You are on page 1of 19

Ahli Kumpulan:

Noor Fadhilah bt Bakri


Nur Fatin bt Zulkipli
Maksud Lupaan

• “Lupaan merupakan satu motif di mana maklumat yang


tertentu sengaja dilupai kerana dianggap tidak penting,
kurang seronok atau tidak berguna berdasarkan
kesedaran mental seseorang”
Erikson (1963)

• Lupaan boleh dirupakan sebagai kelenyapan atau


kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap
maklumat-maklumat yang telah dipelajari.
Faktor-faktor Lupaan

 Tempoh masa
 Gangguan retroaktif
 Gangguan proaktif
 Motif lupaan
 Perubahan kuantiti
 Kualiti ingatan
1. Tempoh Masa

• Teori Kesanan (Trace Theory) yang diutarakan oleh ahli-


ahli psikologi gestalt, iaitu selepas aktiviti pembelajaran,
imejnya akan tertinggal dalam otak.
• Jika latihan tidak diadakan dalam sesuatu tempoh masa,
kesan yang tertinggal dalam otak akan beransur kabur,
dan dengan peredaran masa semakin lama, kesan itu
akan hilang dalam ingatan atau dilupai.
 Teori Kesanan mendapat kritikan daripada ahli-ahli psikologi
yang lain. Mereka berpendapat banyak pengalaman
membuktikan ingatan pengalaman yang lama tidak
semestinya lebih mudah dilupai daripada ingatan
pengalaman baru.
 Kajian Jenkins dan Dallenbach (1924) telah membuktikan
bahawa aktiviti pembelajaran lain selepas pembelajaran
pertama merupakan salah satu faktor penting yang
mempengaruhi ingatan.
2. Gangguan Retroaktif dan
Proaktif
 Gangguan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
ingatan.
 Di bawah konteks psikologi pendidikan, gangguan ini boleh
diertikan sebagai proses sesuatu jenis pembelajaran yang
menggangu pembelajaran yang lain.
 Terdapat dua jenis gangguan ini, iaitu gangguan retroaktif
(retroactive inhibition) dan gangguan proaktif (proactive
inhibition).
(a) Gangguan Retroaktif

 Berlaku apabila pembelajaran baru mengganggu


pembelajaran yang lama hingga sebahagiannya hilang dalam
ingatan, khasnya kedua-dua jenis pembelajaran diadakan
dalam masa yang singkat.
 Berdasarkan beberapa hasil kajian gangguan retroaktif ,
maka beberapa rumusan boleh didapati seperti berikut:
 Isi pelajaran yang hampir sama, tetapi konsep yang
berlainan, gangguan retroaktif adalah lebih ketara.

 Bagaimanapun, kedua-dua isinya yang sama iaitu


pembelajaran berikutnya merupakan ulangkaji
pembelajaran pertama, gangguan retroaktif tidak akan
berlaku, malah menjadi aktiviti sokongan yang membantu
ingatan.

 Sekiranya penguasaan pembelajaran lebih baik daripada


pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan retroaktif
terhadap pembelajaran sebelumnya adalah kurang.
– Sebaliknya jika penguasaan pembelajaran yang
berikutnya adalah lebih baik daripada pembelajaran
sebelumnya, maka gangguan retroaktif adalah lebih
ketara.

– Jika isi pelajaran dalam pembelajaran jauh lebih banyak


daripada pembelajaran yang berikutnya, kesan gangguan
retroaktif dalah kurang. Sebaliknya kesan gangguan
retroaktif adalah lbih ketara.

– Jarak masa dia antara dua jenis pembelajaran pula


menyebabkan perbezaan kesan gangguan retroaktif.
Semakin dekat jarak masanya di antara dua jenis
pembelajaran, semakin ketara gangguan retroaktif ke
atas pembelajaran sebelumnya.
(b) Gangguan Proaktif
 Mengikut Horton (1976), gangguan proaktif berlaku apabila
pelajar menghadapi kesulitan mengingat kembali bahan
pembelajaran yang berikutnya.
 Dengan makna lain, gangguan proaktif berlaku apabila
pembelajaran sebelumnya mengganggu pembelajaran yang
berikutnya.
 Sebelum 1960, ramai ahli psikologi merujuk gangguan
retroaktif sebagai faktor pengaruh yang utama. Selepas
kajian Underwood (1957) dan Postman (1965), gangguan
proaktif telah mengganti tempat sebagai faktor utamanya
yang menyebabkan lupaan.
Sebab Berlakunya Gangguan
 Dua teori yang utama digunakan untuk menerangkan sebab
berlakunya gangguan.
 Teori pertama, iaitu Teori Kontinuiti (Perseveration Theory)
menyatakan bahawa selepas latihan atau pembelajaran,
aktiviti saraf mental yang ditimbulkan kerana aktiviti
pembelajaran masih diteruskan.
 Aktiviti saraf mental yang diteruskan ini akan membantunya
mengukuhkan ingatan ke atas pembelajaran sebelumnya.
 Sekiranya pembelajaran itu diikuti dengan pembelajaran
baru, ia akan mengganggu ingatan dalam masa
pengukuhan.
 Akibatnya, gangguan retroaktif akan berlaku.
 Oleh itu, Teori Kontinuiti berdasarkan huraiannya pula
dikenali sebagai Teori Pengukuhan (Consolidation Theory)
 Teori kedua iaitu Teori Persaingan-Respons (Competition
Response Theory) , menyatakan bahawa gangguan yang
berlaku adalah disebabkan hasil gangguan di antara dua
tindak balas (respons) yang berlainan.
 Mengikut teori ini, rangsangan dalam pembelajaran baru
memerlukan tindak balas yang baru.
 Sekiranya rangsangan baru hampir serupa dengan
rangsangan pembelajaran sebelumnya, apabila tindak balas
baru berlaku, tindak balas lama akan menunjukkan
kecenderungan untuk bersaing dengan tindak balas baru,
akibat berlakunya gangguan retroaktif atau gangguan
proaktif, memandangkan yang mana penguasaan
pembelajaran yang lebih kuat.
3. Motif Lupaan
 Sesetengah ahli psikologi berpendapat lupaan adalah
disebabkan oleh motif individu.
 Dengan perkataan lain, lupaan berlaku kerana individu tidak
ingin mengingatinya dan mempunyai niat untuk melupai
pengalaman yang telah diperolehi, khasnya pengalaman
yang buruk, menghina, malu atau kurang manis.
 Pengalaman ini sebenarnya belum hilang, tetapi ditahan
sedalam-dalam mindanya secara tidak sedar supaya tidak
dapat diingati lagi.
4. Perubahan Kuantiti dan
Kualiti Ingatan
(a) Perubahan Kuantiti Ingatan

 Kajian McGeoh (1942) , selepas 19 minit pembelajaran satu


set suku kata yang tidak mempunyai erti, ujian ingatan
menunjukkan 58.2% yang masih dikekalkan dalam ingatan,
iaitu 41.8% telah dilupai. Selepas 31 hari kemudian, yang
masih dikekalkan dalam ingatan ialah 21.1% iaitu 78.9% telah
dilupai.
 Ahli-ahli psikologi yang lain pula berusaha mengkaji ke atas
perubahan kuantiti ingatan selepas pembelajaran kurang
100% , misalnya 70% sahaja.
 Mereka mendapati selepas satu tempoh pembelajaran
berlaku, terdapat tanda-tanda menunjukkan kuantiti ingatan
tiba-tiba menambah. Tanda ini dikenali oleh ahli-ahli
psikologi sebagai fenomena mengenang-ngenangkan
(reminisecence phenomenon).
 Fenomena kuantiti ingatan ditambah secara tiba-tiba
selepas sesuatu tempoh pembelajaran boleh diandaikan
bahawa sebab dalam tempoh permulaan selepas
pengajaran, keletihan yang berlaku menghadkan
prestasinya, tetapi selepas berehat, keletihannya hilang,
prestasinya mula dapat ditunjukkan secara penuhnya.
 Kesimpulannya , selain daripada faktor tempoh masa,
faktor-faktor seperti jenis pembelajaran, masa rehat dan
keletihan pula boleh mempengaruhi kuantiti ingatan dan
lupaan.
(b) Perubahan Kualiti Ingatan

 Perubahan kualiti ingatan juga menjadi salah satu faktor


yang menyebabkan ingatan dan lupaan.
 Mengikut kajian, selepas pembelajaran pada peringkat
permulaan, perkara yang baru dipelajari masih tertinggal
dalam ingatan sebagai gambaran keseluruhan.
 Mengikut kajian Morris (1939), perubahan kualiti cerita
daripada ulangan seorang kepada seorang lain merangkumi
empat situasi yang dihuraikan seperti berikut:
- Panjang cerita beransur dikurangkan.
- Nama orang, tempat dan gelaran dalam cerita mudah
sekali berubah serta hilang dalam ingatan.
- bahagian plot cerita yang kurang diberi perhatian
adalah pertama mula berubah ke arah menjadi plot
cerita yang munasabah.
- bahasa yang digunakan berubah mengikut kebolehan
yang bercerita, iaitu bertukar dengan gaya bahasa yang
biasa digunakan olehnya.
- fenomena ini biasanya dipengaruhi oleh faktor
psikologikal seseorang, iaitu merangkumi faktor
pengalaman, set mental, motif dan sebagainya.
 Rumusan hasil kajian perubahan kualiti ingatan yang
berlandaskan faktor pengalaman lama merupakan faktor
utama yang mempengaruhi perubahan kualiti ingatan,
dan secara idak lengsung menyebabkan lupaan.
SEKIAN, TERIMA KASIH…..

You might also like