You are on page 1of 12

N

I
T
E
L
BU
OS
G
O
I
ME
i 31
Edis

Majlis
Penyampaian
Diploma
Eksekutif

Salah seorang graduan yang diraikan ialah


Ybhg. Tn. Hj. Rasman B Ithnain, ADUN Mersing,
yang telah bergraduat dengan jayanya dan
kini menjadi alumni UTMSPACE. Beliau berasa
bersyukur kerana telah berjaya menamatkan
pengajian dengan cemerlang melalui Program
Eksekutif UTMSPACE. Beliau turut menyatakan
penghargaan kepada UTMSPACE kerana
memberi peluang kepada golongan yang
tidak berkesempatan untuk melanjutkan
pengajian sebelum ini disebabkan kekangan
tanggungjawab kepada keluarga.
Pada tarikh 6 Mei 2014, UTMSPACE telah meraikan
721 graduan dari program Eksekutif dalam satu
Majlis Penyampaian Diploma. Majlis diadakan di
Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai bersempena Konvokesyen UTM kali ke-52.
Penganugerahan yang diberikan adalah untuk
graduan dari Program Eksekutif dan Diploma
Profesional bagi tahun 2013. Wakil dari 21 Pusat
Pengurusan Program UTMSPACE juga turut dijemput
dalam sesi penyampaian ini.
Y.Bhg Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga
Pengarah UTM dan UTMSPACE, telah berbesar
hati untuk menyampaikan diploma kepada para
graduan. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh Prof.
Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Naib-Canselor UTM dan Prof.
Dr. Khairul Anuar B. Abdullah, Dekan UTMSPACE,
serta ahli-ahli akademik yang lain.

Beliau turut berbangga kerana dengan usaha


gigihnya, beliau berjaya graduat walaupun
sentiasa dihimpit kesibukan selaku seorang
wakil rakyat yang perlu menjaga kebajikan
hampir 24,000 penduduk di kawasan Sedili.

Pada 12 Jun 2014, buat julung-julung kalinya


UTMSPACE
mengadakan
perlawanan
persahabatan futsal dengan Kelab Media
Johor. Perlawanan ini berlangsung di Daiman
Sport Complex, Taman Sri Skudai dengan
disertai oleh 3 pasukan Media, 2 pasukan
UTMSPACE Kuala Lumpur dan 2 pasukan
UTMSPACE Johor Bahru.
Acara dimulakan pada jam 8 malam
dengan pengundian bagi menentukan
permainan secara liga kumpulan A
dan B. Pada peringkat separuh akhir,
untuk kumpulan A, UTMSPACE KL B
telah bertembung dengan pasukan
UTMSPACE KL A, manakala bagi kumpulan
B, pasukan UTMSPACE JB bertemu pasukan
MEDIA A. Pada permainan akhir, Pasukan
Media A telah bertemu dengan pasukan
UTMSPACE KL A.
Juara perlawanan menerima wang tunai
berjumlah RM500, piala pusingan dan
medal bagi setiap ahli pasukan. Manakala
tempat kedua menerima wang tunai
RM300 dan medal. Bagi tempat ketiga
pula, pemenang menerima wang tunai
RM200 beserta medal.

Futsal
Media
Friendly
2014

kerjasama
dengan
penuh
semangat kesukanan.
Pihak UTMSPACE mengucapkan ribuan terima
kasih kepada En. Raja Jaafar B Raja Ali, selaku Naib
Pengerusi Kelab Media Johor yang turut hadir dan
mengambil bahagian dalam permainan futsal ini.
Selain itu, ucapan terima kasih turut dirakamkan
atas kehadiran para wartawan daripada Utusan
Malaysia, Kumpulan Berita Harian, Media Prima,
Sinar Harian dan lain-lain yang terlibat. Harapan
kami pada tahun hadapan, pertandingan Futsal
Media Friendly ini akan diadakan sekali lagi
dengan lebih meriah dan seterusnya merapatkan
lagi hubungan erat antara UTMSPACE dan pihak
media Johor.

Pasukan Media telah berjaya menduduki


tempat pertama. Manakala Pasukan
UTMSPACE KL A mendapat tempat kedua
dan UTMSPACE KL B mendapat tempat
ketiga. Tahniah diucapkan kepada
semua pasukan yang telah memberikan

Majlis
Anugerah
Dekan dan
Hadiah
UTMSPACE

Tarikh 24 Mei 2014, sempena Konvokesyen ke-52


Universiti Teknologi Malaysia, UTMSPACE sekali lagi
meraikan graduannya melalui Majlis Anugerah
Dekan dan Hadiah UTMSPACE. Ia diadakan untuk
memberi penghargaan kepada graduan yang
meraih kejayaan cemerlang dalam pengajian.
Seramai 68 orang penerima anugerah yang diraikan
dalam majlis ini yang diadakan di Perpustakaan Raja
Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Para graduan telah
menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500, dan
baju batik sutera/jam tangan setiap seorang.
Menurut Profesor Dr Khairul Anuar B. Abdullah,
Dekan UTMSPACE, pada Majlis Konvokesyen ke-52
UTM ini, seramai 559 graduan Pengajian Separuh
Masa layak dianugerahkan. Seramai 21 graduan
menerima Hadiah Akademik UTMSPACE atas
kejayaan mendapat Kelas Pertama. Turut diraikan

ialah Penerima Anugerah Dekan seramai 68


graduan yang telah mendapat PNGK 3.50 dan
ke atas.
UTMSPACE berbesar hati memberikan Hadiah
UTMSPACE kepada graduan bagi kategori
Veteran, Suami/Isteri dan Adik-beradik yang
telah sama-sama berjaya bergraduat dalam
konvokesyen kali ke-52 UTM ini. Sejak 21 tahun
penubuhannya, UTMSPACE telah melahirkan
seramai lebih 13,000 orang graduan dalam
pelbagai bidang menerusi Program Pengajian
Separuh Masa ini yang seterusnya telah terbukti
menjadi pemangkin kemajuan negara sebagai
modal insan yang berkualiti dan berguna.
Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE
diwujudkan secara khusus bagi menyampaikan
rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada
para graduan yang telah gigih berusaha
meningkatkan pengetahuan demi kemajuan
diri dan kerjaya mereka pada masa akan
datang. Bukanlah suatu usaha yang mudah
untuk mencapai kejayaan seperti ini. Semestinya
kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah
hasil pelbagai pengorbanan dan komitmen
yang jitu daripada para graduan dan keluarga
mereka.

Pendaftaran
Mahasiswa
Baru Program
Sarjana Muda

kepada pelajar berinteraksi secara langsung


dengan tenaga pengajar.

Pada 6 September 2014, sesi pendaftaran pelajar


baru Program Sarjana Muda Separuh Masa
UTMSPACE telah berlangsung. Sesi Pendaftaran
telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti
Teknologi Malaysia Johor Bahru dari jam 8.00 pagi
sehingga 5 petang. Seramai 607 orang pelajar telah
datang mendaftar dari keseluruhan jumlah 1007
orang calon yang telah ditawarkan tempat.
Pelajar hadir dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak untuk mengikuti program
sarjana muda pengajian separuh masa UTMSPACE
bagi sesi September 2014/2015. Sebanyak 24
program ditawarkan bagi kemasukan September
2014 di 10 pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.
Antara pusat pembelajaran tersebut ialah di Johor
Bahru, Kuala Lumpur, Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri
(Sarawak), dan Kerteh (Terengganu). Program yang
ditawarkan terbuka kepada pelajar dewasa yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan
dan usia, serta mereka yang ingin meningkatkan
pencapaian dalam kerjaya masing-masing.
Majlis pendaftaran pelajar baru telah dirasmikan
oleh YB Prof. Dr. Khairul Anuar Bin Abdullah selaku
Pengarah Urusan/ Dekan UTMSPACE. Pada sesi
petang, sesi taklimat berkenaan Pengajaran &
Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa
& Sesi Soal Jawab juga telah disampaikan oleh
Pengarah Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE,
Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli b. Mohd Yunus.
UTMSPACE mempunyai satu sistem akademik yang
unik dan tidak seperti program jarak jauh (PJJ)
di universiti lain kerana ia menawarkan program
pengajian separuh masa yang memerlukan
pelajar mengikuti kuliah secara bersemuka dengan
pensyarah UTM, sama seperti pelajar sepenuh
masa. Apa yang membezakan program ini ialah,
kuliah diadakan pada hujung minggu. Kuliah ini
turut diadakan di 17 pusat pembelajaran UTMSPACE
seluruh negara dan bertujuan memberi peluang

Objektif program pengajian ini adalah untuk


melahirkan ahli teknologi dan golongan
profesional yang kreatif sebagai memenuhi
kehendak
pasaran.
Pensyarah
yang
mengendalikan program ini terdiri daripada
mereka yang berpengalaman luas dan sudah
mengikuti kursus sebelum layak menjadi tenaga
pengajar untuk golongan pekerja dewasa
dalam program pengajian separuh masa
sarjana muda ini.
Program ini adalah satu laluan kepada golongan
orang lama yang bekerja, sama ada lepasan
Diploma mahupun lulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) kerana golongan ini sebenarnya lebih
memahami dan menguasai ilmu pembelajaran
dengan lebih baik berbanding pelajar biasa
kerana mereka mempunyai pengalaman yang
luas melalui pendedahan semasa berada
dalam dunia pekerjaan.
Selain bilangan jam kuliah yang sama dengan
pelajar sepenuh masa, pelajar-pelajar di
UTMSPACE juga turut mengambil kertas
peperiksaan sama yang dijalankan secara
serentak dengan semua pelajar kursus sepenuh
masa di UTM. Oleh itu, kualiti sijil akademik yang
dimiliki mereka adalah sama dengan pelajar
perdana selepas menamatkan pengajian
dan kerana itulah program ijazah kejuruteraan
UTMSPACE adalah satu-satunya program ijazah
kejuruteraan separuh masa yang diiktiraf oleh
Lembaga Jurutera Malaysia. Program sarjana
muda ini ditawarkan sebanyak 2 kali setahun.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di
www.utmspace.edu.my.
UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada
semua pelajar baru yang berjaya mendaftar
dan selamat maju jaya dalam mengharungi
cabaran sebagai mahasiswa.

Ekspedisi
Menjejak
Puncak
Gunung
Panti

KESUKEB Johor telah menganjurkan Ekspedisi


Menjejak Puncak Gunung Panti pada 10 Mei
2014. Hampir kesemua warga UTMSPACE
melibatkan diri dalam program ini. Gunung
Panti setinggi 1684 kaki terletak di Kota Tinggi,
Johor Bahru.
Dengan bekalan latihan stamina selama
sebulan, para peserta ekspedisi berjaya
menempuhi segala halangan dan rintangan
sepanjang pendakian. Terima kasih diucapkan
kepada semua warga UTMSPACE yang
mengambil bahagian.

Pasukan SJFC (Space Johor Football Club) telah


menghadiahkan sehelai jersi pasukan kepada Pengarah
Urusan / Dekan UTMSPACE, Yang Berbahagia Prof. Dr.
Khairul Anuar Abdullah. Jersi tersebut telah diserahkan
kepada beliau pada 9 Jun 2014.
Secara rasminya, jersi ini telah dipakai oleh para pemain
pada program Futsal Media Friendly bertarikh 12 Jun 2014.

Penyerahan

Jersi
Pasukan
SJFC

Terima kasih kerana menyokong pasukan SJFC. Sokongan


anda pembakar semangat pasukan SJFC.
SPACE Johor Football Club
Football is not an instant success

Jika berminat untuk mengadakan


perlawanan persahabatan boleh
hubungi:
Shahrul Nizam
Khalidi

012 723 1047


017 723 2395

PRINT

LIMITED TIME

OFFER!

A4 COLOR

with A4 SIMILI 80 gsm

RM

0.60
sen

PROMOTION ENDS 31 DEC 2014

PRINT

LIMITED TIME

OFFER!

A3 COLOR

with A4 SIMILI 80 gsm

RM

1.20
sen

PROMOTION
PROMO
TION ENDS 31 DEC 2014

LIMITED TIME

OFFER!

LAMINATION
for A4 SIMILI 80 gsm

RM

0.70
sen
PROMOTION
PROMO
TION ENDS 31 DEC 2014

LIMITED TIME

OFFER!

PASSPORT
PHOTOSHOOT

RM

10
PROMOTION ENDS 31 DEC 2014

with 8 pcs pictures

10

11

Fotografi

Fotografi Graduasi

Fotografi
Keluarga/Bayi

Fotografi Produk/
Talent/Makeover

TV Media Slide

Rekaan Grafik

PEJABAT

spacevectorstudio

07 521 8144
07 521 7129

FARHAN

0183677983
fkhair@
utmspace.edu.my

Fotografi Korporat

Video Korporat

Rekaan Laporan
Tahunan/
Profil SYarikat

HILMI

NAZRI

013 6454905

0137902097

syed@
utmspace.edu.m y

nazrisayuti @
utmspace.edu.m y

You might also like