You are on page 1of 13

MODUL MOTIVASI AL-QURAN TERAS PERUBAHAN (MANTOP)

Pengenalan

Al-Quran merupakan kitab yang lengkap dan suci dari kesalahan manusia atau dalam erti kata lain,
merupakan ensiklopedia yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Dalam menempuh onak dan
duri kehidupan, seseorang individu perlu kepada motivasi, rangsangan atau galakan supaya mereka
sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa. Motivasi apakah yang lebih baik daripada al-Quran
itu sendiri? Justeru, pihak MANTOP Training and Consultancy (MTC) telah merangka satu modul
Motivasi Al-Quran Teras Perubahan (MANTOP). Modul motivasi yang bertemakan Kejayaan Hakiki
pastinya menggarap semangat dan kemahuan yang lebih mantap dalam mencapai matlamat hidup
seseorang individu menjadi insan yang sentiasa bermotivasi dan akhirnya mampu cemerlang di dunia
dan akhirat.

Objektif

 Untuk memotivasikan peserta menggunakan kaedah “Quranic Motivation”©

 Untuk mengubah sikap negatif peserta kepada sikap yang lebih positif.

 Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik malah
mempunyai akhlak dan sahsiah serta jati diri yang cemerlang dalam menghadapi cabaran masa
kini.

 Untuk mengait dan menyingkap rahsia serta hikmah solat dalam membentuk peribadi seorang
muslim bagi mencapai kejayaan di dunia dan juga akhirat.

 Untuk menyedarkan peserta akan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Golongan Sasaran

 Individu atau kumpulan remaja yang ingin menjadi muslim yang cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam seluruh aspek kehidupan di dunia dan juga akhirat.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai, Aktiviti dan Interaktif

Jangkamasa Program

 Kursus dan bengkel dua hari tanpa bermalam

Sasaran Selepas Program

 Peserta akan lebih taat kepada Allah SWT dan kedua ibu bapa di dalam meneruskan kehidupan
di muka bumi Allah ini.
 Peserta dapat meneruskan kehidupan dengan lebih bersemangat dan bermotivasi dengan
menjadi Al-Quran & Solat sebagai panduan utama.

 Peserta dapat menyedari akan tuntutan kecemerlangan dalam Islam.

 Peserta menyedari akan tuntutan sebagai pelajar di dalam Islam dan mampu menjadi pelajar
yang berakhlak dan bersahsiah yang mantap.

kembali ke atas

MODUL TAJWID MUDAH DAN EKSPRES

Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul hukumnya adalah fardhu ain. Walau bagaimanapun,
mempelajari ilmu tajwid hukumnya adalah fardhu kifayah. Dewasa ini, ramai individu yang tidak dapat
membaca Al-Quran dengan baik disebabkan tidak berjaya menguasai ilmu tajwid secara formal.
Faktor kekangan masa, jumlah sub-topik yang banyak dan istilah ilmu tajwid yang sukar diingati
dilihat sebagai punca masalah ini berlaku.

Justeru, pihak MANTOP Training and Consultancy (MTC) terpanggil untuk menyelesaikan masalah ini
dengan satu modul yang diberi nama “Tajwid Mudah dan Ekspres”. Modul ini secara keseluruhannya
akan menerangkan kaedah-kaedah mudah dalam rangka usaha untuk membaca Al-Quran dengan
tajwid yang betul tanpa perlu mempelajari ilmu tajwid secara formal yang kebiasaannya memakan
masa yang lama.

Objektif

 Menyedarkan para peserta akan kepentingan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

 Memberi kefahaman yang betul kepada peserta tentang hukum mempelajari ilmu tajwid untuk
membaca Al-Quran.

 Memperkenalkan modul kaedah mudah mempelajari tajwid; “Tajwid Mudah & Ekspres ©” oleh
MTC.

 Memastikan para peserta dapat menguasai kaedah yang diperkenalkan dalam tempoh masa yang
disasarkan.

Golongan Sasaran
 Individu yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak mempunyai pendidikan formal dalam ilmu
tajwid dan ingin memperbaiki bacaan serta menambah pengetahuan dalam ilmu dan kaedah
tajwid dalam pembacaan Al-Quran.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan:

 Kursus dan bengkel sehari.

Sasaran Selepas Program

 Peserta memahami kepentingan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.


 Peserta dapat membezakan hukum mempelajari ilmu tajwid dan hukum membaca Al-Quran
dengan tajwid yang betul.
 Peserta dapat menguasai kaedah “Tajwid Mudah & Ekspres ©” oleh MTC.

 
 
kembali ke atas
 
 
 
 
 
 
MODUL KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN
 
Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Justeru belajar dan mengajarkan al-Quran
dipandang mulia di sisi agama. Walau bagaimanapun, secara umumnya, masyarakat melihat proses
pembelajaran al-Quran sebagai satu proses yang jumud, stereotaip dan membosankan.
Melihat kepada perlunya proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran diperbaiki, pihak MANTOP
Training and Consultancy (MTC) telah merangka satu modul khas bagi meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Peserta akan didedahkan dengan kaedah-kaedah
terkini dalam P&P al-Quran.

Objektif

 Menyedarkan peserta sikap yang perlu dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-
Quran itu sendiri.

 Memperkenalkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang lebih
menarik dan terkini.
 Merungkai masalah P&P al-Quran yang biasa dihadapi oleh peserta.

Golongan Sasaran

 Individu atau kumpulan yang ingin memperbaiki kaedah mengajar dan belajar al-Quran
menggunakan pendekatan dan kaedah yang lebih menarik dan terkini.
Tema Dan Konsep
 Mudah, Santai dan Interaktif
Bentuk Program Cadangan
 Kursus dan bengkel sehari.

Sasaran Selepas Program

 Peserta memahami sikap yang perlu ditanam dalam proses P&P al-Quran.
 Peserta memahami teori P&P al-Quran yang menarik dan dapat melakukan praktikalnya.
 Peserta dapat menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi dalam proses P&P al-Quran.

kembali ke atas

MODUL KURSUS TAHSIN AL-QURAN


 
Al-Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam. Justeru membacanya perlulah dengan ilmu tajwid
yang betul dan penuh tartil seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Muzammil ayat keempat
yang bermaksud “bacalah al-Quran dengan tartil”. Walau bagaimanapun, dewasa ini ramai individu
muslim yang gagal membaca al-Quran dengan betul sehingga boleh mengubah maksud ayat al-Quran
itu sendiri.
Melihat kepada perlunya bacaan al-Quran masyarakat disemak dan diperbaiki, pihak MANTOP
Training and Consultancy (MTC) telah merangka satu modul Tahsin al-Quran. Modul yang
mengandungi tiga kertas kerja iaitu Tahsin makhraj huruf, Tahsin al-Fatihah dan Tahsin al-Quran ini
Insya Allah akan memperbaiki kualiti bacaan peserta kepada satu tahap yang lebih baik dari
sebelumnya.

Objektif

 Menyedarkan peserta akan kepentingan membaca al-Quran dengan betul.

 Memperbaiki makhraj huruf peserta menggunakan kaedah “Try and Error” ©

 Memperbaik bacaan al-Fatihah dan al-Quran peserta menggunakan kaedah “Try and Error” ©
Golongan Sasaran

 Individu atau kumpulan yang ingin menyemak dan memperbaiki bacaan al-Quran mereka
menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh pihak MANTOP Training and Consultancy
(MTC).
Tema Dan Konsep
 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan:

 Kursus dan bengkel sehari.


 Kursus dan bengkel dua hari.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan kepentingan membaca al-Quran dengan betul.


 Peserta dapat memperbaiki makhraj huruf dalam pembacaan al-Quran.
 Peserta dapat memperbaiki bacaan al-Fatihah dan bacaan al-Quran.

 
 
kembali ke atas
 
 
 
 
 

MODUL SMART SOLAT

Sabda Rasulullah s.a.w; “Solat adalah tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, sesungguhnya
dia telah menegakkan agamanya dan barang siapa yang meninggalkannya sesungguhnya dia telah
meruntuhkan agamanya”. Dewasa ini, gejala sosial telah meningkat dan solat dilihat sebagai salah
satu jalan keluar dari masalah tersebut sepertimana firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang
bermaksud “sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.

Menyedari akan peri pentingnya solat itu sendiri, pihak MANTOP Training and Consultancy (MTC)
mengambil inisiatif untuk menyediakan satu modul yang diberi nama Smart Solat. Peserta akan
didedahkan dengan kaifiyat solat yang betul dan prinsip-prinsip serta hikmah di sebaliknya.

Objektif

 Menyedarkan peserta akan kewajipan menunaikan solat.

 Mendedahkan kepada peserta akan kaifiyat solat yang betul.

 Menyingkap rahsia dan hikmah solat dalam membentuk peribadi seorang muslim.
Golongan Sasaran

 Individu atau kumpulan yang ingin meningkatkan kualiti solat mereka dan ingin mengetahui
rahsia dan hikmah di sebalik solat yang difardhukan ke atas umat Islam.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai, Praktikal dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan:

 Kursus dan bengkel sehari.


 Kem dua hari satu malam

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan kewajipan menunaikan solat.


 Peserta mengetahui dan memahami kaifiyat solat yang betul.
 Peserta memahami dan menghayati rahsia dan hikmah solat.

kembali ke atas

MODUL "AKU TAK CONFUSE LAGI TENTANG ISLAM!"


 
Di dalam Islam, banyak persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh orang-orang bukan Islam kelihatan
mudah, tetapi sebenarnya agak sukar diberi penjelasan dalam bentuk logik dan bukti akal, yang
kadang-kadang tidak mampu diberi penjelasan oleh orang Islam sendiri sehingga menyebabkan orang-
orang bukan Islam takut untuk mendekati Islam apatah lagi mendalami Islam.
Sebagai contoh persoalan-persoalan “kenapa tidak boleh makan babi”, “kenapa Islam mengharuskan
poligami sehingga 4 orang Isteri”, “kenapa wanita perlu menutup aurat”, “kenapa perlu bersolat” dan
sebagainya perlu diberikan penjelasan dengan hujah-hujah yang kukuh berdasarkan bukti-bukti logik
dan teori-teori sains yang menyokong agar ia tidak mampu untuk disangkal lagi.
Justeru, modul “Aku Tak Confuse Lagi Tentang Islam” yang dibangunkan oleh MANTOP Training and
Consultancy ini berusaha sedaya upaya untuk menjawab pelbagai persoalan semasa tentang
kekeliruan-kekeliruan yang timbul di dalam hukum-hukum Islam.

Objektif
 Memberi penjelasan tentang persoalan-persoalan yang timbul tentang hukum-hukum Islam.
 Merungkaikan kekeliruan-kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang sengaja
untuk memperlekehkan hukum Islam.
 Memberi kefahaman yang sebenar tentang kesyumulan Islam.

Sasaran Peserta

 Masyarakat bukan Islam yang ingin mengetahui maklumat tentang Islam, serta orang-orang Islam yang
keliru dengan Islam.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan

 Kursus dan bengkel sehari.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan konsep Islam sebagai cara hidup.


 Peserta akan mendapat gambaran sebenar tentang Islam.
 Peserta tidak lagi keliru tentang isu-isu di dalam hukum Islam.

 
 
kembali ke atas

MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Latihan dalam kumpulan boleh dikatakan satu keperluan dalam latihan dan konsultasi modul. Secara
umumnya, latihan dalam kumpulan atau lebih dikenali dengan nama LDK akan dikendalikan oleh
fasilitator (pemudahcara) ataupun penceramah utama sendiri bagi membantu peserta mencapai
objektif bagi modul-modul yang dijalankan.

Secara keseluruhannya, pihak MANTOP Training and Consultancy (MTC) mengandungi lebih dari 50
modul LDK bagi modul-modul yang disediakan. Kesemua modul-modul LDK ini menekankan mobiliti
kesemua elemen dalam manusia yang kami rangkumkan dalam akronim FESI iaitu Fizikal, Emosi,
Spiritual dan IQ.
Objektif

 Membantu pencapaian objektif bagi modul yang dijalankan.

 Mobiliti kesemua elemen penting dalam manusia.

 Meningkatkan keberkesanan modul.

Golongan Sasaran

 Individu atau kumpulan yang mengikuti modul-modul MTC.


Tema Dan Konsep
 Fizikal, Emosi, Spiritual, IQ (FESI)
Bentuk Program Cadangan:

 Kursus dan bengkel sehari.


 Kem dua hari satu malam.

Sasaran Selepas Program

 Peserta mencapai objektif bagi modul yang disasarkan.


 Peserta tidak bosan dalam proses penyampaian modul.

kembali ke atas

MODUL PARENTING SKILLS

Pendidikan bermula daripada rumah dan ibu bapa merupakan role-model kepada anak-anak di dalam
sesebuah keluarga. Manusia yang cemerlang lahir daripada sebuah keluarga yang cemerlang. Keluarga
yang cemerlang pula bermula dengan suami isteri yang cemerlang yang seterusnya menjadi ibu bapa
yang cemerlang.

Atas kesedaran ini, MANTOP Training and Consultancy merangka satu modul khusus untuk
“parenting skill” ini dalam memberi panduan kepada pasangan suami isteri yang baru melayari bahtera
rumah tangga atau ibu bapa yang telah mempunyai anak-anak, teknik-teknik serta tips-tips untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia, dan seterusnya melahirkan sebuah kominiti masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.

Objektif
 Menyedarkan peserta akan tanggung jawab sebagai ibu bapa.

 Memberi panduan mendidik dan mengasuh anak.

 Membina jati diri sebagai ibu bapa cemerlang.

 Melahirkan sebuah masyarakat yang aman makmur lahir daripada keluarga-keluarga yang
bahagia.

Sasaran

 Pasangan-pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan juga para ibu bapa yang telah mempunyai
anak-anak.
Tema Dan Konsep
 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan

 Kursus dan bengkel sehari.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan tuntutan sebagai ibu bapa di dalam Islam.


 Peserta memahami konsep tanggung jawab.
 Peserta mampu untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

kembali ke atas

MODUL KEPIMPINAN

Kepimpinan merupakan elemen penting di dalam sesebuah organisasi. Malah Rasulullah menegaskan
betapa azab yang amat besar sekiranya seseorang itu tidak menunaikan amanah kepimpinan yang
dipikul, malah lebih teruk lagi sekiranya menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa yang dimiliki.

Atas kesedaran ini, “Modul Kepimpinan” oleh MANTOP Training and Consultancy disediakan untuk
melatih dan memberi panduan kepada para kepimpinan organisasi dalam memegang tampuk
kepimpinan agar tidak tergelincir daripada lunas-lunas yang digariskan di dalam Islam. Bermula
daripada kepimpinan yang amanah dan jujur inilah seterunya melahirkan sebuah organisasi yang
cemerlang.

Objektif

 Menyedarkan peserta akan tanggung jawab sebagai pemimpin.

 Memberi panduan mengurus organisasi.

 Melahirkan kepimpinan yang efektif dan berkesan.

 Membina sebuah pasukan kepimpinan yang amanah dan jujur dalam membentuk organisasi yang
cemerlang.

Sasaran

 Pemimpin-pemimpin atau barisan exco pertubuhan, persatuan atau kelab, serta badan-badan
beruniform atau komuniti-komuniti masyarakat.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan

 Kursus dan bengkel sehari.


 Kem dua hari satu malam.
 Kem tiga hari dua malam.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan tuntutan sebagai ketua di dalam Islam.


 Peserta memahami konsep tanggung jawab dan amanah.
 Peserta mampu untuk membina sebuah organisasi yang mantap.

kembali ke atas

MODUL MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG/ KEM MODAL INSAN (KEMUDI)


Pelajar yang cemerlang bukan sahaja pelajar yang mendapat keputusan yang baik di dalam
peperiksaan, atau dinilai sekadar kemampuan akademik semata-mata. Lebih daripada itu, sahsiah dan
akhlak lebih-lebih lagi dituntut agar kecemerlangan yang dikecap bukan sahaja di dunia, malah di
akhirat kelak.

Justeru, “Modul Motivasi Pelajar Cemerlang” yang digubal oleh MANTOP Training and Consultancy
ini menjadi panduan untuk para pelajar menyeimbangkan pencapaian dalam mengejar kecemerlangan
di dalam dunia pembelajaran dan akademik tanpa meninggalkan aspek-aspek ukhrawi yang membentuk
sahsiah dan akhlak diri para pelajar.

Objektif

 Menyedarkan peserta akan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi Allah.

 Memberi motivasi untuk belajar.

 Melahirkan pelajar yang berakhlak dan bersahsiah.

 Melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik malah mempunyai
sahsiah dan jati diri yang cemerlang dalam menghadapi cabaran masa kini.

Tema Dan Konsep

 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan

 Kursus dan bengkel sehari.

 Kem dua hari satu malam.

 Kem tiga hari dua malam.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan tuntutan sebagai pelajar di dalam Islam.

 Peserta memahami konsep tanggung jawab pelajar dan amanah ilmu.

 Peserta mampu menjadi pelajar dengan yang akhlak dan sahsiah yang mantap.

kembali ke atas

 
 

SMART TEAM BUILDING

Di dalam surah as-Saff, Allah SWT menegaskan bahawa Dia amat mencintai orang-orang yang
berjuang di atas jalan-Nya secara tersusun di dalam satu barisan. Malah Saidina Ali (kwj) sendiri
telah memberi panduan bahawasanya “ kebaikan yang tersusun mampu dikalahkan oleh kejahatan yang
tersusun”. Justeru, soal perpaduan dan kerjasama amat penting di antara ahli organisasi untuk
memastikan kelancaran gerak kerja dan matlamat organisasi tercapai.

Di dalam hal ini, “Modul Pembinaan Kumpulan” yang disediakan oleh MANTOP Training and
Consultancy adalah bertujuan untuk menyuntik semangat kerjasama dan bersatu padu di kalangan
ahli organisasi dan persatuan supaya dapat membina sebuah pasukan kerja yang mantap. Selain itu, ia
dapat membuang segala virus-virus hati di kalangan ahli seperti hasad dengki, cemburu dan iri hati
yang boleh mencacatkan gerak kerja di kalangan mereka.

Objektif

 Menyedarkan peserta akan kepentingan bersatu padu dan bekerjasama.

 Menyuntik semangat kekitaan serta membuang perasaan individualistik.

 Melahirkan barisan kerja yang bekerja kuat untuk mencapai matlamat organisasi..

 Membina sebuah organisasi yang mempunyai pasukan kerja yang bersatu padu dan saling bantu
membantu.

Tema Dan Konsep


 Mudah, Santai dan Interaktif

Bentuk Program Cadangan:

 Kursus dan bengkel sehari.


 Kem dua hari satu malam.
 Kem tiga hari dua malam.

Sasaran Selepas Program

 Peserta menyedari akan kepentingan bersatu padu dan keburukan berpecah belah.
 Peserta memahami tanggung jawab mereka terhadap organisasi.
 Organisasi akan menjadi lebih cekap dan berkesan hasil dari pasukan kerja yang komited dan
bekerjasama.

You might also like