You are on page 1of 7

BAB 2

METODOLOGI

2.1 Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan meliputi kawasan komersil Bandar
Sunway Seberang Jaya di Butterworth, Pulau Pinang. Kajian dijalankan bertujuan
untuk melihat corak interaksi konsumer dengan bank dalam penggunaan perbankan
internet serta beberapa pembolehubah seperti sosio-ekonomi, pekerjaan, gender dan
persepsi dalam penggunaan perbankan internet.

Kajian ini dilakukan ke atas 50 orang responden yang berada di sekitar Bandar
Sunway Seberang Jaya di Seberang Perai. Kaedah primari dan kaedah sekunder telah
digunakan dalam kajian ini untuk memperolehi pelbagai maklumat untuk
menyempurnakan kajian ini. Kedua-dua kaedah ini dugunakan untuk mendapat data
yang betul dan sumber yang boleh dipercayai bagi memperolehi maklumat sebenar
tentang faktor-faktor yang mengakibatkan corak interaksi konsumer dengan bank
dalam penggunaan perbankan internet di Pulau Pinang. Kajian kes ini juga dilakukan
di sekitar Bandar Sunway Seberang Jaya.

2.2 Lokasi Kajian

Lokasi yang dipilih untuk melakukan kajian ini adalah di sekitar Bandar Sunway
Seberang Jaya, Butterworth yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang. Walaupun
Butterworth bukan merupakan bandar utama di Pulau Pinang, tetapi bandar ini berada
24

di kedudukan yang sangat strategik. Ini adalah kerana Butterworth merupakan bandar
yang mengikatkan Pulau Pinang dengan tanah besar Semenanjung Malaysia. Ini juga
bermaksud penduduk di pulau akan melalui Butterworth apabila menggunakan
pengangkutan darat pergi ke tempat yang lain yang berada di Semenanjung Malaysia.

Butterworth bukan saja menyambungkan Pulau Pinang dengan Semenanjung


Malaysia melalui Jambatan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri di Jeti malah
mempunyai stesen keretapi yang tidak dimiliki oleh kawasan pulau. Selain itu,
Butterworth juga merupakan susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan yang paling
berdekatan dengan Pulau Pinang. Kebanyakkan penduduk dari Pulau Pinang akan
membeli-belah dan berurus dengan bank ketika di Butterworth.

Selain itu, Butterworth mempunyai pusat beli-belah yang tidak dimiliki oleh
Seberang Perai Tengah dan Selatan. Berhubungan dengan itu, didapati ramai
penduduk dari Seberang Perai Tengah dan Selatan akan mengunjungi ke Butterworth.
Kawasan komersil yang memiliki pusat membeli-belah, bank dan siber kafe di
Butterworth merupakan lokasi yang paling sesuai menjalankan kajian. Bandar Sunway
Seberang Jaya bukan saja mempunyai sebuah kompleks membeli-belah yang terbaru
di Seberang Perai (Carnival Mall) malah didapati banyak korporat perbankan telah
membuka cawangan di sekitar Bandar Sunway Seberang Jaya, misalnya Malayan
Banking Berhad, Hong Leong Bank Group, Public Bank Group, RHB, AM Bank,
Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Simpanan Nasional.

Bandar Sunway Seberang Jaya adalah satu bandar yang diwujudkan secara
terancang. Pada tahun 1990-an, projek Bandar Sunway Seberang Jaya yang
merupakan pusat komersil dan membeli-belah telah dirancang dan diusahakan oleh
The Sunway Group. Bandar Sunway Seberang Jaya terletak di tepi Lebuhraya Utara-
Selatan dan tepi Sungai Perai, Bangunan pentadbiran KWSP 1 Seberang Perai dan
perpustakaan awam negeri juga terletak di dalam Bandar Sunway Seberang Jaya.
Hotel Sunway dan kawasan lot komersil telah siap dibina pada tahun 1994, pusat
membeli-belah seperti Billion hypermarket, Parkson Groups dan Giant Groups yang
terletak dalam Carnival mall telah meningkatkan kegiatan komersil kawasan tersebut.
Selain itu, Penang International Bird Park, Sarfira Country Club dan kawasan
1
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
25

industri yang berada di sebelah Bandar Sunway Seberang Jaya telah meningkatkan
bilangan populasi yang berurusniaga di sini. Selain itu, kawasan tanah lapang di
sebelah Bandar Sunway Seberang Jaya telah dibangunkan sebagai tanah kegunaan
agama, misalnya masjid, gereja, kuil hindu, tokong Cina dan Siam boleh dijumpai
dalam kawasan tersebut.

Kawasan ini dipilih sebagai lokasi menjalankan kajian kerana kawasan ini
telah berkembang menjadi sebagai kawasan komersil perbankan yang penting dalam
Butterworth. Selain itu, faktor-faktor lain adalah Bandar Sunway Seberang Jaya
merupakan kawasan komersil perbankan yang aktif di Butterworth.

Membuat kajian di Bandar Sunway Seberang Jaya juga menjimatkan kos


perjalanan, masa dan juga tenaga kerana berdekatan dengan tempat asal pengkaji.
Keadaan ini lebih memudahkan lagi gerak kerja yang telah dilakukan tanpa
melibatkan banyak pihak yang terpaksa turut serta dalam menyempurnakan kajian ini.

2.3 Reka Bentuk Penyelidikan

Untuk menyempurnakan kajian ini, tiga peringkat utama kajian telah dilakukan.
Peringkat pertama adalah peringkat penyelidikan teoritikal, seterusnya ialah mendapat
data di lapangan dan akhirnya adalah menyusun serta menganalisis data supaya
membuat kesimpulan dari laporan yang telah diperolehi.

Penyelidikan awal telah dibuat untuk mengumpul data-data sekunder dari


bahan-bahan di perpustakaan iaitu di Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti
Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Falkuti Undang-Undang di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Sekolah Pengajian Ekonomi di Universiti Sabah
Malaysia dan bahan bacaan yang dipinjam dari pegawai eksekutif Malayan Banking
Berhad, Encik Subramaniam A/L Ramasamy. Pemerhatian juga dibuat terhadap
penemuan-penemuan terdahulu yang berkaitan dengan faktor-faktor penggunaan
perbankan internet dan corak interaksi konsumer dengan bank dalam perbankan
internet. Penelitian juga dibuat terhadap pandangan daripada pelbagai pihak mengenai
perbankan internet yang dikemukakan oleh pengkaji dalam melihat corak interaksi di
antara konsumer dengan bank serta faktor-faktornya. Penganalisaan juga dilakukan ke
26

atas sejarah, persepsi, tingkah laku, interaksi dalam penggunaan perbankan internet di
kalangan konsumer.

Peringkat kedua adalah untuk mendapatkan data primari dengan cara temubual
dan menggunakan borang soal-selidik. Memandangkan polisi BAFIA2 yang
menetapkan maklumat peribadi pelanggan adalah sulit, pensampelan rawak tidak
dapat dibuat. Responden yang berjumlah 50 orang telah dipilih dengan pensampelan
bukan kebarangkalian, iaitu pensampelan Convenience (Bailey 1987). Borang soal-
selidik yang dikumpulkan kemudian akan dianalisiskan dengan SPSS3.

Temubual juga telah diadakan dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat secara
langsung dalam pengguna perkhidmatan perbankan internet di Bandar Sunway
Seberang Jaya, iaitu konsumer yang berada di Bandar Sunway Seberang Jaya.
Maklumat juga turut diperolehi daripada pegawai eksekutif Malayan Banking Berhad,
Encik Subramaniam. Kaedah temubual ini mampu mengatasi maklumat yang tidak
dapat diperolehi dengan set borang soal-selidik yang mungkin terlalu batas.

Daripada hasil kajian yang diperolehi dari beberapa cadangan dan pandangan
telah diberikan untuk dijadikan bahan maklumat dan juga sebagai bukti kepada
pemasalahan ini yang sering diperkatakan oleh sesetengah golongan yang prihatin
terhadap masalah penggunaan ini.

2.4 Pengumpulan Data

2.4.1 Survei

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih pelbagai dan tepat, pelbagai kaedah telah
dilakukan. Kaedah utama yang digunakan adalah kaedah survei dengan menggunakan
borang soal-selidik. Terdapat 35 soalan yang dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu
A, B, C, D, E, F dan G.

2
Banking and Financial Act
3
Statistical Package For social sciences, sejenis program yang digunakan untuk menganalisis data
yang dikumpul dari responden.
27

2.4.1.1 Bahagian A: maklumat tentang latar belakang responden

Bahagian ini memiliki maklumat etnik, gender, umur, sektor serta jenis pekerjaan,
tahap poendidikan dan pendapatan responden. Maklumat tersebut adalah penting
untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang responden dan
dijadikan sebagai pembolehubah bebas dalam kajian ini. Terdapat lima soalan asas
dikemukakan dalam bentuk soalan tertutup (close-ended) dan satu soalan terbuka
(open-ended).

2.4.1.2 Bahagian B: butiran penggunaan dan pemilikan komputer dan internet

Bahagian ini adalah penting untuk mengkaji setakat mana penggunaan dan pemilikan
komputer dan internet responden. Sebanyak lima soalan dikemukakan untuk menilai
tahap penggunaan komputer dan internet di kalangan responden. Selain itu, pemilikan
komputer dan akses internet di tempat tinggal responden juga difokuskan. Soalan-
soalan dalam bahagian ini juga berbentuk tertutup (close-ended).

2.4.1.3 Bahagian C: butiran penggunaan perkhidmatan perbankan internet

Bahagian ini mempunyai enam soalan untuk mengetahui sejauhmana penggunaan


perkhidmatan perbankan internet responden. Bahagian ini mempunyai dua soalan
berbemtuk terbuka (open-ended) dan empat soalan berbentuk tertutup (close-ended).
Bahagian ini juga mengkaji kekerapan penggunaan perkhidmatan perbankan internet
di kalangan responden.

2.4.1.4 Bahagian D: faktor penggunaan perkhidmatan perbankan internet

Bahagian ini bertujuan mengetahui sebab-sebab atau faktor-faktor responden gemar


menggunakan perkhidmatan perbankan internet. Hanya satu soalan yang berbentuk
tertutup dikemukakan dalam bahagian ini.
28

2.4.1.5 Bahagian E: faktor kekurangan minat menggunakan perkhidmatan


perbankan internet

Berlainan dengan bahagian D, bahagian E ini bertujuan mengetahui sebab-sebab atau


faktor-faktor responden kurang gemar menggunakan perkhidmatan perbankan
internet. Bahagian ini juga dibentuk oleh satu soalan tertutup sahaja.

2.4.1.6 Bahagian F: kesilapan transaksi

Bahagian ini khas untuk kepada responden yang pernah menghadapi masalah
kesilapan transaksi semasa menggunakan perkhidmatan perbankan internet. Masalah
tersebut mungkin menjejaskan keyakinan responden dalam penggunaan perkhidmatan
perbankan internet. Bahagian ini dibentuk oleh enam soalan tertutup dan dua soalan
terbuka.

2.4.1.7 Bahagian G: Persepsi

Bahagian G ini bertujuan untuk mengetahui sejauhmana persepsi dan pendapat


responden terhadap perbankan internet. Bahagian ini mempunyai satu soalan terbuka,
satu soalan tertutup dan lima soalan tertutup yang dikehendaki memberi alasan.

2.4.2 Kaedah temubual

Temubual formal dengan pegawai eksekutif Malayan Banking Berhad, Encik


Subramaniam A/L Ramasamy telah dibuat untuk mengetahui tujuan korporat
perbankan mengemukakan perkhidmatan perbankan internet Temubual secara tidak
formal turut dijalankan dengan beberapa orang konsumer perbankan di kawasan
kajian untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang persepsi terhadap penggunaan
perkhidmatan perbankan.

2.4.3 Kajian kepustakaan


29

Kaedah sekunder iaitu data-data sekunder dari bahan-bahan di perpustakaan


dijalankan bermula pada bulan Ogos 2006 supaya mendapatkan maklumat secara
ilmiah dengan membuat rujukan di perpustakaan dengan merujuk tesis, buku dan
jurnal.

Data sekunder telah dirujuk dari Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti
Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Falkuti Undang-Undang di Universiti
Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Sekolah Pengajian Ekonomi di Universiti Sabah
Malaysia dan bahan bacaan yang dipinjam oleh pegawai eksekutif Malayan Banking
Berhad, Encik Subramaniam A/L Ramasamy.

2.5 Praujian

Praujian telah dibuat pada penghujung bulan Ogos 2007. Seramai enam orang
responden telah dipilih untuk praujian di mana borang soal-selidik yang telah siap
dikemaskini telah diberikan kepada mahasiswa-mahasiswi yang tinggal di Kolej Ibu
Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Tujuan utama praujian adalah untuk
memastikan responden memahami soalan-soalan dalam borang soal-selidik. Pindaan
telah dilakukan dengan tujuan untuk menambahbaik borang soal selidik.

You might also like