You are on page 1of 15

PROGRAMME

PLANNING &
STRATEGY 1
TUGASAN BERKUMPULAN

NAMA NO. PENDAFTARAN

1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS DPAK 22-20

2. ZALILA BINTI ISMAIL DPAK 22-36

3. LEE NIEN TZE DPAK 22-15

4. ASITAH BINTI PUNIRAN DPAK 22-01

5. SUGUNAVATHY A/P MANICKAM DPAK 22-30

6. KALPONAH DPAK 22-13

7. NOORBAYA BINTI OTHMAN DPAK 22-35

TAJUK : MODEL PENDIDIKAN MONTESSORI


PENSYARAH : PUAN ZAINUN BINTI ISHAK

TARIKH HANTAR : 24 OKTOBER 2009

Pengenalan

Latar Belakang Model Pendidikan Montessori

 Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori


(1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau
mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang
terencat akal.

 Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak


cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun
bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah
pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.

 Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan


membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan
dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui
kajian tersebut.

 Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori


seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor.
Melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada
kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-
kanak biasa.

 Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan


hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh
memperbaiki kanak-kanak normal.

1
Objektif Kajian

 Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat


semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri
yang universal dalam kehidupan mereka..

Ciri-ciri berikut adalah:


 Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”
 Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif
 Semua kanak-kanak ingin belajar
 Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja
 Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan
 Semua kanak-kanak ingin berdikari

Kaedah Mengajar

Montessori menekankan kepada:

 Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan


mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya
kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.

 Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory


Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori
mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini
bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap.

 Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini


merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan
menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual

2
development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam
kaedahnya.

Matlamat Pendidikan Montessori

 Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan


individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi
dan intelek.

 Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada


tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah
untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut:

 Penumpuan
 Kemahiran membuat pemerhatian
 Kesedaran dan segi susunan dan urutan
 Koordinasi
 Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
 Konsep matematik
 Kemahiran bahasa
 Kemahiran menulis dan membaca
 Kebiasaan dari segi seni kreatif
 Kefahaman tentang alam semulajadi
 Pengalaman dalam memahami sains sosial
 Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui
teknik
 Penyelesaian masalah

3
Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu:
 Persekitaran Pusat Prasekolah
 Kanak-kanak
 Guru
 Bahan
 Kurikulum
 Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
 Bahan Deria (Sensorial Material)

Persekitaran Pusat Prasekolah


 Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai
kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta
dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk
mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

 Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan
hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi
memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di
samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu
proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik,
teratur, sistematik dan indah.

Kanak-kanak
 Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur
melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-
kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai.

 Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak


mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-

4
kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara
memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.

Guru
 Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak
dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi
kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau
bahan yang baru.

 Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk


mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori
mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di
peringkat ijazah.

Bahan
 Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk
mengajar pelajaran tertentu.

 Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik


setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan
bahan tersebut.

 Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan
dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu
yang divarnish.

Kurikulum

Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:

 Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian


 Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria

5
 Aktiviti yang bercorak akademik

Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)

Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:


 Mengenakan butang baju
 Memasang tali kasut
 Menggilap kasut
 Menyikat rambut
 Menyiram pokok
 Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.

Bahan Deria

Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta


berbagai alat bantuan mengajar seperti:
 Pink Tower
 Brown Stairs
 Red Rods
 Cylinder Block
 Smelling Jar
 Baric Tablets
 Latihan Mengecam Warna
 Sound Boxes
 Temperature Jugs
 Pelbagai Jenis Kain

Bahan-bahan Konsep Dan Akademik


 Geometric Insert of Wood and Frame
 Latihan Pengecaman Bentuk

6
 Kertas Pasir
 Huruf Abjad
 Manik
 Artistic or Cultural Material and Exercise

Jadual Waktu Harian


Contoh rancangan harian yang terdapat dalam program Montessori

 Kelas bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang


Masa Aktiviti
1. Kanak-kanak tiba dan guru
menyambut kedatangan
mereka.
2. Periksa kebersihan kanak-
kanak.
3. Latihan kehidupan harian;
9.00 pagi -10.00 pagi Membantu rakan lain.
4. Memakai dan menanggal apron.
5. Memeriksa keadaan bilik agar
teratur.
6. Bahasa: Perbualan: Kanak-
kanak menceritakan peristiwa
yang mereka alami pada hari
semalam.
7. Latihan agama.
1. Latihan intelektual
10.00 pagi – 11.00 pagi 2. Rehat
3. Latihan penggunaan deria
11.00 pagi – 11.30 pagi  Gimnastik:Pergerakkan anggota
badan.
11.30 pagi – 12.00 tengahari  Makan tengahari: Doa pendek
12.00 tengahari – 1.00 petang  Permainan bebas
1.00 petang – 2.00 petang  Permainan terarah
2.00 petang – 3.00 petang  Kerja tangan
Gimnastik : Berkumpulan

7
3.00 petang – 4.00 peng Latihan: Perkembangan sifat sayang
Lawatan,sayangi pokok dan binatang

Kesimpulan

 Melalui pendidikan menggunakan model Montessori, kami dapati banyak


faedah yang diperolehi oleh kanak-kanak iaitu dalam membantu
perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi mereka.

 Selain itu, melalui aktiviti seharian mereka di dalam kelas dapat


membantu kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas dan
menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran bau dan
rasa.

 Pendidikan Montessori juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran


yang lebih teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-
kanak agar lebih berdikari,bertanggugjawab dan fokus dalam melakukan
setiap tugasan mereka.

 Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid


berada dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati
tingkahlaku kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti bagi menilai
kebolehan mereka.

 Suasana persekitaran dan kemudahan pembelajaran yang di sediakan


dalam pendidikan Montessori yang berkesan dan efektif dapat melahirkan
kanak-kanak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Secara
keseluruhannya pendidikan Montessori sangat berkesan dalam
membentuk pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.

8
L
A
M
P
I
R
A
N

9
SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI

Berkerjasama dalam melakukan aktiviti menggunakan bahan montessori

Aktiviti menggilap pasu bunga

10
Replika ladang ternakan

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

Pink Interlocking Cubes Tower, Nester & More

Wooden Shapes & Numbers

11
Butterfly Wave Tray Puzzle

Fruits 3-D Felt Motif Set

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

First Storytime Book and CD Set

Ten Ring Puzzle Stacker

12
Wood Drying Rack/Clothesline/Paint Rack

Large Moveable Alphabets

ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI

Lobster Spooning & Tonging Kit

Wood Sequence Patterns & Beads

13
Broad (Brown) Stair Replacement Prism

Sound Boxes

14

You might also like