You are on page 1of 53

Magnum Opus Melayu, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yang Tak Lapuk

Dek Hujan dan Yang Tak Lekang Dek Panas

Dato Dr. Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Haji Hashim
Naib Canselor,
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Beberapa Aspek Filolog Sejarah Melayu

Setakat ini diketahui, teks SEJARAH MELAYU yang sering dijudulkan juga sebagai
SULALATUS-SALATIN, barangkali dapat dianggap sebagai sebuah hasil sastera sejarah dalam
bahasa Melayu yang kedua tertua selepas penghasilan HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI. Namun,
ini, bukanlah bererti bahawa antara periode kelahiran HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI pada abad
ke-14 dengan periode (belum dapat dipastikan masa yang tepat) penghasilan SEJARAH
MELAYU tidak lahir sebuah penghasilan genre sastera yang serupa. Oleh sebab setakat ini
belum pernah ditemui lagi sebuah teks yang sedemikian coraknya, maka andaian di atas buat
sementara dapatlah dipertahankan.

Kajian mutakhir terhadap SEJARAH MELAYU ini menunjukkan bahawa di berbagaibagai pusat koleksi dan kepustakaan dunia ini terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah
SEJARAH MELAYU Literature tentang SEJARAH MELAYU hingga pada masa ini pula
terdapat dalam berbagai-bagai bentuk, iaitu:
a. Dalam bentuk naskhah (jawi), berbagai-bagai versi, resensi dan salinan.
b. Dalam bentuk penyelenggaraan/penggarapan atau pengedisian yang masih dikira amat
preliminary coraknya seperti,
i)

Edisi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, (Jawi), 1831.

ii)

Edisi Dulaurier, 1849-1856

iii)

Edisi W.G. Shellabear, 1986

iv)

Edisi R.O. Winstedt, 1938

v)

Edisi T.D. Situmorang dan A.E. Teeuw berasaskan kepada edisi Munsyi
Abdullah, 1952.

vi)

Edisi Dato Madjoindo, (Jawi), Jakarta, 1959.

vii)

Edisi A. Samad bin Ahmad, Kuala Lumpur, 1979.

Di kalangan 29 buah naskhah tadi, terdapat:


a)

12 buah naskhah di Netherlands

b)

11 buah naskhah di United Kingdoms

c)

5 buah naskhah di Lembaga Kebudayaan Indonesia Jakarta

d)

1 buah di Leningrad, Rusia.

Penelitian terperinci terhadap semua naskhah ini menunjukkan bahawa naskhah ini
adalah seperti berikut:
a) Terdapat dua buah naskhah yang mewakili versi T.S. Raffles, iaitu di Perpustakaan
Royal Asiatic Society, London, Raffles M.S. No. 18 dan sebuah Cod. Or 1704 di
Perpustakaan Universitiet Lerden yang didapati kurang lengkap di bahagian
hujungnya.
b) Enam buah naskhah dalam bentuk serpihan, tetapi tidak lengkap, iaitu sebuah di
Jakarta, KBG 11 Mal: sebuah di Leiden, Cod. Or. 1760: empat buah di London, iaitu
Raffles MS No. 35, 39, 68 dan 76.
c) Versi pendek yang diselenggarakan oleh Abdullah Munsyi, kemudian digarap oleh T.
D. Situmorang dan A. E. Teeuw.

Versi ini kemudian diusahakan oleh Dato

Madjoindo, pada tahun 1831, 1952 dan 1959. Semuanya wujud dalam enam buah
naskhah, iaitu sebuah di Jakarta. KBG 189 W: sebuah di Leningrad, Rusia; empat
buah di Great Britain iaitu Raffles No. 80, Farquhar MS No. 5, Perpustakaan School
of Oriental and African Studies No. 36495 dan 36499. Semua versi pendek ini
berakhir setakat episod kematian Tun Ali Hati, di Johor.
d) Dua buah naskhah salinan yang disalin dari versi pendek yang dicetak di Singapura,
iaitu Klinkert No. 5, dan Cod. Or. 6669, kedua-duanya tersimpan di Leiden.
e) Versi panjang yang dapat ditemui daripada sembilan buah naskhah, iaitu di Jakarta
sebanyak dua buah naskhah, KBG 188 von de Wall dan KBG 190 von de Wall di
Perpustakaan Koninklijk Institut Leiden, No. 631 senaskhah: dua buah naskahah di
Great Britain, iaitu Maxwell No. 26 di Royal Asiatic Society dan di Manchester No.
1; empat buah naskhah di Universiteit Bibliotheek, Leiden, aitu Cod. Or. 1703, 1716,
1736 dan 3210. Maksud veris panjang di sini ialah kesemua naskhah ini berakhir

dengan penyebutan episod serangan jambi terhadap jambi terhadap Johor pada tahun
1673 (menurut kolofon yang tercatat).
f) Sebuah versi yang telah diperpanjang, iaitu penyalinan semula (dengan pengubahan
dan penukaran di sana sini) teks SEJARAH MELAYU dari versi panjang, lalu
diperlanjutkan lagi riwayatnya hingga kepertengahan abad ke-19, dilakukan oleh
seorang perawi dari keturunan Siak. Pada masa ini, terdapat empat buah naskhah
seperti ini, iaitu sebuah di Jakarta, KBG 191 W di Museum Pusat di Leiden dan diberi
judul RAJA-RAJA MELAYU saja, dan dua buah lagi terdapat di Leiden dan diberi
tajuk SEJARAH RAJA-RAJA MELAYU, iaitu Cod. Or. 6342 dan Cod. Or 7304.
Ada pihak yang gemar memanggilnya sebagai HIKAYAT RAJA AKIL atau
HIKAYAT SIAK.

Sebuah naskhah lagi di Perpustakaan Royal Asiatic Society

London, bertanda Mal. 138.


g) Sebuah naskhah yang didakwa sebagai berasal dari Palembang, lalu dikatakan
berversi Palembang.

Ia tersimpan di Perpustakaan Koninklijk vor de Tropen,

Amsterdam, dalam bentuk naskhah bertaip rumi, tetapi penyalinannya agak


berkecamuk dan berbeza daripada sebarang naskhah yang tersebut di atas.
Kewujudannya masih belum diketahui ramai dan belum pernah dikatalogkan.
Daripada kenyataan di atas, nyatalah bahawa teks SEJARAH MELAYU mempunyai
naskhah yang amat kompleks dan paling merumitkan dalam bidang filologi, walaupun
kemasyhurannya memang jelas. Ini dapat dibuktikan daripada perhatian yang diberikan oleh para
pengkaji tempatan dan luar negeri terhadap teks ini, sama ada dalam kerja penggarapan dan
pengedisian, mahupun dalam tugas penterjemahan.

Tujuan kerja penggarapan ialah untuk

mencari sebuah naskhah dari SEJARAH MELAYU yang dapat memberikan pembacaan dan
pemahaman filologi sedefinitif yang mungkin.
Sejak diketahui munculnya SEJARAH MELAYU kira-kira dua setengah abad yang lalu,
teks ini telah menarik minat ramai orang. Telah kerap benar ia diperkata dan diperbahaskan, sama
ada oleh penyelidik tempatan ataupun oleh kalangan ilmiawan asing. Hal ini terjadi kerana dalam
gedung kepustakaan Melayu, SEJARAH MELAYU sehingga kehari ini dianggap sebagai karya
Melayu yang terpenting dan terbesar dalam deretan karya klasik Melayu lain, khasnya karya yang

sejenis dengannya seperti HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, HIKAYAT ACHEH,HIKAYAT


PATANI, TURUNAN ASAL RAJA-RAJA GOWA dan TAUFAT AL-NAFIS.
Kemasyhuran dan keunggulan kedudukannya sebagai sebuah hasil kreatif dibuktikan
daripada kekerapan SEJARAH MELAYU disalin semula, hingga terhasil sebanyak 29 buah
naskhah salinan daripada teks induknya. Kemasyhurannya juga dapat ditunjukkan apabila para
penterjemah asing, menterjemahkan SEJARAH MELAYU ke bahasa Inggeris, Jerman, Belanda,
Jepun, Perancis, Polish (sebenarnya terjemahan sebahagian dan bercorak cebisan saja). Tamil
dan China. Ia menjadi sumber rujukan yang paling kerap digunakan oleh ahli sejarah sewaktu
membahaskan sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal. Manakala, kaedah dan dari
naskhah mana teks SEJARAH MELAYU yang digunakan, itu hanya menjadi persoalan sekunder
buat para penyelidik seperti ini.

SEJARAH MELAYU juga sangat diperlukan bag itujuan

rujukan oleh berbagai-bagai disiplin ilmu dan penyelidikan tentang Melayu seperti bahasa,
sosiologi-antropologi, filologi dan pemikiran Melayu, kebudayaan, politik dan ekonomi. Dari
segi pengkajian terhadap SEJARAH MELAYU, suatu perspektif tentangnya dapat diberikan.

Seawal kemunculannya (dari bukti-bukti dokumen tertulis yang diketahui) lantas


kemudian digunakan sebagai suatu sumber rujukan, ialah di tahap pertama awal abad ke-18.
Seorang penyelidik Barat bernama Petrus van der Vorm telah menulis sebuah buku yang berjudul
COLLECTANIA MALAICA VOCABULARIA OF MALEICHE WOORDBOEKSAMELING
(sebanyak 2 jilid),kemudian diterbitkan di Batavia, antara tahun 1707-1708. Beliau menyebut
bahawa banyak hasil naskhah Melayu klasik yang dirujuk. Salah sebuah daripadanya ialah
PENURUNAN SEGALA RAJA-RAJA.
Bukan setakat penyebutan saja, malahan Petrus seterusnya memberi ikhtisar dan
kandungan naskhah tersebut, Istilah Penurunan... yang dinyatakan oleh Petrus nampaknya
bertentangan pula dengan istilah Peraturan sebagaimana yang pernah diberikan oleh R.O.
Winstedt, yang merujuk SEJARAH MELAYU daripada sebuah naskhah, Raffles MS 18 pula.

Rupa-rupanya, hampir tiga suku abad mendahului Petrus, diantara 1637 1641, SEJARAH
MELAYU telah pun dirujuk sebagai salah sebuah sumber induk oleh ulama-penulis Nusantara
5

terkenal, Syeikh Nuruddin ar-Raniri, apabila beliau menghasilkan magnum-opusnya, kitab


BUSTANUS-SALATIN (Taman Raja-raja). Dalam Bab 2 (Fasal ke-12) daripada tujuh bab kitab
besar ini, ketika mensusur-galurkan salasilah Sultan Iskandar Thani Acheh, yang berasal dari
Pahang dan berketerunun daripada raja-raja Melaka, tidak dapat tiada Nuruddin tentunya
mengutip salasilah raja-raja Melaka daripada SEJARAH MELAYU, malah ada sarjana yang
menyebut beliau menyadur teks perihal Melaka ini, untuk menghasilkan teks ketatanegaraannya
itu.
Ini bererti, Nuruddin berjaya menggunakan salah sebuah naskhah SEJARAH MELAYU
hanya lebih kurang 25 tahun sahaja selepas ia diselenggarakan semula tahun 1612 oleh Tun Seri
Lanang, pembesar dari Johor itu. Bukan ini saja, malah Nuruddin mengenal secara peribadi
siapakah pembesar Melayu ini. Selain menjadi ketua utusan empat orang hulubalang Johor ke
istana Acheh, Nuruddin menyebutkannya sebagai telah mengarang SULALATUS-SALATIN.
Fasal yang kedua belas pada menyatakan tawarikh segala raja-raja
yang kerajaan di negeri Melaka dan pahang: Kata Bendahara Paduka
Raja yang mengarang kitab masirat SULALATUS-SALATIN...
Paduka Raja adalah gelaran kebesaran bagi Tun Muhammad bin Tun Ahmad, Bendahara
Johor yang bergelar Tun Seri Lanang. Kenyataan ini tentunya dapat membantu pengungkaian
persoalan filologi versi panjang dari teks SEJARAH MELAYU.
Kira-kira dua puluh tahun selepas Petrus, seorang penulis lain, Francois Valentijn
(seorang peminat naskhah-naskhah Melayu) menulis sebuah buku yang berjudul OUD EN
NIEUWOOST-INDIEN tentang sejarakh ringkas Hindia Timur (dahulu dan sekarang). Buku
yang diterbitkan pada tahun 1726 ini, menyenaraikan juga sumber rujukan Francois. Beliau
menyebut bahawa salasilah raja-raja Melaka adalah dirujuk dari satu sumber, iaitu SOELALET
ESSALATINA, OR THE GENEOLOGY OF THE KINGS OF THE MALAY COAST OF
MALACCA. Yang menghairankan ialah bahawa kedua-dua naskhah SULALATUS-SALATIN
yang disebu sebagai judul asal SEJARAH MELAYU dan digunakan oleh kedua-dua penulis
Barat ini, hanya muncul sebagai satu daftar nama segala raja-raja saja,bukan seperti SEJARAH
MELAYU yang wujud pada hari ini.
Pada tahun 1811, sarjana lain bernama William Marsden pula menulis buku berjudul
HISTORY OF SUMATERA. Dalam membincangkan tentang kesultanan Melayu awal, beliau
merujuk sebuah naskhah Melayu, juga SULALATUS-SALATIN yang dalam bahasa Melayunya
6

diertikan Penurunan Segala Raja-raja.

Besar kemungkinan bahawa naskhah SEJARAH

MELAYU yang pernah digunakan oleh Petrus kira-kira seratus tahun sebelumnya,itulah yang
dirujuknya. Buku Marsdenini diterbitkan di London.
Selepas itu, kedudukan SEJARAH MELAYU makin bertambah kerap diperkatakan.
Perbincangan yang berkaitan dengan disiplin terjemahan dan filologi tentang SEJARAH
MELAYU tambah kerap diadakan, berbanding dengan karya lain yang sejenis dengannya.
Sarjana dan penyelidik sastera mula memberikan perhatian terhadapnya. Ada yang
memperkatakan SEJARAH MELAYU sebagai suatu hasil kreatif yang terbesar dirantau ini.
Tidak kurang pula yang cuba menyingkap-nyingkap saja perihal masalah naskhah tentang
SEJARAH MELAYU dengan harapan (barangkali) semoga permasalahan filologi SEJARAH
MELAYU dapat diselesaikan dengan segera supaya boleh dipergunakan dengan cara yang lebih
meluas.
Peri berpengaruhnya SEJARAH MELAYU terhadap para penyelidik menyebabkan
hingga ke masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam versi SEJARAH MELAYU yang telah
diselenggarakan. Versi yang pertama lahir pada awal tahun 1938, apabila R.O.Winstedt
mengambil dan menyelenggarakan naskhah Raffles MS 18, lalu lahirlah THE MALAYA
ANNALS OR SEJARAH MELAYU.

Winstedt mendakwa bahawa naskhah untuk

penyelenggaraannya ini merupakan naskhah dari SEJARAH MELAYU resensi tertua tahun
1536. Edisi Winstedt inilah kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh C.C. Brown
yang dianggap terjemahan ke bahasa asing yang paling kemas kini.
Tetapi rupanya terdahulu satu abad dari itu, iaitu pada tahun 1831, penyelenggaraan dan
pengeditan SEJARAH MELAYU yang pertama sekali telah dilakukan oleh Abdullah Munsyi. Ia
diterbitkan dalam tulisan jawi di Singapura, kira-kira 20 tahun saja selepas SEJARAH MELAYU
dirujuk oleh William Marsden. Edisi Abdullah ini,kemudiannya diterbitkan semula oleh H.C.
Klinkert di Leiden pada tahun 1884. Edisi Abdullah ini, kemudiannya diterbitkan semula oleh
H.C. Klinkert di Leiden pada tahun 1884. Edisi inilah kemudiannya diselenggarakan semula
(seperti perumian, anotasi, indeks dan pengenalan) oleh A.E. Teeuw dan T.D. Situmorang pada
tahun 1952 di Jakarta dan Amsterdam.

Selepas itu, antara tahun 1949-1856,kali kedua SEJARAH MELAYU diselenggarakan


dan diterbitkan di Paris oleh Dulaurier dengan judul COLLECTIONS DES EDOUARD
PRINCIPALES CHRONIQUES MALAYES, tetapi edisi ini tidak lengkap.
Pada tahun 1896, muncullah SEJARAH MELAYU dari naskhah yang paling popular
masa ini, kali pertama dirumikan dengan pengenalan ringkas oleh Rev. W.G.Shellabear. Tiga
belas tahun kemudian, iaitu pada tahun1909 teks Shellabear ini disemak semula menjadi Second
Romanised Edition dan telah diulang cetak beberapa kali. Kini ia dijadikan teks rujukan sastera
bagi para calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Selaras dengan ini maka lahirlah berbagaibagai bentuk perbincangan, ulasan dan wacana tentang SEJARAH MELAYU, diterbitkan seperti
cendawan tumbuh, kesemuanya bersandarkan kepada teks Shellabear.
Di Jakarta, pada tahun 1959, terbit pula SEJARAH MELAYU, dihasilkan oleh Dato
Madjoindo, sebanyak 2 jilid. Tetapi yang aneh ia diterbitkan dalam tulisan jawi, dan nampaknya
mengandungi sebahagian SEJARAH MELAYU dan versi Munsyi Abdullah. Walaupun
penyelenggaraannya menghadapi risiko penerbitan dan pemasaran, namun kesemuanya dapat di
atasi oleh kemahuan dan cita-cita murni untuk menampilkan SEJARAH MELAYU tetapi
daripada versi yang lain.
Pada tahun 1821, muncullah pula sebelum itu John Leyden. Beliaulah orang yang pertama
sekali menterjemahkan SEJARAH MELAYU ke bahasa Inggeris. Terjemahannya

ini telah

diterbitkan di London dengan judul MALAY ANNALS: TRANSLATED FROM THE MALAY
LANGUAGE. Dengan penerbitan dalam bentuk terjemahan ke bahasa asing ini bererti pembaca
SEJARAH MELAYU (yang tidak tahu berbahasa Melayu) bertambah ramai. Leyden nampaknya
menterjemahkan SEJARAH MELAYU dari versi Munsyi Abdullah atau barangkali dan versi
Dato Madjoindo. Ketiga-tiga versi ini diakhiri dengan kisah episod kematian atau pembunuhan
Tun Ali Hati.
Seorang penterjemah Perancis, Aristide Marre, mengambil langkah seterusnya untuk
menterjemahkan pula SEJARAH MELAYU, ke bahasa Perancis dengan tajuk LE SADJARAH
MALAYOU (LARBRE GENEALOGIQUE MALAIS). Terjemahan Marre ini, diterbitkan di
Paris pada tahun 1986.

Setelah Abdullah Munsyi, Edouard Dulaurier, W.G. Shellabear, R.O. Winstedt dan Dato
Madjoindo mengusahakan SEJARAH MELAYU, lalu melahirkan 5 edisi dari teks SEJARAH
MELAYU yang berlainan, pada tahun 1979, tokoh veteran sastera Melayu tanah air yang tidak
asing lagi, A. Samad Ahmad mengetengahkan teksnya yang lain, lalu diterbitkan di Kuala
Lumpur dengan tajuk SULALATUS-SALATIN SEJARAH MELAYU. Perkembangan mutakhir
ini membuatkan SEJARAH MELAYU sekarang terdapat dalam enam edisi. Sepanjang yang
diketahui, hal seperti ini tidak pernah terjadi terhadap sebarang teks Melayu klasik bercorak
sejarah. Edisi daripada naskhah yang berbagai-bagai tadi menunjukkan kepelbagaian corak dan
varians, tetapi masih bertumpu dan berwadahkan Kesultanan Melayu Melaka dengan berbagaibagai episod serta naratif yang menjangkau dari zaman pra dan awal Melaka sehinggalah ke
periode awal Johor.
Perkembangan edisi ini belum termasuk edisi terkemudian yang diselenggarakan oleh
penulis daripada bahagian kedua naskhah SEJARAH MELAYU atau dipanggil HIKAYAT SIAK
berasaskan Cod. Or 7304. Edisi ini diselenggarakan tahun 1992.
Persoalan sekarang ialah, apakah kita telah berpuas hati terhadap teks SEJARAH
MELAYU setelah lahir enam penyelenggaraan tadi? Memandangkan begitu banyak naskhah
salinan SEJARAH MELAYU, serta terangkum ke dalamnya berbagai-bagai-bagai versi, seperti
versi yang bercorak serpihan (fragmentary character), versi yang diperpanjangkan (enlarged)
daripada sebuah versi yang sedia lengkap (seperti yang muncul daripada SEJARAH MELAYU
versi Siak, dikenali dengan judul HIKAYAT SIAK atau HIKAYAT RAJA AKIL), maka teks
SEJARAH MELAYU telah menimbulkan permasalahan filologi yang amat kompleks. Oleh
sebab hadirnya sifat kompleks ini, maka menjadi usaha dan tanggungjawab amat berat, sekiranya
ada sarjana filologi yang cuba menyelenggarakan SEJARAH MELAYU dengan tujuan mencari
suatu yang paling definitif; atau yang paling standard guna untuk rujukan semua pihak dan
untuk penyesuaian semua disiplin penyelidikan.
Dengan pengertian lain, setelah lebih kurang dua setengah abad SEJARAH MELAYU
diketahui muncul, sehingga setakat ini, belum lagi terdapat sebarang penyelenggaraan SEJARAH
Melayu yang benar-benar ilmiah, kritis dan memuaskan. Bidang filologinya (berkaitan dengan
masalah teks, naskhah, versi, resensi dan asal usul) masih belum habis-habis lagi diperbahaskan

soal bahasanya belum begitu dalam diselidiki, manakala tentang isu kesejarahannya, masih ada
kalangan penyelidik yang ragu-ragu. Bagaimana tidak?
Sekiranya ahli bahasa, budaya dan kaji masyarakat lebih cenderung, mempelajari soal
bahasa dan kebudayaan Melayu pada abad ke-15 dengan merujuk dan bergantung kepada
SEJARAH MELAYU daripada Resensi 1612 atau teks W.G. Shellabear (para penyelidik dari
Indonesia pula nampaknya sering mengharapkan SEJARAH MELAYU daripada edisi Abdullah
atau Teeuw-Situmorang), tidaklah begitu halnya dengan ahli sejarah.

Ahli sejarah lebih

mempercayai SEJARAH MELAYU daripada edisi Winstedt resensi 1536 (naskhah Raffles
M.S. 18) untuk matlamat rujukan, dengan alasan termudah bahawa resensi ini dianggap tertua,
paling hampir dengan naskhah asal, justeru itu si penyalin lebih berjaya mengekal dan
mempertahankan isi dan identiti SEJARAH MELAYU yang asal tadi. Mereka juga beranggapan
bahawa naskhah dan versi SEJARAH MELAYU yang lain, semuanya corrupt (akibat banyak
perubahan, tokok tambah, pengguguran, sisipan atau apa saja istilah yang berkaitan, hasil
perbuatan penyalin atau perawi terkemudian) dari segi kesahihan fakta.
Sikap seperti ini sebenarnya bukan merupakan perkara baru. Seawal-awal dapat dirujuk
daripada pandangan Abdullah Munsyi yang tellah menyelenggarakan naskhahnya. Abdullah
tertarik kepada SEJARAH MELAYU kerana corak bahasa yang terdapat di dalamnya.
Telitikanlah saja petikan pendapatnya berikut yang menjadi bahagian pengenalan teksnya itu.
Arakian maka jikalau orang mendapat akan kitab SEJARAH Melayu ini, maka
katanya, :Mengapakah maka hikayat-hikayat dan SEJARAH MELAYU yang
tiada berguna dicapkan? Membuang belanja dan penat sahaja. Apakah
faedahnya yang ada di dalamnya. Maka kami memberi jawab kepadamu.
Bahawa, sungguhpun tiada banyak perkara yang berguna dalamnya seperti
kata orang yang mengarang sesungguhnya ketahuilah olehmu adapun aku
mengusahakan diriku mengecap kitab ini, sebab bahasanya.
Jelaslah, selain nilai bahasa yang menarik hati Abdullah, beliau menganggap bahawa
SEJARAH MELAYU sebagai tiada berguna, sama ada dari segi apa pun, kecuali bahasa. Tetapi,
sumbangan Abdullah terhadap keilmuan SEJARAH MELAYU tidaklah juga kecil, iaitu apabila
beliau menerbitkan teksnya pada tahun 1831 yang berjudul SULALATUS-SALATIN dikenali
sebagai SEJARAH MELAYU dalam bahasa tempatan dan diketahui sebagai MALAY ANNALS
dalam bahasa Inggeris.
10

John Leyden dan T.S. Raffles (yang menuliskan pengenalan SEJARAH MELAYU untuk
teks terjemahan Leyden), nampaknya menghargai SEJARAH MELAYU dari segi hasil kreatif,
tetapi cuba menjauhkan diri dari memperbincangkan permasalahan filologi dan pernaskhahan
SEJARAH MELAYU. Mereka tidak pernah mempersoalkan kandungan SEJARAH MELAYU
dan nilainya dalam apa saja disiplin pengajian.
Malahan, apa yang dikatakan sebagai terjemahan itu adalah terjemahan dari SEJARAH
Melayu yang amat bebas coraknya.
Walau bagaimanapun sebelum kemunculan edisi SEJARAH MELAYU yang lain, para
sarjana pernah berpendapat bahawa naskhah SEJARAH MELAYU yang dipergunakan oleh
Leyden dan Abdullah dapat dianggap sebagai naskhah (kemudiannya menjadi teks) yang
standard.
Tetapi, antara tahun 1849-1956, pendapat di atas kelihatan telah tercabar. Ia muncul
secara tidak sengaja, iaitu apabila Edouard Dulaurier cuba menggunakan teks Abdullah (dan
barangkali naskhah-naskhah lain juga, tetapi tidak dinyatakannya secara eksplisit) bagi
penyelenggaraan yang didakwanya kritis itu. Malahan, dalam satu daripada nota bukunya, telah
disebut satu versi SEJARAH MELAYU dari Cod. Or. 1716, (tersimpan di Perpustakaan
Universiti Leiden) pula. Versi ini didapati berlainan daripada SEJARAH MELAYU dari edisi
Abdullah yang dirujuknya itu. Sedangkan naskhah tersebut amat bererti untuk penelitian filologi
SEJARAH MELAYU.
Selepas itu, W.G. Shellabear mengusahakan SEJARAH MELAYU dengan menggunakan
edisi Abdullah dan Dulaurier, tetapi yang lebih penting beliau juga menggunakan beberapa
naskhah SEJARAH MELAYU lain yang belum pernah digunakan sebelum itu. Dalam edisi
tahun 1896 Shellabear ini, dinyatakan secara eksplisit tentang versi lain yang digunakannya,
kemudiannya lebih panjang daripada teks Abdullah dan Dulaurier (yang hanya setakat kisah
kematian Tun Ali Hati). Sebenarnya bahagian selepas kematian Tun Ali Hati itu beliau ambil
daripada versi campuran yang tidak serupa. Oleh itu, teks Abdullah dan Dulaurier tadi tidak lagi
dapat dianggap standard.

11

Berbalik kepada sumbangan yang diberikan oleh R.O. Winstedt.

Pada tahun 1938,

apabila beliau mengusahakan SEJARAH MELAYU, bukan berpandukan daripada edisi


Abdullah, Dulaurier, mahupun Shellabear, malahan beliau merujuk kepada versi C.O. Blagden
yang pernah memperkatakannya pada tahun 1925. Usaha Winstedt ini boleh dianggap sebagai
satu penemuan baru tentang permasalahan asal-usul dan perkembangan atau penyebaran naskhah
SEJARAH MELAYU. Beliau meneliti bahagian mukadimah yang terdapat dalam SEJARAH
MELAYU versi Blagden tadi, lantas membuat suatu kesimpulan.

Sebenarnya, beliau telah

membandingkan antara SEJARAH MELAYU daripada kumpulan edisi yang pertama tadi dengan
beberapa buah hasil kesusasteraan Melayu Islam dari Acheh dan mendapati bahawa mukadimah
edisi tersebut diambil daripada mukadimah kitab BUSTANUS-SALATIN, hasil tulisan Syeikh
Nuruddin ar-Raniri, pada tahun 1938. Tentunya dalam hal ini, si penyalin daripada kita-tiga edisi
tadi telah tertarik hati dengan bahasa Nuruddin, lantas diterapkannya ke dalam naskhah
salinannya itu.
Mukadimah yang panjang lebar tadi amat berbeza daripada mukadimah versi Blagden
yang lebih ringkas berbunyi;
Bismillahi al-Rahman al-Rahim ... sudah memuji Allah dan mengucap
salawat akan Rasullulah s.a.w. seribu dua puluh esa tahun dulal-awwal
pada dua belas hari bulan rabiulawal pada hari Ahad pada waktu doha,
pada zaman kerajaan Paduka Seri Sultan Alauddin riayat Syah,
zulilLahu fi al-alam, sedang bernegeri di Pasir Raja.

Begitulah juga, versi Blagden sama sekali tidak menyebutkan bahawa SEJARAH
MELAYU tadi telah dibawa orang dari Goa.

Winstedt juga telah menarik beberapa

kesimpulan lain, antaranya ialah, (a) Bahawa teks SEJARAH MELAYU dari versi Blagden (atau
dari Raffles M.S. 18) adalah suatu salinan paling hampir dengan SEJARAH MELAYU yang asli.
Tetapi, sebenarnya selepas tahun 1612, seorang penyalin lain berpeluang menyalin semula
daripada naskhah salinan yang pertama tadi dengan menyadur semula (seperti mengubah
beberapa susunan bab, menyisip perkara-perkara baru, dan menghilangkan salasilah raja-raja
Johor). Dengan perkataan lain, catatan mukadimah SEJARAH MELAYU versi Blagden tadi
adalah sisipan baru oleh penyalin terkemudian, (b) Naskhah SEJARAH MELAYU yang asli
dikarang oleh seorang Melaka yang dapat menyaksikan kedatangan dan penaklukan Portugis
terhadap Melaka. Dengan demikian, SEJARAH MELAYU versi Blagen itulah yang sebenarnya
12

mengandungi teras SEJARAH MELAYU dari teks asli tadi. Tetapi pada tahun 1612, naskhah
tersebut telah diselenggarakan semula oleh Tun Seri lanang, menyebut naskhah asalnya konon
dibawa dari Goa, ditokok tambah, dibuang, akhirnya wujudlah naskhah baru yang hari ini muncul
sebagai versi atau edisi Shellabear.
Kesimpulan yang diberikan oleh Winstedt, nampaknya telah meruntun minat dua penulis
lain pada tahun 1947 dan 1956, iaitu W. Linehan dan C.A, Gibson-Hill. Kedua-duanya kelihatan
memberikan pandangan secara serius tentang masalah naskhah SEJARAH MELAYU yang mula
menemui jalan buntu itu. Linehan barangkali didorong oleh pengetahuannya yang agak luas
tentang Pahang (ketika menjadi pentadbir kolonial di situ), cuba mengandaikan, Goa (g-w-a)
ialah nama satu tempat yang terdapat di Pahang. Winstedt memberikan reaksi yang segera
dengan kenyataan Linehan tadi. Beliau menentangnya, dengan kenyataan bahawa sekiranya Goa
terdapat di Pahang seperti yang dimaksudkan oleh Linehan, maka nama Goa yang lain, sama ada
di India mahupun di Sulawesi Selatan, juga akan menimbulkan kekeliruan. Gibson-Hill yang
memberikan alasan-alasan sejarahnya sendiri, tanpa memahami masalah naskhah dan filologi
yang dihadapi oleh SEJARAH MELAYU, terus berpendapat bahawa Goa di sini ialah di India,
memandangkan hubungan yang rapat antara Melaka dengan India pada masa pemerintahan
Portugis, selepas tahun 1511.
Perkara Goa yang ditimbulkan oleh Linehan, Gibson-Hill sebenarnya hanya merupakan
isu yang remeh.

Ini disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh SEJARAH MELAYU

daripada edisi Shellabear itu sendiri. Edisi ini sebenarnya merupakan teks campuran/kacukan
(hybrid menurut istilah R. Roolvink), banyak varians yang terjadi terhadap naskhah kacukan tadi
telah ditinggalkan sama sekali oleh Shellabear; malahan untuk merujuk edisi Shellabear bagi
mengkaji perkembangan dan masalah naskhah SEJARAH MELAYU adalah suatu yang mustahil
sama sekali. Untuk memperkuatkan juah dakwaan bahawa SEJARAH MELAYU DARIPADA
VERSI Blagden itu lebih asli, dan bahawa SEJARAH Melayu DARIPADA VERSI Blagden itu
lebih asali, dan bahawa SEJARAH MELAYU daripada edisi-edisi yang diselenggara oleh
Abdullah, Dulaurier dan Shellabear merupakan penyalinan terkemudian dengan berbagai-bagai
tokok tambah, Winstedt telah memperbandingkan kedua-dua versi ini. Kesimpulan yang dapat
dibuat ialah bahawa naskhah daripada versi Blagden telah dibawa ke India, lalu di Goa. Dan dari

13

situlah naskhah tersebut kemudian disalin semula (seperti diperbaiki dan disadur) pada tahun
1612.

Di tengah-tengah kemelut pendapat ini, timbul pula R. Roolvink. Dalam satu ceramahnya
kepada siswa lanjutan di Koninklijk Instituut Leiden pada Januari 1981, beliau berpendapat
bahawa hingga setakat ini SEJARAH MELAYU terbahagi kepada dua resensi yang berbeza
antara sesamanya. Corak resensi 1, seperti berikut:
a) Tidak terdapat mukadimah yang panjang lebar dalam bahasa Arab.
b) Dimulakan dengan periode purba menjangkau hingga tahun 1550 (lebih kurang).
c) Ada ciri dalam bahasa Sanskrit?
d) Penyalinnya ialah Raja Bongsu (yang memperkitabkannya ialah Raja Bongsu).
Corak resensi 2 pula, seperti berikut:
a) Ada dua versi daripada (versi panjang dan versi pendek).
b) Kedua-dua versi dan mukadimah yang lanjang lebar, menyebut HIKAYAT Melayu
dibawa dari Goa, menyebut tahun diperbaiki, 1612.
c) Versi pendek daripada resensi ini menamatkan episod setakat kematian Tun Ali Hati,
selepas tahun 1511 dan tidak terdapat ciri.
d) Versi panjangnya meliputi kisah dari periode purba hingga tahun 1612; berbagaibagai sisipan di dalamnya seperti peristiwa yang terjadi pada tahun 1720; terdapat ciri
di dalamnya; bahagian penghujungnya terdapat episod tentang serangan terhadap
Johor oleh Jambi.
Sebagai lanjutan, perbincangan tentang kedua-dua resensi tersebut adalah seperti berikut.
Yang dimaksudkan dengan resensi 1 ialah naskhah daripada versi Blagden yang terdapat satu
sahaja.

Di dalamnya mengisahkan episod datuk nenek raja-raja Melaka yang berasal dari

Sumatera (Bukit Seguntang Mahamiru?), diakhiri dengan episod sejarah yang terjadi sekitar
pertengahan abad ke-16. Pencatatan tahun 1612 dalam mukadimah versi ini adalah suatu sisipan
terkemudian setelah disalin lebih awal daripada itu, iaitu tahun 1536, daripada satu naskhah
SEJARAH MELAYU yang asli.
Kedudukan resensi 2 adalah kompleks. Versi panjang daripada resensi ini sekarang
terdapat sekurang-kurangnya dalam sepuluh buah naskhah SEJARAH MELAYU.
14

Ia

mengisahkan sejarah raja-raja Melayu dari zaman awal (sebagaimana juga terdapat dalam versi
Blagden), tetapi kemudian dilanjutkan kisah itu sehingga tahun 1612, bukan tahun 1536. Banyak
sisipan dan tambahan yang dilakukan terhadap versi panjang ini. Salah satunya ialah peristiwa
serangan Jambi terhadap Johor, walhal peristiwa ini tidak ada kena-mengena langsung dengan
pensejarahan SEJARAH MELAYU. Yang lebih menarik ialah tentang penghantaran suatu
misi kerajaan Makasar dari Sulawesi ke Melaka. Bersama-sama dengan misi itu ialah suatu
persembahan raja, iaitu seorang budak bernama Daing Mempawah, yang kemudiannya menjadi
pahlawan besar di Melaka, iaitu Laksamana Hang Tuah.
Tidak diragui bahawa ini merupakan sisipan terkemudian oleh seorang penyalin dari
kalangan Bugis di istana Riau-Lingga, kerana selepas tahun 1700, pengaruh Bugis memang kuat
di istana raja-raja Melayu Johor-Riau.

Rupa-rupanya, versi inilah barangkali yang telah

digunakan dan dirujuk oleh Raja Ali Haji apabila beliau menulis kitab besarnya TAUFAT ALNAFIS pada tahun 1865 dengan tujuan utamanya untuk mengagung dan memperbesar-besarkan
Bugis di kalangan raja-raja Melayu.
Naskhah daripada versi panjang inilah diselenggarakan oleh A. Samad. Beliau memang
menyedari hakikat ini. Tetapi beliau mempersepsikannya dengan cara sebaliknya, iaitu sebarang
naskhah SEJARAH MELAYU daripada salah satu versi dan daripada kumpulan dua resensi yang
tidak menyebut tentang Daing Mempawah Hang Tuah, adalah akibat pengguguran yang
dilakukan dengan muslihat tertentu. Walau bagaimanapun, A. Samad pasti nama Goa dalam
SEJARAH MELAYU versi panjang dan pendek daripada resensi 2 adalah Goa di Sulawesi
Selatan, bukan di India ataupun di Pahang.
Pada dasarnya, bentuk resensi 1 dan resensi 2 (panjang dan pendek) hampir serupa.
Namun, jika diteliti lebih lanjut, perbezaan memang agak nyata, sama ada dari segi latar belakang
kemunculan naskhah ataupun teks itu sendiri. Mukadimah resensi 2 diambil (diterapkan dari
kitab BUSTANUS-SALATIN), dan ini tidak terjadi terhadap resensi 1. Mukadimah resensi 2,
menurut kenyataan Linehan tadi, semestinyalah merupakan suatu mukadimah yang tersendiri dan
langsung tidak serupa dengan mukadimah yang asli seperti yang wujud dalam resensi 1, akibat
daripada tambahan dan pengubahan (sesuka hati?) yang dilakukan oleh penyalin terkemudian.
Sedangkan senaskhah dari resensi 1 yang terdapat pada hari ini (tersimpan di Perpustakaan royal
15

Asiatic Society, London, kemudian diusahakan oleh Winstedt pada tahun 1938 itu), sebenarnya,
merupakan sebuah naskhah yang disalin (beberapa kali disalin?) dari satu naskhah asal
SEJARAH MELAYU hasil penulisan atau perawian Raja Bongsu atau Sultan Abdullah di Pasir
Raja, Johor untuk T.S. Raffles pada tahun 1812.
Begitu juga halnya dengan penyebutan nama Goa, iaitu dari mana sebuah daripada
naskhah SEJARAH MELAYU itu dibawa. Sekiranya A. Samad Ahmad mengatakan bahawa
Goa itu adalah Goa di Sulawesi Selatan (kulit buku edisi A. Samad Ahmad juga menampilkan
peta Nusantara dengan penonjolan lokasi Goa), adakah ini suatu fakta sejarah?

Tidak

mungkinkah, seperti episod tentang missi dari Makasar dan asal usul Hang Tuah, yang dikatakan
hanya merupakan sisipan semata-mata, oleh penyalin terkemudian, terjadi juga terhadap
peyebutan kalimat. ...Hamba dengar ada HIKAYAT MELAYU dibawa oleh orang dari Goa.
Barang kita perbaiki... Ada kemungkinan bahawa kalimat ini hanya sisipan sahaja, dengan
matlamat, sekali lagi, untuk mengagungkan keluarga Bugis yang memang berpengaruh di alam
Melayu ini sejak awal abad ke-18.
Hal demikian bukan tiak beralasan.

Kita mengetahui, melalui proses asimilasi dan

persemendaan keluarga Bugis yang datang dari Ujung Pandang ke kawasan kerajaan JohorRiau-Lingga (secara perkahwinan antara kerabat Bugis dengan kerabat Johor, menerusi
penyerapan politik apabila diwujudkan tradisi pembesar-pemerintah serta yang Dipertuan Muda
dan Raja Tua) telah berlaku satu pertalian yang erat dan melahirkan satu entiti masyarakat
Melayu-Bugis yang jelas di Kesultanan Johor-Riau. Bugis barangkali tidak menganggap diri
mereka sebagai orang asing lagi. Ini dibuktikan daripada hasil kesusasteraan sejarahnya.
Kisah dan riwayat dalam teks HIKAYAT JOHOR bermula dari tahun 1673, walhal pada
masa itu pengarah Bugis belum wujud. Tetapi, HIKAYAT JOHOR meneruskan lagi riwayatnya
sehingga ke awal abad ke-19, apabila pengaruh politik-sosial Bugis telah pun amat berkesan,
tidak wujud sebarang pemisahan fizikal di antara Melayu Johor dengan Bugis dalamnya. Oleh
itulah, di bahagian hujung SEJARAH MELAYU daripada resensi 2 versi panjang, ditambah lagi
tentang serangan Jambi terhadap Johor.

Jadi, HIKAYAT JOHOR merupakan semacam

penyambungan daripada tradisi SEJARAH MELAYU daripada resensi 2, versi panjang tadi.

16

Unsur penggabungan Melayu-Bugis direalisasikan juga dalam dua buah tradisi hikayatsejarah popular yang lain.

SALASILAH Melayu DAN BUGIS DAN SEKALIAN RAJA-

RAJANYA yang meriwayatkan episod sejarah kegiatan Bugis di Johor dari tahun 1700 hingga
tahun 1740an dan sebuah lagi TUHFAT AL-NAFIS. Malahan dalam TUHFAT, riwayat tentang
kekeluargaan dan kegiatan Bugis di Johor hingga pada bad ke-19 dimulakan terlebih dahulu
dengan riwayat tentang Kesultanan dan Kerajaan Melaka hinggalah pada zaman kegiatan Bugis,
seolah-olah (tanpa memahami latar belakang sejarah yang sebenarnya) antara Melayu Melaka
dengan Melayu Johor-Bugis wujud penerusan dan kelangsungan rangkaian sejarah dan budaya,
tanpa sebarang pemisahan.

Hakikat seperti ini juga terlihat pada seorang perawi Melayu dari keturunan Siak, yang
menyalin semula SEJARAH MELAYU daripada resensi 2 versi panjang dari awal hingga ke
akhir, tetapi kemudian (barangkali tanpa disedari) meneruskan SEJARAH MELAYU dengan
menyambung riwayat daripada episod terjadi di Siak pada zaman Raja Kecil dan puteraputeranya, lantas hingga pertengahan abad ke-19.

Oleh itu, lahirlah HIKAYAT SIAK,

sedangkan pada asalnya, ia merupakan satu daripada naskhah SEJARAH MELAYU daripada
versi panjang, ditulis semula dari kaca mata seorang Melayu Siak, tetapi dengan menerapkan
world-view penulisan dan pensejarahan yang kelihatannya amat bertentangan dengan TUHFAT.
Dalam katalognya, naskhah ini diberi judul sama ada SEJARAH MELAYU atau RAJA-RAJA
Melayu (oleh Museum Pusat Jakarta) dan HIKAYAT RAJA AKIL.
Persoalan yang mungkin timbul ialah mengapakah dalam kedua-dua resensi dan daripada
versi-versi yang sedemikian, Raja Bongsu dan Tun Seri Lanang menamatkan kisahnya sehingga
tahun 1612? Sedangkan secara kebetulan juga, pada tarikh itulah SEJARAH MELAYU dikarang
(disusun semula). Hal ini berkait dengan perkembangan sejarah yang berlaku di Johor ketika itu.
Sebelum menghadapi ancaman dari Jambi (sebagaimana yang dimanifestasikan oleh bahagian
tambahan hujung dalam resensi 2), Johor menghadapi persaingan dari kuasa Acheh pula.
Serangan bertubi-tubi dilakukan terhadap Johor oleh Iskandar Muda Mahkota Alam Syah,
termasuklah satu siri peperangan yang bermula pada tahun 1613. Besar kemungkinan peristiwa
serangan ini telah menamatkan tugas perawian semula SEJARAH MELAYU yang hanya setakat
tahun 1612 oleh kedua-dua perawi istana tadi.

17

Begitulah hubungan naskhah-naskhah SEJARAH MELAYU antara dua resensi yang


berbeza, iaitu resensi 1 daripada versi C.O. Balgden (raffles M.S. 18) yang mengandungi riwayat
tua, berbanding dengan resensi 2 yang dianggap sebagai versi panjang (dengan berbagai-bagaibagai sisipan terkemudian), yang popular, iaitu diselenggarakan oleh Shellabear dan A. Samad
Ahmad. Walau bagaimanapun, masalah filologi SEJARAH MELAYU tidak berakhir setakat ini
sahaja. Bagaimanakah pula tentang kedudukan versi pendek daripada resensi 2?
Hingga setakat ini, dianggarkan jumlah naskhah daripada versi pendek ini ialah lima
buah. Seperti yang telah disebutkan lebih awal bahawa versi ini telah pun diusahakan oleh
Abdullah Munsyi dan kemudiannya, dengan berpandukan edisi Abdullah ini, tampil pula
Dulaurier untuk melahirkan teksnya.

Daripada versi ini jugalah, Leyden menterjemahkan

SEJARAH MELAYU. R. Roolvink berpendapat bahawa walaupun terdapat banyak perbezaan


antara versi pendek ini dengan versi panjang, namun semua naskhah daripada versi pendek ini
dapatlah diletakkan di bawah resensi yang sama dengan versi panjang itu. Kenyataan Roolvink
ini ada juga kebenarannya. Ini disebabkan semua versi tersebut mempunyai naskhah-naskhah di
mana bahagian mukadimahnya adalah serupa (atau hampir-hampir sama). Perbezaan disana-sini
hanya terdapat pada varians pembacaan dan ejaan atau perkataan: dan ini merupakan satu
perkara yang amat lumrah terdapat di kalangan naskhah yang berlainan tetapi terletak di bawah
satu kumpulan versi atau dalam satu kelompok resensi.
Antara kandungan mukadimah yang sama tadi, termasuklah (a) doksologi mukadimah
dengan penggunaan kalimah dan ayat-ayat Arab, (b) penyebutan nama Tun Seri Lanang, timangtimangannya, Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Nara Wangsa,
piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani
Purindamqaddasallahu-sirrahum! Bandingkanlah dengan versi panjang daripada edisi Shellabear
yang terdapat dalam kumpulan resensi yang sama:
... Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timangtimangnya. Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang
Kaya Paduka Raja, cucu Bendahara Seri Maharaja, cicit
Bendahara Tun Nara Wangsa, piut Bendahara Seri Maharaja,
anak Nara Diraja Tun Ali, anak baginda Mani Purindam
qaddasallahu-sirrahum...

18

(c) penyebutan tentang, Hamba dengar ada HIKMAT MELAYU dibawa oleh orang dari Goa...,
(d) penerangan judul SEJARAH MELAYU sebagai, Sulalatus-Salatin yakni peraturan segala
raja-raja..., (e) mukadimah semuanya diakhirkan dengan kalimat, ... yakni bicarakan olehmu
pada segala kebesaran Allah, dan janganlah kamu fikirkan pada zat Allah.
Perbezaan besar adalah seperti berikut, (a) Versi pendek diakhirkan setakat kematian Tun
Ali Hati, dengan kalimat:
melainkan Tun Ali Hati juga tiada mahu datang ... minta dibunuh juga.
Maka beberapa pun Sultan Mahmud hendak menghidupi Tun Ali Hati, tiada
juga Tun Ali Hati mahu hidup, minta bunuh ia. Maka disuruh oleh Sultan
Mahmud, Bunuhlah Tun Ali Hati itu, Wallahuaklam bissawab
wailaihilmarjiu walmaab.
Versi panjang (edisi W.G. Shellabear sebagai contoh) menerangkan episod yang sama,
dengan bahasa yang benar-benar serupa. Tetapi, selepas itu, disambung lagi riwayatnya dengan
bunyi: Alkisah maka tersebutlah perkataan Raja Kampar yang bernama Raja Abdullah, anak
Raja Munawar, jadi saudara Mahmud Syah. Setelah ia mendengar negeri Melaka kalah oleh
Feringgi, maka di dalam hati baginda...
Sekiranya versi pendek tadi mengakhirkan riwayatnya dengan tiba-tiba saja, tetapi versi
panjang meneruskannya dengan lebih lanjut lagi hingga tahun 1612; serta mempunyai struktur
kepengarangan tamatul-kalam yang lengkap, dengan bunyi:
Pada zaman itu hingga inilah yang dapat oleh pacal yang daif dibaca di
dalam hikayat ayahanda itu rahimullahi Taala ... tajalli dari Bukit
Seguntang turun ke Palembang lalu ke Bentan, dari Bentan lalu ke
Singapura, maka alah Singapura oleh Majapahit, lalu ke Melaka, alah ke
Melaka oleh Feringgi, berbalik pula ke Bentan, dari Bentan lalulah ke
Johor. Had itulah yang terbaca oleh pacal datuk, Wallahuaklam.
(b)

Tidak terdapat langsung episod tentang penghantaran misi dan budak Bugis Daing

Mempawah dari Raja Makasar ke Melaka, walhal dalam beberapa naskhah daripada versi
panjang (contohnya dari edisi A. Samad Ahmad), hal sedemikian memang jelas terdapat. (c)
Bahawa hadirnya banyak varians pembacaan antara sesama naskhah tetapi daripada berlainan
versi yang menjadi satu kelumrahan filologi, juga merupakan perbezaan pokok yang agak ketara.
Sehingga pada masa ini, sebab-musabab versi pendek itu mengakhirkan hikayat secara tiba-tiba
19

masih lagi menjadi suatu persoalan yang agak misteri.

Belum ada siapa yang cuba

memecahkannya, walhal itulah satu-satunya versi dari SEJARAH MELAYU yang pertama dan
julung-julung kali dicetak dalam jawi, menyebabkan pembaca SEJARAH MELAYU semakin
bertambah ramai; dan versi itulah juga yang pertama diterjemahkan ke bahasa asing.
Begitu juga tentang hubungan antara versi panjang dengan versi pendek yang dapat
digolongkan ke dalam suatu resensi. Ia masih menjadi tanda tanya yang belum pernah terjawab.
Walau bagaimanapun, sebarang penyelidikan tentangnya amat bergantung pada naskhah
SEJARAH MELAYU yang lain, di samping kebolehan untuk memahami secara mendalam
tentang permasalahan naskhah SEJARAH MELAYU, apatah lagi jika ada percubaan untuk
memperbina suatu hipotesis tentang kedua-dua versi ini. Walaupun versi ini pendek, versi inilah
yang awal sekali diketahui masyarakat tentang kehadiran SEJARAH MELAYU dalam bentuk
sebuah teks yang lengkap, kerana sebelum tahun 1707-1708, ia hanya disebut dan dirujuk secara
sepintas lalu. Ia hanya diketahui secara umum saja sebagai naskhah Melayu yang belum menentu
coraknya bertajuk SULALATUS-SALATIN itu. Yang disebut oleh Syeikh Nuruddin ar-Raniri
sebagai Kitab masirat SULALATUS-SALATIN itu. Apabila versi ini diedit oleh Abdullah
Munsyi pada tahun 1831, ia terkenal selepas itu sebagai SEJARAH MELAYU.
Selepas itu, ditemuilah pula naskhah SEJARAH MELAYU yang lebih panjang daripada
versi pendek ini. Naskhah-naskhah dari versi inilah sebenarnya yang paling banyak diketahui
wujud dalam sejarah kepustakaan SEJARAH MELAYU. Seperti mana pendapat Roolvink, ia
sebenarnya lebih merupakan campuran atau kacukan daripada versi panjang dan versi pendek.
Oleh itu, persoalan tentang naskhah SEJARAH MELAYU menjadi tambah kompleks hinggalah
ke hari ini. Penyelesaiannya, jika ada pun, masih lagi terawang-awang. Belum ada sesiapa
yang mengambil risiko untuk menyelidik mauduk itu bagi tujuan profesionalisme, contohnya
untuk ijazah-ijazah universiti.
Dalam hal ini, beberapa kemungkinan memang boleh diduga. Sekiranya pendapat di atas
boleh digunakan, maka andaian yang berhubungan dengannya ialah bahawa naskhah daripada
versi panjang terhasil apabila versi pendek tadi ditokok tambah ketika proses penyalinan
SEJARAH MELAYU dilakukan; iaitu dimasukkan episod-episod lain selepas kematian Tun Ali
Hati. Sekiranya andaian ini tidak mungkin diterima, naskhah daripada versi panjang itulah yang
wujud dahulu. Kemudian, ketika mengalami proses penyalinan semula, si penyalin dengan
20

sesuatu sebab yang tidak diketahui menamatkan setakat yang diketahui yang wujud dalam versi
pendek pada hari ini.

Sejauh yang diketahui, dewasa ini terdapat sembilan buah naskhah

SEJARAH MELAYU daripada versi panjang ini, iaitu empat naskhah di Perpustakaan
Koninklijk Instituut Leiden (Cod.Or. 1716, 1736, 1703, 3210) di samping sebuah lagi, Cod Or,
631, dua naskhah di Jakarta, KBG 188W dan 190W, sebuah naskhah di Manchester dan sebuah
naskhah Maxwell 26 di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London.
Di samping itu, perbezaan fizikal lain di antara kedua-duanya ialah Cetera ke-2 dan
Cetera ke-3 tentang Melayu Minangkabau dalam versi panjang, dipadatkan hanya menjadi satu
Cetera ke-2 dalam versi pendek dan selepas itu versi panjang melanjutkan lagi ke Cetera ke-4
episod Citaram Syah yang tidak ada dalam edisi Shellabear dan dalam versi pendek. Yang
menarik juga tentang episod penderhakaan hulubalang Melayu terhadap raja Melaka. Versi
panjang menamainya sebagai Hang Kasturi; tetapi versi pendek pula menyebut tokoh penderhaka
itu sebagai Hang Jebat. Sebenarnya, barangkali naskhah daripada versi pendek inilah yang
dirujuk oleh pengarang HIKAYAT HANG TUAH untuk membina watak Hang Jebat dalam
episod dramatik penderhakaan dan pertikaman Hang Tuah-Hang Jebat!
Sekiranya kita bersetuju dengan ungkapan pendekatan diakronis seperti yang
dinamakan oleh A.E. Teeuw dalam usaha mencari penyelesaian filologi melalui penelitian yang
lengkap tentang naskhah SEJARAH MELAYU yang wujud pada hari ini, maka hubungan antara
versi panjang dengan versi pendek dapat menentukan sebanyak sedikit tentang bagaimana
naskhah SEJARAH MELAYU berkembang dari zaman awal hingga pada masa ini. Seandainya
tepat jangkaan R. Roolvink tentang wujudnya sebuah naskhah tua SEJARAH MELAYU yang
dijumpainya, Cod. Or. 3199 Bhg. (3) dan (4) di Universiti Leiden, yang di dalamnya tercatat
senarai nama raja-raja Melaka (lengkap dengan tarikh dan lama pemerintahan seseorang raja)
berjudul CERITERA ASAL RAJA-RAJA MELAYU PUNYA KETURUNAN dan dilapor
olehnya sebagai mempunyai ciri persamaan dengan naskhah SULALATUS-SALATIN yang
disebut dan dirujuk oleh Petrus van der Varm dan Francois Valentijn dahulu, maka pada asalnya
teks SEJARAH MELAYU sebenarnya muncul dalam bentuk suatu senarai raja-raja saja.
Pendapat Roolvink ini, disokongnya sendiri dengan menggunakan suatu sumber tentang senarai
raja-raja Melayu oleh E. Netscher, Residen Belanda di Riau. Netscher mengaku bahawa senarai

21

raja-raja Melayu tadi, ... is based upon the Malay historical work Sulalatus-Salatin, milik
seorang Sultan Lingga.
Pendapat seperti ini pernah juga diketengahkan oleh Linehan, dalam rencananya
menyebut, senarai yang berupa salasilah raja-raja Melayu Melaka yang merupakan, ... the first
written material (pedigree etc.) which formed the basic for the chronicle that ultimately emerged
as the Malay Annals. Daripada bentuk seperti senarai raja-raja tadi, diperkembangkan dengan
memasukkan cerita atau episod lain yang berkaitan, lalu kemudiannya menjadi SEJARAH
MELAYU seperti yang terdapat pada bentuk SEJARAH MELAYU daripada naskhah Maxwell
105 (di Perpustakaan Royal Asiatic Society).
Peringkat ketiga perkembangannya ialah kemasukan isi-isi dan tambahan episod baru,
lalu akhirnya, muncul SEJARAH MELAYU seperti yang ditunjukkan oleh naskhah SEJARAH
MELAYU daripada Raffles MS. 18, versi C.O. Blagden, atau versi tahun 1536, yang merupakan
versi tertua yang ditemui pada hari ini. Pengubahan dan tokok tambah terkemudian melahirkan
SEJARAH MELAYU resensi 2 yang membentuk versi pendek (seperti yang dibuktikan oleh
SEJARAH MELAYU edisi Abdullah dan Dulaurier, berepisodkan setakat kematian Tun Ali
Hati) dan versi-versi panjang (sebagaimana yang dibuktikan oleh edisi Shellabear dan edisi A.
Samad Ahmad). Peringkat akhir perkembangannya ialah manakala terjadi perpanjangan dan
tokok tambah terkemudian serta kemasukan berbagai-bagai-bagai episod sehingga menjangkau
abad ke-19, seperti yang diperlihatkan oleh SEJARAH MELAYU daripada naskhah KBG 191W
(ada empat naskhah sekarang), dan dinamakan HIKAYAT SIAK.
Naskhah inilah yang kita tampilkan dalam bentuk faksimile jawinya dalam penerbitan ini.
Daripada keterangan di atas, maka suatu rangka bercorak diakronistik tentang bagaimana
SEJARAH MELAYU berkembang dari peringkat awal kewujudannya hinggalah ia lahir dalam
bentuk seperti hari ini, dapat digariskan seperti berikut:
a) Pada asalnya SEJARAH MELAYU hanya lahir dalam bentuk suatu senarai raja-raja,
iaitu tentang nama raja-raja Melayu Melaka daripada raja yang pertama hingga raja
yang akhir sekali.

Ini dibuktikan dengan kehadiran dan penemuan naskhah

SEJARAH MELAYU (Cod. Or. 3199 (3) Bhg. 4) seperti yang pernah disebut dan
dirujuk oleh Petrus van der. Vorm, F. Valentijn dan E. Netscher.
22

b) Kemudian SEJARAH MELAYU berkembang lagi dengan kemasukan riwayat dan isiisi baru yang lain. Ini dapat dibuktikan dari bahagian pertama SEJARAH MELAYU
versi Maxwell No. 105, tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London
sebuah naskhah yang diperolehi oleh Maxwell dari Raja Othman, Bendahara Perak,
tentunya naskhah ini adalah lebih panjang daripada naskhah SEJARAH MELAYU
(Cod. Or. 3199).
c) Daripada SEJARAH MELAYU versi Maxwell No. 105, dimasukkan lagi isi sejarah
dan bukan sejarah lain yang membentuk riwayat lebih terperinci. Ini dapat dibuktikan
dengan kehadiran SEJARAH MELAYU naskhah Raffles MS. 18, yang kemudian
diselenggarakan oleh R.O. Winstedt untuk versi tahun 1536. Tetapi rupanya naskhah
ini tidak lengkap.
d) Kemudian, terjadilah pula pembentukan SEJARAH MELAYU daripada versi pendek
yang mengandungi sebanyak 34 bab. Ia pernah diusahakan oleh Abdullah Munsyi,
Situmorang dan Teeuw, dan Dato Madjoindo yang mengisahkan setakat kematian
Tun Ali Hati.
e) Riwayat SEJARAH MELAYU yang mengandungi 34 bab itu dipanjangkan lagi
sehingga ke episod-episod yang terjadi di Johor ketika Jambi menyerang Johor pada
tahun 1673. Maka lahirlah SEJARAH MELAYU daripada versi panjang, seperti
mana yang diselenggarakan oleh W.G. Shellabear dan A. Samad Ahmad.
f) Setelah tamat riwayat tentang episod-episod di sekitar tahun 1670-an, seorang perawi
keturunan Siak telah menyalin semula SEJARAH MELAYU, tetapi kemudian
melanjutkan lagi episod untuk memasukkan pula riwayat lain tentang kekeluargaan
raja-raja Siak, bermula daripada Raja Kecil bin Sultan Mahmud Syah II? Sehinggalah
ke tahun 1850-an, dan selepas meletusnya peperangan di antara Belanda-Palembang
antara tahun 1819 hingga tahun 1821. Inilah naskhah SEJARAH MELAYU yang
terpanjang diketemui, tetapi dengan kemasukan isi dan riwayat baru. Ia juga dikenali
sebagai HIKAYAT SIAK atau HIKAYAT RAJA AKIL. Ini dibuktikan oleh naskhah
KBG 191W.
g) Daripada tradisi tulisan jawi, ada penulis yang berminat untuk menaip naskhah
SEJARAH MELAYU yang ditemuinya, tetapi penyalinan dan penaipan dibuat secara
bebas dan diakhirkan secara mendadak saja tentang serangan Portugis terhadap
23

Melaka pada tahun 1511. Oleh itu lahirlah sebuah naskhah SEJARAH MELAYU
dalam bentuk bertaip. Oleh sebab ia dipercayai berasal dari Palembang, lalu dianggap
SEJARAH MELAYU daripada versi Palembang, masih tersimpan di Amsterdam.
Saranan tentang perkembangan Pensejarahan naskhah-naskhah SEJARAH MELAYU
ini sama ada dapat diterima atau tidak, bergantung pada pandangan ahli filologi terhadap
permasalahan naskhah yang wujud. Mungkin apabila naskhah lain daripada teks SEJARAH
MELAYU ditemui, saranan di atas akan tercabar dan tidak boleh digunakan lagi.
Walau bagaimanapun, satu hal adalah pasti.

Setakat ini, belum wujud satu

penyelenggaraan dan perbincangan filologi yang kritis dan yang difinitif tentang SEJARAH
MELAYU. Perbincangan tentang naskhah dan penerbitan untuk sesuatu edisi (seperti
penyelenggaraan, penterjemahan dan anotasi), kelihatannya masih di peringkat awalan,
berbanding dengan kebesaran dan keagungan SEJARAH MELAYU sendiri yang diiktiraf
sebagai. .. the most famous, distinctive and best of all Malay literary works.

Sejarah Melayu dan Pensejarahan Melayu

24

Sebagai hasil sastera sejarah yang bercorak prosa-riwayat, SEJARAH Melayu menerangkan
suatu kisah yang amat panjang tentang sejarah raja-raja Melaka dari Periode sebelum penubuhan
Melaka (dianggarkan sekitar tahun 1400) sehinggalah ke periode selepas tahun 1511.
Dalam SEJARAH MELAYU edisi W.G. Shellabear, riwayat tentang tradisi pensejarahan
Melaka bermula pada Alkisah Cetera Yang Kesebelas lalu berlanjutan hingga ke awal Alkisah Cetera yang Ketiga Puluh Empat, apabila disebutkan kesultanan Melaka dialahkan oleh
Portugis melalui peperangan dan akhirnya dikatakan, Maka Feringgi pun diamlah di Melaka.
Riwayat permulaan Melaka dibentangkan dengan unsur mitos, iaitu anjing perburuan,
pelanduk putih dan pokok Melaka. Mitolisasi ketiga-tiga unsur ini, dicernakan dengan
riwayat sejarah pengembaraan rombongan diraja Raja Iskandar yang berundur dari Singapura
itulah yang membuka tirai untuk memulakan babak dan tradisi pensejarahan Melaka, hinggalah
menjangkau periode lebih kurang selama 111 tahun.
Periode Melaka ini didahulukan dengan suatu periode yang amat panjang tentang riwayat
periode pra-Melaka yang bermula dari zaman Iskandar Zulkarnain dan berakhir dengan cereka
tentang Raja Suran di benua India. Tradisi ini dilanjutkan lagi dengan riwayat tentang kerajaan
Melayu Palembang, pertemuan dua tokoh lagenda Melayu yang tidak asing, iaitu Demang Lebar
Daun, pembesar di Andalas, dengan Sang Sapurba, tokoh mitos dari kalangan raja. Kemudian
disebut tentang penggabungan dua kelompok manusia yang berlainan tradisi, iaitu Nila
Pahlawan dan krishna Pendeta dengan kelompok Melayu, Wan Empok dan Wan Malini. Hasil
gabungan melalui perkahwinan inilah maka berkembang dan tersebarnya keturunan lelaki dan
wanita di Palembang tadi, disimbolisasikan dengan panggilan istilah Awang dan Dara.
Dari Palembang, tradisi kekeluargaan kerabat ini bergerak pula ke Bentan, kemudian
memasuki Singapura, sebelum menjelajahi Muar dan Melaka.
Semua tradisi ini memancarkan peranan dan pengaruh tradisi budaya Melayu pra Islam
yang menjangkau periode yang amat panjang sebelum tahun 1400-an.

Bagi menambah

kerumitan hubungan kesukuan ini diterapkan pula unsur China apabila dikatakan bahawa eorang
puteri raja Palembang dikahwini oleh seorang putera raja China lalu kemudiannya disebut,
...bersambunganlah raja Melayu dengan raja Melayu dengan raja China. Oleh itu, tercantumlah
gabungan sukuan Melayu pra-Islam-China.

25

Arah ke selatan, suku Melayu-Palembang-Minangkabau ini dihubungkan pula dengan


tradisi Jawa di Majapahit, apabila disebut bahawa betara Majapahit mengahwini seorang puteri
Melayu Raja Bukit Seguntang, lalu beranakkan Raden Inu Marta Wangsa dan Raden mas
Pamari. Berkembanglah lagi zuriat dan tradisi kekeluargaan kerabat Palembang tadi, menjadi
gabungan Melayu pra-Islam-China dan jawa, tanpa menghilangkan wadah dan identiti
kemelayuannya pula.
Kemudian, pada cetera-cetera ketujuh hingga kesepuluh terbinalah pula riwayat tentang
Pasai. Walau apa pun fenomena filologi yang dapat dan telah dibahaskan tentang ketiga-tiga bab
ini dalam hubungan riwayat dan struktur dengan bab-bab yang lain dalam SEJARAH Melayu,
namun ia dicipta secara relatif dengan seluruh riwayat SEJARAH MELAYU. Malah, dari segi
kronologi penciptaan, ia terjadi secara kebetulan. Ini disebabkan kerajaan dan Kesultanan Pasai
wujud terlebih dahulu dan awal sebelum periode Melaka di sekitar penghujung abad ke-13. Ini
jelas apabila disebut tentang tradisi dan mitos asal-usul pasai serta kesultanannya, dan apabila
Merah Silu memeluk agama Islam baginda menukar namanya kepada Malikul-Salleh.
Kemuncak riwayat tentang Pasai dalam SEJARAH MELAYU berakhir apabila Sultan
Ahmad menaiki takhta (Sultan Ahmad Perumudal perumal dalam HIKAYAT RAJA-RAJA
PASAI) dianggarkan terjadi di sekitar tahun 1320-an).
Walau bagaimanapun, berbeza dengan tradisi riwayat, pencernaan dan unsur tradisi
Melayu-pra-Islam yang agak ketara dalam tradisi dan riwayat sejarah pada kerajaan palembangMinangkabau praperiode Melaka, tradisi kebudayaan sedemikian nampaknya kurang berkesan
dalam tradisi Pasai. Di sini, tradisi Islam telah menampakkan kesan yang besar pula.
Penyusunan riwayat seperti ini adalah wajar, kerana Pasai sendiri memeluk dalam lebih
dahulu dari Melaka. Malah, amat kerap diperkatakan bahawa di kalangan penempatan di alam
Melayu ini, Pasailah yang telah memulakan tradisi Islam, kerana secara kebetulan pasai-Perlak
merupakan kerajaan Melayu yang pertama menganuti Islam di rantau alam Melayu ini.
Memperkatakan riwayat-sejarah pada bahagian pra-periode Melaka dalam SEJARAH
MELAYU, sebenarnya adalah persoalan berhubung dengan realiti dan mitos.
Dari bahagian awal tentang riwayat iskandar Zulkarnain hingga ke bahagian penghujjung
praperiode Melaka, iaitu tentang pengunduran iskandar syah dari Singapura apabila pulau kecil
ini diserang oleh Majapahit, terlalu banyak fakta sejarah yang dapat kita perhatikan. Tetapi,
26

sebanyak itu pula terjadi berbagai-bagai-bagai kekaburan terhadap fakta berkenaan.

Fakta

sejarah serta kekaburan yang berjalan seiring itulah yang sebenarnya menghubungkan antara
realiti dengan mitos tadi.
Dari segi realiti, hampir semua riwayat sejarah tentang Palembang, Minangkabau,
Majapahit, Pasai-Perlak, Bentan, Singapura, Raja Suran (Chola), Iskandar Zulkarnain, Iskandar
Syah dan Demang Lebar Daun, bukanlah dicipta dan diriwayatkan tanpa alasan sejarah. Malah,
apa yang mungkin dapat dikatakan tentang bahagian-bahagian ini ialah ia merupakan usaha
penulis SEJARAH MELAYU menciptakan suatu realisasi sejarah daripada rantaian peristiwa
sejarah yang sebenarnya terjadi sebelum periode Melaka, tetapi secara tradisinya, penulisan
tersebut dikomposisikan secara riwayat sejarah-cereka. Sejarah dan cereka dicampurbaurkan
bagi membentuk seluruh riwayat.
Komposisi kedua-dua unsur ini adalah akibat langsung daripada penggunaan sumber
pada riwayat tersebut, iaitu sumber TERTULIS dan sumber LISAN. Antara kedua-dua jenis
sumber, sumber yang bercorak lisan itulah yang sering menimbulkan masalah dalam
penanggapan sejarah kita tentang kesejarahan SEJARAH MELAYU.
Antara sumber tertulis paling utama digunakan oleh Tun Seri Lanang, yang barangkali
dapat dipastikan ialah naskhah inti atau induk SEJARAH MELAYU itu sendiri, iaitu
...HIKAYAT Melayu dibawa oleh orang dari Goa, yang telah diguna, disunting semula dan
diperbaiki oleh Tun Seri lanang dalam melahirkan sebuah teks induk itu sendiri, lalu dinamakan
SULALATUS-SALATIN. Sumber-sumber lain yang digunakan ialah HIKAYAT ISKANDAR
SULKARNAIN, iaitu tentang tradisi dan riwayat Iskandar Zulkarnain, HIKAYAT AMIR
HAMZAH mengisahkan Raja Suran berbuat negeri di benua Keling, dan salah sebuah versi
HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI tentang riwayat kerajaan tua Pasai. Selain tiga hikayat ini,
rujukan yang membina seluruh riwayat SEJARAH MELAYU adalah berdasarkan lisan, mungkin
sebahagian besar daripadanya diperoleh melalui mulut ke mulut, lalu menjadi budaya popular
pada abad ke-16 dan ke-17.
Dalam tradisi sejarah, kewujudan Empayar Melaka adalah selepas kewujudan empayar
Melayu di Selat Melaka, iaitu Empayar Srivijaya yang dianggarkan wujud disepanjang abad ke 7
hingga abad ke-13. George Coedes menganggap Shih-li-fo-shih yang disebut dalam sumber
China itu sebagai Srivijaya, didakwa sebagai beribukan Palembang.
27

Di antara era Srivijaya dengan era Melaka, maka telah wujud pula era Singapura pada
abad ke-13 dan ke-14. Maklumat dan keterangan sejarah perihal kuasa Melayu pra-Islam ini
memang terhad. Namun, sumber-sumber China daripada dinasti-dinasti dua boleh membekalkan
keterangan mengenainya.

Sumber daripada SEJARAH MELAYU juga boleh memberikan

bayangan mengenai Singapura tua ini.

Teks ini menyebut Singapura diperintah oleh lima

generasi raja-raja yang di antaranya ialah Sang Nila Utama (Seri Teri Buana), Raja Kechil,
Paduka Seri Pikrama Wira, Seri Rana Wira Karma, Paduka Seri Maharaja dan Raja Iskandar.
Singapura juga dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kuasa Melayu-Islam serantau
ketika itu, Pasai dan Perlak di Sumatera Utara dan Majapahit di tanah Jawa.
Pada prinsipnya naratif periode Singapura ini bukanlah cereka.

Ia adalah testimoni

sejarah. SEJARAH MELAYU edisi A. Samad Ahmad (1979), contohnya mengambil sebanyak
51 halaman surat bagi naratif ini. Sedangkan naratif perihal pasca Melaka dan Johor tua yang
historis itu mengambil hanya 40 halaman surat.

Setakat kerana adanya unsur-unsur yang

dianggap non-historis itu, maka naratis bahagian pra periode Melayu ini paling diragukan
kesejarahannya. Sepanjang periode Melaka Singapura yang menjangkau hampir dua abad
itulah dikatakan terhasilnya beberapa karya klasik Melayu saduran tradisi Hindu, seperti
HIKAYAT SERIRAMA, siri HIKAYAT PANDAWA, HIKAYAT INDERA PUTERA,
HIKAYAT DEWA MANDHU, HIKAYAT PUSPA WIRAJA, dll.
Tome Pires dalam rekodnya THE SUMA ORIENTAL pada awal abad ke-16 telah
menggalurkan suatu hubungan salasilah secara langsung antara raja Melaka yang pertama,
Paramesrara, yang disebutnya sebagai berasal dari Palembang. Beliau disebut sebagai seorang
putera raja Palembang yang telah mengahwini seorang adik ratu Majapahit, Batara Tamarill.
Tetapi, Paramesrara, setelah menggunakan nama Sam Agy Palimbao telah melancarkan agitasi
politik menentang penguasaan kerabat Palembang, lalu ke Singapura (Temasik), membunuh
penguasa Siam, bernama Sam Agy Symgapura atau dikenali dengan nama Temagi.

Cuma

beberapa tahun di situ, Parameswara dan pengikutnya kemudian dihambat keluar oleh tentera
Siam yang didatangkan dari Ayuthia. Paremeswara lantas ke Melaka, lalu membuka penempatan
di situ.
Sekiranya catatan Pires ini munasabah dan dapat diterima sebagai sahih, maka riwayat
SEJARAH MELAYU sebenarnya adalah dibina dan digerakkan dengan mengikut lunas-lunas
28

dan perkembangan sejarah yang sebenarnya terjadi.

Tradisi riwayat tentang Palembang-

Minangkabau yang disimbolisasikan dengan kehadiran bukit suci Seguntang Mahamiru, di mana
dipercayai turunnya maha dewa dari kayangan adalah lambang keberkesanan tradisi dan
pengaruh Hindu-Buddha terhadap pemerintah tempatan.

Para pedagang Hindu menyebut

kawasan Melayu ini sebagai The Land of Gold. Maka urutan kronologi dan time-framenya
adalah wajar. Ia dimulakan dengan era Srivijaya, iaitu Palembang, diikuti dengan era Temasik di
Singapura dan berterusan ke era Melaka.
Raja Melaka yang pertama sebanarnya berasal dari Palembang, yang merupakan warisan
kelima dalam tradisi penggantian selepas Seri Teri Buana di Palembang. Oleh itu, memanglah
tepat sekiranya tradisi dan salasila raja-raja Melaka dalam SEJARAH MELAYU secara langsung
dihubungkan dengan tradisi dan salasilah raja-raja Palembang, Bentan dan Singapura, sesuai
dengan kenyataan akhir SEJARAH MELAYU yang menyebut, raja-raja Melaka sebagai:
...tajali dari Bukit Seguntang, turun ke Palembang, lalu ke Bentan, dari
Bentan lalu ke Singapura, maka alah Singapura oleh Jawa Majapahit, lalu ke
Melaka...
Cuma agaknya, kerana terlampau kerap unsur ceraka yang diselang selikan dengan fakta
sejarah dalam riwayat SEJARAH MELAYU pada periode pra-Melaka, maka sering kalilah fakta
dan proses perkembangan sejarah yang sebenar telah menjadi kabur atau terlindung.
Hanya pemahaman terhadap perkembangan dan proses pensejarahan masyarakat Melayu
sebelum periode Melaka itu saja dapat membantu kita, memerhatikan kebenaran fakta dan
kesahihan data yang diberikan oleh SEJARAH MELAYU ini, Tradisi Melaka sebenarnya,
berkait erat dengan tradisi Srivijaya dan Palembang.

Malah, Melaka sebenarnya adalah

penerusan dan warisan daripada tradisi Melayu Palembang tadi.


Apakah masalah sejarah yang muncul daripada keberkesanan tradisi lisan dalam riwayat
SEJARAH MELAYU?
Mengkaji dan menelusuri kesahihan fakta dalam riwayat yang terdapat pada bahagian
periode pra-Melaka, bukanlah suatu hal yang mudah.

Betapakah pula sekiranya terdapat

terlampau banyak ciri-ciri yang dianggap bukan sejarah di dalamnya.


Pfrosesor Hsu Yun-tsio, telah melihat masalah ini lalu mengatakan:

29

Sejarawan China,

Sesungguhnya pokok atau inti cerita buku ini ialah sejarah kerajaan Melayu
Melaka, akan tetapi apa yang tercatat di dalamnya adalah ceritadongeng
atau sekurang-kurangnya bersifat dongeng, cerita dewa-dewa, peristiwa
sejarah yang benar segala-galanya bercampur aduk dan begitu kacau-bilau
dan kelam-kabut antara benar (sejarah) dan palsu (dongeng) dan cerita
dewa-dewa.
Walau bagaimanapun, Profesor Mohd. Taib Osman telah memberikan suatu pandangan
yang adil tentang gejala pensejarahan dalam penulisan SEJARAH MELAYU seperti ini. Beliau
melihat sifat-sifat penulisan yang terdapat antara penulisan SEJARAH MELAYU lama dengan
sejarawan masa kini:
Pada timbangan kita hari ini, penulisan sejarah mestilah berdasarkan
kepada kebenaran, tetapi bagi penulisan sejarah Melayu lama kebenaran itu
tidak bermakna bahawa apa yang dicatatkan itu adalah perkara-perkara dan
peristiwa-peristiwa yang benar berlaku.
A.

H. Hill penggarap HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, cuba membuat suatu pemisahan

antara kedua-dua kelompok sejarawan yang hidup berlainan masa dan masyarakat ini, dalam
mencari kebenaran sejarah antara sesamanya. Kebenaran yang dimaksudkan oleh Hill ialah
kebenaran subjektif yang cuba ditonjolkan oleh ahli Sejarah lama dan kebenaran objektif yang
didakwa sering dan seharusnya ditunjukkan oleh sejarawan masa kini. Dalam konteks ini,
pengarang SEJARAH MELAYU seperti juga penulis HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI, sering
menunjukkan sikap dan nilai yang tidak berbeza,
Sekiranya dibandingkan tradisi asal-usul raja-raja Melaka antara riwayat SEJARAH
MELAYU dengan laporan Tome Pires, nyatalah terdapat perbezaan yang agak jauh. Tome Pires
tidak pernah mempersoalkan bagaimana Melaka memperoleh namanya, selain hanya menyebut
Melaka sebagai Malaqa (hidden fugitive); jauh pula daripada membincangkan kaitan antara
Paremeswara dengan tradisi lagenda Iskandar Zulkarnain, Raja Kida Hindi, Raja Suran, Demang
Lebar Daun dan Sang Sapurba.

Sedangkan sebaliknya, SEJARAH MELAYU pula amat

menitikberatkan riwayat-anekdot tentang tokoh sejarah-cereka ini. Pires juga lebih meminati
butir-butir sejarah yang berhubungan dengan ketokohan Paremeswara, yang disebutkannya
sebagai PARAMJCURA dan didakwanya sebagai berasal dari Palembang.
30

Dari manakah Pires mendapat butiran sejarah itu?

Beliau menjalankan sedikit

penyelidikan lisan, lalu menyatakan secara tegas, seperti ...they say that, atau ...they say this.
They maksud Pires di sini ialah orang Melaka sendiri. Pires tidak bertolak ansur pada butirbutiran yang diterimanya, malah, tidak memperhitungkan sama ada ia salah ataupun tepat.
Dalam suasana yang serupa, pengarang SEJARAH MELAYU juga hampir menunjukkan
sikap penulisan yang sama.

Perihal hampir semua riwayat praperiode Melaka, ia amat

bergantung pada penceritaan orang lain, ditunjukkannya dengan ungkapan seperti kata sahilbulhikayat (yang empunya hikayat) ataupun menulis kenyataan, Sebermula, dihikayatkan oleh
orang yang empunya hikayat, atau setidak-tidaknya menyebut punca rujukannya sebagai, Kata
rawi. Sama ada Pires, mahupun Tun Seri Lanang, kebenaran butir dan fakta bukan menjadi satu
soal hakiki. Pires hanya bertindak sebagai pelapor, Cuma mendengar daripada buah mulut
penduduk Melaka. Tun Seri Lanang pula menjadi perawi atau penyunting teksnya. Kedua-dua
pelapor dan perawi ini amat bergantung pada sumber dan tradisi lisan masing-masing.
Persoalan tentang kebenaran sumber dan butiran seperti inilah, yang menjadi kekuatan
laporan dan riwayat kedua-dua penulis yang berlainan bangsa ini. Tetapi sebenarnya kekuatan
inilah juga menjadi masalah pensejarahan untuk penulis dan sejarawan masa ini, yang barangkali
tidak disedari atau kurang diambil kira oleh kedua-dua penulis Melayu dan Portugis itu.
Pires menulis kirah raja-raja awal Melaka, kira-kira seabad lebih dari masa terjadinya hal
yang sebenarnya, iaitu beberapa tahun selepas tahun 1511,

Tetapi, Tun Seri lanang

menggunakan lisan riwayatnya yang berusia hampir sekali ganda daripada usia lisan riwayat
yang digunakan oleh pires, iaitu menjelang tahun 1612. Ini menunjukkan bahawa umur sumber
lisan Pires lebih muda, dan mungkin lebih hampir kepada kebenaran.
Tiada siapa pun menduga bahawa ada kalangan para informan tempatan Melaka yang
ditemui dan disumber lisankan oleh Pires itu, hidup sepanjang usia Kesultanan Melayu Melaka
itu sendiri antara tahun 1400 hingga tahun 1511. Jangka masa sepanjang dua generasi ini tidak
dapat menolak kemungkinan wujudnya sebarang individu tempatan yang hidup hampir semasa
dengan zaman-zaman awal penubuhan dan kewujudan kesultanan Melayu itu sendiri. Tetapi,
hal-hal seperti ini mungkin tidak dialami oleh Tun Seri Lanang.
Walaupun wadah dan asas riwayat yang digunakan oleh bendahara Johor dalam
SEJARAH MELAYU ini berteraskan sejarah, iaitu sejarah nenek moyang raja-raja Melayu Johor
dan Melaka sejak dari zaman kerajaan Palembang, Bentan dan Singapura, namun dalam masa
31

selama selama 212 tahun (1400 1612), tentulah banyak tokok tambah yang diberikan terhadap
riwayat-sejarah zaman praperiode Melaka ini.

Tun Seri Lanang senditi tidak menyaksikan

peristiwa yang terjadi lebih daripada dua abad sebelum hidupnya itu, tetapi telah menerimanya
tanpa tolak ansur.
Akibat pentingnya pengaruh lisan pada riwayat dalam periode ini maka mungkin
banyaklah kekeliruan dalam susunan kronologi dan pembutiran sejarah yang terdapat di
dalamnya. Oleh sebab terjadinya episod-episod yang dianggap oleh Tun Seri Lanang sebagai
bersejarah itu adalah amat purba, maka ia pun menerapkannya tanpa memikirkan kesahihannya,
sama ada dari segi kebenaran fakta, ketulusan kronologi, juga pada ketulenan urutan peristiwa.
Seperti mana tradisi pengarangan hasil-hasil karya yang sejenis dengan SEJARAH
MELAYU, apabila pengarang cuba menuliskan riwayat tentang zaman kehidupan moyangmoyang mereka tanpa mereka menyaksikannya sendiri, maka terpaksalah mereka bersandar
kepada tradisi lisan. Ini berlaku apabila sumber daripada tradisi tertulis memang amat sukar
diperoleh, dan jika adapun, terlampau banyak ciri-ciri bukan sejarahnya. Penggunaan riwayat
seperti ini untuk tujuan pensejarahan, seharusnyalah dilakukan dengan amat berhati-hati.
Terlampau banyak contoh yang dapat ditampilkan untuk memperkuatkan hujah ini.
Sekadar untuk rujukan maka diperturunkan beberapa contoh riwayat tersebut.
Pertama ialah tentang pengunduran Iskandar Syah dari Singapura setelah dihambat keluar
oleh suatu kuasa asing yang menyerang pulau kecil ini. Tome Pires menyebutkan kuasa asing ini
ialah angkatan Siam dari Ayuthia, setelah pemerintahan tempatan tersebut yang dinaungi oleh
kuasa kerajaan Gajah Putih ini dibunuh oleh Parameswara. Kenyataan Pires memang amat
beralasan. Sepanjang abad ke-14, kuasa besar tradisional inilah yang menguasai hampir seluruh
bahagian utara alam Melayu dan Selat Melaka. Malah di sepanjang abad ke-15 pula, kuasa inilah
yang dikatakan paling dikhuatiri oleh Melaka hingga ia mencari jalan bagi berbaik-baik dengan
kuasa China tradisional.
Pires juga mempunyai alasan secara sejarah bagi memperkuat hujah dan dakwaan
SEJARAH MELAYU yang menyebut bahawa sepanjang awal abad ke-15, Siam didapati cuba
menyerang Melaka sebanyak dua kali.

Ini barangkali sebagai bukti untuk menunjukkan

kemarahannya terhadap kesultanan yang baru tertubuh itu, atau masih ingin membalas dendam
terhadap pemerintahan Paremeswara di Singapura dahulu.

Kebenaran riwayat ini dapat

dibuktikan dan disokong oleh sumber dari babad tradisional Siam yang tidak asing, iaitu
32

PRACHUM PHONGSAWADAN dari edisi Luang Prasoet yang menyebut ketua-ketua


ketumbukan laut Siam yang menyerang Melaka sebagai Okpya Tejo dan Ekpya Chakra, bila
mana SJEARH MELAYU pula membunyikannya secara folk-etimologi sebagai Awi Dicu dan
Awi Chakri.
SEJARAH MELAYU pula memberikan gambaran yang berlainan tentang episod yang
serupa ini, iaitu menyebut Iskandar sebagai diserang oleh kuasa Jawa Majapahit, akibat
pembelotan Sang Rajuna Tapa, seorang pembesar di istananya.

Hal demikian barangkali

beralasan juga sebab sejak dari masa Pelembang lagi, Iskandar memang dimusuhi oleh kuasa
tradisional jawa ini seperti yang didakwa oleh Pires sendiri di dalam laporannya.
Soalnya, sekiranya kita bersetuju dengan laporan sumber yang ditetapkan oleh Pires tadi
nyatalah terdapat sedikit kekacauan dalam riwayat SEJARAH MELAYU tentang isu yang sama.
Perawi SEJARAH MELAYU telah mencampuradukkan antara serangan Siam dengan serangan
Majapahit.

Besar kemungkinan memang terjadi serangan Jawa terhadap Singapura ketika

Iskandar Syah sedang bertakhta di situ, tetapi bukanlah serangan yang membawa maut dan
menyebabkan ketahanan Iskandar Syah tumpas.
SEJARAH MELAYU sendiri menyebut, ketika Paduka Seri Pikrama Wira memerintah,
Singapura diserang Majapahit, tetapi gagal. Malah pada tahun 1840-an, Munsyi Abdullah di
dalam bukunya HIKAYAT ABDULLAH menyebut pada bulan Oktober 1822, beliau bersama
Paderi Thomsen dibawa oleh T.S. Raffles menyaksikan sebuah inskripsi di muara Sungai
Singapura.

Inskripsi itu dipercayai pahatan tulisan lama mengenai kejayaan Majapahit

mengalahkan dan menawan Singapura pada abad ke-14.


Serangan yang dimaksudkan oleh SEJARAH MELAYU adalah serangan Siam. Tetapi,
perawi SEJARAH MELAYU, sama ada amat terpengaruh dengan tradisi lisan tentang amusing
anacdotes seperti anekdot anak Sang Rajuna Tapa yang terfitnah, Sang Rajuna Tapa yang
menjadi batu barangkali akibat ketulahan dan Sang Rajuna Tapa yang menutup gedung
menyimpan makanan, ataupun cuba melindungkan hakikat sejarah yang sebenarnya tentang
keutusan suatu kuasa yang bukan Melayu dan bukan Islam.

Terbukti, daripada tahap

pengarangan semula SEJARAH MELAYU, alam Melayu telah disinari nur Islam, lalu menyebut
tentera Majapahitlah yang menghambat keluar Iskandar dari Singapura.
Perawi SEJARAH MELAYU mungkin lebih mengenali tradisi lisan tentang hubungan
awal Palembang/Melaka-Majapahit daripada mengetahui tradisi permusuhan Melayu/Melaka33

Siam.

Ini menyebabkan tradisi .lisan yang pertama itu menjadi lebih popular di kalangan

masyarakatnya.
Memanglah benar, dalam Cetera Yang Kelima SEJARAH MELAYU, ada dinyatakan
bahawa sewaktu menuliskan kisah peperangan di antara Jawa Majapahit dengan Singapura,
perawi teks ini merujuk sumber perihal peperangan tersebut, ...perkataan Singapura berperang
dengan Jawa itu, terlalu lanjut perkataannya ...maka kami pendekkan perkataannya. Istilah
perkataan di sini kurang jelas. Apakah ia bermaksud perkataan lisan atau tradisi tulisan?
Hal demikian dapat dibuktikan daripada penerapan yang amat berkesan tentang riwayat
hubungan Melaka-Majapahit yang erat ke dalam penulisan SEJARAH MELAYU, walhal riwayat
tersebut penuh dengan sifat-sifat anakronistik.

Contohnya, hubungan Sultan Mansur Syah

dengan Puteri Raden Galuh dari Jawa itu dikaitkan dengan kemasyhuran Patih Gajah Mada,
tanah Jawa ini hidup berlainan masa. Seorang dalam abad ke-15 dan yang seorang lagi hidup
dalam abad ke-14. Hubungan Melaka-Siam sepanjang abad ke-15 dinampakkan penuh dengan
misteri dan permusuhan belaka.
Dalam merujuk sumber daripada tradisi lisan (yang barangkali juga memang terdapat
dalam naskhah atau teks hikayat yang asal), perawi SEJARAH MELAYU, akibat tidak
dikongkong oleh akta hak cipta mungkin, berhak mewarnakan apa saja penulisannya. Perawi
boleh menerapkan sama ada tradisi dari unsur Jawa, mahupun tradisi daripada unsur Siam. Ini
mungkin juga menjadi masalah pokok baginya. Dalam konteks ini, tradisi unsur yang pertama
itulah yang diminati dan ditetapkannya.
Seperti penulis sejarah tradisional yang sejenis dengannya yang merawikan hal yang
berlaku ratusan tahun sebelum hidupnya dan tidak pernah disaksikannya, soal ketepatan dan
kebenaran kronologi, seperti yang harus ada pada penulisan sejarah masa kini, tidaklah penting.
Yang perlu baginya ialah menulis sesuatu yang sesuai dengan citra dan selera pembaca dan amat
cucuk dengan matlamat dan kehendak penulisan, sebagai karya didaktik, seperti kata B.L.
Andaya:
misunderstand its fundamental aims. Like other Malay court annals, the
SEJARAH MELAYU should be regarded a particular genre of a Malay
literature whose primary concern was the edification of future generation.
Bagi pertimbangan pengkaji sejarah zaman awal tentang Selat Melaka masa kini, hal-hal
tersebut mungkin dianggap remeh. Selagi belum diketahui suatu sumber yang paling sahih
tentang mauduk tersebut, mereka bolehlah bergantung pada sama ada sumber daripada tradisi
34

SEJARAH MELAYU atau punca keterangan daripada rekod Tome Pires tentang Siam tadi;
ataupun merujuk terus daripada tradisi babad Siam sebelum abad ke-15.
Contoh yang kedua ialah tentang kedatangan Islam ke Melaka. Hal ini juga banyak
berhubungan dengan masalah sumber dalam penulisan SEJARAH MELAYU,

bentuk

yang

digunakan dan cara penerapan tersebut dilakukan.


Telah kerap diperkatakan raja Melaka yang pertama memeluk Islam ialah Iskandar Syah
(putera Parameswara). Ini adalah pendapat Tome Pires yang menyebut Iskandar Syah sebagai
Chaquem Darxa, setelah beliau mendengarnya secara lisan. Pendapat ini telah banyak dirujuk.
Mungkin disebabkan Pires orang barat, laporannya memang benar (?), dan ia diterima tanpa
banyak persoalan. Fakta ini menjadi amat popular. Pires menyebut pengislaman demikian
terjadi selepas raja Melaka yang kedua itu menikahi seorang puteri raja Pasai yang beragama
Islam. Selepas itu, agama Islam pun tersebarlah ke Melaka.
Pengkaji terkemudian seperti C. Wake, Syed Naquib al-Attas dan S.Q. Fatimi, cuba
melanjutkan lagi keterangan Pires tadi dengan melihat kepentingan politik-ekonomi Melaka
kesan daripada perkahwinan tersebut.

Perkahwinan politik ini memberikan kesan jangka

panjang ekonomi dan politik yang amat besar bagi Melaka, iaitu meraih dan menarik minat para
pedagang Islam dan bukan Islam dari Pasai untuk datang ke Melaka.
Pada tahun 1968, Wang Gungwu meneliti emula soal pemelukan agama Islam ini. Beliau
mendekati penelitiannya dengan merujuk sumber tradisional China tentang beberapa buah ... di
Asia Tenggara pada abad ke-15, seperti YING YAI SHENG LAN oleh pembabad Ma.... .
Daripada laporan sumber-sumber ini, Gungwu berpendapat bahawa raja Melaka yang pertama
memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah, iaitu putera Paremesr=wara (atau Iskandar Syah) dan
merupakan raja daripada keturunan Palembang yang kedua memerintah Melaka. Ini sumber
China tradisional ini amat sezaman dalam erti kata bahawa Ma Huan, pembabad dan pelapor
untuk Laksamana Cheng Ho, datang ke Melaka hampir serentak dan semasa dengan zaman
pemerintahan awal raja-raja Melaka tadi. Oleh itu laporan China ini berangkali meyakinkan.
Sekiranya laporan dari sumber China ini sahih, maka kenyataan Pires dan riwayat
SEJARAH MELAYU yang sering kali dirujuk oleh sejarawan terkemudian seperti R.O.
Winstedt dan J. S.Jursey adalah bercorak anakronistik. Pires menyebut raja Melaka yang kedua,
Iskandar Syah (sewajarnya ini adalah nama lain Paremeswara), sebagai pemeluk Islam yang
pertama di situ. SEJARAH MELAYU menyatakan raja Melaka yang mula-mula memeluk
35

Islam, adalah raja keempat, iaitu Raja Kecil Besar, selepas pemerintahan Raja Tengah, Raja
Besar Muda dan Raja Iskandar.

Ternyata bahawa susunan raja-raja awal Melaka dalam

SEJARAH MELAYU berkecamuk.


Kita tertanya-tanya, sama ada Raja besar muda dan Raja Tengah adalah seorang yang
sama, lalu menjadikan Raja Kecil besar sebagai raja Melaka yang ketiga. Ini barangkali dapat
saling melengkapi dengan susunan salasilah tentang raja-raja awal Melaka seperti yang
digambarkan oleh sumber-sumber China semasa tadi. Dan, sekiranya catatan sumber China
lebih meyakinkan maka riwayat SEJARAH MELAYU nyata ada kesilapan. Hal ini terjadi
kerana seperti hasil penulisan sejarah yang lain, seperti HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI,
HIKAYAT ACHEH, CERITERA PALEMBANG, HIKAYAT SERI Kelantan, SILSILAH
MELAYU DAN BUGIS dan SILSILAH RAJA-RAJA SAMBAS, perawi SEJARAH MELAYU
tidak menitikberatkan soal penyusunan salasilah yang tepat. Betapakah pula riwayat salasilah
Asal-usul sesuatu kesultanan atau pemerintah yang barangkali berlaku beberapa ratus tahun atau
berabad-abad sebelum hidup pengarang. Pergantungan yang amat besar kepada tradisi lisan juga
menjadi sebab kepada kemunculan masalah seperti ini.
Apa yang penting bagi perawi ialah menyenaraikan suatu deretan nama raja-raja awal
yang memerintah, mungkin tanpa memperhitungkan kebenaran sejarahnya. Mencampur aduk
dan mencernakan unsur bukan sejarah (seperti mitos, lagenda) secara kesusasteraan, adalah bagi
membuktikan bahawa raja-raja dan kerabat mereka yang dituliskan itu memang bertradisi dan
memang berasal daripada keturunan darah baik-baik.
Semakin banyak dan hebar unsur bukan sejarah tadi diterapkan, mungkin semakin
meyakinkanlah pembuktian tradisi tadi dapat diberikan, seperti hal yang terjadi tentang tradisi
asal-usul raja-raja dalam HIKAYAT ACHEH, karya panegyric Melayu yang tidak asing lagi itu.
Hal ini menyangkut seluruh komposisi riwayat tentang nenek moyang dan asal-usul rajaraja dalam tradisi salasilah pemerintahan pada bahagian periode pra-Melaka itu sendiri.
Walaupun pokok riwayatnya mempunyai unsur dan cerminan sejarah yang sebenar, namun
akibat terdapatnya riwayat yang ...non-historical and historical materials side by side di
dalamnya, maka perawi SEJARAH MELAYU menciptakan karyanya prenant son bien ouil le
trouve (tidak menghiraukan kesejarahan bahan-bahan yang digunakannya).
Ia barangkali mengarang bahagian ini dengan motis untuk meletakkan tujuan dan fungsifungsi penciptaan sebuah penghasilan kreatif dalam sebuah karya so-called historical itu bagi
36

seluruh riwayat dan penciptaan SEJARAH MELAYU umumnya.

Dengan matlamat yang

sedemikian, maka SEJARAH MELAYU, seperti juga karya sastera sejarah yang sekerabat
dengannya, ...are believed to posses divine powers in themselves and to function as a myth of
origin to underline the devine descent and rights of a ruler and dynasty. Dalam konteks
penciptaan yang sedemikian, teks tersebut mungkin akan memainkan peranan dari segi fungsi
politik untuk masyarakat pada zaman itu secara kreatif, dan ...are written to serve a political
purpose which does not necessarily need the invocation of devine rights.
Dengan mencernakan atau mensintesiskan berbagai-bagai-bagai unsur folk-lore
temurun seperti kepercayaan tentang lagenda Iskandar Zulkarnain, kepercayaan tentang
kewujudan makhluk istimewa di dasar laut dan bumi mitos, Rika, penerapan berbagai-bagaibagai nama tokoh keluarga dan keturunan Raja Kida Hindi (seperti Ariston Syah, Aftus,
Askainat, Kasdas dan Amtabus) penjelmaan putera Raja Suran (Nila Utama) di tanah Andalas,
kepercayaan tentang tradisi Bukit Seguntang Mahamiru, mitos penjelmaan manusia daripada
gumpalan buih dan muntah lembu, mitos tentang binatang-binatang istimewa seperti singa,
gajah, ular besar dan pelanduk putih, maka terbinalah suatu unsur yang bercorak sakral terhadap
nenek moyang raja-raja Melayu yang memerintah Melaka. Dengan demikian, terciptalah suatu
bentuk pendaulatan suci terhadap raja-raja ini, khususnya dalam ruang asal-usul.

Mereka

sebenarnya adalah bernenek-moyangkan raja-raja dunia timur tulen, mempunyai akar dan tradisi
asal usul yang amat istimewa dan aneh, berlainan daripada tradisi keturunan manusia biasa dari
segi biologi. Semua berteraskan kosmologi tempatan.
Kepercayaan sakral dan aneh memang sengaja ditanamkan secara warisan temurun ke
dalam pemikiran masyarakat tradisional. Dalam konteks SEJARAH MELAYU, kepercayaan ini
diterapkan secara eksplisit pula melalui penulisan.

Bayangkanlah saja bagaimana hingga

pertengahan abad ke-19, naskhah HIKAYAT SIAK (HIKAYAT RAJA AKIL) dan SYAIR
RAJA-RAJA SIAK di negeri Siak, Sumatera, meriwayatkan kisah-kisah darihal raja-raja Siak
dengan rujukan dan penggunaan yang kerap dalam ungkapan Berkat Datuk Bukit Seguntang.
Ini untuk membuktikan tradisi kedaulatan dan pertalian salasilah yang masih erat antara raja-raja
Siak dengan raja-raja Melaka yang berketurunan dari Palembang itu. Fungsi sosiologi sastera
dalam penerapan dan pencernaan unsur-unsur ini dapat dilihat daripada idea komposisi seluruh
SEJARAH MELAYU itu sendiri, sebagai, ...a device to prop up the charismatic position of the
rulers and the nobility.
37

Hal keajaiban ini juga termasuk riwayat tentang kedatangan agama Islam ke Melaka,
yang disebut sebagai berlaku semasa pemerintahan raja Melaka yang keempat itu.
Unsur mimpi yang dialami oleh Raja Kecil Besar memainkan peranan penting dalam hal
ini. Selepas mengalami mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. pada hari esoknya,
datanglah pula sebuah kapal yang dinakhodakan oleh Sayid Abdul Aziz./ Sayid inilah yang
disebut sebagai yang mengislamkan penduduk Melaka, selepas SEJARAH MELAYU
menyerapkan anekdot-mitos bagaimana penduduk Melaka hairan melihat makhdum ini
tunggang-tonggek ketika sembahyang.
Ada pendapat mutakhir menyebut bahawa mimpi yang berlandaskan kepada kepercayaan
.... yang terterap dalam SEJARAH MELAYU tadi adalah hakikat dan realiti daripada peristiwa
yang sebenar, bukan mitos. Ia merupakan suatu kebenaran daripada proses dan perkembangan ...
yang seharusnya terjadi.
Walau bagaimanapun, ada dua perkara yang harus diingat. Pertama berhubung dengan ...
mimpi itu sendiri. Dalam konteks komposisi dan penyusunan urutan peristiwa dalam SEJARAH
MELAYU, seawal yang diketahui dalam cetera Yang Ketujuh teks ini, telah pun di...
bagaimana Merah Silu di Samudera-Perlak, mengalami mimpi yang serupa, bertemu dengan
Rasulullah dan kemudiannya memeluk Islam setelah baginda didatangi Syeikh Ismail, nakhoda
sebuah kapal.

Malah kedua-dua riwayat tentang isu yang sama daripada dua episod yang

berlainan ini menunjukkan keserupaan dan keselarian yang amat hampir, sedangkan satu terjadi
di perlak-Samudera, dan yang satu lagi berlaku di Melaka. Bandingkan antara kedua-dua riwayat
berikut. Kes yang pertama menyebut: Maka dingangakan oleh Merah Silu mulutnya, maka
diludahi Rasulullah.

Maka Merah Silu pun jaga daripada tidurnya.

Maka diciumnya bau

tubuhnya seperti bau narwastu.


Telah hari siang maka Fakir Muhammad pun naik ke darat membawa Quran, maka
disuruhnya baca pada Merah Silu: maka dibacanya Quran itu. Maka kata Fakir Muhammad pada
Syeikh Ismail, nakhoda kapal itu, Inilah negeri Samudera yang seperti sabda Rasulullah
S.A.W..
Maka oleh Syaikh Ismail segala perkakas kerajaan yang dibawanya itu, semuanya
diturunkannya dari kapal itu, dan merah Silu pun dirajakannya; maka dinamainya Sultan Malikus
Saleh.
Sementara kes yang kedua pula menuliskan:
38

Telah berapa lamanya Raja Kecil Besar di atas kerajaan, maka baginda
bermimpi pada suatu malam, berpandangan dengan keelokan Rasulullah
s.a.w. Maka sabda Rasulullah pada Raja Kecil Besar, `ucap olehmu kalimat
syahadat.
Maka dituruti oleh Raja kecil Besar seperti sabda Rasulullah S.A.W.
itu. Maka sabda Rasulullah, `Adapun namamu Sultan Muhammad; esok hari
waktu Asar matahari, datang sebuah kapal dari Judah, turun orannya
sembahyang di pantai Melaka ini; hendaklah engkau ikut barang katanya.
Maka Nabi sallallahu `alahi wa sallam pun ghaiblah.
Setelah hari siang, maka baginda pun terkejut daripada beradu. Maka
dicium baginda tubuhnya bau narwastu dan dilihat baginda kalamnya pun
seperti sudah khatan. Maka pada hati Raja Kecil besar. `Bahawa aku ini
bermimpi rupanya, bukanlah setan.
Maka mulut baginda pun menyebut kalimah syahadat, tiada berhenti
lagi. Maka segala dayang-dayang di dalam istana baginda pun hairanlah
mendengar yang disebut raja itu.
Riwayat yang serupa, malah lebih terperinci dan amat teliti pula, dapat ditemui dalam HIKAYAT
RAJA-RAJA PASAI. Telitikan petikan berikut:
Sebermula bermimpilah Merah Silu dilihatnya dalam mimpinya itu
ada seorang menampung dagunya dengan jarinya dan matanya pun
ditutupnya dengan empat jarinya demikian katanya, `Hai Merah Silu, ucap
olehmu dua kalimah al-syahadat. Maka sahut Merah Silu, `Tiada hamba
tahu mengucap akan dia. `Maka ujarnya, `Bukalah mulutmu. Maka
dibukakannya oleh Merah Silu. Maka diludahinya mulut merah Silu, rasanya
lemak manis. Maka ujarnya kepada Merah Silu, `Hai Islamlah engkau
dengan mengucap dua kalimah al-syahadat itu dan segala binatang yang
hidup lagi halal engkau sembelih kau makan dan yang tiada disembelih
jangan engkau makan. Sebermula dalam empat puluh hari lagi ada sebuah
kapal datang dari Makkah, barang segala katanya dan barang segala
perbuatannya yang berpatutuan dengan segala pekerjaan agama Islam orang
yang dalam kapal itu janganlah engkau lalui, hendaklah engkau turut barang
pengajarannya.
Maka ujar Merah Silu, Siapakah tuan hamba ini? Maka sahut suara
dalam mimpi itu. Akulah Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W. yang di
Makkah itu. Maka ditanggalkannya tangannya daripada dagunya itu.
Tunduklah engkau ke bawah. `Maka tunduklah Merah Silu ke bawah, serta
jaga ia daripada tidurnya, maka dilihatnya yang di bawah sucilah. Maka
katanya, `asyhadu alla ilahaillalLhu wahdahu la syarika lahu, wa asyhadu
anna Muhammadan `abdulu wa rasuluhu. Maka setelah sudah ia
mengucap dua kalimah itu, maka ia membaca quran tiga puluh juz khatam
dengan lafaznya ia tiada dengan dipelajarinya lagi pada seorang jua pun.
Sekiranya benar dakwaan riwayat tentang Pasai dalam SEJARAH MELAYU adalah
pengambilan atau rujukan daripada salah satu versi hikayat dari Pasai ini, nyatalah apa yang
39

disebut oleh SEJARAH MELAYU tentang cara Islam sampai ke Melaka adalah satu kaedah
komposisi di mana SEJARAH MELAYU telah terpengaruh dengan kaedah ini, lalu sama-sama
menyatakan bahawa raja Melaka bermimpi bertemu dengan Rasulullah, badannya berbau
narwastu, zakarnya terkhatan dan mulutnya fasih mengucap dua kalimah syahadat.
Dalam konteks yang lebih meluas perihal konvensi dan tradisi kepengarangan naskhahnaskhah Melayu seperti ini, hal yang serupa juga dialami oleh teks-teks yang lain apabila
memjerikan peristiwa yang serupa.

Ini seperti yang terjadi terhadap TUHFAT AL-NAFIS

apabila dikatakan oleh Raja Ahmad Haji dan Raja Ali Haji:
Syahadan apabila mangkatlah Raja Tengah itu maka menggantikan
kerajaannya puteranya yang bernama Raja Kecil Besar. Syahadan kata
sahibulhikayat ini raja yang adil lagi saksama pada zaman itu, dan ialah raja
Melayu yang mula-mula agama Islam yang bermimpikan berjumpa hadrat
Nabi kita Muhammad s.a.w. yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dengan
mengucap dua kalimah syahadat iaitu: asyhadu alla ilaha illaiLahu wa
asyhadu anna Muhammadan rasulullahi; serta terkejut daripada tidurnya,
dilihatnya zakarnya sudah berkhatan.
Maka pada pagi hari ia berangkat ke pantai melihat kapal datang dari
Jeddah. Maka turun orangnya sembahyang di tepi pantai itu dilihatnya
seperti yang di dalam mimpinya. Maka raja itu pun menderumkan gajahnya
lalu diambilnya orang yang sembahyang itu dibawanya naik ke atas gajahnya
iaitu Syaikh Makhdum namanya, lalu dibawanya masuk ke dalam kotanya.
Maka belajarlah ia akan agama Islam. Maka masuk Islam segala orang
besar-besarnya dan segala isi negeri Melaka itu. Maka baginda itu pun
bergelarlah Sultan Muhammad Syah.
Juga oleh HIKAYAT SIAK yang menerangkan cara raja Melaka ini memeluk Islam
menerapkan motif yang serupa.
Teks dari kedah, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA pul;a menerangkan motif
yang sama apabila menyebut bahawa raja Kedah, Phra ong Mahawangsa bertemu dengan Syeikh
Abdullah dari Yaman dalam mimpinya. Syeikh ini menjelma lalu mengislamkan Raja Phra Ong
Mahawangsa dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Kesemua teks ini menggunakan unsur mimpi untuk menerangkan kedatangan agama
Islam ke suatu tempat, serta pemelukannya oleh raja-raja Melayu tertentu. Ini semacam cuba
menerangkan secara implisit bahawa agama Islam berkembang ke Melaka dan kedah adalah
daripada kalangan masyarakat atasan.

Daripada peringkat masyarakat ini ia menular ke

masyarakat bawahan, pembesar dan rakyat, bukan di sebaliknya.

40

Daripada matlamat pengarangan, hal demikian dilakukan samalah dengan matlamat dan
peranan unsur bukan sejarah yang dicernakan dengan unsur historical tadi iaitu untuk
memegahkan dan mengistimewakan kedudukan raja dari segi pengalaman sejarah yang dilalui
oleh mereka. Walau bagaimanapun, adakah unsur mimpi itu suatu realiti sejarah atau sematamata suatu konvensi ciptaan sebuah hasil kreatif dengan fungsi-fungsi kemasyarakatan tertentu,
Tuhan saja yang Maha Mengetahui, wallahualam.
Namun demikian, perkara yang kedua itu adalah berkaitan dengan urutan tentang proses
kemasukan Islam ke Melaka dan ke perlak tadi susun. Pemelukan Islam oleh raja perlak dan raja
Melaka serta kedatangan sebuah kapal yang membawa nakhoda Syeikh Ismail ke perlak, juga
membawa Sayid Abdul Aziz ke Melaka, diletakkan ke dalam satu susunan peristiwa yang
berturutan iaitu pada malamnya Merah Silu di Perlak dan Raja Kecil Besar di Melaka bermimpi
bertemu Nabi Muhammad, mereka tahu bersyahadat dan telah masuk jawi; dan pada hari
siangnya kapal dari Makkah pun datang membawa nakhoda dan makhdum.
Adakah urutan ini terjadi secara kebetulan sahih kejadiannya, ataupun ia hanya
merupakan suatu gaya kepengarangan?
Kita lihat sama ada HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI mahupun SEJARAH MELAYU,
kedua-duanya dilahirkan beberapa lama selepas kerajaan Perlak-Samudera dan Melaka memeluk
Islam.

Perawi kedua-duanya mungkin menerapkan peristiwa yang amat bersejarah dan

bermakna dalam seluruh komposisi teks ini dengan merujuk pada tradisi lisan di mana isu
pertarikhan dan susunan urutan lazimnya tidak dipentingkan.
Sejarah tradisinya, memang terjadi peristiwa di mana selepas seorang raja tempatan
Melayu di rantau ini diIslamkan, mereka akan didaulatkan secara tradisi Islam, iaitu
dianugerahkan dengan alat kebesaran kerajaan. Hikayat dari pasai menyebut:
Maka Syariff di Makkah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala
Perkakas kerajaan...
Secara kronologi, kejadian ini pastinya berlaku beberapa lama setelah seseorang raja tadi
memeluk Islam. Tetapi, perawi HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI dan SEJARAH MELAYU,
akibat daripada sumber lisan yang diperoleh, atau kerana tidak memperhitungkan urutan
peristiwa yang sebenar, telah memitolisasikan riwayat ini, bagi menunjukkan segala pengalaman
istimewa yang dilalui oleh anggota kerabat Perlak dan Melaka tadi, lalu meletakkan kedua-dua

41

peristiwa tersebut ke dalam episod yang terjadi serentak dan sekali gus.

Nyata terjadi

anakronistik dalam penyusunan dan peristiwa di sini.


Hal perolehan daulat sebagai raja yang beragama Islam seperti ini, dialami juga oleh raja
kedah yang pertama memeluk Islam. Baginda dikatakan datang ke Melaka dewasa pemerintahan
Sultan Mahmud syah, minta dinobat sebagai seorang pemerintah Melayu-Islam.
Penerapan mitos juga berkaitan dengan tradisi asal usul sesuatu tempat.

Dari segi

perkembangan riwayat, tradisi ini dapat disusunkan mengikut urutan. Ia bermula dari nama pasai
dalam riwayat kerajaan tua pasai dan seterusnya. Dalam semua hal, tradisi ini dikaitkan erat
dengan tokoh pembukanya, selalunya ialah kalangan raja juga. Tokoh-tokoh inilah yang disebut
menamakan sesuatu kawasan itu. Sama ada tradisi ini memang berteraskan sejarah atau hanya
merupakan suatu daya penciptaan kreatif saja, ia harus dilihat dari segi idea tentang pengarangan
berhubung dengan konsep penubuhan daerah dan penetapan sesebuah kerajaan itu sendiri di
daerah tersebut.
Pembuka dan pengasasnya haruslah seorang raja. Ini wajar sebab penetapan sistem
pemerintahan dan organisasi masyarakat yang kompleks di daerah tersebut seharusnya ada
selepas munculnya seorang raja.

Dari sinilah munculnya kerajaan, seperti Pasai-Perlak,

Singapura, Patani dan Melaka. Oleh itu dalam konteks ini bukanlah kalangan yang bukan raja
ditonjolkan sebagai berperanan penting.
Segala sesuatu yang penting, yang membawa perubahan besar dalam masyarakat,
umpamanya dari segi sistem kepercayaan dan agama, perubahan dan penubuhan daerah dan
kerajaan, harus bermula dan bergerak dari atas, bukan sebaliknya.
Bermula dari Alkisah Cetera Yang Kesebelas sehinggalah ke Alkisah Cetera Yang
ketiga Puluh Empat dari versi panjang SEJARAH MELAYU (Winstedt, Shellabear, A. Samad
Ahmad), tertera riwayat tentang kerajaan Melaka dan hubungan sosial-ekonomi-politiknya
dengan kerajaan-kerajaan tradisional lain serantau, yang mencakupi ruang masa lebih kurang
antara tahun 1400 hingga tahun 1511. Selepas itu, daripada sebahagian cetera yang akhir tadi
terakamlah pula riwayat sejarah dari tahun 1511 hingga tahun 1612, apabila SEJARAH
MELAYU dirawikan, dan yang kemudiannya disalin semula tahun 1673, tatkala peperangan
Johor-Jambi meletus.
Pendek kata struktur komposisi SEJARAH Melayu dapat dilihat seperti berikut. Seluruh
riwayat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan tentang periode pra-Melaka, dari
42

zaman purba hingga ke tahun 1400 atau sekitarnya. Kedua, ialah kumpulan riwayat dari tahun
1400 atau sekitarnya hingga tahun 1511 tentang periode Melaka. Yang ketiga ialah kumpulan
riwayat periode lepas Melaka dan sekitar penubuhan awal kerajaan Melayu Johor yang berpindah
dari Melaka, mencakupi periode tahun 1511 hingga tahun 1612.
Dalam ketiga-tiga kumpulan riwayat ini, perawi SEJARAH Melayu menggunakan dua
jenis sumber dan bahan penulisannya secara serentak sekali gus. Pertama, yang disebutkan
sebagai sejarah dan yang dapat disaksikan; dan kedua sumber yang disebut sebagai bukan sejarah
atau cereka itu. Kedua-duanya seling memerlukan dan saling berhubungan. Pengalaman dan
ketokohan Sultan mahmud yang bercorak sejarah dipertembungkan dengan Puteri Gunung
Ledang yang tentunya rekaan. Tokoh Demang Lebar Daun yang sebetulnya bercorak sejarah itu
juga dihubungkan dengan tokoh Sang Sapurba yang disebut keluar dari dunia asing lalu masuk,
jalan ke dunia ini menunggangi seekor lembu putih yang juga barangkali rekaan. Tokoh Sultan
Mansur Syah (1459-1477) di Melaka dipertemukan pula dengan Gajah Mada serta Raden Galuh
Candera Kirana (abad ke-14). Ini tentulah anakronistik namanya. Banyak dan berbagai-bagaibagai lagi hal seperti ini yang didapati wujud dalam SEJARAH MELAYU pada semua bahagian
riwayat. Unsur cereka juga boleh dikutip daripada tradisi lisan.
Dari segi kuantitatif, keadaan dan motif rekaan tadi berbeza di kalangan ketiga-tiga
kumpulan riwayat berkenaan. Ia didapat amat menebal dan berkesan pada kumpulan riwayat
yang pertama; kemudian dilihat kurang penggunaannya pada riwayat kumpulan yang kedua; dan
apabila memasuki riwayat untuk kumpulan yang ketiga, ia semakin tipis.

Ini disebabkan

bahagian yang terakhir ini terjadi semasa atau hampir-hampir sezaman dengan periode perawian
SEJARAH MELAYU, di mana perawi sendiri menyaksikan peristiwa yang terjadi atau turut
menjadi sebahagian pelaku sejarahnya.
Walau bagaimanapun, ini bukan bererti bahawa motif yang dianggap bukan sejarah tadi
tidak penting lagi. Peranannya sama saja pada semua bahagian riwayat. Setakat kerana ia terjadi
hampir semasa atau sezaman dengan kehidupan dan periode perawi, maka perawi sendiri
barangkali menyaksikan generasi yang paling hampir dengannya, iaitu ayahnya sendiri. Maka
ketetapan dan kebenaran fakta-fakta riwayat ini tentulah barangkali dapat diyakini.
Dengan menggunakan latar belakang sejarah dari periode pra-1400, iaitu zaman tradisi
Palembang dan Srivijaya, membawa ke periode tahun 1400-1511, sehinggalah ke periode tahun
1511-1612, semuanya merangkumi zaman pra-Melaka hingga ke zaman selepas Melaka. Maka
43

amat wajarlah sekiranya Tun Seri Lanag menutup komposisinya dengan kalimat yang
menunjukkan latar belakang pergerakan dan perubahan proses sejarah yang memang sebenarnya
terjadi:
Pada zaman itu hingga inilah yang dapat oleh pacal yang daif dibaca di
dalam hikayat ayahanda itu, rahim Allah Taala iaitu datuk yang hilang di
Tanjung Batu. Kepada masa Johor alah diserang Jambi pacal datuk
dikurniai ayahandanya itu membaca hikayat Melayu oleh baginda Tajali dari
Bukit Siguntang turun ke Palembang dari Palembang lalu ke bentan, dari
bentan lalu ke Singapura. Maka alah Singapura oleh jawa Majapahit, lalu ke
Melaka; alah Melaka oleh Feringgi, berbalik pula ke Bentan, dari Bentan,
lalu ke Johor. Had itulah yang terbaca oleh pacal datuk.
Secara kasar, struktur tersebut dapat digariskan seperti rajah berikut:

NH:
H

NH:
H

Bahagian I
(PRA-1400)

Bahagian II
(1400-1511)

Bahagian III
(1511-1612)

Penunjuk

Sejarah

NH
Bukan bercorak
sejarah
Motif rekaan dan tradisi lisan

Faktor-faktor inilah yang merangka dan membentuk seluruh komposisi dan tradisi pensejarahan
SEJARAH MELAYU.
Memandangkan corak riwayat yang digunakan di dalam komposisi dan tradisi
pensejarahan SEJARAH MELAYU sebagai suatu penghasilan intelektual, teks ini sebenarnya
adalah sebuah dokumen sosial dan testimoni sejarah. Ia bukanlah sebuah hasil ciptaan sejarah
seratus peratus seperti yang difahamkan oleh masyarakat pada hari ini mengenai sesebuah hasil
penulisan sejarah. Penghasilannya sesuai dan cucuk dengan citra dan citarasa masa itu.
Ciptaannya yang mengambil bentuk PERNAUNGAN, dilakukan untuk pihak-pihak
tertentu.

44

Pertama, ialah pihak penaung, iaitu raja-raja. Raja di sini ialah Sultan Alauddin Riayat
Syah III, Johor (1557-1615), masa itu baginda bernegeri di Pasir Raja. Disebut bahawa, Maka
fakir karanglah hikayat ini (SEJARAH MELAYU)...supaya akan menyukakan duli hadrat
baginda.

Jadi tidak hairanlah sekiranya kalangan diraja inilah yang menjadi inti riwayat

SEJARAH Melayu, dengan puji-memuji, angkat-mengangkat terhadapnya, dengan berbagaibagai corak `embellishment. Tujuan yang kedua dirawikan SEJARAH MELAYU ialah untuk
dimatlamatkan kepada anak cucu kita:
...supaya diketahui oleh anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan
boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, syahadan adalah beroleh faedah
ia daripadanya.
Ungkapan ini diulang lagi pada paragraf berikutnya dengan bunyi:
...supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita,
diingatkan oleh mereka itu, syahadan beroleh faedahnya ia daripadanya.
Apabila terjadi motif dan matlamat pengarangan seperti ini, maka kebenaran fakta dalam riwayat
tidaklah begitu penting. Malah tidaklah keterlaluan barangkali dikatakan bahawa fakta ... hanya
menjadi mekanisme untuk membina riwayat bagi mencapai dan memenuhi matlamat penulisan
tadi.
Karya yang sedemikian yang bercorak didaktik, nasihat (telitikan nasihat yang digunakan
iaitu pemerian pada episod raja-raja yang hampir mangkat, mereka berwasiat kepada penggantipengganti), kiasan dan sindiran terhadap sesuatu pihak, anekdot yang menyukakan hati untuk
tokoh tertentu, dan humor untuk sesuatu episod menjadi perencah dalam ciptaannya. Peranan
dan fungsi para keluarga Bendahara Melaka-Johor dalam seluruh riwayat SEJARAH MELAYU
juga ditekan dan ditonjol-tonjolkan (seperti anekdot tentang ketokohan dan kebijaksanaan
mereka). Sedangkan peranan para tokoh dan elit Melaka yang lain telah dijadikan faktor dan
riwayat peringkat sekunder sahaja.
Sebagai perawi masanya, Tun Seri Lanang (Tun Muhammad) barangkali berhak berbuat
demikian, mengambil peluang tugas perawian dari sebuah HIKAYAT Melayu yang tersaji di
hadapannya, menyogok dan cuba memuatkan subjektiviti ke dalam perawiannya. Ini disebabkan
beliau sendiri adalah Bendahara Johor, menerus dan mewarisi jawatan dan tugas-tugas yang
memang dipegang oleh nenek moyangnya dulu sejak zaman Melaka lagi. Ini didakwanya sendiri
dalam kalimat:

45

...jadi beratlah atas anggota fakir al-ladhi huwa murakkabun al-jahil Tun
Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangnya. Padukan Raja
gelarannya, bendahara, anak orang Kaya paduka Raja, cucu bendahara Seri
maharaja, cicit bendahara Tun nara Wangsa, piut Bendahara Seri maharaja,
anak Seri Nara Diraja Tun Ali, anak baginda mani Purindan...Melayu
bangsanya. Melaka negerinya.
Dengan hal demikian, world-view SEJARAH MELAYU adalah world-view Bendahara
dan kalangannya. Fakta sejarah yang terdapat di dalamnya bercorak implisit. Oleh itu, dalam
sebuah hasil penulisan yang bercorak implisit seperti ini, berbagai-bagai-bagai tafsiran mungkin
dapat diberikan dan dibina daripada sesuatu riwayat terhadap fakta-fakta tadi.
Fakta dan data sejarah yang dapat dinukil secara langsung daripadanya, Cuma
berlandaskan kepada andaian kita bahawa ia adalah sahih dan benar, kerana bercorak
kemanusiaan.

Ada pula fakta dan data yang boleh dijamin kesahi9hannya kerana secara

kebetulan ia complement dengan sumber-sumber luar sezaman atau sekurang-kurangnya paling


hampir dengan zaman riwayat SEJARAH MELAYU, seperti sumber tempatan, iaitu UNDANGUNDANG Melaka dan UNDANG-UNDANG LAUT Melaka, dan sumber luar, iaitu laporan
pencatat Ma Huan danYING YAI SHENG-IAN, catatan Tome Pires dalam SUMA ORIENTAL,
juga riwayat daripada rekod-rekod Portugis yang ditulis oleh Alfonso de Albuquerque, de Eredia
dan de Castanheda yang sekarang masih lagi terdapat di arkib-arkib Lisboa, portugas.
Sehingga sumber asing ini diteliti lanjut kemudian kelak, maka setakat ini, SEJARAH
MELAYUlah yang berdiri sebagai sumber sejarah peribumi tentang Melaka dan Johor lama yang
paling unggul dan diterima umum. Sekiranya tidak maka riwayat sejarah di dalamnya masih
sering dianggap mengandungi misteri.
Namun demikian, yang pastinya, sehingga ke hari ini, sejarawan dan budayawan dalam
dan luar negara, telah menjadikan SEJARAH MELAYU teks utama dan rujukan teras bagi
mendapatkan maklumat dan perincian perihal sejarah masyarakat, politik dan kebudayaan abad
kelima belas dan awal abad keenam belas peribumi negara ini. Rujukan ini belum mengambil
hitung perihal nilai estatika kepengarangan, nilai intelektual dan kebijaksanaan masyarakat
Melayu dalam lingkungan ketamadunan manusia seperti mana yang dipaparkan teks ini, secara
eksplisit, juga citra kesusasteraannya sebagai sebuah penghasilan kreatif.

46

Penelitian dan penulisan pengarang terdahulu yang memperkukuhkan hujah mereka


dalam bidang sejarah dan bukan sejarah mengenai Semenanjung Malaysia dan alam Melayu
dengan merujuk kepadanya merupakan testimoni kepada kesohoran, kepentingan dan keagungan
teks tersebut.

Di antara peneliti dan penulis ini termasuklah Syeikh Nuruddin ar-Raniri

(BUSTANUS atau HIKAYAT RAJA AKIL), Petrus van der Vorm (COLLECTANIA
MALAICA VOCABULARIA), Francois Valentijn (OUD EN NIEUW OOST-INDIEN), R.O.
Winstedt (A HISTORY OF CLASSICAL MALAY LITERATURE dan A HISTORY OF
MALAYA), R.J. Wilkinson (A HISTORY OF THE PENINSULAR MALAYS). Di antara
penulis dan penalaah semasa termasuklah A. Samad Ahmad (SEJARAH KESUSASTERAAN
Melayu), K.S. Sandhu & P. Wheatley (Melaka: THE CHANGING OF A MALAY CAPITAL),
B.W.

Andaya

&

L.Y.

Andaya,

(A

HISTORY

OF

Malaysia),

Teuku

Iskandar

(KESUSASTERAAN KLASIK Melayu SEPANJANG ABAD), Zainal Abidin Abdul Wahid


(GLIMPSES OF MALAYSIAN HISTORY), Muhammad Yusoff Hashim (KESULTANAN
Melayu MALAKA), Muhammad Haji Salleh (SULALAT AL-SALATIN), Abdul Rahman Haji
Ismail (SEJARAH Melayu), THE MALAY ANNALS) dan lain-lain.
Malah, khusus dalam bidang sejarah dan kesusasteraanlah sumbangan teks Melayu ini
telah teruji keunggulannya.

47

NASKHAH SULALAT`US-SALATIN COD. OR. 1716


PERPUSTAKAAN UNIVERSITIET BIBLIOTHEEK, LEIDEN

48

NASKHAH SULALAT`US-SALATIN COD. OR. 1703


PERPUSTAKAAN UNIVERSITIET BIBLIOTHEEK, LEIDEN

49

NASKHAH SULALAT `US-SALATIN HS. 587


PERPUSTAKAAN KITLV, UNIVERSITI LEIDEN

50

NASKHAH SULALAT`US-SALATIN HS. 631


PERPUSTAKAAN KITLV, UNIVERSITI LEIDEN

51

NASKHAH SULALAT`US-SALATIN COD. OR. 1760


PERPUSTAKAAN UNIVERSITIET BIBLIOTHEEK, LEIDEN

52

NASKHAH SULALAT`US-SALATIN COD. OR. 1704


PERPUSTAKAAN UNIVERSITIET BIBLIOTHEEK, LEIDEN

53

You might also like