget, bayi lahir dengan sejumlah refleks bawaan selain juga dorongan untuk
mengeksplorasi dunianya. Skema awalnya dibentuk melalui diferensiasi refleks bawaan
tersebut. Peringkat sensorimotor adalah peringkat pertama dari empat peringkat.
Piaget berpendapat bahawa tahap ini menandai perkembangan kemampuan dan
pemahaman spatial penting dalam enam sub-tahap:

14
1. Sub-tahap skema refleks, muncul saat lahir sampai usia enam minggu dan
berhubungan terutama dengan refleks.
2. Sub-tahap fase reaksi sirkular primer, dari usia enam minggu sampai empat
bulan dan berhubungan terutama dengan munculnya kebiasaan-kebiasaan.
3. Sub-tahap fase reaksi sirkular sekunder, muncul antara usia empat sampai
sembilan bulan dan berhubungan terutama dengan koordinasi antara
penglihatan dan pemaknaan.
4. Sub-tahap koordinasi reaksi sirkular sekunder, muncul dari usia sembilan sampai
dua belas bulan, saat berkembangnya kemampuan untuk melihat objek sebagai
sesuatu yang permanen walau kelihatannya berbeza walau dilihat dari sudut
berbeza (permanensi objek).
5. Sub-tahap fase reaksi sirkular tersier, muncul dalam usia dua belas sampai
lapan belas bulan dan berhubungan terutama dengan penemuan cara-cara baru
untuk mencapai tujuan.
6. Sub-tahap awal representasi simbolik, berhubungan terutama dengan tahap
awal kretiviti.

Peringkat praoperasi

Tahap ini merupakan tahap kedua dari empat tahap. Dengan mengamati urutan
permainan, Piaget biasanya menunjukkan bahawa setelah akhir usia dua tahun jenis
yang secara kualitatif baru dari fungsi psikologis muncul. Pemikiran (Pra)Operasi
dalam teori Piaget adalah prosedur melakukan tindakan secara mental terhadap objek-
objek. Ciri dari tahap ini adalah operasi mental yang jarang dan secara logika tidak
memadai. Dalam tahap ini, anak belajar menggunakan dan merepresentasikan objek
dengan gambaran dan kata-kata. Pemikirannya masih bersifat egosentris: anak
kesulitan untuk melihat dari sudut pandang orang lain. Anak dapat mengklasifikasikan
objek menggunakan satu ciri, seperti mengumpulkan semua benda merah walau
bentuknya berbeza-beza atau mengumpulkan semua benda bulat walau warnanya
berbeza-beza.

15
Menurut Piaget, peringkat pra-operasi mengikuti peringkat sensorimotor dan muncul
antara usia dua sampai enam tahun. Dalam tahap ini, anak mengembangkan
keterampilan berbahasanya. Mereka mulai merepresentasikan benda-benda dengan
kata-kata dan gambar. Bagaimanapun, mereka masih menggunakan penalaran intuitif
bukan logis. Di permulaan tahap ini, mereka cenderung egosentris, iaitu, mereka tidak
dapat memahami tempat di dunia dan bagaimana hal tersebut berhubungan satu sama
lain. Mereka kesulitan memahami bagaimana perasaan dari orang di sekitarnya. Tetapi
seiring pendewasaan, kemampuan untuk memahami perspektif orang lain semakin
baik. Anak memiliki fikiran yang sangat imaginatif di saat ini dan menganggap setiap
benda yang tidak hidup pun memiliki perasaan.

Peringkat operasi konkrit

Tahap ini adalah tahap ketiga dari empat tahap. Muncul antara usia enam sampai dua
belas tahun dan mempunyai ciri berupa penggunaan logika yang memadai. Proses-
proses penting dalam tahap ini adalah:

Pengurutan—kemampuan untuk menilai objek menurut ukuran, bentuk, atau ciri


lainnya. Contohnya, bila diberi benda berbeza ukuran, mereka dapat membezakannya
dari benda yang paling besar ke yang paling kecil.

Klasifikasi—kemampuan untuk memberi nama dan mengidentifikasi serangkaian


benda menurut tampilannya, ukurannya, atau karakteristik lain, termasuk gagasan
bahawa serangkaian benda-benda dapat menyertakan benda lain ke dalam rangkaian
tersebut. Anak tidak lagi memiliki keterbatasan logika berupa animisme (anggapan
bahawa semua benda hidup dan berperasaan)

Decentering—anak mulai mempertimbangkan beberapa aspek dari suatu


permasalahan untuk boleh memecahkannya. Sebagai contoh anak tidak akan lagi
menganggap bekas lebar tapi pendek lebih sedikit isinya dibanding bekas kecil yang
tinggi.

16
Reversibility—anak mulai memahami bahawa jumlah atau benda-benda dapat diubah,
kemudian kembali ke keadaan awal. Untuk itu, anak dapat dengan cepat menentukan
bahwa 4+4 sama dengan 8, 8-4 akan sama dengan 4, jumlah sebelumnya.

Konservasi—memahami bahawa kuantiti, panjang, atau jumlah benda-benda adalah


tidak berhubungan dengan pengaturan atau tampilan dari objek atau benda-benda
tersebut. Sebagai contoh, bila anak diberi bekas yang seukuran dan isinya sama
banyak, mereka akan tahu bila air dituangkan ke gelas lain yang ukurannya berbeza, air
di gelas itu akan tetap sama banyak dengan isi bekas lain.

Penghilangan sifat Egosentrisme—kemampuan untuk melihat sesuatu dari sudut


pandang orang lain (bahkan saat orang tersebut berfikir dengan cara yang salah).
Sebagai contoh, tunjukkan komik yang memperlihatkan Azman menyimpan boneka di
dalam kotak, lalu meninggalkan ruangan, kemudian Ujang memindahkan boneka itu ke
dalam laci, setelah itu baru Azman kembali ke ruangan. Anak dalam tahap operasi
konkrit akan mengatakan bahawa Azman akan tetap menganggap boneka itu ada di
dalam kotak walau anak itu tahu bahwa boneka itu sudah dipindahkan ke dalam laci
oleh Ujang.

Peringkat operasi formal

Tahap operasi formal adalah peringkat terakhir perkembangan kognitif dalam teori
Piaget. Tahap ini mulai dialami anak dalam usia sebelas tahun (saat pubertas) dan
terus berlanjut sampai dewasa. Karakteristik tahap ini adalah kemampuan untuk berfikir
secara abstrak, menalar secara logis, dan menarik kesimpulan dari informasi yang
tersedia. Dalam tahap ini, seseorang dapat memahami hal-hal seperti cinta, bukti logis,
dan nilai. Ia tidak melihat segala sesuatu hanya dalam bentuk hitam dan putih, namun
ada "gradasi abu-abu" di antaranya. Dilihat dari faktor biologis, tahap ini muncul saat
pubertas (saat terjadi berbagai perubahan besar lainnya), menandai masuknya ke
dunia dewasa secara fisiologis, kognitif, penalaran moral, perkembangan psikoseksual,
dan perkembangan sosial. Beberapa orang tidak sepenuhnya mencapai perkembangan

17
sampai tahap ini, sehingga ia tidak mempunyai keterampilan berfikir sebagai seorang
dewasa dan tetap menggunakan penalaran dari tahap operasional konkrit.

Informasi umum mengenai tahap-tahap

Keempat tahap ini memiliki ciri-ciri sebagai berikut:

 Walau tahap-tahap itu biasanya dicapai dalam usia bervariasi tetapi urutannya
selalu sama. Tidak ada tahap yang diloncati dan tidak ada urutan yang mundur.
 Universal (tidak terkait budaya)
 Biasanya digeneralisasi: representasi dan logika dari operasi yang ada dalam diri
seseorang berlaku juga pada semua konsep dan isi pengetahuan
 Tahap-tahap tersebut berupa keseluruhan yang terorganisasi secara logis
 Urutan tahap bersifat hirarki (setiap tahap mencakup elemen-elemen dari tahap
sebelumnya, tapi lebih terdiferensiasi dan terintegrasi)
 Tahap merepresentasikan perbezaan secara kualitatif dalam model berfikir,
bukan hanya perbedaan kuantitatif

Proses perkembangan

Seorang individu dalam hidupnya selalu berinteraksi dengan lingkungan. Dengan


berinteraksi tersebut, seseorang akan memperoleh skema. Skema berupa kategori
pengetahuan yang membantu dalam menginterpretasi dan memahami dunia. Skema
juga menggambarkan tindakan baik secara mental mahupun fizik yang terlibat dalam
memahami atau mengetahui sesuatu. Sehingga dalam pandangan Piaget, skema
mencakup baik kategori pengetahuan mahupun proses perolehan pengetahuan
tersebut. Seiring dengan pengalamannya mengeksplorasi lingkungan, informasi yang
baru didapatinya digunakan untuk memodifikasi, menambah, atau mengganti skema
yang sebelumnya ada. Sebagai contoh, seorang anak mungkin memiliki skema tentang
sejenis binatang, misalnya dengan burung. Bila pengalaman awal anak berkaitan
dengan burung kenari, anak kemungkinan beranggapan bahawa semua burung adalah
kecil, berwarna kuning, dan mencicit. Suatu saat, mungkin anak melihat seekor burung

18
unta. Anak akan perlu memodifikasi skema yang ia miliki sebelumnya tentang burung
untuk memasukkan jenis burung yang baru ini.

Asimilasi adalah proses menambahkan informasi baru ke dalam skema yang sudah
ada. Proses ini bersifat subjektif, kerana seseorang akan cenderung memodifikasi
pengalaman atau informasi yang diperolehnya agar boleh masuk ke dalam skema yang
sudah ada sebelumnya. Dalam contoh di atas, melihat burung kenari dan memberinya
label "burung" adalah contoh mengasimilasi binatang itu pada skema burung si anak.

Akomodasi adalah bentuk penyesuaian lain yang melibatkan pengubahan atau


penggantian skema akibat adanya informasi baru yang tidak sesuai dengan skema
yang sudah ada. Dalam proses ini dapat pula terjadi pemunculan skema yang baru
sama sekali. Dalam contoh di atas, melihat burung unta dan mengubah skemanya
tentang burung sebelum memberinya label "burung" adalah contoh mengakomodasi
binatang itu pada skema burung si anak.

Melalui kedua proses penyesuaian tersebut, sistem kognisi seseorang berubah dan
berkembang sehingga boleh meningkat dari satu tahap ke tahap di atasnya. Proses
penyesuaian tersebut dilakukan seorang individu kerana ia ingin mencapai keadaan
equilibrium, iaitu berupa keadaan seimbang antara struktur kognisinya dengan
pengalamannya di lingkungan. Seseorang akan selalu berupaya agar keadaan
seimbang tersebut selalu tercapai dengan menggunakan kedua proses penyesuaian di
atas.

Dengan demikian, kognisi seseorang berkembang bukan kerana menerima


pengetahuan dari luar secara pasif tapi orang tersebut secara aktif mengkonstruksi
pengetahuannya.

Isu dalam perkembangan kognitif

Isu utama dalam perkembangan kognitif serupa dengan isu perkembangan psikologi
secara umum.

19
Tahap perkembangan

 Perbezaan kualitatif dan kuantitatif

Terdapat kontroversi terhadap pembahagian tahap perkembangan berdasarkan


perbezaan kualitas atau kuantitas kognisi.

 Kontinuitas dan diskontinuitas

Kontroversi ini membahas apakah pembahagian tahap perkembangan merupakan


proses yang berlanjutan atau proses terputus pada tiap tahapnya.

 Homogenitas dari fungsi kognisi

Terdapat perbezaan kemampuan fungsi kognisi dari tiap individu

Natur dan nurtur

Kontroversi natur dan nurtur berasal dari perbezaan antara filsafat nativisme dan filsafat
empirisme. Nativisme mempercayai bahawa pada kemampuan otak manusia sejak lahir
telah dipersiapkan untuk tugas-tugas kognitif. Empirisme mempercayai bahwa
kemampuan kognisi merupakan hasil dari pengalaman.

Stabiliti dan kelenturan dari kecerdasan

Secara relatif kecerdasan seorang anak tetap stabil pada suatu darjat kecerdasan,
namun terdapat perbezaan kemampuan kecerdasan seorang anak pada usia 3 tahun
dibandingkan dengan usia 15 tahun.

Sudut pandang lain

Pada saat ini terdapat beberapa pendekatan yang berbeza untuk menjelaskan
perkembangan kognitif.

 Teori perkembangan kognitif neurosains

20
Kemajuan ilmu neurosains dan teknologi memungkinkan mengaitkan antara aktiviti otak
dan perilaku. Biologis menjadi dasar dari pendekatan ini untuk menjelaskan
perkembangan kognitif. Pendekatan ini memiliki tujuan untuk dapat mengantarai
pertanyaan mengenai umat manusia yaitu

1. Apakah hubungan antara pemikiran dan tubuh, khususnya antara otak


secara fisik dan mental proses
2. Apakah filogeni atau ontogeni yang menjadi awal mula dari struktur
biologis yang teratur

 Teori Konstruksi pemikiran-sosial

Selain biologi, konteks sosial juga merupakan salah satu sudut pandang dari
perkembangan kognitif. Perspektif ini menyatakan bahawa lingkungan sosial dan
budaya akan memberikan pengaruh terbesar terhadap pembentukan kognisi dan
pemikiran anak. Teori ini memiliki implikasi langsung pada dunia pendidikan. Teori
Vygotsky menyatakan bahawa anak belajar secara aktif lebih baik daripada secara
pasif. Tokoh-tokohnya diantaranya Lev Vygotsky, Albert Bandura, Michael Tomasello

 Teori Theory of Mind (TOM)

Teori perkembangan kognitif ini percaya bahwa anak memiliki teori maupun skema
mengenai dunianya yang menjadi dasar kognisinya. Tokoh dari ToM ini diantaranya
adalah Andrew N. Meltzoff

21
6.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEY VYGOTSKY

Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Rusia. Beliau


mendalami bidang ilmu perubatan dan kemudian beralih kepada pengaijian undang –
undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesusasteraan. Penerbitan dan
kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”.

Vygotsky mengemukakan ada empat prinsip kunci dalam pembelajaran, iaitu:

(1) penekanan pada hakikat sosio-kultural pada pembelajaran (the


sosiocultural of learning)

(2) zona perkembangan terdekat (zone of proximal development)

(3) pemagangan kognitif (cognitive appreticeship)

(4) perancahan (scaffolding).

Keempat prinsip tersebut secara singkat dijelaskan berikut ini.


Prinsip pertama menurut Vygotsky siswa belajar melalui interaksi dengan orang dewasa
dan teman sebaya yang lebih mampu. Vygotsky menekankan pentingnya interaksi
sosial dengan orang lain dalam proses pembelajaran.

Prinsip kedua menurut Vygotsky dalam proses perkembangan kemampuan


kognitif setiap anak memiliki apa yang disebut zona perkembangan proksimal (zone of
proximal development) yang didefinisikan sebagai jarak atau selisih antara tingkat
perkembangan anak yang aktual dengan tingkat perkembangan potensial yang lebih
tinggi yang bisa dicapai si anak jika ia mendapat bimbingan atau bantuan dari
seseorang yang lebih dewasa atau lebih berkompeten.

Prinsip ketiga menurut Vygotsky adalah pemagangan kognitif, iaitu suatu proses
dimana seorang siswa belajar setahap demi setahap akan memperoleh keahlian dalam
interaksinya dengan seorang ahli. Seorang ahli bisa orang dewasa atau orang yang
lebih tua atau teman sebaya yang telah menguasai permasalahannya.

22
Prinsip keempat menurut Vygotsky adalah perancahan atau scaffolding,
merupakan satu ide kunci yang ditemukan dari gagasan pembelajaran sosial Vygotsky.
Perancahan berarti pemberian sejumlah besar bantuan kepada seorang anak selama
tahap-tahap awal pembelajaran dan kemudian secara perlahan bantuan tersebut
dikurangi dengan memberikan kesempatan kepada anak untuk mengambil alih
tanggungjawab setelah ia mampu mengerjakan sendiri.

Berdasarkan huraian di atas, maka implikasi utama dari teori Vygotsky terhadap
pembelajaran adalah kemampuan untuk mewujudkan tatanan pembelajaran kooperatif
dengan dibentuk kelompok-kelompok belajar yang mempunyai tingkat kemampuan
berbeda dan penekanan perancahan dalam pembelajaran supaya siswa mempunyai
tanggungjawab terhadadap pelajar.

23
7.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF PERINGKAT KANAK-KANAK

7.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak
akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan
dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks mengikut tahap umur
serta keupayaan mereka. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkahlaku kanak-
kanak secara langsung dan tidak langsung ( Hurlock, 1978). Secara langsung,
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu
misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan
atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin akan
menyebabkan mereka tersisih daripada rakan sebaya. Secara tidak langsung,
perkembanagn fizikal akan mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang
lain. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya.

Jika diperhatikan perkembangan fizikal secara keseluruhan, pertumbuhan dan


perkembangan jasmani menunjukkan sifat pertumbuhan dan perkembangan yang
pesat. Daripada masa dilahirkan sehingga kepada umur dua tahun, terdapat zaman
pertumbuhan cepat. Kemudian diikuti oleh zaman pertumbuhan dan perkembangan
yang lambat sehingga ke peringkat sebelum baligh yang bermula daripada biasanya di
antara umur 8 sehingga 11 tahun. Daripada masa permulaan baligh terdapat
pertumbuhan dan perkembangan jasmani yang melonjak-lonjak. Peringkat ini berakhir
dengan pencapaian baligh yang mutlak iaitu pada masa kanak-kanak berumur 15 tahun
atau 16 tahun. Selepas itu, pertumbuhan jasmani terhenti dan mendatar sehingga ke
peringkat dewasa.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal atau kanak-kanak yang


mengalami ketidakupayaan fizikal, gerak-geri mereka akan terbatas. Ketidakupayaan
boleh berbentuk neurologi yang melibatkan otak, spinal cord atau urat saraf yabg rosak.
Ia juga boleh merujuk kepada kelukaan ortopedik yang melibatkan luka pada tulang,

24
sendi, dan otot-otot. Gangguan neurologi dapat mempengaruhi kecerdasan pertuturan.
Kanak-kanak yang mengalami kelemahan fizikal senang diperhatikan kerana gaya
mereka berjalan ataupun mereka menggunakan alat-alat khusus seperti kereta tolak,
tongkat penyokong atau sendi-sendi palsu.

Dalam prinsip asas perkembangan fizikal, perkembangan kanak-kanak bermula


dari kepala dan berunsur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi
berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang
kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti
dengan lengan dan seterusnya kaki. Arah perkembanagn bayi juga berlaku daripada
tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula dari tulang belakang dan
menuju kearah luar badan. Pada peringkat pre-natal, jantung dan organ-organ
terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki
merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal badan.

Maklumat yang saya peroleh dari Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, Sungai
Besar, Selangor bagi perbezaan purata fizikal kanak-kanak dari peringkat umur 6
hingga 12 tahun adalah seperti dalam jadual berikut:-

MURID UMUR 6 TAHUN

25
MURID UMUR 7 TAHUN

MURID UMUR 8 TAHUN

MURID UMUR 9 TAHUN

26
MURID UMUR 10 TAHUN

MURID UMUR 11 TAHUN

MURID UMUR 12 TAHUN

27
UMUR SAIZ PINGGANG SAIZ KEPALA BERAT (kg) TINGGI (cm)
(tahun) (cm) (cm)
6 56 49.67 18.33 109.17
7 54.33 51.5 16.33 123.17
8 55 50.3 18.67 119.33
9 53 50.5 22.33 126.67
10 58.83 52.17 29.33 135
11 54.5 51.5 29 136.67
12 59 50.67 32.33 139.33
JADUAL 1: Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (purata)

Jadual 1 menunjukkan data yang diperolehi bagi purata saiz pinggang, purata
saiz kepala, purata tinggi dan purata berat bagi kanak-kanak berumur antara 6 hingga
12 tahun. Ujian dijalankan terhadap 3 orang kanak-kanak bagi setiap peringkat umur.

saiz pinggang (cm)


60
59
58
57
56 saiz pinggang (cm)
55
54
53
52
51
50
5 6 7 8 9 10 11 12 13

28
GRAF 1: Saiz pinggang kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun.

Graf 1 menunjukkan graf bagi saiz pinggang kanak-kanak tersebut. Bentuk graf
tidak konsisten dan terdapat turun naik kerana saiz pinggang kanak-kanak tersebut
tidak bertambah berdasarkan pertambahan umur. Ini kerana ada kanak-kanak yang
bertubuh gempal dan mempunyai saiz pinggang yang lebih besar walaupun umurnya
masih kecil. Tetapi saiz pinggang kanak-kanak berumur 12 tahun adalah lebih besar
daripada kanak-kanak berumur 6 tahun.

saiz kepala (cm)


52.5
52
51.5
51
50.5 saiz kepala (cm)

50
49.5
49
48.5
48
5 6 7 8 9 10 11 12 13

GRAF 2: Saiz kepala kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun.

Graf 2 menunjukkan saiz kepala kanak-kanak tersebut. Setiap umur bagi kanak-
kanak tersebut tidak menunjukkan perbezaan saiz kepala yang banyak. Saiz kepala
mereka adalah antara 49cm sehingga 51cm. Kadar pertumbuhan dan perkembangan
pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat
umur sebelum 7 tahun. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat 6 hingga 12

29
tahun ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor sedia ada.
Maka, pertumbuhan saiz kepala dan saiz pinggang tidak begitu ketara.

berat (kg)
35
30
25
20 berat (kg)

15
10
5
0
5 6 7 8 9 10 11 12 13

GRAF 3: Berat kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun.

tinggi (cm)
160
140
120
100
80
tinggi (cm)
60
40
20
0
5 6 7 8 9 10 11 12 13

GRAF 4: Tinggi kanak-kanak dari umur 6 hingga 12 tahun.

30
Graf 3 adalah graf bagi menunjukkan perubahan berat dan graf 4 menunjukkan
perubahan tinggi bagi kanak-kanak tersebut. Kedua-dua graf tersebut menunjukkan
kenaikan pada paksi-y mengikut peningkatan umur kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak
berumur 12 tahun mempunyai tinggi dan berat yang lebih berbanding dengan umur
kanak-kanak yang lain. Ketinggian kanak-kanak perempuan akan bertambah pada
umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian
kanak-kanak lelaki pula mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga
12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.

31
7.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF

Ujian-ujian kognitif yang saya jalankan semasa Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) adalah seperti berikut:-

UJIAN 1:-

1. 2 baris gula-gula disusun sama panjang dan setiap baris mempunyai 5 biji gula-
gula.
2. Kemudian salah satu baris gula-gula itu dipanjangkan.
3. Soalan yang ditanya: Adakah bilangan gula-gula bagi kedua-dua baris masih
sama?

RAJAH 1: Gula-gula dirapatkan.

RAJAH 2: Baris gula-gula yang kedua dijarakkan.

32
UJIAN 2:-

1. Dua helai kertas yang sama panjang disusun dalam dua baris.
2. Kemudian sehelai kertas itu dipotong kepada beberapa bahagian.
3. Soalan: Adakah kertas yang telah dipotong mempunyai panjang yang sama
dengan kertas yang tidak dipotong apabila panjang setiap kertas yang dipotong
dicampurkan?

RAJAH 3: Dua kertas yang sama panjang.

RAJAH 4: Sehelai dari kertas tersebut dipotong.

UJIAN 3:-

1. Dua buah gelas A dan B diisi dengan air yang sama banyak.
2. Kemudian air dari gelas B dituang ke dalam gelas C yang lebih panjang dan
tirus.
3. Soalan: Adakah jumlah air dalam gelas A dan C masih sama banyak?

A B A
C

33
RAJAH 5: Gelas A, B dan C.

KEPUTUSAN UJIAN:-

UMU UJIAN 1 UJIAN 2 UJIAN 3


R
 Menjawab soalan  Menjawab soalan  Menjawab soalan
6 dengan salah. dengan salah. dengan salah.
 Bilangan gula-gula  Kertas yang  Air dalam gelas C
yang dijarakkan dipotong lebih lebih banyak
lebih banyak. panjang. berbanding gelas
A kerana aras air
lebih tinggi.
 Dapat menjawab  Menjawab soalan  Menjawab soalan
7 soalan dengan dengan salah. dengan salah.
betul.  Kertas yang  Air dalam gelas C
dipotong lebih lebih banyak
panjang. berbanding gelas
A kerana aras air
lebih tinggi.
 Dapat menjawab  Menjawab soalan  Menjawab soalan
8 soalan dengan dengan salah. dengan salah.
betul.  Kertas yang  Air dalam gelas C
dipotong lebih lebih banyak
panjang. berbanding gelas
A kerana aras air
lebih tinggi.
 Dapat menjawab  Dapat menjawab  Menjawab soalan
9 soalan dengan soalan dengan dengan salah.
betul. betul.  Air dalam gelas C
lebih banyak
berbanding gelas
34
A kerana aras air
lebih tinggi.
 Dapat menjawab  Menjawab soalan  Dapat menjawab
10 soalan dengan dengan salah. soalan dengan
betul.  Kertas yang betul.
dipotong lebih
panjang.
11  Dapat menjawab  Dapat menjawab  Dapat menjawab
soalan dengan soalan dengan soalan dengan
betul. betul. betul.
12  Dapat menjawab  Dapat menjawab  Dapat menjawab
soalan dengan soalan dengan soalan dengan
betul. betul. betul.
JADUAL 3: Keputusan ujian kognitif bagi kanak-kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

35
8.0 IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KOGNITIF

Daripada apa yang dilihat, kesimpulan yang boleh saya buat berdasarkan
pemerhatian dan langkah-langkah yang telah diambil semasa menjalankan tugasan ini
ialah kita haruslah memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternatif
penyelesaian dan membuat hipótesis. Kita haruslah memberi lebih banyak peluang
untuk pelajar menyelesaikan masalah sendiri. Apa yang perlu kita bantú adalah
membimbing pelajar untuk membuat anadaian – andaian penyelesaian dan meneroka
jalan penyelesaian.

Kita juga haruslah mengemukakan konsep yang luas tidak hanya terikat dengan
fakta. Hendaklah membiarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut.
Kita juga hendaklah menerima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar
menerima pendapat orang lain.

9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, jelas di sini bahawa
penekanan terhadap perkembangan fizikal dan kognitif perlu dititik beratkan kerana ia
penting untuk perkembangan kanak-kanak. Sekiranya pendidikan ini diabaikan,
kemungkinan kanak-kanak akan bersifat rendah diri dan cuba menjauhkan diri daripada
individu lain. Jika perkara ini terjadi, kanak-kanak tersebut akan bersifat pasif
bertentangan apa yang dituntut oleh kehidupan masyarakat kita.

Kita boleh membuat andaian di sini sekiranya kanak-kanak mempunyai


perkembangan fizikal dan kognitif yang baik, mereka akan dapat menyemai sikap yakin
terhadap diri mereka. Mereka juga dapat berkomunikasi baik dengan masyarakat
kerana mereka mempunyai keyakinan untuk bergaul dengan individu yang sebaya

36
dengan mereka atau pun lebih tua dari mereka. Kanak-kanak yang mempunyai
perkembangan yang baik akan mempunyai rakan yang ramai dan mudah untuk mereka
menjalankan sesuatu aktiviti.

Untuk memastikan semua ini dapat berjalan dengan lancar, guru merupakan
individu yang paling penting dalam memainkan peranan mereka. Guru haruslah
menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa untuk murid-
muridnya di samping menyediakan alat bantuan mengajar yang mencukupi. Kanak-
kanak juga perlu diberi peluang untuk memperkembangkan sosio-emosi mereka
dengan memberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Secara tidak langsung,
ia dapat mewujudkan keyakinan di dalam di kanak-kanak untuk menyuarakan pendapat
mereka terhadap sesuatu perkara kepada orang lain.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberi
peluang kepada anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Jangan biarkan
mereka terabai dan bimbing mereka untuk membentuk sosio-emosi mereka supaya
berada di tahap yang lebih baik. Sekiranya anak-anak terdedah dengan persekitaran
dan sosio-emosi yang baik, mereka akan dapat membentuk jati diri dan personaliti serta
keperibadian yang baik.

Secara tidak langsung, Malaysia akan mempunyai masyarakat yang Cemerlang,


Gemilang dan Terbilang selara dengan yang dikehendaki oleh Perdana Menteri
Malaysia.

37
REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus
Perkembangan Kanak - Kanak pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Afiq Syazwan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada
pensyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sepanjang
menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada para rakan yang secara tidak langsung
turut membantu dalam menyiapkan tugasan yang telah diberi.

Saya telah merancang dengan teratur dalam menyiapkan tugasan ini. Pada
permulaan saya mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan telah bersama-sama
mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan saya dan rakan-rakan mendapat
tugasan sehari sebelum cuti pertengahan semester, saya tidak dapat mengumpul
maklumat yang banyak daripada perpustakaan. Namun, saya tetap meminjam buku
berkaitan dengan tugasan untuk dibawa pulang.

Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat


membantu saya dalam mengulang kaji subjek ini. Saya juga mendapat gambaran yang
semakin jelas mengenai perkembangan kanak - kanak. Faktor perkembangan murid
memang perlu diketahui oleh saya sebagai seorang bakal guru agar sesi pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya.

Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai


dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan
sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.

38
BIBLIOGRAFI

1) Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008), Perkembangan Kanak-


Kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun,
Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
2) http://teoripiaget.blogspot.com
3) http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-kanak-kanak-dari-
aspek_23.html

4) http://el-children.blogspot.com/2007/03/perkembangan-kognitif_23.html

39

You might also like