You are on page 1of 8

April

Januari - disi 30
E

Pendaftaran
Mahasiswa Baru
IJAZAH Sarjana Muda
PROGRAM Separuh Masa
(Kemasukan Februari
2014/2015)

UTMSPACE
telah
mengadakan
satu
sesi pendaftaran mahasiswa baru bagi
kemasukan Program Sarjana Muda Separuh
Masa pada hari Sabtu, 25 Januari 2014. Sesi
pendaftaran ini telah diadakan di Blok N24,
Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seramai 500 orang mahasiswa telah datang
mendaftar daripada keseluruhan jumlah
776 orang calon yang mendapat tawaran.
Mahasiswa yang hadir mendaftar berasal
dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak untuk mengikuti Program Sarjana
Muda, Pengajian Separuh Masa UTMSPACE
(Sesi Februari 2014/2015).

Sebanyak 14 program telah ditawarkan


bagi semester Februari 2014 di semua 18
pusat pembelajaran UTMSPACE seluruh
Malaysia. Pusat pembelajaran UTMSPACE ini
termasuklah di Johor Bahru, Kuala Lumpur,
Kota Bharu, Pulau Pinang, Miri (Sarawak) dan
Kerteh (Terengganu). Program-program ini
ditawarkan kepada pekerja dewasa yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang
dan usia, juga kepada mereka yang
inginkan kemajuan dalam kerjaya.

Majlis pendaftaran mahasiswa baru ini


telah dirasmikan oleh YBhg Prof Madya
Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus selaku
Pengarah Program Pengajian Separuh
Masa, UTMSPACE. Pada sebelah petang,
taklimat Pengajaran & Pembelajaran
Program Pengajian Separuh Masa beserta
Sesi Soal Jawab telah diadakan. Mahasiswa
baru diberi pendedahan terhadap program
yang berkenaan dan diberi peluang untuk
bertanyakan soalan kepada Pengarah
Program
Pengajian
Separuh
Masa,
UTMSPACE.
Program Sarjana Muda ini ditawarkan
sebanyak dua kali setahun (bulan Februari
& September) dan permohonan boleh
dibuat secara online di www.utmspace.edu.
my. UTMSPACE mengucapkan tahniah dan
selamat maju jaya.

Lawatan
Naib Canselor UTM
ke UTMSPACE

Bagi membuka tirai kalendar tahun baru 2014,


UTMSPACE berbesar hati menyambut kedatangan
YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar, Naib Canselor
Universiti Teknologi Malaysia ke UTMSPACE, Johor
Bahru. Kehadiran Naib Canselor ke UTMSPACE
adalah satu penghormatan bagi semua staf. Ia juga
memberi peluang kepada pihak pengurusan dan
staf UTMSPACE untuk bertemu dan beramah mesra
dengan beliau.
YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar tiba di perkarangan
UTMSPACE pada jam 2.30 petang. Beliau disambut
oleh Pengarah Urusan merangkap Dekan UTMSPACE,
Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bersama dengan
pihak pengurusan yang lain.

mempraktikkan
budaya
korporat
berikutan pengkorporatan UTMSPACE
pada tahun 2011 dan boleh dijadikan
contoh yang baik kepada staf Universiti
Teknologi Malaysia yang lain.
Majlis diakhiri dengan jamuan minum
petang bersama semua staf pengurusan
UTMSPACE.

Majlis perjumpaan diadakan di Bilik Mesyuarat


Utama UTMSPACE dan dimulakan dengan ucapan
aluan oleh YBhg Dekan. Beliau berkongsi maklumat
dan video tentang pelbagai acara menarik yang
telah dilaksanakan oleh UTMSPACE sepanjang tahun
2013.
Selain daripada itu, YBhg Prof Ir Dr Wahid bin Omar
turut menyampaikan ucapan serta amanat beliau
untuk UTMSPACE. Beliau berharap agar UTMSPACE
terus meningkatkan pendapatan bersih yang lebih
tinggi pada tahun 2014 dan juga pada tahun yang
mendatang.
YBhg Naib Canselor juga turut menekankan bahawa
UTMSPACE perlu tampil menjadi global player
dan mampu membawa imej Universiti Teknologi
Malaysia ke aras yang lebih tinggi dalam bidang
pendidikan sepanjang hayat. Beliau menegaskan
bahawa pihak pengurusan dan staf UTMSPACE

Majlis Sambutan
Maulidur Rasul
1435H

UTMSPACE telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur


Rasul 1435H pada 27 Februari 2014. Semua staf telah
menghadirkan diri ke bilik seminar UTMSPACE untuk
mendengar ceramah yang bertajuk Cinta Nabi tidak
Bermusim. Ceramah ini disampaikan oleh Prof. Dr.
Badlihisham bin Mohd Nasir daripada Universiti Teknologi
Malaysia.
Majlis anjuran KESUKEB Johor ini bermula jam 9.00 pagi.
Selain daripada banyak input ilmiah yang diterapkan,
Prof. Dr. Badlihisham juga telah menceritakan keadaan
semasa yang berkait dengan zaman Nabi. Satu sesi
soal jawab telah diadakan dan bagi sesiapa yang
bertanyakan soalan telah menerima hadiah cenderahati
daripada UTMSPACE.

Piala Futsal iM4U


Standard
Chartered

Pasukan futsal SJFC (Space Johor Football


Club) telah menyertai perlawanan Piala Futsal
iM4U yang dianjurkan oleh Standard Chartered.
Perlawanan ini telah diadakan pada 28 Februari
2014, bertempat di Millenium Sport Centre,
Taman Tun Aminah, Johor Bahru.
Sebanyak 60 pasukan sekitar Johor Bahru
telah menyertai perlawanan ini. Pada akhir
perlawanan, pasukan futsal Space Johor
telah dikategorikan dalam 10 pasukan terbaik
peringkat zon Johor.
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :
Kumpulan D
Space Johor

31

Kangkar Pulai Members

Space Johor

21

Senandung Merah

Space Johor

42

Sekolah Sukan Johor B

* Pasukan Space Johor telah menjuarai peringkat kumpulan D


Pusingan Kedua
Space Johor

2 0

Politeknik Johor Bahru

Suku Akhir
Space Johor

03

Sekolah Sukan Johor A

Pasukan Space Johor tewas di peringkat suku akhir kepada pasukan Sekolah Sukan Johor A.
Ucapan terima kasih diberikan kepada semua staf dan keluarga yang hadir memberikan
sokongan.

Program Clean
& Green

Pada tarikh 7 April 2014, seramai 30 pengikut


(followers) media sosial UTMSPACE yang bertuah
telah dibawa ke Pulau Tinggi, Mersing. Program ini
dianjurkan oleh pasukan Media Sosial UTMSPACE.
Dengan bertemakan Clean and Green, acara
ini telah dijayakan dengan kerjasama 45 orang
peserta.
Program Clean and Green telah berjalan selama
2 hari 1 malam, bermula dari 5 April hingga 6 April
2014. Seramai 23 orang peserta dari Kuala Lumpur
dan 22 orang peserta termasuk sekretariat dari
UTMSPACE Johor Bahru. Program ini bertujuan
untuk memberi penghargaan kepada peminat
media sosial UTMSPACE yang banyak memberi
sokongan
dalam
program-program
yang
dipromosikan di tiga saluran media sosial seperti
Facebook, Instagram dan Twitter.
Acara dimulakan dengan sesi pengenalan para
peserta pada jam 3 petang selepas semua
peserta telah mendaftar masuk ke Chalet Tok Mok.
Para peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan ditugaskan untuk membersihkan
kawasan pesisiran pantai. Acara pembersihan
pantai turut disertai oleh Ketua Kampung Pulau
Tinggi dan kakitangan Taman Laut Iskandar, yang
juga bertindak sebagai pengurus acara program
ini.
Selain daripada pembersihan pantai, pihak
UTMSPACE turut menaja 3 tong kitar semula untuk
diletakkan di Pulau Tinggi sebagai tanda ingatan
bagi Program Clean and Green. Selain daripada
itu, acara sukaneka turut dijalankan bagi
mengeratkan lagi silaturrahim sesama peserta.

Pada sebelah malam, para peserta disajikan


dengan hidangan ala BBQ.
Acara jungle trekking dan snorkeling telah
dijalankan di sekitar kawasan Pulau Tinggi bagi
menutup program Clean and Green. Para
peserta dibahagikan kepada dua kumpulan
supaya setiap peserta dapat merasai
pengalaman di kedua-dua acara tersebut.
Semua peserta berpuas hati dengan program
yang telah dijalankan dan berharap agar
pihak UTMSPACE akan sentiasa mengadakan
program bersama di masa depan.

Hari Terbuka
UTMSPACE 2014

Pada 13 April 2014, UTMSPACE telah


mengadakan Hari Terbuka bertempat di
Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur. Program bermula dari jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang di ruang legar utama.

dengan pensyarah. Ini dapat meningkatkan


tahap pemahaman pelajaran. Bagi pelajar
yang mempunyai pengalaman bekerja,
mereka boleh berkongsi pengalaman kerja
bersama dengan pelajar lain.

Bersesuaian dengan cogan kata UTMSPACE


Learning is a journey, Experience it with
UTMSPACE,
UTMSPACE
menawarkan
khidmat rundingan program, pendaftaran
dan yuran pendaftaran percuma, tertakluk
kepada terma dan syarat. Hari Terbuka
ini menawarkan pelbagai kursus seperti,
Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma
Eksekutif Pembinaan, Seminar Tempatan
/ Antarabangsa dan Program Bahasa
Inggeris.

Program yang ditawarkan oleh UTMSPACE


mendapat pengiktirafan daripada badanbadan profesional. Tahap kualiti sijil akademik
yang dimiliki oleh pelajar adalah setaraf
dengan program perdana yang ditawarkan
olehUniversiti Teknologi Malaysia.

Tujuan Hari Tebuka ini diadakan adalah untuk


membuka peluang kepada pengunjung
luar, tidak mengira umur mahupun sudah
bekerja untuk menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Dengan jadual
kursus yang disediakan lebih fleksibel, ini
dapat memudahkan individu yang berminat
untuk meneruskan pelajaran walaupun
sudah bekerja.
Antara kebaikan bagi pelajar yang
mendaftar dengan UTMSPACE adalah
pelajar dapat bersemuka secara terus

Terdapat 6 kaunter yang terlibat iaitu Kaunter


Media Sosial, Bahagian Pembangunan
Profesional, Kolej Space Kaunter Khidmat
Pelanggan, Program Kerjasama dan Program
Eksekutif. Setiap kaunter menyediakan khidmat
nasihat program dan pelbagai aktiviti menarik
dan hadiah percuma disediakan untuk
pengunjung.
Lebih 100 orang pengunjung telah menekan
butang Like & Follow pada laman media
sosial Facebook, Instagram dan Twitter
UTMSPACE. Rebat RM100 diberikan kepada
calon yang mendaftar di Kolej Space, dan
cenderamata menarik disediakan untuk
semua pengunjung.
Kebanyakan pengunjung yang hadir ke
kaunter Khidmat Pelanggan telah memberikan
maklum balas, cadangan, dan aduan
berkenaan dengan perkhidmatan UTMSPACE.
Pakej fotografi secara santai turut diadakan
bagi pengunjung yang berminat.

MELAKA
JOHOR BAHRU

KUCHING

KUANTAN

KERTEH

KUALA
TERENGGANU

KOTA BHARU

www.utmspace.edu.my

KLANG

KUALA LUMPUR

SHAH ALAM

LUMUT

IPOH

KULIM

PULAU
PINANG

ALOR
SETAR

18 Pusat Pembelajaran UTMSPACE di seluruh Malaysia.

BINTULU

MIRI

KOTA KINABALU

Jom
Mendaftar
Bersama
Kami!

You might also like