P. 1
JMS 101 Apakah sejarah

JMS 101 Apakah sejarah

|Views: 1,783|Likes:
Published by siswak

More info:

Published by: siswak on Jan 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

Ahmad Mat Hashim JM8868/07

2

Soalan Kajian : Apakah sejarah? Bincangkan sebab-sebab sejarah penting dalam kehidupan manusia. Pengertian sejarah
Apakah sejarah? Secara umumnya sejarah itu boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu peristiwa yang telah berlalu yang melibatkan pelbagai perkara di mana ia merupakan peristiwa yang berterusan. Secara khususnya pula sejarah itu merupakan catatan atau rekod masa lalu yang dicatat di mana sesuatu itu dianggap sebagai sejarah apabila ia melibatkan peristiwa atau kejadian besar dan ianya melibatkan masyarakat ramai keseluruhannya. Walau bagaimanapun suka diingatkan bahawa apa yang berlaku kini, sekarang, esok, atau masa akan datang tidaklah dianggap sebagai sejarah. Ini kerana sejarah itu adalah apa yang telah berlaku. Namun begitu jika sesuatu peritiwa yang pernah berlaku itu tidak dicatat atau direkodkan, maka peristiwa itu tidak pula akan dianggap sebagai sejarah. Dalam masa yang sama, walaupun sesuatu peristiwa itu direkodkan tetapi jika peristiwa itu tidak dapat diterima akal atau hanya cerita dongeng semata-mata, maka ianya tidaklah dianggap sebagai sejarah.

3 Begitu pun suka ditegaskan bahawa sesuatu itu hanya akan dianggap sebagai sejarah apabila sesuatu peristiwa itu adalah hasil daripada tindak-tanduk manusia yang normal. Ini kerana jika orang yang menghasilkan sesuatu tindakan itu manusia yang tidak waras atau gila maka peristiwa itu tidak akan dianggap sebagai sejarah dan peristiwa itu tidak akan dikaji oleh sejarawan. Selain daripada itu sesuatu itu hanya dianggap sebagai sejarah apabila ia berdasarkan kepada fakta logik dan sumber-sumber yang boleh dipercayai daripada tulisantulisan dan monumen-monumen. Perkataan ‘history’ dalam bahasa Inggeris sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani ‘historia’ bermaksud “penyelidikan”, “penyiasatan”, atau “pertanyaan”. Manakala perkataan ‘sejarah’ dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan Arab iaitu syajarah atau syajaratun yang bermaksud, “pohon”, “salasilah”, atau “keturunan”. Perkataan sejarah ini juga dalam bahasa Melayu pada peringkat permulaannya disebut Tawarikh; daripada perkataan Arab Ta’rikh yang bermaksud “pengtarikhan” yakni pemberitahuan waktu. Orang-orang Yunani kemudiannya memberi pengertian sejarah ini sebagai;”sebuah rekod atau cerita hasil daripada siasatan”. Manakala dalam pensejarahan moden, sejarah bermaksud penyiasatan, objek yang dijadikan bahan penyiasatan serta rekod yang terhasil daripada siasatan yang dilakukan oleh seorang ahli sejarah.

4 Namun begitu, dalam bahasa Jerman, Geshichte (sejarah) ialah; “perkara yang telah lalu” atau dalam lain perkataan, sejarah adalah masa lalu itu sendiri. Justeru itu M.Y. Ibrahim dalam bukunya Pengertian Sejarah, memuatkan kedua-dua pengertian sejarah ini. Beliau mengklasifikasikan pengertian dalam bahasa Yunani itu sebagai pengertian khusus manakala pengertian sejarah dalam bahasa Jerman itu pula sebagai pengertian umum. Dalam buku tersebut Muhd Yusuf Ibrahim menyatakan bahawa sejarah itu ada dua pengertian; yang pertama, iaitu yang umum; sejarah itu adalah masa lalu itu sendiri. Manakala yang kedua, yang lebih khusus; sejarah merupakan catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang telah berlaku pada suatu masa yang lalu. (1986: 7) Penjelasan yang lebih lanjut tentang pengertian yang pertama itu ialah, apa sahaja yang telah berlaku atau pernah berlaku, tidak kira sama ada perkara atau peristiwa atau kejadian itu penting atau tidak penting, atau sama ada perkara atau peristiwa atau kejadian itu melibatkan tindak tanduk atau perbuatan atau aktiviti manusia atau tindakan Tuhan (atau alam semulajadi), semuanya dianggap sebagai sejarah. Ukuran atau penentunya di sini ialah peristiwa atau kejadian itu telah berlaku dan pernah berlaku. Oleh kerana maksud yang pertama ini boleh ditakrifkan sebagai “perubahan” (change), maka sejarah dalam pengertian ini hanya menganggap “sejarah” itu sebagai perkara-perkara atau hal-hal yang berubah dari satu keadaan ke satu keadaaan yang lain sahaja. Pengertian sejarah sebegini terlalu umum hingga mengelirukan sebahagian daripada kita.

5 Bagi memahami maksud yang kedua yang lebih khusus itu, iaitu sejarah merupakan peristiwa masa lalu yang telah dicatat ataupun direkodkan, Muhd Yusuf Ibrahim mendefinisikan “peristiwa” itu ialah “peristiwa” hasil daripada tindak tanduk atau aktiviti manusia. Ini bermakna, seandainya peristiwa itu tidak direkod dan dicatatkan maka ia tidak dianggap sebagai sebuah sejarah walaupun peristiwa itu telah pernah berlaku. Dalam erti kata lain, mengikut pengertian ini, ia hanya dianggap sebagai sejarah lisan dan bukanlah sejarah yang sebenar kerana ia hanya merupakan sumber dan satu teknik mengumpul maklumat. Begitu juga dengan “sejarah alam semulajadi” itu juga tidak termasuk ke dalam pengertian sejarah ini. Pengertian yang kedua ini juga bermaksud bahawa sejarah itu merupakan kajian atau hasil penyelidikan kerana tanpa dikaji dan diselidik sesuatu kejadian atau peristiwa itu tidak akan dicatat dan direkodkan. Sementara itu seperti sudah jadi kelaziman bahawa apa yang akan dicatat itu adalah perkara-perkara atau hal-hal yang penting sahaja atau yang benar-benar ingin diingati. Namun begitu menurut M. Yusuf, catatan-catatan ringkas seperti catatan harian atau diari bukanlah sejarah’ tetapi ia hanya merupakan sumber sejarah itu sendiri. Lantaran itu, oleh kerana peristiwa yang berlaku pada masa lalu itu terlalu banyak dan tidak mungkin sejarawan dapat mengkaji semuanya disebabkan keterbatasan waktu, tempat, keadaan, kebudayaan, agama, politik, maka sejarah itu merupakan satu disiplin yang khusus dan terbatas. Khusus dan terbatas kepada apa yang diketahui oleh sejarawan itu sahaja.

6 E.H.Carr dalam bukunya, What is History?, pula berpendapat bahawa sejarah itu merupakan satu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau.(1986 : 27) Ini bermakna sejarah itu adalah satu interpretasi sejarawan terhadap bukti-bukti yang diperolehinya. Dalam hal ini, kelihatan ahli sejarah cuba dan berusaha mendirikan semula atau menghidupkan kembali peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dengan cara berdialog dengan bahan-bahan bukti dan sumber yang diperolehi dan ditemuinya. Sumber atau bukti ini mewakili masa peristiwa yang pernah berlaku itu (masa yang telah berlalu) manakala sejarawan pula mewakili masa kini. Hal ini juga membawa maksud yang sejarah itu adalah kajian dan catatan tentang masa lalu. Murthada Mutahhari di dalam bukunya Masyarakat dan Sejarah, pula merumuskan pengertian sejarah itu sebagai pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa, kejadian-kejadian dan keadaan kemanusiaan di masa lampau. Ini bermakna sejarah itu ialah merupakan pengetahuan tentang perkara tertentu, yakni pengetahuan tentang rangkaian episod peribadi dan masyarakat. Sejarah juga merupakan satu kajian tentang riwayat hidup dan tradisi-tradisi, pengetahuan tentang perkara yang benar-benar berlaku, dan bukannya tentang apa yang akan berlaku serta merupakan satu jambatan masa menghubungkan dengan masa lampau, bukannya masa kini atau masa akan datang. Abdul Rahman Haji Abdullah di dalam bukunya Pengantar Ilmu Sejarah pula menyatakan terdapat dua aliran pentakrifan tentang sejarah. Pertama daripada asas empirisisme1 maka lahir aliran objektivisme2 yang mentakrifkan sejarah sebagai kisah1

Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM), hlm. 160. Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, (Kuala Lumpur: DBP-USM), hlm. 162.

2

7 kisah yang berlaku pada masa lampau di mana mengikut aliran ini ia bergantung kepada fakta sejarah yang objektif dan bebas, serta dapat dikaji secara saintifik dan kritis. Kedudukan ini diperkuatkan lagi dengan kebangkitan aliran sejarah objektif atau sejarah saintifik oleh Leopold von Ranke (1975-1886). Bagi Ranke, sejarah itu adalah untuk mengambarkan kejadian-kejadian “sebagaimana sebenarnya berlaku” berasaskan fakta-fakta dan dukumen-dokumen yang dikaji secara saintifik. Manakala daripada asas rasional pula lahir aliran subjektivisme 3yang mentakrifkan pengertian sejarah sebagai satu kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Ini bertepatan pula jika dilihat dari sudut etimolog4 takrifan ini dikatakan secocok dengan makna asal ‘historia’ dari bahasa Greek, yang kemudiannya diterima pakai dalam bahasa-bahasa lain seperti ‘history’ (Inggeris), dan ‘histoire’ (Perancis), dengan maksud penyelidikan atau penyiasatan. Ringkasnya, apa yang dikatakan sejarah ialah kajian atau penyelidikan yang dilakukan oleh sejarawan. Oleh kerana itu, lalu dikatakan yang semua sejarah adalah sejarah masa kini. Hal ini dipersetujui oleh seorang tokoh idealis Benedetto Croce (1886 – 1952) sampai beliau pernah menegaskan bahawa semua sejarah ialah sejarah masa kini. Manakala bagi Robin G. Collingwood (1899 – 1943), semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Bahkan, beliau berpendapat, semua sejarah ialah pementasan kembali pemikiran masa lampau di dalam pemikiran ahli sejarah. Dalam pengertian lain boleh dijustifikasikan sejarah itu bukan apa yang sudah berlaku, tetapi apa yang ditulis oleh sejarawan sebagai satu pemikiran sejarawan yang hidup pada masa kini.

3 4

Ibid Lihat Kamus Ddwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga, susunan Joyce M Hawkin, (Selangor: Fajar Bakti). m.s 131.

8 Dalam hal ini jelas kelihatan bahawa proses pemikiran memainkan peranan yang penting dalam sejarah. Masa lalu sahaja tidak memadai untuk menempatkan sesuatu peristiwa atau kejadian itu dalam disiplin sejarah. Oleh kerana itu Carr mengatakan bahawa semua sejarah adalah sejarah pemikiran, dan sejarah adalah pembentukan semula dalam fikiran dan minda ahli sejarah tentang pemikiran sejarah yang sedang dikaji olehnya.(1984 : 18)

9

Kepentingan Sejarah Dalam Kehidupan Manusia
Mengenali diri, masyarakat dan bangsa Sejarah dipelajari untuk membolehkan seseorang itu mengenali dirinya, masyarakatnya dan bangsanya. A. Marwick dalam bukunya The Nature of History mengatakan, sejarah merupakan ilmu untuk membolehkan seseorang itu atau sesuatu masyarakat itu menentukan identiti dirinya. Melalui sejarah juga membolehkan seseorang itu mengenali diri sendiri. Ini kerana hanya melalui pengetahuan sejarah sahaja sesebuah masyarakat itu dapat memperolehi pengetahuan tentang dirinya. Hari ini, kebanyakan generasi yang lahir selepas merdeka tidak mengenali siapa dirinya, asal-usulnya, bagaimana pembentukan masyarakat dan bangsanya. Jauh sekali untuk memahami dan menghayati bagaimana pada suatu ketika dahulu bangsa dan masyarakatnya merupakan antara bangsa yang termaju dalam bidang ekonomi hingga dapat menguasai perdagangan antarabangsa dengan begitu hebat sekali.terutama pada abad ke 14.(Baca Sejarah Melayu Melaka). Sedangkan mengetahui tentang diri sendiri bererti mengetahui apa yang diri sanggup lakukan. Walau bagaimanapun tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui dan tahu tentang kesanggupan dirinya melakukan sesuatu sehingga ia sendiri telah melakukannya atau sekurang-kurangnya telah mencubanya.

10 Sejarah juga merakamkan bagaimana bermulanya campurtangan asing dan rentetan pelbagai peristiwa selama lebih 400 tahun ke atas negara ini. Melalui catatan sejarah juga kita mengetahui bagaimana semangat nasionalisme muncul dan pejuang-pejuang kemerdekaan berjuang menuntut sebuah negara berdaulat yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia kini di mana ia dihuni oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dan diikuti oleh lain-lain kaum serta suku kaum lain dan peribumi di Sabah dan Sarawak. Atas kepercayaan perpaduan, perasaan tanpa prasangka antara kaum dan perkongsian kuasa politik dan ekonomi yang adil adalah pra-syarat paling penting dan utama bagi membentuk masyarakat majmuk dan unik di Malaysia agar dapat hidup dalam harmoni dan bertolenrasi antara satu sama lain meskipun berlainan agama, bahasa, budaya dan sosial. Ini kerana hanya melalui sejarah juga masyarakat di negara ini belajar untuk hidup bersama dan menghormati apa jua hak yang yang termaktub dalam perlembagaan terutama sekali hak keistimewaaan orang Melayu. terutamanya selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam aspek ekonomi dan sosial masyarakat sehingga memaksa kerajaan merangka satu dasar penting apa yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia bertujuan untuk mengurang jurang ekonomi yang ketara antara bumiputra dengan bukan bumiputra dan menyusun semula masyarakat yang sebelum ini terbentuk Untuk menentukan warisan dan lambang tamadun Wang Gangwu dalam bukunya The Use of History mengatakan terdapat tiga sebab utama mengapa manusia memerlukan sejarah dalam kehidupan mereka.Pertama sekali

11 ialah untuk dapat menjustifikasikan sesuatu tuntutan. Contohnya pertuanan orang-orang Melayu ke atas Tanah Melayu berasaskan kepada kewujudan sejarah kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Perak, Johor, Kedah dan lain-lain di Tanah Melayu. Wang Gangwu juga berpendapat pengetahuan sejarah itu penting dalam kehidupan manusia ialah untuk dijadikan pendidikan praktikal dan moral kepada sesuatu bangsa. Contoh yang paling baik sekali yang boleh dilihat daripada aspek ini ialah sejarah dinasti China itu sendiri. Dalam hal ini, sejarah telah dijadikan sebagai ‘bench mark’ atau kayu pengukur moral kepada bangsa itu sama ada baik atau sebaliknya. Ia juga dijadikan alat untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran yang stabil pada masa kini kepada mana-mana kerajaan yang dibentuk berasaskan pengalaman kerajaaan yang dibentuk pada masa lalu. Ini kerana melalui sejarah sesuatu bangsa itu dapat menjadikannya satu disiplin ilmu yang mulia kerana ia dapat memberikan penjelasanpenjelasan tentang konsep-konsep tertentu di dalam kepercayaan mereka.. Seperti kata St. Augustin, mengetahui masa lalu akan membantu kita menghadapi hari ini dan bersedia untuk menghadapi masa hadapan.

12 Teladan dan sempadan Persoalan yang ingin ditimbulkan di sini ialah apakah sejarah mengajar kita? Secara mudah jawapannya – ‘benar’. Ini bermaksud sebarang tindakan atau keputusan yang bijak yang kita ambil pada hari ini berasaskan kepada yang kita telah pelajari dan kaji daripada pengalaman lalu yang telah berlaku itu. Timbul satu lagi pertanyaan yang menarik iaitu apakah pengalaman lalu yang telah berlaku itu? Jawapannya sudah tentulah sejarah itu sendiri. Justeru itu, tidak menjadi satu kesalahan kalau kita katakan bahawa sejarah itu mengajar kita. Sebagai contoh, hasil daripada tindakan Si Puntum yang menyanggupi membunuh J.W.W. Birch , Residen British di Perak telah memberi ruang dan alasan yang cukup kukuh bagi British untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Seterusnya menguasai dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan mereka yang baru. Daripada peristiwa ini, memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin yang terkemudian untuk ‘belajar dari sejarah’ agar sebarang tindakan dan keputusan yang diambil tidak merugikan bangsa dan seterusnya kepada negara. Pepatah Inggeris ada mengatakan “Sekali terkena, dua kali mengelak”. Jadi kita semua belajar dari pengalaman, sedangkan pada hakikatnya pengalaman itu adalah peristiwa yang lalu dan yang telah berlaku – iaitu sejarah

13 Meskipun setiap satu situasi atau kejadian itu adalah berbeza antara satu sama yang lain, namun setiap satunya pula berhubungkait dengan yang telah lalu dan yang akan datang oleh satu jaringan sebab musabab, kemungkinan dan ketidaksengajaan. Apa yang ada dan wujud pada hari ini mungkin kesan daripada ketidaksengajaan atau kesan daripada tindakan kuasa yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, konsekuen hari ini tentang peristiwa-peristiwa dan kejadiankejadian yang lalu memang benar-benar berlaku dan wujud dan ia tidak dapat diterbalikkan atau diubah. Oleh kerana itu apabila kita memerhatikan proses perubahan atau perkembangan yang kelihatan selari dengan apa yang pernah berlaku pada masa lalu maka kita dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Ini bermakna kita dapat meramal atau mengagak apa yang akan berlaku jika proses itu berterusan dalam bentuk dan acuan yang sama.

14 Kesimpulan Daripada pengertian dan perbincangan tentang sebab-sebab sejarah itu penting dalam kehidupan manusia, dapatlah dibuat konklusi bahawa sejarah itu merupakan satu disiplin ilmu yang amat penting kepada kehidupan dan pembentukan tamadun manusia sejagat. Di mana ia perlu dihayati dan difahami oleh setiap individu yang bernama insan kerana hanya melalui sejarah sahaja seseorang itu boleh mengenali diri dan potensi yang dimilikinya, mengenali masyarakatnya, bangsanya, negaranya, warisan dan tamadunnya. Selain daripada itu pengajian sejarah ini sangat penting bukan hanya kerana apa yang diceritakannya kepada kita tentang dunia kita, tetapi juga kerana nilainya di dalam memperkembangkan kuasa berfikir kita. Ini bermakna pengajian sejarah yang berjaya itu apabila ia berjaya memaksa kita melatih semua aspek penting dalam aktiviti intelektual seperti merangsang perasaan ingin tahu dan semangat penyiasatan, mendisiplinkan kebolehan penaakulan, memupuk seni memberi penjelasan dan berkomunikasi pada seseorang itu. Selain daripada itu pengajian sejarah penting bagi memajukan tabiat berfikiran kritis dan tidak skeptik5 serta merupakan asas untuk mencapai kearifan dan nilai manusia berpendidikan dan berpengetahuan tinggi.. Ini kerana sesuatu bangsa yang tidak tahu tentang sejarah atau jahil tentang sejarah atau lebih malang sekali tidak mempunyai sejarah seperti kata Cicero “ tidak mengetahui apa yang berlaku sebelum anda dilahirkan bermakna kekal selamalamanya sebagai kanak-kanak”. Marilah kita fikirkan kebenaran ini.
5

Ibid

15

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka – Universiti Sains Malaysia / Pusat Pengajian Luar Kampus Abdul Rahman Haji Ismail. 1983 . China Tradisional, Pensejarahan, Pusingan Wangsa dan Proses Pencinaan. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia Carr, E.H. 1976. What is History? Middlesex : Penguin Books. Collingwood, R.G. 1978. The Idea of History. Oxford : Oxford University Press.. Croce, B. 1944. History : Its Theory and Practice. New York : W.W. Norton & Co. Gangwu, Wang. 1968. The Use of History. Kuala Lumpur. Garragham, GJ. 1973. A Guide to Historical Method. Westport, Conn. : Greenwood Press Marwick, A. 1970. The Nature of History. London : Delta. Muhd. Yusof Ibrahim. 1986. Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan mengenai Teori dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Murthada Mutahhari. 1986. Masyarakat dan Sejarah. Bandung : Mizan.. Omardin Haji Ashaari dan Yunus Muhamad. 1996. Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons Zainal Abidin Borhan. 2001. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia . Kuala Lumpur : : Universiti Malaya

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->