You are on page 1of 22

PEMBENTUKAN KATA

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam
konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-
unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh
penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam
bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata
majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada
sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu
melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang
proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu.
Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau
beberapa suku kata.

Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan
awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai
perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada
Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu
dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya
dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir
sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir
secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir
di celahan kata dasar.

Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata


nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh
imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata-
contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata
nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata
kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah
apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan
peR-…-an yang membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan,
meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata
dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang
mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau
berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,
contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan
sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata
terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan
pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata
dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya
vocal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata
kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian
belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,
contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.

Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata
dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku
sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui
pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda.

PROSES PEMBENTUKAN KATA

Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk-
bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.

KATA TUNGGAL

Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggal
terbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau
lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang
imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh
diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.
(i)Kata tunggal satu suku kata

Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti
berikut:

NO. POLA   CONTOH  


1. KV ru ya yu
2. VK   am  
3. KVK bah cat dan
4. KKVK brek draf gred
5. KVKK bank seks teks
6. KKKV   skru  
7. KKKVK straw skrip Spring

(ii) Kata tunggal dua suku kata

CON
NO. POLA TOH
1. V + KV apa ela
2. V + VK air aur
3. V + KVK alas ekor
4. VK + KV abdi inti
5. VK + KVK embun indah
6. KV + V doa ria
7. KV + VK diam kuih
8. KV + KVK buku guru
9. KV + KVK mulut pukul
10. KVK + KV binti sendi

KATA TERBITAN
Kata terbitan berawalan

Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan
seperti:

BIL. AWALAN CONTOH CONTOH 


1. Kata nama    
  pe- pedagang pelari
  pel- pelajar - 
  pem- pembuat pembuka
  pen- penderma pendatang
  peng- penggubak pengganti
  Penge- pengelap pengebom
  juru- jururawat juruwang
  ke- ketua kelipat Kata terbitan berakhiran
  maha- mahasiswa maharaja
Akhiran dalam bahasa Melayu
  tata- tatacara tatatertib
hanya wujud dalam kata nama
  dwi- dwibahasa dwifungsi
terbitan dan kata kerja terbitan
2. Kata kerja    
seperti:
  me- menyikat merasa
  mem- membasuh membilang
BIL. AKHIRAN CONTOH  CONTOH
  men- mendakwa mendaki
1. Kata nama    
  meng- mengajar mengikut
  ..-ah sultanah ustazah
  menge- mengecat mengetam
  ..-an jualan pameran
  memper- memperisteri memperhamba
  ..-at muslimat hadirat
  be- berupa berasa
  ..-in hadirin muslimin
  bel- belajar belunjur
  ..-man seniman budiman
  di- dibasuh digilap
  ..-wan jutawan karyawan
  diper- diperoleh dipercepat
2. Kata kerja    
  ter- tertulis terjebak
  ..-kan naikkan bukakan
3. Kata    
  ..-i sertai duduki
adjektif
  se- semanis sesejuk
Kata terbitan berapitan
  te- terendah teringin
  ter- terbersih terbesar Apitan hanya dapat wujud dalam
kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti:

BlL. APITAN CONTOH  CONTOH


1. Kata nama    
  pe-..-an perasaan pemalsuan
  pem..-an pembalakan pembekuan
  peng..-an pengajaran pengesahan
  ke-..-an keindahan kelainan
2. Kata kerja    
  me-..-kan menaikkan memainkan
  men-..kan menjadikan mentafsirkan
  ber-..-an bermaafan bersalaman
  di-..-kan disampaikan dibukukan
  diper-..-kan diperlihatkan diperbahaskan
memper-..-
  kan memperhatikan memperlakukan
  ke-..-an kehausan kepanasan
Kata
3. adjektif    
  ke-..-an kemelayuan kecinaan

Kata terbitan bersisipan

Sisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar.

Bil. Sisipan Contoh  Contoh


1. Kata nama    
  ..-el-.. telepak telunjuk
  ..-er-.. serabut keruping
Kata
2. adjektif    
  ..-em-.. gementar semerbak
  ..-in-.. sinambung  

KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar;
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit.

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah
mantap seperti:

Contoh 1 

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk


air mata air mata
ambil alih ambil alih
meja tulis meja tulis
ketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawab
antara bangsa antarabangsa

Contoh 2

Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai


satu perkataan
antara bangsa antarabangsa
apa bila apabila
apa kala apakala
apa lagi apalagi
bagai mana bagaimana
barang kali Barangkali
beri tahu Beritahu
bumi putera Bumiputera
dari hal darihal
dari pada Daripada
duka cita Dukacita
hulu balang Hulubalang
jawatan kuasa Jawatankuasa
kaki tangan Kakitangan
ke pada Kepada
kerja sama Kerjasama
mana kala Manakala
Mata hari Matahari
olah raga Olahraga
pada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjaya
setia usaha Setiausaha
suka rela Sukarela
suruhan jaya Suruhanjaya
tanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawab
warga negara Warganegara

Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan
apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:

Kata Majmuk Apitan Ejaan


kuat kuasa peN....an Penguatkuasaan
kemas kini meN...kan Mengemaskinikan
anak tiri meN...kan Menganaktirikan
ibu bapa ke...an Keibubapaan
kuat kuasa di...kan Dikuatkuasakan
campur aduk peR...an Percampuradukan

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk
berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir.
Lihat jadual di bawah.

Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan


berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

PENGGOLONGAN KATA

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu


berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria
struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.

Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria
semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status
perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu
frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk
oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen-
konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan demikian perkataan dari sudut
binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap
konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa
ini disebut frasa-frasa utama.

Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik; tiap-tiap
satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya.
Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama,
sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu
unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama
mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang
menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang
menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan
seperti berikut:
a) FN
|
KN
|
Kedai

b) FK
|
KK
|
Berjalan

c) FA
|
KA
|
Cantik

Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur
pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur
inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah:

d) FN
|
KN
|
Sebuah kedai runcit

e) FK
|
KK
|
Sedang berjalan cepat

f) FA
|
KA
|
Masih awal sangat

Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana
inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga
golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti
bagi mana-mana frasa utama. Selain golongan ini, boleh dikelompokkan ke dalam satu
golongan kata secara kolektif, iaitu kata tugas yang bersifat heterogen.
Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat,
iaitu:

i) kata nama
ii) kata kerja
iii) kata adjektif
iv) kata tugas

KATA NAMA

Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan
yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan
orang, tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi
kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan
manusia.

Contoh:

i) kata nama khas hidup


a)manusia
- Nina, Ahmad, Raja Azlan Shah
b)bukan manusia
- Tompok, Si Belang, Comel
ii) kata nama khas tak hidup
-Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu

Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang
umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am
abstrak dan kata nama am konkrit.

Contoh:

i) kata nama am abstrak


- mimpi, roh, idaman, serapan
ii) kata nama am konkrit
- tangan, rumah, sungai, kambing

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti
nama diri. Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri
tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata
ganti nama pertama, kedua dan ketiga.

i) kata ganti nama tunjuk


- kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya
dua iaitu itu dan ini.

ii) kata ganti nama diri


- kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Terbahagi
kepada dua iaitu:
a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda, perkara atau manusia.
b) kata ganti nama diri orang
=pertama-saya, aku, beta, patik, kami dan kita
=kedua-saudara, kamu, awak, engkau, dan anda
=ketiga-ia, dia, beliau, mereka dan –nya.

Kata Kerja

Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak
transitif.

i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata
kerja transitif pasif.

Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif pasif


makan dimakan, ku makan, kau makan
mengambil diambil, ku ambil, kau ambil
menendang ditendang, ku tendang, kau tendang
melihat dilihat, saya lihat, kamu lihat
memperisteri diperisteri, kau peristeri

ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap
- bangun, tumbang, menangis, tersenyum, menjerit, terpegun, melancong.
b) kata kerja tak transitif berpelengkap
- beransur, tinggal, menjadi, ada, berbuat, berbantalkan.

Kata Adjektif

Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.
Dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna:

i) kata adjektif sifat/keadaan


- baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, kasar, nakal, sibuk, tenang, segar, tegap, berani
ii) kata adjektif warna
- putih, kuning, hijau, ungu, hitam, kelabu, biru, merah
iii) kata adjektif ukuran
- panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalam
iv) kata adjektif bentuk
- bulat, leper, bujur, lonjong

v) kata adjektif pancaindera


a) rasa- sedap, manis, lazat, masam, pahit
b) pandang- cantik, molek, hodoh, ayu, buruk
c) dengar- merdu, mersik, nyaring, bising
d) bau- harum, wangi, hapak
e) sentuh- halus, licin, keras kasar, lembut

vi) kata adjektif waktu


- segera, spontan, lewat, awal
vii) kata adjektif cara
- cepat, laju, deras, perlahan
viii) kata adjektif perasaan
- cinta, rindu, asyik, ghairah, saying, berahi
ix) kata adjktif jarak
- jauh, dekat, nyaris, hampir

Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu yang terkandung dalamnya golongan-
golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak
boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik.

Frasa nama

Kata Penjodoh
bilangan bilangan Kata nama
ramai -  penonton
dua orang askar
beberapa ekor kucing
tiap-tiap   - calon
kebanyakan  - penduduk

Frasa adjektif

Kata penguat Kata adjektif


sungguh indah
amat bahagia
paling tinggi
kurang baik

Kata tugas boleh dikenalpasti sebagai yang berikut:

i) kata hubung- dan, atau, tetapi


ii) kata seru- wah, amboi, aduh
iii) kata tanya- bila, berapa, mengapa
iv) kata perintah- sila, tolong, harap
v) kata pangkal ayat- hatta,maka, syahadan
vi) kata bantu- akan, sudah, pernah
vii) kata penguat- sangat, amat, paling
viii) kata penegas- juga, lah, tah, pun
ix) kata nafi- tidak, bukan
x) kata pemeri- ialah, adalah
xi) kata sendi nama- di, dari, dalam
xii) kata pembenar- ya, benar, betul
xiii) kata bilangan- dua, segala, beribu-ribu, masing-masing
xv) kata pembenda- …-nya
ANALISIS RENCANA

JURUTERBANG MAUT PESAWAT BERTEMBUNG DI UDARA

Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di


dalamnya. Antaranya ialah:

1.Kata nama khas tak hidup-Warsaw, Poland, Pertunjukan Udara Radom (perenggan
satu, dua dan lima).
2. Kata tugas, kata bilangan-dua buah kapal terbang (perenggan satu).
3. Kata terbitan berapitan, awalan kata kerja-berlanggar, pertunjukan, bertembung,
menyiarkan, pergerakan, dibatalkan, perlanggaran, disertai (perenggan satu, dua, tiga,
empat dan lima).
4. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-juruterbang, berkuasa, jurucakap,
memberitahu, melakukan, bersilang, dilaporkan (perenggan satu, tiga, empat dan lima).
5. Kata nama am hidup manusia-penonton (perenggan lima).
6. Kata nama khas hidup manusia-Grzegorzewski Wieslaw (perenggan tiga).
7. Kata sendi nama-di, daripada (perenggan satu, dua, lima dan enam).
8. Kata adjektif jarak-jauh (perenggan lima).
9. Kata terbitan berakhiran-rakaman (perenggan dua).
KEDAH GUNA KELEBIHAN BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI

Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di


dalamnya. Antaranya ialah:

1. Kata nama khas tak hidup-Kedah, Terengganu, Piala Malaysia, Stadium Darul
Aman, Alor Star, Langkawi, Liga Super, Piala FA, Pengerusi Pembangunan
Sukan dan Pelancongan Kedah (perenggan satu, dua dan lima).
2. Kata terbitan berapitan, apitan kata kerja-menggunakan, menumpaskan,
mengatasi, memberikan, perlawanan, percaturan, menurunkan (perenggan satu,
dua, dan lima).
3. Kata sendi nama-di (perenggan satu, dua dan lima).
4. Kata nama khas hidup manusia-Datok Othman Aziz, Mohd. Azraai Khor
Abdullah (perenggan dua dan tiga).
5. Kata adjektif terbitan, awalan kata adjektif-terbaik (perenggan dua).
6. Kata terbitan berapitan, apitan kata nama-keputusan (perenggan tiga).
7. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-jurulatih, gelaran (perenggan tiga dan
tujuh).
8. Kata hubung pancangan keterangan-sebelum, selepas (perenggan tiga dan tujuh).
9. Kata adjektif ganda, penggandaan penuh-pemain-pemain (perenggan enam).
10. Kata adjektif ganda, penggandaan separa-berhati-hati (perenggan enam).
11. Kata nama am hidup manusia-penyokong (perenggan enam).
12. Kata ganti nama ketiga-mereka (perenggan tujuh).
13. Kata ganti tunjuk-ini (perenggan tujuh).
14. Kata terbitan berawalan, awalan kata kerja-memburu (perenggan tujuh).
INSTITUT PERGURUAN IPOH, 31150,
HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN
NAMA: ROSLIZA BINTI SALLEH
KUMPULAN: KPLSPM (BM/PJ/KS)
NAMA PENSYARAH: PN. NORMAH BINTI
KAMARODZAN
TARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2007

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
kerja kursus Bahasa Melayu 2 ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan
yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada pensyarah Pn.
Normah, terima kasih diucapkan kerana banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar
tentang tugasan dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu
membantu saya, hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.

Kepada ayah dan ibu di rumah, terima kasih kerana banyak membantu dari segi
kewangan dan sokongan padu untuk saya terus berusaha dalam bidang profesion
perguruan ini. Sesungguhnya, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak
mengecewakan kedua orang tua saya. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai
seorang anak untuk membalas jasa mereka.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada teman
sebilik saya, Noor Fadhilah bt Bakri kerana telah meminjamkan komputer riba untuk saya
menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama bersengkang mata setiap malam demi
memastikan kerja kursus saya ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak. Semoga ikatan ukhwah
antara kita tetap mekar sehingga ke akhir hayat. Insyaallah. Sekian, terima kasih.
Wassalam.
-ROSLIZA-
-G1-

You might also like