You are on page 1of 22

EDUCATION of ELAKSAMANA

2.0 SISTEM GEOMORFOLOGI

2.1 PENGENALAN KEPADA PROSES GEOMORFOLOGI

1.Berasal dari bahasa yunani


2.Geomorfologi bermaksud = Geo + Morpe + Logos
 Geo – Bumi
 Morphe – Bentuk
 Logos – Kajian

Definisi Geomorfologi
Hjulstrom (1935) – Geomorfologi ialah satu bidang kajian sains bumi yang mengkaji interaksi antara
proses, faktor dan bentuk di bumi secara saintifik

Definisi Umum
1.Geomorfologi merupakan kajian atau pengetahuan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan
bentuk muka bumi sama ada daratan, lautan atau apa-apa kajian dalam kerak bumi atau lapisan bumi
2.Satu kajian saintifik terhadap satu bentuk muka bumi

Geokronologi Matematik
Biologi

Geomorfologi
Geofizik
Geokimia
Meteorologi
Kartografi

Proses Geomorfologi
1.Eksogenik
 Luluhawa
 Hakisan
 Gerakan jisim
 Pengangkutan
 Pemendapan
2.Endogenik
 Gerakan tektonik
 Lipatan kerak bumi
 Gelinciran
 Gempa bumi
 Gunung berapi
3.Proses endogenik menghasilkan bentuk muka bumi
4.Proses eksogenik mengukir dan membentuk muka bumi

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2.2 KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI, JENIS BATUAN DAN PEMBENTUKAN MUKA BUMI

Pembahagian Permukaan Bumi


1.Unit Benua
 Pentas benua
 Pergunungan
2.Unit Lautan
 Lembangan Lautan
 Arka Kepulauan
 Banjaran Tengah Laut
3.Unit Sempadan

Pembahagian Pentas Benua

PENTAS BENUA

- Kedalaman 0 – 200m - Kedalaman 0-1000m - Dataran pantai


- Ditenggelami Air - Cerun agak landai - enapan pasir
- Permukaan hampir - Sedimen termatimof - tanih lempung
rata - Contoh : dari dasar laut
- Sedimen berklas - Perisai Kanada - Dataran tanah tinggi
- Baltik - tanah tinggi yang
rata dan mendatar

Konfigurasi Bentuk Muka Bumi

Benua & Lautan Keluasan % drp. keluasan bumi


(km per.)
Bumi 510 juta 100
Daratan/ Benua 148 juta 29.2
Lautan 362 juta 70.8

Taburan Daratan

Hemisfera Utara 19.7% daratan


Hemisfera Selatan 9.3% daratan

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Taburan Daratan di Dunia

Benua/ Keluasan(km per.) Keluasan


( juta km persegi)
Asia 44
Eropah 10
Afrika 31
Amerika Utara 22
Amerika Selatan 18
Australia 8
Antartika 16

Kepulauan
Saiz berbeza : 31% saiz melebihi 25 ribu km
75% kurang 2500 km
3 jenis konfigurasi taburan pulau :

Saiz besar, berdekatan & Kepulauan British & Benua Eropah


struktur geologi sama
Saiz pelbagai & ciri geologi Jepun-Taiwan-Hong Kong
berbeza
Terpencil di lautan & jauh Hawaii,Mauritius,Fiji,Tonga, Galapagos.
dari daratan

Teori Hanyutan Benua

1.Pembahagian zaman teori hanyutan benua


 Permian – 225 juta tahun
 Triassic – 220 juta tahun
 Jurassic – 135 juta tahun
 Cretaceous – 65 juta tahun
2.Berlaku disebabkan tenaga endogenik (tenaga dari dalam bumi)
3.Kawasan benua afrika dan amerika selatan dahulu bercantum dan jangka masa untuk berpecah
memakan masa yang lama

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Lakaran teori hanyutan benua

STRUKTUR PERMUKAAN BUMI

Kerak Sial/sil/kerak benua:cerah,batuan granit genus & mendak-


bumi syal,pasir, tebal 25-70 km/purata 25km,ketumpatan 2.7
g/cm,kaya silika & aluminium.Dipisahkan Ketakselanjaran
Conrad.
Sima/kerak lautan: lebih gelap,batuan basalt, lebih nipis 5-10
km, mudah alami perubahan, ketumpatan 2.8-3.1 g/cm, kaya
silika & besi.
Ketakselanjaran Memisahkan lapisan kerak bumi dgn mantel.
Mohorovicic
Mantel Lapisan tengah,tidak stabil,batuan likat (pepejal + cecair), zon
astenosfera-arus perolakan haba tinggi,lebih tumpat berbanding
kerak,punca perubahan kerak bumi.
Ketakselanjaran Memisahkan lapisan mantel dgn teras bumi.
Guttenberg

JENIS-JENIS BATUAN
Terdapat 3 jenis batuan iaitu :
 Igneus
 Enapan
 Metamorfik

Batuan Igenus

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1.Batuan terbentuk hasil pencairan dan pembekuan magma dalam kerak bumi
2.Batuan igneus terbahagi kepada 2 iaitu :
 Rejahan – larva yang keluar ke bumi dan beku
 Terobosan – magma yang beku di dalam kerak bumi
3.Contoh batuan igneus :
 Granit
 Obsidian
Igenus Rejahan

Igenus
Terobosan

Batuan Enapan
1.Batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil,
kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati.
2.Proses pemadatan berlaku apabila bahan enapan terkumpul secara berlapis.
3.Bahan-bahan ini akan menjadi padat akibat proses mampatan dan melekat antara satu sama lain
(SIMENTASI)

Batuan Metamorfik
1.Batuan jelmaan yang berasal dari batuan igneus dan batuan enapan.
2.Berlaku apabila kedua-dua jenis batuan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi.
3.Kesan daripada tekanan dan suhu yang tinggi, batuan berkenaan akan berubah bentuk, warna dan
komposisi mineralnya.
4.Mempunyai ciri-ciri – keras, bersinar-sinar, cantik dan berkilat.

Perbezaan Batu Igneus, Enapan dan Metamorfik

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

BATUAN UTAMA BATUAN CONTOH CIRI-CIRI


BATUAN IGNEUS Igneus Granit Cerah, kasar, asid, feldsfar, kuartza,
-pembekuan magma Rejahan mika
dlm rekahan Gabro Gelap, kasar, bes, feldsfar, piroksin,
-pembekuan olivine
permukaan bumi Igneus Basalt Gelap, halus, bes, piroksin, feldsfar,
Terobosan olivine
Obsidian Gelap, berkaca, asid, feldsfar
Pumis Cerah, berkaca, bes, feldsfar
BATUAN ENAPAN Klastik Konglomerat Kerakal, kelikir, batu tongkol
-berlapis-lapis Batu pasir pasir
Syal lempung
Kimia Batu garam halit
Batu gipsum gipsum
Organik Batu kapur Kalsit sisa haiwan
Batu arang Fosil tumbuhan
BATUAN Syis Separa kasar, batuan asal : slat, basalt, granit
METAMORFORSIS Gneis Kasar, batuan asal : granit
-btuan jelmaan Marmar Kasar, baruan asal : batu kapur
-berjalur & tidak Kuartzit Separa kasar, batuan asal : batu pasir
berjalur Batu Loh Bijian halus,batuan asal : lumpur/mud stone,
syal/siltstone
Amfibolit Bijian kasar : hornblend, plagio
batuan asal : igneus

Gambarajah Pembentukan Batuan

MAGMA
Crystalization
Melting
Melting

IGNEUS Heat & Pressure METAMORFIK

Wheatering, Wheatering,
Erosion, Deposition Deposition Heat &
Erosion Pressure

SEDIMEN ENAPAN
Compaction,
Comentation
Perbezaan Batuan Dari Segi
1.Kandungan mineral

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2.Warna
3.Struktur
4.Tekstur
5.Keasidan
6.Kekerasan
7.Ketahanan/keporosan
8.Rekahan/ira
9.Cara pembentukan

Skala Kekerasan Batu


Talcum
Gipsum
Kalsit
florit
apatit Semakin Keras
Feldspar
Kuartza
Topez
Korundum
Intan

Proses Pembentukan Muka Bumi


Ada 3 proses utama :
 Lipatan
 Sesaran
 Gunung berapi

Lipatan
1.Lipatan kerak bumi merupakan alunan yang terdapat pada batuan kerak bumi
2.Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatarr semasa proses pertembungan
antara plat-plat tektonik
3.Menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu berlipat
4.Kuasa tekanan ini membolehkan lapisan kerak bumi tertonjol di atas yang dinamakan sebagai lintap
mungkum (sinklin) dan lekuk ke bawah yang dinamakan lintap lendut (antiklin)

Sesaran

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1.Merupakan retakan pada kerak bumi apabila berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau blok
batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau menegak akibat kesan daya tegangan dan
mampatan yang bertindak terhadap lapisan kerak bumi tersebut

SESARAN

SESARAN
SONGSANG

SESARAN
RABAK

Gunung Berapi
1.Gunung berapi terbahagi kepada 3 iaitu :
 Gunung berapi aktif
 Gunung berapi pendam
 Gunung berapi mati atau tidak aktif
2.Terhasil dari batuan cair yagn berkumpul di bawah kerak bumi iaitu sekitar 80 sehingga 160 kilometer
3.Gunung berapi terbentuk apabila dua buah plat bertembung
4.Selain magma, terdapat beberapa hasilan lagi akibat dari letusan gunung berapi
 Debu halus yang kurang dari 2mm
 Lapili : bahan larva berukuran 2-64mm

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Blok : bahan larva melebihi 64mm


 Bom : bahan larva melebihi 64mm dan berbentuk bebola cair sewaktu keluar
 Pumis : serpihan kaca regolith yang berbuih dan terapung di permukaan air

POSITIF NEGATIF
Tanah yang subur dari lava bes sesuai untuk Kematian dan kemusnahan harta benda
pertanian
Sumber galian kepada logam kuprum, perak, Hujan asid dan penurunan suhu global
plumbum dan zink
Sumber tenaga geoterma di mana stim yang keluar Mengganggu sistem navigasi kapal terbang akibat
boleh menghasilkan tenaga elektrik debu tebal di atmosfera
Pelanconga, misalnya Gunung Berapi Bromo dan Aliran tanah berlumpur yang wujud ketika hujan
Semeru di Jawa Tengah Indonesia
Kemungkinan kejadian tsunami atau ombak besar.
Misalnya kejadian letusan gunung berapi Krakatoa
di Indonesia yang mewujudkan ombak besar
sehingga ke Lautan Hindi

Plat Tektonik

2.3 PROSES PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

PROSES LULUHAWA
1.Proses penyepaian, pereputan dan pemecahan batuan keapda kepingan lebih kecil di lapisan kerak
bumi
2.Melibatkan tindakbalas antara mineral dalam batuan dengan unsur iklim, suhu, air hujan, fros, angin
dan tekanan udara serta tumbuhan dan haiwan
3.Berlaku secara insitu (setempat)
4.Proses persediaan untuk berlakunya proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan
5.Proses luluhawa terbahagi kepada 3 iaitu :
 Luluhawa fizikal
 Luluhawa kimia
 Luluhawa biologi (biotik)
6.Boleh berlaku secara serentak melibatkan 2 proses luluhawa
7.Agak sukar untuk menentukan jenis proses luluhawa kerana kelihatan hampir serentak dari segi jangka
masa

Luluhawa Fizikal
 Pemecahan batuan besar kepada saiz yang lebih kecil
 Secara insitu
 Menggunakan bantuan unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan dan fros
 Melibatkan perubahan saiz dari besar keapda kecil, tidak melibatkan perubahan kimia pada batuan

Proses Dalam Luluhawa Fizikal


1.Pengelupasan
2.Pemecahan bongkah
3.Relaian bijian
4.Penghabluran garam
5.Tindakan fros
6.Pembasahan dan pengeringan
7.Pelepasan teknana

1. Pengelupasan
 Lapisan luar batu menggelupas lapisan demi lapisan
 Siang, lapisan luar cepat kembang dan panas berbanding lapisan dalam
 Malam, lapisan luar cepat sejuk dan mengecut berbanding lapisan dalam
 Proses kembang dan kecut berulang-ulang mewujudkan daya tegangan dan tekanan antara lapisan
luar dan dalam
 Akibatnya lapisan luar akan menggelupas dari jisim utama dan jatuh ke kawasan sekitar

2. Pemecahan Bongkah
 Batuan mempunyai rekahan
 Proses kembang (siang) dan kecut (malam) berulang-ulang melebarkan rekahan
 Kelama-lamaan rekahan semakin besar dan jatuh menjadi bongkah-bongkah batu yang lebih kecil

3. Relaian Bijian

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Kadar pengembangan dan pengecutan yang berbeza antara mineral mewujudkan tekanan pada
batuan
 Akibatnya butiran kecil mula terurai dari batuan asal
 Batuan yang berwarna gelap berkembang lebih cepat

4. Penghabluran Garam
 Proses kapillari menarik air bawah tanah ke permukaan bumi iaitu tersejat kerana kadar sejatan tinggi
 Ketika tersejat, butiran air bawah tanah yang bergerak dalam air bawah tanah akan tertinggal di
lapisan hampir kepada permukaan bumi
 Longgokan butiran pasir akan menghasilkan hablur garam dalam rekahan
 Penghabluran garam dalam rekahan batuan mengakibatkan batuan pecah dan terlerai

5. Tindakan Fros
 Pada musim panas, batuan yang mengalami retakan akan menakung air hujan
 Pada musim sejuk pula, air dalam takungan akan membeku dan isipadu akan bertambah 10% dari
asal
 Pencairan dan pembekuan yang berulang-ulang akan menyebabkan retakan semakin besar dan
pecah dan akan meruntuhkan batuan dalam bentuk yang lebih kecil

6. Pembasahan & Pengeringan


 Kerpasan (hujan) boleh menyebabkan batuan mengembang
 Musim kemarau menyebabkan batuan mengecut
 Pengembangan dan pengecutan yang berulang kali mewujudkan tekanan terhadap struktur batuan
lalu merekah dan terpisah dari batuan induk

7. Pelepasan Tekanan
 Batuan di bawah permukaan bumi mengalami tegasan dan mengembang sehingga pecah dalam
bentuk kepingan kerana melepaskan tekanan beban akibat proses pendedahan di permukaan bumi.
 Proses pendedahan berlaku akibat aktiviti manusia seperti tarahan bukit untuk tujuan pembangunan

8. Tindakan Akar
 Banyak terjadi di kawasan yang mempunyai banyak tumbuhan : terutama tropika
 Pembesaran akar-akar pokok di dalam rekahan menghasilkan tekanan yang kuat dan melonggarkan
struktur batuan, lalu pecah.
 Contoh , pemerhatian terhadap konkrit dan jalan raya bertar pecah akibat kehadiran akar pokok di
sekitarnya

LULUHAWA KIMIA
1.Asas kepada proses gondola
2.Batuan yang alam terdedah kepada agen kimia akan terlerai dari batuan induk
3.Kawasan tropika banyak berlaku proses luluhawa kimia disebabkan oleh suhu dan hujan yang
mempercepatkan proses tindakbalas kimia berlaku
4.Luluhawa kimia terhadap batuan terbahagi kepada 3 iaitu :
 Penkarbonatan
 Pengoksidaan
 Pembasahan

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

LULUHAWA BIOLOGI
1.Merujuk kepada luluhawa organik kerana pemecahan disebabkan oleh tumbuhan
2.Tindakan boleh berlaku dengan cara berikut ;
 Akar tumbuhan yang memasuki rekahan batuan
 Binatang yang membuat lubang atau sarang di tanah
 Aktiviti manusia seperti membuat jalan dan sebagainya

Faktor-faktor Mempengaruhi Luluhawa


 Iklim
 Biotik
 Batuan
 Struktur batuan
 Warna batu
 Kekerasan batu
 Komposisi kimia batu
 Topografi
 Masa

2.4 KAWASAN PINGGIR PANTAI DAN LEMBANGAN SUNGAI

DEFINISI PANTAI :
 Zon yang terletak di antara tikas air pasang dengan tikas air surut.
 Satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendak yang peroi seperti pasir, kulit-
kulit kerang dan siput, lumpur dan kelodak yang berasal dari laut dan sungai.

Agen Geomorfologi di Pantai


• Ombak
• Arus Pesisir
• Arus pasang surut
• Angin

OMBAK
1.Pergerakan ombak
 Pergerakan ke atas semasa damparan ombak ( swash )
 Pergerakan ke bawah semasa lurutan ombak ( backwash )
2.Ombak Pembina / Ombak Limpah (constructive waves)
 Ombak panjang yang rendah ( 6-10 kali/minit )
 Tenaga kinetik lemah
 Bahan yang dibawa tidak mampu diseret kembali ke laut.
 Menjalankan proses pemendapan
3.Ombak Pembinasa / Ombak Junam (destructive waves)
 Ombak pendek dan tinggi (12-15 kali/minit )
 Tenaga kinetik yang kuat menghempas pantai
 Menjalankan proses hakisan

Arus Pesisir

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Arus yang bergerak selari dengan garis pantai mengikut arah tiupan angin.

Faktor Mempengaruhi Geomorfologi Pinggir Pantai


• Halaju angin
• Orientasi pantai
• Kedalaman air
• Faktor geologi
• Kuantiti dan kualiti bahan
• Pertembungan arus laut dengan arus sungai ( estuari )
• Perbezaan antara tikas air pasang dengan tikas air surut air laut

Hakisan Disebabkan Ombak


Cara hakisan ombak :
• Tindakan hidraulik
• Tindakan kikisan atau geselan
• Tindakan lagaan
• Tindakan larutan

Bentuk Muka Bumi Akibat Hakisan Ombak


• Teluk
• Tanjung
• Tebing Tinggi
• Geo
• Gloup
• Gerbang Laut
• Batu Tunggul
• Tunggul Sisa

Bentuk Muka Bumi Akibat Pemendapan Ombak


• Pantai berpasir
• Beting pasir
• Permatang pasir
• Tombolo
• Lagun
• Kukup
• Tetanjung/anak tanjung

SUNGAI

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Profil Sungai

1.Pandangan dari atas bagi sebatang sungai.


2.Dibahagi kepada 3 pringkat iaitu hulu, tengah dan hilir.
3.Menjalankan aktiviti yang berlainan iaitu hakisan , pengangkutan dan pemendapan.
4.Akibat perbezaan kecerunan, isipadu air, halaju dan muatan sungai.
5.Disebabkan perbezaan isipadu air, halaju, kecerunan dan beban sedimen

Profil Rentas Sungai

1.Gambaran dari tebing sungai melalui dasar sungai ke tebing satu lagi.
2.Mempunyai bentuk yang berbeza antara hulu (bentuk V), tengah (bentuk U) dan hilir (Bentuk U lebih
landai)
3.Perbezaan disebabkan aktiviti yang berlainan iaitu hakisan, pengangkutan dan pemendapan.
4.Akibat perbezaan kecerunan,isipadu air,muatan dan hajalu air.

Tindakan Sungai
1.Hakisan
2.Pengangkutan
3.Pemendapan

Cara Hakisan
1.Tindakan Hidraul.
2.Proses Lelasan /kikisan / geselan.
3.Proses Lagaan.
4.Proses Larutan.
1. Tindakan Hidraul

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

• Melibatkan hempasan air yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan,
retakan dan lubang di tebing dan dasar sungai.
• Dipengaruhi oleh halaju air mengalir.
• Berkesan pada air mengalir deras dalam bentuk turbulen / addi di kawasan air terjun, jeram dan
lubang periuk.

2. Proses Lelasan/Kikisan/Geselan
• Geselan antara muatan sungai dan air terhadap tebing dan alur sungai.
• iaitu muatan seperti ketulan batuan kelikir dan butiran pepejal yang lebih halus.

3. Proses Lagaan
• Pengeselan atau muatan sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri semasa pengaliran air
• Ketulan batuan besar berubah kepada kumin-kumin batuan yang kecil.

4. Proses Larutan
• Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.
• Berkesan di lurah sungai di kawasan lemah atau batuan yang mudah larut seperti batu kapur
dan dolomit.

Jenis Hakisan di Sungai


1. Hakisan Menegak.
2. Hakisan Melebar./ mendatar
3. Hakisan Unduran.

1. Hakisan Menegak
• Sungai menghakis pada dasarnya .
• Dasar semakin dalam.
• Wujud lurah bentuk V
• Berkesan di kawasan hulu sungai kerana aliran laju dan isipadu kecil dan kecerunan curam

2. Hakisan Melebar/Mendatar

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

• Sungai menghakis ke arah tebing secara melebar.


• Wujud luruh bentuk U.
• Isipadu air banyak, kecerunan semakin landai dan halaju semakin kurang.

3. Hakisan Unduran
 Diperhati ikut masa geologi.
 Proses penggondolan akan meratakan dasar alur dan sungai ke arah ke belakang dan ke arah yang
lebih rendah.
 Berlaku di kawasan tanah tinggi yang menjadi punca sungai.
 Berlaku proses tawanan sungai
 Contoh : Sg. Salween di tawan Sg. Sittang di Myanmar
dan Sg Muar ditawan Sg. Pahang

Ciri Fizikal Sungai

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

1. Peringkat Hulu (Hakisan)

Gaung
• Lurah yang sangat dalam dan bentuk V
• Kawasan pergunungan dan berbukit yang cerun dasar sungainya curam.
• Halaju air tinggi.
• Upaya menghakis dasar sungai melalui hakisan mendalam.
• dibantu oleh,
- isipadu air sedikit
- jenis batuan keras dan homogen
• Contoh : Grand Canyon di lurah Sg Colorado Amerika Syarikat yang dalamnya 1.6 km .

Jeram
• Struktur batuan yang tersusun berselang seli keras dan lembut dengan kedudukan batuan keras
condong atau tegak di dasar sungai.
• Tonjolan batuan keras akan menghalang proses hakisan mendalam pada dasar sungai dan hanya
batuan lembut dihakis.
• Kadar hakisan yang tidak sama akan mengwujudkan dasar sungai yang tidak rata.
• Akibatnya aliran air akan terganggu dan berlompat-lompat ketika melalui tonjolan batuan keras
dan batuan lembut.
• Contoh : Hulu Sungai Tembeling di Pahang.
Jeram Pelagus di Sungai Rayong.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Air Terjun
• Struktur batuan keras yang tersusun secara mendatar atau condong di dasar sungai menganggu aliran
air.
• Hakisan mendalam dasar sungai hanya menghakis batuan lembut.
• Akibatnya yang tertinggal adalah batuan keras.
• Hakisan hidroul berterusan pada batuan lembut membentuk lekukan yang semakin dalam di bahagian
hadapan batuan keras.
• Oleh itu, air sungai mengalir turun dari aras yang tinggi secara tiba-tiba.
• Contoh : Air Terjun Kota Tinggi, Johor.
Air Terjun Sekayu, Terengganu.

Cara Sungai Mengangkut Bahan


1. Ampaian
2. Seretan / heretan
3. Larutan
4. Golekan
5. Lompatan

1. Ampaian : terampai semasa sungai mengalir spt tanah liat dan pasir halus.
2. Larutan : mineral di dasar dan tepi alur sungai menjadi bahan larutan spt. natrium sulfat dan
kalsium baikarbanat.
3. Lompatan : batu kecil bergerak secara lompatan yang dibawa arus air spt. batu kelikir dan batu
pasir.
4. Seretan : bongkah yang berat akan ditolak dan ditarik oleh arus air bergerak ke hadapan spt.
Batu tongkol.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

2. Peringkat Tengah (Pengangkutan)

Lubang Periuk
• Kecerunan tidak begitu curam.
• Muatan sungai yang kasar dan berat tertimbun di dasar.
• Halangan daripada muatan ini menyebabkan aliran air berputar. Akibatnya dasar terhakis ke
dalam dan wujud lubang-lubang.
• Berkesan di dasar sungai yang lemah strukturnya ( ada retakan ) di mana selain daripada
putaran eddy ,hakisan hidraul juga membantu.
• Muatan seperti batu tongkol,kerikil dan pasir turut melelas dan mengorek dasar sungai
membentuk lubang.

Susuh Bukit Berpanca/ Susuh Bukit Terpenggal


• Isipadu air banyak,halaju air semakin perlahan, kecerunan semakin landai,dan muatan sungai
bertambah.
• Dasar sungai yang semakin landai menggalakkan hakisan mendatar manakala hakisan dasar
semakin berkurangan.
• Muatan sungai akan menjalankan hakisan lelasan dan larutan di tebing sungai.
• Akibatnya terbentuk susuh bukit berpanca dan susuh bukit terpenggal semasa air mengalir
secara likuan di susuh-susuh bukit.

3. Peringkat Hilir Sungai (Pemendapan)

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Likuan Sungai
• Dasar sungai semakin landai, aliran air mengalir perlahan dan muatan semakin banyak.
• Akibatnya di kawasan batuan sejenis dan batuan lembut akan terbentuk likuan sungai spt. tanih
alivium.
• Contoh : Sungai Muda di Dataran Kedah.
Sungai Pahang di Daerah Pekan Pahang.

Dataran Banjir
• Kejadian banjir tahunan atau musim berupaya melimpah muatan aliran sungai di ke dua-dua
tebing sungai.
• Apabila banjir surut muatan sungai akan mendap di ke dua-dua tebing membentuk dataran
banjir.
• Fenomena ini berlaku berterusan dan akan meluaskan dataran banjir tersebut.
• Contoh : Dataran Kedah -Perlis dan Dataran Tanjung Karang di Selangor.

Tetambak
• Limpahan banjir besar memendap muatan sungai di atas tebing-tebing sungai selari dengan
aliran.
• Disebabkan banjir besar banyak bahan muatan dan proses pemendapan sangat giat.
• Proses pemendapan yang berterusan akan meninggikan timbunan sehingga terbentuk satu
permatang di sepanjang tebing sungai.
• Contoh di Sungai Hwang He di China dan Sungai Rhine di Jerman.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Likuan Terpenggal
• Sungai makin menunjukkan ciri-ciri likuan yang keterlaluan akibat aliran semakin berlahan dan
dasar sungai semakin cetek.
• Gabungan proses hakisan ,pengangkuatan dan penimbunan menyebabkan likuan sungai
bertambah lebar sehingga membentuk likuan terpenggal dan tasik ladam.
• Proses hakisan terutama hakisan hidraul giat berlaku di tebing cekung likuan sungai dan
pemendapan giat ditebing cembung likuan sungai.
• Proses hakisan hidraul akan berlaku di tebing cekung dua likuan akhir akan bersambung
membentuk likuan terpenggal.
• Kini sungai baru akan terbentuk dan mengalir lurus, manakala likuan asal aliran air akan
berkurangan dan membentuk tasik ladam.
• Contoh : Tasik ladam di sungai Kinabatangan

Delta
• Muatan sungai yang dimendapkan di kuala sungai dan berlaku perluasan jika berlaku
penambahan muatan sungai secara berterusan.
• Pembentukannya bergantung kepada :
 Jumlah muatan.

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

 Kekuatan ombak.
 Kejadian pasang surut.
 Tidak ada tasik di aliran sungai.
 Ada pelbagai jenis, delta muara, delta kaki burung dan delta kipas.

2.5 PENGARUH PROSES GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA

• Pelancongan – Air Terjun dan jeram.


Contoh : Air terjun Sekayu, Air Terjun Kota Tinggi.
• Perikanan air tawar – tasik ladam.
Contoh : di Sg. Kinabangan
• Pertanian – delta dan dataran banjir..
Contoh Delta Kelantan,Dataran Kedah-Perlis.
• Penjanaan Tenaga Elektrik Hidro
Contoh : Empangan Pergau, Empangan Kenyir

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like