You are on page 1of 49

TAHUN

MELAWAT
MALAYSIA
2007.
DISEDIKAN OLEH :
SUHANIZAM.
MOHD FIKRI.
TMM 07.
• DEFINISI.

• OBJEKTIF.

• LANGKAH-LANGKAH.

• KESAN-KESAN.
Tahun Melawat Malaysia 2007
Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2007 telah dilancarkan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serentak dengan
sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.

Sebelum ini, TMM pernah dilancarkan pada tahun 1990 dan 1994. Kempen
ini bakal menjadi agenda besar dalam kalendar pelancongan negara selaras
dengan penganjurannya sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang
ke-50.

Bagi menjayakan TMM 2007, Kementerian Pelancongan dan Tourism


Malaysia memilih aspek mesra pelancong sebagai daya tarikan utama.
Tema TMM 2007 ini ialah “Malaysia Menyambut Mesra Kunjungan
Pelancong Dari Seluruh Dunia”.

Sehubungan itu, sepanjang 2006, pelbagai usaha untuk memupuk sifat


mesra pelancong bakal dilaksanakan. Mulai 1 Januari 2006, industri
pelancongan Malaysia akan tertumpu sepenuhnya kepada perancangan dan
persediaan bagi seluruh rakyat untuk menyambut tetamu dari serata dunia.
DEFINISI.
• SATU KEMPEN YANG DIJALANKAN
OLEH KERAJAAN MALAYSIA MELALUI
KEMENTERIAN KESENIAN,
KEBUDAYAAN DAN PELANCONGAN
MALAYSIA UNTUK MENARIK
PERHATIAN PARA PELANCONG
DATANG DAN MELANCONG KE
MALAYSIA.
• TMM 07 DILAKSANAKAN OLEH
KERAJAAN MALAYSIA PADA
TAHUN 2007 ADALAH
BERSEMPENA DENGAN 50
TAHUN KEMERDEKAAN
MALAYSIA.
OBJEKTIF.
• TUJUAN KERAJAAN MELAKSANAKAN
PROGRAM TMM 07 INI ADALAH
UNTUK MENAIKKAN NAMA MALAYSIA
AGAR LEBIH DIKENALI DI MATA
DUNIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA
AMAN DAN KAYA DENGAN
KAWASAN-KAWASAN
PERLANCONGAN YANG MENARIK.
• TMM 07 JUGA DIJALANKAN AGAR
DAPAT MENINGKATKAN
PENDAPATAN NEGARA DAN SECARA
TIDAK LANGSUNG DAPAT
MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA.
LANGKAH-LANGKAH.

• TERDAPAT BANYAK LANGKAH-


LANGKAH YANG TELAH DIBUAT,
ANTARANYA:

• MENYEDIAKAN PELBAGAI
AKTIVITI MENARIK
Sebanyak 1,000 acara bakal dianjurkan sehingga
penghujung tahun 2007 termasuk lima acara mega iaitu
Pameran Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia yang
akan diadakan di Selangor; The Eyes of Malaysia (“Eye
on Malaysia” merupakan feri beroda yang paling ringan di
dunia dan yang pertama seperti itu di Asia Tenggara.),
dan Pameran Pertunjukan Bunga Api di Tasik Putrajaya
dan Pertunjukan Udara Antarabangsa di Kuala Lumpur
dan Pertunjukan Jalanan di kawasan-kawasan yang
menjadi tumpuan pelancong di sekitar Kuala Lumpur
disamping 154 acara lain akan turut diadakan di negeri-
negeri di seluruh negara sebagai memeriahkan lagi TMM
2007.
“Eye on Malaysia”

“Eye on Malaysia” di bawa masuk khas oleh kerajaan


sempena kempan TMM 2007. Eye on Malaysia mula
dibuka untuk kunjungan pelawat menikmati pemandangan
udara Kuala Lumpur setinggi 60 meter dan jarak
penglihatan sejuh 20 kilometer dari 07 Januari 2007
hingga 31 Disember 2007.
Bertemakan “One Golden Celebration” pemilihan Taman
Tasik Titiwangsa sangat sesuai ditempatkan roda gergasi
tersebut kerana kedudukannya yang strategik terletak di
tengah ibu kota. Istimewanya, Malaysia merupakan negara
pertama di Asia yang membawa masuk roda gergasi ini
sempena kempen TMM 2007.
Formula Satu di Litar F1
Sepang
• Langkah kerajaan mewujudkan litar perlumbaan
F1 di negara kita seharusnya dipuji. Malaysia
sudah menjadi salah satu sirkit dalam siri
kejohanan F1 sejak tahun 1999 dan telah
menganjurkan 9 kali perlumbaan! Sejak itu,
Malaysia mula terkenal di mata dunia sekaligus
menggalakkan perkembangan dari segi ekonomi,
pelancongan dan sukan permotoran. Kejohanan
pada tahun ini pastinya lebih meriah dengan
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007!
Karnival Jualan Mega
Aktiviti membeli-belah termasuk Karnival
Jualan Mega anjuran Kementerian
Pelancongan dijadikan keutamaan kerana
kajian perbelanjaan pelancong asing
tahun lalu menunjukkan ia menjadi
penyumbang pendapatan kedua tertinggi
selepas penginapan sebanyak RM10.7
bilion.
• Bagi menjayakan TMM 2007, sebanyak
RM200 juta telah diperuntukkan oleh
kerajaan untuk aktiviti promosi disamping
memperkenalkan tiga cadangan
pengecualian cukai bagi sektor
pelancongan sebagai langkah
mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan terkemuka selain
mencapai sasaran RM44 bilion pendapatan
yang dijangka akan diperoleh kerajaan.
• Menteri Pelancongan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri
turun padang ke beberapa negara
seperti Rusia, Iran dan Indonesia
untuk mempromosikan acara ini,
pelbagai kempen khas oleh ejen
pelancongan turut diadakan di
seluruh dunia bagi menjemput
pelancong asing melawat Malaysia.
• MENGGANTI INFRASTRUKTUR
YANG TELAH ROSAK.

• MENAMBAH KEMUDAHAN YANG


KURANG.
CONTOH: TELEFON AWAM,
TEMPAT BEREHAT, TANDAS
AWAM, LAMPU PADA WAKTU
MALAM.
• Kerajaan turut mengambil langkah drastik
dengan ‘terpaksa melancarkan’ revolusi
tandas untuk menerapkan amalan menjaga
kebersihan tandas di kalangan masyarakat.
Kempen intensif terbaru itu mengandungi
lima elemen meningkatkan kesedaran
awam, mewujudkan tandas contoh,
mengetatkan penguatkuasaan, menggaji
kakitangan yang mementingkan kebersihan
dan mendidik generasi muda untuk
mematuhi piawaian kebersihan tandas.
• KERAJAAN PERLU MEMBERI
TENDER KEPADA SYARIKAT
PENYELANGGARA UNTUK
MENYENGGARA INFRASTUKTUR
DI KAWASAN TERSEBUT.
• MEMPERUNTUKKAN SEDIKIT
DANA UNTUK MEMAJUKAN DAN
MELAKUKAN PENAMBAH
BAIKKAN DI KAWASAN
PERLANCONGAN YANG TELAH
TERBIAR.
• KERAJAAN JUGA PERLU
MENGENAL PASTI KAWASAN
YANG BERPOTENSI UNTUK
DIJADIKAN KAWASAN TARIKAN
PELANCONG SERTA MEMAJUKAN
KAWASAN TERSEBUT.
• KAWASAN BERSEJARAH YANG
TELAH TERBIAR BOLEH
DIPULIHARA AGAR DAPAT
MENJADI SALAH SATU
KAWASAN TUMPUAN
PELANCONG.
• CONTOH :
KAWASAN JOHOR LAMA YANG
TELAH TERBIAR(KAWASAN
PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR
SEBELUM IA DITUKAR KEPADA
KAWASAN JOHOR BAHRU).
KESAN-KESAN.

• TERDAPAT BEBERAPA KESAN-


KESAN DARIPADA PROGRAM
TMM 07, ANTARANYA :
POSITIF.

• APABILA BILANGAN PELANCONG


YANG MELANCONG KE MALAYSIA
BERTAMBAH, ALIRAN WANG
MASUK KE DALAM NEGARA
SEMAKIN BANYAK DAN
MENJADIKAN EKOMONI NEGARA
SEMAKIN KUKUH.
“Terbukti industri pelancongan mampu
memberi pulangan yang baik kepada
negara dimana negara telah mencatat
perolehan sebanyak RM25,781.1 juta pada
tahun 2002; RM21,291.1 juta (2003);
RM29,651.4 juta (2004) manakala
RM31,954.1 juta diperoleh pada 2005 “
• APABILA PELANCONG ASING
MASUK KE NEGARA, MEREKA
PERLU MENUKAR MATA WANG
NEGARA MEREKA KEPADA MATA
WANG MALAYSIA UNTUK
MELANCONG DAN BERBELANJA
DI MALAYSIA. INI AKAN
MENYEBABKAN NILAI MATA
WANG NEGARA AKAN SEMAKIN
KUKUH.
“Malah kedatangan lebih 50,000 pelancong ke
negara ini pada 1 Jan lepas bagai memberi tanda
awal bahawa matlamat untuk menarik 20.1 juta
pelancong ke negara ini beserta dengan tukaran
wang asing RM44.5 bilion dapat dicapai.”
• NEGARA AKAN DIKENALI
SEBAGAI NEGARA YANG
MEMPUNYAI DESTINASI
PELANCONGAN YANG MENARIK.
• PENGANGGURAN TEGAR DI NEGARA
AKAN BERKURANGAN KERANA LEBIH
BANYAK PELUANG PEKERJAAN
DAPAT DISEDIAKAN.LEBIH 451,000
PELUANG PEKERJAAN TELAH WUJUD.
NEGATIF.

• RAKYAT MALAYSIA AKAN


TERPENGARUH DENGAN GAYA
DAN BUDAYA YANG DIBAWA
OLEH PELANCONG ASING KE
DALAM NEGARA INI KETIKA
SEDANG MELANCONG.
• PELANCONG YANG DATANG DAN
MENYALAHGUNAKAN VISA ATAS
DASAR PERLANCONGAN UNTUK
MELAKUKAN KEGIATAN TIDAK
BERMORAL SEPERTI MENJADI
GRO, PELACUR DIPUSAT-PUSAT
HIBURAN. CONTOH: PELANCONG
CHINA DAN NYAMMAR.
• AKTIVITI PERJUDIAN DAN PESTA
ARAK SEMAKIN BERTAMBAH
KERANA KEBANYAKKAN
PELANCONG ASING GEMAR
BERJUDI DAN MEMINUM ARAK
AKAN MEMYEBABKAN AKTIVITI
TIDAK BERMORAL ITU
MENCACATKAN IMEJ NEGARA.
Soalan
Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]
minta Menteri Pelancongan menyatakan
adakah sewaan RM30 juta “Eye On
Malaysia” mampu menjana pulangan balik
kepada sektor pelancongan negara.
Jawapan
Timbalan Menteri Pelancongan [Dato' Donald Lim Siang
Chai]: Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan kejayaan
Tahun Melawat Malaysia 2007 Kementerian Pelancongan
telah merancang untuk mengadakan lebih dari 240 acara
sepanjang tahun 2007 sempena Tahun Melawat Malaysia.
‘Eye On Malaysia' adalah merupakan salah satu cara dan
tarikan baru yang dibawa khas oleh Kementerian
Pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Dengan kos sewaan sebanyak RM30 juta bagi tempoh satu
tahun jumlah ini telah dianggap berbaloi kerana sektor
pelancongan negara hanya akan mampu berkembang
dengan adanya produk-produk pelancongan yang mampu
menarik minat para pelancong asing datang ke Malaysia,
sudah pasti terdapat penambahan peluang-peluang
pekerjaan dalam bidang-bidang berkaitan pelancongan dan
sekali gus membantu menjana ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, ‘Eye On Malaysia' yang
telah bermula beroperasi pada 7 Januari 2007
dan akan diteruskan sehingga akhir tahun
2007 telah menerima purata pengunjung
seramai 1,500 hingga 3,000 orang pada setiap
hari Isnin hingga Jumaat dan jumlah ini boleh
mencecah melebihi 7,000 orang pada hujung
minggu dan juga cuti umum. Jumlah
keseluruhan sehingga 26 Mac 2007 adalah
seramai 326,393 orang.
Daripada jumlah tersebut adalah dianggarkan
sebanyak 20% merupakan pelancong asing.

.
Timbalan
Jadi pulangan balik untuk negara kita itu banyak bergantung kepada
berapa lama pelawat-pelawat ini akan tinggal di sini. Lagi lama dia
tinggal di sini dia akan membabitkan perbelanjaan hotel, makanan
dan sebagainya. Jadi ada atau tidak statistik daripada pihak
kementerian yang menunjukkan tentang jangkaan ini. Maknanya dia
mula berhajat hendak tinggal di Malaysia lima hari. Tetapi oleh
kerana banyak acara dengan Eye On Malaysia ini pula mereka
membuat keputusan baru untuk tinggal lagi lama. Ada atau tidak
kajian ini? kalau ada, adakah ini nanti akan memberi pulangan baik
yang akan melonjakkan sedikit ekonomi negara kita. Terima kasih.
Eye On Malaysia - 20% sahaja pengunjung, daripada 2 ribu hanya
200 orang sahaja setiap hari. Jadi bolehkah Yang Berhormat
terangkan apakah usaha yang lebih berkesan untuk
mempertingkatkan usaha di pintu-pintu masuk ke Malaysia
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya
memang sokong kerana saya ada dua lambang sini pun sokong Tahun Melawat
Malaysia 2007 di sini kerana ini satu yang cantik sekalilah. Bolehkah daripada
RM30 juta sewaan ini purata saya kira lebih 2 ribu pengunjung setiap hari.
Daripada ini adakah pada akhir tahun ini kita akan dapat RM30 juta untuk
sewaan.
Walaupun ada Eye On Malaysia dan sebagainya bukankah ini berkaitan dengan
pelancongan. Saya nampak di Johor, usaha untuk mempertingkatkan bilangan
pengunjung dari Singapura itu tidak begitu hebat. Sekarang adakah kita akan
ada feri, laluan kedua nampaknya masih tidak banyak menggunakan laluan
kedua dan sebagainya dan termasuk pintu-pintu masuk di situ. Saya ingat masa
dan kemudahan untuk mempercepatkan proses imigrasi dan sebagainya itu
perlu dipertingkatkan kerana di situlah kita dapat lebih ramai pelancong bukan di
mana-mana tempat.
Dato' Donald Lim Siang Chai: Terima kasih
Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Untuk
makluman Yang Berhormat memang terdapat
pelancong asing yang datang ke Malaysia ini.
Mereka telah duduk di negara kita dan
peningkatannya itu dari 6.2 hari ke 7 hari 7
malam untuk tahun 2006 dan kita harap angka
ini boleh dinaikkan lagi.
Untuk makluman Yang Berhormat juga,
pelancong asing yang datang ke negara kita
pada bulan Januari dan Februari untuk tahun
ini adalah berjumlah 3,101,691 orang kalau
dibandingkan dengan masa yang sama pada
tahun 2006 terdapat peningkatan 9.3% sekian..
Jadi pulangan balik untuk negara kita itu banyak
bergantung kepada berapa lama pelawat-pelawat ini
akan tinggal di sini. Lagi lama dia tinggal di sini dia akan
membabitkan perbelanjaan hotel, makanan dan
sebagainya. Jadi ada atau tidak statistik daripada pihak
kementerian yang menunjukkan tentang jangkaan ini.
Maknanya dia mula berhajat hendak tinggal di Malaysia
lima hari. Tetapi oleh kerana banyak acara dengan Eye
On Malaysia ini pula mereka membuat keputusan baru
untuk tinggal lagi lama. Ada atau tidak kajian ini? kalau
ada, adakah ini nanti akan memberi pulangan baik yang
akan melonjakkan sedikit ekonomi negara kita. Terima
kasih.
Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat jika panjang jawapan
boleh buat secara bertulis.
Dato' Donald Lim Siang Chai: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong,
selalu pertanyaan pun pusing-pusing. Untuk maklumat Yang Berhormat, tahun
lepas tahun 2006 kita dapat kunjungan pelawat asing sejumlah 17.5 juta
pelancong asing dan jumlah pendapatan wang asing sejumlah RM36.2 bilion
dan sasaran tahun ini ialah kita ingin mendapat pelancong asing sejumlah 20.1
juta dan wang asing itu kita harap dapat RM40.5 bilion. Jumlah ini besar dan
kita memang jalankan promosi dan kempen supaya pelancong asing boleh
datang ke Malaysia.
Memang kita jalankan program-program dan promosi kita, tetapi juga kita pun
menghadapi masalah-masalah seperti banjir di Johor, bom-bom yang berlaku
di Selatan Thailand dan juga laporan-laporan yang negatif kadang-kadang
datang dari Kepong yang kurang baik untuk kita dipromosikan pelancongan
kita.
- MCA Online -
Anda ingin kemukakan :
Soalan, pendapat, idea, usul,
maklumat terkini, rujukan,
cadangan, pengalaman sendiri &
yang berkaitan dengan “TAHUN
MELAWAT MALAYSIA 2007”
untuk infomasi rakan-rakan
anda?.
PERGILAH
MELANCONG,
SEGALA-GALANYA
ADA DI MALAYSIA.
SESI PERBINCANGAN
TAMAT.

You might also like