P. 1
PERATURAN SEKOLAH

PERATURAN SEKOLAH

|Views: 1,321|Likes:
Published by shakh1971

More info:

Published by: shakh1971 on Jan 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/01/2013

pdf

text

original

HAL EHWAL MURID (HEM) SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MOKAN 16400 KOTA BHARU KELANTAN

PERATURAN SEKOLAH

Tiap-tiap murid murid dikehendaki patuh kepada peraturan berikut serta bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menjaga nama baik sekolah serta meninggikan disiplin. l. PENTADBIRAN
a)Murid-murid dikehendaki berada disekolah 10 minit sebelum loceng dibunyikan. b)Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan hanya boleh masuk ke kelas apabila guru berada bersama. c)Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah seorang diri atau dengan orang luar sebelum waktu balik. Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak mereka balik mesti memberitahu guru kelas, Guru Penolong Kanan dan menandatangani buku "Murid Pulang Awal" yang disediakan di Pejabat. d)Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu guru kelas dengan membawa surat akuan doktor atau surat alasan ibu bapa / penjaga. e)Murid-murid yang tidak sihat dilarang datang ke sekolah.

2. PEMBELAJARAN
a)Murid-murid mesti menunjukkan sikap yang positif dalam pelajaran mereka. b)Semua kerja-kerja rumah hendaklah disiapkan dirumah. c)Murid-murid mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang tenang dan berdisiplin setiap masa.

d)Murid-murid yang berpindah kelas mesti beratur dan bergerak dengan cepat, senyap dan berdisplin.

3. SIKAP DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR a)Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru, pengawas-pengawas dan pekerja-pekerja sekolah. b)Murid-murid mesti mengamalkan budi bahasa yang baik di antara satu dengan lain dengan cara mengucapkan Assalammualaikum / Selamat Sejahtera / Selamat Pagi kepada guru-guru, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang menolong atau memberi sesuatu. c)Murid-murid mesti mengamalkan sikap sedia berkhidmat atau memberi pertolongan kepada guru-guru, pekerja-pekerja dan rakanrakan. d)Murid-murid mesti menjaga harta benda sekolah supaya tidak rosak, hilang dan pecah. e)Jimatkan air dan elektrik supaya jangan membazir. f)Murid-murid mesti berbaris ketika membeli barang-barang makanan di kantin, masuk ke bilik darjah atau ketika menaiki bas.

4. AKADEMIK a)Hanya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam pertuturan harian di sekolah. b)Murid-murid yang tidak sihat hendaklah memberitahu guru pendidikan jasmani supaya boleh dikecualikan daripada mengambil bahagian.

5. KOKURIKULUM a)Murid-murid Tahap 2 dikehendaki mengambil bahagian dalam satu gerakerja persatuan, satu kelab dan satu pasukan pakaian seragam. b)Kedatangan murid adalah wajib.

c)Setiap murid adalah dikehendaki hadir dan menyertai kegiatan yang diambilnya.

6. TATATERTIB MURID a)Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. b)Murid-murid diwajibkan memakai kasut kanvas dan bertapak getah dan berwarna putih. Sarung kaki hendaklah yang pendek dan berwarna putih. c)Murid-murid hendaklah memakai lencana sekolah pada baju mereka. d)Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas dan fesyennya hendaklah sesuai dengan pelajar sekolah. e)Murid-murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti gelang, rantai, loket, subang dan cincin. f)Murid-murid hendaklah berkuku pendek dan bersih. Tidak dibenarkan mewarnakan kuku. g)Hanya reben berwarna biru tua atau putih boleh dipakai. h)Subang dibenarkan kepada murid-murid perempuan sahaja. Ukurannya tidak melebihi garis lintang 1 cm.

7. TATATERTIB SEMASA DI DALAM BILIK KELAS a)Murid-murid mestilah sentiasa senyap, berdisiplin dan bersedia untuk belajar. b)Keluar masuk kelas dilarang semasa ketiadaan guru. c)Kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama. Kebersihan sekitar kerusi dan meja dijaga oleh murid yang duduk disitu. d)Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah bila murid-murid pada masa itu perlu berada di kelas lain. e)Lima minit sebelum loceng akhir berbunyi, murid-murid hendaklah bersihkan meja masing-masing, kelas dan bakul sampah. Pastikan kipas ,lampu, tingkap dan pintu ditutup.

8. TATATERTIB SEMASA REHAT DI KANTIN a)Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik-bilik darjah pada waktu rehat. b)Murid-murid wajib beratur dengan senyap dan tidak berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman di kantin. c)Dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin. d)Selepas makan / minum, murid-murid dikehendaki meletakkan pinggan / mangkuk / gelas dan lain-lain di tempat yang disediakan. e)Buang semua sampah (sisa makanan dan pembungkus makanan) dalam tong sampah. f)Makanan dan minuman boleh dibeli hanya pada waktu rehat, waktu sebelum persekolahan dan selepas sekolah.

9. TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS a)Murid-murid tidak digalakkan menggunakan tandas kecuali waktu rehat, sebelum sekolah bermula dan waktu persekolahan berakhir. b)Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas. c)Tutup paip air sebaik sahaja digunakan. d)Murid perempuan dilarang membuang tuala wanita di dalam tandas. Tuala wanita yang sudah digunakan hendaklah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. e)Dilarang membuat bising di dalam tandas.

10. KESELAMATAN a)Jika berlaku kemalangan / kecurian di kawasan sekolah perlu dilaporkan dengan segera kepada Guru Kelas / Guru Besar / Penolong Kanan / Guru yang bertugas. b)Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan berhenti di tengahtengah pintu pagar sekolah supaya tidak mengganggu lalulintas. c)Kereta ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak dari sekolah tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah kecuali pada hari hujan sahaja.

d)Kenderaan tidak boleh diletak sepanjang bahu jalan berhadapan dengan pagar sekolah. e)Murid-murid tidak dibenarkan memakai barang kemas kecuali jam tangan. f)Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak. g)Murid-murid dilarang berlari di kawasan sekolah kecuali di padang sekolah.

11. HARTA BENDA SEKOLAH a)Murid-murid hendaklah mejaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya dan bertanggungjawab mengganti harta benda sekolah yang dihilangkan atau dirosakkan. b)Segala benda yang rosak / pecah hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas. c)Murid-murid tidak dibenarkan menconteng perabot, papan kenyataan atau dinding sekolah. d)Kerusi / meja tidak boleh dipindahkan dari suatu tempat kecuali dengan kebenaran. e)Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan boleh digunakan semasa rehat, sebelum sekolah bermula dan selepas waktu persekolahan sahaja.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->